Help Palestine [hidayahnet] Penyerahan Nota Bantahan PAS ke Istana Negara / 100,000 Pengundi Luar

2008-02-16 Terurut Topik Kadet Pencen
(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


 
DARIPADA PEJABAT AGUNG PAS PUSAT 
 
-
   
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur 
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26921199
  Penyerahan Nota Bantahan PAS ke Istana Negara 
  
 
Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, akan mengirim "Warkah 
Bantahan" kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong bagi mengadu darihal beberapa 
kepincangan dalam sistem pilihan raya umum negara yang tidak menepati proses 
demokrasi yang sebenar.

 
PAS akan menyertai Pilihan Raya Umum ke 12 ini, namun mendapati bahawa beberapa 
prosesnya terus diragui dan pincang sehingga bakal mencacatkan sistem demokrasi 
yang diamalkan oleh Negara dan dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undangnya. 
Oleh itu PAS terpaksa menyembah aduan kepada Yang Dipertuan Agong memohon agar 
Tuanku maklum dan sedia memerintahkan apa sahaja tindakan yang perlu bagi 
menjamin pilihan raya di negara ini terus berjalan dengan adil dan bersih.

 
Tiga masalah besar yang akan disentuh oleh PAS dalam "Warkah Bantahan" itu 
adalah isu memanipulasi undi pos, proses celup jari yang diragui dan penafian 
akses kepada media. Penyerahan "Warkah bantahan" akan dilakukan pada hari dan 
waktu berikut:

 
   TEMPAT: ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR 
   HARI: JUMAAT 15 FEBUARI, 2008 
   JAM: 3.00 PETANG 

  
Satu sidang media akan dilakukan di sana sebaik sahaja warkah tersebut 
diserahkan. 

  
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS 
  
14 Februari, 2008 
  

-
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI/ ANY INQUIRIES PLEASE CONTACT 
Sdr Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir   (019 260 1033) 
Setiausaha Akhbar kepada Presiden / Press Secretary to the President


 Eksklusif100,000 Pengundi Luar atau Pengundi Hantu?
MSO

UMNO Kelantan dikatakan sedang membuat persiapan terakhir untuk membawa 
kira-kira 100,000 pengundi yang berada di luar khasnya di Kuala Lumpur dan 
Selangor ke Kelantan menjelang beberapa hari sebelum hari mengundi pada pilihan 
raya akan datang. 



Sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menangani perkara itu termasuk bagi 
mengenal pasti alamat dan juga kaedah atau cara bagi membawa balik pengundi 
berkenaan. 



Sebahaian daripada identiti pengundi-pengundi berkenaan dikatakan telah pun 
dikenal pasti yang dikumpul sejak bulan Ramdhan lalu. Beberapa perjumpaan 
dengan pengundi luar mengikut kawasan mengundi (lokaliti) masing-masing yang 
turut dihadiri beberapa wakil rakyat kawasan tertentu juga diadakan di 
sepanjang bulan Ramdahan lalu. 



Setengah daripada perjumpaan itu dihadiri tidak sampai 50 orang yang didakwa 
pengundi luar. 



Jawatankuasa berkenaan yang dianggotai oleh pemimpin dan pendokong Umno 
tertentu Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur dikatakan mengemukakan cadangan 
bagi mendapatkan kira-kira 500 buah bas untuk tujuan itu. Manakala bagi mereka 
yang akan pulang sendiri ataupun menerusi kenderaan awam seperti bas dan 
keretapi akan dibayar sebanyak RM300 hingga RM500 mengikut destinasi 
masing-masing. 



Barangkali tidak perlu dipersoalkan apakah jumlah sebanyak kira-kira 100,000 
itu benar-benar wujud ataupun sekadar angka yang dicatat kerana motif lain? Ada 
juga pendapat mengatakan angka itu sengaja disebut kerana pihak yang 
menguruskan pengundi itu mahu 'berniaga' dengan angka itu di mana mereka akan 
mendapat peruntukan lebih banyak bila mengemukakan jumlah yang banyak. 



Bagaimanapun maklumat dalaman ini yang diperolehi dari pengawai peribadi tokoh 
politik terkenal Kelantan tidak boleh dipandang ringan. Kemungkinan angka 
berkenaan benar-benar wujud atau sebaliknya. Boleh jadi juga angka pengundi 
luar itu sengaja diwujudkan dengan tujuan lain iaini bagi melindungi pengundi 
hantu yang bakal diimport ke Kelantan. 



Sebelum ini sudah terbongkar aktiviti cuba membawa pengundi hantu ke Kelantan 
pada pilihan raya akan datang. Dari maklumat risikan bebas, Umno bercadang 
untuk memasukan sebanyak 200 hingga 500 orang pengundi hantu ke satu-satu 
kawasan bagi mengatasi Pas. 



Dalam congakan Umno sekiranya mereka dapat menambah pengundi hantu di beberapa 
kawasan yang dikira sukar untuk dimenangi, ia akan dapat ditawannya. 
Kemungkinan wujud pengundi hantu ini juga tidak mustahil. 



Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad mengatakan Pas membantah 
pendaftaran di beberapa kawasan di Kelantan menunjukkan fenomena itu 
seolah-olah wujud dan sedang dikendalikan oleh Umno. 



Kemungkinan apa yang didakwa 100,000 pengundi yang berada di luar itu tidak 
wujud sebaliknya apa yang akan diangkut kelak ialah pengundi hantu yang 
diusahakan seperti mana didedahkan sebelum ini. 



Pas tidak perlu berdiam diri atau menganggap maklumat ini sebagai sampah tanpa 
berbuat sesuatu. Penemuan beberapa 'ekor' pengundi hantu semasa pilihan raya 
kecil Pengkalan Pasir tidak lama dulu mengesahkan aktviti itu ben

Help Palestine [hidayahnet] Khairy seru rakyat Kelantan tolak TGNA / Video / INIKAH AMALAN ISLAM HADHARI?

2008-02-16 Terurut Topik Kadet Pencen
(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Roslan SMS Corner
Khairy seru rakyat Kelantan tolak Tok Guru Nik Aziz
 
Pemuda Barisan Nasional semalam melancarkan kempen untuk menjatuhkan kerajaan 
PAS di Kelantan. Di PWTC semalam Naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin 
melancarkan kempen “Pakat kelek ngundi” iaitu satu kempen bagi mengerah hampir 
50,000 pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut agar kembali 
mengundi di Kelantan pada 8 Mac nanti.

Menurut Khairy para pengundi luar Kelantan itu yang hampir 60% terdiri dari 
penduduk di Lembah Kelang lebih terpelajar dan berilmu. Oleh itu adalah 
diharapkan mereka ini akan pulang mengundi di kampong masing-masing dan 
seklaigus mempengaruhi kaum keluarga mereka agar menolak PAS dan mengundi BN. 



 
 
Turut dilancarkan dalam kempen tersebut adalah kempen “Pade Doh” iaitu untuk 
menerangkan kepada rakyat Kelantan bahawa mereka seharusnya serek dengan tempoh 
pemerintahan kerajaan PAS selama 18 tahun dan kini sepatutnya menolak mereka 
untuk membawa masuk BN yang akan membawa pembangunan yang besar ke Kelantan.

Bagi saya kempen ini merupakan satu penghinaan besar kepada rakyat Kelantan. 
Seolah-olah hanya mereka yang berada di luar Kelantan yang berpendidikan dan 
bermaklumat, sedangkan anak-anak tempatan tidak. Khairy juga seakan berani 
membuat andaian berdasarkan undi tahun 2004 dengan anggapan pengundi luar 
inilah yang membantu BN sehingga hampir menawan Kelantan. Tetapi bagaimana 
dengan pilihan raya 1990, 1995 dan 1999?

Khairy patut belajar dari orang lama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li 
pernah dalam satu ucapan ketika meresmikan suautu pesta anak Kelantan di KL 
menyatakan bahawa anak-anak Kelantan di KL ini sesungguhnya hanya pulang ke 
Kelantan apabila ada Raya, iaitu Hari Raya dan Pilihan Raya. Sambung beliau 
kalah semasa Pilihan Raya mereka inilah yang akan balik ke kampong dan semuanya 
mengundi PAS!

Apa pun soalnya sanggupkah rakyat Kelantan menolak Tok Guru Nik Aziz? Tok Guru 
yang di atas serba kekangan dan kepayahan telah membina negeri tersebut sejak 
18 tahun lalu atas asas dan dasar Islam. Kerajaan beliau mungkinterbatas dari 
sudut sumber oleh kerana layanan “tidak demokratik” kerajaan Pusat, tetapi 
kerajaannyalah satu-satu kerajaan negeri yang paling bersih dan bebas dari 
rasuah!

Sanggupkah rakyat Kelantan menolak seorang MB yang berusaha siang dan malam 
untuk membentuk akhlak dan pekerti rakyat Kelantan agar berjaya bukan hanya di 
dunia tetapi juga di akhirat?

Kalau Khairy dan konco-konconya dalam pemuda BN sanggup dan ghairah mahu 
menolak kerajaan yangslogannya Membangun Bersama Islam, saya percaya rakyat 
Kelantan akan bangun mempertahankannya, insyallah.




DPPKT
KU CARI DAMAI ABADI   Khas buat semua..
(Klik pada tajuk untuk menonton video)


 

JasinDaily Online
  INIKAH AMALAN ISLAM HADHARI?  
   Oleh Cili Api



Cili Api lihat empat perkara yang menjolok berkaitan pengumuman pembubaran 
parlimen oleh PM Datuk Seri Abdullah Badawi.

Pertama, Abdullah berbohong. Beliau membuka tirai Pilihanraya ke-12 dengan 
berbohong. Pada malam 12hb beliau beritahu media Parlimen tidak akan dibubarkan 
esoknya. Esok, pada tengah hari 13hb beliau membuat pengumuman pembubaran 
tersebut. Kenapa perlu berbohong?

Kedua, Abdullah percaya pada tahayul. Beliau percaya nombor 13 itu bertuah 
baginya. Tepat-tepat beliau memilih 13hb sebagai tarikh untuk mengumumkan 
pembubaran parlimen. Bagaimana seorang berpelajaran tinggi agama dan anak serta 
cucu ulamak terkenal percaya pada tahayul? 

Ketiga, Abdullah seorang pengecut. Beliau tahu sekiranya pilihanraya diadakan 
selepas pertengahan April 2008 dia akan terpaksa menghadapi Anwar Ibrahim. 
Jadi, dengan mengadakan pilihanraya umum dalam bulan Mac, dapatlah beliau 
menyekat Anwar dari bertanding dan menafikan hak demokratiknya.

Keempat, Abdullah penakut. Pada 17hb Februari ini ratusan kanak-kanak bercadang 
hendak berjumpa dengan Perdana Menteri Abdullah di Parlimen untuk memberi 
bunga. Sebahagian mereka anak kepada tahanan2 politik yang dizalimi dengan ISA. 
Ini tanda bantahan mereka. Abdullah takut hendak menemui mereka. Beliau 
terselamat sebab parlimen sudah bubar.

Sampai sekarang Cili Api tidak faham apa Islam Hadhari itu. Dengan empat 
perkara di atas, fahman tambah kabur bahkan gelap. Adakah IslamHadhari mengajar 
berbohong, percaya pada tahayul, menafikan hak demokratik seseorang, dan 
bertindak zalim dengan menggunakan ISA dan tidak mahu menemui anak mgnsa-mangsa 
ISA? Jikalau begitu bagaimana orang hendak dan patut mempercayai Islam Hadhari?

Dolah! Dolah!

  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] MAYTOWER Hotel Serviced apartments KL

2008-02-16 Terurut Topik natasha haris
Assalamualaikum semua,
   
  Pagi tadi saya terima 1 iklan mengenai Maytower Hotel Serviced Apartments KL, 
di Jalan Mushin Abdullah...bila tengok pada iklan ini, dulu tapak hotel ini 
bekas balai Polis Dang Wangi dan masjid kan?klu bettullah memang tak patutlah 
robohkan semata-semata nak bina hotel...
   
  sekian


saidaruza
   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Re: Help Palestine [hidayahnet] BA Sedia Jadi Pembangkang Kuat. / Video: andai ku tahu undi BN jadi begini

2008-02-16 Terurut Topik mohd suhaizi
Laman Web

http://wtv8. tv/v3/  --- Saluran Alternatif (Video dll)
http://tranungkite. wordpress. com/ --- Berita tko.tv
http://www.pru12. pas.org.my/   --- Laman Rasmi p/Raya
http://negara- kebajikan. blogspot. com/ --- Manifesto Negara Berkebajikan
http://isu-kebajika n.blogspot. com/ --- Isu Negara Kebajikan
http://agenda- kebajikan. blogspot. com/ --- Agenda Negara Kebajikan
http://agendapemuda .wordpress. com/  --- Agenda Pemuda
http://pilihanraya2 008.wordpress. com/ --- DPPWP
http://n17gombakset ia.wordpress. com/ --- N17 Gombak
http://bettermalays ia.com/ --- Better Malaysia


- Original Message 
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Tuesday, 12 February, 2008 11:36:37 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] BA Sedia Jadi Pembangkang Kuat. / Video: 
andai ku tahu undi BN jadi begini

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Darigaunghati

BA Sedia Jadi Pembangkang Kuat.
Barisan Alternatif (BA) Pahang akan muncul sebagai pembangkang yang kuat 
didalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang selepas pilihan raya umum akan 
datang.

Ini dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man ketika 
ditemui selepas mesyuarat Dewan Harian di pejabat perhubungan PAS negeri, dekat 
sini.

Menurutnya, beliau yakin BA mampu menafikan majoriti 2/3 BN didalam Dun Pahang 
berdasarkan sokongan semasa rakyat terhadap BA.

Pahang mempunyai 42 kerusi Dun yang dikuasai sepenuhnya oleh Umno/ BN pada 2004 
kecuali Dun Triang yang diwakili DAP.

Menurut beliau, gelombang kebangkitan rakyat kali ini berbeza berbanding 
kebangkitan 1999 yang berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tindakan 
Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Dato’ seri Anwar Ibrahim.

kini, kemarahan rakyat berpunca daripada kegagalan kerajaan menjamin 
keselamatan rakyat, kenaikan kos sara hidup, kenaikan harga barangan keperluan 
dan sebagainya. Pada masa sama pemimpin Umno menampilkan gaya hidup mewah yang 
melampau, menyalahguna kedudukan untuk mengaut kekayaan serta moral yang rendah.

“Rakyat melihat bagaimana amanah yang diberi untuk mentadbir diguna untuk 
mengaut kekayaan peribadi, kerabat dan kroni, sehingga ketahap sukar untuk 
mencari pemimpin Umno/BN yang bersih dari skandal rasuah, seks dan sebagainya,” 
ujarnya.

Tambahnya, di Pahang sendiri ada tokoh-tokoh Umno/BN yang korupsi dan rasuah 
dilindungi daripada didakwa selagi menjadi Ahli Dewan Negeri (Adun) manakala 
rakyat biasa yang melakukan kesalahan didakwa dimahkamah dan dihukum dengan 
cepat sedangkan kemusnahan akibat jenayah yang dilakukan golongan berkedudukan 
itu jauh lebih besar kesanya terhadap bangsa dan negara.

Rakyat juga kata beliau, melihat bagaimana kuasa tanpa batas yang dimiliki Umno 
digunakan sewenang-wenangnya seperti mengenakan caj meter terhadap pengguna 
Jabatan Bekalan Air (JBA) sejak tahun 2006 lalu.

“Ketiadaan pembangkang yang kuat di Dun membolehkan kerajaan melaksanakan caj 
meter tanpa bangkangan dan rakyat terpaksa membayarnya.

“Walaupun telah membayar caj sekaligus meningkatkan pendapatan JBA tetapi mutu 
perkhidmatan yang diberi JBA tetap tidak efisyen, air masih menjadi masalah 
kepada rakyat di Pahang terutama di kawasan Felda,” ujarnya.

Mengenai persiapan pilihan raya PAS Pahang, Tuan Ibrahim menyatakan semua sudah 
siap sedia termasuk sudah mengenal pasti calon-calon yang bakal menggalas 
cabaran PAS kali ini.

Menurutnya, calon PAS kali ini mewakili semua kelompok masyarakat termasuk 
muslimat dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya.



“Kita ada calon dari kalangan agama, guru, profesional, pemimpin masyarakat, 
peneroka dan sebagainya.


Video: andai ku tahu undi BN jadi begini

"Khaulah Azwar" khaulah0809@ yahoo.com

Salam.. Pk..Pk knlah wahai rakyat.. moga tak terslh pilihan..

***

"nur sabrina" nursabrina_1313@ yahoo.com

assalamualaikum. .
ana alu2kan sahabat ke:

http://www.youtube. com/watch? v=iiE2M7U9XU4


montaj ni antara montaj yang disiarkan sms ijtima' nisa bersama timb pres 
haritu. hasil kerja Nisa' Malaysia jg. ana harap kita smua sama2 dpt sebarkan 
montaj ni pada mad'u kita di luar sana, sgt berguna utk menyampaikan maklumat. 
for those yang rasa susah nak jelaskan scr live, this is the right way to 
explain .
utk pengetahuan smua juga, ana ada montaj2 yang lain juga spt Badar 313 , Young 
Dai'e, dan amanat timb pres. sape2 yang berminat boleh minta pada ana ye. dlm 
usaha nak write dlm CD. insya Allah

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.



  __
Sent from Yahoo! Mail - a smarter inbox http://uk.mail.yahoo.com


RE: Help Palestine [hidayahnet] fwd: Situation in Gaza

2008-02-16 Terurut Topik Abu Bakar Bin Rahamat
Pls give me allready ppt slideshow.tq

-Original Message-
From:   hidayahnet@yahoogroups.com [SMTP:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of 
"hejer99"
Sent:   Wednesday, February 13, 2008 3:12 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject:Help Palestine [hidayahnet] fwd: Situation in Gaza

Salaam,

An alarming message from Gaza!

Please share it with your friends...


Maszlee
Durham, UK.

  _  

Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try 
it now. 

  
Attached Message
From:Dr. Mohsen Saleh <[EMAIL PROTECTED] net>   
To:  'Maszlee Bin Malik' <[EMAIL PROTECTED] com>; 'Maszlee Bin 
Malik' <[EMAIL PROTECTED] my>
Subject: Important from Dr. Mohsen Salih - Situation in Gaza
Date:Sat, 9 Feb 2008 13:05:51 +0200 
Dear Mr. Maszlee Bin Malek,
 
 
Please find below the link to a PowerPoint presentation (slideshow) in 
English prepared by Al-Zaytouna Centre on the Humanitarian Crisis in Gaza.
 
It presents some of the most alarming figures from the United Nations 
Office of Coordination for Humanitarian Affairs (UN OCHA) recent reports 
regarding the humanitarian situation in Gaza.
 
Could you please make use of it and distribute it to your mailing list?
 
Links: The Humanitarian Crisis in Gaza (English)
For your use/modifications:
PPT Format 
  (editable 
Powerpoint presentation) :
http://www.alzaytou na.net/english/ selections/ EN_Gaza_2008. ppt 
   
 
For distribution: 
PPS Format 
  (un-editable 
Powerpoint show):
http://www.alzaytou na.net/english/ selections/ EN_Gaza_2008. pps 
   
PDF Format 
  (uneditable, 
smaller file size, Adobe Acrobat document):
http://www.alzaytou na.net/english/ selections/ EN_Gaza_2008. pdf 
  
 
This presentation is also available HERE 
  on our website (English 
section).
 
 
Thank You,
Dr. Mohsen Saleh

 


Help Palestine [hidayahnet] OKU sanggup lintas jalan ke Masjid Jamek Seremban

2008-02-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Tersentuh hati ini , seorang yang kurang upaya sanggup
berjemaah ke masjid, menunggu sejam untuk melintas
jalan, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Begitu mulia hati orang kurang upaya ini, lebih mulia
dari mereka yang berilmu tapi tidak beramal. Apa
alasan nak ku beri pada Allah setiap kali tidak
berjemaah di masjid atau surau ?  

Gadai nyawa lintas jalan

SEREMBAN: Seorang lelaki kurang upaya terpaksa
‘memperjudikan nyawa’ setiap kali melintas jalan dari
bandar ini untuk ke Masjid Jamek Seremban sejauh
kira-kira 30 meter dekat Jalan Datuk Bandar Tunggal di
sini, sejak hampir 15 tahun lalu.

Shaari Sidek, 41, yang menghadapi masalah untuk
berjalan berkata, dia ke masjid itu untuk menunaikan
solat dan berehat pada setiap hari termasuk pada cuti
umum.

Katanya, bagi memastikan keselamatan terjamin, setiap
kali melintas, dia terpaksa menunggu kira-kira 30
minit untuk menyeberangi Jalan Datuk Bandar Tunggal.

“Semakin banyak kenderaan melalui jalan di hadapan
Masjid Jamek menyebabkan pada hari tertentu, saya
terpaksa mengambil masa sehingga sejam sebelum
melintas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Shaari, dia mengharapkan Jabatan Kerja Raya
(JKR) negeri menyediakan kemudahan kepada orang kurang
upaya seperti lampu isyarat untuk melintas dengan
selamat.

“Kemudahan yang disediakan itu dapat mengurangkan
risiko orang kurang upaya atau warga emas ditimpa
kemalangan ketika melintas untuk ke seberang jalan,”
katanya.

Seorang peniaga restoran, Babji Baba, 49, berkata dia
kerap melihat orang kurang upaya dan warga emas
menghadapi kesukaran melintas untuk ke Masjid Jamek
itu.

Katanya, untuk mengelakkan kejadian yang tidak
diingini, dia kerap meminta pekerjanya membantu
golongan itu melintas dengan selamat.

“Kesukaran untuk melintas semakin ketara ketika solat
Jumaat atau waktu makan tengah hari dan selepas waktu
bekerja,” katanya.

Menurut Babji, pihak yang berkenaan diminta segera
mengambil usaha keselamatan sebelum suatu perkara yang
tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerjaraya (JKR)
negeri, Dr Roslan Md Taha, berkata pihaknya akan
berbincang dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
bagi mengkaji dan melakukan usaha yang sesuai untuk
menjamin keselamatan.

Katanya, kajian itu perlu dilakukan untuk memastikan
langkah keselamatan yang bakal disediakan itu sesuai
dengan keadaan jalan serta keselesaan pengguna lain.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080214093537/Article/index_html



 
  Rozmal http://waghih.blogspot.com 
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com 
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 





  

Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ 



Help Palestine [hidayahnet] Guru diperlukan

2008-02-16 Terurut Topik Abu Maryam Amirizal
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Diperlukan guru lelaki dan perempuan untuk mengajar hafazan al-Quran di
sekolah Swasta di Ampang, Selangor.

Sila hubungi 012 3302235

Tolong sebarkan. BarakalLahu fikum.



Help Palestine [hidayahnet] Manifesto Negara Kebajikan PAS (1) & (2)

2008-02-16 Terurut Topik Kadet Pencen
(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



"Mustaine Hadhari" <[EMAIL PROTECTED]
 Manifesto Negara Kebajikan PAS (1)
   ’Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih’
Negara Berkebajikan


Para Pengundi yang dihormati,

Menuntut Demokrasi Sebenar

Demokrasi bukan hanya pilihanraya. Demokrasi sebenar semesti mendukungi 
keluhuran undang-undang, keadilan capaian maklumat dan media serta menjalankan 
proses and sistem pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

Sesungguhnya demokrasi sebenar mengizinkan rakyat dan pengundi untuk menentukan 
kerajaan yang mereka mahu. Pilihanraya yang bebas, adil dan bersih menjamin 
kehendak rakyat tertunai. Andainya pilihanraya dipenuhi penipuan, kepincangan 
dan ketidakadilan, maka ia menjadikan hasrat rakyat untuk mengecapi demokrasi 
sebenar kecundang.

PAS Komited, Meskipun Pilihanraya Tempang dan Curang

PAS adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai 
keadilan sejagat. PAS terus akan menyertai pilihanraya meskipun ia curang dan 
tempang, bagi memperjuangkan keadilan dan membenteras kezaliman dalam proses 
’semak-imbang’ yang dianjurkan oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub 
dalam ayat Surah Al-Baqarah: ayat 251.

 ”Kalaulah Allah tidak menolak dan mengimbangi kezaliman sesetengah manusia 
dengan golongan lain, maka rosak dan musnahlah seluruh muka bumi ini”.

Sejak lebih 50 tahun, PAS telah membuktikan komitmen kami terhadap 
mempertahankan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan kesucian Islam, 
walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran getir, rintangan dan ujian 
bersaing di atas padang politik yang tidak sama-rata.

Negara Dalam Krisis

Menjelang pilihanraya ke-12 ini, negara terus dilingkungi krisis. Walaupun 
pemimpin Umno/BN bercakap tentang ’cemerlang, gemilang dan terbilang’, 
Allah SWT sebaliknya menempelak omongan ini dengan mendedahkan pelbagai 
kebejatan dan kebobrokan pemerintahan ini. Pembangunan dan kemajuan yang 
dimegah-megahkan, tidak dikecapi rakyat, sebaliknya rakyat diancam kadar 
jenayah yang menakutkan dan kos saraan hidup yang membebankan.

(i)Rakyat Terhempit Barang Naik

Rakyat kini dibeban kenaikan kos saraan hidup dan dihempit dengan kenaikan 
harga barang yang menyusahkan. Sementara pembangunan dikatakan pesat dan 
kemajuan dan pertumbuhan rancak, rakyat menanggung kesangsaraan kenaikan kos 
hidup akibat subsidi petrol dan disel ditarik-balik. Inflasi terus melonjak 
kerana faktor bahan bakar petrol dan disel melibatkan pelbagai produk dan 
perkhidmatan. Yang mendapat kenaikan gaji tidak rasa menambah kerana dimakan 
inflasi, yang tidak bergaji lebih terbeban.

(ii)Rakyat diancam Bahaya-Bencana Jenayah

Rakyat dibala dengan bahaya-bencana jenayah khususnya ancaman terhadap golongan 
yang lemah seperti wanita dan kanak-kanak perempuan. Tidak ada yang berasa 
selamat dalam negara yang pihak keselamatannya kehilangan kepercayaan rakyat 
kerana rasuah dan diperkudakan pihak pemimpin politik tertinggi. Arwah adik 
Nurin dan kini adik Sharlinie adalah lambang ’mercu-tanda’ kegagalan 
pemerintahan untuk menjamin keselamatan rakyat.

(iii)Rakyat Dalam Bahaya-Bencana Rasuah

Kekayaan negara musnah dan ketirisan berbilion ringgit terus berlaku akibat 
rasuah dan penyalahgunaan kuasa sekaligus mendedah rakyat kepada segala 
bala-bencana rasuah; Bangunan seperti Martrade lama terbengkalai, tak kurang 
yang bocor dan roboh. Kemalangan meragut nyawa di jalanraya dan lebuhraya yang 
tidak selamat dan menjadi lebih parah dengan pemandu hilang kelayakan yang 
masih memandu. Kebanjiran warga dan pekerja asing ’haram’ menjadikan 
kebejatan sosial dan jenayah semakin parah. Kesemuanya adalah akibat rencam 
rasuah yang membarah. Hilang ’barakah’ hidup sebaliknya mengundang pelbagai 
bala dan bencana Allah ke atas rakyat dan negara!


(iv)Rakyat Dibelenggu Ketakutan Dengan Akta-Akta Zalim

Rakyat dibelenggu dengan rasa takut untuk mendapatkan maklumat. Maklumat adalah 
penting bagi memahami urus-tadbir negara yang melibatkan kepentingan rakyat. 
Pelbagai undang-undang dan akta zalim seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta 
Mesin Cetak dan Penerbitan (PPA) mengekang pengetahuan rakyat. Media perdana 
pula menyogokkan maklumat yang hanya mewakili kepentingan pemerintah dan tidak 
ada ruang bagi memuatkan pandangan lain. Hak asasi rakyat tidak dibela dan kini 
semakin ditakutkan dengan pelbagai ugutan.

(v)Keselamatan Negara Turut Terancam

Juga turut terjejas adalah keselamatan negara seperti yang didedahkan oleh 
Laporan Ketua Audit Negara. Apabila helikopter Mi-171 gagal digunakan akibat 
tidak mematuhi piawaian, ia sekaligus menggagalkan pihak PDRM menjalankan tugas 
serta memerlukan peruntukan lain yang menelan RM272 juta lagi. Lebih mengaibkan 
ialah perolehan Kapal Peronda Tentera Laut DiRaja yang sarat dengan pelbagai 
kepincangan dan pengurusan yang tempang sehingga menelan tambahan belanja 
se

Help Palestine [hidayahnet] Haron Din beri panduan pilih pemimpin / BEKAS AJK PEMUDA UMNO MASUK PAS

2008-02-16 Terurut Topik Kadet Pencen
(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


  Haron Din beri panduan pilih pemimpin untuk pilihan raya ke-12
 Azamin Amin  
 Thu | Feb 14, 08 |  9:49:48 am MYTKUALA 
LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. 
Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. 
Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah." 
-->
Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi 
khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh 
Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan 
kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

 
"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, 
perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama 
sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika 
hubungi Harakah.

 
Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan 
syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib 
mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah 
ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik 
Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

 
"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk 
mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan 
raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.

 
Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di 
dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

 
"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai 
hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya.

 
Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki 
pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut 
dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

 
Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi 
mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

 
"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips 
untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya.

 
Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan 
hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

 
"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana 
sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam 
al-Quran," katanya. 



DPP Bukit Katil
 BEKAS AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN MASUK PASUmno Bahagian Bukit Katil menerima 
tamparan hebat apabila bekas AJK Pemuda Bahagian yang juga Bekas Ketua Biro 
Agama Pemuda Umno Bahagian Batu Berendam, Hj Rafli keluar Umno dan menyertai 
PAS.

Beliau menyerahkan borang keahlian PAS bersama isterinya pada satu majlis 
ceramah kelompok di rumahnya di Taman Saujana malam tadi. Pada majlis itu 
beliau menyerahkan borang tersebut kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, 
Sofi Wahab.

Dalam kenyataannya malam tadi, beliau yang pernah menjadi Timbalan Ketua Peti 
Undi BN Kampung Tun Razak pada Pilihanraya Umum 2004, melahirkan kekesalannya 
terhadap kegiatannya yang berjuang di dalam Umno sebelum ini.

Hj Rafli juga pernah menjadi Imam Masjid Kampung Tun Razak sebelum meletakkan 
jawatan beberapa tahun lalu.

"Saya telah bersekongkol dengan perjuangan maksiat sebelum ini, tetapi 
sebenarnya saya tidak mengundi BN sejak 3 pilihanraya umum lalu".

"Mulai saat ini saya akan berjuang bersama PAS untuk memartabatkan Islam" 
tegasnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut.

Sementara itu beberapa orang ahli-ahli Umno di Taman Saujana telah menyatakan 
kesediaan untuk menyertai PAS. Salah seorang dari mereka yang enggan disiarkan 
namanya berkata beliau akan mengumpulkan seramai mungkin kawan-kawannya untuk 
bersama-sama mentertai PAS dalam masa terdekat.

  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Perlis pengamal mazhab Syafii tulen

2008-02-16 Terurut Topik Hizamri Johari
  
At-Thabrani : xx
  Nabi SAW bersabda :
  Akan datang sesudahku penguasa2 yang memerintah kamu.
  Diatas mimbar, mereka memberi petunjuk dan ajaran2 yang bijaksana.
  Tetapi, apabila turun, mereka melakukan tipudaya dan khianat.
  Hati mereka lebih busuk dari bangkai.
   
   
  Perlis pengamal mazhab Syafii tulen   MUKADIMAH 

  

  PERBINCANGAN mengenai mazhab di negara ini sentiasa mendapat perhatian 
masyarakat. Sebarang cubaan memperkenal atau memperbetulkan perkara yang sejak 
turun-temurun diamalkan mempunyai risiko yang besar.
  

  Begitulah yang berlaku kepada Perlis. Sebuah negeri paling kecil di 
Semenanjung Malaysia tetapi sering mendahului dalam segi membuat tajdid 
(pembaharuan) terutama dalam bab munakahat.
  


   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] 5 petugas pemuda PAS diancam tembak / MBKT mengamuk, cabut bendera PAS

2008-02-16 Terurut Topik Kadet Pencen
(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


BuletinOnline
  Lima petugas pemuda PAS diancam tembak Oleh Bekas Speaker DUN Terengganu


(Foto: Selepas membuat laporan di Balai Polis KT)

Kuala Terengganu, 14 Feb – Ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung 
Nibong Atas, dekat sini, lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan 
senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Che 
Mad Jusoh.

  Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, dihadapan rumah Dato’ 
Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala 
Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli bin Zakaria, 21, 
 Mohd Faiz Ashraff Bin Ramly, 21, Abdul Rizuan Bin Abd Rahman, 18,  Mohd Shukry 
Bin Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Bin Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan 
Kampung Nibong. 



  Mereka memulakan tugas menaikkan bendera di kawasan kampung sekitar jam 1.00 
pagi. Apabila sampai di hadapan rumah Dato’ Che Mad, mereka cuba memanjat tiang 
telefon untuk mengikat bendera ditiang tersebut. Sebelum sempat bendera 
ditegakkan, tiba-tiba Dato’ Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.


  Dato’ Che Mad mengugut dengan berkata “jangan melampau, kang boleh susah 
kang!”, dengan maksud untuk menghalang para pemuda PAS menaikkan bendera diatas 
tiang telefon yang berada ditepi jalan utama diluar pagar rumahnya. 



  “Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, 
berkira-kira untuk beredar dari situ segera” jelas Mohd Faiz.


  Walaubagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar, selepas 
masuk kedalam rumahnya beberapa ketika, Dato’ Che Mad muncul dengan selaras 
senapang patah. 



  “Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru” tambah Mohd 
Faiz dan rakan-rakanya kepada BuletinOnline didalam sessi temubual di Pejabat 
Perhubungan PAS, pada petang ini.


  Dato’ Che Mad mengacu senapang patah kearah pemuda tersebut sambil 
membuat ancaman dengan berkata “mu letak lah! Aku tembak kang!” , dengan maksud 
sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan 
menembak mereka. 



  “Kami terkejut, dan saya terus lari” kata Muhammad Zulkifli.

 
  Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai 
Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang tadi. 



  Saudara Wan Faizul, Setiusaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika 
dihubungi Buletin Online merasa kesal atas apa yang berlaku. Selain itu, dia 
juga merasa amat pelik dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu yang mengambil 
jalan ‘perbalahan dan peperangan’ dalam masa semua pihak menghargai dan 
menghormati demokrasi.


“Pilihanraya adalah demokrasi, semua parti berhak menegakkan syiar 
masing-masing. Perbuatan menggunakan senjata api, mengugut dan mengancam para 
petugas demokrasi adalah umpama ‘pengganas’” jelas Wan Faizul.
 

  MBKT mengamuk, cabut bendera PAS  
   Abdul Aziz Mustafa  
 Thu | Feb 14, 08 | 10:38:43 pm MYTKUALA 
LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Seperti biasa, setiap kali pilihan raya diskriminasi 
agensi-agensi kerajaan terhadap parti-parti pembangkang bermaharajalela.  
-->
Menurut blogger Amdang 81 (amdang81.blogspot.com), Majlis Bandaraya Kuala 
Terengganu (MBKT) "mengamuk dengan mencabut bendera PAS di Bulatan Batu 
Bersurat".

 
Bila ditanya mengapa bertindak demikian, MBKT memberi alasan bahawa PAS tidak 
bertanding di DUN Bandar, jadi tidak boleh dipasang bendera parti yang tidak 
bertanding.

 
"Alasan budak tadika dari Datuk Bawasir. Parlimen Kuala Terengganu akan 
diwakili oleh Mat Sabu dari PAS. DUN Bandar terletak dalam Parlimen Kuala 
Terengganu. Senyap dia," kata Amdang 81.

 
Menurut beliau, bila disoal mengapa bendera Umno boleh dipasang sedangkan Umno 
tidak bertanding satu kerusi pun di Malaysia ini, maka diberi alasan Umno parti 
berdaftar dan kompenan Barisan Nasional.

 
Beliau juga menceritakan tentang pesanan SMS yang diterimanya seawal jan 5.30 
pagi.

  
SMS itu mendakwa, " "Datuk Che Mat Jusoh acu senapang kepada petugas PAS yang 
pasang bendera dekat jalan depan rumah dia tadi!"

  
Selepas itu, kata Amdang 81, beliau mendapat satu lagi mesej SMS yang mendakwa 
"Datuk Che Mat Jusoh mengamuk dan acu senapang kepada petugas PAS yang pasang 
bendera depan rumah dia. Tension la tu sebab tak leh jadi calon Batu Buruk". 

  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Help Palestine [hidayahnet] Jemputan

2008-02-16 Terurut Topik wahabamri
Sahabat Sahabat Groups semua di jemput melayar laman blog saya, yang di beri
nama Hembusan Amal4U di http://wahabamri.blogspot.com untuk kita berkongsi
Ilmu dan bertukar tukar fikiran.Harap dapat tunjuk ajar dari semua agar
dapat saya memperbaiki kandungan blog tersebut

Terima Kasih.

-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com


Re: Help Palestine [hidayahnet] Perlukan sedikit kesabaran

2008-02-16 Terurut Topik Kholid Ali
   Ada lagi. Bila dah sabar dan mengerjakan solat (juga dengan sabar) kena 
laksanakan pula tuntutan solat itu. Dalam surah Al Maauun Allah menyatakan 
orang-orang yang solat tapi sombong terhadap orang miskin dan anak yatim adalah 
mendustakan agama ertinya menafikan seseorang itu sebagai beragama Islam dan 
beriman dengan Allah (tapi banyak tafsiran dibuat tentang perkara ini mungkin 
ini yang berat sikit). Cukup cantik Islam itu kalau semua yang solat itu faham 
akan fungsi solatnya. Pokoknya kena ngajilah kena carilah surau dan masjid atau 
institusi pendidikan agama di mana yang boleh kita cari ilmu. Lepas tu jika 
tahu sikit beramallah dengan sedikit ilmu itu. Tiada makna juga kalau tahu 
banyak tapi sikit saja yang diamalkan. Antara ciri para sahabat mereka tahu 
sikit mereka beramal dengan sedikit ilmu yang dikhabarkan olen Nabi SAW.  Turun 
saja ayat mengharamkan arak terus mereka pecahkan dan musnahkan tong-tong arak. 
Zaman kita pula dah baca ayat dalam al Quran tentang
 haram nya meminum arak, niaga arak, buat arak tapi makin banyak pula kedai 
arak sedangkan yang kawal lesen semua itu bukankah orang Islam? Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

"Fazrul Ismail"@yahoo.com wrote:
  Dalam kehidupan seharian, banyak perkara dan cabaran yang berlaku. 
Salah satu tips dalam al-Quran ialah untuk kita meminta tolong pada Allah 
dengan sabar dan solat. Ramai yang solat tetapi tidak sabar. Ramai juga sabar 
tetapi tidak solat. Apakah beza antara kedua-duanya? Bagaimana dengan diri anda 
sekarang? Sabar dan solat?

Baca seterusnya


 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Re: Help Palestine [hidayahnet] The Biggest Robbery of the 20th Century

2008-02-16 Terurut Topik Kholid Ali
Apakah mungkin peta negara kita juga akan berubah? Apa yang sedang hebat 
diperkatakan ia bukan mustahil kerana jiran kita Singapura menjadikan Israel 
sebagai mentor kepada negara itu dalam segala segi terutama dalam hal 
ketenteraan. Beberapa tahun lepas saya menghadiri satu bengkel yang dianjurkan 
sebuah syarikat dari Singapura tentang satu perlatan saintifik di UM. Saya 
terkejut semasa demo peralatan itu sambil-sambil berbual salah seorang dari 
mereka yang semuanya berbangsa Cina katakan kepada saya "kalau Abang Mahathir 
jual sikit saja Johor kepada Singapura ada senang sikitlah kita". Ini 
menunjukikan minat mereka untuk mendapatkan sebahagian tanah negeri Johor. 
 Rupanya apa yang dimimpikan mereka mungkin akan menjadi realiti kerana 
khabarnya WPI iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar yang luasnya empat atau lima 
kali Singapura itu bakal dijual untuk dibangunkan oleh koporat-koporat dari 
Singapura yang mungkin dibelakangnya ialah Israel. Nampaknya apa yang mereka 
tak dapat di zaman Abang Mahathir mungkin mereka akan perolehi di zaman Abang 
Dollah. Kalau dah sekali dapat kepada mereka maka jadilah kita macam rakyat 
Palestine yang sedang bermati-matian berjuang untuk dapatkan balik tanah 
mereka. 
 Kita bukan tamak tapi mereka ini bukan jenis ada kesian belas dengan orang 
Islam lihat saja bagaimana layanan terhadap oarang Melayu di Singapura?? Saya 
difahamkan kalau dalam tentera jangan harap lah nak jadi Pegawai menunjukkan 
mereka tidak percayakan orang Islam dan bolehkah kita percayakan mereka?? Kita 
harap rakyat negeri Johor perlu sedar janganlah sampai kerana terlalu nak 
membangun akhirnya kampung tergadai!! DUN negeri Johor perlu ada pembangkang 
atau pilih pula pembangkang untung memerintah, bila dah memerintah tak jadi 
pembangkang lagilah biar UMNO pula jadi pembangkang macam dalam DUN Kelantan. 
Wallahu'alam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

"Hang Jebat"@yahoo.com wrote:
  

Subject: The Biggest Robbery of the 20th Century
  The Biggest Robbery of the 20th Century   
  

 

  Please forward this to everyone who don't know about this fact - Most of us 
don't even know the actual situation.  
   
   
   
 




  

 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.
   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Re: Balasan: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kriteria Calon BN / Benarkan Anwar Bertanding

2008-02-16 Terurut Topik Kholid Ali
   Tidak dinafikan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Nabi Adam as yang 
sedap-sedap tinggal dalam syurga pun dicampak ke bumi kerana langgar larangan 
Allah akibat terpedaya oleh iblis pun ada hikmahnya. Kalau lahir-lahir dok 
dalam syurga tentu tak akan timbul rasa syukur. Manusia ni kalau dapat sesuatu 
secara free memang dia tidak tahu menilai. Dok kat dunia ni pun dapat lah sikit 
kesenangan ramai yang terlupa terus kepada Allah yang menciptnya. 
 Segala tribulasi yang DS Anwar alami itu merupakan satu proses tarbiyah 
sebagai bekal untuk perjuangan yang masih jauh tapi harap-harap kita akan capai 
sesuatulah dalam tahun ini selepas pilihanraya kali ini insyaAllah. Ada 
pemimpin perjuangan Islam yang mati (syahid) ditali gantung seperti Syed Qutb 
dan ramai lagi yang dibunuh dengan kejam oleh pemerintah Islam sendiri (Islam 
pada nama), dan yang bukan Islam pula ada yang dipenjarakan oleh penjajah lebih 
20 tahun seperti Nelson Mandella tapi akhirnya berjaya jadi Presiden Afrika 
Selatan yang ratusan tahun dibelenggu dasar Apartheid. 
 Apa pun sebagai orang yang beriman kemenangan disisi Allah bukan diukur 
berdasarkan samada kita berjaya atau tidak untuk berkuasa atau pegang jawatan 
yang diburu tapi apabila segala amalan dan pengorbanan itu mendapat keredaan 
Allah maka itu lah kemenagan yang sebenar. Wallahu'alam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Ini pendapat saya sahaja
  Terserah kepada anda untuk bersetuju atau tidak
   
  Saya tak setuju mengatakan DSAI betul bendul
  memang DSAI menyertai UMNO atas keputusannya sendiri
  khabarnya tidak selari dengan keputusan syura ABIM ketika itu
  yang menyatakan tidak.
   
  Sila rujuk Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
   
  Tetapi keran DSAI nekad, maka para sahabatnya tetap mendoakan untuk 
beliau.Itu cerita lama
  Pada saya saya tidak rugi apa-apa untuk bersangka baik dengan DSAI dengan 
tindakannya. Kita semua tahu ketika itu 2 kelompok muslimin begitu tegang 
sekali, antara pemerintah yang sekular dan islamiyyuun yang tiada kuasa.
   
  Seandainya TDM penipu sekalipun saya tidak rugi apa-apa jika saya bersangka 
baik terhadap perkara yang telah lepas 
  projek Islamisasinya yang memerlukan tenaga baru yang karismatik,yang ada 
imej islamik seperti DSAI.
   
  Semua tidakan yang lepas ada kesan2nya
  mungkinkah kelompok muslimin islamiyyuun telah kerugian?
  Apa yang jelas Islamisasi Mahathir dan penyertaan DSAI ada kesan positifnya.
  Mungkin ada yg menghujjah, seandainya DSAI bersama kelompok muslimin 
islamiyyun dan tidak bersama TDM, nescaya keadaan umat Islam hari ini lebih 
baik lagi.
  Sahabatku sekalian, itu hanya kemungkinan sahaja 
  namun sejarah sudah tertulis DSAI menerima pelawaan TDM
  apa yang telah berlalu tak mungkin diundurkan kembali
  untuk jgenerasi anak-anak, jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.
   
  Tentang janji antara Paklah dan TDM, saya tidak tahu bagaimana untuk 
bersangka baik dengan mereka. Sudah tentu seorang dari mereka berdusta
  Saya serahkan mereka kepada keputusan Allah, apa yang nyata kudis yang sekian 
lama terlindung sudah semakin kuat baunya.
   
  Maafkan saya jika coretan saya diatas menganggu tuan-tuan.
   
  Ya Allah! Lantiklah orang-orang beriman menjadi pemimpin kami.
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Wslm wbt,
 Mahathir bukan bodoh nak lantik Anwar ganti dia. Dia tak akan lantik orang 
yang sama hebat atau mungkin lebih hebat dari dia. Macam mana baik dan ikhlas 
sekali pun Anwar dia hanya diperalat untuk tarik sokongan mereka dari kalangan 
ngo Islam agar menyokong UMNO ketika itu. Anwar bagi saya mungkin "betoi 
bendui". Dia terpedaya melihat Mahathir memakai topeng berwajah Islam. Maka 
bila masa sudah hampir untuk Mahathir tinggalkan "takhta" maka seluruh jentera 
kehakiman jentera Polis dan beberapa menteri kabinet diperalatkan untuk 
memastikan Anwar disingkirkan melalui satu konspirasi yang cukup jahat.  
 Mahathir kononnya tersilap lantik Abdullah yang tersangat lemah. Lima 
belas tahun lampau ketika saya di UK sekumpulan jamaah dari Malaysia 
meceritakan kepada saya tentang mereka pernah jumpa Abdullah untuk nak 
selesaikan satu masalah. Ketika itu Abdullah adalah menteri kabinet Mahathir. 
Kata mereka untuk response kepada satu masalah yang bukan besar sangat pun 
mereka kata Abdullah hanya mampu berkata sesuatu selepas mereka tunggu hampir 
sejam!! Mahathir tentu tahu kelemahan Abdullah tetapi dia sememangnya mahukan 
penggantinya itu seorang yang lemah dah tidak dapat bertahan lama. 
Percaturannya ialah Abdullah jadi PM tidak lama dan selepas itu Najib akan 
ambil alih untuk melaksanakan kehendak atau visinya.  
   Abdullah memang patut pun pegang satu penggal saja. Saya rasa Mahathir 
tidak berbohong yang dia ada membuat janji mengenainya dengan Andullah tapi 
kerana Abdullah yang berkuasa mulalah dia mengatur strategi untuk nak pastikan 
dia diganti oleh kroninya bukan kroni Mahathir. Apa pun UMNO/

Help Palestine [hidayahnet] Risalah kepada Melayu, Cina, India

2008-02-16 Terurut Topik Jamaludin Hashim
Risalah kepada Melayu, Cina, India
dan semua bangsa di Malaysia Laman [EMAIL PROTECTED]



Baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau
telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya.
Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan
secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam
pilihanraya umum yang akan datang. Beliau memberitahu saya sekarang kita
tidak boleh lagi mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di
Parlimen.
Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak
berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah
bahagian. Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak
akan mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau
mengundi. Ianya bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah
membuat ketetapan untuk tidak mengundi Umno.
Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN
akan kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes
terpencil. Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada
kali ini. Di antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang
keahliannya bernombor 1. Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli
Umno juga akan turut berbuat demikian.

Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut
mengundi BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic.
Pertamanya beliau berkata kita patut mengundi 'calon-calon yang mempunyai
kredibiliti'. Kemudiannya beliau berkata 'kita tidak mampu mengubah Umno
daripada dalam, perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan
bijak'. Jika kita mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas
daripada Dr Mahathir maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN.

Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini.
Begitu juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga
bersedia untuk membuat perubahan. Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis,
Perak, Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap
sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini.

Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalian yang disuntik
sejak sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini
adalah suatu kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan
kaum India menjadi kaum termundur di negara ini.
Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen.
Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan
tetapi BN tidak boleh bermengah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar
yang menyusahkan rakyat. Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan
check and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan
mengakibatkan kejutan psikologi yang maha besar kepada BN. Ini akan
membolehkan Abdullah Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh
menantunya ini akan dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung
selepas pilihan raya umum ini. Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka
menantunya, kroninya dan perompak khazanah negara akan turut sama
dijatuhkan.
Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN
(terutamanya Umno) tidak mempunyai jawatan awam. Jika mereka kalah di kerusi
Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai
Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya. Ini
bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh
merubah senario politik kita. Harga petrol dan bahan api yang lain tidak
akan sewenang-wenangnya dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya
menafikan majoriti 2/3 BN.

Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh
seluruh rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa
sebarang campur tangan negara asing. Kita tidak hanya perlukan undi protes
sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik. Saya
tidak sabar untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum.


Ahli Umno Kecewa
* Kalau Mahathir pun dah naik menyampah dan meluat dengan UMNO, tak kan tak
faham2 jugak lagiJANGAN PANGKAH DACING*


Help Palestine [hidayahnet] Apa itu Politik Islam?

2008-02-16 Terurut Topik wahabamri
Assallamu'alaikum wbt.



Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik
pilihanraya adalah kuat.Tidak ada nas secara jelas menunjukkan Islam mesti
dibangunkan melalui politik. Di dalam Al Quran dan Sunnah tidak pernah
disebut secara tepat dan soreh tentang nas nas yang menunjukkan jika Islam
hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik. Tidak pernah kita
temui kalimah"Susu", maksud nya "Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik."
Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah kalimah yang bermaksud:



 "Hendaklah kamu sampaikan daripada ku walaupun satu ayat". Ini kalimah yang
membawa maksud dakwah.



"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang
baik.Dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik baiknya (An Nahl:125).Di
dalam ayat ini di sebut perkataan hikmah dalam berdakwah.Dan hikmah yang di
maksudkan ialah hikmah dalam berdakwah.



"Sesungguhnya tidak ada kewajiban bagi Rasul Rasul itu melainkan untuk
menyampaikan" (Al Maidah:99)



Jadi jelas kepada kita, perintah "menyeru" dan "menyampaikan" melalui ayat
Al Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siaisah (politik barat).



Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman
hidup sehari hari. Melalui mata kepala kita sendiri, jelas dapat di buat
perbandingan antara kesan dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan poltik
dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas,
Islam yang di tegakkan melalui dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan
kesan daripada pergerakan politik.Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh
sesiapa.Ramai orang yang kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam
hasil dakwah dan tarbiah.Sembahyang mula di tegakkan, riba ditinggalkan,
pergaulan bebas dihentikan, wanita wanita menutup aurat, pengajian ugama
hidup di merata rata, pakaian Islam mula banyak kelihatan dan lain tanda
kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah (politik).Hukum hakam
Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalaui
dakwah.Sedangkan telah lama dilaksanakan olih parti parti tertentu…..tidak
nampak tanda tanda kebangkitan Islam saperti yang telah di sebutkan tadi.



Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa
melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang orang patuh, tunduk dan
taat kepada Allah dengan rela.Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan
dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam.Dari hati, tanpa
dolak dalik lagi.Malah kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi
yang ada pada individu itu secara otomatik akan di gunakan untuk menegakkan
perintah Allah.Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah ke atas diri para
Sahabat.



Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik
masyarakat.Paraulama dan para da'i mestilah menjadi penasihat kepada
pemerintah, bukan
untuk merebut kerusi pemerintah.Para pendakwah wajib memberi
nasihat.Kewajiban pendakwah atau para ulama ialah menasihati pemerintah dan
menjadi kewajiban pula kepada pemerintah menerimanya.Jika pemerintah enggan
ia dikira berdosa di hadapan Allah sedangkan para da'i telah pun
melaksanakan tugasnya itu iaitu menyampaikan.



Dari itu kewajiban para da'i dan ulama ulama tidak semestinya dia memerintah
untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi
nasihat.Yangwajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah
duduk di kerusi
pemerintah.Kalaulah ulama dan para da'i mesti memerintah , megapakah para
para ulama zaman dahulu saperti Imam Ghazali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam
Hambali dan lain lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah? Jika
ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat
dan Negara, sudah tentu ulama ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya,
kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada
Allah.Ini membuktikan: mengambil alih kuasa untuk menegakkan Islam itu
tidaklah mesti!



Rasullullah SAW sendiri pernah ditawarkan kuasa untuk memrintah di peringkat
awal perjuangannya (iaitu peringkat Makkah). Tetapi belaiu menolaknya.
Mengapa Rasullullah tidak memikirkan untuk bermain strateji dengan mengambil
kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunaknya untuk
menegakkan Islam?



Tindakkan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh ini mesti dicontohi,
kerana perjuangan mereka telah terbukti berjaya, dalam erti kata mendapat
keredhaan Allah.Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang
bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal.



Malah semakin berjuang semakin terhina. Ini melanda parti parti politik yang
bercita cita Islam di seluruh dunia.





*Salam & Regards**
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor DE.
*URL:http://wahabamri.blogspot.com 






-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com


Balasan: Re: Balasan: Help Palestine [hidayahnet] arak hai-o: umat islam diminta jangan b

2008-02-16 Terurut Topik insan manusia
Maksudnya ialah perkataan ini
   
  > kalau cam tu lebih baik kite berniaga sendire, lagi pun dlm Quran
cakap 99% rezeki tu datang dari perniagaan. jom lah berniaga
> 
   
  Dalam quran adakah ayat yang cerita seperti yang saudari sebutkan
   
  Bab terdapat arak dalam perusahaan yang dimiliki oleh individu atau institusi 
muslimin sudah tentu kita tidak dapat maafkan. Kerana larangan Allah begitu 
jelas
   
  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ 
وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ 
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ 
بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ 
وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ 
(91
   
   
  Al-Maedah
  Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan 
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah 
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu 
menjauhinya supaya kamu berjaya. (90) 
   
  Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan 
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu 
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, 
mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor 
itu atau kamu masih berdegil)? (91) 

  function kif(p)  {  /*var ob4;  var ob5;
ob4=parent.document.getElementById ("CmbFverse");  
ob5=parent.document.getElementById ("CmbTverse");  ob5.selectedIndex=p;*/   
 var str="frmTran1";  var fontObj = 
document.getElementById(str);  var size 
=parseFloat(fontObj.getAttribute("width"));  //alert(size);  } 
function decreaseFontSize(ob1,ob2,Lang,sura,script)   {  try{   var d;  
 var str;   var ind;  ind=0   sura++  
if(sura==1 & (script=="Hide" || script=="Usmani"))ind=1; 
str="fon"+ind;var fontObj = document.getElementById(str);  
var size =parseFloat(fontObj.getAttribute("size")); size-=1;   
fontObj.setAttribute("size", parseFloat(size));  for(var 
i=parseInt(ob1.options[ob1.selectedIndex].value);i=parseInt(pos,0))  {  
for(;d

[EMAIL PROTECTED] wrote:
  kadang2 nie kiter suker2 jer post email @ forward email yg meragukan
ataupun kadang2 benda yg boleh menyebabkan org lain memperlekehkan
anda..berkaitan ngan post yg saudari lin forwardkan tu..sy rase
saudari perlu la fikir sejenak, malaysia nie membangun bukan melalui
melayu @ islam sahaja, terdapat kaum2 lain yg non-muslim yg saudari
tau hidup kat bumi malaysia. lain la kalo malaysia nie 100% muslim.
bukan nak memangkah saudari, tp saudari pkla pengguna MAS tu bukan
sahaja muslim, so kehendak mereka perlu disediakan. jgn la kalo MAS tu
serve arak dlm kapal terbang terus kiter nak slam MAS, begitu juga
ngan hotel, ade pelanggan yg bukan di kalangan org muslim yg makan
babi n minum arak lain la kalo kiter nampak ape yg dier bwk masuk dlm
bilik berupa seekor babi yg jelas kelihatan mmg babi pun..mungkin
saudari bole la nak samak..wallahua'lam..jgn sempitkan minda saudari,
dalami la ilmu agama sefaham-fahamnye..

kalo saudari bekerja di luar negara @ uk sebagai contoh, agak2 nyer
nak keje kat mane tu, majority comp. adalah bukan org muslim.
perniagaannyer kiter tak tau contoh nyer sy yg bekerja di sebuah
company logistic yg dimana hasil perniagaan nyer berasaskan frozen
foods. bercampur ngan mcm..adakah sy perlu cari kerje yg 100% halal dr
segi syariah..nak cari kat mane? so ini semua bergantung kepada majlis
fatwa uk utk menyelesaikan sumer nie..lagi satu pasal trade ngan org
kafir..cuber saudari check balik..kat mesia pun kedai runcit tak semua
org [EMAIL PROTECTED] yg owned kan..mcm tesco and etc..giant pun kalo
saudari nak tau..pemegang saham dier pun ade yg muslim and chinese..so
pk2 la saudari. economy mesia pun bercampur ngan western and arabs.

~~~sy insan yg lemah~~~

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, insan manusia wrote:
>
> ada ker ayat quran cakap macam tu?
> 
> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: 
berhenti jer, cari kerja lain yang tak related ngan arak, judi dan
lain lain yang haram. habis cerita. sementara dapat keja yang 100%
halal, jual goreng pisang tepi jalan dulu - pasti halal tapi make sure
pisang tu tak beli dari kafir dan lain lain barang jugak.
> 
> tempat yang tak leh minta keje ialah: (dan tempat lain juga)
> 1- genting highland - ada judi
> 2- MAS - derang ni hidang arak atas kapalterbang
> 3- hotels - ada arak dan disco
> 4- restaurant ada jual babi dan hidang arak
> 
> kite juga tak leh nak check into hotel takut takut kalau penghuni
sebelom kita tu makan babi dan minum arak dlam bilik tu...kene lah
kita basuh 7kali dulu.
> 
> kalau cam tu lebih baik kite berniaga sendire, lagi pun dlm Quran
cakap 99% rezeki tu datang

Help Palestine [hidayahnet] peluang kerja untuk uztaz muda

2008-02-16 Terurut Topik Pendidikan AlFurqan
Assalamualaikum,

Pendidikan Al-Furqan mencari ustaz-ustaz yang fasih berbahasa Arab untuk 
bekerja sepenuh masa dengan kami di salah satu tempat baru yang akan dibuka di :

1) Pulau Pinang
2) Kuala Lumpur
3) Subang Jaya (Selangor)

Kursus mengajar Bahasa Arab menggunakan sistem Pendidikan Al-Furqan akan diberi 
selama 2 bulan dan elaun semasa kursus akan diberi sebanyak RM500 sebulan

Gaji permulaan yang ditawarkan sebanyak RM 1,000 (Selepas  tamat kursus) 
Skim bonus yang ditawarkan amat lumayan.

Jika berminat sila SMS 

1)Nama
2)Umur
3)Universiti/Tempat Pengajian (yang terakhir)
4)Tempoh Pengalaman Mengajar (jika ada)

ke nombor HP 019 235 8899 (Ust.Nasa)

Saudara akan dihubunggi untuk temuduga pertama melalui telefon (dalam bahasa 
Arab)
   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Negara Kita Pun Banyak Minyak,Kenapa Harga Minyak Makin Naik?

2008-02-16 Terurut Topik Abd Mutalib Ibrahim
Ya betul tu.
Mula mula kita cerita ada orang nak minyak free dari kerajaan.
Kemudian kita cerita kalau bagi minyak free, minyak akan lagi cepat
habis.
Sekarang kita cerita kita patut bersyukur pulak supaya harap harap
negara kita jumpa minyak lagi preferably di negeri yg pembangkang
memerintah.

Soalan saya:
Kemana arah tuju kita ni? 
Apa yang kita nak? 
  

>>> Kholid Ali  12/02/2008 08:24:40 >>>
  "Kalau kamu bersyukur nescaya aku tambah rezeki mu". Itulah janji
Allah. InsyaAllah minyak tak akan habis kalau pun diberi free kepada
rakyat syaratnya kita kena bersyukurlah kepada Nya. Syukur dalam erti
kata yang sebenar bukan takat mulut saja yang dok kata Alhamdulilah tapi
sebahagian hukum dan peraturan yang Allah tetapkan dibaklulsampahkan!!!
Mungkin lepas Terengganu giliran Kelantan pula jadi Kuwait Malaysia
berkat kesabaran rakyat dan pemimpinnya yang dinafikan pelbagai haknya
oleh Pusat. Cuma harap rakyat Kelantan terus bertahan dibawah kepimpinan
ulamak jangan dok dengar pujukan Najib.  Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
  negara kita banyak minyak.
tapi tak lama lagi habis lah minyak kita.
kalau bagi free lagi cepat habis...minyak kita.

>>> Azizul Salehudin 10/02/2008 05:14 >>>

Rakyat Turkmenistan dapat minyak percuma
ASHGABAT 9 Feb. * Kerajaan Turkmenistan hari ini mengumumkan pemberian
minyak petrol percuma kepada rakyatnya pada setiap bulan.

Pemilik kereta akan mendapat 120 liter minyak dan pemandu lori,
traktor serta bas pula mereka akan mendapat 200 liter manakala
penunggang motosikal pula memperoleh 40 liter.

Pengumuman tersebut telah dikeluarkan dalam akhbar milik kerajaan,
Neutral Turkmenistan.

"Pemilik kenderaan akan diberikan kupon yang memberikan mereka hak
mengisi secara percuma di stesen minyak," lapor akhbar berkenaan.

Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan minyak melebihi dari had
yang ditetapkan mereka terpaksa membayar sendiri mengikut harga
pasaran.

Turkmenistan yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak,
mempunyai corak pemerintahan yang menyamai Rusia di mana ekonomi
negara
di kawal oleh kerajaan pusat.

* AFP

__
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping


DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of this
e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in
error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete
the original message. Opinions, conclusions and other information in
this e-mail that do not relate to the official business of Bursa
Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and
Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All
liability arising from or in connection with computer viruses and/or
corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.


 

   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo!
Search.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.


Help Palestine [hidayahnet] Baju Pilihanraya Untuk Dijual, Hanya RM10

2008-02-16 Terurut Topik aHmadHazieq
Baju Pilihanraya Untuk Dijual, Hanya RM10  Posted on Februari 16, 2008 oleh 
HermanSamsudeen | Edit 
   
  Pemuda PAS Titiwangsa menawarkan baju khas bagi petugas sempena 
pilihanraya Umum ke-12. Baju ini sesuai digunakan bagi menyemarakkan lagi 
manifesto dan mempromosikan PAS. Baju ini bernilai RM 10 ringgit sahaja. 
Dapatkan segera selagi stok masih ada.
   
  
  Bahagian Depan
   
  
  
Bahagian Belakang
  
  
  
  Baju ini akan dilancarkan di Markas PAS Kg. Pandan, Kuala Lumpur  pada 19 
Februari 2008 sempena Ceramah Presiden.
   
  Untuk Tempahan dalam kuantiti yang besar bolehlah menghubungi Sdr. Helmi di : 
016-2333024

   




  Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya 
  DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  Bank Islam : 1402301110
  Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
  Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024


  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] kempen solat istikharah!!!

2008-02-16 Terurut Topik aznan hamat
Assalamualaikum, 

 Diminta semua pendakwah atau sesiapa sahaja mesti kempen solat istikharah 
sebelum mengundi. Badan2 dakwah seperti JIM, ABIM dan persatuan2 islam 
sepatutnya menggalakkan semua rakyat untuk beristikharah kepada Allah sebelum 
mengundi. 

 Jangan jadikan nafsu atau pembangunan kebendaan sebagai perkara utama. Kalau 
nafsu diutamakan dalam pemilihan sudah tentu dosa yang ditagih!!!. Oleh itu 
yang paling utama ialah mengatas namakan agama!!! Siapa yang kita anggap layak 
untuk menjalankan Islam di atas muka bumi Malaysia atau tempat2 tertentu. 

 Tolong pakat kempen keluarga solat istikharah!!! Yakinlah Allah akan beri 
pilihan dan panduan yang terbaik untuk diri kita!!! wassalam

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] Tuan Guru Nik Aziz Berkempen di Dubai

2008-02-16 Terurut Topik Mohamed Fudzail

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair di UAE, sememangnya
kedatangan pilihanraya kali ini menjadi satu klimaks yang mendebarkan.
Sememangnya buat majoriti yang sudah bosan dan meluat dengan kepimpinan
negara, bukan sekadar empat tahun lalu, perubahan memang menjadi agenda yang
terus menyemarakkan semangat.

Rakyat Malaysia yang berada di UAE  dikatakan
sudah mencecah 5 ribu orang yang berniaga dan bekerja dalam pelbagai bidang.
Dengan kepesatan pembangunan negara di bawah Perdana Menteri UAE yang
cemerlang, gemilang dan
terbilang,
Sheikh Mohamed bin Rashid Al Maktoum, rezeki buat kami dan keluarga memang
masih melimpah.

BACA DI 
SINI