Bismillah [hidayahnet] Belasah penunjuk perasaan: MTUC hantar bantahan kepada Suhakam

2006-04-02 Terurut Topik syed dahij



     Belasah penunjuk perasaan: MTUC hantar bantahan kepada Suhakam Fri | Mar 31, 06 | 04:04:07 PM Oleh Zulkifli Sulong KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - PAS dan pelbagai pihak yang kesal dengan tindakan kasar polis menyuraikan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api Ahad lepas telah menghantar
 memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 11 pagi tadi.   Rombongan itu diketuai sendiri oleh Syed Shahir, Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Turut serta adalah Setiausaha Agung MTUC, Rajasegaran, peguam R Sivarasa Rasiah (Parti Keadilan Rakyat), Dr Hatta Ramli (PAS), dan Yap Swee Seng (Suaram).     Memorandum itu disampaikan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramanian dan Dato' Hamdan Adnan.     Polis telah memenuhi perkarangan pejabat Suhakam ketika mereka datang untuk membuat laporan itu.     Turut serta bersama mereka adalah hampir kesemua 22 mangsa yang ditangkap polis kerana menyertai perhimpunan di perkarangan bangunan KLCC 26 Mac lepas.  Mereka ditangkap kira-kira jam 12 tengahari dan dibebaskan dari penjara Pudu yang dijadikan lokap balai polis kira-kira jam 5
 petang.     Perhimpunan aman  MTUC telah menganjurkan perhimpunan aman anggota dan keluarga mereka bagi membantah kenaikan harga minyak sebelum menghantar memorandum kepada Perdana Menteri di bangunan Parlimen keesokan harinya, 27 Mac.      Dr Hatta dan dua anaknya keluar dari penjara Pudu  Namun polis telah bertindak mengisytiharkan perhimpunan itu perhimpunan haram dan mula mengejar, membelasah
 dan menangkap mangsa. Turut ditangkap adalah Dr Hatta dan dua anak gadisnya berusia 9 dan 16 tahun.     Pada keesokan harinya, sekali lagi polis menghalang wakil MTUC masuk ke bangunan Parlimen untuk menyampaikan memorandum membantah kenaikan harga minyak itu kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.  Ekoran itu, kira-kira 500 orang telah berarak di tengah-tengah bandaraya dari bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam.
		Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Ibnu Bajjah ahli politik dan falsafah

2006-04-02 Terurut Topik PakNgah



 

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htmABU Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti atau dikenali sebagai Ibnu Bajjah berasal daripada keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang emas. Masyarakat Barat, mengenalinya dengan nama Avempace. Ibnu Bajjah dilahirkan di Saragossa, Sepanyol pada 1082 M.
 Ibnu Bajjah merupakan cendekiawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajari, antaranya menghafaz al-Quran, seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal serta menguasai ilmu matematik, fizik, astronomi dan falsafah.
 Selain bidang ilmu dan falsafah, beliau turut melibatkan diri dalam bidang politik. Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaitu di Saragossa apabila beliau mula bergiat sebagai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ, Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri.
 Pada 1118 M/512 H, Saragossa telah ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon dan Ibnu Bajjah berhijrah ke Seville, selatan Sepanyol. Di sana, beliau menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang ilmu logik.
 Kemudian Ibnu Bajjah berpindah pula ke Granada, dan seterusnya ke Afrika Utara iaitu pusat Dinasti Murabithun. Tetapi cara pemikiran dan falsafahnya yang asing di kalangan masyarakat di situ menyebabkan beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah, Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan pembawa bidaah. Oleh kerana Ibnu Rusyd pernah menjadi muridnya, maka Ibnu Bajjah dilepaskan. 
 Ekoran kejadian tersebut, beliau meneruskan perjalanan ke Fez di Morocco. Di sana, beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibnu Yusuf Ibnu Tasifin untuk jangka waktu yang panjang. 
 Kedudukan yang beliau peroleh telah menimbulkan rasa iri hati daripada pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadan 1138 M/533 H, menurut satu riwayat, beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang doktor yang bernama Abu al-'Ala Ibnu Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmunya. Beliau dimakamkan di samping makam Ibnu 'Arabi di Fez.
 Ibnu Bajjah banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang. Karya asal Ibn Bajjah ditulis dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Latin. Manuskrip asal dan terjemahannya tersimpan di perpustakaan Bodlein, Perpustakaan Berlin dan Perpustakaan Escurial (Sepanyol).
 Antara karyanya yang terpenting ialah Risalah al-Wida' yang menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam dan huraian mengenai bidang perubatan. Buku tersebut dipercayai masih tersimpan di perpustakaan Bodlein.
 Risalah Tadbir al-Mutawahhid pula mengandungi pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibnu Bajjah.
 Risalah al-Ittisal al-'Aql Bi al-Insan mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.
 Kitab an-Nafs menerangkan persoalan yang berkait tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi daripada kewujudan manusia iaitu kebahagiaan. Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani dan Ibnu Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi dan al-Razi.
 Menurut Carra dew Vaux, perpustakaan Berlin menyimpan 24 risalah manuskrip karangan Ibnu Bajjah. Antaranya ialah Tardiyyah (syair-syair) Risalah al-Akhlaq, Kitab al-Nabat dan Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah.
 Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Contohnya, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep madani yang telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung .
 Biarpun umur Ibnu Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia. 
 Sesungguhnya Ibnu Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat sesuai dengan kedudukan dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannya sebagai tokoh falsafah Islam yang pertama di Andalusia. Menurut Ibnu Khaldun, kedudukan Ibnu Bajjah setaraf dengan Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan al-Farabi.
  --Posted by Pak Ngah to 
Bicara Bersama Pak Ngah at 3/31/2006 08:20:00 AM
-- "Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"Bicara Pak Ngahhttp://pakngah70.blogspot.com/







--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with ma

Bismillah [hidayahnet] Jamuan Ringan dan Bicara Semasa : Rakyat Tercabar

2006-04-02 Terurut Topik syed dahij



Nadie Sakura <[EMAIL PROTECTED]> wrote:  PAS Kawasan Shah Alam akan menganjurkan program Jamuan Ringan danBicara Semasa : Rakyat TercabarTetamu jemputan :1. Ust. Mujahid Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)2. Sdra. Syed Sharir Mohamud (Presiden MTUC)3. Sdra. Mazlan Aliman (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS)Tarikh : 1hb April 2006 (Sabtu)Masa : 8:45 mlm - Jamuan9:15 mlm - Bicara SemasaTempat : 6C, Blok 1, Worldwide Business Center, Sek. 13 (berhampiranTESCO), Shah Alam, SelangorSila sebarkan kepada seluruh rakyat berhampiran Shah Alam, KelanaJaya, PJ, Subang dan kawasan anda.Fil Islam,Muhammad Izwan A. RashidLajnah Penerangan dan DakwahDewan Pemuda PAS Kawasan Subang--NADIE SAKURA E-SHOP"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan
 kami,jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"adiemad013-2357442http://www.adiemad.com/ver21. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan   blouse.2. Busana Muslimin3. Buku-buku agama4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.
		 
 
Yahoo! Cars 
NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now 
 
 
 





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Rumah untuk disewa (Alma, Bukit Mertajam)

2006-04-02 Terurut Topik Muhamat







**Tolong sorok identiti, terimakasih** 

 
Assalammuaalaikum,...
 

Rumah Untuk Disewa, Alma Bukit 
Mertajam 
 
Di Taman Permata, Alma Bukit 
Mertajam. Tingkat bawah sekali.
3 bilik tidur, 1 bilik air & 1 tandas 
(berasingan).
Berdekatan dengan Bukit Mertajam,Kulim & Bukit 
Minyak.
Kemasukan dengan segera.Berminat? Hubungi : 019 - 564 
5392





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  







/---\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for 
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received 
in  error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the 
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) 
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\--/


Bismillah [hidayahnet] 53 peratus keuntungan Petronas dimiliki kerajaan

2006-04-02 Terurut Topik yana s



  53 peratus keuntungan Petronas dimiliki kerajaan Wed | Mar 29, 06 | 05:28:32 PM Oleh Wajdi Mayusoh KOTA BHARU, 29 Mac (Hrkh) – Ketika kerajaan mendakwa menghadapi masalah kewangan bagi meningkat sistem pengangkutan awam, sebaliknya setiap RM100 keuntungan Petronas, sebanyak RM53
 daripadanya masuk kepada akaun kerajaan.  Hasil Petronas yang masuk kepada kerajaan ialah dalam bentuk pembayaran cukai, royalti dan dividen. Malangnya semuanya itu tidak didedah kepada rakyat.      Misalnya pada tahun lepas bayaran Petronas kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM31 bilion. Jumlah itu tidak termasuk hasil cukai lain seperti cukai perniagaan, pendapatan, kenderaan dan banyak lagi yang dibayar orang ramai.  Namun apa yang terbuku di hati rakyat, ke mana dibelanjakan wang keuntungan Petronas yang begitu banyak sehingga kerajaan kononnya mendakwa tidak mampu menanggung subsidi minyak dan gas untuk rakyat.      Penganalisis politik, Saifudin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak pernah memberitahu secara terbuka bagaimana membelanjakan hasil perolehan Petronas yang begitu banyak.   Katanya, kerajaan Barisan Nasional berjaya mengelakkan rakyat daripada mendapat tahu kedudukan sebenar
 kewangan Petronas disebabkan Akta Pembangunan Petroleum hanya menjadi kuasa 'veto' Perdana Menteri dan bukannya Parlimen atau jemaah menteri.   “Akta ini meletakkan hanya Perdana Menteri seorang sahaja yang bertanggungjawab soal kewangan Petronas. Sebab itu Parlimen Malaysia tidak tahu ke mana duit Petronas dibelanjakan. Jemaah menteri pun mungkin tidak tahu," katanya di sini.      Petronas ditubuhkan pada tahun 1970-an, bermodal RM10 juta. Namun sekarang syarikat gergasi itu telah beroperasi di 35 negara sehingga berjaya memberi keuntungan besar kepada kerajaan.      Saifuddin juga berkata, berdasarkan kepada penjelasan Perdana Menteri, subsidi minyak sebanyak RM4.4 bilion akan digunakan bagi membangun sistem pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan bas baru, namun ia hanya ditumpu di Lembah Klang tanpa mendapat manfaat rakyat di tempat lain.      Beliau turut mempersoalkan
 mengapa kerajaan masih memberi subsidi gas kepada empat penjana kuasa elektrik yang dimiliki jutawan terkenal termasuk Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri T Ananda Krishnan dan Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhari.   "Kerajaan tidak jelaskan kepada rakyat subsidi yang begitu besar masih diberi kepada pengendali janakuasa tersebut yang berjumlah RM14 bilion setahun," dakwanya.      Tenaga yang dihasilkan penjana bebas itu kemudiannya dijual dengan harga 30 sen satu kilowat kepada TNB dan TNB menjual semula kepada pengguna pada kadar 23 sen satu kilowat sehingga terpaksa menanggung kerugian besar.      Ertinya setiap satu kilowat TNB rugi 7 sen dan menjadikan keseluruhan TNB kerugian sebanyak RM30 bilion, seperti pernah diumumkan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman Abu Mansor.  
 --  
		New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Unbreakable Spirit

2006-04-02 Terurut Topik syed dahij



Adi putra <[EMAIL PROTECTED]> wrote:   From: "Said Al-khatib" [EMAIL PROTECTED]Subject:  unbreakable spiritThis is how a journey to school starts on a normal day in Hebron/Palestine.      Please note that the occupied Palestinian territory has a 98.2% literacy rate among 15-24 year olds and a 91.1% adult literacy rate. 675 children, 199 university students and 39 teachers have been killed since September 2000 and the number is escalating.     a spirit destined to win      the journey starts here      in Hebron      the children starting their day going to school to be faced with a checkpoint: the soldiers prevent them from passing and give them orders to go homethe children try to challenge the soldiers and pass the checkpointeven younger ones try but in vain : they end up having their classes in the street by the checkpoint what an amazing spirit?  ?  : the boys try a little bit harder they got shot at, and some arrested ?yet in their eyes you see determination and dignity 
		To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Konsert Sinar MaulidurRasul Rabbani bersama Siti Norhaliza: Bid’ah Hasanah atau dhalalah?

2006-04-02 Terurut Topik Rahmaliki Mohamad






Konsert Sinar MaulidurRasul Rabbani bersama Siti Norhaliza: Bid'ah Hasanah atau dhalalah? 
 
 



Thu | Mar 30, 06 | 06:17:00 PM Oleh Rantisi_Jr 


Satu perkembangan baru dalam industri dunia nasyid tanahair apabila artis nasyid berduet dengan penyanyi pop, rock, rap dan lain-lain. Raihan bersama Awie, Rabbani bersama Yaasin, Hijjaz bersama Waheeda (jadi ke?) dan terbaru Rabbani bersama Siti Norhaliza. Dalam menilai perkembangan seperti ini, kita perlu melihat melalui beberapa aspek. Saya cuba memberikan pandangan: 
Secara asasnya, sambutan MaulidurRasul diadakan oleh para ulama bagi mengingati kelahiran Junjungan Nabi Muhammad saw dan bagi memberi semangat baru bagi umat Islam meneladani baginda. Justru, MaulidurRasul bermaksud mengajak manusia kembali kepada Sunnah baginda yang agung. 

Suara wanita, aurat atau bukan aurat? Ulama mazhab Hanafi dan dijelaskan oleh Abu Bakar al-Jassas suara wanita adalah aurat berdasarkan ayat surah anNur:31. Menurut ulama mazhab Shafie dan disebut oleh al-Alusi dalam tafsirnya, suara wanita tidak dikira aurat kecuali jika tutur kata atau perbicaraan suara menimbulkan fitnah dan menggoda. Yang jelas, menyanyi adalah haram bagi perempuan kerana ia boleh menimbulkan fitnah. 

 Tepuk dada tanya iman. Justru, kemunculan Siti dan Waheeda dalam konsert MaulidurRasul (nabi pun perlukan konsert?) walaupun nantinya Siti dan Waheeda bertudung adalah bercanggah dengan semangat MaulidurRasul. (Tolong tanyakan Ustazah Siti Norbaayah)   

Mungkin maksud Rabbani mahu melakukan pendekatan berbeza bagi menarik seramai mungkin peminatnya, peminat Siti, peminat Waheeda, Yaasin dan tidak ketinggalan Ustazah NorBaayah bagi mencintai Rasulullah saw. Niat yang baik. Tapi bolehkah niat yang baik dilakukan melalui perkara yang bercanggah dengan hukum? Matlamat tidak menghalalkan cara. 'The End Justify The Mean' boleh saja dipakai oleh orang lain tapi tidak bagi mereka yang mencintai Nabinya. 

Mendekati para artis bagi menyedarkan dan memberi kefahaman tentang Nabi dan agama adalah baik. Siti mungkin mahu berubah. Memakai tudung seperti Ustazah Norbayah dan Waheeda, tapi Siti perlu faham bahawa bertudung sahaja di zaman sekarang tidak membawa erti apa-apa kalau tidak ada perubahan total terhadap tudung yang dipakai. 

 Fauziah Ahmad Daud bertudung tapi berceloteh dengan Saleh Yacob lebih dari aksi suami isteri. Bertudung tapi berboyfriend melampaui batas syarak, bertudung tapi disebalik tudung ada salib, bertudung di kepala, terbuka di pusat, ketat di punggung sudah menjadi trend masakini. 

Justru, berubah hanya dengan bertudung tidak memadai. Kalau Siti (termasuk Waheeda, Fauziah Ahmad Daud dan lain-lain selebriti bertudung) mahu menghayati MaulidurRasul, berubahlah secara total-luar dan dalam, fizikal dan mental, mulut dan bicara, akhlak dan pekerti. 

Menyambut MaulidurRasul bererti menyambut ketibaan petunjuk dan menandakan kecintaan kepada Nabi. Petunjuk dan kecintaaan kepada Nabi Muhammad saw membawa erti hanya apabila mengikuti Nabi, para Sahabat dan mereka yang terdahulu yang soleh. Adapun dengan cara bid'ah moden yang lain, agak sukar saya menerimanya. 







--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Inews Daily - 31/03/06

2006-04-02 Terurut Topik Inews Daily





 

In the name of 
Allah, the Beneficent, the Merciful
 
Inews 
Daily
Friday 31th March 
2006 - 1st Rabi' al-Awwal 1427
 
 

al-Sistani 
ignores Bush letterA letter from President Bush to 
Iraq's supreme Shiite spiritual leader, Ayatullah Ali al-Sistani, was 
hand-delivered earlier this week but sits unread and untranslated in the top 
religious figure's office, a key Sistani aide said yesterday. The aide said the 
ayatullah had laid the letter aside and did not ask for a translation because of 
increasing 'unhappiness' over American meddling in Iraqi attempts to form their 
first, permanent post-invasion government. The aide said the person who 
delivered the Bush letter said it carried Bush's thanks (sic) to al-Sistani for 
calling for calm among his followers in preventing the outbreak of civil war 
after a Shiite shrine was bombed late last month. The messenger also was said to 
have explained that the letter reinforced the American position that Prime 
Minister Ibrahim al-Jaafari should not be given a second term. 

 
Iran prepared 
for possible sanctionsIran is prepared for possible 
sanctions over its nuclear program, even though its government believes such an 
eventuality is highly unlikely, the country’s foreign minister said yesterday. 
The UN Security Council has given Iran 30 days to clear up suspicions that it is 
seeking nuclear weapons, and it could eventually impose economic sanctions, 
though Russia and China say they oppose such tough measures. "We have readied 
ourselves to deal with different conditions," Iran’s Foreign Minister Manouchehr 
Mottaki told reporters in Geneva. Western countries have refused to rule out 
sanctions against Iran and US officials have said the threat of military action 
must also remain on the table. 

 
Tourists die in 
Bahrain boat disaster A tourist ferry carrying more than 
130 people capsized and sank off the coast of Bahrain and at least 48 bodies 
have so far been recovered, officials said. The Bahraini coastguard commander 
told a news conference that 63 people had so far been rescued. He said most of 
those on board the boat were Asians, but passengers also included Europeans and 
Arabs. Initial reports suggested around 25 Britons, 20 Filipinos, 10 South 
Africans and 10 Egyptians were among those on board. Officials said the boat had 
been hired by a local contracting company for a cruise. Organisers said around 
150 people had signed up for a dinner cruise but around 130 were believed to 
have been on board when the boat sank on Thursday night, around 1.5km off the 
coast. 

 
Pirates seize 
tanker off SomaliaSomali pirates have hijacked a fuel 
tanker 150km north of Mogadishu, according to port officials. The ship had just 
offloaded a cargo of fuel and had left El Ade port - a site seized by fighters 
with an alliance to regional commanders who killed at least 70 people last week. 
Somalia's lawless Indian Ocean waters are among the world's most dangerous. 
Crafts plying the waters often are attacked by armed men in heavily armed 
speedboats who demand ransom for the return of the ship or cargo, which often 
ends up being stolen. The piracy has often stopped food aid getting into the 
poor country. Sailors have been held for as long as 100 days and a cruise ship 
with more than 300 on board was attacked with rockets and machine guns last 
year.
 
Saudis angry 
over US visa proceduresSaudi businessmen have objected 
to the Riyadh US embassy’s negligence of their applications for visa. No one 
respond to their inquiries about interviews schedules essential for visa 
issuance. The problem was raised in the Riyadh Commercial Chamber last Sunday 
during a meeting with a delegation of Illinois businessmen. Despite close 
relations with American officials in the US embassy in Riyadh and Washington, it 
is not easy for a number of renowned Saudi businessmen to get visa due to the 
set procedures. The US embassy in Riyadh specified a telephone number for 
replying to inquiries. Yet, no one replies. 

 
Kurds clash 
with Turkish police Thousands of Kurdish protesters 
lobbed stones and Molotov cocktails at Turkish police yesterday, in the third 
day of street battles in which three people have been killed and more than 250 
others wounded. The fresh fighting erupted during funerals for two young men and 
an eight-year-old boy killed during Wednesday's clashes in Diyarbakir, the main 
city of Turkey's mainly Kurdish southeast. The boy and one man were shot dead. 
The other man was crushed under a police armoured car. Some mourners, ignoring 
appeals for calm from local officials, attacked a police station. Police fired 
warning shots into the air with AK-47 assault rifles and sprayed tear gas. In 
Diyarbakir, a city of nearly one million, most shops and offices remained shut 
on Thursday and roads were blocked by barricades of burning tyres. The army 
deployed armoured vehicles in suburbs to discourage 
protesters.
 
Danish Muslims 
sue newspaper A gro