NIAT asal mahunya mogok saja/tak mahu libatkan dengan kesenian. mahu melupakan 
sastera. mahu melupakan puisi dan teater sekaligus. bang maily diam mahu 
diam-diam saja/malah mahu ketemu kawan-kawan niat mahu dikurangkan kecuali 
Osman. Nak hadiri acara sasterapun semacam mahu malas. Hingga hari ini sudah 
dekat 3 tahun bang maily tidak ke DBP, malah no telefon teman-teman di DBP pun 
sudah hilang entah ke mana sebab bang maily kira tidaklah penting sangat. 
Begitulah kira-kiranya mahu mogok, tetapi entah bagaimana UMS menelefon bang 
maily untuk mengajar di sana/memikirkan kasihan dengan keadaan budak-budak di 
sana, maka terpaksa jua pergi dan asal mulanya sekadar mendidik sekejap sahaja, 
tetapi rupanya kegiatan di UMS berlanjutan dan pelajar-pelajar pula sering 
mengsms minta pertolongan/akhirnya bang maily berfikir semula untuk kembali ke 
dunia teater.
 
Bang Maily mahu semula ke seni dengan syarat Osman Nasroh dilantik menjadi 
pensyarah teater  dan ketika itu Osman terlantar di rumah sakit keraja serangan 
jantung. Bang Maily mengsms Tasia(puteri Bang Maily) dan menyatakan ubat osman 
hanyalah Teater/selagi dia tidak berteater, selagi itu jantungnya akan kambuh 
semula dan memang diakui oleh Osman bahawa kala di UMS jantungnya semulah gah, 
tetapi
semacam kambuh bila dia berada di rumahy. Tetapi memang Osman agak gah sedikit 
sekarang ini dan akhirnya Osman diterima menjadi pensyarah teater di 
UMS/Alhamdulillah/niat bang maily membantu kawan tercapai. Syukur!
 
Setelah sekian lama melatih/tiba-tiab diadakan pertandingan sketsa, baca puisi 
dan nyanyi, dikir barat di Politeknik antara pusat pengajian tinggi dan malam 
itu bang maily berkesempatan menonton persembahan mantan pelajar-pelajar bang 
maily di Uitm. Kasihan sangat/yang dulunya juara malaysia 3 tahun 
berturut/begitu pula persembahan yang terlalu rendah kualitinya dan selepas 
persembahn pegawai kebudayaan Uitm segera mencari saya dan mengatakan lepas 
raya Bang maily semula mengajar di Uitm.Adoh, bayangkan yang asalnya mahu 
rehat/tiba-tiba didesak begitu rupa dan sms datang tak henti-henti. Nah, inilah 
keadaannya.serbasalah bah.
 
Barangkali masalah Uitm dan UMS bisa selesai, tetapi sekarang masalah antara 
DBP Sabah dan penulis-penulis Sabah juga persatuan-persatuan di Sabah. 
Makanya saya harapkan DBP, kementerian Kesenia/Kebudayaan Negeri dan 
persekutuan, juga Lembaga Kebudfayaan Sabah harus bangun dan duduk semeja untuk 
membicarakan hal bagaimana caranya memperhebatkan kegiatan kesenian di Sabah 
ini.
 
Barangkali kita adakan seminar kecil-kecilan dulu untuk mendapatkan pandangan 
dari semua orang dan kemudian bikin resolusi untuk diambil tindakan oleh mereka 
yang berkenaan kerana selama ini pelaksanaan kegiatan semacam bermasing 
dan tidak ada kerjasama yang rapat dan akhirnya orang seni sabah menjadi mangsa.
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


..........Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara 
berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UKM),cuma Teater Puisi 
Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang 
dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah 
persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman 
Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas 
Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... 




________________________________
Daripada: Hasyuda Abadi <[email protected]>
Kepada: [email protected]
Dihantar: Khamis, 17 September, 2009 7:16:58
Subjek: Re: [KEMSAS] salam ismaily

  

Bilakah Bang Maily kembali? Ini soalan yang selalu terlontar dari mulut 
sahabat2. Sesungguhnya kehadiran Bang Maily amat dialu-alukan. Kemsas sudah 
terlalu sepi, entah mengapa jadi begitu. Ditambah lagi dengan 'gila' orang 
berpindah ke Facebook. Saya ingin menulis tentang Facebook sedikit masa lagi. 
Apapun saya sebagai moderato amat menyambut dengan tangan dan fikiran yang 
terbuka agar Bang Maily sahabat2 yang sudah lama tidak singgah untuk menulis di 
Kemsas.

HA

     


    
 

--- On Wed, 9/16/09, juilis juilis <juili...@yahoo. com> wrote:


>From: juilis juilis <juili...@yahoo. com>
>Subject: Re: [KEMSAS] salam ismaily
>To: kem...@yahoogroups. com
>Date: Wednesday, September 16, 2009, 9:07 PM
>
>
>  
>Selamat Hari Raya, Bang Mailny..Maaf zahir dan batin
>
>
>
>
________________________________
From: ISMAILY BUNGSU <ismailybungsu@ yahoo.com>
>To: kem...@yahoogroups. com
>Sent: Wednesday, 16 September 2009 1:48:43
>Subject: Re: [KEMSAS] salam ismaily
>
>  
>sekadar mencuba mencari merenung sesuatu yang hilang dan bakal hadir dalam 
>hidup kita. soalnya kita sendiri tidak pasti samarnya keadaan yang selalu saja 
>hadir tanpa dirasa. 
>
>salam yang tidak pernah usai
> ISMAILY BUNGSU
>UMS-SABAH
>ismailybungsu@ yahoo.com
>kimanis2020@ yahoo.com
>bangma...@yahoo. com 
>
>
>
>
>
>
>
________________________________
Daripada: ismailybungsu <ismailybungsu@ yahoo.com>
>Kepada: kem...@yahoogroups. com
>Dihantar: Selasa, 15 September, 2009 9:53:44
>Subjek: [KEMSAS] salam ismaily
>
>  
>ismaily kembali lagi
>
>--- In kem...@yahoogroups. com, mabulmaddin shaiddin <pagar...@.. .> wrote:
>>
>> SEPI KITA
>> 
>> sepi kita pun berkahwin
>> dan berehat
>> seraya menanggapi debat
>> antara lara dan serigala
>> namun tak ada persandingan
>> yang ada hanya air
>> dan sumpahan
>> menghilir ke selatan
>> 
>> ingin kubawa kau
>> menuruti senja, dan temali ini
>> namun kau terlalu risau
>> pada pasang surut
>> dan aku mengelana dalam fana
>> kerana aku tak takut
>> pada dunia
>> 
>> aku seorang
>> hanya aku seorang!
>> 
>> MABULMADDIN SHAIDDIN
>> Kota Belud
>> 
>> 
>> 
>> 
>> ____________ _________ _________ __
>> From: mabulmaddin shaiddin <pagar...@.. .>
>> To: kem...@yahoogroups. com
>> Sent: Saturday, August 15, 2009 17:14:42
>> Subject: Re: [KEMSAS] ARA DI HADAPAN PENGINAPAN
>> 
>>   
>> SEPI SEPOTONG BESI
>> 
>> bayangkan saja-
>> kami bertemu di malam yang silap
>> datang seribu gelap mewarnainya
>> namun gelap, hanya melekat 
>> pada dahan-dahan
>> bertanyakan keluasan malam
>> lalu menempa saat
>> seakan-akan mayat
>> 
>> biasanya aku tak peduli
>> sebagai lelaki, ingin aku berjemur
>> dalam kenangan 
>> tetapi duka pun datang- memberkas diri
>> ditempanya aku jadi sepi
>> bagi sepotong besi
>> 
>> hanya dingin, bukan?
>> 
>> 
>> MABULMADDIN SHAIDDIN
>> KOTA BELUD
>> 
>> 
>> 
>> 
>> 
>> ____________ _________ _________ __
>> From: mabulmaddin shaiddin <pagar...@yahoo. com>
>> To: kem...@yahoogroups. com
>> Sent: Saturday, August 15, 2009 13:49:19
>> Subject: [KEMSAS] ARA DI HADAPAN PENGINAPAN
>> 
>>   
>> ARA DI HADAPAN PENGINAPAN
>> 
>> aku ingin bertanya
>> pada ara
>> di hadapan penginapan
>> kerana dia terlalu kuat ketawa
>> ketika aku singgah
>> untuk mengusai usia-
>> teramat lembut
>> dalam pemahamannya
>> akukah yang terlalu dingin
>> atau malamkah yang dingin
>> seperti dalam langkah
>> nan mendatarkan gerakannya
>> 
>> dan singgahlah dinihari
>> pada pohon kalbi
>> serangga pula tertawa
>> dalam pemahamannya
>> aku tersangat tua
>> malah tak berupaya
>> memperturunkan makna
>> bagi warna, katanya
>> - kemarilah, kataku
>> singgahilah bibirku
>> yang terlalu dingin
>> kerana demikian lama
>> menunggumu
>> 
>> 
>> MABULMADDIN SHAIDDIN
>> Kota Belud
>> 
>> 
>> 
>> 
>> ____________ _________ _________ __
>> From: mabulmaddin shaiddin <pagar...@yahoo. com>
>> To: kem...@yahoogroups. com
>> Sent: Wednesday, July 22, 2009 15:44:03
>> Subject: [KEMSAS] Tiba-tiba
>> 
>>   
>> TIBA-TIBA
>> 
>> kau menjenguk tiba-tiba
>> di padang terbuka- sebenarnya 
>> ia telah lama sepi
>> tanpa serangga, melompat dari rumput
>> ke liang tanah tersembunyi
>> atau lebih indah lagi
>> berkicau di dalam puisi
>> 
>> tapi apakah maknanya
>> pertemuan ini, kerana angin telah lama mati
>> dari keinginan petani
>> dan kesunyian makin aku sayangi
>> 
>> sebuah kunjungan membuat aku lupa
>> akan indera- laut luas berisi sepi
>> dan gunung ganang bertubuh api
>> 
>> 
>> MABULMADDIN SHAIDDIN
>> KK
>> ____________ _________ _________ __
>> New Email addresses available on Yahoo! 
>> Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
>> Hurry before someone else does! 
>> ____________ _________ _________ __
>> Get your new Email address! 
>> Grab the Email name you've always wanted before someone else does! 
>> ____________ _________ _________ __
>> Get your new Email address! 
>> Grab the Email name you've always wanted before someone else does! 
>> 
>> 
>> 
>> New Email names for you! 
>> Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and 
>> @rocketmail. 
>> Hurry before someone else does!
>> http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ aa/
>>
>
>
>________________________________
Get connected with chat on network profiles, blogs, or any personal websites! 
>Yahoo! allows you to IM with Pingbox. Check it out! 
>________________________________
Enjoy more chat on blogs and websites 
>Experience it with the Online Pingbox Creation Wizard!  




      
_________________________________________________________________________________________
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It&#39;s free. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke