Help Palestine [hidayahnet] Di Bumi Mana Kematianmu?

2009-04-20 Terurut Topik zain azrai

 Di
Bumi Mana Kematianmu?

April 2nd, 2009
By: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Assalamualaikum Ustaz. Fendi ni!” saya menerima panggilan telefon.
“Waalaikum al-Salaam
doktor. Apa cerita?” saya tergagap-gagap menjawab panggilan.
Jam di dinding menunjukkan
waktu sudah melewati jam 11 malam.
“Imam Khalid minta bantuan
ustaz mandikan jenazah,” beritahu rakan saya ini.
“Err… jam 12 malam?”
saya agak kehairanan.
“Ya, ada kapal mendarat
di Galway. Jenazah kelasi kapal orang Indonesia. Sudah dua hari beliau
meninggal dunia,” beliau menyambung cerita.
“Inna Lillah wa Inna
Ilayhi Raaji’un. Baiklah, ana bersiap,” saya memberitahu.
“Baik, dalam 10 minit
lagi ana sampai di rumah ustaz,” kata Dr. Fendi.
Bukan sahaja doktor yang
kena oncall, menjadi ustaz atau Imam juga harus sentiasa bersedia
untuk dipanggil menyertai kerja-kerja kecemasan seperti ini. Namun memandikan
jenazah kelasi kapal yang sudah dua hari meninggal dunia, ia suatu pengalaman
baru buat saya.
PENGALAMAN
Saya tidak ada banyak pengalaman
memandikan jenazah.
Kali pertama memandikan
jenazah, ialah semasa menyempurnakan jenazah almarhum ayah saya ketika
beliau kembali ke Rahmatullah. Ketika itu saya baru berusia 17 tahun. Saya
dan abang-abang ketika itu ditunjuk ajar oleh Imam Saleh di kampung untuk
memandikan jenazah abah yang pergi mengejut, meninggalkan kami terpinga-pinga
kebingungan meneruskan kehidupan.
Begitu juga semasa menuntut
di Jordan.
Pengalaman memandikan jenazah
teman-teman yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun
1995 sangat besar maknanya kepada saya. Masih ingat, tangan saya terketar-ketar
menggunting beg plastik hitam yang melindungi tubuh teman-teman tersayang.
Masih kuat lagi hidung ini menangkap bau formalin yang saya suntikkan
ke tubuh sahabat-sahabat yang dikasihi untuk mengawet susuk tubuh mereka
yang cedera parah itu bertahan kerana jenazah semua akan diterbangkan ke
Malaysia.
Ia suatu pengalaman yang
mencalar memori saya sepanjang hayat.
Semasa di Belfast, sebaik
sahaja saya menerima perlantikan rasmi sebagai Imam, saya didatangi ujian
pertama. Pada malam sebelum bertolak ke Paris bersama isteri untuk berbulan
madu, saya diminta menguruskan jenazah seorang warga Muslim di Craigavon
yang meninggal dunia kerana kanser.
Duduk di mortuary lewat malam adalah suatu pengalaman yang tidak menarik untuk 
dikenang.
Ketika itu saya belajar
untuk menguruskan jenazah yang penuh dilingkari dengan wayar-wayar elektrik,
termasuklah catheter yang masih belum ditanggalkan dari anggota
sulit jenazah. Mujurlah isteri saya pernah memberitahu prosedur menanggalkan 
catheter itu. Jika tidak, mungkin buruk kesilapan yang saya lakukan
jika dengan membuta tuli cuba menanggalkannya secara manual.
MEMBELAH MALAM
“Pin! Pin!” kereta
Dr. Fendi sampai di hadapan rumah saya.
Lama juga melangut termenung
di tangga. Wajah agak beku dihembus angin dingin musim sejuk dari Sungai
Corrib di depan sana. Kereta yang kami naiki meluncur laju meredah sunyi
malam di Newcastle Road menuju bandar. Mortuary yang menempatkan
jenazah berkenaan terletak tidak jauh dari Claddagh. Kami memerlukan masa
kurang 10 minit untuk tiba di sana.
Imam Khalid menyambut ketibaan
saya dan tanpa berlengah kami segera memulakan tugas Fardhu Kifayah ini.
Hiba hati saya melihat
wajah kelasi kapal itu. Usianya begitu muda di akhir 20′an. Tetapi beliau
meninggal dunia kerana serangan sakit jantung. Kapten kapal warganegara
Jepun itu amat prihatin dengan kejadian tersebut. Jenazahnya disimpan di
bilik beku dan mujurlah lokasi mereka tidak terlalu jauh ke tengah Atlantik
untuk singgah di Pelabuhan Galway.
“Imam, al-marhum ini
bakal dikebumikan di mana?” saya bertanya kepada Imam Khalid sambil menggunting
kain kafan untuk dibentuk sedikit menjadi seperti baju untuk lapisan pertama.
“Mereka mahu menyerahkan
jenazah kepada keluarga di Indonesia!” kata Imam Khalid.
“Aduh, berapa lama lagi
jenazah ini mahu tiba di Indonesia dari Ireland ini? Mahu lagi sebulan
jadinya!” saya terkejut.
“Benar. Saya sudah nyatakan
hal yang sama. Tetapi itu polisi mereka, kata Kapten kapal itu,” beritahu
Imam Khalid.
SEGERAKAN PENGEBUMIAN
JENAZAH
Islam mengharuskan jenazah
seseorang yang meninggal dunia ketika di dalam pelayaran di lautan, untuk
jenazah itu dikebumikan di dasar laut. Tubuhnya diikat dengan objek yang
berat, cukup untuk menenggelamkannya. Teringat pula saya dengan cerita-cerita
Atuk dan Opah tentang pengalaman mereka pergi mengerjakan haji menaiki
kapal. Penumpang yang meninggal dunia akan dikebumikan dengan melepaskan
jenazah itu ke dasar laut.
Entahlah.
Mungkin dalam suasana bumi
Tuhan ini disempadan-sempadankan di bawah pelbagai negara, banyak isu yang
timbul berkaitan urusan pengebumian orang asing di darat dan laut milik
orang. Biar pun jenazah sewajarnya dikebumikan di tempat di mana kematian
itu berlaku, sering sahaja berlaku jenazah itu lewat disempurnakan.
Ada yang mendesak jenazah
keluarganya dibawa pulang kerana ’sayang’, dan ada kubur yang boleh
dilawat.
“Kalau mati, di mana

Re: Help Palestine [hidayahnet] Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

2009-04-20 Terurut Topik salim . man
Please do this simple test.  Pick someone you know or you don't, ask his a 
question that you both do not know the answer. Guess what will you find? 
More likely than not he will answer, even though he has no clue about the 
correct answer. It's human nature. The tendency to cook up something is 
always in our mind. Worst type of answer is presented as if it's a fact 
like what you see in some of the speculation email people wrote.

Same with al tentunya seribu al monggolia ni.  Too much speculation. 
Worst, lots of people are dying to believe that the poorly pasted picture 
of Najib in Paris is indeed real. Bodoh tahap lapan. Hati penuh hasad dan 
syak.

Why don't we just stick to the f%*g facts.and don't stretch our 
imagination too much. 

SALIM




Kholid Ali 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
15-04-09 07:24 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai 
mati













   Sapa yang diarah untuk buat semua itu (bermacam sijil palsu tapi diakui 
sah) ? Tentu kakitangan kerajaan lah yang menerima arahan pihak atasan 
yang telah menerima arahan dari yang paling atas lagi dan lagi !!. Macam 
musim pilihan raya kakitangan kerajaan juga diperalatkan kerana mereka 
jentera kerajaan tapi yang sebenarnya jadi jentera parti pemerintah. 
Jika tak patuh didakwa ingkar !! Yang dua orang ni yang telah dijatuhi 
hukuman gantung kerana terbukti melakukan pembunuhan muka pun tak kenal. 
Memang pelik juga selalunya tertuduh kes apa-apa pun cuba juga tutup muka 
tapi tak lah sampai langsung sikit bayang muka pun tak boleh nampak. Tak 
hairanlah jika ramai menjangkakan pasti ada muslihat. Mereka mungkin 
dibebaskan dengan berbagai cara. 
 
   Jika benar mereka lakukan pembunuhan tapi bebas begitu saja pasti ianya 
merupakan satu konspirasi yang hebat yang dikaitkan oleh banyak pihak 
ianya melibatkan pemimpin atasan negara ?? Apakah mahkamah sekadar 
digunakan untuk mengabori mata rakyat dan fungsinya sekadar untuk 
menghukum rakyat atau pemimpin bawahan bukan pemimpin atasan ?? Mereka 
yang bersekongkol dengan pemimpin atasan perancang sebenar keatas sesuatu 
jenayah mungkin telah dijamin bebas jika tidak bocorkan rahsia bagi 
membolehkan pengarah sebenar tidak diseret ke muka pengadilan !!??
 
   Benarkah punca atau motif pembunuhan tidak diketahui atau ianya sengaja 
tidak disiasat ?? Ramai juga kurang yakin yang mereka ini akan menjalani 
hukuman kerana peroses perbicaraan pastinya akan diteruskan dengan 
mahkamah-mahkamah lain yang diperuntukkan. Ianya hanya untuk memanjangkan 
peroses bagi menimbulkan keraguan dan mereka akhirnya dibebaskan sebab 
pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes itu ? sedar dua anggota 
UTK ini mungkin akan teraniaya jika dihukum. Mereka pun mungkin tahu ada 
perancang sebenar atau mereka yang benar-benar terlibat tapi tidak 
dipanggil sebagai saksi atau didakwa di mahkamah. Mungkin mereka juga 
mahukan sama ada semua yang terlibat dihukum atau semua yang terlibat 
dibebaskan !! Tapi mana mungkin dibebaskan jika terbukti telah melakukan/ 
merancang pembunuhan atau hanya dua orang saja dihukum sedangkan dua atau 
tiga yang lain terlepas begitu saja  !!?? Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 4/9/09, t...@yahoo.com t...@yahoo.com wrote:
From: t...@yahoo.com t...@yahoo.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Azilah dan Sirul dihukum gantung 
sampai mati
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Thursday, April 9, 2009, 10:11 PM



Betul ke bakal kena hukum gantung sampai mati?  Banyak lagi proses sebelum 
hukuman dijalankan.  Proses rayuan, proses memastikan yang kedua dua tu 
waras sewaktu melakukan jenayah dan last sekali kalau konform kena gantung 
jugak, sijil mati akan dikeluarkan sebelum mereka digantung.  Nama mereka 
di dalam jabatan pendaftaran di kemaskini mengatakan yang mereka dah mati 
dan dalam masa yang sama juga dua orang warganegara Malaysia yang baru 
ujud  banyak dah kejadian macam ni kat Malaysia...

Masing masing ada kepentingan. .. 

Walallua'lam


--- On Thu, 9/4/09, or...@yahoo. com or...@yahoo. com wrote:
From: or...@yahoo. com or...@yahoo. com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Azilah dan Sirul dihukum gantung 
sampai mati
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Date: Thursday, 9 April, 2009, 11:25 AM

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari 
ini
dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam
setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia,
Altantuya Shaariibu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal
membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya
hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi
keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain

Help Palestine [hidayahnet] PISANG DAN HATI

2009-04-20 Terurut Topik JUNHAIRI BIN ABD JALIL

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

JUNHAIRI BIN ABD JALIL


PISANG DAN HATI



 

Maryam, guru kelas
Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama
orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang
yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.



Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.



Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
masing-masing di dalam beg.



Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya
menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai
permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang
menangis, enggan meneruskan permainan.



Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan
sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.



Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu? tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci
permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk
lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.



Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada
orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita
akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi
kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu beritahu Cikgu Maryam.



Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang
terbaik. Menyayangi lebih baik darpada
membenci.

 



Moralnya, jangan
letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa
yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

 



 

D











Re: Help Palestine [hidayahnet] Bagaikan Aqsa dengan Madinah

2009-04-20 Terurut Topik Hatijah Isman
Kisah yg menarik. Tumpang seronok, senyum dan ketawa.

Sewaktu anak bongsu saya berusia lima tahun dia mempertahankan keharusan 
memakan ice-cream mat cool dari ayat terakhir surah al-fiil.





From: or...@yahoo.com or...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Sunday, April 12, 2009 2:21:53 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bagaikan Aqsa dengan Madinah





Bagaikan Aqsa dengan Madinah 
Ali Bukhari Amir 
Sat | Apr 11, 09 | 12:02:13 pm MYT

Mutakhir
ini, rakan saya, Sudin kerap berada di rumah tepat jam 5:30 petang.
Bukan apa.. dia suka menonton Aqso dan Madina di TV9. Sebenarnya, bukan
kisah cinta yang yang dia tonton. Jujurnya, Sudin suka menonton lakonan
Marshanda dan Carissa Putri. Dahulu, dia suka menonton Mutiara Hati
kerana terlalu asyik mahsyuk dengan lakonan Inneke Koesherawati.

Iklan 



Barangkali, watak putih yang diperankan Marshanda
itu berawal daripada kejayaan lagunya; Astaghfirullah. Mungkin, Carissa
mendapat watak putih dalam sinetron bercorak agama itu kerana sebelum
ini dia berjaya membawakan watak Maria Girgis di dalam Ayat-Ayat Cinta.
Ini semua adalah andaian yang boleh jadi benar atau tidak.

Paling penting, bukan hal itu yang kita ingin bualkan. Rakan saya
Sudin, bukanlah peduli sangat jalan ceritanya. Berat sungguh!
Demikianlah rungutan si Sudin yang terhempas ke gegendang telinga saya. 
Kisah Aqso dan Madinah meriwayatkan cinta tiga segi antara dua
adik-beradik. Terbeban juga akal Sudin dengan pemikiran yang sarat
dengan dugaan dalam percintaan itu. Dia mana ada banyak sangat
pengalaman cinta. Dia anak teruna sunti.

Sememangnya kisah cinta dalam acuan Islam kerap menimbulkan polemik.
Dan, polemik ini bukan perkara baru. Ia berlaku sejak zaman Hamka
mengarang novel-novel roman percintaan seperti Di Bawah Lindungan
Ka`abah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Jika ada kisah cinta yang Sudin mahu tulis, mungkin tajuknya berbunyi
lebih kurang, Tenggelamnya dua buah kapal selam Scorpene; sebuah
kisah cinta yang mengakibatkan tragedi pembunuhan seorang wanita
Mongolia pada akhir riwayatnya.

Lebih baik aku fikir cara-cara nak menjatuhkan Najib sebagai PM, katanya 
kepada kami pada suatu hari. Memang banyak perkara yang dia tidak puas hati 
kepada Najib itu.

Bagi Sudin, hubungan Najib dengan Mahathir itu seperti isi dengan kuku
demikian menurut pepatah Melayu. Apakah pepatah Mongolia ada menyatakan
hal yang sama, tidaklah dia tahu. Pendek kata, tanpa Najib, Dr Mahathir
tidak boleh menaikkan anaknya Mukhriz sebagai menteri. Tanpa Mahathir,
Najib pun tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Hubungan erat saling membantu
Selain pepatah bagaikan isi dan kuku, kita pernah terdengar ungkapan
bagaikan aur dengan tebing. Iaitu hubungan saling melengkapi dan
menyempurnakan. Bagaimanapun, kedua-dua pepatah ini kerap menyimpan
konotasi positif.

Misalnya isi dengan kuku dan aur dan tebing itu dihubungkan dengan
amalan bergotong-royong, membuka kawasan penempatan bersama-sama pada
suatu zaman dahulu ketika orang Melayu masih terasuh dan tersusun pola
fikiran dan tingkah lakunya.

Tetapi, dalam hubungan negatif, konotosi gelap seperti rompakan atau
membunuh wanita Mongolia dengan bom C4 contohnya, adakah sesuai
digunakan pepatah bagai aur dengan tebing, bagaikan isi dengan kuku
itu? Kami tercungap-cungap juga mahu menjawabnya. Sebenarnya.. apakah
yang ingin disampaikan oleh Sudin pada kali ini? Jeng.. jeng.. jeng..

Pasai tu la aku panggil hangpa semua mai sini, kata Sudin
ketika mahu menjelaskan hubungan dan kedudukan Aqso dan Madinah itu.
Ish, berat sungguh tugasan yang Sudin mahu berikan kepada kami kali
ini.

Sudin pun tidak tahu apakah dan bagaimanakah kesudahan
drama itu. Tapi, dia tak peduli sangat pun kesudahannya. Paling penting
kata Sudin, wajah-wajak cantik pelakon itulah yang membakar semangatnya
sekali gus memangkin motivasinya untuk menulis. Dia meneguk teh
tariknya seketika, sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan, melihat
kalau-kalau ada gadis manis di sekitar restoren mamak Mydin di Bangsar
itu.

Hangpa tau tak, pepatah bagaikan isi dan kuku, bagaikan aur dengan tebing itu 
boleh disamakan dengan nas apa dalam al-Quran? tanya Sudin lagi. Mata kami 
terkebil-kebil lagi. Sukar mahu diramal
kaedah Sudin berfikir. Pemikirannya memang pelik-pelik dan lain benar
daripada kebanyakan orang. 
Wa ta'awanu 'alal birri wat taqwa, wa la ta'wanu 'alal ismi wal 'udwan.. 
demikian saya meneka.

Sudin tersenyum lalu mengangguk-angguk. Aku maksudkan pepatah. Itu cuma 
kenyataan mendatar, balas Sudin.

Lama-kelamaan, barulah saya faham maksud Sudin. Pepatah selalunya ada
kaitan dengan alam ini. Menurut Iqbal, alam ini adalah sumber kepada
ilmu. Dunia ini sumber pengetahuan. Dan kenyataan ini pun ada kaitan
dengan dalil al-Qur'an yang saya sudah lupa di manakah nombor surah dan
nombor ayatnya.

Pepatah ini lazimnya merujuk kepada suatu juzuk daripada alam ini. Isi,
kuku, aur dan tebing adalah serpihan alam ini. Jadi, pepatah mestilah

Help Palestine [hidayahnet] RTM - milik dan untuk rakyat Malaysia!

2009-04-20 Terurut Topik Mohamed Fudzail
BERBANDING dengan stesen lain, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memainkan
peranan yang sangat penting sebagai `suara kerajaan' dan menyampaikan
informasi kepada masyarakat selaras dengan fungsinya sebagai stesen
nasional.

*SINI*http://1426.blogspot.com/2009/04/rtm-milik-dan-untuk-rakyat-malaysia.html


Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? Profesor/ Profesor Madya !!

2009-04-20 Terurut Topik feriofan dohcb16a
wakakaka...betul..betul..
 
pada yg berpihak pada parti pemerintah, sikap anda mempertahankan status quo 
parti dgn cara beginilah yg akan membuat rakyat lagi menyampah. sikit2 nak 
melenting. org kritik sikit mulalah mengungkit jasa2 yg pernah ditaburkan. tapi 
jgn salah faham, bukannya saya kata apa yg kerajaan lakukan selama ini tidak 
baik, dasar kerajaan memang bagus terutama dlm membantu anak2 melayu,  
membangunkan negara dgn usaha sendiri. cuma anda perlu bergerak seiring dgn 
tuntutan zaman. cara anda mendominasi media massa dan tidak memberi peluang 
langsung kpd pembangkang utk bersuara di kaca televisyen  memberi pandangan 
sudah tak dapat diterima lagi oleh rakyat. cara anda menangani kritikan demi 
kritikan itu perlu dilakukan dgn berhemah. dengarlah suara pembangkang juga. 
berkongsi idea bagaimana utk memulihkan dan memantapkan ekonomi negara..bila 
pembangkang kata basmi rasuah kena serius, kronisme, nepotisme kena hapus, 
pengagihan kekayaan negara kena saksama  adil,
 janganlah melenting. alih2 pembangkang pula yg kena balik. cubalah berlapang 
dada  berjiwa besar. saya beri ingatan pada saudara zain yg suka mengungkit. 
sikap saudara akan hanya menambah lagi kemarahan rakyat pada parti pemerintah.
 
pada yg berpihak pada parti pembangkang, nama pun pembangkang.  perjuangkan apa 
yg anda rasa tak puas hati adalah hak mutlak anda selagi mana tak bercanggah 
dgn tuntutan Syarak dan nilai moral (pada yg bukan Muslim). anda ada hak utk 
mengkritik tetapi saranan saya selepas ini anda perlulah mendalami selok belok 
sistem pemerintahan kita dan dasar pembangunan negara. bukan saya kata anda 
salah, tetapi anda kena adil dlm mengkritik. apa yg baik yg kerajaan 
laksanakan tak boleh anda nafikan. saya tau bila emosi menguasai diri 
pertimbangan kita sedikit terganggu. 
 
kesimpulan: nasihat saya kpd penyokong parti pemerintah..attitude anda dlm 
forum ni salah satu penyebab bn hancur hari ini  pada masa depan. saya 
ingatkan sekali lagi org sudah menyampah dgn budaya ungkit2 ni. ingat..golongan 
muda tak mudah simpati dgn budaya ungkit jasa ni.
nasihat saya pada parti pembangkang, kalau anda rasa anda lebih baik dari parti 
pemerintah yg sekarang ini, maka tunjukkanlah kepada kami semua. rakyat berhak 
mendapat yg terbaik. kalau anda terbukti lebih baik saya tak akan teragak2 
memberikan mandat kepada anda semua insya Allah.
 
wallahu a'lam.
 


--- Pada Isn, 13/4/09, has...@yahoo.com has...@yahoo.com menulis:


Daripada: has...@yahoo.com has...@yahoo.com
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!
Kepada: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Tarikh: Isnin, 13 April, 2009, 9:26 AM









...gua ingat group ni kene tukar namalah...hidayahne t dah tak sesuai pasal 
selalu gaduh..wahaha. ...
kang aku bagi satu ring kang kot tak berani lak nak berentap...
 
bg aku dua2 tu pendapat aje..pendapat takde yg salah, semua betul...tang boleh 
pakai, tak boleh pakai sendiri pikir lah, takyah la nak bg tau semua org yg 
pendapat hangpa la paling muktahir dan agung dlm dunia...boring siottt...kalau 
nak panjang2 tu 8 tahun lagi pun belum tentu habis.
 


 
On 4/10/09,  wrote:









Kalau kamu bijak sangat sila kemukakan perancangan pembangunan negara yang 
menurut pandangan anda paling sesuai untuk negara ini. Heran kerana anda tidak 
berusaha menjadi pemimpin waja untuk negara ini. Orang lain tidak ada kemampuan 
seperti anda agaknya - Anda saja yang bijak. Masuk bakul...
 




From: kho...@yahoo. com kho...@yahoo. com
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Sent: Friday, April 10, 2009 7:56:24 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!








Perlu pembangunan tapi Membangun Bersama Islam atau Membangun Mengikut Acuan 
Islam !! Jangan membangun saja tapi mengengkari Allah swt. Allahuakbar !
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 4/8/09, z...@yahoo.com z...@yahoo.com wrote:
 
From: z...@yahoo.com z...@yahoo.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Date: Wednesday, April 8, 2009, 12:57 PM






Syabas dan bagus kamu - negara tak perlukan pembangunan - dan apabila tak ada 
pembangunan maka tak perlu belanja dan bila tak belanja tak perlu guna tenaga 
kerja dan bila tak perlu guna tenaga kerja maka anda sendiri tak relevan lagi - 
tak perlu diberi kerja kerana tak ada kerja. Hiduplah sedemikian dan sesudah 
itu komplen kerajaan buat apa? Keadaan mengangur sekarang pun jadi ribut di 
kalangan orang Melayu - bila kerajaan tak perlu pekerja penganggur marah pula - 
bila nak bangunkan negara kata membazir pula - eh eh yang mana betul - saya 
heran - barangkali yang bercakap ni tidak begitu bijak menghubungkaitkan 
pembangunan dengan pendapatan - ekonomi bergerak kerana ada aktiviti 
pembangunan - Kalaulah Malaysia guna pendekatan Brader Anwar Bin Ibrahim 

Help Palestine [hidayahnet] GAMBAR NGERI TENTERA THAILAND DIPANCUNG

2009-04-20 Terurut Topik jai
Saya telah menerima banyak gambar ngeri yang menunjukkan keadaan mayat tentera 
Thailand yang dibunuh. Saya sendiri tidak pasti sama ada gambar tersebut adalah 
genuine ataupun tidak. Bagi sesiapa yang merasakan bahawa gambar tersebut 
“terlalu” ngeri maka sepatutnya dia memadamkan gambar tersebut sebagaimana di 
penghujung tulisan ini. Saya hanya sertakan beberapa foto sahaja. Namun, bagi 
saya gambar tersebut boleh dilihat dan tidaklah akan menimbulkan sebarang 
kemudaratan.
BACA  LIHAT GAMBAR:-
http://ustjai.wordpress.com/2009/04/17/gambar-ngeri-tentera-thailand-dipancung/


  New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Re: Help Palestine [hidayahnet] Isteri Ego Punca Suami Cari Lain

2009-04-20 Terurut Topik Hatijah Isman
Wanita melayu yg mana satu tu saudara?

Kalau saudara lelaki melayu tulen, maka lahirnya dari rahim wanita bangsa apa?
Bagaimana dgn nenek saudara?
Ibu kandung yg melahirkan saudara?
Ibu mertua saudara?
Ibu2 saudara saudara?
Kakak, kakak ipar saudara?
Adik perempuan, ipar perempuan saudara?
Anak perempuan saudara?
Menantu perempuan saudara?
cucu-cicit perempuan saudara?
oneng2 perempuan sudara?
atau kembali saja kezaman jahiliah?tanam anak2 perempuan hidup2!

Amboi...sempurna sungguh lelaki melayu terakhir ini.
Marahkan bekas isteri, semua perempuan melayu terheret sama?Relax la brother...

Lupa kisah saidatina Khadijah? kisah siti Zubaidah? (baru satu dua contoh saja 
tu ), wlp bukan melayu tetapi lambang isteri yg setia.

Harap didiklah perempuan bukan melayu saudara itu dgn didikan Islam, coraklah 
dgn lukisan yg saudara inginkan. Mudah2an dia tidak akan melahirkan lelaki2 
dayus kelak. Perempuan yg melayu atau bukan melayu tidak mungkin dpt melahirkan 
keturunannya tanpa benih seorang lelaki. Adakah saudara sudah cukup sempurna 
utk membenihkan manusia lelaki yg sempurna?

Makan pun tidak boleh sebarang makan, apatah lagi bercakap-cakap..

hentam jangan sebarang hentam,
takut terlerai sori berlori;
dendam jangan sebarang dendam,
takut tertelan muntah sendiri.

sekian.







From: Muhd. Izat Abd. h...@yahoo.com Muhd. Izat Abd. h...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Friday, April 10, 2009 8:18:44 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Isteri Ego Punca Suami Cari Lain





aku sokong 1,000,000%

pompuan melayu skang mmg ego tinggi. sikap berlumba2 hal duniawi meluap2 sampai 
lupa tanggungjawab n rukun. yg jadi mangsa adalah si suami. 

aku lebih rela berkahwin ngan yg bukan islam tapi punya kesetiaan n ketaatan pd 
suami yg cukup tinggi. ia ibarat mencorak sehelaikain putih. wanita melayu pula 
adalah kain putih yg dh dicorakkan. 

kpd pompuan melayu...sori berlori2 laa...aku dh ada pengalaman.. .tu pasal aku 
sokong n hentam cukup2. kesetiaan pd suami mmg payah nak dpt dr wanita melayu. 
andai x memuaskan hati, wanita melayu akan kerap mencari helah supaya 
kesalahannya x nampak atau ditutup dan akhirnya si suami/lelaki yang nampak 
bersalah walhal puncanya dr wanita melayu. 

wanita melayu jgk ramai melahirkan lelaki dayus pada zaman moden ini. so, 
disebabkan lahirnya lelaki dayus maka pintu ke syurga tutup rapat buat si 
suami. 

ptuihh!!





From: c...@yahoo. com c...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Sent: Friday, April 10, 2009 12:15:18
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Isteri Ego Punca Suami Cari Lain


Bahan bacaan bila dok termenng depan pc @ www.ceria.com. my


PEMBACA
mungkin telah banyak membaca masalah, penderitaan dan isu-isu berkaitan
wanita hidup bermadu. Dari banyak pandangan yang diberikan rasanya cuma
satu dua sahaja wanita yang dimadukan merasa bahagia dan selesa
hidupnya dipoligamikan. Kebanyakannya rata-rasa meraka melahirkan rasa
tidak puas hati, keciwa dan menderita bukan sahaja melibatkan diri
mereka sahaja tetapi juga anak-anak turut menjadi mangsa.  
Namun tidak dinafikan mungkin ada yang merasa bahagia, tetapi tidak
mahu pengalamannya dipaparkan di ruangan ini untuk kita sama-sama
melihatnya dengan hati dan mata lebih terbuka.

Bagaimana pun
penulis kurang menerima pandangan daripada kaum lelaki yang berpoligami
kalau ada pun yang mengirimkan jumlah mereka terlalu kecil berbanding
wanita. Kebanyakan surat, e-mel mahupun faks yang diterima dari kaum
wanita sentiasa menceritakan masalah hidup bila suami kahwin lagi.

Seorang suri rumah, Puan Cik Wan memberikan sebab mengapa kaum lelaki
kurang memberi pandangan, katanya kerana mereka tidak menghadapi
masalah berpoligami, sebab mereka yang menerima padah bermadu adalah
wanita, ada antara isteri yang ditinggalkan tanpa nafkah, ada yang juga
terpaksa ikat perut kerana suami kurangkan duit belanja dan sebagainya,
jadi hidup kaum lelaki memang tidak ada masalah, kerana mereka adalah
golongan pembuat masalah.

Katanya kaum lelaki boleh tutup
mata, hati dan perasaan terhadap kehidupan anak-anaknya, dia tak peduli
anak-anaknya dapat makan, boleh pergi sekolah, duduk di rumah yang
sempurna ataupun tidak, asalkan kehendak hatinya beristeri lebih
daripada satu terlaksana.

Pada mereka, masalah isteri dan
anak-anak tak penting, asalkan cita-cita dan hasrat hatinya terlaksana.
Kaum lelaki juga sering melahirkan kata-kata keramat bahawa keadilan
kalau beristeri lebih tidak boleh diukur kerana tidak ada kayu
pengukur, dan ianya terlalu subjektif. Wang ringgit juga tidak boleh
diambil kira, kerana wanita sentiasa laparkan wang berapa banyak pun
wang yang diberi tidak pernah cukup.

``Pada saya itu adalah
pembohongan, kaum lelaki sering lalai dan lupakan tanggung jawabnya
setelah beristeri lebih, biasanya isteri mudalah yang menjadi
keutamaan. Tetapi banyak juga isteri kedua menghadapi masalah kerana
sebab-sebab 

Re: Help Palestine [hidayahnet] mtk pdpt: salah ke kawin awal?

2009-04-20 Terurut Topik Abe

(DIDUNIA)

Hahaha... tuan ingat tuan gelakkan saya tapi tuan tak sedar tuan gelakkan 
muhammad... ya si muhammad t!!!... yang tuan sebut dalam syahadah tuan 
tuuu laaa... Syadah pun tak tau!!!

(KELAK)
Hahaha padan muka diaa nabi tak beri Syafaat kat diaaa 
Haaatulaaa!!... dulu dia gelak-gelakkan sunnah nabi kat dalam hidayahnet... 
kononnya masa zaman dia lebih advance... nah sekarang terhegeh-hegeh buat muka 
tak malu kat nabi...

tu yang sorang lagi tu sape  Oooo yang ituuu.. yang itu dalam buku rekod 
dia malaikat tulis omputeh...as simple as this..

dia tu konpius skit.. dia ingat anak yang dilahirkan tu milik mak bapak... jadi 
kena ikut fikiran dan sunah mak bapak..mentang-mentangla nabi yatim piatu..jadi 
kiranya nabi tak sempat nak mintak pendapat mak bapaknya masa kahwin dengan 
Aisyah...
Eh.. betul ke ko ni..?... Ntah.. ak x pasti... tapi yang aku yakini.. 
nabi tidak silap dan apa yang dilakukan nabi mendapat tuntunan dari Allah.

Wasalam..





Daripada: a...@yahoo.com a...@yahoo.com
Kepada: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Dihantar: Sabtu, 11 April , 2009 10:00:34
Subjek: RE: Help Palestine [hidayahnet] mtk pdpt: salah ke kawin awal?





Untuk perempuan.. Usia Aishah dalam perbahasan hadis ada dua (yang saya 
tahu) iaitu 9 tahun atau 13 tahun... jadi itulah usia terawal yang terbaik
 
Hahhaha..perempuan mana skrg nak kawin usia mcm tu…zaman skrg paling awal  
perempuan kawin 25+…..
 
Confidential/ Privileged information may be contained in this email. If you are 
not the intended recipient, please do not copy, distribute or use it for any 
purpose, nor disclose its contents to any other person. Please notify the 
sender immediately if you receive this in error.



From:hidayah...@yahoogro ups.com [mailto: hidayah...@yahoogro ups.com ] On 
Behalf Of Abe
Sent: Friday, April 10, 2009 10:53 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] mtk pdpt: salah ke kawin awal?
 




Assalamualaikum Dila..
 
Kiranya pandangan ini bererti untuk saidari/a... dan pandangan ini saya berikan 
dari seorang muslim kepada seorang muslim..
 
Sebagai muslim kita hanya ada DUA sumber panduan sahaja.. AlQuran dan Sunnah.. 
Janji Allah sesiapa yang berpegang kepada duanya pasti tidak akan sesat dunia 
akhirat..DAN mafhum darinya.. Apa-apa tindakan dan cara yang tidak berlandaskan 
keduanya.. itu BUKAN ISLAM.

Kahwin Awal!!!
1. Untuk lelaki... Apapun hujah anda The best umur ialah 25 tahun...seusia 
dengan umur nabi kahwin
2. Untuk perempuan.. Usia Aishah dalam perbahasan hadis ada dua (yang saya 
tahu) iaitu 9 tahun atau 13 tahun... jadi itulah usia terawal yang terbaik
 
Wassalam 
 



Daripada:d...@yahoo. com d...@yahoo.com
Kepada: Ikhwanul Muslimun  hidayah...@yahoogro ups.com 
Dihantar: Rabu, 8 April , 2009 3:50:38
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] mtk pdpt: salah ke kawin awal?
saya nk mtk pdpt group. slh ke klu kawin awal?? knape org mcm pndg serong or de 
perasaan lain yg kite xtau..??? conpius nih..
 



Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.



  Selamat dlm talian. Tingkatkan kpd Internet Explorer 8 cepat,selamat, 
terbaik utk Yahoo! agar fikiran aman. Percuma. Dapatkan IE8 di sini!
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Help Palestine [hidayahnet] Sebutan ALLAH Membaca Tafsiran Al-Quran....

2009-04-20 Terurut Topik Noorshamsudin Hj. Mohd. Darus
Dan alangkah baiknya kalau Bukan Islam suka menyebut ALLAH...,  terutama 
Ashadu Ala Ila Haaillallah, Wa Ashadu Ana Muhammad Da Rasullulah
 
Fikir-fikirkan
 
Wassalam.
 
==
 
Khamis 16 April 2009 | 20 Rabiul Akhir 1430 Hijrah







Sepatutnya bersyukur, bukan Islam ungkap ayat Quran - Dr Azhar Yaakob



Azamin Amin
Thu | Apr 16, 09 | 4:53:12 pm MYT


KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Bukan mencemuh apatah lagi menghina bukan Islam 
yang mengungkap ayat-ayat Quran malah wajarnya bersyukur dan memberi galakan 
untuk mereka mendekati dan memahami Islam.
 





Iklan
 


 

 
 
Demikian kata pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakob, sambil mengulas bahawa sudah 
pasti orang bukan Islam turut memahami serta menjaga sensitiviti umat Islam 
dengan mengkaji serta berlatih terlebih dahulu sebelum mengungkap ayat-ayat 
Quran termasuk mengetahui maksudnya supaya ianya tidak tersasar.
 
Lainlah kalau mereka menghina, m
empermainkan ayat Quran ataupun salah tafsir...itu kita tentang. Kalau nak ikut 
salah sebutan, ramai termasuk orang Islam sendiri banyak silap. Itu proses 
belajar, yang penting mereka ungkap untuk menceritakan bahawa ayat Quran suruh 
manusia berlaku adil.
 
Pada saya mereka tidak salah, malah kita kena beri galakan dan tunjuk ajar 
pada mereka untuk mengenali Islam dengan lebih baik lagi, bukan mencemuh atau 
melarang membaca ayat-ayat Quran yang menjadi pentunjuk untuk umat manusia, 
kata Azhar lagi.
 
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab kuliah agama yang diadakan di 
pejabat Harakah tengah hari tadi yang merupakan rutin setiap hari Khamis untuk 
kakitangan dan warga kerja Harakah.
 
Dalam kuliah selama satu jam itu, Azhar yang berkelulusan Ijazah Bahasa 
daripada Jordan serta Kedoktoran di bidang dakwah, turut menjelaskan kaedah dan 
sejarah dakwah untuk mendekati orang bukan Islam memahami agama Allah itu, yang 
sebelum ini dipandang negatif seperti ekstremis, fanatik, penggganas dan aneka 
label lagi.
 
Katanya, peristiwa 11 September 'World Trade Centre' itu, telah membuka mata 
masyarakat dunia khususnya bukan Islam untuk menkaji adakah benar propaganda 
bahawa Islam dan ayat-ayat Quran mengarahkan umat Islam melakukan keganasan.
 
Berpunca daripada itu, akhirnya di satu ketika, tanpa diduga indeks pembelian 
naskah al-Quran naik mendadak sekaligus ramai orang bukan Islam memeluk agama 
itu, kerana telah mendapati propoganda itu adalah sebaliknya dan meyakini 
kebenaran ayat-ayat Quran, katanya.
 
Menyambung isu ungkapan ayat al-Quran itu, kata Azhar sama ada hati seseorang 
itu ikhlas atau mempunyai niat lain, Azhar berkata itu persoalan dan urusan 
Allah SWT yang tentukan dan umat Islam wajar mengambil kira apa yang dilakukan 
secara zahir yang memberi kebaikan kepada semua pihak.
 
Kalau salah sebut, perbetul. Kalau hina, salah terjemah atau baca terbalik ke, 
kita tentang tetapi ini tidak.
 
Kita sepatutnya mendoakan supaya sedikit demi sedikit terbuka pintu hati 
mereka dan bersyukur sebab perjuangan dakwah memperkenalkan Islam telah berjaya 
sehingga memikat hati orang bukan Islam untuk mengetahui maksud dan ayat-ayat 
Quran apatah lagi mengungkapnya, katanya.
 
Ketika menjawab satu soalan berhubung hukum orang bukan Islam menghadiri kuliah 
atau majlis agama di masjid, beliau menjelaskan bahawa sejarah Rasullullah 
s.a.w. membuktikan bahawa betapa ramai orang bukan Islam hadir di kuliah dan 
bersoal jawab dengan Nabi untuk mendalami hal Islam.
 
Sudah banyak peristiwa orang bukan Islam membaca al-Quran untuk mendalami 
Islam dan ianya bukan pelik dan menghinakan. Kita tidak boleh kecam atau sekat 
mereka sebab itu bukan kaedah dakwah yang betul malah mengelirukan. Bagaimana 
nak mendekati jika kita awal-awal lagi sekat mereka?
 
Kuliah Rasulullah sentiasa dihadiri oleh orang bukan Islam untuk bersoal jawab 
dan ini mesti kita galakkan sekarang supaya ilmu dan penjelasan tentang Islam 
difahami oleh semua pihak tanpa kira batasan agama, katanya yang mengakhiri 
kuliah kira-kira jam 1.30 petang tadi. - azm/mks._










 



 
Noorshamsudin Bin Hj. Mohd. Darus
IS Audit, Audit  Compliance Division, AFFINBANK
1st Floor, Menara AFFIN, 80 Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur,  W. Persekutuan
MALAYSIA
 
Tel:  03 - 27315246  /  03 - 27315242    Fax: 03 - 20264081    -  H/P:  012 - 
2923403
 
  BANKING WITHOUT BARRIERS
 


  

Help Palestine [hidayahnet] Ketokohan perawi hadis wanita

2009-04-20 Terurut Topik Moderator Tazkirah
Ketokohan perawi hadis wanita
OLEH SITI AINIZA KAMSARI


Dr. Mohammad Akram Nadwi (kiri) membentangkan kertas kerjanya pada seminar di 
Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.



SEPERKARA anda mesti tahu, tidak tercatat langsung dalam sejarah, mana-mana 
individu wanita Islam yang semasa hayat mereka meriwayatkan atau perawi hadis 
didapati mereka-reka hadis palsu. Tidak seorang pun!
 
Berbanding lelaki, terdapat ramai di kalangan mereka yang mereka-reka hadis 
palsu yang tentunya bertujuan memfitnah Rasulullah.
Namun perkara ini tidak ditemui di kalangan tokoh-tokoh wanita sebagai perawi 
hadis, Felo Penyelidik dari Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Dr. 
Mohammad Akram Nadwi.
 
Justeru jika kita hendak mempersoalkan individu-individu tertentu mengenai 
integriti sesuatu ilmu itu, maka orang itu sepatutnya lelaki. Wanita lazimnya 
sentiasa menyampaikan sebarang pengetahuan apatah lagi melibatkan kesucian 
agama dengan jujur dan benar.
 
Fakta itu antara yang menarik perhatian hadirin yang mengikuti syarahan awam 
yang disampaikan oleh tokoh akademik anjuran Institut Antarabangsa Pengajian 
Islam Lanjutan (IAIS) Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
 
Namun Dr. Mohammad Akram mempunyai fakta-fakta menarik lain ketika menyampaikan 
syarahan yang bertajuk 'Peranan Wanita dalam Gerakan Hadis itu'.
 
Tsiqqah
 
Satu tajuk yang tidak sahaja menjelaskan bahawa wanita turut berperanan 
mengembang dan menyebarkan hadis-hadis Rasulullah. Malah ketokohan mereka 
membuktikan kaum hawa juga berperanan menentukan bentuk undang-undang dan 
hukuman yang bakal dijatuhkan di zaman masing-masing. Ini bererti mereka sangat 
tsiqqah (boleh dipercayai).
Ini juga bermakna, tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan jika hadis itu 
merupakan hasil riwayat seorang wanita.
 
Sebabnya kualiti dan kekuatan hadis sama ada yang diriwayatkan perawi lelaki 
atau perempuan adalah sama dan kedua-duanya boleh diterima asalkan sahaja 
masing-masing telah memenuhi segala kriteria dan syarat sebagai perawi hadis 
yang sahih atau hasan, jelas beliau.
 
Lalu, mengapa tidak kita memberikan satu perspektif baru bahawa penglibatan 
wanita sebagai perawi hadis adalah sama penting seperti lelaki?
 
Sebagaimana yang disebut oleh Imam Hakim Naisaburi: Satu perempat daripada 
khazanah ilmu agama kita bergantung kepada apa yang disampaikan oleh golongan 
wanita. Tanpa sumbangan dari mereka, kita mungkin kehilangan suku dari khazanah 
tersebut.
 
Menurut Dr. Mohammad Akram, umum mengetahui mengenai kebijaksanaan yang 
dimiliki oleh isteri Rasulullah, Siti Aishah yang banyak meriwayatkan 
hadis-hadis Rasulullah sebagaimana yang direkodkan oleh Imam Bukhari.
 
Walaupun Siti Aishah tidak pernah melahirkan anak tetapi beliau sering 
disifatkan sebagai ibu kepada semua perundangan Islam.
 
Selain Siti Aishah, kita sebenarnya mempunyai ramai tokoh wanita Islam dari 
zaman silam yang terkenal kerana meriwayatkan sesuatu hadis. Malah hadis yang 
diriwayatkan oleh mereka adalah yang terkenal dan paling terpakai.
 
Hadis mengenai mengambil kewajipan air sembahyang, wuduk misalnya, telah 
diriwayatkan oleh seorang wanita dari zaman Rasulullah, iaitu Rubiyya binti 
Muawidh ibn Afrah, yang ahli keluarganya ramai yang terkorban dan syahid di 
peperangan di Bukit Uhud.
 
Beliau adalah perawi hadis yang hebat apabila hadis berkenaan boleh ditemui 
dalam koleksi ramai periwayat hadis terkemuka yang lain termasuk Bukhari, 
Muslim dan Ibnu Majah, ujar Dr. Muhammad Akram.
 
Sumber perundangan mengenai wajib berwuduk itu hanya diambil dari hadis Rubiyya 
apabila wanita ini menceritakan bagaimana tertib dan peraturan yang ditunjukkan 
oleh Rasulullah semasa mengambil wuduk sebagaimana yang beliau saksikan sendiri.
Anak murid wanita ini termasuklah Abdullah ibn Abbas yang merupakan seorang 
lagi tokoh yang banyak mengingati ayat-ayat al-Quran serta hadis dan sunnah 
Rasulullah malah salah seorang saudara terdekat, iaitu sepupu Rasulullah.
 
Abdullah tidak pernah mempertikaikan Rubiyya atau berkata: Mengapa saya mesti 
belajar dari wanita ini, sedangkan saya sendiri berasal dari ahli keluarga 
Rasulullah malah saya juga seorang yang menghafal al-Quran.
 
Seorang lagi tokoh wanita dalam gerakan hadis dari generasi selepas zaman 
Rasulullah yang harus kita kenali, iaitu Amrah Abdur Rahman. Beliau seorang 
pakar perundangan malah bertaraf mufti dan yang lebih penting wanita ini 
menguasai bidang hadis.
 
Khalifah Islam terkenal, Umar Abdul Aziz pernah berkata: Jika kamu hendak 
mempelajari hadis, pergilah belajar dengan Amrah. Imam Zuhri, tokoh yang 
terkenal kerana berjaya mengumpulkan hadis dengan sistematik pernah berkata: 
Pergilah kepada Amrah, ilmu hadis yang beliau miliki umpama sebesar kapal.
 
Antara kehebatan Amrah itu diceritakan melalui satu kisah apabila seorang hakim 
di Madinah hendak menjatuhkan hukuman potong tangan terhadap seorang pencuri 
yang berasal dari Syria dan beragama Nasrani (Kristian).
 
Apabila 

Re: Help Palestine [hidayahnet] Hinanya kepala merah: menembak direct membutakan mata

2009-04-20 Terurut Topik Kholid Ali
Waalaikumusalam wbt,
 
   Betul juga cadangan Sdr Abu Samah. Sememangnya Kerajaan Negeri Kelantan yang 
ditadbir PAS nak buat macam-macam demi memertabatkan Islam. Sebaik saja ambil 
pemerintahan negeri mereka nak laksanakan hudud tapi diancam oleh UMNO yang 
berkuasa di pusat. Jadi pemimpin PAS akurlah maka undang-undang itu sekadar 
dilulus dalam sidang DUN sajalah. Kira itu pun sudah cukup baik kerana di 
peringkat negeri undang-undang Allah telah diluluskan dan diiktiraf secara 
rasmi sedangkan UMNO yang berkuasa di Pusat dan di kebanyakan negeri sehingga 
kehari ini belum pun berbuat demikian. Kelantan dihalang melaksanakan hudud 
maka kerajaan Kelantan akur bagi elakan sabotaj oleh kerajaan pusat.  Macam 
juga Rasulullah buat perjanjian ? Hudaibiyah di mana orang kafir enggan perakui 
bahawa Muhammad itu Rasulullah dan minta tidak ditulis dalam perjanjian itu dan 
akhirnya Nabi akur. Mungkin begitu jugalah kerajaan Kelantan yang juga akur 
bila kerajaan Pusat yang diketuai
 UMNO ancam mengambil tindakan jika Kelantan laksanakan hudud. Musyrikin tak 
iktiraf Nabi kita boleh pahamlah pasal mereka tak Islam tapi UMNO ngaku Islam 
tapi tak mau hudud nak kata macam mana ya ??
 
   Dalam kes bola sepak, jika nak dilaksanakan peraturan-peraturan keatas 
penonton dan pemain yang sesuai dengan Islam tak semestinya negeri yang 
ditadbir PAS saja mesti laksanakan dulu. Bukankah semua negeri ada Majlis Agama 
Islam, ada Jabatan Agama Islam ? Mereka ini adalah agensi kerajaan yang 
sepatutnya melaksanakan polisi-polisi kearah memeperkasakan Islam tapi 
malangnya agensi-agensi ini dibenar oleh pemerintah untuk ambil tahu hal masjid 
saja. Mereka arahkan masjid jangan benarkan ahli politik terutama pemimpin PAS 
libatkan parti dengan program masjid !!?? Jadi agaknya terlupalah mereka bahawa 
Islam itu sepatutnya diperkasakan di mana-mana saja termasuk di stadium, di 
pasaraya, di sekolah dan universiti, di mana sajalah selagi bumi Allah di pijak 
bukan sekadar di masjid !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Fri, 4/10/09, abu sa...@yahoo.com abu sa...@yahoo.com wrote:

From: abu sa...@yahoo.com abu sa...@yahoo.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hinanya kepala merah: menembak direct 
membutakan mata
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Friday, April 10, 2009, 8:11 PM









Assallamualaikum. ...
 
Tengokle dulu puncanya kalau sikit2 nak bubar, susahle gamaknya.
Jika kes di stadium bola nii...memang patutle, pasukan yang kalah yang
kau orang over sangat buat ape ?.
Apa kau orang ade mabuk ka?. Macam mat saleh sanun tuu..?.
Tapi nii terjadi kat Kelantan pulak tuu...nampaknya cadangan saudara
Kholid kenalah praktik kat sana dulu. Kenalah bagitau Nik Aziz supaya
beliau tau yang negeri yang di takbir oleh PAS pun ada cacatnya .
Malu ahh..asyik komplen orang dan dasar pemerentahan BN mengundang
jenayah tapi dasar PAS ok ke ?.
Apakah pengacau terbabit adalah  PENGACAU HANTU  dari BN ?.
 
Tulah kita jangan asyik nak cari salah orang sedangkan kain sendiri
koyak rabak tapi buat tak de aje..!.
 
Wassallam
 
 
 
 

- Original Message -
From: Kholid Ali
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Saturday, April 11, 2009 10:14 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hinanya kepala merah: menembak direct 
membutakan mata








   Pasukan FRU patut dibubarkan saja. Ia sekadar jadi alat pemerintah untuk 
tunjuk kekuatan dan kuasa. Bila ada saja perhimpunan parti politik pembangkang 
ramailah mereka datang dengan lagak nya. Sikit2 tembak gas sikit2 tembak gas 
tapi perhimpunan oleh penyokong kerajaan sampai kutuk istana pun tak ada pula 
gas dilepaskan. Masa marahkan Sultan Terengganu tak dengar pun gas dilepaskan 
keatas mereka yang menyokong parti kerajaan yang anjur demonstrasi terhadap 
istana.Tapi mengapa jika di tempat-tempat di mana program pembangkang diadakan 
atau di tempat-tempat pertandingan bolasepak diadakan tak boleh kah mereka 
bertindak berpatutan.
 
   Di luar negara saya lihat di kaca tv polis anti rusuhan ini dibaling dengan 
macam2 objek tapi mereka tidak bertindak balas kecuali jika sampai mencederakan 
mereka. Saya pun pernah juga turut menyertai satu demonstrasi anjuran pihak 
masjid- masjid di sebuah negara luar bersama-sama orang Islam yang majoritinya 
berbangsa Pakistan tapi saya tak nampak pun ada polis orang puteh ramai-ramai 
ekori kami. Ada beberapa orang polis tolong kawal pula lalu lintas bagi 
melicinkan perjalanan perarakan kami.
 
  Tinggalkan dulu polis kepala merah ini dan peristiwa menyedihkan seorang 
pemuda yang kemungkinan buta matanya dikatakan akibat terkena peluru tembakan 
FRU untuk para pemimpin dan kita juga menilai tentang aktiviti sukan di negara 
ini. Pergaduhan di dalam dan di luar stadium adalah perkara biasa di beberapa 
negara Eropah apabila pasukan bolasepak yang hebat-hebat bertemu. Ada negara 
tertentu mengharamkan penyokong pasukan England mengikuti perlawanan pasukan 
England di  negara luar berkenaan. Penyokong England ini 

Re: Help Palestine [hidayahnet] UMNO tetap tidak memahami kesilapannya

2009-04-20 Terurut Topik Ismail ab. rahman
Saya ini memberi pandangan, mungkin ianya tidak seperti apa yang sebenarnya 
berlaku di alam nyata.
 
M'sia telah merdeka lebih 50 tahun lalu. Pejuang kemerdekaan boleh dikatan 90% 
telah kembali ke alam kubur. Yang maseh tinggal sudahtidak boleh buat apa-apa 
lagi.

Pemimpin Negara sekarang mukin tidak lihat perjuangan kemerdekaan, cuma 
mendapat maklumat dari cerita baik mulut atau buku sejarah. Namun sejauh mana 
menghayati perjuangan kemerdekaan tidaklah sampai 60%, barangkali! sama seperti 
pejuang dulu.
 
Sekarang zaman merebut kekuasaan mungkin bukan lagi sama seperti pejuang 
kemerdekaan. Rata-rata apa yang saya amatibanyak ingin mendapat kuasa untuk 
mendapat kenikmatan hidup di Dunia ini sahaja. Sangat jarang saya dengar dan 
dapati memperjuang untuk kesejahteraan penduduk (rakyat) keseluruhannya. 
Mungkin ada yang mahu buktinya! Apa tidak membagi bantuan dalam bentuk subsidi 
pun telah ada pilih kaseh. Definasi penyokong kita dan bukan penyokong kita 
kedengaran semasa pendaftaran senarai nama yang akan boleh menerima bantuan dan 
subsidi
 
Mengapa adakah mereka beranggapan kepada yang tidak dapat bantuan dan subsidi 
itu buta hati dan perasaan? Ini salah satu dari bunga-bunga rasa dendam dan 
sakit hati kepada yang berkenaan.
 
Masuk musim pilihan raya ramai memberi bantuan baik secara umum atau secara 
peribadi dan persendirian diberi. Janji ditabur, selapas pilihan raya banyak 
janji tidak tertunai. Sekarangsudah 12 kali pilihan raya umum, maka telah 
sebanyak 12 janji dibuat. Mana-mana janji tidak tertunai menjadi ingatan dan 
igauan pengundi. Tabur budi semasa pilihan raya, janji pilihan raya telah 
menjadi satu perkara yang tidak dapat diterima oleh pengudi lagi.
 
Setiap lepas pilihan raya dikata buat post-mortem. Adakah post-mortem itu 
dibuat secara jujur dan tepat seperti perkara itu yang disebabkan? Apa yang 
saya dengar dari perbincangan di TV dan tulisan di akhbar saya rasa bukanlah 
sebenarnya penyabab kepada keputusan pilhan raya tersebut. Sebagai bukti saya, 
cuba renongkan selapas sesuatu keputusan pilahan raya kalah, tetapi pada 
pilihan raya berikutnya maseh menjalankan strategi yang sama saperti yang kalah 
dulu.Bagi saya ini menunjukan faktor sebenar yang membawa kepada kekalahan yang 
lepas tidak atau belom dikenalpasti, maka berulanglah kekalahannya.
 
Bagi saya pengudi sekarangkebanyakan yang berpendidikan, yang telah luas 
pengetahuan dan maklumatudah didapati ekoran teknologi sekarang. Hasilnya 
mereka bukannya seperti pengunditahun 50an dan awal 60an dulu. Analisa oleh 
profesor pun mereka boleh menilai sendiri kebenaran dan tidaknya.
 
Pemerentah momokan modal lama dengan pembangunan khususnya pembangun fizikal 
dan keduniaan semata-mata. Pembangunan akhlak, siasah dan keugamaan boleh 
dikatakan tidak ada langsung. Islam hadhari tidak ada apa pun perbezaan 
masyarakat tentang akhlak dan keugamaan masyarakat. Banyak masjid dilarang 
mengajar agama. Peluang pendidikan keugamaan tertinggal kebelakang. Akhlak 
anak-anak muda rusak. Apakah ini tidak memberi kesan negatif kepada pengundi?
 
Allah swt ada berfirman Telah datang kebenaran dan kebathilan telah lenyap, 
sesungguhnya bahawa yang bathil itu adalah sesuatu yang PASTI lenyap.
Allah swt. turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi 
orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang 
yang zalim selain kerugian. Surah Al Israa' ayat 81 dan 82.
 
Kita hidup di dunia ini tidak lama, tidak sampai 100 tahun pun, itu pun kalau 
maseh hidup bukan boleh berbuat apa lagi. Allah swt juga berfirman Dan barang 
siapa yang Kami (Allah swt) panjangkan umurnya niscaya Kami (Allah swt) 
kembalikan dia kepada kejadiannya (ie masa anak kecil). Maka apakah mereka 
tidak memikirkan Surah Yaasin ayat 68. Maka apakah kita manusia tidak mahukah 
memikirkan tentang Akhirat yang mana semua makhluk manusia akan diperhitungkan 
amalan semasa di dunia ini dan akan menerima penghisaban yang paling tepat, 
tidak ada pembela melainkan nggota sendiri yang memang tidak akan memberi 
keterangan yang benar.
 
Allah swt juga berfirman Hai manusia, sesungguhnya telah bekerja dengan 
sungguh-sungguh mwnuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui NYA Surah Al 
Insyiqaaq ayat 6. Saya sebagai insan kerdi sukalah menyeru dan merayu supaya 
kembalilah ke jalan yang benar, lurus seperti yang telah diterangkan dalam Al 
Qur'an dan Hadith Rasul Allah.
 
amin.


From: ha...@yahoo.com ha...@yahoo.com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] UMNO tetap tidak memahami kesilapannya
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Sunday, April 12, 2009, 4:07 PM









salam,

ramai pemimpin umno marah dengan trend pengundi cina. mereka yg berhatikan 
ketuanan melayu, melepaskan kemarahan itu kepada pas. Cubalah baca awang 
selamat mingguan malaysia. Walhal sudah 50 - 2 tahun, undi cina diberi kepada 
umno.

Umno juga tidak akan mahu menerima bahawa mereka lah yg divide n rule. 
psempadanan semula pilihanraya 

Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran

2009-04-20 Terurut Topik abu samah
Assallamualaikum...

Ya benar sekali hujah saudara amrisiapakah dia yang
diberikan hak untuk menbaca dan mentafsir ayat suci 
Al Quran?.
Begitulah buruknya politik sekarang...campur tangan kaum
kafir ini dlm hal ugama kita DIBENARKAN oleh pihak pembangkang
malahan mendapat tepukan gemuruh dari orang Islam sendiri.
Bagaimana PEMBESAR PAS ?. Anda kalut ataupun anda telah sadar ?.

Manjakan kaum ini...ya pasti lama laun anda dan ugama anda
akan DITELANJANGKAN tanpa anda sedar dan yang bersorak adalah
orang Islam yang berbangsa Melayu .

Wassallam



  - Original Message - 
  From: amri el wahab 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Monday, April 13, 2009 2:30 PM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran





   

   Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat
   Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.

   Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam 
tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.

1.. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong 
ayat Al Quran ketika itu? 
2.. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak 
3.. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata 
mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari 
itu. 
4.. Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat 
mainan politik nya untuk tujuan meraih undi. 
5.. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu 
bahawa ianya bermotif politik. 
6.. Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam 
boleh beli dengan surah Al Quran senjata Umat Islam sendiri??? 
7.. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan 
rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam 
selepas ini. 
8.. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat 
orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya 
lintang pukang. 
9.. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan 
Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik? 
10.. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan 
Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam 
berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.  
11.. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati 
12.. Mengapa? 
13.. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al 
Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan 
orang yang mahir Al Quran atau guru. 
14.. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah. 
15.. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran 
16.. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid 
dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya. 
17.. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang 
bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya 
malam itu? 
18.. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan 
hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan 
seorang yang mahir. 
19.. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan 
orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?) 
20.. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang 
terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan 
bertepuk tangan.Malangdan memalukan..!!! 
21.. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran 
sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik. 
22.. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam 
sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.


  Salaam  Regards
  Amri el Wahab
  68000 Ampang, Selangor
  MALAYSIA
  SMS: 0122441105
  Sila ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


  

RE: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran

2009-04-20 Terurut Topik Hassan, Haslim
Salam,
 
Saya cadangkan sdr siasat dahulu akan situasi sebenar sebelum
terburu-buru membuat kesimpulan
dengan sekadar mengambil apa yang dikeluarkan oleh pihak media.
 
Sdr boleh hubungi sendiri Ustaz Ahmad Awang dan tanyakan tentang insiden
tersebut kerana insiden tersebut
ada melibatkan secara langsung dgn beliau dimana Ustaz Ahmad Awang telah
dirujuk sebelum insiden itu berlaku.



From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of amri el wahab
Sent: Monday, April 13, 2009 2:30 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran





 Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat
http://docs.google.com/File?id=dg4bjxd_454ch3fbncn_b 

 Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.

 Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan
Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran
sesuka hati.
 

1.  Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan
sepotong ayat Al Quran ketika itu? 
2.  Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak 
3.  Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah
semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika
berkempen hari itu. 
4.  Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran
sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi. 
5.  Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati
tahu bahawa ianya bermotif politik. 
6.  Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan
Islam boleh beli dengan surah Al Quran senjata Umat Islam sendiri??? 
7.  Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan
rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka
kepada Islam selepas ini. 
8.  Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila
melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun
bacaan nya lintang pukang. 
9.  Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang
bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik? 
10. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau
memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk
meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.  
11. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati

12. Mengapa? 
13. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar
membaca Al Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah
dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru. 
14. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak
sah. 
15. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran 
16. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum
tajwid dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya. 
17. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah
yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak
ceramah nya malam itu? 
18. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan
tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di
hadapan seorang yang mahir. 
19. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan
guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya
pula.(Terbalik kan?) 
20. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang
terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak
dan bertepuk tangan.Malangdan memalukan..!!! 
21. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al
Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik. 
22. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan
Islam sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan
politik.



Salaam  Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
Sila ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com
http://hembusan-amal.blogspot.com 




_
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs
Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any 
attachments) contains information which is confidential and proprietary in 
nature and the copyright in which belongs to Zuellig Pharma Asia Pacific or a 
subsidiary of Zuellig Pharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and 
singularly as Zuellig Pharma) or a third party.
 
This communication is intended solely for the individual to whom it is 
addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may 
not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of 
this communication without the written authority of Zuellig Pharma. If you have 
received this communication in error, please 

Help Palestine [hidayahnet] HUBUNGAN YANG PERTAMA

2009-04-20 Terurut Topik ahmad_arrasyid
Salam...
HUBUNGAN YANG PERTAMA :   IMAN KEPADA  ALLAH S.W.T
Allah s.w.t telah meletakkan amanah Iman, iaitu tanggungjawab yang paling besar 
 ke atas kita supaya  kita sentiasa menghubungkan diri dengan Yang Maha Esa, 
Allah s.w.t, tempat bergantung dan menyerah diri dan segala  sesuatu datangnya 
daripada  Allah s.w.t.  Segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, 
adalah milik Allah  s.w.t.
  Inilah hubungan yang pertama yang mesti lahir di dalam jiwa kita.  Hubungan 
yang besar dan luas, seluas alam semesta ini.  Ikatan  perhubungan  di antara 
yang dicipta ( makhluq ) dengan Yang Maha Pencipta ( Khaliq), Allah s.w.t.



Hakikat keimanan ini perlulah meresapi , menjiwai sehingga  ianya  sebati dalam 
lubuk hati.   Inilah
hakikat hubungan yang pertama yang dituntut oleh Allah s.w.t
sehinggalah perhubungan ini dapat melahirkan keberkesananny di dalam
kenyataan hdup kita.  Ia juga merupakan titik permulaan hidup manusia.   Ini 
bererti setiap perkembangan hidup kita  itu mestilah terpancar daripada asas 
perhubungan yang bersih ini.

Sejarah hubungan ini telah bermula  sejak
terciptaya manusia yang pertama di muka bumi iaitu Nabi Adam a.s dan
dari saat itulah bermulanya sejarah hidup manusia itu sendiri.  Sejarah
hidup manusia ini mestilah selaras dengan hakikat penciptaan manusia
dan alam ini sepertimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t Yang Maha
Pencipta danMaha Pengatur segala sesuatu.  Allah s.w.t  Yang Maha Mengetahui 
untuk sampai kepada satu tahap kefahaman dan kesedaran yang sebenarnya tentang 
hakikat kejadian  manusia dan pencipta alam ini.  Maka perlunya manusia itu 
kepada taufik dan hidayah daripada Allah s.w.t. Manusia
diciptakan oleh Allah s.w.t dalam serba kekurangan dan kelemahan itu
tidak akan mampu untuk menyelami rahsia dirinya sendiri dan rashis di
sebalik alam  ini.  Apa lagi untuk mengetahui sesuatu yang ghaib atau yang 
tersembunyi.

 Oleh sebab itu rahmat dan nikmat kurniaan Allah s.w.t maka kita 
dipermudahkan untuk dapat berhubung dengan kebenaran yang  hakiki, dengan Yang 
Maha Esa.  Maka dengan itu diutuskan Rasulullah s.a.w sebagai pembawa berita 
gembira dan peringatan.  Allah s.w.t telah mengutuskan rangkaian para Nabi dan 
Rasul dari sejak terciptanya manusia  yang
pertama sehinggalah kepada Rasul yang terakhir Nabi Muhammad s.a.w, ada
lah luntuk menyelamatkan manusia dari kegelapan ( kesesatan ) kepada
keterangan ( kebenaran ).  Setiap risalah yang
dibawa oleh para Nabi dan Rasul adalah untuk menjelaskan hakikat
kewujudan manusia di atas muka bumi ini iaitu untuk menegakkan
kedaulatan ( kekuasaan ) Allah s.w.t di muka bumi ini sehinggalah
terlaksananya perintah Allah s.w.t dan ajaran Allah s.w.t dapat
menguasai kehidupan manusia keseluruhannya.

Di dalam al Quran banyak sekali diperjelaskan dan diperingatkan oleh  Allah 
s.w.t kepada manusia akan kenyataan ini.  Bahkan
Allah s.w.t tidak segan atau jemu mengulanginya di setiap masa dan
ketika terutama pada ayat-ayat yang diturunkan di Makkah.  Inilah intisari yang 
terkandung di dalam al Quran al Karim.  Ini merupakan persoalan pokok atau 
dasar  di dalam Manhaj Tarbiyyah al Quran al Karim.  Sekarang marilah kita 
dekati dengan beberapa ayat dari kitab suci tersebut:  Firman Allah s.w.t  :

Terjemahannya :- “ Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka 
yang menciptakan ( diri mereka sendiri )?.  Ataukah mereka telah menciptakan 
langit dan bumi itu ?; sebenarnya mereka tidak meyakini ( apa yang mereka 
katakan ).  “  ( Surah ath Thuur : 35-36 )

Firman Allah s.w.t lagi :  Terjemahannya: “ Hai manusia, sembahlah 
Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan
 orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa.  Dialah
Yang menjadikan bumi sebagi hamparan bagimu dan langit sebagai atap,
dan Dia menurunkan air ( hujan ) dari langit, lalu Dia menghasilkan
dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu
janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi  Allah, padahal kamu mengetahui “  
( Surah al Baqarah : 21-22 )

Firman Allah s.w.t lagi :- Terjemahannya : “  Allah lah yuang 
menjadikan malam untuk
 kamu supaya kamu beristirihat padanya; dan menjadikan siang terang benderang.  
Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, 
akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.  Yang demikian itu adalah  
Allah, Tuhan mu, Pencipta segala sesuatu.  Tiada
Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu
dapat dipalingkan ? Seperti demikianlah dipalingkan orang-orang yang
selalu mengingkari ayat-ayat Allah.  “  ( Surah al Mu’min : 61-63 )

  Firman Allah s.w.t lagi :-   “  Allah
lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai
atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta  memberi
kamu rezeki dengan sebahagian yang sebaik-baik, Yang demikian itu
adalah Allah Tuhan mu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.  Dialah  Yang 
Hidup kekal, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia; maka 

Help Palestine [hidayahnet] Menyelami Ibadahnya Seorang Insan

2009-04-20 Terurut Topik Brother Nawawi
Menyelami Ibadahnya Seorang Insan

http://an-nawawi.blogspot.com/ 

Allah memiliki sesuatu yang diperintahkan kepada hamba-Nya, takdir yang 
ditetapkan, dan nikmat yang diberikan kepada mereka. Dan mereka tidak terlepas 
dari ketiga-tiga hal tersebut. Takdir (ketetapan) Allah terdiri dari dua 
keadaan iaitu sama ada baik atau pun sebaliknya. Allah berhak disembah (menjadi 
fokus setiap tujuan) oleh setiap hamba-Nya. Dengan itu, makhluk yang dicintai 
oleh Allah adalah mereka yang mengerti unsur ibadah bagi setiap perkara dan 
memenuhi segala jenis hak dan kewajibannya. Inilah makhluk yang paling dekat 
kepada-Nya. Manakala hamba yang paling jauh dengan-Nya adalah yang tidak 
mengerti kriteria bagi setiap perkara, sehingga dia tidak memiliki ilmu dan 
tidak pula beramal.

Ibadah seseorang bagi setiap perkara adalah dengan menjalankan perintah-Nya di 
atas landasan keikhlasan dan dengan mengikuti contoh yang dibawakan oleh 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta dengan menjauhi 
larangan-larangan-Nya kerana perasaan takut, rasa cinta, dan demi untuk 
membesarkan-Nya.

Ibadah ketika dilanda musibah adalah dengan bersabar dan redha terhadap 
ketentuan-Nya. Inilah ibadah yang tertinggi. Kemudian bersyukur, dan ini lebih 
tinggi dari redha. Hakikat ini dapat dicapai apabila rasa cinta seseorang 
terhadap Allah telah begitu mendalam dan dia mengetahui serta mengakui perihal 
baiknya setiap apa yang dipilihkan Allah bagi dirinya dan adalah demi 
kebaikannya sendiri walaupun dia tidak menyukainya.

Ibadah seseorang terhadap aib yang menimpanya adalah dengan segera bertaubat, 
menyedari ketergelincirannya, mengakui kesalahannya, dan di saat itu dia pun 
tahu bahawa tidak ada yang dapat mengangkat dirinya dari kesalahan tersebut 
melainkan Dia, dan tidak ada yang menjaganya dari segala bentuk bahaya 
melainkan Dia. Namun sekiranya seseorang itu terus melakukan sesuatu yang 
tercela, maka perbuatan tersebut hanya akan menjauhkan dirinya dari Allah. Dia 
pun akan melihat bahawa keburukan itu tidak akan dapat disingkirkan melainkan 
dengan kembali kepada-Nya. Di saat itu, dia pun berlindung kepada Allah bagi 
meraih keredhaan-Nya dan supaya dijauhkan dari kemarahan-Nya. Semuanya dipohon 
di atas sebab sifat Maha Pengampun-Nya. Semoga dengan permohonan itu akan dapat 
mengelakkan terjauh dari-Nya. Ini kerana, sekiranya dia jauh dari-Nya maka 
tidak akan ada lagi jalan untuk bertaubat melainkan jika mendapat taufiq dan 
pertolongan-Nya. Semua itu berada di tangan Allah, dan bukan di tangan manusia, 
kerana manusia sangatlah lemah malahan untuk menentukan nasibnya sendiri pun 
dia tidak akan berdaya jika tiada izin, kehendak, dan pertolongan Allah. Maka 
dia perlu datang kepada-Nya dengan penuh rasa kerendahan, hina, miskin, sujud, 
menunggu di depan pintu-Nya, tunduk di hadapan-Nya, mengaku di hadapan-Nya 
bahawa dirinya adalah insan yang paling buruk, paling faqir, dan tersangat 
memerlukan-Nya, dengan perasaan penuh cinta lagi pengharapan. Fizikalnya pun 
dikerahkan sepenuh daya bagi tujuan mengabdikan diri kepada-Nya, hatinya 
bersimpuh di antara kedua tangan-Nya, kerana dia mengetahui dengan sepenuh 
keyakinan bahawa segala kebaikan adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kata-kata yang sewajarnya diungkapkan adalah ziir-zikir pujian dan kata-kata 
berupa kalimat syukur. Manakala yang selayaknya bagi seorang hamba adalah 
kelemahan, serba kekurangan, dan aib. Segala puji adalah milik-Nya, segala 
kebaikan berada di dalam kekuasaan-Nya, segala keutamaan, keagungan, dan 
pemberian adalah milik-Nya. Allah telah memberi terlalu banyak kebaikan kepada 
manusia, tetapi kebanyakan dari mereka mengkhianati-Nya. Allah mencintai 
hamba-Nya dengan memberinya nikmat, namun kebanyakan dari mereka membenci, 
mengingkarinya dan beramal dengan maksiat. Allah telah menurunkan nasihat 
kepada para hamba-Nya, tetapi di antara mereka ada yang melakukan kejahatan di 
saat berinteraksi dengan-Nya.

Sedangkan ibadah terhadap nikmat adalah dengan mengetahui dan mengakuinya 
terlebih dahulu, kemudian meminta perlindungan kepada-Nya agar nikmat itu 
melekat di dalam hatinya. Jika ada sesuatu sebab yang menyebabkan munculnya 
sesuatu, maka Allah-lah yang menciptakan sebab tersebut. Segala nikmat adalah 
dari-Nya semata dan segala puji hanya selayaknya diberikan untuk-Nya. 
Puji-pujian, rasa cinta, dan rasa syukur akan dapat diterima apabila setiap 
nikmat digunakan sebagai sarana menuju taat kepada-Nya.

Di antara rahsia beribadah dengan nikmat tersebut adalah dengan merasa cukup 
walau pun dengan yang sedikit, mengungkap banyak kalimat syukur, mengakui dan 
mengetahui bahawa nikmat tersebut datang kepadanya dari pemiliknya tanpa 
melalui urusniaga jual beli mahu pun bayaran. Semuanya adalah milik Allah, 
bukan milik insan bergelar hamba yang sentiasa merasa lemah. Maka, nikmat itu 
tidak akan bertambah melainkan apabila hamba merasa penuh kerendahan, 
ketundukan, kehinaan, tawadhu’, dan mencintai Dzat yang memberi nikmat. Setiap 

Help Palestine [hidayahnet] Bangkitlah Melayu Rembau

2009-04-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Tertarik dengan tajuk muka depan Utusan Malaysia 15 April 2009 bertajuk 
“Bangkitlah Melayu”. Saya nak tambah pula “Bangkitlah Melayu Rembau”.

Sekarang ini banyak tanah-tanah orang Melayu di Rembau akan diambil oleh 
kerajaan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 ( Seksyen 10 ) untuk Projek 
Landasan Keretapi Berkembar dan Cadangan Naiktaraf Jalan ke Gunung Datuk.

Malah saya pun terlibat, ramai orang Melayu Rembau lain terlibat. Saya nak 
tengok sendiri berapa pampasan kerajaan yang akan atau telah berikan kepada 
Melayu Rembau.

Berapa ringgit satu kaki persegi ? Adakah sama dengan tanah milik orang Cina di 
Seremban , Cheras , Kajang dan sebagainya yang dibeli untuk tujuan kepentingan 
umum yang sama.

Kalau pampasan dibayar kepada orang Melayu Rembau lebih rendah daripada orang 
Cina Seremban , orang Cina Kajang, tak payahlah pemimpin-pemimpin politik 
Melayu melaung-laungkan “Bangkitlah Melayu” , “Bersatulah Melayu”

Saya nak tengok adakah pampasan yang kerajaan akan berikan nanti boleh saya 
beli tanah dengan keluasan yang sama , tempat strategik yang sama dan 
seterusnya.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

***
BANGKITLAH MELAYU
Utusan Malaysia 15 April 2009

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan 
dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang 
menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang 
Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan 
tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Rujukan : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009dt=0415pub=Utusan_Malaysiasec=Muka_Hadapanpg=mh_01.htm






Help Palestine [hidayahnet] SATU MALAYSIA , Seremban Banjir Lagi

2009-04-20 Terurut Topik Suara N9
Taman Margosa boleh dapat anugerah taman yang paling malang di Negeri Sembilan 
Darul Khusus. Tak habis-habis dilanda banjir, banjir air najis, banjir lumpur.

SATU MALAYSIA. Minta PM dan MB buat rumah di Taman Margosa supaya dapat rasa 
semangat SATU MALAYSIA

Cerita lanjut di 
http://czackpy.blogspot.com/2009/04/taman-bukit-margosa-dilanda-banjir-lagi.html
 



  


Re: Help Palestine [hidayahnet] Isteri Ego Punca Suami Cari Lain

2009-04-20 Terurut Topik husaini rahman
Salam

Surah At-Taghabun 14-16

14. Hai orang-orang mukmin,
sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi
musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika
kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

15. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi 
Allah-lah pahala yang besar

16.
Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah
serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan
barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah
orang-orang yang beruntung.


--- On Sun, 4/12/09, raza...@yahoo.com@yahoo.com raza...@yahoo.com@yahoo.com 
wrote:
From: raza...@yahoo.com@yahoo.com raza...@yahoo.com@yahoo.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Isteri Ego Punca Suami Cari Lain
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Sunday, April 12, 2009, 6:32 PM

















  hamba juga terasa akan isteri akhir zaman ini. mahligai kami dirikan 
hampir 11thn nmpkny akan runtuh bila2 masa ajer... sikap biadap, derhaka apatah 
lagi utk menghormati suami tidak ada pad wanita akhir zaman kini. hamba juga 
pernah diherdik dgn perkataan yg x sepatutnya. bergurau dgn anak2 pun digelar 
gila dan apabila diajak bersama diherdik juga dan membebel dgn alasan tidak 
munasabah... akhirnya ku tinggalkan rumah ke rumah bondaku utk menjagar isteri 
durhaka ini ku doakan agar Allah SWT melaknat secukupnya Isteri Derhaka 
ini... mmg dia telah menempah Neraka Jahannam utk Dirinya sebagai suami 
tidak akan ku redha akan dirinya itu
 
 

New Email addresses available on Yahoo!

Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.

Hurry before someone else does!