Bismillah [hidayahnet] Terror in the Name of US War's Error - Headlines News 22 Thul-Hijja 1426 H - 22.1.06

2006-01-21 Terurut Topik muslim insuffer
atic,”
“civilized,” and standing for “liberty and justice,” lied to the world
and attacked the sovereign nation of Iraq without provocation. 

http://www.dissidentvoice.org/Dec05/Vallin1217.htm
===
Bomb Wounds 5 on Iraq President's Staff


http://news.yahoo.com/s/nm/20060121/ts_nm/iraq_president_dc
===
Iraq tops list of threatened minorities 


http://english.aljazeera.net/NR/exeres/8B87F55B-B8BB-4B1D-979F-515902C3526E.htm

===
Is the Red Cross doing the occupation a service by refusing to declare
that it has been prevented from fulfilling its humanitarian duties in
Iraq?


http://www.albasrah.net/en_articles_2006/0106/GI%20Special%204A13%20I%20Aint%20Movin_200106.htm

===
Shi'ites Keep Control of Iraqi Parliament


http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2006/01/20/AR2006012000246_pf.html

===
40 British Soldiers Seriously Hurt in Iraq War, 230 Total Injured,
According to MoD


http://www.guardian.co.uk/Iraq/Story/0,2763,1691738,00.html
===
British Man Killed in Iraq


http://news.scotsman.com/latest.cfm?id=100952006
===
Iraqi Resistance Report for events of Friday, 20 January
2006

Five US troops reported killed in fierce fighting in southern
al-Fallujah Friday afternoon.
US soldier reported killed in Resistance bombing in Tikrit.
Americans impose shoot-on-sight curfew on Kirkuk at the start of a
second campaign of searches and arrests in one day. The new campaign is
to last 48 hours and residents must stay in their houses during that
time.
US air raid kills 13 Iraqi civilians west of Tall ‘Afar.
Resistance bomb blasts British tank in al-Basrah; casualties
reported.
Iraqi puppet coastal boarder guards to be released by Iran following
agreement between Iranian government and US-installed Iraqi puppet
regime.


http://www.albasrah.net/en_articles_2006/0106/iraqiresistancereport_200106.htm

===
Experts See Iraq-Style Violence Rising in Afghanistan


http://www.armytimes.com/story.php?f=1-292925-1480955.php
===
The approaching war with Iran
How real is the Iran nuclear threat to the United States?
Given the fact that nuclear power plants are currently operating in
31 countries with 7 more countries in pursuit of atomic energy, is it
possible that the United States of America is honestly threatened by Iran
seeking nuclear power capabilities?

http://www.informationclearinghouse.info/article11616.htm
===
‘US will help Israel in case of war with Iran’ 
If Israel is attacked, the United States will “obviously” militarily
support its close Mideast ally, US Vice President Dick Cheney said in
interview with CNBC television Thursday.
This will be the "back door" to war with Iran. Israel will
attack Iran's power stations, claiming they are really weapons factories.
Iran will counter-attack, and since the road from Iran to Israel runs
through Iraq, Israel can cower safely behind the stupid Americans, once
more being killed and crippled for yet another war based on lies and
deception. 

http://dailytimes.com.pk/default.asp?page=2006\01\21\story_21-1-2006_pg4_4

===
U.S. Obtains Internet Users' Search Records 


http://www.newsday.com/news/nationworld/nation/la-fi-google20jan20,0,2521766.story?coll=ny-leadnationalnews-headlines

===
The CIA is engaging in an unlawful practice –”extraordinary rendition”



http://www.aclu.org/safefree/extraordinaryrendition/index.html
===
FBI tracking your every click 
Posted Jan 21, 2006 08:24 AM PST - Category: HUMOR

http://users.chartertn.net/tonytemplin/FBI_eyes/
===
Bush Leads Defense of NSA Domestic Spying


http://www.sfgate.com/cgi-bin/article.cgi?f=/n/a/2006/01/20/national/w101926S73.DTL

===
FLASHBACK: WRH: The United States Is In Deep Doodoo! 
Worth a re-read in light of the article that follows. 

http://www.whatreallyhappened.com/ARTICLE2/doodoo.html
===
Collapse of U.S. Economy Imminent 
In its attempt to establish a world empire dominating every nation on the
planet, the U.S. has exhausted its ability to finance the expansion and
the country now faces imminent financial collapse. From all indications,
it looks like 2006 will spell the end for America.

http://bellaciao.org/en/article.php3?id_article=9995
===
Not. Backing. Hillary. 
The recent death of Gene McCarthy reminded me of a lesson I spent a
long, long time unlearning, so now I have to re-learn it. It's about
political courage and heroes, and when a country is desperate for
leadership. There are times when regular politics will not do, and this
is one of those times. There are times a country is so tired of bull that
only the truth can provide relief.

http://www.workingforchange.com/article.cfm?ItemID=20250
===

-muslim voice-
___
BECAUSE YOU HAVE THE RIGHT TO KNOW 





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged wit

Re: Bismillah [hidayahnet] Sautun Nahdhah : Polemik Rang Undang-undang Islam (wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005

2006-01-21 Terurut Topik alice best



[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:  -- Forwarded message --From: R2G <[EMAIL PROTECTED]>Date: Jan 20, 2006 11:47 AM*Polemik Rang Undang-Undang Keluarga Islam **(Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2005 *Pada 26 September 2005, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-UndangKeluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 ("UUKI") dengan tujuanmemperbaiki Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 danuntuk memastikan agar ianya akan memupuk dan menegakkan keadilan. Isu inimula hangat diperkatakan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakatapabila ia menimbulkan kontroversi setelah dikatakan mengandungidiskriminasi dan penindasan terhadap wanita Islam di negara ini. Susulandari itu, Kabinet pada 11
 Januari 2006 telah menangguhkan pewartaan UUKI iniyang mana menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri MohamedNazri Aziz, ia tidak akan diwartakan sehingga kajian semula mengenainyadilakukan *[Utusan Malaysia 13/01/06].** *Seperti biasa, peruntukan tentang poligami menjadi fokus utama olehgolongan-golongan *feminis* disamping beberapa isu lain yang dikatakancondong kepada lelaki. Pelbagai pihak terutamanya badan-badan bukan kerajaan(NGO-NGO) yang memperjuangkan hak-hak wanita telah mengkritik hebatperuntukan tersebut sehingga Perdana Menteri Malaysia 'terpaksa' tundukkepada tekanan dan memberi jaminan bahawa kajian semula akan dijalankanmengenainya. Sautun Nahdhah kali ini menjemput kaum muslimin dan muslimatuntuk melihat dan menyelesaikan isu ini dari perspektif syara' dan bukanpenyelesaian dari mana-mana individu, menteri, NGO-NGO dan lain-lain sumberyang berasal selain dari Islam. Walaupun terdapat
 beberapa isu yang inginkami perjelaskan, namun disebabkan keterbatasan ruang, kami hanya akanmemfokuskan perbincangan kepada isu yang 'sentiasa mengerikan' bagisesetengah wanita iaitu poligami. Antara peruntukan yang diperdebatkan dandikatakan mendiskriminasi kaum wanita (terutamanya oleh Sisters In Islam,SIS) yang terdapat dalam UUKI adalah seperti berikut *[www.sistersinislam.org.my]*:-* **Hujah SIS **1** - Seksyen 23(3) dan 23(4)(a): Menjadikan poligami lebihsenang terhadap lelaki *Peruntukan asal seksyen 23, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WilayahPersekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa perkahwinan yang dicadangkan ituhendaklah *'patut dan perlu'* tetapi dipinda kepada *'patut atau perlu'*.Ini bermakna suami hanya perlu memenuhi syarat *'keperluan'* untukberpoligami dan tidak perlu membuktikan persoalan *'kepatutan'* kepadaMahkamah. Ini bertentangan dengan penghakiman Jawatankuasa Rayuan Syariahdalam
 kes *Aishah vs Wan Mohd Yusof *(1990)7 JH 152 yang menekankan bahawakesemua syarat di bawah sub-seksyen ini sama pentingnya dan hendaklahdibuktikan berasingan. ***Kekeliruan SIS** : *a) SIS nampaknya tidak bersikap adil di mana merekahanya memetik sebahagian dari peruntukan tersebut dan terus membuatpenafsiran. Peruntukan penuh Seksyen 23(4) berbunyi " *bahawa perkahwinanyang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada antara lain,hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, (i)kemandulan, (ii)keuzuran jasmani,(iii)tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, (iv)sengaja ingkarmematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihakisteri atau isteri-isteri yang sedia ada"; *Para pengamal undang-undangmenginterpretasi bahawa bahawa persoalan "patut atau perlu" tersebut hanyatimbul di dalam 4 perkara di atas sahaja dan tidak dalam perkara-perkaralain. Maksudnya, si suami hanya perlu
 membuktikan bahawa dia "patut atauperlu" kahwin sekiranya permohonan poligami tersebut adalah berdasarkan 4alasan tadi *(Tn. Hj. Zainal Rijal – Timbalan Presiden Persatuan PeguamSyarie Malaysia, di seminar anjuran JIM pada 15/01/06)*. Jadi tidak akantimbul soal jika kes yang sama seperi kes *Aishah vs Wan Mohd Yusof ***muncul,maka Mahkamah perlu membenarkan poligami, sebab alasan permohonan poligamidalam kes ini tidak termasuk dalam mana-mana 4 tadi. Nampaknya SIS di sinitidak memahami seksyen tersebut dengan betul.b) Namun demikian, sekiranya SIS betul dalam penafsirannya sekalipun, soalanyang perlu ditanya adalah "apa salahnya dari segi hukum syara' sekiranyaseorang lelaki ingin berpoligami dengan wanita yang dicintainya seperti didalam kes *Aishah vs Wan Mohd Yusof*?" Di dalam kehidupan ini, kita perlumenerima hakikat bahawa ada golongan wanita yang memang jatuh cinta padasuami orang walaupun mereka mengetahui bahawa
 si lelaki telah berpunyatetapi mereka tetap ingin berkahwin dengan lelaki tersebut. Malahan di dalambanyak kes, ramai wanita hidup bahagia walaupun bermadu. Kenapa SIS tidakmembela atau memperjuangkan hak wanita yang ingin bermadu ini, mereka inikanjuga wanita, yang memerlukan sokongan? Sebagai pembela kaum hawa, SISsepatutnya membela nasib golongan ini dengan memberi sokongan kepadamereka, seterusnya tunjuk ajar kepada mereka bagaimana cara hidup bermadusebagaimana yang ditunjukkan oleh isteri-isteri Rasulullah selaku ummulmukmi

Bismillah [hidayahnet] interesting in google video

2006-01-21 Terurut Topik Islahonline





 
Very interesting:
 
http://video.google.com/videoplay?docid=-9184353144432289069&q=turntoislam
 
 





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] ECM Libra dan Avenue: Kerajaan benarkan menantu kuasai syarikat GLC negara

2006-01-21 Terurut Topik syed dahij



ECM Libra dan Avenue: Kerajaan benarkan menantu kuasai syarikat GLC negaraFriday, January 20 @ 16:00:08 MYT Pengumuman penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital pula datang 25 hari selepas Khairy sebagai menantu YAB Menteri Kewangan secara rasmi memiliki 3% sahan dalam ECM Libra.   Oleh HUSAM HJ MUSA  LANGKAH kerajaan membenarkan penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital milik kerajaan dan membenarkan pemilik ECM Libra menguasai pentadbiran entiti baru dipertikai. Intro   "I am passionate about politics. But I have also grown to love investment banking. The excitement and thrill of working on deals with my colleagues, trying to solve problems and last-minute hitches,
 which always occur, is something that cannot be substituted, as investment bankers will tell you."   "I have decided to invest and work in a competitive industry where there are no free lunches, lopsided concessions or fat and juicy government contracts. How well we are rewarded depends on how hard we work and how much value we create for shareholders. I don't want to be a rent seeker but rather a value creator."   Khairy Jamaluddin - wawancara dengan akhbar The Edge, 16 Januari 2006.   Kenyataan Khairy di atas datang dua hari sebelum pengumuman usaha penggabungan Avenue Capital yang dimiliki oleh Kerajaan dengan syarikat di mana Khairy mempunyai kepentingan iaitu ECM Libra.   Pengumuman penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital pula datang 25 hari selepas Khairy sebagai menantu YAB Menteri Kewangan secara rasmi memiliki 3% sahan dalam ECM Libra.   Latarbelakang   Penggabungan antara Avenue Capital dan ECM Libra Avenue Capital sebelum
 penggabungan dimiliki oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan diPerbadankan dengan pemilikan saham sebanyak 29.7%. Menteri Kewangan diPerbadankan dengan itu adalah pemegang saham terbesar. Seperti diketahui, Menteri Kewangan diPerbadankan adalah langsung di bawah bidang kuasa dan kawalan Menteri Kewangan, iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.   ECM Libra pula antara lain dimiliki oleh menantu Menteri Kewangan sebanyak 3%, iaitu Encik Khairy Jamaluddin yang memperolehi sahamnya itu 25 hari sebelum penggabungan ini diumumkan. Selain itu, Khairy sudah mempunyai kepentingan di ECM Libra sejak pertengahan 2004 sebagai Excecutive Corporate Advisor dan seperti petikan wawancaranya di atas, adalah 'I don't want to be a rent seeker but rather a value creator.'   Sebelum percantuman berlaku;   Avenue menguruskan dana sebesar RM3 billion yang terdiri daripada dana-dana GLC termasuk TNB, Telekom, KWSP dan Felda.   Avenue mengikut Timbalan Pengerusi Avenue Capital
 Gooi Hoe Soon yang dipetik sebagai berkata pada 21 Julai 2005 Avenue mempunyai 40 urusniaga dalam tangan yang terdiri dari merger dan acquistion, General Offer, Initial Public Offer dan penyenaraian.   Mengikut laporan kewangan sehingga Oktober 2004, jumlah tunai dimiliki Avenue ialah RM236.3 juta. Sementara aset dalam bentuk stock dalam unit trust yang boleh dicairkan pada bila-bila masa bernilai RM 54.6 juta. Jumlah keseluruhan tunai ialah RM290.9 juta ringgit.   Avenue juga mengadakan perkongsian (tie-up) dengan Bank Muamalat untuk membolehkan Avenue menjadi syarikat pengurusan aset yang pertama berlandas syariah. Entiti baru ini mengambil nama Avenue Muamalat Islamic Investment. Ini dinyatakan oleh Mohamad Damshal Awang Damit, CEO Avenue Asset management Services Sdn Bhd.   Avenue juga adalah pemegang saham 18% dalam Pos Malaysia yang dianggarkan bernilai RM600 juta.   Teras perniagaan Avenue ialah Saham Amanah, Pengurusan Asset dan Sekuriti.  
 Penggabungan ini menghasilkan kedudukan seperti berikut:   1. Layak memiliki lesen Bank Pelaburan.   Penggabungan ini menjadikan entity baru memiliki RM 840 juta dana pemegang saham dan ini sudah melebihi jumlah yang disyaratkan oleh Bank Negara sebanyak RM500 juta untuk layak memohon lesen sebagai Bank Pelaburan.   Keistimewaan Bank Pelaburan ialah boleh menerima deposit dan mendapatkan dana yang lebih murah melalui pasaran kewangan.   Buat masa ini, Persaingan adalah sengit bagi bank saudagar dan rumah diskaun untuk mendapatkan lesen bank pelaburan. Buat masa ini ada dua bank pelaburan yang dilesenkan.   Sebelum penggabungan ini diumumkan, Avenue Capital sudah sememangnya layak mendapat lesen bank pelaburan dan mereka telah pun memohon lesen tersebut pada 4 Januari tahun ini.   Penggabungan ini membolehkan ECM Libra menumpang tuah Avenue untuk mendapat jalan pintas turut memiliki lesen bank pelaburan.   Khairy, melalui urusniaga ini,
 dengan sendirinya mempunyai bank pelaburan melalui pegangan sahamnya dalam ECM Libra.   2. Kepentingan Singapura terserlah   Syarikat Singapura, Parkway Holdings akan juga menjadi pemegang saham dalam Avenue yang baru Singapura baru-baru ini diberi kebenaran oleh Menteri Kewangan untuk membeli 31% saham operator hospital Pantai Holdings sekalipun bercanggah dengan beberapa klausa dalam garis panduan Penggabungan dan Pengambilan (merger and acquisition) yang dikeluarkan oleh ker

Bismillah [hidayahnet] Perkembangan Hizbut Tahrir Di Asia Tengah

2006-01-21 Terurut Topik Radio Malaya



  ASIA TENGAH : HIZB UT-TAHRIR MENYERU SOKONGAN UMAT UNTUK KHILAFAH (DAULAH ISLAM)     Gulnoza Saidazimova   A EurasiaNet Partner Post from RFE/RL      Penguasa Tajikistan menyatakan pada 16 Januari bahawa 99 orang termasuk 16 wanita penyokong (dipercayai ahli) Hizb ut-Tahrir ditahan tahun lepas. Kebanyakkan mereka (38 orang) dijatuhkan hukuman penjara yang panjang atas kesalahan "kegiatan ekstrimis". Pakar berkata serangan pembanterasan Hizb ut-Tahrir oleh kerajaan di wilayah terbabit menyebabkan peningkatan jumlah ahli dan penyokong beberapa tahun kebelakangan ini.     Sukar untuk dianggarkan jumlah keahlian Hizb ut-Tahrir di Asia Tengah. Sesetengah pakar mengatakan jumlahnya menjangkau ribuan yang rata-ratanya menyebarkan seruan untuk mengembalikan Khilafah Islam atau Daulah Islam. Ahli Hizb ut-Tahrir berkata jumlah mereka
 menjangkau angka puluhan ribu.     Setiausaha Menteri Keselamatan, Abdulqader Mohamadiev mengatakan dua diantara yang ditahan adalah pimpinan Hizb ut-Tahrir.     "Menurut siasatan, salah seorang dari mereka ialah timbalan ketua (wilayah) parti berkenaan di Tajikistan, dan penyelaras pejabat Soghd (utara Tajikistan) sedang menjalankan siasatan kes tersebut" kata Mohamatiev. "Seorang lagi, siasatan keatasnya hampir selesai, adalah ketua unit parti berkenaan di bahagian utara
 Tajikistan (Soghd). Kedua-duanya ditahan dan kes mereka diperingkat Akhir."     Seruan Kepada Khilafah     Hizb ut-Tahrir atau Parti Pembebasan ditubuhkan pada tahun 1950an di Timur Tengah dan dikenali di Asia Tengah sekitar pertengahan 1990.     Wakil Hizb ut-Tahrir berkata, kegiatan parti itu ada aman dan tidak
 terlibat dalam politik keganasan, hanya mengajak dan menyeru kaum muslim kepada penegakkan Khilafah.     Tetapi kerajaan Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Rusia menganggap parti itu sebagai pertubuhan ekstrimis. Dan beratus-ratus ahli yang ditahan sekarang menjalani hukuman penjara diserata Asia Tengah atas kesalahan "ekstrimis agama" yang membawa ancaman kepada undang-undang dan perintah.     Uzbekistan menyalahkan ekstrimis agama atas kematian dalam kejadian pengeboman di Tashkent pada Febuari 1999 dan di Bukhara pada musim luruh dan panas 2004. Penguasa Uzbek juga menahan Hizb ut-Tahrir atas dakwaan terlibat dalam keganasan di Andijan pada bulan Mei tahun lepas.     Tetapi banyak pertubuhan hak kemanusiaan tidak menyenangi tindakan penahanan tersebut. Mereka mendakwa kerajaan Uzbek cuba untuk melumpuhkan semua bentuk kegiatan politik dan berkata biarpun secara aman, kaum Muslim tetap menghadapi risiko kezaliman.     Menyokong Kebangkitan     Biarpun dipenjarai, bilangan ahli dan penyokong Hizb ut-Tahrir terus bertambah dalam negara-negara terbabit di wilayah itu.     "Bukan hanya bilang ahli mereka bertambah, bahkan penyokong mereka juga bertambah" seorang wanita Uzbek yang mengaku dirinya ahli pertubuhan tersebut, yang juga ibu kepada dua orang anak yang sedang dalam tahanan. "Mengapa demikian? Sebab rakyat mahupun sistem yang adil.
 Mereka ingin tinggal dalam keadilan dan kesaksamaan dalam pemerintahan. Kini tidak ada keadilan ! Penyelewengan dan rasuah dimerata-rata. Pengangguran adalah masalah besar rakyat. Sebab itulah mereka memahami ayat-ayat Allah. Sejak abad ke 7, apabila Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam wafat, Khilafah diwariskan selama 14 abad. Ianya adalah sistem yang adil. Saya yakin bahawa jika orang memahami perkara ini, mereka akan lebih adil (dalam kehidupan)"     Pemerhati mengatakan kumpulan keagamaan, termasuk Hizb ut-Tahrir, kadangkala menjadi tempat untuk meluahkan bangkangan terhadap polisi kerajaan dimana hak kemanusian sering dicabuli dalam situasi krisis ekonomi.     Saluran Untuk Membangkang     Hizb ut-Tahrir menjadi semakin aktif dan dilaporkan mempunyai jumlah penyokong terbanyak di Uzbekistan -walaupun mendapat tekanan hebat dari penguasa. Pakar mengatakan kejayaan Hizb ut-Tahrir di Uzbekistan adalah kerana kelemahan kerajaan sekular menyalurkan suara bangkangan.     Tetapi kumpulan itu terus aktif di Kyrgyrzstan
 akhir-akhir ini, dimana jumlah kerusi parti pembangkang bertambah terutama selepas penggulingan kuasa bekas Presiden Askar Akayev Mac 2005.     Michael Hall, pengarah projek International Crisis Group's (ICG) di Asia Tengah berkata dari Bishkek, sokongan kepada Hizb ut-Tahrir adalah kerana dasar keterbukaannya seperti di Kyrgyzstan.     Hall berkata lagi, "Saya fikir luahan pandangan melalui politik adalah sebahagian darinya. Tetapi yang menjadi asas adalah keadilan, keboleh-percayaan dan kesaksamaan. Apabila rakyat merasakan tidak puashati dengan sistem sedia ada, mereka (pada pandangan saya) dapat menerima kenyataan yang
 mencadangkan agar Khilafah mampu mengatasi permasalahan ini. Di Kyrgyzstan, dimana institusi negara sangat lemah, dan tiada masa depan, saya rasakan ianya merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan sokongan Hizb ut-Tahrir"     Minggu lepas, Kyrgyzstan menyambut Aidiladha, Hari Raya Korban, pihak penguasa menaha

Bismillah [hidayahnet] Beribadah dikatakan gila

2006-01-21 Terurut Topik komando 67



RAKAN sepejabat saya tiba-tiba menjerit-jerit ``gila! gila!...'' Saya terkejut lalu terfikir mengapa pegawai yang begitu baik, rajin bekerja, taat kepada ketua dan rajin membaca tiba-tiba berkelakuan begitu aneh.  ``Betul juga katanya itu'', aku berfikir. ``Zaman sekarang ni banyak orang berkelakuan aneh. Ada yang mengaku dirinya kerabat diraja dan kaya-raya. Mahu mencurah bakti konon. Asal usulnya entah dari lubuk keladak mana, disangkanya orang tak tahu. Ada pula yang gila ke hulu ke hilir memfitnah, memburuk-burukkan orang dan mendabik-dabik dada, dialah
 yang terpandai, terbaik, yang betul, bijak dan boleh menyelesaikan apa sahaja masalah. Mahu membetulkan segala kesalahan yang berlaku di atas muka bumi ini.  ``Ada yang tidak peduli pada orang lain. Gasak aja. Jolok sana jolok sini, ampu sana ampu sini, hentam sana hentam sini - asalkan tercapai niat di hati! Bos pula makan ampu. Ha, apa lagi, jadilah! Syoknya!  ``Tak kurang pula ada yang gila bercakap itu dan ini bagaikan fatwa mencurah-curah dari langit. Hasil kerjanya pun tak ada yang ketara. Gila jugalah tu namanya. Eh, tapi kena jaga diri. Ikut sajalah kata bos. Jangan beri pandangan. Jangan sekali-kali membantah oiii...tabik datuk! Isu-isu berat apa
 peduli, banyak pesuruh yang boleh diherdik ke sana ke mari. Jeling mata aja pun semua dah kecut perut. Apa terjadi pun hidup macam biasa juga, dunia belum kiamat. Pangkat naik juga!  ``Wah, banyak lagi macam gila. Ada gila duit, gila perempuan, gila judi, gila nama, gila kuasa, gila shopping... ada juga gila isim! Satu lagi, gila babi. Eh, tapi gila babi tak masuk bab ini. Itu sejenis penyakit. Tapi penyakit gilalah juga namanya walaupun tak sama dengan penyakit selesema burung. Yang peliknya, kesemuanya macam serupa aja-mudah menjangkit!  ``Ini semua siapa punya salah? Gurulah! Bukan. Sistem persekolahan! Yakah? Entahlah. Mana boleh salahkan sistem. Berapa punya susah pak menteri-pak menteri kita berhempas pulas mewujudkan dasar-dasar, sistem
 dan program-program besar! Pegawai-pegawai kanan pun tak boleh salah. Mereka kerja kuat. Habis salah siapa, ibu bapa? Heh, mana boleh. Mana emak dan bapak yang tak sayangkan anak!  ``Oh, jadi ada satu petualang besar yang lain - alam sekeliling! Ha betullah tu. Sebab, kita tak boleh kawal alam sekeliling. Terlalu banyak faktor luaran yang mendatang macam ombak tsunami! Macam-macam media ada: media elektronik, media cetak; ada majalah, TV, radio, CD, DVD, HIV, VD eh tersilap. Ada yang halal, ada yang haram; ada yang bersih, ada yang lucah. Macam-macam... Ha, siapa yang berani lawan! Jadi teruslah kita semua jadi gila. Dalam pada tu banyak pula orang gila yang lain ambil kesempatan. Langsunglah ramai yang bertambah-tambah menggila. Habis semuanya gila!  ``Habis, takkan tak ada yang baik
 langsung? Ada. Contohnya: gila sangat-sangat nak tolong orang. Beri sedekah kepada wanita-wanita yang pelik-pelik rupa bentuknya yang tiba-tiba muncul dengan ramai anak kecil dan bayi di depan-depan masjid dan di kaki-kaki lima. Di restoran-restoran pun tak kurang orang cacat penglihatan dengan dipimpin orang celik meminta-minta. Beri ajalah, kan kita ni semua menggila baik hati.  ``Gila beribadah pun ada! Tak ke gila namanya kalau seseorang tu berguru secara berahsia-rahsia. Kemudian beramal yang pelik-pelik. Ada yang buang perabot, buang peti TV dan serahkan wang gaji kepada guru itu. Isteri dan anak-anak diabaikan.  ``Dalam waktu kerja pun ada yang
 selalu hilang dari meja, ``berwirid'' panjang! Itu selain waktu rehat dan waktu yang dibenarkan untuk tujuan agama. Gila cari pahalalah tu!  ``Jadi, ada gila jahat dan ada gila baiklah? Eh, engkau ni gilakah? Gila, mana ada yang baik! Bukan tak boleh baik. Masalahnya macam mana cara nak jadi baik? Hah...gila aku dibuatnya memikirkan semua gila ini.''  Aku pun menjerit-jerit ``gila! gila! gila...!'' Lalu aku tersentak. Rupa-rupanya aku terlena di kerusi semasa waktu rehat pejabat. Aku mengigau di siang hari!
		Yahoo! Photos 
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Ser

Bismillah [hidayahnet] Hina kredibiliti Mahkamah Syariah: PGSM akan ambil tindakan

2006-01-21 Terurut Topik syed dahij



Hina kredibiliti Mahkamah Syariah: PGSM akan ambil tindakanFriday, January 20 @ 20:02:17 MYT Oleh SAIDATUL AMANIKUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memberi amaran kepada mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis jika masih terus menghina dan mempersoalkan krediabiliti institusi kehakiman khususnya Mahkamah Syariah.Presidennya, Muhammad Burok berkata, PGSM bimbang dengan kenyataan melampau yang seolah-olah sengaja ditimbulkan oleh individu dan NGO yang mempertikaikan serta mencabar hak orang Islam.   Menurut beliau, kebimbangan itu timbul memandangkan kenyataan mempertikaikan hak orang Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan tidak ada sekatan atau teguran
 langsung daripada pihak kerajaan.   Katanya, terlalu banyak kenyataan yang sengaja dikeluarkan oleh NGO tertentu sehingga pandangan atau penjelasan daripada wakil PGSM langsung tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan.   Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang telah diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember 2005 telah mencetuskan bantahan di kalangan NGO wanita sehingga menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat Malaysia.   Berhubung bantahan itu, PGSM telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut yang dihadiri semua Peguam Syarie, ahli akademik, Hakim Syarie dan NGO.   Mesyuarat itu diadakan di Mahkamah Syarie Kuala Lumpur pada 13 Januari lalu. Turut hadir Ketua Biro Undang-undang Wanita Umno, Dato' Kamaliah Ibarhim, Kamar Aniah dan Dr Zulkifli Nordin.   Dalam mesyuarat itu, PGSM memutuskan akan mengadakan satu konvensyen yang dihadiri semua NGO Melayu Islam bagi membincangkan secara menyeluruh tindakan yang
 akan diambil berkenaan dengan isu yang sedang hangat dipertikaikan.   "PGSM juga akan menubuhkan satu pasukan Peguam Senior untuk mengendalikan kes-kes seperti ini jika ia akan timbul di masa akan datang. Dengan cara ini kita dapat membantu Mahkamah untuk mencari keadilan serta memberi keputusan yang lebih menyeluruh dan adil," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat diadakan.   Sebagai Presiden, Muhammad Burok telah memutuskan PGSM akan memberikan penerangan kepada seluruh orang Islam tentang isu yang dipertikaikan oleh pihak tertentu melalui khutbah Jumaat.   Katanya, penerangan itu perlu dilakukan segera supaya orang Islam serta pihak yang menimbulkan bantahan faham tentang kepentingan kandungan Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan.   "Kita tahu ramai yang masih kabur tentang kandungan 121 (A) yang menyentuh kebebasan beragama, kita tidak mahu orang lain mempertikaikan hak agama orang Islam," tegasnya.   Beliau mendesak pihak dan NGO tertentu
 menghentikan daripada terus membuat kenyataan menghina Mahkamah Syariah kerana kenyataan itu menggambarkan bahawa mereka tidak menghormati keputusan Mahkamah yang sedia ada di negara ini.   Katanya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa tersendiri yang termaktub dalam Perlembagaan begitu juga Mahkamah Sivil yang ada kuasa untuk memberikan keputusan.   Muhammad Burok turut terkilan dengan sikap dan pendirian orang Islam yang tidak menyebut kepada umum keistemewaan Allahyarham Muhammad bin Abdullah (Moorthy) setelah Allahyarham meninggal dunia.   "Beliau sudah memilih agama Islam kalau meninggal dunia sudah tentu mahu ditalqin dan dikebumikan sebagai orang Islam. Malangnya isu ini ditutup dan tidak dibincangkan sebaliknya yang ditonjolkan hak isteri dia sahaja," luahnya. - mns 
		To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] HALUAN Kendali Kompleks Penyayang

2006-01-21 Terurut Topik al ghazali



HALUAN Kendali Kompleks Penyayang   DALAM usaha untuk terus berbakti dan mendidik masyarakat, terutama golongan yang kurang bernasib baik, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), baru-baru ini menubuhkan Kompleks Pendidikan Haluan Penyayang di Shah Alam, Selangor.  Bangunan yang menempatkan seramai 11 orang anak yatim dan pelajar miskin itu terletak di Kampung Bukit Naga, Shah Alam dan ia merupakan projek perintis HALUAN menerusi Biro Penubuhan Pusat Jagaan yang dilancarkan pada Disember lalu.Penghuni kompleks
 itu dipilih melalui tinjauan HALUAN ke atas anak-anak yatim dan miskin di sekitar Selangor serta Lembah Klang yang dibuat dengan kerjasama Pusat Zakat Selangor (PZS) dan Procast Consultancy, sebuah syarikat perunding motivasi dan pendidikan.  Presiden HALUAN, Prof Madya Dr Abdullah Sudin Abd Rahman berkata, usaha itu dilaksanakan atas kesedaran pertubuhan terbabit untuk memberi khidmat penjagaan yang lebih bersistematik terhadap golongan kurang bernasib baik.  Menurut beliau, HALUAN yang ditubuhkan pada 1988 sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memberi tumpuan kepada aktiviti pendidikan dan kebajikan turut bercadang menubuhkan lebih banyak pusat jagaan di tempat lain pada masa hadapan.  “Pada pengamatan saya, bantuan terhadap yang memerlukan hendaklah segera dihulurkan tanpa
 mengira agama dan bangsa. Jika dia miskin, mereka berhak mendapat pembelaan,” katanya ketika merasmikan pembukaan kompleks berkenaan.  Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Agung HALUAN, Dr Azizan Ahmad, Ketua Kampung Bukit Naga, Tuan Haji Ansor Iskandar, dan Nazir Masjid Bakri Bukit Naga, En Abdul Hamid.     Berita lanjut sila layari www.haluan .org.my   
		  
What are the most popular cars?  Find out at Yahoo! Autos






--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Program Korban di Perkampungan Orang Asli Bukit Seruk, Pahang

2006-01-21 Terurut Topik al ghazali



Program Korban di Perkampungan Orang Asli Bukit Seruk, Pahang   Sempena hari Eidul Adha yang baru lalu, HALUAN Malaysia telah menganjurkan Program Ibadah Korban pada 11 Januari 2006, bersamaan 11 Zulhijjah 1426H. Program ini adalah kerjasama di antara HALUAN Malaysia, pasukan perubatan dari Hospital Orang Asli Gombak, FELCRA dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.  Seramai 7 orang  sukarelawan HALUAN telah berkampung di Perkampungan Orang Asli Bukit Seruk sejak 10 Januari lagi. Pada malam tersebut 3 ekor Lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak secara bergotong royong bersama para penduduk orang asli beragama Islam. Manakala bagi 3 ekor lagi telah disembelih pada 11 Januari dan dagingnya diagih-agihkan kepada penduduk
 setempat.Perkampungan Bukit Seruk adalah di antara 17 perkampungan di bawah Projek Rancangan Pengumpulan Semula Orang Asli di Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada tahun 1987.   Keluasan perkampungan Bukit Seruk ini adalah seluas 646 hektar. Jumlah penduduk di perkampungan ini adalah sekitar 230 keluarga, iaitu sekitar 1300 orang. Ianya diketuai oleh seorang Tok Batin iaitu Batin Cupak Bin Tiong. Di antara mereka, seramai 30% beragama Islam, 50% beragama Buddha, 10% Kristian dan baki 10% lagi animisme. Majoriti mereka bekerja di ladang kelapa sawit.     Berita lanjut layari www.haluan.org.my  
	
		Yahoo! Photos 
Got holiday prints? See all the ways to get quality prints in your hands ASAP.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Ideologi pisahkan agama dan politik punca bukan Islam makin berani

2006-01-21 Terurut Topik s dff



   Ideologi pisahkan agama dan politik punca bukan Islam makin berani KOTA BHARU, 20 Jan (Hrkh) –   Mursyidul Am PAS menganggap pemimpin bukan Islam semakin berani  mendesak kerajaan menyemak undang-undang berkaitan pertukaran agama  kerana ideologi memisahkan agama dan politik masih menjadi anutan  pemimpin utama negara.Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat  berkata, punca berlaku tuntutan seumpama itu kerana kefahaman pemimpin  yang memisahkan agama dan politik dalam pentadbiran negara sudah  merebak.  “Ini punca yang mendorong pemimpin bukan Islam berani  mendesak kerajaan menyemak semula undang-undang
 berkaitan pertukaran  agama. Pemimpin negara masih menganggap agama sekadar sembahyang,  puasa, keluar zakat dan menunaikan ibadat haji semata-mata.  “Anutan itu dibiar berkembang sehingga sekarang, sedangkan agama  mencakupi semua bidang dalam kehidupan manusia termasuk aspek politik,”  katanya pada kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini.  Semalam 10 menteri kabinet bukan Islam dilaporkan mengemukakan  memorandum bersama kepada Perdana Menteri bagi meminta Dato’ Seri  Abdullah Ahmad Badawi menyemak semula undang-undang berkaitan  pertukaran agama. Sebelum ini Presiden MIC, Dato’ Seri S Samy  Vellu meminta kerajaan meminda perlembagaan sedia ada bagi memastikan  hak orang bukan Islam di negara ini lebih terpelihara. Isu itu  timbul selepas berlaku kontroversi pendaki Everest, Sarjan M Moorthy  atau Mohamad Abdullah memeluk Islam sebelum kematiannya tanpa  pengetahuan isterinya yang masih beragama Hindu. Desakan pindaan 
 itu dibuat terhadap Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Malah  ada pihak berhujah pindaan itu sekiranya dibenarkan akan menjejaskan  Artikel 3 yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.  Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata,  penyakit itu terus merebak kerana kefahaman asas politik yang  dipisahkan daripada elemen agama. ___ p/s : Semalam  (20/1/06- Buletin Utama TV3) selepas PM umumkan bahawa Artikel 121 (1A)  Perlembagaan Persekutuan tidak akan dipinda, tiba-tiba Si Rafidah Aziz,  Ketua Wanita UMNO bila ditanya pendapatnya tentang tindakan 10 Menteri  bukan Islam tersebut dengan senyum menjawab tindakan mereka tu wajar,  releven, dan bersetuju dengan tindakan mereka Apa  sebenarnya yang berlaku dalam Parti UMNO dan kerajaan sekarang? PM dan  Pemuda UMNO menolakwanita UMNO menyokong. seolah2
 tidak ada  keselarasan... Si Rafidah Aziz ni pulak bercakap dok pakai akal tak waras...kalau tak tau baik diam...  cahaya_sufi  www.cahayasufi.blogspot.com
		  
What are the most popular cars?  Find out at Yahoo! Autos






--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Perisian Tulisan Jawi

2006-01-21 Terurut Topik IslahGateway





-- Forwarded message --From: ian rush Date: Jan 20, 2006 10:11 AM 


  
  

   
  
  

  


  
PERISIAN 
TULISAN JAWI




FontJawi.zip | Muat turun (download)
Jawi_Multikey.exe | Muat turun (download)
Panduan 
Mengguna Jawi Multikey | Muat turun (download)
 










  

  
  






--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Tazkirah - Wanita

2006-01-21 Terurut Topik norjannah mohamed noh
A. Wanita dan Rumahtangga sebelum Islam

1. Zaman Fir'aun.

Wanita di zaman Fir'aun berbeza masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang 
lain. Di zaman ini mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan 
kadang kala mereka terima melebih lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno 
anggap kaum wanita lebih sempurna dari kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut - 
memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja dan pembesar pula, mereka 
mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada 
isteri2. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita. 

2. Zaman Yunani.

Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang 
perhiasan yang boleh dijualbeli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah 
jelmaan syaitan yang jahat dan kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya 
keatas isteri. 

3. Zaman Romawi.

Zaman ini lebih teruk sari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu 
undang-undang menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu 
wanita tidak dibangkitkan di hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita 
dilarang makan daging, ketawa malah kadangkala dilarang berbicara. Pada mulut 
wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman mereka melebihi 
batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh isteri. 
Undang2 ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan 
menyerahkan isteri kepada orang lain. 



4. Negeri China.

Pada zaman dahulu hingga abad ke 15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan 
bersama suami yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini 
juga dipakai oleh bangsa Skandinavia pada abad-abad pertengahan. 

5. Negeri India.

Pada pertengahan abad ke 20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum 
Tuda, pengantin perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara 
ini berakhir setelah suami meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita. 

6. Farsi.

Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai 
pangkal kejahatan dan kemurkaan dewa.

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa 
dua abad sebelum Islam, di Perancis sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah 
wanita itu haiwan atau syaitan? 

Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan kaum 
wanita dari kezaliman.

B. Rumahtangga Mithali

Rasulullah SAW telah bersabda, 

"Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya. Perasaan sayang adalah 
sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya" 
(diriwayatkan oleh Ibnu Abbas) 

Perasan saling mencintai akan menjadikan pasangan suami/isteri seolah-oleh satu 
jiwa. Ia merupakan penawar segala-galanya. Perasaan ini akan mengalirkan rasa 
kebahagiaan hingga ujudlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah "Baiti 
Jannati" (Rumahku Syurgaku). 

C. Perhatian Suami Teladan terhadap isteri tercinta 

Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat manusia ke darjat yang 
tinggi. Cinta merupakan motivasi dalam diri bagi diri manusia yang akan 
mendorong manusia untuk melakukan kebajian. Ianya juaga boleh diujudkan dengan 
cara: 

1. Menghargai pendapat isteri

2. Sentiasa mendidik isteri

D. Bimbingan untuk kebahagian hidup

Bimbingan ini mestilah berlandaskan Islam dan cara yang paling baik ialah 
dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. 

E. Kasih sayang suami Mithali

Rasulullah merupakan seorang hamba Allah yang pengasih dan penyayang dimana 
baginda mengamalkan:

1. Kasih sayang terhadap kaum muslimin

2. Kasih sayang terhadap orang-orang musyrik 

3. Kasih sayang terhadap kanak-kanak

4. Kasih sayang terhadap hamba

5. Kasih sayang terhadap haiwan 
 





 Yahoo! Groups Sponsor ~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~-> 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Bismillah [hidayahnet] BINA RUMAH BANGLO DI TANAH ANDA SENDIRI…

2006-01-21 Terurut Topik kediamanimpian
BINA RUMAH BANGLO DI TANAH ANDA SENDIRI…

- Ada mempunyai tanah di sekitar lembah Klang?
- Anda mahukan rumah banglo di tanah anda sendiri?
- Anda mahukan rekabentuk banglo anda sendiri?
- Anda mahukan rekabentuk banglo kami yang sedia ada?
- Anda mahukan pinjaman bank / pinjaman kerajaan (bagi kakitangan 
kerajaan)atau pengeluaran KWSP untuk menampung kos pembinaan?

REALISASIKAN IMPIAN ANDA SELAMA INI...

Selain dari membangunkan projek perumahan, kami juga bersedia untuk 
membina rumah banglo mengikut citarasa anda sendiri...

- Harga berpatutan dan 'flexible'
- Masa pembinaan yang singkat.
- Keluasan binaan dan kemasan berdasarkan 'budget' anda.
- Lebih dari 20 rekabentuk banglo yang sedia ada untuk dipilih.
- Rekabentuk banglo 1 tingkat, 1 ½ tingkat dan 2 tingkat.
- Rekabentuk terkini dengan bahan binaan yang berkualiti.

Sila lawati laman web atau hubungi kami untuk pertanyaan, maklumat 
lanjut atau sekadar untuk perbandingan…Kami yakin, tawaran kami 
adalah yang terbaik untuk anda…

LAMAN WEB:
http://www.kediamanimpian.com <<< Sila klik di sini

MARKETING DEPT:

012 – 204 2487 
012 – 204 2485
012 – 303 2481  
En Mohd Ezrin / Pn Ain 


E-MAIL:
[EMAIL PROTECTED] 

PEJABAT JUALAN & PAMERAN
TAJUK PASIFIK SDB BHD
No 30A, Jalan Kota Raja E27/E,
Hicom Town Centre, Seksyen 27,
40450 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.










 Yahoo! Groups Sponsor ~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~-> 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/