Baik kegiatan penulisan/persatuan, teater, tari kesenian khususnya di sabah ini agak lembab dan lemah tak bermaya. Hairan di mana silapnya. Kalau adapun kualitinya tidaklah sehebat mana kecuali seorang dua. Ada yang membikin teater secara alang-alang/asal ada. Teater perdana/namanya saja perdana, tetapi isinya jauh berbeda. Tidak serius dan apakah lantaran kerana mahu melihat peruntukan semata yang biasa diberikan oleh kerajaan sekitar 90k. Satu pembaziran yang amat sangat dalam keadaan negera kita sempitnya ekonomi. Bayangkan kalau-kalau peruntukan itu diagihkan sedikit buat persatuan-penulis yang ada, tetapi kalau dikira persatuan penulispun hanya beberapa kerat saja yang hidup dan masih diakui oleh ROS/barangkali selebihnya mendiam diri. Apa sebabnya? saya kira DBP sahaja yang bisa menjawab persoala ini.
Saya perhatian anak-anak di Sabah cukup berbakat besar. Misalnya saya mengajar di Uitm sejak 4 tahun yang lalu dan muncul sebagai juara Gerakpuisi kebangsaan 3 tahun berturut dan sebelumnya di martikulasi Labuan/puan juara Malaysia, tetapi susudah itu langsung tidak lagi menempah nama dan kemungkinan saya semula mengajar di Uim selepas Raya. Mengajar di UMS/saya lihat para pelajar sebuknya bukan main/tiap minggu ada saja pementasan di resital tanpa tahunya orang luar/inilah yang cuba saya berusaha orang-orang teater datang melihat dan nonton pelajar-pelajar UMS/bakat yang ada cukup bagus dan kerana itulah Asma/pelajar saya muncul juara baca pusi antara Universiti yang diadakan di Perlis bulan lalu. Dan kemudian baru-baru ini UMS terpilih lagi mewakili negeri Sabah ke festival Teater yang diadakan di Kuala Lumpur disember depan. Drama yang bakal dipersembahkan ialah Terraosa dan kemudian kumpulan UMS juga mewakili universiti untuk hadir/bertandingan di festival teater antara Universiti di bulan sama/Barangkali drama berjodol "Selindang Mayang" bakal dipersembahkan. Dua mingu lalu diadakan pertandingan baca puisi, nyanyi dan sketsa antara bpusat pengajian tinggi di Sabah dan kelihatannya UMS merangkul semua kejuaraan dan ini menjelaskan UMS sekarang ini cukup GAH, tetapi yang menghairankan sewaktu festival drama 4 bulan lalu drama orang lain jadi juara, sementara drama UMS tempat kedua(tetapi setelah dinilai oleh orang kuala lumpur/drama UMS lagi berkualiti). Apa sudah jadi? siapa hakimnya. Ternyata hakimnya ada diantaranya langsung tidak tahu tentang teater. Macam mana dia dijadikan hakim teater? apa kerana dia berjawatan tinggi, sedang ilmu mengenai teater langsung tidak punya. Inilah masalah pengajur yang kerjanya main pilih secara semborono. Bila melihat pertandingan Sketsa di Politenik/sekali lagi saya terkejut kerana hakim-hakimnya adalah terdiri orang-orang muzik di Lembaga Kebudayaan semata-mata. Langsung tidak tahu hal teater dan mereka itu adalah anak didik saya yang memang saya tahu kebolehan mereka. Kasian. Memilih hakim tidak kena pada tempatnya. ISMAILY BUNGSU UMS-SABAH [email protected] [email protected] [email protected] 019-8400005/016-8222262 014-5555175 sila layari http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS ..........Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UKM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... ______________________________________________________________________________________________________________________ Get more social and better connected today. Add more friends to Yahoo! Messenger now! http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/
