DBP SABAH; APA SUDAH JADI? -Ismaily Bungsu- Barangkali pertanyaan saya ini menjadi orang DBP Sabah marah. Silakan saja, kerana sejak dulu saya tidak punya kepentingan di DBP Sabah dan rasa-rasanya tidak juga terhutang budi amat sangat di DBP Sabah. Sekarang apa yang DBP lakukan? apa memang benar DBP melahirkan penulis-penulis yang hebat atau bagai mana keadaannya persatuan-persatuan penulis di Sabah ini? IPS misalnya semacam dianak tirikan, padahal kegiatan IPS lebih terserlah dibanding dengan persatuan lain. Badan Bahasa Sabah(BAHASA) bagaimana sekarang? Bahasa sebenarnya sudah tidak ada. Yang ada bukanlah Badan Bahasa Sabah kerana yang ada sebagai gantian BAHASA adalah persatuan yang baru ditubuhkan dan bukan BAHASA yang saya siapkan perlembagaannya 15 tahun dulu. BAHASA yang sebenarnya tidak dapat dihidupkan lantaran laporan kewangan yang tidak jelas kerana ada semacam yang tidak betul. Hanya pendaftar pertubuhan(ROS) sahaja yang tahu kerana BAHASA asal tidak pernah mengadakan mesyuarat agung/kalau adapun cara bermesyuarat tidak mengikut peraturan yang tetapkan dan tidak hairan BAHASA yang dimaksud diharamkan. Iya, kalau ada yang mahu membincangkan hal ini secara terbuka, silakan saya bisa hadir dan menjelaskan keadaan yang sebenar atau bisa saja orang ROS dipanggil untuk menjelaskan keadaan/kalau ada yang mahu mempertikaikan. Bercakap soal di DBP/sehingga hari ini lesu begitu sahaja/entah apa sudah jadi dan entah apa pula kegiataannya. Barangkali adalah projek kecil-kecilan yang tidak banyak memberikan kebaikan anak-anak Sabah, selain asal ada sahaja dan jelas apa yang saya perhatikan para penulis yang ada di Sabah sekarang ini semacam jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kegiatan-kegiatan di negeri lain seperti Sarawak misalnya. Barangkali sudah sampai waktunya persatuan-persatuan seperti IPS berusaha menganjurkan sembang-sembang sastera dan bisa berkerja sama dengan UMS kalau misalnya DBP yang dipertanggungjawabkan tidak mahu mengambil perhatian memberikan sedikit dana misalnya. Sembang-sembang sastera ini bisa memecahkan persoalan yang ada agar Sabah kembali seperti zaman-zaman sebelumnya. Nah, setelah Datuk Ismail Abbas, Datuk Suhaibun Yussuf pergi meninggalkan kita/lalu siapa lagi pelapis yang akan mewarnai sastera Sabah kita? Bila Osman Nasroh atau lain-lain tokoh tidak ada lagi/lalu siapa yang bakal melapisi kehebatan mereka ini? Lalu kita semula bertanya/siapa sebenarnya yang harus mengambil perhatian untuk mereka mendekati DBP dengan harapan Sastera atau Teater itu berkembang hebat. Saya dan lain-lain sudah pasti dianggap sebagai petualang kerana menegur berterus terang/lalu dilontar ke tong sampah/tetapi seperti diawal cerita/saya tidak punya kepentingan apa-apa.Tapi, suatu hari akan bangun jua dan ketika itu sudah pasti akan terasa langit tinggi rendah. ISMAILY BUNGSU UMS-SABAH [email protected] [email protected] [email protected] 0198400005/0168222262 0145555175
sila layari http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS ..........Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UKM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... _______________________________________________________________________________________ Connect instantly with friends on your blog and personal website. Create your latest Pingbox today! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox
