Help Palestine [hidayahnet] USFTA Malaysia = Malayan Union Abad Ke-21?

2007-02-04 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum dan Selamat Siang,
Agihkanlah usaha ini kiranya sudi... dari... 
http://usftamalaysia.blogspot.com/2007/01/usfta-malaysia-malayan-union-abad-ke-21.html
Sekian, wassalam...

Ikhlas,
http://usftamalaysia.blogspot.com/
USFTA Malaysia = Malayan Union Abad Ke-21? 
Suatu cabaran yang diterima oleh Gabungan Rakyat Pemantau USFTA-Malaysia dari 
para pemimpin pelajar Malaysia di UK adalah untuk menjelaskan kenapakah USFTA 
atau Perjanjian Perdagangan Bebas dengan US ini dikatakan seakan-akan ancaman 
Malayan Union yang ditentang oleh nenek-moyang kita dahulu. Izinkan kami 
menjelaskan sedikit hujah di sebalik pendapat ini.

Pada zaman kemenangan sistem kapitalis Barat ini, sistem kapitalis ini sendiri 
menjadi senjata utama dalam usaha membelenggu negara-bangsa lain di dunia. 
Amalan ini mungkin tidak didukung oleh semua negara Barat, tetapi Amerika 
Syarikat, sebagai kuasa besar utama di dunia sekarang dari segi ketenteraan, 
mahupun saiz ekonominya, tetap mengamalkan penjajahan kapitalisma, atau 
Colonial Capitalism.

Namun, penggunaan kekuatan ekonomi dan perdagangan sebagai senjata bukanlah 
amalan baru. Seawal kurun ke 16 sekalipun, para penjajah Portugis telah 
menjelajah ke India dan Asia Tenggara dengan laungan God, Gold and Glory, atau 
Tuhan, Emas dan Keagungan. Usaha mereka berdasarkan kehendak untuk menggoncang 
kekuatan ekonomi para saudagar Islam di laut Mediteranian pada masa itu yang 
berupaya menyekat usaha penjajahan negara-negara Islam oleh kuasa-kuasa Eropah. 
Mereka diikuti kelak oleh penjajah Belanda, Sepanyol, Perancis dan Inggeris.

Pada zaman Rasulullah S.A.W. sendiri, sektor ekonomi merupakan tumpuan baginda 
sejurus selepas membangunkan Masjid di Madinah. Baginda berusaha membuka jalan 
aktiviti perniagaan oleh pengikut-pengikutnya, dan membebaskan masyarakat dari 
belenggu riba para pemiutang yang lazimnya dari golongan Yahudi. Malah, 
kemajuan Madinah sebagai pusat perniagaan yang kian bersaing dengan Mekahlah 
antara sebab tercetusnya perang Badar di antara masyarakat Islam Madinah dengan 
Kaum Quraish Mekah.

Merujuk kepada buku The Principles Of Islamic Economic System oleh Yusuf Kamal, 
jelas dalam Islam bahawa aktiviti ekonomi tidaklah dilakukan secara 'bebas', 
tetapi haruslah menurut garis-panduan agama. Menurut prinsip Islam, sistem 
ekonomi haruslah memberikan manfaat kepada seluruh pelusuk masyarakat dan 
melindungi dari ketidak-seimbangan ekonomi. Ini kerana kemakmuran sejagatlah 
jalan cara memastikan seluruh masyarakat berupaya menunaikan tanggungjawab 
agama tanpa dibelenggu oleh kesempitan hidup.

Maka, Islam tidak membolehkan sistem ekonomi yang menyebabkan kepapaan sesuatu 
golongan masyarakat. Antara lain, ini kerana:

Golongan yang tersepit di jurang kemiskinan mungkin tiada masa dan tenaga untuk 
menunaikan ibadah asas sekalipun, seperti sembahyang, kerana hidup kais 
pagi-malam yang tidak berkesudahan. 
Golongan tersebut juga mungkin terpaksa melakukan perkara yang berdosa seperti 
pencurian, pelacuran, mahupun pembunuhan, sekiranya dibiar tersepit, dan ini 
mungkin juga akan menghindar masyarakat secara amnya dari melakukan ibadah 
sebanyak yang mungkin.
Berdasarkan prinsip mudah dan indah ini sahaja, konsep USFTA-Malaysia, yakni 
perjanjian perdagangan bebas tidaklah sesuai menurut lunas-lunas Islam dari 
segi prakatanya sekalipun. Dari segi intipati, ia juga menimbulkan kebimbangan, 
kerana beberapa fakta sejarah dan perundangan tentang kesan USFTA ini. Antara 
lain:
Ia memberi kebebasan bagi syarikat US untuk melakukan aktiviti ekonomi dan 
perdagangan di Malaysia secara bebas seakan-akan syarikat tempatan. Ini memberi 
kelebihan besar kepada syarikat US, kerana syarikat-syarikat gergasi mereka 
lazimnya berupaya menindih-lumatkan syarikat-syarikat tempatan, baik yang 
kerdil mahupun yang besar oleh kerana kekuatan kewangan dan sokongan syarikat 
induk mereka yang berpaut kepada pasaran besar di US. 
Walaupun syarikat-syarikat US mungkin kemudian perupaya mengambil tempat 
syarikat tempatan yang sudah ditewaskan, bagi meraih keuntungan, pastinya 
syarikat-syarikat US tersebut akan bertindak mengurangkan kos dari segi jumlah 
pekerja, mengurangkan gaji, pemindahan aktiviti seperti pembuatan, akaun dan 
sebagainya ke negara yang kosnya lebih rendah dan kemungkinan sekali menaikkan 
harga barangan sesudah kesemua saingan tempatan berjaya ditewaskan. 
Hasil dari penguasaan ekonomi oleh syarikat US ini mungkin termasuk penurunan 
harga barang. Tetapi, pada masa yang sama, kadar pengangguran juga akan 
meningkat hasil pengurangan jumlah pekerja dari sektor yang diambil alih oleh 
syarikat US tersebut. Ini mungkin memberi keuntungan kepada majoriti rakyat, 
tetapi ia tidak memastikan atau mengesyorkan akan berlaku keadilan ekonomi 
sejagat seperti dituntut Islam. Di negara-negar Amerika Selatan, terlihat 
jurang miskin-kaya mendadak meluas selepas USFTA. 
Pada peringkat yang paling ekstrim sekali, syarikat US juga berupaya 
meninggalkan Malaysia dan men

Help Palestine [hidayahnet] Assalamualaikum.

2007-02-04 Terurut Topik abu samah
  Alangkah eloknya jika saudara dapat membaca dan memahami
  apa yang telah ditulis oleh saudara Hafiz , semuga kita semua
  faham apa itu ISLAM .


  Terima Kaseh
  Abu Samah


- Original Message - 
From: Hafiz Hamzah 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Monday, January 29, 2007 3:59 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Assalamualaikum.


Salam perkenalan.

Saya ingin memberikan sedikit pendapat tentang isu
mufti Perlis yang meminta pihk berkuasa agar berhenti
daripada mengintip kesalahan orang muslim yang lain.

Pada dasarnya, saya bersetuju dengan pandangan beliau.
Sebab, di dalam al quran sendiri meminta kita umat
Islam agar tidak mengintip-intip perbuatan
saudara-saudara kita yang terlanjur berbuat maksiat.

Ini ada diterangkan secara jelas (muhkamat) di dalam
al Quran. Kalau tak silap saya dalam surah al
Hujuurat. Saya tidak ingat ayat ke berapa.

Tetapi, apabila saya baca kembali beberapa kisah
terutama kisah Saidina Umar yang mengintip kesalahan
seorang jiran yang berbuat maksiat, maka jiran itu
membacakan ayat tersebut lalu Saidina Umar tersedar
akan kesilapannya, lalu beredar dari rumah tersebut.

Tetapi itu bukan persoalannya.Hari ini sebenarnya,
umat islam terlalu leka dengan perbezaan pendapat
mengenai syariat dan langsung tidak mengindahkan
perkara terpenting yang sepatutnya dilakukan oleh umat
Islam pada hari ini, saat ini dan zaman ini.

Dalam keadaan zaman Islam sedang difitnah, umat Islam
sepatutnya bersatu dan sekiranya berbalah, perbalahan
itu tidak akan mengundang rasa benci dan permusuhan,
apatah lagi ianya berkaitan syariat fekah.

Di negara ini, sepatutnya para mufti dan ulama serta
cendekiawan Islam perlu membuka fikiran masyarakat
dari melihat Islam dalam keadaan yang sempit dan
tertutup dan melihat istilah ibadah itu dengan
pemikiran yang begitu tertutup.

Hari ini, ramai diantara kita, termasuk ulama mengakui
bahawa Islam sedang terancam. Jika Islam sedang lemah,
apa yang kita perlu lakukan? Jika kita sedang lemah,
sepatutnya kita berbincang bagaimana untuk jadi kuat,
dan bukannya berbincang dengan hal-hal syariat fekah
yang pastinya banyak cabang dan perbezaana pendapat.
Apatah lagi jika yang berbincang itu tidak mengetahui
adab-adab ikhtilaf dan hanya tahu pada satu mazhab?

Adalah lebih baik rasanya jika para ulama, cendekiawan
dan umat Islam itu menyeru kepada satu perpaduan
mutlak dibawah kalimah Islam dan ketepikan segala
perbalahan dan perbezaan pendapat serta ideologi.

Kita tidak perlu terlalu berfikir atau menumpukan
sepenuh perhatian kepda syariat sahaja, sedang
ayat-ayat al Quran yang menceritakan tentang syariat
hanya lebih kurang 500 ayat sahaja. Kita hari ini
sedang berbalah tentang sesuatu yang penting tetapi
kita terlupa untuk memikirkan perkara yang terpenting
dari perkara penting.

Di seluruh dunia, kita boleh lihat umat Islam terus
berpecah belah. Di Palestin, selepas berperang dengan
Israel, kini Hamas dan Fatah saling berbunuhan. Mereka
tidak belajar dari sejarah bagaimana setelah
mujahidden menumpaskan Rusia, mereka pula berperang
sesama sendiri kerana merebut kuasa.

Umat bukan Islam bertepuk tangan melihat kita bergaduh
dan benci-membenci sesama Islam. Di dalam buku tulisan
Syeikh Dr. Yusuf Qardawi, beliau membawakan sebuah
hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
melarang para sahabat mencerca sahabat lain yang masih
minum arak. Kata Baginda : Janganlah dicerca orang itu
kerana sesungguhnya aku mengetahui, bahawa dia
mencintai Allah dan Rasul.

Arak itu memang satu dosa, tetapi orang yang meminum
arak itu tidak murtad sehingga kita boleh mencaci dan
menghina mereka. Terkeluarkah mereka dari Islam jika
meminum arak? Terkeluarkah mereka dari Islam sekiranya
berzina? Terkeluarkah mereka dari Islam jika mereka
berjudi?

Tentunya tidak. Jika tidak, maka haram bagi kita
mencaci mereka, kerana umat Islam tidak boleh memaki
dan mencaci sesama saudara mereka sendiri. Apa yang
perlu dilakukan ialah bukannya mencaci, tetapi
mendekati golongan ini agar dakwah dan nasihat kita
kepadanya sampai kepadanya. Bukannya kita menjauhkan
diri dari mereka dan menghina mereka. 

Sebenarnya panjang lagi yang ingin saya tulis, tetapi
cukuplah sekadar ini buat masa ini. Ada sebuah kisah
mengenai Saidina Muawiyah dan Saidina Ali. Ketika itu
Ali dan Muawiyah sedang dalam perbalahan yang telah
mengakibatkan peperangan Siffin dan Jamal.

Dalam suasana genting itu, Raja Rom ingin mengambil
kesempatan lalu mengutus utusan untuk berjumpa
Muawiyah. Lalu utusan itu datang dan bertemu dengan
Muawiyah dan mengatakan Raja Rom ingin menyerang Ali
sebagai tanda sokongan terhadap Muawiyah. Muawiyah
bangkit lalu mengatakan kepada utusan tersebut :

"Jangan kamu sangka, dalam keadaan aku dan Ali sedang
bermusuhan, kamu boleh mengambil kesempatan. Katakan
pada Raja kamu, jika dia berani menyerang Ali, maka
kau akan dapati akulah yang akan duduk di barisan
hadapan tentera Islam untuk berperang dengan tentera
kamu bagi melindungi Ali."

Semoga Allah satukan hati umat Islam, sebagaimana Dia

Help Palestine [hidayahnet] paying one's debts

2007-02-04 Terurut Topik ***hajikhan***
   
  
   
  `Ali (May Allah be pleased with him) reported: 
  A slave who had made a contract with his master to pay for his freedom, 
  came to me and said: "I am unable to fulfill my obligation, so help me.
  '' Ali (May Allah be pleased with him) said to him: "Shall I not teach you a 
supplication 
  which the Messenger of Allah (peace and blessings of Allaah be upon him) 
taught me? 
  It will surely prove so effective that if you have a debt as large as a huge 
mountain, 
  Allah will surely pay it for you. Say: 
   
`Allahumm-akfini bihalalika `an haramika, 
wa aghnini bifadlika `amman siwaka 
   
  (O Allah! Grant me enough of what You make lawful so that I may dispense with 
what 
  You make unlawful, and enable me by Your Grace to dispense with all but 
You).''
  [At-Tirmidhi]. 
  Commentary: It is important to recite this Du`a in order to seek Allah's Help 
in 
paying one's debts and in avoiding to beg of people. 
   



Re: Help Palestine [hidayahnet] AKAD Kata: Dapat lagi sorang anggota masyarakat komited nak ikut program...

2007-02-04 Terurut Topik SHAIK TAMBY ADAM
Wa'alaikumslmwmbkth Dear Brother,
   
  20:33 supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, 
  Topics discussed in this Verse: 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Aaron] 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Moses:and 
the Burning Bush] 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Moses:prayer 
of] 
   ßóíú äõÓóÈøöÍóßó ßóËöíÑðÇ (20:33) 
Baset - Hussari - Minshawi  
   20:34 dan banyak mengingat Engkau. 
  Topics discussed in this Verse: 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Aaron] 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Moses:and 
the Burning Bush] 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Moses:prayer 
of] 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Remembrance 
of Allah:Remembrance of Allah (Zhikr)] 
  æóäóÐúßõÑóßó ßóËöíÑðÇ (20:34) 
Baset - Hussari - Minshawi  
  20:35 "Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami""." 
  
  
Åöäøóßó ßõäÊó ÈöäóÇ ÈóÕöíÑðÇ (20:35) 
Baset - Hussari - Minshawi ,
   
   
  20:36 "Allah berfirman: ""Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, hai 
Musa.""" 
  Topics discussed in this Verse: 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Moses:and 
the Burning Bush] 
||truetruetruetruetruetrue&-Sortorder=ascend&-Sortfield=cv&-find">[Moses:prayer 
of]   
ÞóÇáó ÞóÏú ÃõæÊöíÊó ÓõÄúáóßó íóÇ ãõæÓóì (20:36) 
Baset - Hussari - Minshawi 
  20:37 Dan sesungguhnya Kami telah memberi nikmat kepadamu pada kali yang lain.
   
   
æóáóÞóÏú ãóäóäøóÇ Úóáóíúßó ãóÑøóÉð ÃõÎúÑóì (20:37) 
Baset - Hussari - Minshawi  
   
  Untuk Arabic text > ecoding < others> Arabic Windows
   
   
  Hasan Al Bashri :” Jangan tentukan harga dirimu kecuali dengan 
syurga.Jiwa orang yang beriman itu mahal,tetapi sebahagian dari mereka 
menjualnya dengan harga yang murah.”
  Teruskan perjuangan masih ramai single mother bersamanya yang perlukan 
bimbingan  
   
  Wallahualam.
   
  *

 __
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Re: Help Palestine [hidayahnet] 99 names of Allah

2007-02-04 Terurut Topik SHAIK TAMBY ADAM
Beautiful recitation :
   
  http://www.2muslims.com/books/presentations/allahsnames001.swf

[EMAIL PROTECTED] wrote:

  
   
  
   Narrated Abu Hurairah (radhiAllaahu 'anhu) 
   Allaah's Messenger (sallallaahu 'alaihi wa sallam) said 
: 
   
"Allaah The Most High has ninety-nine names. 
 He who retains them in his memory will enter Paradise . "
   
  
  

 

 __
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] Perarakan Sempena Pesta Flora 2007

2007-02-04 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Tahun 2007 menyaksikan Malaysia sekali lagi menyambut Tahun Melawat
Malaysia (TMM). Adalah menjadi harapan kerajaan dan segelintir rakyat tahun
ini jumlah bilangan pelancong yang melawat negara kita bertambah. Terutama
selepas banyak dana rakyat yang dibelanjakan demi mempromosikan Malaysia
sebagai sebuah destinasi pelancongan walaupun bagi diri saya, tidak ada apa
yang menarik untuk dipamerkan di sini.

Apa yang ada? Kesan tinggalan sejarah yang membuktikan betapa lemahnya
orang kita hingga dengan mudah diperdayakan oleh bangsa kulit putih dan
mengangkat mereka sebagai penasihat yang wajib didengari kata-katanya? Atau
menyaksikan bagaimana akibat kerasukan segelintir pemimpin merebut takhta
pemerintahan sehingga sanggup membiarkan pulau-pulau penting diserahkan
sebagai bayaran pertolongan bangsa penjajah?

Atau mungkin pelancong boleh melawat Menara Berkembar Petronas yang pernah
ditabalkan sebagai menara berkembar tertinggi di dunia? Atau bergembira
dengan taman-taman tema yang rakyat tempatan hanya mampu melihat dari luar
kerana tidak mampu membayar harga tiket yang terlalu mahal? Bukanlah kerana
rakyat kita bergaji kecil tetapi kerana duit telah habis digunakan untuk
membayar yuran pelajaran anak, petrol, tol dan sebagainya

Atau terus menonton anak-anak gadis kita tergadai maruahnya menggoyangkan
punggung bagi menghiburkan pelancong atas nama tarian tradisional? Atau apa
lagi? Saya akui industri pelancongan mempunyai kesan yang baik terhadap
ekonomi negara kita tetapi keterlaluan menggamit pelancong akan menyebabkan
lebih banyak kesan negatif dari positif. Terutama untuk kita yang berbangga
sebagai sebuah negara Islam. Walaupun sekadar Islam Hadhari.

Termasuk di dalam jadual perayaan di TMM 2007 ini adalah Perarakan Kereta
Berhias bersempena dengan Pesta Flora 2007 yang berlangsung baru-baru ini.
Saya tidak sempat dan berminat untuk menyertainya tambah lagi ianya
diadakan di Putrajaya. Jauh dari kediaman saya. Cuma saya berkesempatan
menonton sedutan persiapan yang diadakan sebelum perarakan bermula melalui
klip yang dimainkan di akhir Buletin Utama siaran TV3.

Memang gah. Tidak mustahillah jika ada yang mengatakan sebuah kereta
memakan belanja sehingga ratusan ribu ringgit. Ah… Alangkah bagusnya jika
wang itu disalurkan kepada anak-anak miskin yang tidak dapat melanjutkan
pelajaran akibat kesempitan hidup. Atau untuk mereka yang terpaksa merayu
sumbangan orang awam demi menjalani suatu pembedahan bagi menyelamatkan
nyawa. Atau disalurkan kepada mangsa banjir. Bukan?

Dalam melihat betapa gahnya kereta-kerata berhias yang dipamerkan, saya
terpandang kepada satu lembaga yang besar. “Gajah? Patung gajah?” saya
bertanya sendirian. Rupanya ahli keluarga saya yang lain juga turut
terpandang. “Buat apa patung gajah itu di situ? Akan turut diarakkah
nanti?” bisik hati saya lagi. Hairan… Apa kena mengena patung gajah dengan
bunga-bungaan? Gajah berasal dari bungakah? Atau bunga berasal dari gajah?

Dan pada malam minggunya, Buletin Utama menyiarkan pula klip sambutan
tersebut. Ternyata patung gajah itu benar-benar ada. Kebetulan abang saya
juga ada di rumah kami ketika itu. Kami saling berpandangan. “Eh! Ini dah
macam perarakan berhala ni!” kata saya kepada abang saya yang membuatkan
dia menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Hati saya jadi tidak tenteram.
Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi?

Ke mana agaknya pergi mufti yang sebelum ini sibuk memperkatakan tentang
bidaah, yang sibuk mengutuk kerja-kerja amr-bil-ma’ruf, nahi-‘anil-mungkar
yang dijalankan oleh jabatan-jabatan agama? Ke mana agaknya menghilang
ustazah yang dilantik menjadi ahli parlimen yang kononnya sangat alim?
Apakah mereka tidak tahu, perbuatan mengarakkan patung sama seperti
perbuatan masyarakat jahiliyah dahulu?

Apa? Adakah atas nama ekonomi dan penyuburan industri pelancongan, maka
kegiatan haram sebegini terpaksa dihalalkan? Tidak ada pengecualian di
sini. Tidak cukupkah kita melakukan modifikasi terhadap Islam dengan
menggugurkan hukum hudud sehinggakan kini kita mula membenarkan berhala
diarak oleh orang yang mengaku Islam? Di manakah sebenarnya kelebihan Islam
Hadhari berbanding Islam yang dibawa Nabi saw sebenarnya?

Perperangan Islam terhadap berhala bukan bermula selepas pengutusan
Muhammad saw sebagai rasul Allah lagi. Malah ratusan tahun sebelum itu.
Tentu kita masih ingat kisah di zaman Nabi Ibrahim as di mana kaum beliau
begitu taksub dengan patung-patung yang mereka bina sendiri. Patung-patung
itu diarak dan diraikan lebih dari seorang raja lagi. Dan usaha menentang
ini dite

Help Palestine [hidayahnet] BEBERAPA CARA MENDEKATKAN DIRI KPD ALLAH SWT ......

2007-02-04 Terurut Topik irawanmuslim
BEBERAPA CARA MENDEKATKAN DIRI KPD ALLAH SWT
(Sumber : http://www.hajiumroh.com)
1. Sholat wajib tepat waktu, selalu berdoa dan berdzikir kepada Allah
Dengan sholat, berdo'a dan dzikir kepada Allah, Inya Allah hati
menjadi tenang, damai dan makin dekat dengan-Nya

2. Sholat tahajud
Dengan sholat tahajud Insya Allah cenderung mendapatkan perasaan
tenang. Hal ini dimungkinkan karena di tengah kesunyian malam
didapatkan kondisi keheningan dan ketenangan suasana,yang tentu saja
semua itu hanya dapat terjadi atas izin-Nya. Pada malam hari, diri
ini tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-
urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu saat menghadap
kepada-Nya.

3. Mengingat kematian yang dapat datang setiap saat
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita.
Dan dapat secepat kilat menjemput.

4. Membayangkan tidur di dalam kubur.
Membayangkan tidur dalam kuburan yang sempit , gelap dan sunyi saat
kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat
menemani kita di alam kubur nanti.

5. Membayangkan kedahsyatan siksa neraka.
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi larangan-Nya dan
tidak mengikuti perintah-Nya. Ya Allah jauhkanlah kami dari siksa
neraka-Mu, karena kami sangat takut akan siksa neraka-Mu.Ya Allah
bimbinglah kami agar dapat memanfaatkan sisa hidup kami untuk selalu
dijalan-Mu.……

6. Membayangkan surga-Nya.
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding
dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu.Semoga kita
dapat selalu mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan
Insya Allah diizinkan untuk meraih Surga-Nya. Amin…..

7a. Mengikuti tausyiah atau mengikuti pengajian secara rutin seminggu
satu kali (minimal), dua kali atau lebih. Insya Allah... dengan
mendengar tausyiah atau mengikuti pengajian, akan meningkatkan
keimanan karena selalu diingatkan kembali utk selalu dekat kpd Allah
SWT. Perlu dicatat, dikarenakan iman bisa turun atau naik, maka harus
dijaga agar iman tetap stabil pada keadaan tinggi/ kuat dengan
mengikuti tausyiah, pengajian dsb.

7b. Bergaul dengan orang-orang sholeh.
Seperti sudah dijelaskan di atas bahwa tingkat keimanan kita bisa
turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita
tetap tinggi. Berada pada lingkungan kondusif dimana orang-orangnya
dekat dengan Allah SWT, Insya Allah juga akan membawa kita untuk
makin dekat kepada-Nya.

8. Membaca Al Qur'an dan maknanya (arti dari setiap ayat yang dibaca)
Insya Allah dengan membaca Al Qur'an dan maknanya, akan menjadikan
kita makin dekat dengan-Nya.

9. Menambah pengetahuan keislaman dengan berbagai cara, antara lain
dengan : membaca buku, membaca di internet (tentang pengetahuan
Islam, artikel Islam, tausyiah dsb), melihat video Islami yang dapat
meningkatkan keimanan kita.

10. Merasakan kebesaran Allah SWT, atas semua ciptaan-Nya seperti
Alam Semesta (jagad raya yang tidak berbatas) beserta semua isinya.

11. Merenung atas semua kejadian alam yang terjadi di sekeliling kita
(tsunami, gunung meletus, gempa dsb). Dimana semua itu mungkin berupa
ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu
ingat kepada-Nya/ mengikuti perintah-Nya. Bukan makin tersesat ke
perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang oleh-Nya. Ya
Allah kami mohon bimbingan-Mu agar kami dapat selalu introspeksi atas
semua kesalahan yang kami perbuat, meninggalkan larangan-Mu dan
kembali ke jalan-Mu ya Allah.

12. Mensyukuri begitu besar nikmat yang sudah diberikan oleh Allah
SWT
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah.
Begitu banyak nikmat yang diberikan oleh-Nya.Saat ini kita masih bisa
bernafas, masih bisa makan, bisa minum, masih mempunyai keluarga,
masih mempunyai apa yang kita miliki saat ini,masih mempunyai panca
indera mata, hidung, telinga dan...masih bisa bernafas (masih diberi
kesempatan hidup). Masih pantaskah kita tidak bersyukur dan tidak
berterimakasih pada-Nya.






Help Palestine [hidayahnet] Re: JASA AHMAD DEEDAT TETAP DIKENANG

2007-02-04 Terurut Topik pak_aji_nomotosikal
Assalamualaikum Shima Derus ..

memang betul ada fakta yang salah terutama pd tarikh spt yg anda
terangkan .

tetapi maaf cakap mungkin anda tidak membaca keseluruhan artikel di
blog berkenaan.

Tempekan yg ada di hidayahnet ini sekadar pemuka pd keseluruhan
artikel.

Jika berkesempatan lawatilah blog tersebut. Insya'llah anda akan
bertemu dengan apa yg anda perbetulkan itu!


Tk

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Shima Derus wrote:
>
> Maaf; ada fakta yg perlu di perbetulkan. Almarhum Ahmad Deedat
meninggal dunia pada 8 Ogos 2005.
> Almarhum tidak pernah belajar di peringkat university (sebaliknya
self-taught student) tetapi menunjukkan kehebatannya didalam beberapa
debat dgn professor2 universiti sehingga "he made them look stupid"!!
Contoh yg amat ketara ialah debat di Stockholm dgn Prof. Stefan ...
(x ingat his last name). Bila ana pinjamkan DVD kpd kawan2 Kristian,
diorg kata prof. itu bukan lawannya!
>
> Semoga ruhnya ditempatkan bersama2 para solihin. Anak didik
almarhum yg meneruskan legasinya ialah Dr Zakir Naik (berbangsa India)
>
>
>
> - Original Message 
> From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: Ikhwanul Muslimun 
> Sent: Monday, 22 January, 2007 10:34:55 AM
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] JASA AHMAD DEEDAT TETAP
DIKENANG
>
>
> Pendakwah antarabangsa yang berani berdebat dengan para pendeta
> kristian
> Oleh AHID
>
> Ahmad Deedat telah meninggalkan kita.Beliau yang merupakan seorang
> pendakwah yang ulung di dunia telah menghembuskan nafas terakhirnya
> pada 17 Januari 2001.
>
> Tokoh Islam yang berkarisma dan berkaliber ini telah meninggal dunia
> dalam usia 83 tahun setelah mengabadikan diri dan jiwanya secara
> ilmiah menghadang usaha Kristian yang melanda dunia Islam.
>
> Pendakwah yang sekaligus"Kristolog "lahir di Surat,salah satu daerah
> di India pada tahun 1918 meninggalkan banyak buku agama,rakaman
kaset
> dan video yang menjelaskan tanggungjawab Islam secara jelas dan
tegas.
>
> Dari tangannya sendiri,ramai orang kristian memeluk agama Islam.Baik
> tokoh nasrani dan tokoh-tokoh yang membencinya dan takjub akan
> kemampuan Ahmad Deedat dalam menangkap pesan-pesan ajaran Islam.
>
> Malah ramai yang mengatakan bahawa kemampuannya dalam memahami Bible
> jauh di atas kemampuan dari pendita-pendita lainnya.
>
> Tidak seorang pun yang menyangka,seorang bekas penjual garam di
> Afrika Selatan,berubah menjadi seorang da`i besar dunia.Namanya
> terkenal setelah terjadi perdebatan antara dia dengan seorang
pendita
> terkemuka di Amerika.Sehingga banyak anak-anak muda Nasrani yang
> masuk Islam.
>
> Pendakwah ini benar-benar menyedari akan apa-apa yang di
> ucapkannya.Dia berbicara dengan lemah lembut dan sopan santun.Dia
> memahami beberapa bahasa asing.Dia membaca ketiga kitab agama samawi
> dengan mendalam,sehingga ia mampu menangkis serangan lawan terhadap
> agama dan nabinya,bahkan terhadap peribadinya sekalipun.
>
> Dia seorang da`i yang penuh tanggungjawab. Dia termasuk salah
seorang
> yang benar-benar mengamalkan ciri-ciri dakwah Islam. Ia juga
memiliki
> kemahiran dalam membawakannya.
>
> Ahmad Deedat memiliki kisah unik sejak saat kemahsyurannya. Ini
> sedikit kisahnya yang di kutib dari harian "Asy Syarqul
Ausath",Saudi
> Arabia . selanjutnya di
>
> http://grenbara. bravejournal. com
>
>
>
>
>
>
> ___
> All New Yahoo! Mail – Tired of unwanted email come-ons? Let our
SpamGuard protect you. http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html
>




Help Palestine [hidayahnet] Isytihar harta, jika Setiausaha Agung PBB boleh, Abdullah bila lagi?

2007-02-04 Terurut Topik syed dahij
  Isytihar harta, jika Setiausaha Agung PBB boleh, Abdullah bila lagi?  
  
 

   Wan Nordin Wan Yaacob  
 Wed | Jan 31, 07 | 04:37:34 AMKUALA LUMPUR, 31 
Jan (Hrkh) - Kempen Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi   terhadap 
rasuah dan penyelewengan seawal beliau menjadi Perdan Menteri dilihat masih 
kaku   malah banyak pihak yang mengkritik kelemahan kempen intergriti Abdullah.

   
 Sejak kebelakangan ini suara kritikan terhadap kepimpinan Abdullah cukup lunak 
malah ia juga   datang dari tokoh-tokoh yang masih bersama Umno antaranya 
ialah, bekas PM, Tun Dr Mahathir   Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

 
 Begitu juga serangan bekas TPM, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan orang kuatnya, 
Ezam Mohd   Noor terhadap kredibiliti Abdullah sebagai PM dan Menteri Kewangan 
dalam isu kronisme   membabitkan ahli keluarganya yang sedikit mengugat 
kedudukan Abdullah tatkala beliau turut   diserang Tun Mahathir.

  
 Namun setiap serangan dan pendedahan mengenai kronisme dan rasuah yang 
dilayangkan ke   atas kepimpinan Abdullah, tidak dilayan malah gesaan Ezam 
supaya Abdullah mengisytihar harta   tidak mendatangkan kesan meskipun laporan 
telah dibuat ke atas Badan Pencegah Rasuah (BPR)   dan polis.

 
 PBB dah mula, Malaysia bila lagi? 
 "Setiausaha Agung PPB yang baru, Ban Ki-Moon telah memulakan kempen 
mempertingkat   ketelusan badan dunia itu dengan dirinya sendiri. Pada 28 
Januari lalu, beliau (Setiausaha   Agung PBB) telah melakukan pengisytiharan 
harta beliau dan keluarganya.Ini satu tamparan   hebat kepada Abdullah dalam 
pada beliau berkempen mengenai intergriti," kata Koordinator   Eksekutif 
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Badrul Hisham Shaharin kepada   
Harakahdaily hari ini.

 
 Berdasarkan laporan agensi berita Reuters, Ban Ki-Moon telah mengisi borang 
pengihstiharaan   harta beliau dan keluarganya sesuai dengan tekadnya 
mempertingkatkan ketelusan, kata Badrul   Hisham.

 
 Malah lebih menarik lagi pengisytiharaan ini dibuat secara terbuka setelah 
sejak April lalu,   badan dunia itu telah mensyaratkan semua kakitangan 
kanannya untuk mengisi borang   pengishtiharan harta, katanya.

 
 PBB mensyaratkan pengsiytiharan harta ke atas kakitangannya setelah 
pembongkaran dan   penyiasatan skandal “oil-for-food program” untuk Iraq dan 
beberapa tuduhan yang mengaitkan   badan dunia itu dengan korupsi,katanya.

  
 Gerak memuji tindakan Ban Ki-moon memulakan kempen mempertingkatkan ketelusan 
dengan diri   dan keluarganya terlebih dahulu, katanya.

 
 Gerak juga berharap agar pimpinan negara ini terutamanya Abdullah turut 
mencontohi tindakan   tersebut agar kempen ketelusan dan anti rasuah kerajaan 
menjadi kenyataan.

 
  "Kempen mempertingkatkan ketelusan dan anti rasuah kerajaan akan hanya 
menjadi bahan   tertawa selagi Perdana Menteri dan keluarganya serta 
menteri–menteri kanan gagal   mengisytiharkan harta mereka."

  
 "Malah terlalu banyak laporan salahguna kuasa terhadap pemimpin kanan kerajaan 
termasuk   ahli keluarga Perdana Menteri sendiri gagal di siasat oleh pihak 
berkenaan," katanya lagi.

 
 Laporan belum disiasat 
 Pada 4 Disember lalu, Gerak telah membuat satu laporan kepada BPR berhubung 
tuntutan   mengadakan satu siasatan terhadap Abdullah atas dakwaan mengagihkan 
kontrak kepada   keluarganya.

 
 Berdasarkan laporan yang dibuat, Gerak berpendapat BPR telah mempunyai asas 
yang cukup   untuk memulakan siasatan ke atas penyalahgunaan kuasa Perdana 
Menteri dan keluarganya di   dalam pengagihan kontrak kerajaan di bawah 
Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan   Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan 
Perdana Menteri, kata Ezam ketika mengulas mengenai   laporan itu.

  
 Sebagai Perdana Menteri yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan, Abdullah 
mesti   dipertanggungjawabkan dan siasatan mesti dimulakan terhadapnya,katanya.

  
 Sementara Pada 26 Oktober 2006, Abdullah Badawi dalam sidang medianya telah 
membuat   kenyataan dan disiarkan dalam hampir semua media utama yang mana 
dalam kenyataannya   terkandung pengakuan beliau sendiri tentang agihan kontrak 
kerajaan yang dipolehi oleh   syarikat yang mempunyai kepentingan anaknya 
Kamaluddin Abdullah.

  
 Selain itu Abdullah juga mendakwa Dr Mahathir juga mengagihkan kontrak kepada 
anaknya   semasa bekas Presiden Umno itu menjadi Perdana Menteri.

  
 Pengakuan ini merupakan satu pengakuan yang serius mengenai penyalahgunaan 
kuasa Perdana   Menteri, kata Ezam.

  
 Melalui laporan ini juga dipanjangkan laporan polis yang telah dibuat Gerak 
pada 1 November   lalu di Balai Polis Dang Wangi, katanya.

  
 "Bersama laporan ini kami kepilkan dua laporan polis terdahulu antaranya satu 
laporan   mengenai Military Cookhouse Privatisation Agreement' yang merupakan 
tender yang   dianugerahkan secara luar biasa kepada Kamaluddin," kata Ezam.

  
 Tender babitkan Kamal

Help Palestine [hidayahnet] Isu Along, pihak berkuasa perlu perhalusi semua cadangan

2007-02-04 Terurut Topik syed dahij
  Isu Along, pihak berkuasa perlu perhalusi semua cadangan  
  
 

   Zaili Muhammad  
 Wed | Jan 31, 07 | 08:48:46 AMKUALA LUMPUR,  
31 Jan (Hrkh) - Kemelut ekonomi yang melanda Malaysia sejak beberapa tahun 
kebelakangan ini ditambah dengan faktor kenaikan harga pelbagai barang, minyak 
dan perkhidmatan menjadikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah 
tertekan.

 
 Sementara prosedur pinjaman bank yang terlalu ketat memaksa ramai di kalangan 
golongan   pekerja yang tertekan terpaksa membuat pinjaman dengan ceti haram 
'Along' yang dikatakan   menindas dengan kekerasan termasuk membunuh peminjam 
yang enggan membayar pinjaman.

 
 Pelbagai cadangan dan pendekatan diuar-uarkan kerajaan dalam menangani kemelut 
ini,   bagaimanapun ia masih tidak mendatangkan kesan tatkala rakyat ditambah 
dengan bebanan   kerana kos hidup yang semakin meningkat.

 
 Sementara itu, di sana-sini akhbar tempatan melaporkan pelbagai kisah tentang 
tindakan keras yang   dilakukan 'Along' ke atas peminjamnya yang enggan 
melunaskan hutang.

 
 Terbaru dalam menyelesaikan kemelut antara Along dan peminjamnya, pihak polis  
 mencadangkan agar tindakan turut dikenakan ke atas peminjam bagi mengelak 
budaya   berhutang dengan Along ini berterusan.

 
  Mengulas cadangan itu seorang peguam muda, Abdullah Abdul Karim berkata, 
cadangan pihak   polis itu wajar dikaji dari semua aspek agar tidak membebankan 
lagi peminjam yang telah sedia   tertekan.

  
 Katanya, cadangan itu perlulah diperhalusi kerana antara yang mendasari 
kemelut antara   'Along' dan peminjam ialah apabila along bertindak ganas dan 
peminjam melaporkan pada pihak   berkuasa.

 
 "Sekiranya peminjam pula yang dihukum mereka akan takut membuat laporan dan 
'Along' akan   terlepas, jadi bagaimana kita ingin membanteras along dari akar 
umbi,"  tambah Abdullah yang   kini berkhidmat di sebuah firma guaman di Pahang.

 
 Menurut Abdullah lagi, memang terdapat segelintir peminjam yang 'lupa daratan' 
setelah   memperolehi wang.

 
 "Syarat pinjaman syarikat kewangan (bank) yang terlalu ketat juga merupakan 
faktor kepada   berleluasanya kegiatan along," kata Abdullah.

  
 “Tidak adil sekiranya hukuman dikenakan kepada along kerana individu meminjam 
sebenarnya   menjadi punca along melakukan jenayah apabila peminjam gagal bayar 
balik.

  
 Hukuman kepada peminjam 
 Sementara itu dalam laporan media semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 
Komersial   (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof berkata, pihak polis bercadang 
mengenakan tindakan   ke atas individu yang meminjam melalui 'Along'.

 
 "Maka dengan adanya undang-undang baru ini, kita dapat memberi pengajaran 
kepada orang   ramai tidak meminjam wang secara haram dan tunjuk saluran yang 
betul.Jika tiada yang   meminjam, kegiatan along tidak akan wujud. Orang ramai 
perlu tahu risiko jika meminjam   dengan along,” kata Ramli lagi. - mks.
  


-
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Help Palestine [hidayahnet] 10243: Commentary on the verse "so wherever you turn (yourselves or your faces) there is the Face of Allaah"

2007-02-04 Terurut Topik Abdul Khaliq
10243: Commentary on the verse "so wherever you turn (yourselves or your faces) 
there is the Face of Allaah"
-
(Go here for Reference & More Islamic Questions & Answers:  
http://books.google.co.uk/books?vid=ISBN1861791542)
- 

Question: 

Could you explain the following ayaah? If Allah is above the heavens, why is 
Allah face there wherever you face? I am only asking this because I was 
explaining that Allah was above the heavens to somebody, and he qouted this 
ayah; I could not respond to him after that. Al-Baqarah - 2:115 

And to Allâh belong the east and the west, so wherever you turn yourselves or 
your faces there is the Face of Allâh (and He is High above, over His Throne). 
Surely! Allâh is All-Sufficient for His creatures' needs, All-Knowing. 


Answer: 

Praise be to Allaah. 

Firstly: 

We are obliged to believe that Allaah has risen above His throne in a manner 
that befits His majesty, not in a manner that resembles human movement, and to 
believe that Allaah has a Face that is not like the faces of His creation. 

So we should not go astray when interpreting verses and we must not distort 
their meanings; we should follow the views of the righteous salaf concerning 
that. 

With regard to the tafseer (commentary) on this verse, Shaykh Ibn `Uthaymeen 
said: 

If you ask whether every mention of the wajh (face) with reference to Allaah 
means the Face of Allaah which is one of His attributes, the answer is that 
this is the basic principle. Allaah says (interpretation of the meaning): 

"And turn not away those who invoke their Lord, morning and afternoon seeking 
His Face" 

[al-An'aam 6:52]. 

"And who has (in mind) no favour from anyone to be paid back, 

Except to seek the Countenance of his Lord, the Most High. 

He surely, will be pleased (when he will enter Paradise)" 

[al-Layl 92:19-21] 

And there are other similar verses. 

The basic principle is that what is meant by wajh is the Face of Allaah which 
is one of His attributes. But there is a verse concerning which the mufassireen 
differed, which is this verse (interpretation of the meaning): 

"And to Allaah belong the east and the west, so wherever you turn (yourselves 
or your faces) there is the Face of Allaah" 

[al-Baqarah 2:115] 

Some of them said that what is meant by wajh here is direction, because Allaah 
says (interpretation of the meaning): 

"For every nation there is a direction to which they face (in their prayers)" 

[al-Baqarah 2:148] 

So what is meant by wajh here is direction, so "there is the wajh of Allaah" 
means there is the direction of prayer which Allaah accepts. 

They said: because when travelling, if a person offers naafil prayers he can 
pray in whatever direction he is facing. 

But the correct view is that what is meant by wajh here is the Face of Allaah. 
So wherever you turn there is the Face of Allaah, because Allaah encompasses 
all things, and because it was proven from the Prophet (peace and blessings of 
Allaah be upon him) that when the worshipper stands to pray, Allaah in front of 
him. Hence it is forbidden for the worshipper to spit in front of him, because 
Allaah is in front of him. So if you pray in a place where you do not know 
where the qiblah is, but you do your best to figure it out and pray, and the 
qiblah is in fact behind you, then Allaah is in front of you even in this 
situation. 

This is the correct meaning which is in accordance with the apparent meaning of 
the verse, and the first meaning does not in fact contradict it. 

So the two meanings do not contradict one another. 

It should be noted that this mighty Face which is described in terms of majesty 
and honour cannot be fully encompassed by human descriptions and imagination. 
Rather everything that you can think of, Allaah is above that and is greater. 

"but they will never compass anything of His Knowledge" 

[Ta-Ha 20:110 _ interpretation of the meaning] 

With regard to the verse (interpretation of the meaning): 

"Everything will perish save His Face" 

[al-Qasas 28:88] 

What this means is that everything will perish except His Essence of which s 
His Face is one of the attributes. 

Sharh al-`Aqeedah al-Waasitiyyah by Ibn `Uthaymeen, 1/243-245. 

We should not compare the Creator to His creation and imagine Him in terms of 
His creation, for Allaah is as He has said of Himself (interpretation of the 
meaning): 

"There is nothing like Him" 

[al-Shoora 42:11] 

So Allaah has risen above His Throne, and He faces the worshipper when he 
prays, and there is no contradiction between them with regard to Allaah. 

Some people were similarly confused about the issue of Allaah descending during 
the last third of the night to the lowest heaven. They said that the night is 
not the same throughout the earth, so how can Allaah descend during the night 
and day at the same time? 

Shaykh Ibn `Uthaymeen said: 

Later generations who knew that the earth is round and that the sun revolves 
around the earth s

Re: Help Palestine [hidayahnet] doa hilangkan rasa gelisah dan dukacita

2007-02-04 Terurut Topik SHAIK TAMBY ADAM
  ÈöÓúãö Çááøåö ÇáÑøóÍúãÜóäö ÇáÑøóÍöíãö (1:1) 
Baset - Hussari - Minshawi  
   
   
   

   
   
  
  
  F.B.I.
   Firmed Believer of Islam
   
   
   
   ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
   
   
   
   
   
  
"Alif Laam Raa. A book which we have revealed to you (Muhammad) so that you may 
lead the people from out of the darknesses into the light by their Lord's leave 
to the path of the All-Mighty, the Praiseworthy." [Qur'an 14:1] 
  
-
 
  About Allah  
"Truly, your god is truly One!" [Qur'an 37:4] 
   
   Baset - Hussari - Minshawi  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Assalamualaikum w.b.t
kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat...
saya amat memerlukan pertolongan dan kaunseling dari saudara-saudara sekalian..
saya sudah hampir 2 minggu dalam keadaan resah, gelisah dan dukacita... 
bermacam-macam doa, solat dan sebagainya saya telah lakukan tapi, hati saya 
sama juga iaitu tidak merasa tenang..
oleh itu saya amat mengharapkan pertolongan dari saudara sekalian

[EMAIL PROTECTED]


 

 __
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] Re: Orang jahil Bercakap pasal agama!!

2007-02-04 Terurut Topik haa_jim
Assalamu'alaikum Wr.Wb,

syaitan jugak ade agama,..hee...hee...

maklum ler,..nak menunjuk kebolehan dia.agama dah dibuat main2,
olok2 maka tu dah diberitahu; "..Ya bani adama anlata'budus syaitan
lakum aduwun mubin"

wassalam.
--- In hidayahnet@yahoogroups.com, AmY wrote:
>
> >
> >Untuk renungan & ingatan bersama agar kita dpt
> >menjadikannya sebagai pengajaran dan sempadan
> >... bukan tujuan untuk menambahkan aib si pelakon
> >
> >
> >KENYATAAN dikeluarkan oleh Mawi lantaran
> >meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan
> >wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen
> >beberapa artis terkemuka tanah air kita.
> >
> >
> >[]
> >
> >"Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan
> >tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik
syahwat?".
> >
> >"Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai
> >ibu dan dalam babak itu dia kemalangan,
> >takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya
> >bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti
tersentuh?".
> >
> >Inilah yg dikatakan oleh oleh hadis "apabila
> >urusan agama diserahkan kepada bukan ahli,
> >tunggulah saat kehancuran". Yang peliknya tanya
> >kat artis saje. Tanyalah kat ustaz
> >kerajaan/bebas ataupun artis nasyid sama. Barulah bleh compare.
> >
> >Yang bercakap pula jahil.Gunakan logik akal
> >plak. Suruhlah dia guna logik akai bila kentut
> >basuhlah kat dubur. Apsal kena basuh muka
> >plak(wudhuk)?Ceh! Berlakon iklan power root pun pakai seluar pendek
> >
> >
> >[]
> >
> >Seorang lagi artis veteran yang cukup
> >kontroversi pula berkata: "Allah memberikan kita
> >peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa.
> >Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di
> >waktu malam untuk sembahyang tahajud. Jadi tidak
> >payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita
> >sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira
> >amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atid jalankan tugasnya."
> >
> >Tambah beliau lagi, "Lebih baik jual kopiah,
> >jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit".
> >
> >Dia & isteri kan dah pi haji. Kalu macam ni
> >kenyataannya aku bimbang dia dapat haji marlboro
> >(sommana uzubillah) je. Solat lima waktu
> >menghapus dosa2 kecik je. Malah kalau selalu
> >dilakukan dosa kecik bleh jadi dosa besar. Besar
> >dosanya bersentuhan dengan yg bukan ajnabi dengan sengaja.
> >
>
>So
> >ayuh kita tunjukkan bantahan kita. Boikot la
> >lakonan depa & iklan barangan depa. W/p mungkin
> >tiada kesan besar, at least kita ada sumbangan.
> >seperti pipit yang mengambil air bagi memadamkan
> >api yang membakar Nabi Allah Ibrahim
> >Khalilullah.http://beta.blogger.com/img/gl.link.gif
> >
> >p/s: bilalah Abdullah Md Zin nak ulas kenyataan
> >dua artis ini. Takleh kot? Apsal
>
>isu
> >takaful malaysia boleh?
> >
> >
> >[]
> >
> >Pasai ketua dia pun bersalam ngan wanita. Jaga
> >periuk nasik bang! Syiah pun tak salam dgn bukan muhrim. Kita?
> >
> >*Aku sebenarnya tak ikuti sangat perkembangan
> >artis2 Malaysia yang makin hanyut, lalai,
> >terover, tak tahu hukum hakam agama ni. Malas
> >nak layan… Aku ni pun bukan minat sangat ngan
> >Mawi tu. Tak pernah aku nak follow perkembangan
> >dia. Yang aku dengar org duk sibuk bercerita
> >pasal dia putus tunang mengalahkan isu murtad
> >kat Malaysia ni. Tapi bila dia keluarkan
> >kenyataan macam tu, diulas pulak oleh "2 EKOR
> >MALAUN YANG JAHIL" pasal agama ni menyebabkan
> >aku bagi pandangan sikit. Kita, kalau kurang
> >arif pasal agama jangan main sebarang cakap je..
> >kita rasa bukan main bagus lagi kita bercakap
> >tapi tak perasan KEBANGANGAN kita teserlah bila bercakap tanpa ilmu
agama.
> >
> >"APA, MAWI INGAT KAMI BERSENTUHAN, BERPEGANGAN
> >TANGAN DALAM FILEM ATAU DRAMA, SEBAB NAK SERONOK2? NAIK SHAHWAT…
> >
> >"HUKUM BERDOSA ATAU TIDAK BERSENTUHAN INI SUDAH
> >DITENTUKAN ALLAH. TETAPI INI KERJA SAYA, KALAU
> >SAYA TIDAK MEMBERI NAFKAH KEPADA ANAK BINI,
> >TENTU LEBIH BERDOSA. ENTAH2 ANAK BOLEH JADI PEROMPAK UNTUK
HIDUP"…
> >
> >mmm.. pandainya diorang berhujah! Apa diorang ni
> >tak fikir ke rezeki yang diorang dapat tu halal
> >ke haram??? Awal2 Islam mengajar supaya mencari
> >rezeki yang halal. Macamana pun orang Islam
> >wajib mencari rezeki yang halal. Ni berlakon
> >pegang sana, pegang sini, isteri orang berpeluk
> >dengan suami orang dengan alasan berlakon, ikut
> >skrip! Dayuslah para suami yang membenarkan
> >isterinya dipegang lelaki lain apatah lagi
> >dipeluk, dibelai, dimanja. Ingat, suami dayus tidak mencium bau
syurga!
> >
> >Pelakon professional konon.. Yang jelas dan nyata,
> >
> >HUKUM SENGAJA BERSENTUH ANTARA LELAKI DENGAN
> >WANITA BUKAN MUHRIM A

Re: Help Palestine [hidayahnet] Assalamualaikum.

2007-02-04 Terurut Topik abu samah
  Tahniah kerana anda telah membawa perkara yang membawa
  pengajaran dan tauladan pada umat Islam hari ini khasnya di
  Malaysia , bukannya perkara yang merepek dan penuh dengan
  cerca serta keji kepada umat Islam hanya kerana perbezaan
  politik.


  Yang Benar
  Abu Samah


  - Original Message - 
  From: Hafiz Hamzah 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Monday, January 29, 2007 3:59 AM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] Assalamualaikum.


  Salam perkenalan.

  Saya ingin memberikan sedikit pendapat tentang isu
  mufti Perlis yang meminta pihk berkuasa agar berhenti
  daripada mengintip kesalahan orang muslim yang lain.

  Pada dasarnya, saya bersetuju dengan pandangan beliau.
  Sebab, di dalam al quran sendiri meminta kita umat
  Islam agar tidak mengintip-intip perbuatan
  saudara-saudara kita yang terlanjur berbuat maksiat.

  Ini ada diterangkan secara jelas (muhkamat) di dalam
  al Quran. Kalau tak silap saya dalam surah al
  Hujuurat. Saya tidak ingat ayat ke berapa.

  Tetapi, apabila saya baca kembali beberapa kisah
  terutama kisah Saidina Umar yang mengintip kesalahan
  seorang jiran yang berbuat maksiat, maka jiran itu
  membacakan ayat tersebut lalu Saidina Umar tersedar
  akan kesilapannya, lalu beredar dari rumah tersebut.

  Tetapi itu bukan persoalannya.Hari ini sebenarnya,
  umat islam terlalu leka dengan perbezaan pendapat
  mengenai syariat dan langsung tidak mengindahkan
  perkara terpenting yang sepatutnya dilakukan oleh umat
  Islam pada hari ini, saat ini dan zaman ini.

  Dalam keadaan zaman Islam sedang difitnah, umat Islam
  sepatutnya bersatu dan sekiranya berbalah, perbalahan
  itu tidak akan mengundang rasa benci dan permusuhan,
  apatah lagi ianya berkaitan syariat fekah.

  Di negara ini, sepatutnya para mufti dan ulama serta
  cendekiawan Islam perlu membuka fikiran masyarakat
  dari melihat Islam dalam keadaan yang sempit dan
  tertutup dan melihat istilah ibadah itu dengan
  pemikiran yang begitu tertutup.

  Hari ini, ramai diantara kita, termasuk ulama mengakui
  bahawa Islam sedang terancam. Jika Islam sedang lemah,
  apa yang kita perlu lakukan? Jika kita sedang lemah,
  sepatutnya kita berbincang bagaimana untuk jadi kuat,
  dan bukannya berbincang dengan hal-hal syariat fekah
  yang pastinya banyak cabang dan perbezaana pendapat.
  Apatah lagi jika yang berbincang itu tidak mengetahui
  adab-adab ikhtilaf dan hanya tahu pada satu mazhab?

  Adalah lebih baik rasanya jika para ulama, cendekiawan
  dan umat Islam itu menyeru kepada satu perpaduan
  mutlak dibawah kalimah Islam dan ketepikan segala
  perbalahan dan perbezaan pendapat serta ideologi.

  Kita tidak perlu terlalu berfikir atau menumpukan
  sepenuh perhatian kepda syariat sahaja, sedang
  ayat-ayat al Quran yang menceritakan tentang syariat
  hanya lebih kurang 500 ayat sahaja. Kita hari ini
  sedang berbalah tentang sesuatu yang penting tetapi
  kita terlupa untuk memikirkan perkara yang terpenting
  dari perkara penting.

  Di seluruh dunia, kita boleh lihat umat Islam terus
  berpecah belah. Di Palestin, selepas berperang dengan
  Israel, kini Hamas dan Fatah saling berbunuhan. Mereka
  tidak belajar dari sejarah bagaimana setelah
  mujahidden menumpaskan Rusia, mereka pula berperang
  sesama sendiri kerana merebut kuasa.

  Umat bukan Islam bertepuk tangan melihat kita bergaduh
  dan benci-membenci sesama Islam. Di dalam buku tulisan
  Syeikh Dr. Yusuf Qardawi, beliau membawakan sebuah
  hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
  melarang para sahabat mencerca sahabat lain yang masih
  minum arak. Kata Baginda : Janganlah dicerca orang itu
  kerana sesungguhnya aku mengetahui, bahawa dia
  mencintai Allah dan Rasul.

  Arak itu memang satu dosa, tetapi orang yang meminum
  arak itu tidak murtad sehingga kita boleh mencaci dan
  menghina mereka. Terkeluarkah mereka dari Islam jika
  meminum arak? Terkeluarkah mereka dari Islam sekiranya
  berzina? Terkeluarkah mereka dari Islam jika mereka
  berjudi?

  Tentunya tidak. Jika tidak, maka haram bagi kita
  mencaci mereka, kerana umat Islam tidak boleh memaki
  dan mencaci sesama saudara mereka sendiri. Apa yang
  perlu dilakukan ialah bukannya mencaci, tetapi
  mendekati golongan ini agar dakwah dan nasihat kita
  kepadanya sampai kepadanya. Bukannya kita menjauhkan
  diri dari mereka dan menghina mereka. 

  Sebenarnya panjang lagi yang ingin saya tulis, tetapi
  cukuplah sekadar ini buat masa ini. Ada sebuah kisah
  mengenai Saidina Muawiyah dan Saidina Ali. Ketika itu
  Ali dan Muawiyah sedang dalam perbalahan yang telah
  mengakibatkan peperangan Siffin dan Jamal.

  Dalam suasana genting itu, Raja Rom ingin mengambil
  kesempatan lalu mengutus utusan untuk berjumpa
  Muawiyah. Lalu utusan itu datang dan bertemu dengan
  Muawiyah dan mengatakan Raja Rom ingin menyerang Ali
  sebagai tanda sokongan terhadap Muawiyah. Muawiyah
  bangkit lalu mengatakan kepada utusan tersebut :

  "Jangan kamu sangka, dalam keadaan aku dan Ali sedang
  

Re: Help Palestine [hidayahnet] doa hilangkan rasa gelisah dan dukacita

2007-02-04 Terurut Topik Ahmad 247
Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah yang bernama 
Ibnu Mas'ud meminta nasihat, katanya: "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang 
dapat kujadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini 
aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tak enak, 
tidur tak nyenyak."
   
  Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya, katanya: "Kalau penyakit itu yang menimpamu, 
maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca 
Al-Quran, engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang membacanya; 
atau engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah; atau 
engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat menyembah 
Allah, umpama di waktu tengah malam buta, di saat orang tidur nyenyak, engkau 
bangun mengerjakan shalat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan 
jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati. Seandainya jiwamu belum juga 
terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberiNya hati yang 
lain, sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu."
   
  Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannya nasihat Ibnu Mas'ud r.a 
itu. Dia pergi mengambil wudhu' kemudiannya diambilnya Al-Quran, terus dia baca 
dengan hati yang khusyu'. Selesai membaca Al-Quran, berubahlah kembali jiwanya, 
menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang 
sama sekali.
   
   
  Sumber:
   
  Al-Quraan dan Terjemahnya
  Terbitan Yayasan Penyeleggara Penterjemah/Pentafsir Al-Quraan, Indonesia
  Bab Enam : Keutamaan Membaca Al-Quraan dan Cara Membacanya   


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:  Assalamualaikum w.b.t
kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat...
saya amat memerlukan pertolongan dan kaunseling dari saudara-saudara sekalian..
saya sudah hampir 2 minggu dalam keadaan resah, gelisah dan dukacita... 
bermacam-macam doa, solat dan sebagainya saya telah lakukan tapi, hati saya 
sama juga iaitu tidak merasa tenang..
oleh itu saya amat mengharapkan pertolongan dari saudara sekalian

[EMAIL PROTECTED]


 

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] Reward for reading the Qur'aan in translation

2007-02-04 Terurut Topik Muhammad Abdul-Rahman
-
(Reference:  http://books.google.co.uk/books?vid=ISBN1861791542)
-

2589: Reward for reading the Qur'aan in translation 

Question: 

Asalamu-Alaikum, 

This is in regards to Question 2237 `Reading Soorat Yaa-Seen in congregation on 
Friday nights'. Actually I am referring to the hadeeth you mentioned where The 
Prophet (peace be upon him) said: "Whoever reads one letter of the Book of 
Allaah will have one hasanah (reward) for doing so, and every hasanah will be 
multiplied by 10. I do not say that `Alif, laam, meem' is one letter, but 
`Alif' is a letter, `laam' is a letter and `meem' is a letter.'" 
I was wonderring if this hadith was also true if one is reading the Qur'an in a 
different language (i.e. English Translation) in order to actually understand 
what he is reading? 

Thank You, Allahu-Akbar 


Answer: 

Praise be to Allaah. We ask Allaah to reward you for your keenness. In response 
to your question, the reward mentioned in this hadeeth is only for the one who 
reads the Qur'aan as it is in Arabic, not for the one who reads the 
interpretation of the meanings in any other language. However, if a person 
reads a translation of the meanings in order to understand the meaning and 
benefit from what the aayaat are saying, then he will be rewarded for doing 
this, and his reward is with Allaah, because the Muslim will be rewarded for 
reading tafseer (explanation and commentary), and a translation is tafseer. But 
there is no indication that the person who reads a translation will earn the 
reward mentioned in the hadeeth. The bounty of Allaah is immense. And Allaah 
knows best. 

-
(Reference:  http://books.google.co.uk/books?vid=ISBN1861791542)
-




 




















































--
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Re: Help Palestine [hidayahnet] doa hilangkan rasa gelisah dan dukacita

2007-02-04 Terurut Topik SHAIK TAMBY ADAM
semoga mendapat sakinah ..dengan perbanyakan istighfar & selawat ketas 
rasulullah s.a.w.
   
  http://www.2muslims.com/books/presentations/allahsnames001.swf
   
  email : [EMAIL PROTECTED]
   
  
**

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Assalamualaikum w.b.t
kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat...
saya amat memerlukan pertolongan dan kaunseling dari saudara-saudara sekalian..
saya sudah hampir 2 minggu dalam keadaan resah, gelisah dan dukacita... 
bermacam-macam doa, solat dan sebagainya saya telah lakukan tapi, hati saya 
sama juga iaitu tidak merasa tenang..
oleh itu saya amat mengharapkan pertolongan dari saudara sekalian

[EMAIL PROTECTED]


 

 __
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] Ikhlaskah kita ?

2007-02-04 Terurut Topik Ruzaini Che Mansor
Satu persoalan yang ingin ditimbulkan, ikhlaskah kita dalam beramal dan 
berbakti ? Pernah ditanya kepada seorang yang soleh, “Apakah yang lebih berat 
dari jiwa ?” Ia menjawab, “Keikhlasan kerana jiwa tidak memiliki bahagian di 
dalamnya. Firman Allah S.W.T :
   
  “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu 
(bagaikan) debu yang berterbangan.”
  Surah Al Furqan :23
   
  Diceritakan pada suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, apa itu 
ikhlas ? Kemudian Nabi pun diam sambil berfikir buat seketika. Kemudian Nabi 
pun bertanya kepada Jibril. Bila ditanya Jibril, “Apa itu ikhlas ?” Beliau pun 
tidak mampu menjawab. Kemudian Jibril terus tanya kepada Allah. Allah menjawab 
pertanyaan tersebut. Ikhlas itu adalah rahsia dari rahsia-rahsiaKu. Ia adalah 
antara Aku dengan hambaKu yang tidak Aku ciptakan kecuali kepada hambaKu yang 
aku cintai.
   
  Keikhlasan mampu membersihkan hati dan mengarahkan kepada Kekasihnya. Sabda 
Nabi :“Ada tiga perkara yang kerananya dalam hati muslim tidak ada kedengkian. 
Ikhlas beramal kerana Allah, menasihati para pemimpin dan sentiasa berada dalam 
jemaah kaum muslimin kerana sesungguhnya dakwah mereka itu meliputi mereka.”
   
  Antara gambaran keikhlasan yang tidak murni oleh Imam Al Ghazali ialah :

   Belajar ilmu supaya mudah mencari wang dan menjadi mulia di tengah keluarga  
   Sibuk mengajar dan berceramah supaya terbebas dari kesempitan akibat diam 
terus menerus dan memperoleh kelapangan melalui nikmat bercakap
   Kembali kepada realiti kehidupan. Dalam hidup berpersatuan 
adakalanya kita merasa tertekan melakukan sesuatu amanah yang 
dipertanggungjawabkan. Mempersoalkan mengapa perlu melakukan sesuatu sedangkan 
ia merupakan satu kewajipan. Kembali kepada nawaitu utama kita. Hisab diri. 
Adakah kita melakukan sesuatu lantaran arahan atau lillahi Taala. Sekiranya ia 
dibuat kerana Allah hati akan merasa tenang dan tidak mengendahkan apa jua 
orang lain akan cakap. Contoh paling mudah yang boleh dilihat dalam kehidupan 
seharian. Apabila kita membantu sahabat dan dia tidak mengucapkan terima kasih. 
Pasti terdetik di hati begini, “tak ucap terima kasih pun, lain kali tak perlu 
tolong lagi.” Jelas menunjukkan bantuan yang dihulurkan tidak ikhlas. Berkongsi 
satu cerita yang diperolehi dalam satu majlis ilmu. Sebelum masuk ke dalam 
kelas, seorang guru akan berhenti di muka pintu dengan niat ilmu yang 
diturunkan kepada pelajarnya adalah kerana Allah. Kesannya, pelajar mereka 
tidak lupa
 apa yang diajarkan oleh gurunya lantaran niat yang ikhlas. Sekalipun telah 
lama meninggalkan alam persekolahan. 
   
  Begitulah jua dalam menunaikan solat fardhu. Adakah kita 
mengerjakan solat disebabkan kewajipan sebagai seorang muslim atau kerana 
perasaan rindu yang mendalam akan Kekasih sejati? Anologinya cukup mudah. 
Seorang pelajar pergi ke kuliah kerana menunaikan kewajipan sebagai seorang 
pelajar dan bagi memenuhi kehadiran untuk membolehkannya masuk ke dewan 
peperiksaan. Pelajar ini sekadar masuk dan mendengar kuliah sahaja. Berbeza 
jika seorang pelajar pergi ke kuliah dengan niat untuk menimba ilmu yang telah 
Allah  kurniakan untuk pengajaran umatnya. Pelajar ini akan memberikan sepenuh 
perhatian dalam sesi kuliah tersebut. Begitulah juga dalam mengerjakan solat. 
Seandainya ia dilakukan kerana rindu padaNya pasti setiap tutur bacaan dalam 
solat akan direnungi maksudnya dan lebih khusyuk. 
   
  Apabila berbicara soal ikhlas ini juga, sebenarnya ia dapat mengelak 
dari perasaan hasad dengki. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
“Sesungguhnya pada nikmat Allah itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya : 
“Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, “mereka ialah orang 
yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan Allah.” 
Perasaan ini lahir disebabkan rasa diri 
  berada pada kedudukan tinggi dan mulia berbanding orang lain. Golongan ini 
juga akan merasa tercabar apabila orang lain memiliki kelebihan yang tiada pada 
dirinya. Pada ketika inilah, ilmu dan takwa memainkan peranannya sebagai 
senjata sebenar yang dapat melawan perasaan yang memusnahkan kehidupan. 
Berbekalkan ilmu yang dimilikilah dapat memberi amaran akibat yang akan 
diterima dan mendorong manusia untuk berusaha mencapai darjah ketakwaan. 
Mengambil kisah pembunuhan Habil oleh Qabil lantaran perasaan dengki dan 
mengikut hawa nafsu yang melulu. Akhirnya Allah memusnahkan keturunannya di 
zajman Nabi Nuh. Sedarilah bahawa berhala diri itu lebih hebat penangannya. 
Berhala diri yang dimaksudkan adalah hawa nafsu. 
   
  Penutup bicara, perjuangan bukan mengukur kekuatan. Bukan juga 
pentas mempamer kebijaksanaan. Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati dalam 
menyebar risalah Nabi mengembang Islam di muka bumi. Usah risau apa yang diberi 
ikhlas dari hati akan mereka rasai. Insafi diri. Renungi bersama mengapa kita 
di sini dan mengapa kita perlu lakukan semua ini. In

Help Palestine [hidayahnet] Malaysia Dijangka Hadapi Kemarau Terburuk

2007-02-04 Terurut Topik AmY


>> >> Negara dijangka hadapi kemarau terburuk tahun ini
>> >>
>> >>  Oleh: THOMAS CHONG
>> >>
>> >>  KUALA LUMPUR 25 Jan. - Selepas bencana banjir besar melanda Johor dan
>> >> beberapa negeri baru-baru ini, seorang pakar kaji cuaca meramalkan
>> > Malaysia
>> >> bakal menghadapi musim kemarau terburuk dalam sejarah bermula antara
>> >> bulan
>> >> Mac hingga Ogos tahun ini.
>> >>
>> >>  Pengarah Pusat Hal Ehwal Cuaca Universiti Malaya (UM), Profesor Dr.
>> >> Khairulmaini Osman Salleh berkata, fenomena cuaca El-Nino yang membawa
>> >> musim kemarau itu kini dikesan berlaku di Lautan Pasifik Selatan.
>> >>
>> >>  Beliau berkata, kesan kemarau El-Nino kali ini diramal sangat buruk
>> > kerana
>> >> ia muncul selepas 10 tahun. Kali terakhir El-Nino melanda negara ialah
>> > pada
>> >> tahun 1997.
>> >>
>> >>  "El-Nino sepatutnya m uncul setiap dua hingga tujuh tahun tetapi kali
>> >> ini
>> >> ia datang selepas 10 tahun, dan keadaan itu di luar jangkaan para
>> >> saintis.
>> >>
>> >>  ''Fenomena yang terlewat ini bukan sesuatu yang baik. Ia bermakna
>> >> El-Nino
>> >> yang lebih kuat akan tercetus pada tahun ini,'' kata Khairulmaini
> kepada
>> >> Utusan Malaysia di sini hari ini.
>> >>
>> >>  El-Nino yang diramal melanda Malaysia dan Asia Tenggara bakal menjadi
>> >> lebih bertenaga ekoran pemanasan global sekarang.
>> >>
>> >>  ''Sejak tahun 1900, El-Nino menunjukkan kesannya semakin hebat dan
>> >> tempohnya juga lebih panjang.
>> >>
>> >>  ''Ekoran kelewatan kemunculan fenomena itu, cuaca buruk yang bakal
>> > melanda
>> >> Malaysia sudah pastinya teruk atau sekurang-kurangnya setanding dengan
>> >> apa
>> >> yang kita alami 10 tahun lalu,'' katanya.
>> >>
>> >>  Saintis-saintis mengesan fenomena El-Nino peringkat awal sedang
> berlaku
>> > di
>> >> Lautan Pasifik dan ia bakal membawa perubahan besar kepada cuaca
>> >> dunia.
>> >>
>> >>  Menurut Khairulmaini, jika fenomena itu berpanjangan, maka kemarau
> yang
>> >> bakal dialami juga akan lebih lama dan boleh menyebabkan kekurangan
>> >> air
>> > dan
>> >> kebakaran hutan.
>> >>
>> >>  Menurut laporan Pejabat Meteorologi Britain (UKMO), purata suhu
>> >> permukaan
>> >> lautan ekoran El-Nino pada tahun ini akan menyamai atau melebihi rekod
>> >> tahun 1998.
>> >>
>> >>  Sementara itu, Ketua Pusat Pencerapan Bumi Universiti Kebangsaan
>> >> Malaysia
>> >> (UKM), Prof. Madya Dr. Mastura Mahmud ketika dihubungi tidak menolak
>> >> ramalan pakar-pakar dari UKMO itu.
>> >>
>> >>  ''Banyak model dikaji sebelum ramalan dibuat. Ramalan cuaca biasanya
>> >> menunjukkan ketepatan antara 80 hingga 85 peratus,'' jelasnya.
>> >>
>> >>
- (on mail)

email-body was scanned and no virus found
-


Help Palestine [hidayahnet] Malay / English Statement by Farmers / Rural Community Coalition on US FTA 3rd February 2007

2007-02-04 Terurut Topik zamashari

*JAWATANKUASA BERTINDAK MEMBANTAH US FTA (WILAYAH UTARA)*
*d/a 21, Lintang Delima 15, 11700 P.Pinang*
*Tel ; (6) 04 6596930 Fax ; (6) 04 6596 931 *
*Email ; [EMAIL PROTECTED] www.ftamalaysia.org *
*3 Februari 2007*

*Kerajaan Malaysia harus mendedahkan perundingan US FTA demi kepentingan
Petani dan rakyat *
Jawatankuasa Bertindak mengambil perhatian janji Dato' Seri Rafidah Aziz
bahawa padi tidak akan dimasukkan dalam Perjanjian Perdagangan Malaysia US
(US FTA). Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyidin Yasin dalam satu kenyataan
yang sama telah berjanji bahwa kerajaan tidak akan berkompromi sama sekali
dalam apa jual melibatkan kepentingan petani tempatan.
Walaubagaimanapun terdapat laporan yang mengatakan bahawa US menentang
pengeluaran beras dari perundingan US FTA. Kami menggesa pihak kementerian
(MITI) untuk mendedahkan maklum balas US terhadap permintaan Malaysia untuk
mengeluarkan beras dari perundingan US FTA. Kementerian harus bersikap
terbuka dan telus kepada rakyat selaras dengan seruan Pak Lah untuk Kerajaan
yang lebih telus dan berintegriti. Jika US sebenarnya menentang cadangan
Malaysia berkenaan beras, kami menyeru Menteri terbabit untuk mematuhi janji
mereka kepada kami, para Petani.
Menjadi sesuatu yang penting bagi kami mendapatkan penerangan yang jelas
daripada kerajaan memandangkan Dato' Seri Rafidah telah sebelum ini memberi
beberapa kenyataan yang bertentangan antara satu dengan yang lain. [Seperti
dinyatakan di nota di bawah]
Walaupun Malaysia mampu untuk mendapat pengecualian dalam isu Beras, kami
melahirkan kebimbangan kami terhadap petani-petani lain yang sebelum ini
dilindungi dari kesan subsidi produk peranian US yang boleh menjangkau   nilai
subsidi sehingga 154%. Jika US meminta cukai untuk dikurangkan kepada 0%,
sepertimana semua FTA dengan US sebelum ini, adakah Kerajaan Malaysia akan
turut  bersetuju.
70.6% rakyat Malaysia dalam kategori miskin berada di kawasan desa. Jika
tariff Malaysia terhadap produk pertanian dikurangkan kepada 0%; para petani
akan kehilangan mata pencarian dan kehidupan mereka memandangkan mereka
tidak akan mampu untuk bersaing dengan kebanjiran produk pertanian subsidi
US. Kami menggesa kerajaan benar-benar memikirkan nasib kami, penduduk desa.
Ini dilihat sama sekali bertentangan dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan
Malaysia ke 9 untuk "meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan
nelayan dan mengurangkan kemiskinan rakyat".
Apabila Sarawak mengharamkan import ayam proses, kerajaan negeri terpaksa
mengangkat semula pengharaman selepas US membantah sebagai sebahagian
perundingan awal US FTA. Ayam dari US, menerima subsidi yang cukup tinggi
dalam bentuk subsidi makanan ayam (terutamanya kacang soya dan jagung).
Sebagai contoh, subsidi jagung boleh mencapai 47% dari pendapatan sesuatu
ladang. Apa akan terjadi kepada perusahaan ternakan ayam dan telur jika FTA
ditandatangani? Adakah perusahan ternakan ayam boleh berkembang lagi kepada
5.7% sepertiamana yang dinyatakan dalam rancangan Malaysia ke 9 jika
Malaysia dibanjiri ayam subsidi dari US.
Pengalaman penternakan ayam di Ghana apabila mereka menurunkan tariff mereka
sepatutnya dijadikan pengajaran kepada kerajaan Malaysia. Pada 1992,
ternakan ayam tempatan membekalkan 95% daripada keperluan domestic,
menjelang 2001, pegangan pasaran mereka telah jatuh 11% disebabkan
pengurangan tariff dan fenomena pembuangan ayam proses subsidi dari
Kesatauan Eropah (EU). Kebanyakan 400 000 ahli, Persatuan Kebangsaan
Penternak Ayam (Ghana) akhirnya telah gulung tikar.
Selain itu, makanan haiwan adalah 17% dari kos produksi perusahaan lembu dan
boleh mencapai 47% bagi hasil penternakan haiwan lain. Kos ini
walaubagaimanapun disubsidikan di US. Jika tariff Malaysia terhadap lembu
dan hasil daging yang lain dikurangkan kepada 0%, penternak Malaysia
semestinya tidak akan mapu bersaing dengan produk industri daging US.
Kerajaan US, juga telah mengadu bahawa syarat-syarat Halal Malaysia dianggap
terlalu ketat. Dewan Perniagaan US dan Dewan Perniagaan Malaysia-Amerika
juga memberi sokongan kepada pernyataan ini dengan mengatakan "Polisi
Malaysia adalah secara tidak wajar ketat bagi produk Halal. Jika syarat
Halal ini terpaksa dikompromikan untuk disesuaikan dengan kehendak eksport
US, ini secara jelasnya akan memberi kesan besar kepada Industri Halal
Negara ini dan hasrat Malaysia untuk menjadi pusat (hub) Halal serantau.
Melihat semua kerisauan ini, Jawatankuasa bertindak menggeasa Kerajaan
Malaysia mengangguhkan Perundingan US FTA, bersikap terbuka dan mendedahkan
perundingan tersebut kepada rakyat Malaysia dan memulakan disamping terbuka
membincangkan kajian kos manfaat (cost benefit) terhadap impak US FTA kepada
petani dan seluruh rakyat Malaysia. Sikap tertutup ini menunjukkan ketidak
telusan Kementerian Perdangan Luar kepada Rakyat Malaysia dan bertentangan
dengan seruan Pak Lah untuk integriti dan ketulusan.
Jawatankuasa bertindak akan terus membantah dan mengadakan penerangan kepada
petani dan masyarakat desa sehin

Help Palestine [hidayahnet] Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra -http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=77&PHPSESSID=13ed91caab3d05c588f3ab77e2109004

2007-02-04 Terurut Topik ENCIK BELANG

Note: forwarded message attached.

   "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, 
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari 
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, 
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.  
 

  Amin, ya Rabbal A'lamin."

   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  EKSEKUTIF PEMASARAN TAKAFUL MALAYSIA
019-3635331




 
-
Bored stiff? Loosen up...
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.--- Begin Message ---



Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra  

Salam,  

Disertakan koleksi jawapan yang pernah saya berikan di Forum saya , sila buka 
http://www.freeforum101.com/jordanian/ 

hukum ASB telah saya sebutkan byk kali di pelbagai tempat. 

Majlis Fatwa Selangor kata haram. 

Bekas mufti selangor Dato' Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa 
dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi 
tidak wartakan secara rasmi. 

Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah 
mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB. 

Dan saya juga tidak setuju kerana :- 

1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah 
yang diakui oleh 4 mazhab. 

2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah. 

3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent. ASB juga 
TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti 
DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas 
statusnya. 

Berikut pula adalah Jawapan Terdahulu Saya 

salam , 

Disertakan jawapan saya sekali lagi, yang pernah saya berikan di web ahkam.net 
untuk perhatian pembaca. ditambah dengan komentar tambahan saya tentang isu 
ini. 

Gelaran mufti atau tidak, tidaklah boleh dijadikan isu seolah-olah ianya 
jawapan muktamad dan maksum, tetapi hujjah dan kajian adalah penentu. wallahu 
a'lam. 

Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas 
dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan 
negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang 
agak longgar. Bagi yang boleh membaca teks bahasa arab, sila buka di 

http://www.zaharuddin.com/Maqasid%20Shariah.htm 

atau baca ringkasan tulisan saya ini 

   
 
  Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal 
dengan 'maslahat' ;- 

  Menurut Imam al-Ghazali beberapa syarat bagi membolehkan berhujjah dengan 
masalahat adalah :- 
  1) Ia mestilah bersifat umum, iaitu faedahnya untuk rakyat umum, bukan 
sekelompok tertentu. 
  2) Ia mestilah bersifat pasti, dan bukannya agakan-agakan kosong dan 
andaian jauh dan lemah. 
  3) Ia mestilah bersifat dharurat, iaitu keterpaksaan yang sekiranya 
ditinggalkan maka membawa kerosakan terhadap 5 unsur dharuriyat secara pasti. 

  Manakala Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam 
silam meletakkan 'dhawabid' berikut :- 
  1) Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti 
meneliti maslahat ukhrawi juga. 
  2) Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam. 
  3) Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak 
sekelompok. 
  4) Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas. 

  Prof Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam tesis PhD nya yang mendapat tahap 
mumtaz kepujian kelas satu, juga meletakkan beberapa syarat asas maslahat, 
ianya seperti berikut :- 

  1) Mestilah ia terkandung tujuannya dalam prinsip asas tujuan Syariat. 
  2) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dari al-Quran. 
  3) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dan thubut 
dari Hadith. 
  4) Mestilah tidak bertentangan dengan Qias yang shohih. 
  5) Tidak menafikan Maslahat yang lebih utama darinya. 
 



Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak 
dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak 
Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan 
oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset 
Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang 
lebih penting ianya HALAL. 


Berikut pula jawapan lepas saya di ahkam.net utnutk bacaan :- 

  Quote: 
 
  Salam, 

  Bismillah wa hamdalillah, 

  Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk 
soalan ASB adalah seperti berikut :- 

  Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB 
juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :- 

  1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang 
haram memonopoli industri) 
  2) Commerce asset