Help Palestine [hidayahnet] Re: Penawar diabetes dan obesiti

2007-04-11 Terurut Topik mohamad tun ali
Waalaikumussalam, terima kasih atas perhatian saudara. 
Sebenarnya saya menggunakan kaedah sains yang agak baru dalam kalangan 
masyarakat melayu iaitu Immunologi Pemakanan [Nutrional Immunology]. Namun, 
sains ini sebenarnya telah lama diterangkan dalam Al-Quran dan rasul kita iaitu 
setiap penyakit ada penawarnya. Hakikatnya penawar itu bukanlah datangnya dari 
luar tetapi dari dalam diri kita sendiri! Allah telah menciptakan tubuh kita 
sebaik-baiknya dan mampu melawan apa sahaja penyakit. Malang sekali, kita tidak 
tahu bagaimana untuk memanfaatkannya. Agak sukar untuk saya menerangkan secara 
lanjut tentang sains ini. Oleh itu saya amat berharap agar saudara dapat 
hubungi saya :-
0135299741
Insyaallah, saya akan berkongsi pengalaman saya tentang sains ini.

- Mesej Asal 
Daripada: Nur Ramly <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [EMAIL PROTECTED]
Dihantar: Isnin, 9 April

, 2007 4:46:00
Subjek: Re: Penawar diabetes dan obesiti

Asw

Saya berminat.. boleh terangkan bagaimana?

Nur Ramly


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:  
Assalamualaikum. Kpd semua member grup kalau berminat untuk mengetahui tentang 
penawar diabetesdan masalah obesiti sila hubung saya : [EMAIL PROTECTED] 
com.my, insyaallah
 berkesan.







 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 






  
 
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik 
http://my.mail.yahoo.com/

RE: Help Palestine [hidayahnet] Melayu Bodoh

2007-04-11 Terurut Topik isrorudin_ismahani
Assalamualaikum...

Guna la ayat yg elok sikit.
kalau ader masalah peribadi jgn la masuk sampai forum ni
tak elok org dengar...kalau nak berdebat pun biar ader caranyer:)...

Peace.



From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of wan anis
Sent: Monday, April 09, 2007 11:07 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu Bodoh



Assalamualaikum,
Bukan sengaja nak mengajar itek berjalan,cuma tak
mampu nak buat itu semua.hiburan terlalu banyak berapa
banyak nak gumpul orang tengok dalam satu masa? kalau
nak gumpul biar satu siaran yang menarik tiap
perminat.Cuma kat AF (astro).
Melayu memang bodoh.
-berapa banyak yang tengok TV1,TV2 dan TV3 kat rumah?
-Channel apa yang menarik kat situ?
Jika nak hebahkan satu berita penting untuk satu
malaysia memang tak boleh.Tapi astro boleh.

Melayu memang bodoh,
Tak banyak yang inginkan syurga,banyak perpecahan
angkara sendiri.
-sebab hiburan terlalu banyak,langsung tak ada citer
yang bermanfaat.
Kita bagi channel AF balik banyak orang tengok,lepas
tu Aznil cakap mari lah Tunai kan solat, sekira nak
berjaya.
Kesimpulan nya,
Berapa orang MELAYU kah yang dengar ketika itu,walau
pun cuma seketika.

Kita tak mampu gumpul orang melayu, sebab tak banyak
yang nak kan syurga. Thanks Media. astro.

--- [EMAIL PROTECTED]   wrote:

> Assalamualaikum warahmatullahâEUR¦
>
> Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku
> bersaksi bahawa tiada
> Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada
> sekutu bagiNya dan aku
> bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan
> pesuruhNya. Selawat
> berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq
> terpuji dan menjadi
> ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda.
> Juga sejahtera buat kita
> semua dan orang-orang yang beramal soleh.
>
> Bismillahir Rahmanir RaheemâEUR¦
>
> Mungkin ada yang marah-marah sebaik terbaca tajuk
> posting saya kali ini.
> Mana tidaknya, ianya kelihatan celupar dan pasti
> menyakitkan hati mereka
> yang merasakan diri mereka berketurunan Melayu.
> Tetapi, harap bersabar dan
> teruskan membaca. Sebenarnya sengaja saya pilih
> tajuk sebegini. Bukan
> sekadar gimik, tetapi juga sebagai mengikut apa yang
> telah sering disebut
> oleh ramai orang Melayu sendiri bahkan juga para
> pemimpin kita.
>
> Melayu bodoh! Memang agak kasar tetapi percaya atau
> tidak, inilah yang
> selalu disemat dalam pemikiran orang Melayu oleh
> orang Melayu sendiri.
> Sebenarnya sudah lama saya melihat trend sebegini.
> Hanya, baru-baru ini
> apabila saya membaca email demi email bekaitan
> penentangan terhadap
> âEUR~Akademi FantasiaâEUR(tm) (AF) yang mengaitkan
> kebodohan Melayu, maka saya
> mengambil keputusan untuk menulis sesuatu
> mengenainya.
>
> Bodoh sangatkah orang Melayu? Seolah-olahnya hanya
> orang Melayu sahaja di
> dalam dunia ini yang bisa ditipu. Hanya orang Melayu
> sahaja yang gilakan
> hiburan dan hanya orang Melayu sahaja yang pernah
> dijajah? Dan bercakap
> tentang AF, benarkah jumlah orang Melayu yang begitu
> ramai mengundi calon
> kegemaran mereka melalui SMS membuktikan orang
> Melayu ini bodoh-bodoh
> belaka? Jika Melayu bodoh, siapakah yang pandai?
> Inggeris?
>
> Sebelum berbicara lebih lanjut, suka saya sebutkan
> di sini. AF dan
> rancangan yang sama format dengannya, adalah berasal
> dari rancangan di
> Britain berjudul Pop Star. Rancangan inilah yang
> (setahu saya) pertama
> sekali menggunakan format undian SMS sebagai penentu
> pemenang mingguan. Dan
> rancangan ini telah mendapat sambutan di luar
> jangkaan dengan jumlah
> penonton yang tinggi setiap minggu.
>
> Kemudian rancangan ini diimport ke Amerika Syarikat
> dengan menggunakan nama
> American Idoldi mana ianya mencatat kejayaan yang
> lebih hebat hinggakan
> dieksport pula ke serata dunia hingga akhirnya
> sampai ke Malaysia dengan
> nama Malaysian Idol. Sementara itu, di Mexico (tak
> silap saya), format
> rancangan telah diubah dan kemudian diberikan nama
> La Academia.
>
> Dan dari rancangan inilah yang dibawa masuk ke
> Malaysia dengan nama Akademi
> Fantasia. Bukan saya bercerita panjang lebar tentang
> sejarah AF untuk
> mempromosikannya. Tetapi saya mahu semua orang,
> terutama orang Melayu yang
> menuduh orang Melayu lain sebagai bodoh renungkan.
> Apakah betul orang
> Melayu sahaja yang bodoh atau sebenarnya kesemua
> bangsa di dalam dunia ini
> juga bodoh?
>
> Jika kerana menonton AF orang Melayu secara kolektif
> boleh direndahkan
> martabat dan kepandaiannya, boleh dihina dengan
> dikatakan terlalu gilakan
> hiburan, bagaimana pula dengan orang British yang
> menonton Pop Star?
> Bagaimana dengan orang Amerika yang berhabisan
> mengundi American Idol?
> Bagaimana dengan orang Jepun yang beriya-iya
> menghantar undian SMS untuk
> Japanese Idol?
>
> Dan, jika anda ambil tahu perkembangan dunia, anda
> akan dapat Astro juga
> ada mengendalikan rancangan mirip AF untuk kaum Cina
> dan India di

Help Palestine [hidayahnet] Re: 1st time jadik parent..

2007-04-11 Terurut Topik Saadiah Awek
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Saudara2 ku yang dirahmati Allah

Alhamdulillah syukur kerna Siti berkongsi pengalaman.
Sebenarnya walaupun anak tu masih "merah" pancainderanya sudah sedia menerima 
maklumat.
Gitu cantik Islam menyarankan Azan ditelinga kanan dan Qamat ditelinga kiri 
sebagai peringatan untuk "Covenant" sewaktu di Alam Alastu, dimana semua roh 
dikumpulkan dan ditanya "Alastu bi Rabbikum, Qalubala Shahiddna" Surah Al-A'raf 
 7:172.
Ini menunjukkan walaupun waktu tu kita semua hanya didalam alam Roh namun kita 
telah disediakan untuk mendengar, mengerti/faham dan kemudian menjawab dengan 
betul.
Petanda anak yang dilahirkan dah ada infrastruktur (coz the brain is fully 
developed, once it is not stimulated the dendrites will be prune away, there's 
no such thing as the brain will be burnt instead the brain grows with use this 
also helps elderly people from getting dementia) (please read books written by 
Dr Glenn Domann, he runs the Institute for the Achievement of Human Potential 
in Philadelphia, USA or go to NURY allocated at Bukit Antarabangsa in KL runs 
by Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar) to know more about developing the best 
of human potential) iaitu seperti intel pentium, harddisk yang hebat tinggal 
untuk kita, ibu/bapa sebagai pendidik/guru pertama dan utama untuk memberikan 
mereka matlumat dan kasih sayang tanpa syarat (unconditional love lots of it).
Please read the book on Touching: Significance of the Human Skin by Ashley 
Montagu. 
How important touch is to our children and spouses."
Those who recites Al-Quran will not get dementia too insya'Allah..just look at 
molecules of water once al-fatihah is recited is fantastic beautiful molecules 
seen under the microscopes just imagine our cells when we always recites 
Basmallah, Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar and all surah in the 
Al-Quran every moment in our life just imagine..our soul will be purified, 
we'll want to be near Allah SWT always..
You can start teaching drawing to your baby at the age of 3months old, put him 
on your lap and draw on a white board do this repeatedly and you'll help 
develop his photographic memory.
Do not use 'baby talk' to your babies instead use simple but grammatically good 
language be it Malay, English, Arabic, French, Japanese etc...
Teach names of objects, that's how our Father Nabi Adam AS was taught by Allah 
via Jibrail. 
These help our children built their vocabularies through times.
Do lots of physical movements with your babies, but please Never shake the baby.
Put your babies to sleep sideways never on it's back coz the brain grows 
backwards.
When babies are one year old where they are able to turn their heads easily you 
can put them to sleep on the tummy, this helps prevent colic, and helps vomitus 
flow outwards.
Talk to your babies with beautiful tones of your voices not monotonous.
You can also use Asmaul Husna or wonderful zikirs tapes or you recites surah 
lazims to your babies as it is very soothing.
All the best to mothers and mothers to be...I'm all ears for sharing.
My sincere apologies, should I err please forgive me..
Jazakallahu Khairan Kathiran
akak

PS: Books by Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar - Siri Sececah Cahaya Buku I & 
II, Chelation etc..

- Original Message 
From: siti sifir <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, April 10, 2007 9:20:27 AM
Subject: 1st time jadik parent..

Assalamualaikum, Teringat saya pada masa mula2 nk jadi umi dulu. Perasaan 
gundah gulana tu konon2 under control tapi kalau lah org boleh tgk betapanya 
jantungku ini berdegup dgn kencangnya, org yg tgk tu pun boleh pengsan. Saat 
bersalinkan Asmaa’ adalah saat yg paling bermakna dlm hidup saya meskipun cek 
mek tu kuat nangis skang he he…

Bayangkan, selepas je misi2 tu mandikan Asmaa’, diorg letakkan dia di sebelah 
saya. Alhamdulillah, tidaklah terasa susahnya nak beranak tu memandangkan masa 
saya menanggung sakit ALLAH bagi sekejap cuma. Saat terpecahnya air ketuban 
tuh, baru la datang rasa sakitnya. 10.30 start sakit kul 11 beranak. 

Asmaa’ pulak, dibaringkan sebelah kanan saya, dia langut jek tgk umi dia yg 
gelap nih. Masa tuh saya perati kulit dia putih sangat. Dah la comel…maklumlah 
budak takde dosa lagik kan… Saat tu saya rasa sangat bertuah bahawa ALLAH telah 
memberikan saya seorg anak yang boleh saya harapkan utk mendoakan saya bila 
tiba saatnya nnt. 

Kontak mata yang pertama itu telah menyebabkan saya terkenang2 momen itu hingga 
ke saat ini. Betapa abahnya juga sangat bersyukur kerana melalui rahim saya dia 
juga telah menjadi seorg abah. Kakak…kalau nnt kakak pandai baca tulisan umi 
nih, kakak ingatlah ye, kakak lah org pertama yg membolehkan umi naik pangkat 
dari seorg isteri kepada seorg ibu. Dan umi sangat sayangkan kakak…sepenuh hati 
umi….

Ya!! Itu mukadimah aje rupanya..ni mungkin boleh dijadikan sedikit panduan…bagi 
menjadi ibu bapa buat kali pertama!!!

• Percayakan naluri sendrik – ada byk benda yg akan kita lalui kita sen

Help Palestine [hidayahnet] Langit mega biru

2007-04-11 Terurut Topik IslahGateway
From: muharikah 
salam,

prompt je benda ni. more towards luahan rasa hati daripada cerpen yang lahir 
dari pengamatan yang teliti. moga2 bermanfaat buat semua insyaallah..

wsalam

__

Langit mega biru
Oleh: Muharikah



Dia menadah muka ke langit. Memerhatikan kebiruan langit yang mega. Biru yang 
mempersonakan. Dia merasai bayu angin yang mesra  merajut dadanya.
Di balik kotak memorinya tergambar wajah sahabatnya yang sangat dikasihi kerana 
Allah. Sahabat yang baru bersua tetapi terasa rapat bagaikan dia mengenali diri 
sahabat itu seumur hidupnya.
Dia memandang ke langit yang indah itu. Dia tahu Allah mengetahui isi hatinya.
'Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan 
oleh hatinya, dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya' (50:16)
Allah tahu betapa dia kasihkan saudaranya. Saudara yang menyedarkan dia satu 
kenyataan yang fundamental dalam tatacara hidupnya sebagai seorang daie.
'Apabila hubungan kita dengan Allah kuat, akan selesailah segala masalah yang 
ada bersama manusia lain.'
Dan dia terkesima. Merenung dan merefleksi diri yang jarang bermuhasabah. 
Pelik. Tapi itulah yang dia rasa. Dikatakan dirinya daie, tapi dia jauh dari 
Allah. Jauh dari tawakal kepada Allah swt. Jauh dari ingatan kepadaNya.
Dan dia memerhatikan sahabatnya itu. Nur terpancar dari wajah si sahabat. 
Terdapat kesan-kesan keletihan di balik bebola matanya yang lebam akibat 
kurangnya masa berbaring di atas bantal. Pengalamannya yang luas memudahkan 
lidahnya bertutur dalam bahasa yang sangat mudah difahami oleh manusia. Paling 
penting kata-katanya itu keluar dari hatinya. Kefahaman itu yang jatuh ke dalam 
hati manusia yang mendengar.
'Sungguh bangun malam itu lebih kuat(mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) 
lebih berkesan. Dan sebutlah nama Tuhanmu dan baeribadahlah kepadaNya sepenuh 
hati.' (73:6-8)
Dia melihat Islam itu terjelma pada peribadi sahabatnya itu. Mengakar ke urat 
nadinya sehingga tidak ada dalam jiwa ukhti itu melainkan Islam. Sedangkan dia 
malu melihat kepada dirinya sendiri. Pelbagai buku telah habis ditelaahnya. 
Pelbagai seminar dan ceramah dihadirinya. Dia merasakan dia telah berilmu. Dia 
merasakan dia telah tahu banyak perkara tentang Islam. Dia gembira jika dia 
dapat menjawab persoalan umat. Tetapi dia sendiri kaget, mengapa mudah hatinya 
kering? Mengapa mudah dia merasakan hatinya jauh dari Allah?
'Lihatlah Al-Quran itu, hayati maknanya. Ambil apa yang mahu dikatakan oleh 
Allah. Bacalah dengan hatimu.' Suara Ustaz Mansur tergiang di rongga 
telinganya. Dia seorang mufti muda di United Kingdom ini. Bahasa Inggerisnya 
sangat fasih. Hafiz Quran yang sangat hebat. Dan dia mengajarkan kepada 
pelajarnya akan kepentingan membaca Quran dengan hati, perkara asasi yang 
sering dialpakan umat Islam.
'Maka apakah mereka tidak menghayati ( tadabbur) Al-Quran, ataukah hati mereka 
yang terkunci?' (47:24)
Atau adakah hatiku terkunci Ya Allah dari menerima maksud ayat-ayatMu?
'Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami adakan satu dinding yang tidak 
terlihat antara engkau dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan 
akhirat, dan Kami jadikan hati mereka tertutup  dan telinga mereka tersumbat, 
agar mereka tidak memahaminya' ( 17: 45-46)
Allah adakan dinding pada hati orang yang tidak beriman kepada kehidupan 
Akhirat agar mereka tidak dapat memahami Al-Quran. Sebab itu mereka tidak akan 
pernah memahami Al-Quran walaupun mereka menghafal seluruh isi Al-Quran itu.
Bagaimana dengan dirinya? Peribadi yang masih liat untuk menjelmakan Islam pada 
seluruh kehidupannya sendiri!
'Pada Allah akan kita temui kekuatan sahabatku. Kita akan jadi manusia tanpa 
ruh, apabila dakwah kita tidak didasarkan dengan iman yang kukuh pada Allah.'
'Sebab itu kita selalu mengadu, mengapa keringnya pertemuan kita. Keringnya 
ukhuwah yang kita banggakan itu. Sedangkan ukhuwah itu tidak datang dengan 
sendirinya. Dia perlu diusahakan. Dan ukhuwah ini tiada makna jika tidak 
didasarkan dengan aqidah kepada Allah swt.'
Dia masih tunduk dengan malu. Dalam hatinya, dia mengucapkan Insyaallah kepada 
seluruh kata-kata sahabatnya itu.
'Saya perlu pulang sekarang sahabatku. Panggilan tanggungjawab di bumi 
kelahiran kita kedengaran kuat. Ingatlah kita perlu selalu menegur 
sahabat-sahabat kita. Perlu mengeratkan hubungan sesama kita. Perlu banyak 
mujahadah. Perlu lebih banyak bekerja. Terlalu ramai umat yang masih belum 
menerima pancaran Islam ini.' Begitulah kata-kata akhir sahabatnya itu.
Dan dia memandang sayu pada wajah sahabatnya. Aduhai, mengapa terlalu cepat 
masa itu berlalu? Dia terlalu teringin berdamping dengan peribadi yang hidup 
seperti dia. Peribadi yang bercahaya dengan nur Islam.
' Ya Ukhti. Ada suatu perkara yang saya ingin lakukan pada awak.' Dia tersenyum 
manja pada sahabatnya itu. Gembira dia melihat sahabatnya berwajah ceria 
menunggu bait-bait kata seterusnya.
Dia menadah ke langit yang masih biru.
'Ukhti

Help Palestine [hidayahnet] Undangan Seminar Dakwah Kebangsaan : Memahami Pendekatan Dakwah Manhaj Malaziy

2007-04-11 Terurut Topik Jalur Tengah
ATURCARA PROGRAM

6.1 20 April 2007 (Jumaat)

3.00 – 7.00 petang  Pendaftaran peserta
7.00 – 7.30 petang  Makan malam
7.30 – 9.00 malam  Solat Maghrib
Taklimat program
Solat Isyak
9.00 – 10.30 malam  Kuliah Rohani:
“Amanah dan Tanggungjawab Dakwah”
Oleh:
Tn.Hj. Yusri Mohamad, Presiden ABIM 
10.30 malam   Minum malam
Tidur

6.2 21 April 2007 (Sabtu)

4.30 pagi   Qiyamullail
Dipimpin oleh:
Ustaz Mohd. Farid Ramli, 
Imam Besar Masjid UIAM 
6.00 pagi Solat Subuh & Kuliah oleh Ustaz Rumaizuddin, Timbalan Presiden ABIM  
7.30 pagi   Sarapan pagi
8.30 pagi   Majlis Perasmian

Perasmian Oleh:
Datuk Hj. Nakhaie Ahmad 
Yang Dipertua, 
   Yayasan  Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM)

9.30 pagi   Minum pagi

10.00 pagi   Sesi 1:
“Manhaj Maliziy : Pendekatan Dalam Konteks Professionalisme Organisasi Dakwah”
Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman
Mantan Presiden ABIM



11:00 t.hari  “Melerai Polemik Ideologi Melalui Pemurnian  dan Penjelasan Fiqh 
Dakwah”
Oleh:
Prof.Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Timbalan Presiden WADAH 

 12:00 t.hari   Sesi 3:
“Memahami Metodologi Dakwah Manhaj Malizi Melalui Pemerkasaan Budaya Ilmu”
Oleh:Dr. Mohd. Farid Shahran
   
1.00 petang   Makan tengahari
Solat Zuhur


  2:00 petangSesi 4 :
Moderator : Mohamad Hilmi Ramli, Presiden PKPIM  

1. “Mempertahankan Prinsip Non-Partisan: Pengalaman Gerakan Islam Sedunia”
Oleh:
Prof. Dr. Mohammed Redzuan Othman,
Universiti Malaya 
2. Dr.Muhammad Nur Manuty 
  Pengerusi,
  Pusat Kajian Moderniti dan Masyarakat Madani 



4:00 petangUcapan Perasmian Penutup
“Memahami dan Menghayati Pendekatan Dakwah Manhaj Malizi”
Oleh:
Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
(Presiden Wadah Pencerdasan Ummah)


5:00 petang   Majlis Penangguhan

Penangguhan oleh:
Tuan Haji Yusri Mohamad
(Presiden ABIM)

5: 30 petang   Minum petang
Solat Asar
Bersurai


Bayaran RM10
0162188584 Sakinah 
www.abim.org.my 

   
-
Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.

Help Palestine [hidayahnet] US Terrorize The Whole World by "War on Terror" - 22 Rabiul Awal 1428 H (10.4.07)

2007-04-11 Terurut Topik muslim insuffer

http://musliminsuffer.wordpress.com/


bismi-lLahi-rRahmani-rRahiem
In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful



=== News Update ===

 War, Lies and WMDs

Is there an ethical distinction between lying to
get your country out of a war and lying to get
your country into one? The preponderance of the
evidence strongly suggests that Bush did the
latter when he said the existence of Saddam
Hussein’s weapons of mass destruction was
sufficient reason to go to war with Iraq.

Saddam Hussein was under an obligation to destroy
his WMDs under the terms that ended the first
Iraq war. To justify a second Iraq war to
implement a regime change, Bush needed to show
that Saddam Hussein was in violation of those
terms. His basic instrument was United Nations
Resolution 1441. In order to get a second
resolution to satisfy his only real ally,
Britain, he needed evidence that the U.N.
inspectors were failing and that WMDs did, indeed, exist.

To this end, Colin Powell trotted out photos of
vehicles that may or may not have been mobile
weapons labs and produced statements by defectors
that the WMDs did exist. To this spectacle,
America and Britain added an obsolete
dissertation by a graduate student published in
an Israeli journal from an institution for
research in international affairs funded by
Ronald Lauder, and forged documents from Niger
about Saddam’s attempts to purchase uranium for
making nuclear weapons. Meanwhile, Bush and his
minions, including Donald Rumsfeld and Condoleeza
Rice kept repeating that the WMDs were there, and
that there were proven Iraqi ties to Al Queda,
the other justification for the war being that it
was somehow related to the war on terrorism.
There is still no concrete proof of any Iraq–Al Queda connection.
http://www.lewrockwell.com/cummings/cummings22.html

===

Islamophobia : Why Does the GOP Seek to Silence American Muslims?

Ahmed Rehab argues that America is facing a
battle between proponents of dialogue and those
who wish to stifle dialogue and replace it with Islamophobic fear-mongering.

Is it possible for Muslim Americans to criticize
our administration’s neoconservative foreign
policies, our government’s complicit role in
Israel’s illegal occupation of Palestinian land,
or our violations of civil liberties, and not be
branded as “apologists for terror”?

Since the 9/11 attacks, anti-Muslim hysteria has
evolved from a collective knee-jerk reaction to a
coordinated cottage industry of agenda-driven extremists.

Baseless suspicion of Muslims - not actual
wrongdoing - is now apparently sufficient to
demand that certain Americans be stripped of the
right to speak freely in our nation’s beacon of
democracy and pluralism, the U.S. Capitol building.
http://mparent-2.blogspot.com/2007/04/why-does-gop-seek-to-silence-american.html

===

 Zionist Groups Killed News Stories About Mossad & 9/11

“What are you doing putting this stuff out there? You’re killing us!”

These were the words of Abraham Foxman, executive
director of the infamous Anti-Defamation League,
considered by many in the know to be nothing more
than a domestic branch of Israel’s intelligence service Mossad.

Had Americans been made aware of the arrests of
hundreds of Israeli intelligence officers in the
aftermath of Sept. 11 and the highly suspicious
circumstances surrounding them, it is
unlikely—even as propagandized as they are
concerning the Middle East—that they would have
signed on to sending their sons and daughters off
to fight and die for Israel in Iraq.

Cover-ups are part of the dirty business of the
Israeli lobby. Whether it involves the murderous
attack on the USS Liberty by Israeli forces in
1967, Israeli foreknowledge of Sept. 11, the
attempt to secure the release of major spy
Jonathan Pollard or the efforts to gain an
acquittal for the two AIPAC executives now
standing trial for espionage, the conclusion to
which all Americans must arrive is that Israel
and her various tentacles collectively make up
the most dangerous enemy the United States has ever faced.
http://www.indymedia.org.uk/en/2007/04/366728.html

===

Iran Releases New Video Of British Captives
http://www.liveleak.com/view?i=5f9_1176075119&o=1

Constrast this with how American terrorist
occupiers treated  Iraqi prisoners (very graphic with full nudity)
http://www.whatreallyhappened.com/powabuse.html

===

Dictatorship : Professor who criticized Bush added to terrorist 'no-fly' list

A top Constitutional scholar from Princeton who
gave a televised speech that slammed President
George W. Bush's executive overreach recently
learned that he had been added to the
Transportation Security Administration's
terrorist watch list. He shared his experience
this weekend at the law blog Balkinization.
http://rawstory.com/news/2007/Professor_who_criticized_Bush_added_to_0409.html

===

War Criminal : West Has Bloodied Hands

04/01/07 "Toronto Sun" -- -- Who was the first
high government official to authorize use of
mustard gas against rebellious Kurdis

Help Palestine [hidayahnet] Sindiket lelong rumah yang tak wujud.

2007-04-11 Terurut Topik Suara N9
Harap semua pihak dapat menyiasat perkara ini,
Persatuan Pengguna, Lajnah Pengguna serta agensi yang
berkaitan. Agak pelik juga di sekitar Seremban dan
Senawang sekarang ini terlalu banyak iklan, kain
rentang, poster rumah untuk dilelong pada harga yang
tidak munasabah. Harap semua pihak terutama pengguna
lebih berhati-hati.

Helah ejen lelong dilelong. Harian Metro 10 April 2007
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

KUALA LUMPUR: Ejen lelongan hartanah tidak berlesen
dikesan bergerak licik menipu orang ramai menerusi
risalah ‘bank lelong rumah’ di sekitar ibu negara.

Mereka yang mengedar risalah itu di taman perumahan,
kedai dan pangsapuri dikatakan mengutip wang deposit
daripada individu yang terpedaya

Risalah terbabit hanya mencatatkan alamat rumah yang
dilelong serta harga dan nombor telefon untuk
dihubungi.

Ejen haram itu dipercayai mendapatkan maklumat
mengenai lelongan rumah atau kedai melalui iklan
akhbar yang dikeluarkan syarikat hartanah atau bank.

Berdasarkan penyamaran identiti yang dilakukan Harian
Metro (HM), hampir keseluruhan ejen haram yang
dihubungi mendakwa tidak mempunyai syarikat, tetapi
sudah dilantik pihak bank untuk mendapatkan pembida
yang berminat membeli sebarang aset yang dilelong. 
Strategi ejen haram terbabit juga hampir sama dengan
ejen berlesen.

Apa yang berbeza, ejen haram terbabit mengelak untuk
sebarang perjumpaan sehingga yakin pembida benar-benar
berminat dengan tawaran deposit yang dikenakan.

Namun, sebaik memperoleh wang deposit daripada
pelanggan, mereka akan terus menghilangkan diri.

Difahamkan tidak semua ejen haram menggunakan taktik
sama kerana ada bertindak lebih bijak dengan
mempermainkan mangsa yang kurang pengetahuan mengenai
proses lelongan.

Seorang mangsa ejen haram, Rabiatun, 50, berkata dia
hanya menyedari ditipu selepas membayar RM7,000 untuk
mendapatkan rumah yang sudah dibeli pemilik baru.

“Beberapa tahun lalu, saya menghadapi masalah
tunggakan rumah hingga menyebabkan ia tersenarai
sebagai lelongan bank.

“Bagaimanapun, dalam proses untuk mendapatkan
penjelasan dan rayuan daripada pihak bank, saya
dimaklumkan seorang lelaki yang mendakwa sebagai ejen
hartanah bahawa rumah saya sudah dibeli pemilik baru,”
katanya yang enggan gambarnya disiarkan.

Kata Rabiatun, dia kemudian berjumpa ejen hartanah itu
yang menyamar sebagai pembeli baru terbabit sebelum
diminta membayar semula wang deposit yang kononnya
sudah dilunaskan kepada bank sebanyak RM3,000.

“Kerana sayangkan rumah yang dihadiahkan anak, saya
bayar wang diminta.

“Namun, sebaik menyatakan persetujuan untuk membayar
jumlah itu, saya diminta menambah bayaran sehingga
RM7,000,” katanya.

Rabiatun berkata, lelaki terbabit mendakwa pertambahan
bayaran berkenaan untuk kos memproses dan ganti rugi
yang perlu dijelaskan jika dia mahukan rumah itu
menjadi miliknya semula.

“Selepas semua urusan bayaran selesai, saya kembali
merayu pada pihak bank untuk mendapatkan tempoh
lanjutan.

“Dalam proses rayuan itu, barulah saya sedar rumah
saya masih belum dilelong kepada mana-mana pembida,”
katanya.

Sementara itu, sumber pelelong berlesen, Property
Auction House Sdn Bhd berkata, pihaknya sedar
kewujudan ejen haram terbabit.

“Bagaimanapun, dalam hal sebegini, orang ramai tidak
boleh terus menuding jari menyalahkan ejen haram
terbabit, sebaliknya perlu mengkaji sejauh manakah
kesedaran dan pengetahuan mereka dalam prosedur
lelongan hartanah,” katanya.

Mengulas kewujudan ejen haram itu, Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Setinggan Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan,
berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai
ejen haram yang menjalankan kegiatan mengaut untung
dengan taktik tipu daya terhadap orang ramai.

“Ini bukan lagi kes tipu tapi penganiayaan kepada
orang ramai, lebih-lebih membabitkan masyarakat yang
kurang pengetahuan mengenai jualan lelong,” katanya.  
  
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/BeritaUtama/20070410090543/Article/indexm_html



Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
  Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com  & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 





 

Looking for earth-friendly autos? 
Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center.
http://autos.yahoo.com/green_center/


RE: Help Palestine [hidayahnet] Macam mana nak jawab

2007-04-11 Terurut Topik Abu Bakar Bin Rahamat
 
 saya rasa baik tuan bawa kawan tuan itu pergi jumpa orang yang arif 
seperti ustat2 kerana beliau adalah saudara baru kita kena hati 2 apabila 
hendak menceritakan tentang islam
 

-Original Message-
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] Behalf Of 
"azman1973"
Sent: Monday, April 09, 2007 12:40 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Macam mana nak jawab



Assalaamualaikum,
Minta nasihat daripada kawan2 sekalian,
Saya ada kawan muallaf (India) yg telah masuk Islam. Dia banyak
menkaji Sains & dia sendiri mengaku dlm kajiannya Islamlah yg tepat
dgn Sains bukan agama lain. Dia sering bertanyakan pada saya sebab
sesuatu hukum itu ditetapkan. Misalnya, ambil wudhu'. Kenapa perlu
basuh muka ? Tangan dsgnya. Kalau cara bersuci berkenaan khinzir &
anjing, kenapa kena guna tanah liat. Agak susah saya nak menjwb
soalan2 mcm ni, sbb kita selalunya didedahkan dgn hukum2 shj tetapi
apa disebalik hukum tu susah sikit nak jumpa. 
Sekian, terima kasih.



 



Help Palestine [hidayahnet] Bagi yang suka memberi.. kisah benar

2007-04-11 Terurut Topik muhammad haleem
Assalamu'alaikum.
  Pada insan2 yang gaji bulanannya melebihi ongkos hidup hariannya dan langsai 
hutang-piutangnya dan ringan bebanan tanggungannya mungkin ditakdirkan Allah 
boleh bagi lebih kot.
   InsyaAllah Allah Taala berikan rahmatNya berjuta ganda insyaAllah.
  Bukan apaAllah memiliki semua yang kita pegang. Duit-muit, harta-benda, 
itu ihsan dariNya alhamdulillah. Tak caya pi tinjau makna Ar-Rahman. Semua yang 
kita pegang ini cuma pinjaman dari Allah. 
   
  Acik pikiaq la kalau kita bagi sadaqah dan lepaskan dari tangan dan nafsu 
kita sesuatu yang payah sangat kita nak lepaskan--in this case, duit--mana nak 
tau kot-kot Allah kasihan dan dilimpahiNya 'IMAN' DAN 'TAQWA' dari langit 
hingga ke hujung dunia.
  Bukan apa...Acik dok peringatkan diri-sendiri yang serba-serbi kedekut. Sifat 
kedekut acik  ni Allah saja yang tahu. 'Audhubillah hi minas syaitan nirrajim. 
  Kan ka acik dah kata: lebih busuk dari eluk kekadang tu. Syukurlah Maha Kaya 
Ia Maha Memberi sering tonyoh kepala acik yang bodoh dan terlupa ni. 
Alhamdulillah.
   
  Anyway...
  Semasa dok buat tawaf di Baitullah haji yang baru-baru ni, ditakdirkan Allah 
acik ada bawa bekas ayaq zam-zam. Alahai, bekas ayaq (flask) plastik yang murah 
kot lerah 10 riyal harganya...hat depa juai rata-rinti kat Masjidil Haraam. 
Yang ni acik beli kat Masjid Nabi di Madinah.
  Di satu hari dalam dok pusing Kaabah tu sesekali bagi Rukayyah minum seteguk 
supaya dia boleh perabih tujuh kali pusingan. Buat tawaf kat tingkat dua jadi 
panjang la sikit jarak tawaf kami dua beranak. 
  Kena bawa bekai ayaq jika tidak Rukayyah sat ni tak mau perabih tawafnya. 
Maklum la hari-hari buat tawaf budak kecik ni pun naik payau la juga. Udah tu 
dok kumat-kamit mulutnya memuji Allah. Tentu haus. Nak buat camna...budak.
   
  Allah Maha Menguji dicabarNya iman acik alhamdulillah. Entah-entah Maha Suci 
Ia sayang kot...Allah hu'aalam. Gitu la dok mengharap. Amboi...terperasan lebih 
sungguh acik ni.
   
  Dalam dok berzikir sambil berjalan tu terserempak dengan insan2Nya yang 
ditakdirkan Allahhmmm, terlintuk, terjatuh dan rebah. Hampir pengsan 
kehausan. Orang2 pompuan, orang2 lelaki. Tua belaka alhamdulillah. 
   
  Acik mahu tak mahu terpaksa berhenti dan kongsi ayaq zam-zam dalam kole. Nak 
buat camna...Allah dah uji. Nak toleh ke arah lain tak berani sebab Mata Allah 
melihat dan mengrangkumi segala yang wujud. Hati dok duk-dak, duk-dak mendengar 
PanggilanNya. SuaraNya bergaung dalam jiwa. 
   
  Fatimah ! I am you Lord. I am your God. Obey Me, Fatimah.
  And everywhere you look His Signs are there. There is no escape, you see. 
Allah is here and There.
  Dunia kata pergi, kubur kata mari. Takut menggetar-getar sat ni Allah pukui 
dan tak diterimaNya Hajj ku ini. 
  Dok pikiaq, Ya Allah, make this hajj good for me and my family. Please Allah 
accept my Hajj. I really am stingy, Oh Allah, but YOU brought me here for a 
reason. I am going to share this zam-zam with these people, Oh Allah, because 
this is all Yours. Oh Allah, make them remember You more after receiving this 
water from You.
   
  Lepaih bagi depa teguk se kole, sorang pompuan tua tu mohon dengan tangan 
bergetar2 supaya acik bubuh extra dalam botoi ayaq nya.
  Nak habaq...dalam hati terlintas: Tak cukup ka apa yang sudah ku beri? Pi la 
ambik sendiri kat deretan guri-guri dan ayak paip zam-zam di hujung sana.
  Hmmm..kedekut sungguh acik ni. Allah Maha Mengetahui.
   
  Namun acik dek kerana kedekut sangat masa tu memaksa diri ini bagi apa yang 
dia pinta. Acik isi botoi kosongnya itu sampai ke mulut botoi. Di dalam hati 
acik tuntut pada Allah supaya insan ini berterima-kasih kepada Maha Suci Ia 
sebab Allah peliharainya semasa kerja2 tawafnya itu.
   
  Hati acik dok sebut: Fatimah...let go of this zam-zam. It is not yours. This 
is all Allah's. Nothing that you hold in your hand belongs to you. This is all 
Allah's.
  And so Rukayyah and I shared the zam-zam. To how many people? At least six.
  That small flask which normally could serve no more than 2 cups...that 
zam-zam fed six people in its kole plus an extra botoi ayaq.
  Rukayyah tanya kat pusingan ke tujuh: Mama is there enough zam-zam left for 
me?
  Kata acik: If Allah wills.
  Dia teguk se kole, acik teguk se kole. Habih.
  Berhenti kat tanda Hajarul Aswad, pi buat sunnah dua rakaat. Pi singgah kat 
guri-guri berisis zam-zam. Minum puaih-puih. One of the best days of my life.
   
  That small flask that normally serves no more than, oh..I think two cups 
maybe threeby Allah's Mighty Power that day served so many. It was as if 
the zam-zam had no ending to it. No ending.
   
  "Fabi ai'i-alaa i-rabbi kum ma tu kazdhiban? And which one of My blessings 
(you jinn and mankind) do you deny?": Ar-Rahman.
   
  You seeI did not see malaikat during Hajj but I definitely met many 
insani who benefited from Allah's Ihsan. Amin 
  All that we own, they belong to Allah Azza wa Jalla.
  Wassalam.
   
   
  Acik Yang Jauh,
   
  03

Help Palestine [hidayahnet] Isu Pecat Mufti Perak-Salah umat Islam sendiri!

2007-04-11 Terurut Topik Hafiz Hamzah
Mungkin ada benarnya

sumber dari http://www.umatmuhammad.blogspot.com


---
Terang-terang, resolusi yang diputuskan di dalam
mesyuarat Parti Gerakan Wilayah Persekutuan untuk
memecat Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, seperti
yang dilaporkan oleh akhbar The Star baru-baru ini,
merupakan satu tamparan yang hebat kepada umat Islam,
khususnya bangsa Melayu.

Ini adalah kali kedua isu sensitif yang menyentuh
tentang Islam, yang dibangkitkan oleh mereka yang
bukan Islam. Dan apabila menyentuh tentang Islam,
secara tidak langsung, ia turut menyentuh sensitviti
kaum Melayu di bumi ini.

Marah? Pasti orang Islam dan kaum Melayu marah dengan
usul tersebut. Kenapa? Jawapannya mudah dan seperti
biasa. Setiap perkara yang berkaitan dengan urusan
agama Islam, tidak boleh orang lain, selain Muslim
yang boleh bersuara. Inilah satu tradisi dan ia
tercatat di dalam perlembagaan negara perihal Islam
dan hak-hak orang Melayu.

Dulu, apabila ada dikalangan menteri yang bukan
beragama Islam, cuba membangkitkan isu berkenaan
artikel 11, perlembagaan Syariah, umat Islam keluar
dan berhimpun menunjukkan rasa tidak puas hati
terhadap sikap tidak bersopan para menteri tersebut.

Kali ini, usul bagi memecat seorang mufti oleh
golongan yang bukan Islam nampaknya lebih jauh ke
menusuk ke dalam hati.Jika sebelum ini, hanya catitan
di atas kertas sahaja yang cuba diubah, tetapi hari
ini, mereka mendesak untuk memecat seorang ulama pula
Dan pastinya, isu ini akan membuatkan umat Islam
bertambah marah.

Tetapi, satu persoalan kepada umat Islam di negara
ini, sampai bila harus marah-marah? Tidak guna jika
umat Islam hanya bangkit menyuarakan kemarahan apabila
ada orang mengusik tidur mereka, dan selepas itu, kita
‘tidur’ semula.

Sedarkah umat Islam, bahawa permasalahan di kalangan
umat Islam, dari segi ilmu akhirat dan duniawi,
ekonomi, perpaduan dan sikap ambil berat kini berada
di tahap yang agak runcing? Setiap hari akhbar
melaporkan berita-berita dan perbincangan mengenai
masalah moral Melayu Islam, namun sehingga kini, apa
perlaksanaannya dan apa penyelesaiannya?

Ramai dikalangan orang Melayu yang seringkali
menyalahkan orang lain atau faktor-faktor lain yang
menjadi penyebab masalah moral anak-anak Melayu makin
merebak. Sebagai contoh, ramai yang menyalahkan
kerajaan kerana memberi lesen untuk pusat hiburan,
sebagai alasan sebab mengapa masalah moral Melayu
semakin parah.

Namun, jika seseorang Muslim itu benar-benar
menghayati ajaran Islam, mereka tidak akan berkunjung
ke situ. Binalah seratus atau seribu pusat hiburan,
tetapi jika umat Islam tidak mahu untuk ke situ, tidak
ada sesiapa yang boleh memaksa!

Generasi Muslim, terutama golongan muda di negara ini
usah lagi terus menerus bersikap menyalahkan orang
atau faktor lain diatas masalah yang melanda umat
Islam hari ini. Bersikap menyalahkan orang lain tidak
akan mendatangkan apa-apa kebaikan.

Sudah sampai masanya, umat Islam, khususnya kaum
Melayu bersatu dan berdikari menegakkan iman, ekonomi
dan maruah Islam. Umat Islam di negara ini sebenarnya
mampu untuk berdikari dan maju dari pelbagai sudut,
tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak,
termasuk kerajaan atau parti politik.

Mungkin itulah maksud mantan Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad apabila menggesa kaum Melayu agar
membuang ‘tongkat’ dan berjalan di atas kaki sendiri.

Umat Islam, khususnya orang Melayu perlu sedar, Allah
s.w.t. telah mengeratkan bangsa Melayu dengan dua
perkara, keturunan dan agama. Jadi, apakah alasan lagi
yang mahu kaum Melayu berikan menolak sebarang seruan
perpaduan dan kerjasama dari segala sudut?

Ulama generasi muda yang berilmu juga perlu memainkan
peranan penting bagi memulihkan kembali imej Islam
yang dianggap sebagai kolot dan kuno, serta
memperjelaskan tentang Islam terhadap umat Islam
termasuk kepada golongan non muslim.

Para ulama dan cendekiawan Melayu juga tidak boleh
terlalu gemar berbincang mengenai perkara-perkara
ranting yang sudah disepakati. Juga tidak perlu kita
bidaah membidaah sesama sendiri. Apa yang penting,
ulama dan cendekiawan Islam perlu membangkitkan semula
roh dan semangat Islamiyah terutama dikalangan
anak-anak muda Melayu zaman ini.

Generasi muda Melayu Islam hari ini terutamanya, perlu
berganding bahu, tidak kira mana jemaah atau
pertubuhan sekali pun, dalam satu matlamat untuk
mengembalikan hak dan kegemilangan Islam kepada umat
manusia.

Isu-isu sensitif seperti kes-kes murtad yang
dibangkitkan oleh Mufti Perak itu juga bukanlah satu
alasan untuk umat Islam bertindak semberono dengan
kekerasan terhadap bukan Islam. Ia juga bukanlah
sebagai sebab untuk umat Islam marah-marah dan
menyimpan syak wasangka terhadap non muslim.

Tetapi, ini adalah masanya, untuk umat Islam di negara
ini untuk membuat post mortem, mengapa ajaran Islam
itu dipandang serong oleh bukan Islam? Dan inilah
masanya juga, umat Islam perlu membandingkan sikap dan
amalan mereka, baik dari segi akhlak dan ibadah, serta
prinsip dan

Help Palestine [hidayahnet] Tusyen B. Inggeris di Masjid terbuka kepada bukan Islam

2007-04-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Adalah dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang telah
memulakan tusyen Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar
yang mengambil UPSR pada setiap hari Sabtu jam 9 pagi
di Masjid Bandar Baru Senawang pada Sabtu 7 April 2007
yang lalu.

Tusyen ini diadakan setiap hari Sabtu jam 9 pagi dan
adalah percuma serta terbuka kepada semua pelajar
Islam dan bukan Islam yang akan mendudukki UPSR.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut
sila hubungi Tuan Haji Jasmi 019-6612854 , Setiausaha
Masjid Bandar Baru Senawang


 
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





   

Expecting? Get great news right away with email Auto-Check. 
Try the Yahoo! Mail Beta.
http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/newmail_tools.html 


Help Palestine [hidayahnet] Untung Zam bercakap di Singapura...

2007-04-11 Terurut Topik Amir Hamzah
Assalamualaikum,

Berita ini cek ambil dari 
http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=339 , 
seperti lazim cek lakukanlah. Membaca berita ni, cek difahamkan bahawa ianya 
pula disebut atau dicetak dalam Utusan Melayu. Cek cuma nak komen satu ja; 
lazimnya di Malaysia ni bila pak pak menteri bercakap, mereka selalu bercakap 
ikut sedap tekak tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu. 

Pada pendapat cek dan beberapa sahabat, pemerintah harus menghantar pak pak 
menteri dan juga exco negeri ke kursus berpatutan dahulu sebelum dilantik ke 
jawatan mereka. Ini untuk memastikan perkara mereka sebut itu tepat dan 
berkait, bukan main boh ja. Kursus tersebut tidaklah seperti nak ambil ijazah, 
hanya satu crash course.

Mungkin tiada negara lain yang melakukan sedemikian, itu tidak menjadi masalah. 
Tidak kisahlah UMNO ka, PAS ka, Keadilan ka, yang memerintah. Tapi bila pak 
menteri memahami apa tugas kementerian mereka sebenarnya, insyAllah, orang luaq 
pun akan respek...baru kita benar benar boleh kata "Malaysia Boleh!". 



 Untung Zam bercakap di Singapura, kalau tempat lain, malunya!
 Posted on Monday, April 09 @ 06:00:45 CDT by reformis
 Oleh Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Zainuddin Maidin buka mulut lagi pasal bloggrs Malaysia. Lebih hebat 
lagi, beliau bercakap tentang hal ini setelah menemui Menteri Penerangan, 
Komunikasi dan Kesenian Singapura, Dr. Lee Boon Yang, untuk “membincangkan isu 
blog” dan pendekatan republik itu menanganinya.

[Ini bukannya fitnah. Dan, bukan juga posting untuk mencari pengaruh politik. 
Hakikat Datuk Seri Zainuddin seolah-olah berguru dengan Singapura untuk 
mengatasi isu bloggers Malaysia ini disiarkan oleh Utusan Malaysia dengan link 
di bawah ini.] 
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

Datuk Seri Zainuddin seorang yang luas pengalamannya. Beliau Tokoh Wartawan 
Negara. Beliau juga Menteri Penerangan Malaysia. Kita hormati beliau atas 
kapasiti ini.

Malangnya, sebagai seorang tokoh wartawan dan Mentri Penerangan, beliau sendiri 
agak tidak menyedari bahawa apabila kita memperkatakan hal content multimedia, 
termasuklah kandungan program radio, televisyen, portal berita internet dan 
juga blogs di negara ini, segala-galanya adalah di bawah jurisdiction Malaysian 
Communications and Multimedia Commission (MCMC) Bukannya di bawah bidang kuasa 
Kementerian Penerangan!

 


Untuk membantu Datuk Seri Zainuddin dan tokoh-tokoh seangkatannya memahami 
fungsi dan bidangkuasa MCMC, link ke MCMC adalah seperti berikut: 
http://www.cmc.gov.my. Silakan akses link ini dan segala-galanya ada di situ.

MCMC

Oleh kerana blogging adalah antara cabang convergence yang terbaru daripada 
ledakan ICT, soal ini nampaknya masih belum menerima fokus secara khusus. 
Tetapi, mustahilkah untuk MCMC mula memikirkan soal tata etika bloggers dalam 
konteks rejim perundangan yang sedia ada?

Tidakkah pemerintah menyedari hakikat ini? Kenapakah perlu mengeluarkan 
kenyataan demi kenyataan yang kurang bijak dan konfrontasional terhadap 
bloggers kalau rejim perundangan di bawah MCMC ini mungkin boleh dikemaskinikan 
untuk membolehkan siri perundingan dengan para bloggers ke arah penggubalan 
satu tata etika blogging di negara ini?

Maka, berasaskan kewujudan MCMC, apakah relevannya Datuk Seri Zainuddin membuat 
kenyataan bahawa bloggers politik “mesti” didaftarkan?

Adakah kerana beliau beranggapan yang soal content multimedia berada di bawah 
kawalannya? Tidakkah beliau sedar bahawa secara hakikinya content dalam portal 
berita Bernama pun di bawah kawalan MCMC?

Memang ini satu ironi. Tetapi inilah antara realiti dan anamoli di era anjakan 
teknologi daripada rejim perundangan bukan digital kepada rejim perundangan 
digital.

Definisi Politik

Saya amat pasti akan hal ini kerana saya sendiri terlibat dalam membahas serta 
meluluskan banyak undang-undang ICT di Parlimen Malaysia.

Saya juga amat pasti akan hal ini kerana saya sendiri pernah mengemukakan 
banyak soalan mengenai siapakah yang mempunyai bidang kuasa terhadap contents 
dalam multimedia di negara ini.

Oleh itu, apakah reaksi yang perlu kita berikan kepada Datuk Seri Zainuddin 
yang mahukan blogs dan bloggers politik di Malaysia “mesti” didaftarkan?

Ketawa berdekah-dekah kerana kenyataan beliau amat melucukan? Menggelengkan 
kepala kerana kenyataan itu mencerminkan betapa tidak dalamnya pengetahuan 
beliau mengenai ICT sehingga tidak menyedari bahawa blogs, blogging dan 
bloggers adalah satu cabang demokrasi siber yang lahir daripada ledakan ICT? 
Atau, kita pedulikan sahaja kenyataan itu kerana beliau sekali-kali tidak 
mempunyai hak untuk mempersoalkan perkembangan ini?

Tetapi, katakanlah kita terima kenyataan Datuk Seri Zainuddin itu sebagai satu 
kenyataan yang boleh masuk akal, siapa pula yang akan mendefinisikan “politik” 
dalam konteks blogs dan portal berita di Malaysia?

Tata Etika

Definisi “politik” siapakah yang akan dijadikan definisi rasm

Help Palestine [hidayahnet] Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR) Mei 2007

2007-04-11 Terurut Topik IslahGateway
Perhatian! Perhatian!

khusus buat ikhwah akhawat...



Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR) Mei 2007 
(advance version)

6 - 19 Mei 2007

Bertempat di Wakaf Bharu, Kelantan.

Yuran: RM195sahaja** 

(RM150 untuk yuran belajar dan buku teks, RM45 untuk tempat tinggal -- tidak 
termasuk makan. ** masih boleh dirundingkan).
sesi belajar pagi dan petang. malam hari untuk jadi 'rahib'. di akhir kursus 
insya Allah akan diadakan rehlah. (nak jalan-jalan pun buleh la..)
Masih ada 29 kekosongan... 


Jika berminat, sila hubungi:
013 - 6441206 - Wan Maryam 








Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin 
 

  Masukkan derma anda ke dalam akaun: 

  Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
  Bank Islam Malaysia Berhad 
  Nombor akaun: 12113010005797 
  http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com



http://hidayahnet.ourtoolbar.com/

234_60c.gif
Description: GIF image


Re: Help Palestine [hidayahnet] Kisah tadika...disebalik nama SmartKids

2007-04-11 Terurut Topik Ramizan Ramlee
salam,

I find this claim absurd. Maybe we should just burn down the tadika... :)


- Original Message 
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Tuesday, April 10, 2007 9:50:10 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kisah tadika...disebalik nama SmartKids


Note: forwarded message attached.

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, 
Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara 
mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah 
mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka. 

Amin, ya Rabbal A'lamin."

JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331

 - - ---
- Original Message - 
From: FADZIL ZAINUN 
To: tatsumi 
Sent: Tuesday, April 03, 2007 3:04 PM
Subject: Fwd: Fw: Kisah tadika...disebalik nama SmartKids

Subject: Kisah tadika...

Assalamu'alaikum saudara/saudari sekelian.

Diharap dapat mengesan jika anak-anak saudari belajar di Tadika
Smartkids sekarang ini di tukar nama kepada JC Kindergarten (JC
maksudnya Jesus) ini diakui sendiri oleh pemilik ini.

Juga pemilik k/gerten ini beritahu bahawa ia (tadika) ini milik syarikat
Singapura yang mengembangkan modulnya di Malaysia.

Tujuan saya mengutarakan isu ini berbangkit daripada seorang guru melayu
Islam di k/garten ini yang memberitahu bahawa beliau dibayar gaji
sebanyak RM900 sebulan. Tetapi, di tempat beliau mengajar, beliau
ditekan dan dipaksa menganut agama kristian. Beliau akhirnya mengambil
keputusan untuk berhenti kerja. Sebelum berhenti kerja, beliau diugut
dengan kata "nak ambil nyawa seorang bukan susah sangat". Perkara ini
telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya.

Oleh itu, saudari sedarlah jika guru itu seorang dewasa dipaksa berbuat
demikian, bagaimana pula anak-anak kita yang masih kecil yang menelan
semua pesanan, ajaran ajakan guru di situ dan bagaimana pula dengan guru
yang lemah imannya kerana gajinya boleh tahan dgn kerja sebagai guru
tadika.

Zaman sekarang mcm2 cara digunakan utk menyesatkan kite org islam. Maka
kita kena extra precaution. Takut lah! gerakan2 diorang ni dapat sponsor
yg besar dari badan2 tertentu

Rgds,




   

Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives.
http://tools.search.yahoo.com/toolbar/features/mail/

Help Palestine [hidayahnet] Qanun Jinayah Syar`iyah - Bah 1 - Bab 3 - Qisas - Fasal 4 - Per 125 (4)

2007-04-11 Terurut Topik Abu_Nidhal
http://alkhatab.tripod.com/bah1bab3qisasperkara12514/
   
  Qanun Jinayah Syar`iyah  Bahagian 1
  Bab 3   Fasal 4: Mencederakan.
 Perkara 125 : Qisas anggota.  4) Hukuman qisas yang dikenakan ke atas 
penjinayah-penjinayah yang mencederakan anggota dan melukakan tubuh badan orang 
lain hendaklah dibalas dengan balasan yang bersamaan, iaitu mencederakan 
anggota badan dibalas dengan mencederakan anggota badan, dan melukakan dibalas 
dengan melukakan. Hukuman ini adalah  berdalilkan nas-nas berikut:  a)  
Firman Allah Taala (yang bermaksud):  Dan Kami telah tetapkan atas mereka di 
dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas 
dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan 
telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas 
(seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia 
penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah 
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah 
al-Ma`idah: 45)   
  b)  Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a 
:
  Bahawa seorang Yahudi telah menyepitkan kepala seorang anak perempuan antara 
dua batu, lalu ditanyakan kepadanya: Siapa yang melakukan perbuatan itu kepada 
engkau, betulkah si anu? Hingga disebutkan nama orang Yahudi itu, lalu 
diisyaratkannya dengan kepalanya. Maka didatangkanlah orang Yahudi itu, lalu ia 
mengaku. Maka Nabi s.a.w pun menyuruh sahabatnya menyepitkan kepala orang 
yahudi itu dengan kedua buah batu itu.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
  [ Ini dia tuan-tuan dahulu pada zaman Nabi, yahudi tunduk kepada Islam, namun 
hari ini keadaan dah jadi terbalik. Kini mereka menguasai dunia sehinggakan PBB 
sanggup jadi balaci kepada negara yahudi tu. Kalau berlaku apa saja 
pertembungan senjata melibatkan Israel, kita akan lihat bagaimana PBB gagal 
berfungsi. Tetapi sekiranya dilihat Israel nak kalah, tiba-tiba sahaja resolusi 
demi resolusi dikemukakan untuk menamatkan peperangan yang merugikan Israel.  
   
  Sehingga ke hari ini seluruh dunia berdiam diri apabila Palestin diserang. 
Inilah hasilnya apabila semua kerajaan-kerajaan orang Islam jadi bacul, hanya 
sekadar diam berpeluk tubuh terhadap apa yang berlaku di Palestin. Liga Arab 
dan begitulah juga OIC gagal berfungsi kerana kesemua pemimpin-pemimpin negara 
orang Islam takutkan Amerika. Setelah Amerika mengejutkan mereka dengan apa 
dilakukan ke atas Saddam Hussein, maka semua pemimpin-pemimpin Islam yang biasa 
dengan kemewahan menjadi bimbang. Mereka lebih bimbangkan “kerusi” mereka 
daripada bimbangkan nyawa umat Islam. Semua mereka diam. Tidak ada seorang pun 
dikalangan mereka berani mengecam memberi amaran bahwa mereka akan campurtangan 
ataupun menghulurkan bantuan senjata, malah mereka sendiri turut mengikut 
langkah tuan mereka, Amerika syaitan al-akbar, dengan mengenakan sekatan 
ekonomi terhadap Palestin. Inilah perkembangan di timur tengah yang sangat 
mendukacitakan kita, termasuklah media-media yang langsung tidak
 membantu. Walaupun ada liputan-liputan tentang serangan terhadap orang Islam, 
tetapi kerenah media-media masih seperti sebelumnya. Kesemua media masih 
menyiarkan hiburan-hiburan yang melalaikan generasi muda terhadap apa yang 
berlaku di dalam dunia orang Islam. Sudahlah media dimandulkan, khutbah-khutbah 
di mimbar pun sama, masih membicarakan tentang masalah alam sekitar, sedangkan 
setiap hari dunia Islam dibom.   
   
  Di negara Islam hadhari juga tidak kurang kecelaruannya. Isu murtad semakin 
menjadi-jadi. Penjelasan tentang kemurtadan perlu diperjelaskan dengan 
sejelas-jelasnya. Barangsiapa iktikadnya yang membawa kepada murtad, maka 
ketika itu ia sudah pun murtad. Ini orang awam perlu tahu. Bahkan peguam-peguam 
yang mengaku Islam tetapi mereka menyokong untuk orang murtad, ketahuilah bahwa 
mereka itu juga turut murtad. Seperti juga peguam-peguam Islam yang menyokong 
gerakan IFC untuk menghapuskan Islam dalam negara ini, mereka juga sebenarnya 
telah pun murtad walaupun mereka masih bernama dengan nama-nama Islam. Ini 
adalah kerana mereka bersatu menyokong orang-orang kafir untuk memerangi umat 
Islam. Menjatuhkan Islam adalah perbuatan yang kufur. Dalam Quran sebut cukup 
jelas bahwa sesiapa yang memberikan wala`kepada pihak kafir, maka dia 
dikalangan mereka. Di sini isu yang dilihat ialah usaha pihak kafir untuk 
menjatuhkan mahkamah syariah. Mereka mahu isu-isu syariah didengarkan di
 mahkamah sivil. Sebab itu kes Lina Joy menjadi tumpuan dunia, kerana kes 
tersebut akan menjadi titik-tolak untuk memungkinkan negara ini 
dihitam-putihkan secara jelas dengan mengubah perlembagaannya supaya Islam 
tidak lagi menjadi agama rasmi persekutuan. Ya memang PM telah memberi amaran 
kepada golongan yang menyokong penubuhan IFC, tetapi barang diingat bahwa 
golongan ini sama sekali tidak akan berhenti dari agenda mereka. Mungkin 
pusingan ini mereka tidak be

Help Palestine [hidayahnet] JANGAN MENGELUH ..........

2007-04-11 Terurut Topik Abu Bakar Bin Rahamat


> JANGAN MENGELUH ..
>
> Kita selalu Bertanyadan Al-Quran sudah 
> menjawabnya.
>
> KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
>
> QURAN MENJAWAB
> "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami 
> telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? 
> Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya 
> Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg 
> dusta."
>
> -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
>
>
> KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
>
> QURAN MENJAWAB
> "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh 
> jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah 
> mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
>
> - Surah Al-Baqarah ayat 216
>
>
> KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
>
> QURAN MENJAWAB
> "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
>
> - Surah Al-Baqarah ayat 286
>
>
> KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
>
> QURAN MENJAWAB
> "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal 
> kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
>
> - Surah Al-Imran ayat 139
>
>
> KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
>
> QURAN MENJAWAB
> "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala 
> kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan 
> kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan 
> perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah 
> sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada 
> Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
>
>
> KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
>
> QURAN MENJAWAB
> "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan 
> sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada 
> orang-orang yang khusyuk"
>
> - Surah Al-Baqarah ayat 45
>
>
> KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
>
> QURAN MENJAWAB
> "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan 
> memberikan syurga utk mereka... ?
>
> - Surah At-Taubah ayat 111
>
>
> KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
>
> QURAN MENJAWAB
> "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku 
> bertawakkal."
>
> - Surah At-Taubah ayat 129
>
>
> KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
>
> QURAN MENJAWAB
> "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada 
> berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
>
> - Surah Yusuf ayat 12
>
> Kalu engko nak mengeluh lagi jom gi ngaji
>
>
>
>
>


Help Palestine [hidayahnet] Kempen psikologi pindahkan F1 Sepang ke Singapura?

2007-04-11 Terurut Topik Amir Hamzah
Tu dia! Kalau berjaya depa pindahkan F1 ke Singapura, habislah RM300 juta duit 
pelaburan buat litar F1 ni dulu!

Cek ni memang peminat F1 dari 1984 lagi. Time tu, Niki Lauda dan Alain Prost 
membawa Mclaren ke kejayaan. Tapi bila cek baca pemerintah nak buat litar F1 
kat Malaysia, cek memang tak setuju kerana kos yang tinggi dan beberapa budaya 
F1 yang tidak sesuai...budaya sebelum dan selepas perlumbaan, maksud cek ya.

Satu lagi cek perhati, pemerintah kita ni suka benar beli atau bina sesuatu 
yang mahal amat sangat! Namun, selepas beberapa tahun sahaja, belian atau 
binaan itu menjadi terbiaq saja seperti satu barang yang usang. Kemungkinan 
besaq waktu nak dibeli itu, pemerintah begitu teruja dengan beberapa perkara 
hingga lupa bertanyakan 'maintenance cost' dan keperluan skill. Kita tidak 
payah pi jauh, baru malam tadi berita keluaq pasai kamera di lampu 
isyarat...Yang lain cek takleh sebut la, nanti cek kena OSA da!

Balik pada cerita asal, kalau lumba F1 dipindahkan nanti, agaknya apa 
pemerintah akan lakukan? Kalau masalah cam kat komputer ni cek tahulah apa nak 
buat...cek tekan ja butang F1 tu...

http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=342



Kempen psikologi pindahkan F1 Sepang ke Singapura?
 Posted on Tuesday, April 10 @ 01:49:17 CDT by reformis
 Zainuddin Maidin selaku kepala jentera propaganda nasional mahu blogger 
didaftarkan kerana kononnya ada blogger yang cuba menjatuhkan kerajaan.  Aduh, 
hebat dan jahatnya si blogger-si blogger ini. Goblok kamu sang blogger!  Bernie 
Ecclestone kata Litar F1 kita dan persekitarannya “shabby” dan sampah sarap 
merata-rata.  Tetapi apa pula yang hendak kita kata tentang kenaikan 40 peratus 
kadar jenayah di ibu negara kita pada saat-saat para pembesar dan lidah rasmi 
mereka mendabek dada mengatakan “the good times are here again” (saat gemilang 
kembali semula)?


Oleh A Kadir Jasin

APAKAH yang telah terjadi kepada negara kita? Apakah yang sedang terjadi kepada 
negara kita. Dan apakah yang mungkin terjadi kepada negara kita?

Sila lapangkan sedikit masa untuk membaca berita berikut yang disiarkan oleh 
Gulf Daily News, akhbar berbahasa Inggeris yag diterbitkan di Bahrain berbunyi:

“Formula One boss Bernie Ecclestone was quoted saying the Sepang circuit was 
getting "shabby" from lack of care just hours before yesterday's Malaysian 
Grand Prix.

"It has become, if you don't mind, like an old house that needs a bit of 
redecorating," the New Straits Times quoted him as saying in an interview.

"It's starting to get a little shabby and looks a bit tired."His remarks come 
with wealthy neighbouring Singapore making noises about trying to host a 
Formula One race, something that has already drawn a sharp rebuke from 
Malaysia's ministry for sport.

Ecclestone acknowledged that it was difficult to keep Sepang tidy because of 
its large 260-hectare size but said the circuit had to put its best face 
forward."The circuit itself is fine, it's the general structure around," he 
said.

"There is rubbish all over the place and it's not really a good sign for 
Malaysia. We're on worldwide television and it needs to look good, much like in 
the beginning."Malaysia hosted its first F1 Malaysian Grand Prix in 1999 and 
last year promoters Sepang International Circuit (SIC) renewed the contract for 
another five years.



The Star daily meanwhile said Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi had met with 
Ecclestone on Saturday to discuss extension of the Formula One contract beyond 
2010.

SIC chairman Mokhzani Mahathir said Ecclestone's Formula One Management would 
hand over a draft agreement soon, and that the ball was in Malaysia's court.

We will study the draft agreement and see whether it is feasible to extend," 
Mokhzani was quoted as saying.”

Sekitar Litar F1 Sepang “shabby” – compang-camping?

Apa sudah jadi dengan kemudahan kelas dunia itu?

Kenapakah ia mendapat ulasan yang begitu negatif dalam masa yang begitu singkat 
daripada seorang yang sebelum ini begitu kuat menyokong Litar F1 Sepang?

Sampah di merata tempat.

Itulah yang dikatakan oleh orang nombor satu perlumbaan F1 itu.

Sampah sarap di merata tempat di acara nombor satu negara pada Tahun Melawat 
Malaysia?

Apa sudah jadi? Atau apakah ini permulaan kepada kempen psikologi untuk 
menjatuhkan imej Sepang supaya perlumbaan F1 boleh berpindah ke Singapura?

Negara pulau yang dinobatkan sebagai jiran istimewa Malaysia dan “golf buddy” 
yang sangat akrab sudah pun membida untuk menjadi tuan rumah F1 mulai tahun 
hadapan.

Para pembesar negara begitu marah apabila blogger berkata mereka atau jabatan 
mereka tidak cekap. Mereka cap blogger penganggur dan pembohong.

Sekarang pembesar Zainuddin Maidin selaku kepala jentera propaganda nasional 
mahu blogger didaftarkan kerana kononnya ada blogger yang cuba menjatuhkan 
kerajaan.

Aduh, hebat dan jahatnya si blogger-si blogger ini. Goblok kamu sang blogger!

Bernie Ecclestone kata Litar F1 kita dan persekitarannya “shabb

Help Palestine [hidayahnet] Indahnya...solat kita

2007-04-11 Terurut Topik Abu Bakar Bin Rahamat

> INDAHNYASOLAT KITA NI...
>
> Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini
>
> Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat...
> Just to share something that is quite interesting
> Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
> Setelah
> Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
> Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
> timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah
> itu
> Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah
> engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah
> berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
>
> Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
> Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
>
> Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
> bermaksud.
> "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
> bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
> seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
> seorang
> nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia
> mempunyai
> umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan
> solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan
> lupa
> serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa
> mereka
> pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
> solat
> mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan
> solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
> perintahKu."
>
> Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
> kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
> Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
> syurga
> Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin keada
> Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari
> Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan
> terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
> perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun
> sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah
> berteduh
> di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
> berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
> perjalanan
> setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
>
> Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
> dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
> kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
> yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
> sepersepuluh
> dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
> terhadap
> imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."
>
> Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
> Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
>
> * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
> * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
> * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
> Al-Quran.
> * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
> Ramadhan.
> * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
> solat
> (yang lima waktu).
> * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
> dalam
> semua hari.
>
> Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
> Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
> yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
> yang
> bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
> mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...>
> .


Help Palestine [hidayahnet] Program Tautan Kasih II - Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang

2007-04-11 Terurut Topik Yayasan Pembangunan Nurhikmah
  Program Tautan Kasih II
  Sabtu 21 April 2007 , 
  mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari 
  
   
  
  Yayasan Pembangunan Nur Hikmah menjemput para sukarelawan dan orang ramai 
untuk sama-sama memeriahkan Program Tautan Kasih II. Tujuan program ini adalah 
mendekatkan masyarakat dengan anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang, 
Selangor. Butir-butir lanjut adalah seperti dibawah ini :
   
  Tarikh   : 21 April 2007
  Hari   : Sabtu
  Jam   : Mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00 Tengahari
  Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Nurhikmah, 
  Lot 11552, Jalan 18, 
  Taman Mesra, 
  43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan. 
   
  ATURACARA PROGRAM
   
10:00 pagi- Pendaftaran 
  10.15 pagi- Taklimat Pengerusi Sukarelawan YPN
  10.30 pagi- Pemeriksaan kesihatan 
 - Sesi kaunseling
 - Tautan Kasih
  12.30 tengahari -  Jamuan makan tengahari
(Tajaan Ladang Warisan Sdn. Bhd)
 www.myladang.com
   


   
  Peta Lokasi


   
  Sila sahkan kehadiran anda dengan menghubungi Cik Syira 03-87332411 atau En. 
Fadzil 012-2968649 atau En. Rohaizal 012-3953903 sebelum 18 April 2007
   
Anda juga dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak yatim melalui 
Yayasan Pembangunan Nurhikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U 
kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030  , letakkan alamat email [EMAIL 
PROTECTED]

   

  Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my


   
-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] Ceramah Perdana: oleh Saudara Kamarudin Abdullah Bekas Penganut agama Kristian Roman Katholik.

2007-04-11 Terurut Topik IslahGateway



From: IPSI 
Sent: Wednesday, April 11, 2007 11:15 AM
Subject: Ceramah Perdana





Ceramah Perdana:

Tajuk: "KEAGUNGAN ISLAM, Jawapan kepada yang tidak yakin".

oleh: Saudara Kamarudin Abdullah

Bekas Penganut agama Kristian Roman Katholik.

Tempat: Masjid Munawar, Jalan Kelawei, berdepan dengan station shell.

   Pulau Pinang.

Tarikh: 13hb April 2007

Masa: 8.00malam selepas solat maghrib.

Dijemput semua muslimin dan muslimat turut serta.

"Sesungguhnya Islam itu Cemerlang,Gemilang dan Terbilang"








Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin 
 

  Masukkan derma anda ke dalam akaun: 

  Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
  Bank Islam Malaysia Berhad 
  Nombor akaun: 12113010005797 
  http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com



http://hidayahnet.ourtoolbar.com/

234_60c.gif
Description: GIF image


Help Palestine [hidayahnet] Minta Pendapat.

2007-04-11 Terurut Topik Ahmad Hisham
Assalamualaikum.

Saya ingin meminta pendapat dari sahabat sekelian.

Saya telah menghantar notis berhenti kerja 2 minggu yang lepas. Ketua
jabatan saya telah 'counter offer' saya semula untuk kenaikkan gaji dan
pangkat. Bagaimanapun ianya hanya dapat dilaksanakan pada hujung tahun
ini. Bermakna saya terpaksa menunggu selama lebih kurang 8 bulan lagi
barulah proposal kenaikkan gaji dan pangkat saya dapat diajukan kepada
Pengarah Eksekutif dan kemudian dibawa kemesyarat Lembaga Pengarah.
Keputusan adalah di tangan Lembaga Pengarah.

Hubungan saya dengan ketua jabatan saya amat baik seperti adik dengan
kakak dan beliau banyak membantu saya. Malah keluarga saya san keluarga
beliau juga sudah saling kenal mengenali. Sebagai seorang ketua,
walaupun seorang wanita, beliau tidak cerewet dalam hal hal kerja.

Ketua jabatan di syarikat yang baru menawarkan jawatan kepada saya telah
meminta saya datang kepejabat untuk menerangkan kerja kerja yang bakal
menjadi tanggungjawab saya. Beliau juga nampaknya seorang yang baik dan
temubual saya dengan pekerja pekerja ditempat tersebut, semuanya
menyatakan beliau adalah seorang ketua yang baik dan tidak cerewet. Cara
beliau berinteraksi dangan saya lebih kurang sama dengan ketua jabatan
saya sekarang.

Saya telah melakukan solat istikharah beberapa malam namun masih belum
mendapat sebarang petunjuk

Saya ingin meminta pendapat dan pandangan atau pengalaman sahabat
sekelian yang sudi berkongsi patutkah saya meneruskan niat untuk
berhenti atau haruskah saya menerima tawaran dari ketua jabatan saya?

Terima kasih dan Wassalam.

Hisham


[EMAIL PROTECTED]



Help Palestine [hidayahnet] SUKAN REMAJA (SURE) SELANGOR 2007

2007-04-11 Terurut Topik IslahGateway
 Sukan Remaja (SURE) Selangor 2007  
 
 http://jim.org.my/modules.php?module=pengumuman&kerja=tengok&id=125 
 
 
 Sekian lama program 

  SUKAN REMAJA (SURE) SELANGOR 2007

  maka telah hampir tiba hari yang ditunggu-tunggu. 

  Berikut adalah maklumat terperinci berkenaan dengan program tersebut:-

  A)  ACARA PERTAMA : FUTSAL (REMAJA LELAKI)

a.. Tarikh   : 14/4/2007 (Sabtu)

b.. Masa: 8.30 pagi - 2.00 ptg

c.. Tempat : Rio De Futsal

d.. Alamat  : Lot 753, Jalan Subang 3, USJ 1, Subang Jaya (sila rujuk 
map di http://www.gofutsal .com/riodefutsal)


  

a.. Kategori   : 1 - Bawah 15 tahun

  2 - Bawah 18 tahun

a.. 1 Pasukan : 5 pemain + 3 pemain tambahan
a.. Yuran : RM90.00 / pasukan - KRJ JIM
RM50.00/ pasukan - rakan JIM

a.. Pendaftaran :  Sila hubungi :-
 Mohd Yusof Nasir (016 259 3394) 

 Cikgu Azmi Musa (012 259 0496) 



  B) ACARA KEDUA : NETBALL (REMAJA   PEREMPUAN)

a.. Tarikh: 14/4/2007 (Sabtu) 
b.. Masa : 9.00 pagi - 2.00 ptg 
c.. Tempat  : Indoor Court di Shah Alam



a.. Kategori: 13 tahun - 18 tahun 
b.. 1 Pasukan : 7 pemain + 3 pemain tambahan 
c.. Yuran   : RM100.00 / pasukan - KRJ JIM 
d.. Pendaftaran : Sila hubungi :-
   Mohd Yusof Nasir (016 259 3394) 

   Hafidza (019 3303069) 

C)  ACARA KETIGA : BOWLING (REMAJA LELAKI DAN PEREMPUAN)

a.. Tarikh: 21/4/2007 (Sabtu) 
b.. Masa : 9.00 pagi - 2.00 ptg 
c.. Tempat  : Pusat Bowling Flamingo, Ampang
  

a.. Kategori  :  1  Remaja lelaki
  2  Remaja perempuan

a.. Pasukan  :   4 sepasukan 
b.. Yuran :   RM100.00 / pasukan - KRJ JIM  
c.. Pendaftaran  : Sila hubungi :-
 Mohd Yusof Nasir (016 259 3394) 

 Shafie Mokhtar (013 3943852)

   

  Sila sediakan pasukan terbaik anda untuk di hantar ke pertandingan ini. 
Ana ucapkan selamat berjaya. 

  Wasssalam.

  Wakil KRJ Selangor, 

  Mohd Yusof Nasir
 
 
 Ditambah oleh: Alikin 
 









Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin 
 

  Masukkan derma anda ke dalam akaun: 

  Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
  Bank Islam Malaysia Berhad 
  Nombor akaun: 12113010005797 
  http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com



http://hidayahnet.ourtoolbar.com/

234_60c.gif
Description: GIF image