Help Palestine [hidayahnet] Ann Wan Seng...

2007-06-16 Terurut Topik umar faruqi
Personaliti: Ann sebar dakwah  menerusi perniagaan  Oleh Azrul Affandi Sobry

 MEMELUK Islam tanpa dirancang menyebabkan Ann Wan Seng tidak menukar nama 
asalnya, malah mendaftarkan Ann Abdullah sebagai nama Islam tetapi selesa 
dikenali dengan nama Cina sehingga kini.

   
function ebStdBanner0_DoFSCommand(command,args){try{command = 
command.replace(/FSCommand:/ig,);if(command.toLowerCase()==ebinteraction)gEbStdBanners[0].handleInteraction();}catch(e){}}

 Beliau merasakan tidak perlu menukar kepada nama lain kerana dengan 
mengekalkan nama Cina membuktikan beliau hanya menganut Islam tetapi masih 
mengekalkan keturunan Cina yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Selain 
itu, ia juga membuktikan beliau tetap mengekalkan hubungan kekeluargaan 
walaupun selepas memeluk Islam.


 Menceritakan pengalamannya dibuka hidayah Ilahi untuk menerima Islam, beliau 
sebenarnya mengenali, mempelajari, mengkaji dan menguasai Islam selama lebih 10 
tahun sejak di sekolah menengah.


 Segala-galanya bermula apabila beliau mengambil subjek Sejarah Islam ketika di 
Tingkatan Enam sebagai subjek wajib bagi pelajar jurusan sastera.


 “Siapa sangka ia adalah titik mula yang membuka minat saya untuk lebih 
mengenali dan mendekati Islam, malah menjadi pelajar terbaik subjek terbabit. 
Dalam diam, saya mula mengkaji Islam lebih mendalam. 


 “Bagaimanapun, sering kali berlaku beberapa persoalan mengenai kemusykilan 
yang diajukan kepada rakan sekolah tidak dapat dijawab dengan baik oleh mereka. 
Keadaan itu mendorong saya mencari dan akhirnya menerima Islam,” katanya.


 Menyedari minatnya terhadap Islam semakin mendalam, beliau mengambil keputusan 
menyambung pelajaran di peringkat sarjana dalam pengkajian berkenaan Gerakan 
Islam pada 1992 hingga 1996 di Universiti Malaya.


 Dalam tempoh itu, hatinya tidak terbuka untuk menganut Islam kerana belum 
menemui apa yang benar-benar memberikan keyakinan untuk memulakan langkah 
pertama, ditambah dengan masalah ingin menjaga hati keluarga yang menentang 
keras hasrat ahli keluarga memeluk Islam.


 “Sepuluh tahun saya belajar mengenai Islam secara senyap. Saya ambil kertas 
Sejarah Islam di Tingkatan Enam pun ibu bapa tidak tahu. Begitu juga ketika 
membuat kajian untuk pengajian sarjana, mereka tidak tahu.


 “Maklumlah, masyarakat Cina memang memberi kebebasan kepada anak mereka 
memilih jalan hidup sendiri tetapi agak bertegas berkenaan agama. Tambahan 
pula, belum ada dalam sejarah keluarga saya yang memeluk Islam.


 “Masyarakat Cina di negara ini beranggapan Islam hanya milik Melayu dan 
tanggapan itu menjadi penghalang. Berbeza dengan penerimaan mereka terhadap 
Buddha walaupun hakikatnya agama itu berasal dari India,” katanya.


 Menceritakan langkah pertamanya memeluk Islam, peristiwa pada 1996 itu boleh 
dikatakan berlaku secara tidak disangka apabila hatinya tergerak menelefon 
rakannya di Perkim, Ustaz Shafie Patt. Apabila pertemuan diatur, beliau terus 
melafazkan syahadah yang sudah lama dihafalnya.


 “Inilah yang dinamakan kuasa hidayah. Bayangkan selama 10 tahun saya mengenali 
dan mendekati Islam, saya tidak berasa apa-apa. Hanya selepas itu, pada satu 
pagi, hati saya terbuka untuk menerima Islam.


 “Saya percaya, semua ini terjadi kerana saya dapat merasakan keindahan dan 
nikmat yang ada dalam Islam. Namun, halangan selepas itu masih ada kerana saya 
terpaksa merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga.


 “Saya tetap tinggal dengan mereka kerana pada peringkat awal menamatkan 
pengajian, saya belum mampu hidup sendiri. Selama tiga tahun saya terpaksa 
tinggal dengan mereka dan makan bersama mereka.


 “Saya terpaksa makan dalam pinggan yang sama dihidangkan makanan tidak halal 
walau saya tidak memakannya. Ketika itu, hati ini meronta kerana terpaksa 
berdepan dengan semua keadaan itu,” katanya.


 Ann berkata, mereka yang lahir sebagai umat Islam seperti orang Melayu 
sepatutnya bersyukur kerana tidak perlu melalui pelbagai halangan untuk menjadi 
seorang Islam. Mereka sudah berasa nikmat Islam sejak lahir dan terus hidup 
dalam lingkaran agama yang kuat.


 Menyorot kembali detik 10 tahun mempelajari Islam, Ann yang banyak 
menghasilkan penulisan berkenaan Islam malah, pernah dijemput memberi ceramah. 
Surau Al-Muttakim di Gombak adalah tempat pertama beliau menyampaikan pandangan 
berkenaan Islam pada 1994.


 “Ketika itu, ramai membantah dan mempertikaikan bagaimana bukan Islam 
dibenarkan memberi ceramah di dalam surau. Tetapi jika dipandang daripada sudut 
positif, mendengar sesuatu pandangan dari bukan Islam mengenai agama ini akan 
membawa makna lebih besar kerana ia membuktikan ada kajian bersungguh daripada 
agama lain mengenai Islam.


 “Malah, ramai tidak tahu sebenarnya ramai pakar penyelidik menulis buku 
mengenai keindahan Islam di Eropah adalah bukan Islam dan ini semua berlaku 
atas kehendak-Nya. 


 “Selagi Allah belum membuka hati mereka untuk memeluk Islam, ia takkan 

Help Palestine [hidayahnet] Web menarik...

2007-06-16 Terurut Topik umar faruqi
Assalamualaikum..

Sahabat semua di jemput ke sini... Lihatlah bangsa-bangsa atau kaum terdahulu 
yang telah dimusnahkan oleh Allah lantaran kedegilan mereka

Klik : http://www.bangsamusnah.com/



RE: Help Palestine [hidayahnet] Re: Jalan raya makin sesak, banjir makin teruk, rakyat pertikai kerajaan

2007-06-16 Terurut Topik pfcontrol
Hang bayaq la,toksah pikiaq-pikiaq lagi.Depa tu species OKU.La ni tok
wan aku habaq marabbuka jawaplah dgn lidah yg fasih dui,sapa nabi
hang -duittt dan begitulah seterusnya.Silap-silap haribulan mungkar
nankir pun kena bayaq juga.
 
note: tak tergamak cek tulih benda diatas tu,tapi itulah realitinya dan
tidak hakikat nya pada depa-depa yang berakai ,dan bukan ada akai
 

*Disclaimer* 
 This e-mail and any attachments are confidential and may contain trade
secrets or privileged or undisclosed information. They may also be
subject to copyright protection. Please do not copy, distribute or
forward this e-mail to anyone unless authorized. If you are not a named
addresses, you must not use, disclose, retain or reproduce all or any
part of the information contained in this e-mail or any attachments. If
you have received this e-mail by mistake please notify the sender
immediately by return e-mail and destroy / delete all copies of the
e-mail. 

 




From: hidayahnet@yahoogroups.com
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of Amir Hamzah
Sent: Tuesday, June 12, 2007 8:31 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Re: Jalan raya makin sesak,
banjir makin teruk, rakyat pertikai kerajaan



Satu demi satu projek projek depa ni terbukti bermasalah.
Bocorlah, banjirlah, harap harap jangan ada yang runtuh. Kalau ada, apa
pula si samy tu nak jawab. Yang hairan tu, apapun dia jawab, bos dia
terima ja. Camni, cek pun boleh jadi menteri!

Mengenai SMART ni, cek minta hang pikiaq lagu ni: hang pi makan
kat kedai dan order Nasi Daging Merah dan ayaq teh-o-limau. Tetiba
pelayan datang bawa nasi ja. 15minit kemudian dia datang minta duit
sedangkan masak Daging Merah dan ayaq tak mai; patutkah hang kena bayaq?
Begitulah juga sepatutnya dengan SMART ini.

Projek ini merangkumi 2 aspek: 1) Terowong laluan kenderaan, dan
2) Saluran ayaq berlebihan. La ni, bab laluan kenderaan sudah siap (tu
pun ada ramai yang komplen jalan tak rata), tapi bab ayaq dikatakan
belum. Maka, keseluruhannya bermakna projek belum siap! Camna depa leh
pungut tol lak? Camna kabinet leh luluskan pula? Hang pikiaq la sendiri.


Temporary [EMAIL PROTECTED] wrote: 

Harakahdaily 
Mon | Jun 11, 07 | 10:02:53 PM 
KUALA LUMPUR,11 Jun(Hrkh) - Tindakan Menteri Kerja Raya,
Dato' Seri S.Samy Vellu mengumumkan kadar bayaran Tol sebanyak RM 2
untuk pengguna Terowong SMART pada tengahari tadi didakwa menimbulkan
kemarahan rakyat kerana rakyat kini tertanya-tanya sama ada terowong
yang belum siap sepenuhnya ini selamat atau tidak. 
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk
laporan semasa muktamar http://www.harakahdaily.net/muktamar/ ] 
Kenyataan tersebut dibuat melalui kenyataan bersama yang
dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad
serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad,
merujuk kepada banjir kilat yang berlaku di ibu kota semalam. 
Jelasnya lagi, belum pun selesai penduduk membersihkan
sisa lumpur tinggalan banjir semalam tetapi Samy sudah mengumumkan
pengutipan tol RM 2 yang akan bermula khamis ini (14 Jun 2006). 
Bagaimana jika berlaku banjir lagi? Atau apakah yang
akan berlaku sekiranya ada keretakkan atau runtuhan seperti mana
projek-projek mega yang lain?, soalnya. 
Tambahnya lagi, terowong ini juga menyebabkan berlaku
kesesakan dihujung Tol SMART di Jalan Sungai Besi berhampiran Lapangan
Terbang TUDM. 
Justeru itu, beliau mengesa agar kerajaan mengambil satu
inisiatif yang bijak dalam menangani dua masalah utama rakyat di Kuala
Lumpur ini. 
Beliau kesal dengan Jabatan Pengairan Dan Saliran yang
gagal memberikan amaran awal kepada para penduduk bagi menghadapi banjir
ini. 
Ini kerana katanya, kenaikan paras air di Sungai Gombak,
Sungai Batu dan Sungai Kerayong telah diketahui lebih awal tetapi amaran
awal tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak termasuklah Jabatan Bomba
sehinggalah beberapa kawasan benar-benar ditenggelami air. 
Beliau mahu JPS, JKR, Bomba, Kementerian Wilayah
Persekutuan dan DBKL dapat bekerjasama bagi mewujudkan sistem amaran
banjir di ibu kota ini bagi membantu mengurangkan kesan-kesan sampingan
banjir seperti kehilangan nyawa dan harta benda. 
PAS Wilayah turut bersimpati terhadap nasib warga kota
Kuala Lumpur yang di timpa musibah banjir besar yang berlaku semalam. 
Semalam, beberapa kawasan penting ibu negara telah
ditenggelami air melebihi 1 meter. Antara kawasan yang terlibat adalah
Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Keramat Kampung
Chubadak dan Sentul. Masjid Jamek Jalan Bandar dan Dataran Merdeka, yang
meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad turut ditenggelami air
separas 

Help Palestine [hidayahnet] Taat

2007-06-16 Terurut Topik kasturi sellvadurai
Assalamualaikum w.b.t.
Sekarang mataku sedang berkaca. aku tidak senang dengan org di sekelilingku, 
mereka tu bukanlah teman-temanku malah merekalah ibu bapaku dan adik-adikku. 
aku tersangat sedih dan pedih kerana ari nie aku terpaksa tidah dapat 
menunaikan solat Isyak secara normal (biasa) dan nampaknya aku kene solat 
secara baring. sebabnya adik aku dah masuk tidur awal sbb dia marahkan mak. 

ibuku marah kepada adik bongsu yg sedang meningkat remaja, tau ajer la pada 
umur sebegini, mereka ni cepat melenting, tak boleh ditegur sikit. bila mak dah 
marah dia, terus dia marah balik mak. pandapat saya la,  kalau mak marah kita 
walaupun kita tak bersalah (bg hal2 yg kecil2), lebih baik jika kita menangkan 
mak saja sbb, dia tgh dlm keadaan marah, jgn la kita menuang minyak keatas api. 
Ni pendapat peribadi sayala. mungkin anda kat luar sana tak berapa setuju. 
bapaku pulak kuat minum arak, aku nie cukup tak suka, menyampah (lebih tepat 
lagi benci) pd sesiapa sahaja yg minum alcohol, kengkawan semua jangan salah 
faham. buat masa nie orang tuaku, adik-adikku serta saudara maraku semuanya 
masih belum islam lagi, kengkawan boleh sama sama doakan mereka sume dapat 
menerima serta mengamalkan islam yg suci dan shumul nie. kat rumah, aku memang 
tak berbual dengan bapa aku.
adik-adik aku pulak semuanya baik-baik tapi bila dah naik angin tu, sampai tak 
ingat dunia. mereka boleh maki sesiapa sahaja walaupun mak bapa sendiri. 

Alhamdulillah, aku dr dulu lagi tak pernah buat camtu. Kalau aku tak puas hati 
dengan seseorang, aku akan cepat-cepat beredar dari tempat tu. dan aku tak suka 
nak menangkan diri aku jika berdebat dengan org yg nak menang je. kiranya org 
ie pandai nak berdebat dan pandai sangat bercakap. bg aku yg benar tetap benar, 
dan yg palsu tetap palsu; walau macammana pun kita pertahankan atau menafikan. 
hakikat tetap hakikat (pendapat saya ye)
baru2 nie mak aku tanya (masa tu aku baru keluar dr bilik lepas solat isyak), 
kau masih nak kekal dalam Islam, ke?. aku senyap jer. sbb aku tak nak 
bertekak ngan mak aku. dia cakap lagi, kau pasti akan menyesal lepas mak dah 
mati nanti, tersentak aku (dalam hati:memang aku akan menyesal dan 
sebabnya kerana aku belum lagi nak menceritakan tentang islam pada dia.)

Dalam islam, kita perlu mentaati ALLAH, Nabi Muhammad s.a.w, kemudian mak, mak, 
mak dan bapa. 
Dalam masyarakat Hindu plak, yg pertama sekali yg perlu ditaati ialah Matha, 
Pitha, Guru, Theiyam..; Mak, Bapa, Guru, Tuhan

perbezaan yg amat ketara sekali. Masa mula2 dahulu aku memang susah nak berubah 
tapi aku cuba. dan Alhamdulillah sekarang tiada siapa yg akan aku dahulukan 
melainkan ALLAH dan Rasullullah s.a..w. ini berlaku setelah aku diuji seperti 
mualaf yg lain. Iaitu semasa memberitahu tentang keislaman aku setelah 6thn aku 
sembunyikan. Mak aku tau yg aku ni terlalu amat sayangkan dia. dan dia memberi 
aku pilihan utk memilih islam atau mak. AKu menjawab bailk, islam dan mak 
seumpama kedua mata saya. saya tak boleh pilih salah satu, malah saya mahu 
kedua-duanya. mak kata macam tu tak boleh, kene pilih salah satu jer, aku 
masih dengan pendirian yg sama. dia dah mati akal, jadi dia menggunakan taktik 
lain plak. dia kata kalau saya tak 'kluar' islam (nauzubilllah), mereka (mak n 
adik-adik) akan bunuh diri, malah mereka telah pun pergi beli racun tikus. 
alhamdulillah aku masih dengan pendirian yg mahukan kebenaran (islam). masa tu 
aku dapat rasakan, hatiku semakin teguh dengan islam.

Aku punya satu impian, angan2, cita-cita. aku terlalu amat cemburu melihat org 
islam disekeliling aku bersolat dgn keluarga masing-masing. alangkah bahagia 
nikmat bersolat berjemaah dengan mak, bapa, adik-adikku. sambil bapa memjadi 
imam. aku amat merindui saat bahagia tu. 
aku sedih jika mak bapa, adik-adikku tidak bertuah mendapat hidayah ALLAH dan 
pergi menemui ALLAH dalam keadaaan yg tidak diredai oleh ALLAH. 
Aku sakit, mengenangkan sakit dan peritnya siksa kubur nanti bg yg tidak 
mengamalkan islam di dunia. mak, bapa dan adik-adik ku tentu tidak terdaya 
menahan siksanya, malah tiada siapapun yg dapt menahannya.

Ya ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA KEDUA IBU BAPA KU, ADIK-ADIK KU SERTA SAUDARA MARA 
KU. BERIKANLAH MEREKA HIDAYAH AGAR MEREKA DAPAT MEMELUK AGAMA ISLAM DAN MEREKA 
DAPAT BERIMAN KEPADAMU YA ALLAH. SESUNGGUHNYA MEREKA JAHIL. KASIHANILAH MEREKA 
YA ALLAH.
 
regards,
HAK...




Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] FW: LIMA KUNCI UNTUK DAPAT BANTUAN ALLAH

2007-06-16 Terurut Topik Azwan
 
 

FWD : LIMA KUNCI UNTUK DAPAT BANTUAN ALLAH. 
oleh Ustaz Aziz 

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masalah peribadi,
keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masalah yang
di hadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk menyelesaikannya. Kita
boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta
kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun bagi saya sendiri, tidak ada
yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha. 

Mengapa pertolongan Allah? Tidak ada satu masalah pun terjadi, kecuali atas
izin Allah. Semuanya ada dalam gengaman Allah. Dalam keadaan demikian,
alangka h mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang
ditimpa masalah. Disebabkan itu, masalah terbesar dalam hidup adalah ketika
kita tidak mendapat pertolongan Allah. 


Seberat mana persoalan akan menjadi ringan bila dibantu Allah. Soalnya,
bagaimana agar kita ditolong Allah? Jawapanya ada didalam Al-Quran,surah
Thalaaq,ayat dua dan tiga, bermaksud  Barangsiapa yang bertaqwa kepada
Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada
Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesunggu h nya Allah
melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah menentukan
setiap sesuatu 


Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada didalam ketakwaan kita. Semakin takwa
kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin
ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah. 


 Pertama   Mencintai Masjid. 


Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang
kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid. 


 Kedua   Solat Tahajud. 


Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat
rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah
mensia-siakan datangnya pertolongan allah. 


 Ketiga   Rajin Bersedekah. 


Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi
mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian
pasti kepada ahli sedekah. 


 Keempat   Bantu Orang Lain. 


Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan
permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita. 


 Kelima   Banyak berselawat. 


Berselawat kepada Rsulullah SAW adalah amalan yang terpuji.Cinta akan Rasul
dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita. 


 


 


#
This e-mail message has been scanned for Viruses and Content and cleared 
by MailMarshal
#


Help Palestine [hidayahnet] Wood Islamic Calligraphy from Indonesia

2007-06-16 Terurut Topik al johan
Assalamu alaikum Terima kasih atas kunjungan ke website saya, dan atas
responnya . Silahkan kembali kunjungi website kami untuk melihat lukisan
kaligrafi berbahan kayu dari Indonesia :
http://www.geocities.com/seniislami/galeri.htm Wassalam Aljohan


-- 
Get a Free E-mail Account at Mail.com!
Choose From 100+ Personalized Domains
Visit http://www.mail.com today



Re: Help Palestine [hidayahnet] SELAWAT KEATAS NABI

2007-06-16 Terurut Topik isa . sulaiman
Oleh : Ustaz Mohd Asri b Zainul Abidin Sabda Nabi s.a.w Maksudnya: 
Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak 
pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati 
atas satu cabang nifaq (kemunafikan) *1 

Huraian 

Hadith ini memasukkan mereka yang tidak menyertai jihad atau berhasrat 
menyertai jihad sebagai golongan yang mati di atas satu cabang dari nifaq 
(sifat munafiq). Ini kerana sifat golongan munafik sejak pada zaman Nabi 
S.A.W. takutkan dan enggan menyertai perang jihad. 

Perkataan jihad di dalam Islam memang luas maksudnya. Ianya merangkumi, 
jihad harta benda, pendidikan, dakwah dengan lisan, penulisan dan 
seumpamanya. Namun apabila kita menyebut peperangan atau di dalam bahasa 
Arabnya al-Harb, atau disebut sebagai al-Jihad al-Qitali iaitu jihad 
peperangan atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka kita 
maksudkannya ialah peperangan menentang musuh demi menegakkan al-din 
dengan senjata. Kata al-Zurqaniy (wafat 1222H): 

Jihad di segi syarak ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan 
kuffar *2 

Islam tidak memerangi golongan kuffar melainkan dengan alasan yang kukuh 
iaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilah pegangan 
jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar mereka diperangi 
ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperangan yang mereka 
lancarkan. Oleh itu, bagi golongan non-muslim yang tidak melancarkan 
peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, maka mereka tidak 
diperangi dan dibunuh. Antara dalil-dalil dalam perkara ini ialah 
ayat-ayat berikut: 

Firman Allah : 

(maksudnya): Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi 
kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak 
menyukai mereka yang melampaui batas (Surah al-Baqarah: ayat 190) 

Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah: 

(yang bermaksud): Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti 
mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan. 

Ayat-ayat ini dan beberapa ayat-ayat lain adalah jelas menunjukkan 
peperangan yang dilancarkan ke atas mereka adalah di atas sikap dan 
tindakan salah yang dilakukan mereka, bukan kerana kekufuran. Bahkan dalam 
Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 begitu jelas Allah menyatakan (maksudnya): 

(maksudnya) : Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap 
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak 
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi 
orang-orang yang berlaku adil.Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu 
daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana 
ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta 
membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang 
menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 


Al-Imam al-Tabariy (wafat 310H) setelah membentang pendapat-pendapat 
mengenai ayat di atas, berkata: Pendapat yang lebih tepat ialah; ayat ini 
bermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepada 
sesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan semua agama. Ini kerana 
Allah menyebutnya secara umum dengan katanya orang-orang yang tidak 
memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari 
kampung halaman kamu merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian *3 


Perang jihad bukanlah fardu `ain pada setiap masa. Pendapat yang kuat 
ialah jihad hukumnya fardu kifayah. Ini adalah pendapat (jumhur) majoriti 
para fuqaha. Dalil mereka ialah firman Allah: 

Maksudnya: 
Tidaklah sama kedudukan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) di 
kalangan orang-orang yang beriman tanpa keuzuran - dengan orang-orang yang 
berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah 
melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka 
atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) 
dengan kelebihan satu darjat. Setiap satu (dari dua golongan itu) Allah 
menjanjikan dengan balasan al-husna (syurga), dan Allah melebihkan 
orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut 
berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. 

Dalam ayat ini Allah menjanjikan untuk golongan mujahidin dan juga mereka 
yang tidak pergi berperang dengan balasan al-husna iaitu syurga. Sedangkan 
tidak mungkin seseorang yang melanggar arahan Allah tidak akan dijanjikan 
syurga. Ini menunjukkan mereka yang tidak pergi berperang adalah tidak 
berdosa. *5 

Firman Allah juga: 

Maksudnya:Dan tidak sepatutnya mereka yang beriman keluar semuanya (pergi 
berperang), hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di 
antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara 
mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat 
mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali 
kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga. *6 

Help Palestine [hidayahnet] Siapa kita

2007-06-16 Terurut Topik pfcontrol
Buat ikhwan semua Untung Orang Kaya Kita.doc 

*Disclaimer*
 This e-mail and any attachments are confidential and may contain trade
secrets or privileged or undisclosed information. They may also be
subject to copyright protection. Please do not copy, distribute or
forward this e-mail to anyone unless authorized. If you are not a named
addresses, you must not use, disclose, retain or reproduce all or any
part of the information contained in this e-mail or any attachments. If
you have received this e-mail by mistake please notify the sender
immediately by return e-mail and destroy / delete all copies of the
e-mail. 



Untung Orang Kaya Kita.doc
Description: Untung Orang Kaya Kita.doc


Help Palestine [hidayahnet] Fwd: Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih? (isu makan hati)

2007-06-16 Terurut Topik AmY

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh 
permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya 
bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya 
menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan 
memberikan anak manja ini makanan rapu.
Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah 
memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah 
bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari 
SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan 
akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek 
utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. 
Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk 
memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat 
seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. 
Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini 
tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam 
sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.


Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada 
hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi 
yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang 
bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih 
kurang begini Janganlah kamu makan organ dalaman. Walau pun Nabi 
berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam 
keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ 
selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Buah pinggang
9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat 
diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. 
Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, 
setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman 
bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah 
menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya 
dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor 
Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri 
doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama 
dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak 
mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah 
mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau 
lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah 
menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami 
berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati 
seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak 
kami tersebut
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu 
singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk 
diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun 
dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan 
anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau 
hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau 
rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya 
boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak 
saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes 
anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri 
terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar 
kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya 
dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah 
anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 
12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. 
Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia 
Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). 
Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya 
menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. 
Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap 
talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. 
Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah 
farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk 
mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement 
buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal 
membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. 
Alhamdulillah  bacaan 

Help Palestine [hidayahnet] Hukum Shariah berkenaan Kad MESRA Petronas.

2007-06-16 Terurut Topik Shahmuzir Nordzahir
Hukum Shariah berkenaan kad mesra.

Kad ini adalah harus dan halal digunakan kerana tiada sebarang elemen judi 
berlaku, ini kerana pihak pemegang kad tidak membayar satu sen pun bagi 
memiliki kad ini. Ia adalah selari dengan keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia 
yang membenrakan kad diskaun yang tidak mengenakan sebarang caj kepada 
pelanggan atau juga yang mengenakan caj minima harga sekeping kad plastic 
seperti hanya RM 10 setahun. 
Kedua-dua jenis kad sebegini adalah halal. Kad mesra juga tidak ada unsure 
gharar, kerana ia sepenuhnya berdasarkan hadiah atau tabbaru' dari pihak 
Petronas kepada pelanggannya demi menarik orang ramai mengisi minyak dengannya. 
Dan pemegang kad juga tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan ketika mengisi 
minyak. Ini sekali lagi halal dalam Islam tanpa khilaf. 
Adapun cabutan yang dibuat untuk mendapat kereta atau tidak, ia juga halal 
kerana pelanggan dikira tidak membayar apa-apa untuk mendapatkannya. Duit 
minyak yang diisi adalah untuk pembelian normal minyak dan BUKANNYA seperti 
yuran untuk memperolehi hak cabutan atau menang semata-mata. 
Sistem mata yang terkumpul melayakkan mendapat hadiah tertentu juga tiada 
sebarang masalah Shariah. Wallahu ‘alam. 
Sekian 
Ust Zaharuddin Abd Rahman 
http://www.zaharuddin.net/ 
12 Jun 2007 

***
Artikel di atas saya petik dari laman ustadz Zaharuddin (uZAR).
Sila klik link di bawah utk artikel penuh beliau.
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_contenttask=viewid=509Itemid=72

Saya belum lagi jadi pemegang kad MESRA walaupun pengguna setia Petronas.  
Memandangkan tawaran kelebihan kadnya bagus, dan hukumnya harus, insyaALLAH 
boleh dipertimbangkan... 

waAllahu ta'ala a'lam.
 
=
::Sertailah Takaful Demi Kesejahteraan Anda  Insan Tersayang::
 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Perunding Takaful IKHLAS
::  019 - 382 6408  
::  [EMAIL PROTECTED]
::  www.takafulonline.net
=

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Balasan: Help Palestine [hidayahnet] SEBELUM TIDUR

2007-06-16 Terurut Topik insan manusia
Seeloknya dinyatakan bahan rujukan

Abu Bakar Bin Rahamat@yahoo.com wrote:  
  Pesan dan berpesan antara kita
SEBELUM TIDUR

Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum 
melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah 
   
  Bertanya Aisyah : Ya Rasulullah Bagaimana aku dapat melaksanakan empat  
perkara seketika?
Rasul tersenyum dan bersabda : Jika engkau tidur bacalah : 
   
  1.Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2.Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, 
   maka kami semua akan  memberi syafaat di hari kiamat.
3.   Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.  
4.Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan 
 kamu telah melaksanakan
  ibadah haji dan umrah

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu  
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang 
mengajarnya meskipun dia sudah mati.
  

  

 

   
-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Balasan: Help Palestine [hidayahnet] TAUBAT SEORANG LELAKI

2007-06-16 Terurut Topik insan manusia
Assalaamu`alaikum
   
  Kisah-kisah seperti ini sepatutnya hendaklah disebutkan rujukannya
  Kalau hadis riwayat siapa?
   
  Pohon kerjasama

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  TAUBAT SEORANG LELAKI Suatu malam yang hening, kelihatan 
seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia 
berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup 
kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. 
Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin 
tuan rumah tersebut. 
 Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera 
mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang 
didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi 
siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, Barangsiapa meninggalkan 
yang haram, dia akan mendapat yang halal. Mengingatkan kata-kata itu, dia 
tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada 
godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu 
tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi 
niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, 
Tinggalkan yang haram, dapat yang halal. 
 Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik 
orang lain. Namun, sebelum dia beredar...datang lagi satu godaan yang lebih 
besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang 
lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu 
dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu 
membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan 
kata-kata Rasulullah s.a.w,  Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal. 
 Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan 
Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan 
nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah 
wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. 
 Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak 
kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah 
SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu 
merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. 
Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan 
Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut 
diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga 
harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda 
memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. 
Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. 
Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. Saya seorang 
duda, jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian 
isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk 
dijodohkan.
 Mereka berdua tersipu malu. 
 Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya 
malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu 
menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia 
bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu 
dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang 
haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan 
segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya. 



-
  Yahoo! Answers - Get better answers from someone who knows. Try it now.  

 

   
-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/