Help Palestine [hidayahnet] Bersyukur

2010-01-04 Thread Shania Opal
*Setiap muslim akan senantiasa berusaha menjalankan kewajibannya dengan
penuh cinta,
wujud dari rasa syukurnya atas nikmat iman dan Islam yang ia peroleh. Setiap
insan akan
senantiasa menjalankan kewajibannya dengan  penuh cinta dan rela sebagai
wujud dari rasa
syukur.*

*Dari Abdullah bin A'mr r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda, *

*"Barangsiapa yang berdoa kepada Allah S.W.T., Allah S.W.T. akan
memasukkannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan
barangsiapa yang tidak berdoa dengan doa ini Allah S.W.T. tidak akan
menuliskan di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar. Dan
barangsiapa yang melihat seseorang yang lebih baik dari segi agamanya dan
dia mengikutinya, dan mengenai perkara dunia dia melihat orang yang lebih
rendah daripadanya dan dalam keadaan itu dia bersyukur kepada Allah S.W.T.
(dengan kurniaan dan limpah Rahim Allah S.W.T.), Allah S.W.T. akan
meletakkannya di kalangan orang-orang yang terbaik dan akan menuliskannya di
kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang
melihat kepada orang yang kurang agamanya dan melihat orang yang lebih dari
segi dunianya dan sentiasa mengeluh dalam memperolehi dunianya yang kurang,
maka Allah S.W.T. tidak akan menggolongkannya di kalangan orang yang
bersabar dan di kalangan orang yang bersyukur."*

*Hadith riwayat Tirmizi*

 
-- 
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Have a unique character like salt
its presence is not felt but its
absence makes things tasteless.


Help Palestine [hidayahnet] Christmas Santa Claus and Islam

2010-01-04 Thread Shima Derus
Assalamualaikum
A very enlightening information on the (history of)�various Christian's 
celebrations - Christmas, Halloween, Valentine, etc.�

http://www.youtube.com/watch?v=jOGu5CdkcgE
�
Wasalam,Shima Derus


  

Help Palestine [hidayahnet] Why do Arabs Migrate From Muslim Land to the Great Satan Land?

2010-01-04 Thread Mohamed Fudzail
**


Rationally, logically, and lawfully speaking, westerners are supposed to
migrate to the land of the Arabs, because it is the land of Muhammad's
message, the place where revelation descended [onto the prophet], the
convergence point of civilizations, the land of archaeological sites and
tourism, the centre of the universe and the podium of various cultures.

However, the inverse happened, with many Arabs migrating to the West. In
every town in Europe and America we find an Arab community filling
universities, schools, factories, and mosques. Some of them have fled from
repression, whipping, torture, gagging, confiscation of freedom, with the
traces of torture still on their backs and chests.

*HERE*


Help Palestine [hidayahnet] How to Tell if Your Cat is Plotting to Kill You - Extreme Fun...

2010-01-04 Thread Shania Opal
 [image: How to Tell Your Cat is Plotting to Kill You]




[image: Kneading on you - your cat is checking your internal organs for
weaknesses]



[image: litter]























  

-- 
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Have a unique character like salt
its presence is not felt but its
absence makes things tasteless.


Help Palestine [hidayahnet] SIKAP AHLI ILMU AKHIR ZAMAN

2010-01-04 Thread amri el wahab
I*slam* sangat menggalakkan umatnya menuntut Ilmu.Samada Ilmu dunia atau
Ilmu akhirat.

Allah berfirman, maksudnya:" Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh
bumi, saperti langit, turun berkali kali perintah Allah antara langit dan
bumi supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekalian mempunyai ilmu,
bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu,
sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu itu untuk segala
sesuatu." (At Talaq:12)

Namun apa yang berlaku kepada sesetengah orang yang sudah mendapat ilmu
ialah:-

   - Menimba ilmu Islam dari orang kafir di universiti universiti.
   - Menjadi sombong dengan Ilmu.Dia bukan makin merendah diri kepada Tuhan
   dan manusia.
   - Menggunakan ilmu sebagai mencari jawatan (saperti jawatan Mufti) atau
   kekayaan dunia atau pangkat atau untuk kepentingan politik dan diri sendiri.
   - Sudah dapat ilmu bukan menambah takutnya kepada Tuhan.
   - Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidup.
   - Dengan ilmu yang banyak tidak pun dapat berusaha menarik orang yang
   bukan Islam masuk Islam.
   - Mempunyai ilmu dalam satu bidang contohnya syariah tetapi berlagak
   pakar dalam bidang bidang lain.
   - Mereka sama mereka suka berbalah dan cabar mencabar  secara terbuka
   mengakibatkan masyarakat awam jadi serba salah tentang siapa yang benar.
   - Mereka menjadi punca pemikiran masyarakat jadi haru-biru akibat "Fatwa"
   mereka yang sentiasa berubah ubah (mengikut selera mereka).
   - Ahli Ilmu yang beku dan jumud menyebabkan masyarakat cepat jadi jahat
   kerana ahli ilmu itu sendiri sudah jadi jahat
   - Ahli Ilmu gagal menjadi obor kepada masyarakat


Salaam & Regards

*Amri el Wahab*
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Sent from Kuala Lumpur, Malaysia


Help Palestine [hidayahnet] Tahniah Maahad Tahfiz Seremban cemerlang PMR 2009

2010-01-04 Thread Rozmal bin Malakan
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah 
diatas peningkatan cemerlang keputusan PMR 2009 berbanding tahun 2008.

Keputusan PMR 2009 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah pada tahun ini saya dapati 
adalah lebih baik berbanding beberapa Sekolah Menengah Agama yang lain di 
Negeri Sembilan.

Tahniah kepada Guru-guru & Ibu bapa pelajar yang terlibat.

Untuk pengambilan pelajar ke Tingkatan 1 tahun 2010 sila rujuk www.saidiyyah.com

PMR 2009
9A - 1 Orang
8A - 2 Orang
7A - 1 Orang
6A - 1 Orang
Jumlah Calon : 29 Orang

PMR 2008
9A - Tiada
8A - 1 Orang
7A - 1 Orang
6A - Tiada
Jumlah Calon : 24 Orang


PROFIL PENGETUA Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah - Ustaz Mohamad Muhsin Bin Sheikh 
Ahmad

Ustaz Mohamad Muhsin Bin Sheikh Ahmad Al-Hafiz dilahirkan pada 31/5/1948 di 
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat didikan awal di Madrasah 
Al-Atas, Johor Baharu dan Maahad Tahfiz Al-Quran JAKIM, sehingga tahun 1966.

 Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga 1977 dan mendapat 
dua Ijazah, iaitu B.A. Syariah dan B.A. Al-Quran. Semasa itu juga beliau telah 
mendapat Ijazah Qiraat Tujuh.

Pernah bertugas di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras selama 5 ½ tahun. 
Kemudian di Universiti Islam Antarabangsa selama 9 tahun sebagai penyelaras 
kursus Al-Quran. Pensyarah di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hasanul Bolkiah, 
Brunei selama 6 tahun. Beliau menjadi anggota Lajnah Tashih Al-Quran 
Kementerian Dalam Negeri selama 6 tahun, Lajnah semakan Al-Quran mashaf Uthmani 
selama 4 tahun,  dan menganjurkan kursus Al-Quran untuk lebih 10,000 guru-guru 
Al-Quran Kementerian Pendidikan selama 6 tahun.

Beliau juga adalah salah seorang Hakim Fateh bagi Majlis Menghafaz Al-Quran 
Peringkat Kebangsaan.

Kini, beliau menjadi Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah di Pusat Pendidikan 
As-Sa’idiyyah, Seremban, sebuah pusat pendidikan Islam bersepadu. Juga sebagai 
Penasihat Persatuan hafiz Malaysia (PAHAM).






Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sutera Hanya Untuk Wanita

2010-01-04 Thread Abu Heakal


Daripada Sayidina Ali r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah dihadiahkan dengan pakaian bersulam lalu baginda 
mengirimkannya kepadaku. Akupun memakainya tetapi aku melihat kemurkaan di 
wajah baginda. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku mengirimkan pakaian itu 
kepadamu bukan untuk dipakai tetapi aku mengirimkannya supaya engkau jadikannya 
sebagai kain tudung wanita.

(Riwayat Muslim)


Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Bumi Memuntahkan Mayat

2010-01-04 Thread Abu Heakal


Daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar, dia telah membaca surah 
Al-Baqarah dan surah Ali Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah s.a.w, 
lalu dia melarikan diri untuk bersama-sama Ahli Kitab. Anas berkata: Ahli Kitab 
menyanjungnya. Mereka berkata: Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad 
menyebabkan mereka mengkaguminya. Setelah beberapa ketika bersama-sama Ahli 
Kitab, lelaki tersebut meninggal dunia. Ahli Kitab menggali kubur dan 
mengebumikannya. Bumi memuntahkannya ke permukaan. Mereka menggali lagi dan 
mengebumikannya semula. Namun bumi tetap memuntahkan lelaki tersebut ke 
permukaan. Mereka menggali dan mengebumikannya lagi. Bumi tetap memuntahkannya 
semula ke permukaan. Akhirnya mereka membiarkannya di permukaan bumi.

(Riwayat Muslim)