Help Palestine [hidayahnet] Keadilan Mengatasi Segala-galanya

2010-05-05 Terurut Topik Noorshamsudin Hj. Mohd. Darus
Keadilan Mengatasi Segala-galanya
 
Suzalie Bin Mohamad - Fellow - IKIM

09/04/2010 | Utusan Malaysia
 
Kitab suci Al-Quran mengandungi panduan hidup tentang kesejahteraan hidup di 
dunia mahupun di hari Akhirat. Sabahagian daripada intipati ajaran Islam adalah 
tentang kesejahteraan, keamanan, ketenteraman dan keselamatan. Manusia hanya 
boleh selamat daripada belenggu kerisauan apabila wujudnya kesejahteraan dan 
keadilan. Syariat Islam yang diterjemahkan melalui sumber Al-Quran, Sunah dan 
‘Ijma ulama bertujuan untuk mewujudkan asas-asas keselamatan berlandaskan 
keadilan dan kesejahteraan. Oleh sebab itulah Syariah wajib dilaksanakan bagi 
memenuhi keperluan asas keselamatan manusia dengan menjaga lima perkara utama 
iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.
 
Manusia tidak akan mampu menikmati keamanan dan keselamatan mutlak sekiranya 
tiada keadilan. Adil itu ringkasnya adalah meletakkan sesuatu perkara itu pada 
tempat yang sepatutnya.  Maka dengan itulah, Allah menurunkan panduan hidup 
kepada umat manusia melalui para Nabi dan Rasul supaya keadilan itu dapat 
dimanfaatkan. Ini bererti setiap kejadian berpunca daripada kuasa Allah SWT dan 
hanya padaNya sahaja tempat rujukan.   
 
Sesiapa sahaja yang meyakini bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan wajib 
disembah adalah seorang Muslim. Sesiapa sahaja yang memiliki keyakinan ini 
membawa risalah Islam yang mempelopori nilai-nilai keamanan, kesejahteraan dan 
kedamaian. Apakah hubung kait Islam dan kesejahteraan?
 
Perkataan ‘Islam' berasal dari kata dasar Salama bererti kesejahteraan, juga 
boleh diertikan keamanan, kedamaian, dan keselamatan. Perkataan Salam bererti 
sejahtera. Maksud ‘salam' ini terkandung dalam ucapan salam sejahtera ke atas 
rakan taulan yang ucapkan sebagai tanda mendoakan kesejahteraan kepada mereka.
 
Perkataan aslama pula kata kerja bererti menghambakan dan menyerah diri. 
Dalam konteks hubungan kita dengan Allah, ia bermaksud saya menyerahkan diri 
dan menyembah Allah. Maka dengan itu, adalah jelas bahawa sahnya Islam itu 
adalah pengiktirafan mutlak manusia kepada Penciptanya, Allah yang Maha Esa, 
yang sewajarnya disembah dan diserahkan segala-galanya.
 
Faham Islam yang betul akan mencorakkan nilai kefahaman tentang keamanan, 
kesejahteraan dan  kedamaian dalam diri seseorang itu. Inilah yang dikatakan 
kesejahteraan mutlak. Kesejahteraan dalaman dan luaran yang dimaksudkan ini 
hanya diperoleh apabila Islam diamalkan atau dilaksanakan secara tepat. Islam 
membawa bersama keadilan, sekali gus memancarkan kesejahteraan yang mencetuskan 
keselamatan dan kedamaian. Hakikat ini dapat kita rasai apabila hati nurani 
dapat merasai kehadirannya.
 
Dalam konteks urusan kenegaraan, keselamatan yang dimaksudkan tidak semata-mata 
wujud apabila keadaan sesebuah negara itu tidak berperang, kerana ada juga 
negara-negara yang tidak berada dalam kancah peperangan berada dalam keadaan 
takut, tidak selamat, was-was, tidak ada kesejahteraan, kedamaian dan keamanan.
 
Keselamatan dalam Islam merujuk kepada perasaan selamat yang mutlak dan 
perasaan ini memberi ketenangan di dalam jiwa yang terhasil kerana keyakinan 
mutlak kepada Maha Pencipta, Allah S.W.T. Inilah yang dikatakan keselamatan 
mutlak yang akan mewarnai nilai diri dan sikap seseorang itu yang akan menular 
ke dalam keluarganya, masyarakat dan juga dunia secara amnya. Seperti mana yang 
telah dijelaskan tadi, titik keselamatan bermula daripada adanya kesejahteraan 
yang bersumberkan keadilan. Tidak akan wujud keselamatan sekiranya tiada 
keadilan.
 
Keadilan (‘adl) secara umum bermaksud meletakkan sesuatu itu sesuai pada 
tempat dan keadaannya. Allah S.W.T telah berfirman bahawa wahyu-wahyu yang 
diturunkan itu bertujuan untuk memberi panduan kepada manusia untuk menegakkan 
keadilan.
 
Ibn Qayyim bila mentafsirkan Surah al-Hadid ayat ke-25 berkaitan keadilan 
menegaskan bahawa ‘keadilan adalah matlamat utama Islam. Allah mengutuskan 
para Nabi dan Rasul untuk menegakkan keadilan. Sebarang langkah ke arah 
menegakkan keadilan merupakan sebahagian tuntutan agama. Dengan merujuk kepada 
panduan-panduan yang terdapat dalam Al-Quran, Hadis, serta ‘Ijma Ulama, boleh 
diperolehi banyak pengajaran tentang hal-hal yang membawa ketidakselamatan. 
Contohnya, faktor-faktor yang menggalakkan perpecahan dan perbalahan umat 
seperti fitnah dan hasad. Oleh sebab itu, disyariatkan menghukum orang-orang 
yang melakukan kesalahan seperti ini sehinggalah undang-undang digubal untuk 
membendung jenayah.
 
Sering kali terlintas di fikiran kita bahawa, bila sahaja kita memikirkan soal 
keselamatan, kita akan menggambarkan perlunya undang-undang untuk menjamin 
keselamatan. Tidak dinafikan bahawa undang-undang memainkan peranan yang amat 
penting untuk menjaga keselamatan, namun keselamatan masih terancam walaupun 
adanya undang-undang.
 
Umat manusia memerlukan undang-undang sebagai kawalan luaran tetapi memerlukan 
adab dan etika untuk mengawalnya dari sudut dalaman. Kawalan 

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Dikasihi Allah, dikasihi manusia

2010-05-05 Terurut Topik Abu Heakal


Dari Abu Abbas, Sahl bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata :  Telah datang seorang 
lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku 
suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang 
ramai. ' Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau 
dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka 
nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. ' 

(Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad yang baik)


Help Palestine [hidayahnet] Keunikan istighfar

2010-05-05 Terurut Topik sharifahnatasha_puo
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera ana ucapkan pada teman-teman 
seperjuangan ana di luar sana. Baik di dalam atau di luar negara. Rindunya ana 
pada kalian. 


Ana ambil petikan dari Artikel Dakwah.Info..



Imam Bukhari rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab ad-Da'awaat:
Bab. Istighfar Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam sehari semalam.
Abul Yaman menuturkan kepada kami. Dia berkata: Syu'aib mengabarkan kepada kami 
dari az-Zuhr'i. Dia berkata: Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadaku. 
Dia berkata: Abu Hurairah -radhiyallahu'anhu- berkata: Aku mendengar 
Rasulullahshallallahu `alaihi wa sallam bersabda, Demi Allah, sesungguhnya 
meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari 
tujuh puluh kali. (Shahih Bukhari cet. Maktabah al-Iman, hal. 1288. Hadits no 
6307)
Imam Muslim rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab adz-Dzikr wa 
ad-Du'aa' wa at-Taubah wa al-Istighfar:
Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata: Ghundar 
menuturkan kepada kami dari Syu'bah dari Amr bin Murrah dari Abu Burdah, dia 
berkata: Aku mendengar al-Agharr dan dia adalah termasuk sahabat Nabi 
shallallahu `alaihi wa sallamketika dia menyampaikan hadits kepada Ibnu Umar. 
Ketika itu dia berkata: Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam 
bersabda,Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya 
aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali.(Shahih Muslim yang dicetak 
bersama syarahnya jilid 8, hal. 293. Hadits no 2702)
Istighfar dikaitkan dengan Taubat. Taubatlah kita sebelum kita ditaubatkan. 
Sungguh Indah Islam ini, kerana pelbagai cara Allah sediakan juadah bagi kita 
dalam menundukkan hati kita kepadaNya dan sentiasa bertaubat diatas apa yang 
telah kita lakukan. Cakap mengenai taubat, setiap manusia memang benar 
hidayahnya ada yang sudah sampai ada yang belum. Tetapi tidak salah bagi kita 
skiranya kita mulakan dengan istighfar dan taubat. Mungkin dari situ, jendela 
hati kita dibuka perlahan-lahan melalui Nur dariNya. Siapa yang tahu bukan? 
Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Siapa kehendaki pasti Allah swt membantunya. 
Ana yakin. Bagi mereka yang belum berkata belum bersedia, apakah nikmat dunia 
menyebabkan hatimu itu keras bak batu ? Inilah soalan yang pertama sekali ana 
tanya pada diri ana.  Apakah diri aku ini keras ya Allah? Kenapa aku tidak 
boleh rasa jiwang sejiwangnya kepadaMu? Apakah dosa lagi yang telah kulakukan 
ya Allah?Tunjukkanlah aku , bantulah aku dalam mencapai jiwaku kepadaMu wahai 
kekasihKu yang satu. Dan akhirnya terbitlah di bibir ana selepas doa 
itu..Astaghfirullah hal 'azim~. Seperti apa yang ana belajar semasa daurah, 
semasa lapang atau sekiranya susah hendak tidur, zikir. Insya Allah, tenang 
setenangnya...Masya Allah, how great Allah is. 
Dari situ, bermulanya hati ini membuka kepadaNya secara perlahan-lahan dan 
akhirnya nikmat yang diberikannya membuatkan airmata sentiasa keluar dalam 
menikmati ciptaanNya yang Subhanallah..terlalu bersyukur. Setiap perkara 
dibukakan oleh Allah swt bagi memelihara kita dari perkara-perkara yang tidak 
diingini. Inilah dikatakan kasih. Kasih dibalas dengan kasih. Cinta dibalas 
dengan cinta. Cinta yang teragung dariNya. Indah sungguh rasanya. Hanya bermula 
dengan istighfar. 
Dari situ,lahirlah jiwa yang ikhlas dan lukisan senyuman yang ikhlas akan 
terukir dalam memikirkanNya. Ada orang menegur, kenapa senyum sorang-sorang? 
teringat pakwe ke? Tidak tersangka ana mendengar perkataan itu. Inilah ujian 
apabila melihat keindahanNya. Masa itu melihat anak-anak kecil bermain di salah 
sebuah tadika, ana melihat gerak geri ototnya, ketawanya dan senyumannya, 
begitu mudah Allah menggerakkan pergerakan mereka dan mencuit perasaan manusia 
di jiwa. Tidakkah itu suatu perkara menarik??Kreatifkan Allah ini. Si kecil 
menjadi penghibur kepada manusia. Disitu sahaja, tekanan di jiwa boleh 
terhindar dengan melihat gelagat kanak-kanak yang tidak disangka-sangka. Masya 
Allah.
Istighfarlah kita setiap hari. Sekiranya malu, buat di dalam hati atau semasa 
kita keseorangan. Tidak salah, kerana semasa kita istighfar, Allah swt 
bersama-sama dengan kita dan tidak perlu takut. Ana dah cuba, kerana ana takut 
tidur dalam bilik yang gelap kerana masih teringat fobia semasa di negeri 
sembilan. Sehinggakan ibu bapa selalu berkata, membazirnya biarkan lampu atau 
laptop dipasang pada waktu malam. Tetapi bila dimulakan dengan zikir, istighfar 
dan sebagainya, perasaan takut itu tiada. Kerana ana yakin pada Allah , 
sekiranya ana zikir, Allah temankan ana. kemana-mana sahaja Allah temankan dan 
Alhamdulillah, it works. Sama juga semasa hadapi tekanan peperiksaan. 
Jadi wahai sahabat sahabiah yang ana kasihi, apalagi, mari kita mulakan dengan 
istighfar. tetapi ingat, setiap kali kita istighfar atau membuat apa sahaja, 
ujian demi ujian akan datang. Bersabarlah menghadapinya. Sesungguhnya setiap 
ujian yang 

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sengaja Diamkan ..

2010-05-05 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah 
SAW telah
bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka 
janganlah kamu sia-siakan, Dia telah menentukan beberapa hudud (batasan), maka 
janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka 
janganlah kamu mencabulinya dan Dia diamkan segala sesuatu sebagai rahmat bagi 
kamu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.

(Riwayat Daruqutni dan lain-lain)


Help Palestine [hidayahnet] ~~~The Fish Spa In Turkey.~~~

2010-05-05 Terurut Topik Sleeping Beauty
*Please wait images are loading .*
**

*This might seem weird, but it is a medical procedure known by the name
ichthyotherapy,
and this sort of fish is called “Doctor
Fishhttp://groups.yahoo.com/group/lightsofindia/join“.
The idea is that this specific specie of fish eats
only rotten flesh and meat and only the infected parts of skin and that way
it helps healing. Now,
it all makes sense in theory, but if you ask me it’s simply nasty! Somehow
it doesn’t seem
right to me, nor very hygienic! What do you think? *
* *







*--
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Thank you for being a part of my life,
whether you were a reason, a season or a lifetime.~~~

~~~fairlady.sha...@gmail.com~~~
~~~fairlady.sha...@yahoo.com~~~
*


Help Palestine [hidayahnet] RE: Pesanan dr fadilah kamsah

2010-05-05 Terurut Topik shariyusni . sharif






 Dr.Fadhilah Kamsah menulis 

Assalammualaikum. .
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( 
sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan 
tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... 
tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat 
macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan 
either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak 
memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena 
habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada 
kami perasan atau tidak so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini 
kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu 
petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan 
kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat 
mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .makin umur kita meningkat,hati 
kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer 
lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita 
betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan 
lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi 
jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa 
semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara 
kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- 
mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat 
berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari 
sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti 
bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan 
mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali 
tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib  
dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur 
rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, 
dunia akan mengejar kita. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri  
family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good 
if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did 
mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to 
others,and those to others again; and may the last ones understand his words 
better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah  yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart 
this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN 
DAPAT PAHALA GAK



--
^ _ ^

   MKSuzen
FrIeNd FoR EvEr

~Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan 
belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik.~







Help Palestine [hidayahnet] Tulisan Putera Yamtuan Besar N.Sembilan

2010-05-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Satu penulisan yang bernas oleh Tunku Zain al-Abidin Tuanku Muhriz , putera 
kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan mengenai sejarah Kota Lukut, Port Dickson.

Untuk renungan generasi masa kini, kerana sejarah pasti berulang.

Dengan tajuk Looking to Lukut , pautan artikel tulisan Tunku ‘Abidin Muhriz di 
http://ideas.org.my/2010/03/looking-to-lukut/






Help Palestine [hidayahnet] PERANAN AKIDAH 6

2010-05-05 Terurut Topik Jaafar ash-shodiq
PERANAN
AKIDAH  6
PERANAN
AKIDAH DALAM MEMBINA MANUSIA
Ilmu dan
Iman

Akidah adalah tali penghubung antara ilmu dan iman. Oleh karena itu, ilmu tanpa
imam bagaikan tanaman yang tak berbuah. Ilmu mengajak kepada iman dan iman
menganjurkan para pengikutnya untuk mencari ilmu. Memisahkan keduanya akan
membuahkan akibat-akibat yang buruk. Syahid Murtadla Mutahhari menulis:
“Pengalaman-pengalaman sejarah telah membuktikan bahwa memisahkan ilmu dari
iman telah melahirkan bahaya-bahaya yang tidak dapat dihindari. Oleh karena
itu, iman harus berada di bawah lentera ilmu sehingga iman itu akan
terselamatkan dari kepercayaan-kepercayaan tahayul. Dengan memisahkan ilmu dari
iman, iman itu akan kering, tercemari oleh fanatisme buta, kegoncangan jiwa dan
menahan laju pemiliknya (menuju tingkatan-tingkatan spiritual). Muslimin yang
tidak berilmu akan diperalat oleh munafikin, sebagaimana realita pahit ini
dapat kita saksikan pada kaum Khawarij di masa permulaan Islam dan masa-masa
setelah itu dengan bentuk yang beraneka ragam (meskipun esensinya sama). Dan
ilmu tanpa iman bagaikan pelita di tangan pencuri yang digunakan untuk mencuri
barang berharga di tengah malam. Atas dasar ini, seorang alim yang tidak
beriman, tidak berbeda sedikitpun dengan orang bodoh, baik ditinjau dari sisi
perangai atau esensinya”.[85]

Oleh karena itu, ilmu memerlukan iman sebagaimana badan membutuhkan ruh. Karena
ilmu dengan sendirinya tidak akan mampu untuk membina manusia sempurna. Ilmu
hanya mampu mendidik sebagian sisi dari sekian banyak sisi yang dimiliki oleh
manusia. Mungkin ilmu tersebut mampu untuk menjadikannya berprestasi dalam
segala bidang keilmuan, akan tetapi ia tidak akan mampu untuk membinanya
menjadi manusia ideal. Ilmu hanya mampu membina manusia dari satu sisi, yaitu
sisi materi. Sementara iman dapat membentuk kepribadian manusia dengan berbagai
dimensinya.

Bangsa Eropa berbangga diri dengan ilmu pengetahuan sehingga mereka menuhankan
ilmu pengetahuan tersebut. Hanya saja mereka tidak menciptakan ritus-ritus
keagamaan khusus untuk ilmu pengetahuan itu. Oleh karena itu, ketika mereka
melihat agama terfokuskan pada hal-hal yang ghaib, mereka menganggapnya suatu
realita yang tidak ilmiah.

Atas dasar ini, muncullah satu keinginan kuat di kalangan mereka untuk
memisahkan agama dari ilmu pengetahuan. Dan ini adalah satu realita yang tidak
dapat diterima oleh agama Islam. “Dalil nyata atas adanya korelasi yang kuat
antara agama dan ilmu pengetahuan (dalam agama Islam) adalah ajakan agama ini
untuk menggali ilmu di setiap kesempatan dalam umur kita dan penghargaannya 
terhadap
ilmu pengetahuan dan ulama. Dan jika dalam perjalanan sejarah pernah terjadi
pertentangan antara ilmu pengetahuan dan agama, sebagaimana yang pernah dialami
oleh agama Kristen, hal itu tidak ada hubungannya dengan agama. Jikapun pernah
terjadi, agama itu bukanlah agama yang otentik”.[86]

Yang sangat disayangkan, ada suara-suara sumbang (di antara para pemeluk agama
sendiri) yang mengumandangkan pemisahan antara agama dan ilmu pengetahuan.
Dengan alasan, bangsa Eropa ketika memisahkan diri dari agama, mereka mengalami
kemajuan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan dan peradaban. Sementara kita,
karena kita berpegang teguh dengan tali agama, akibatnya kita ketinggalan
zaman.

Hal itu mungkin timbul dari ketidakmampuan akal mereka untuk memahami tugas ilmu
pengetahuan yang sebenarnya. Ilmu pengetahuan adalah satu sarana untuk
menyingkap realita-realita tematis (al-haqaiq al-maudlu’iyyah) dan menjelaskan
kenyataan secara netral dan jeli, tidak lebih dari itu. Atau hal itu timbul
dari kebodohan mereka tentang agama Islam yang senantiasa mengajak kita untuk
selalu menggali ilmu pengetahuan.

Akan tetapi, orang-orang yang memiliki pendapat semacam itu pada umumnya adalah
antek-antek bayaran yang selalu siap mempropagandakan statemen-statemen
musuh-musuh Islam di mata dunia. Dan mereka lupa akan akibat jelek yang akan
terlahirkan dari pemisahan agama dari ilmu pengetahuan ini.

“Contoh yang paling jelas dari (akibat pemisahan agama dari ilmu pengetahuan)
itu adalah zaman kita sekarang ini. Satu zaman yang telah mencapai kemajuan
dalam bidang ilmu pengetahuan dan materi, sementara budaya saling membunuh
secara liar dan percekcokan telah memasyarakat. Sebagai akibat, putuslah
korelasi antar manusia dan ketakutan melanda di mana-mana. Di samping itu,
masyarakat insani telah berubah dalam memandang tujuan hidup. Tujuan hidup yang
utama -menurut mereka - adalah harta dan kesenangan hidup dengan segala
coraknya. Hal inilah yang mengakibatkan merajalelanya dekadensi moral dan
permainan seks bebas yang binatang-binatang di sekitar kitapun muak melihat
kenyataan ini”.[87]

Melihat kenyataan ini, akidah Islam memiliki peranan yang sangat besar dalam
mendidik dan membina manusia. Karena akidah memandang perlunya keselarasan
antara peranan agama dan ilmu pengetahuan dalam membina kepribadian manusia,
dan dengan memisahkan kedua unsur penting itu, manusia laksana jarum kompas

Help Palestine [hidayahnet] Najib temui penyelamat Yahudi di Amerika

2010-05-05 Terurut Topik Suara N9
Perdana Menteri Malaysia telah menemui Muhtar Kent (CEO Coca Cola) di Amerika 
Syarikat pada 15 April 2010 , Muhtar Kent ialah pewaris yang menyelamatkan 
bangsa Yahudi di Eropah ketika Perang Dunia Ke 2. 

Pendedahannya pada pautan berikut 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/najib-temui-penyelamat-yahudi-di.html 




  


Help Palestine [hidayahnet] AVOID PURCHASE OF AMERICAN AND ISRAELI PRODUCTS WHEN YOU GO TO MALLS LIKE BIG BAZAAR, ETC

2010-05-05 Terurut Topik Monil Master
AVOID PURCHASE OF AMERICAN AND ISRAELI PRODUCTS WHEN YOU GO TO MALLS LIKE BIG 
BAZAAR, ETC
 
BIG BAZAAR IS DIRECTLY NOT CONNECTED TO AMERICA, BUT MORE THAN SEVENTY FIVE 
PERCENT COMPANIES CONNECTED TO BIG BAZAAR, ARE AMERICAN OR ISRAELI COMPANIES
 
NEXT TIME YOU PURCHASE AMERICAN OR ISRAELI PRODUCTS FROM BIG BAZAAR, ETC; 
REMEMBER THESE CHILDREN
 
























 
SOME PRODUCTS TO AVOID: PRODUCTS OF PEPSI CO., COCA COLA, MC DONALD, ETC.


  

Help Palestine [hidayahnet] JOM Bantu NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza

2010-05-05 Terurut Topik muhammad haleem
KENYATAAN MEDIA
 
NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza
 


KUALA LUMPUR, Selasa 13 April -- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia 
menyertai usaha konvoi antarabangsa bagi tujuan menerobos sekatan yang 
dikenakan oleh rejim Zionis Israel dan menghantar barangan keperluan asas 
kepada penduduk Gaza yang sekian lama dihalang daripada mendapatkan bantuan 
kemanusiaan yang sangat mereka perlukan.

Beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program dalam usaha 
mengumpul dana daripada masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap krisis 
kemanusiaan ini melalui sebuah projek yang dinamakan “Lifeline4Gaza – Break The 
Siege” ataupun “Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian.” Antara 
pertubuhan tersebut termasuklah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi 
Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 
Jemaah Islah Malaysia (JIM), Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa 
Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah 
Malaysia, dan Viva Palestina Malaysia (VPM). Bagi menjayakan misi menghantar 
bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang 
diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights  
Freedoms  Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali 
sebagai I.H.H.) bersama-sama
 NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European 
Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG.)
 
Dalam sidang akbar yang turut disertai oleh wakil IHH bagi bantuan Malaysia dan 
Brunei Darussalam dan pemimpin-pemimpin NGO terbabit di Kuala Lumpur pagi ini, 
Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman berharap agar kerjasama dan 
sokongan erat daripada semua pihak di Malaysia akan dapat memberi kesedaran 
akan jenayah yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya ke 
atas penduduk Gaza dan Negara Palestin secara umumnya. Dengan kerjasama NGO 
Malaysia terbabit, mereka akan dapat menggembeling tenaga, pengalaman, dan 
komitmen untuk menjayakan usaha menerobos sekatan ke atas Gaza dan membantu 
penduduk Gaza membina semula kehidupan mereka.
Rejim Zionis Israel membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang 
telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 
8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk 
“membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok 
itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas 
kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak 
hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah 
dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk 
menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika 
Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.
 
 

 
Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah 
menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal 
itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru 
uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta 
kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.
 
Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak 
bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, 
universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan 
lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah 
mensasarkan keperluan orang awam.

Kini setelah lebih setahun tragedi serangan berlaku, penduduk Gaza masih lagi 
tidak dapat mendirikan semula rumah-rumah mereka, termasuk juga kemudahan asas 
yang lain seperti sekolah, masjid dan hospital. Mereka masih terpaksa berteduh 
di khemah-khemah sementara kerana bahan dan jentera binaan tidak dibenarkan 
dibawa masuk sama-sekali. Malahan ada yang masih terpaksa tinggal di bawah 
runtuhan bangunan rumah mereka. Ramai pesakit yang terpaksa menanggung 
penderitaan sakit berterusan hinggakan membawa kepada maut kerana tidak ada 
kemudahan perubatan dan tidak juga dibenarkan keluar dari Gaza untuk 
mendapatkan rawatan di hospital luar.
Tahun 2006 menyaksikan banyak usaha-usaha membantu membebaskan Palestin, 
terutamanya Gaza, daripada cengkaman embargo kejam Zionis. 
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada seluruh dunia telah mencuba 
pelbagai cara untuk masuk dan memberi bantuan kepada rakyat Gaza. Lebih 
daripada 10 percubaan telah dilakukan oleh NGO-NGO sedunia untuk memasuki Gaza 
tetapi hanya sekali dua saja yang berjaya menembusi sekatan tersebut.

Usaha terbaru telah dilakukan oleh sebuah konvoi yang telah dipelopori oleh 
Viva Palestina yang berpusat di Eropah pada 5hb Disember 2009. Usaha tersebut 
telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 320 orang sukarelawan, di mana mereka 
memulakan perjalanan sejauh lebih 3,000km dari 

Help Palestine [hidayahnet] Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 74

2010-05-05 Terurut Topik Dr. Adel Elsaie
Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 74

http://www.usislam.org/IslamicYouth/islamic_youth.htm

Please remember that Monday is our Islamic Youth Awakening day.
1. Hadith on Good Manners:

Being merciful towards people and animals

Hadith 8.37  Narrated by Abu Sulaiman and Malik bin Huwairith (Radhiallah hu
Taala anhu)

We came to the Prophet (sallallaahu alayhi wa sallam) and we were (a few)
young men of approximately equal age and stayed with him for twenty nights.
Then he thought that we were anxious for our families, and he asked us whom
we had left behind to look after our families, and we told him. He was
kindhearted and merciful, so he said, Return to your families and teach
them (religious knowledge) and order them (to do good deeds) and offer your
prayers in the way you saw me offering my prayers, and when the stated time
for the prayer becomes due, then one of you should pronounce its call (i.e.
the Adhan), and the eldest of you should lead you in prayer.

2. Converts to Islam Videos:

Dr. Ian Weber from England converts to Islam:

http://www.youtube.com/watch/v/gUZR6XwU8Pw

Science students turn to Islam:

http://www.youtube.com/watch/v/y3_JYk4Bo4Y

3. Coverts to Islam:

Maureen McCormick, Life is good for Muslim
womenhttp://www.usislam.org/converts/Maureen.htm

*Michelle,  I came from a Jewish family in New
York.http://www.usislam.org/converts/Michelle.htm
*

Yes you can be strong Muslim, please sign the petition :  Muslim Youth Code
of Honorhttp://www.usislam.org/IslamicYouth/muslim_youth_code_of_honor.htm

Required a million signature each year Until that last Muslim Youth sign in.

Please circulate this posting to your brothers and sisters, Jazakum Allah
Khairan.

Please note that this posting is for adults too.

Dr. Adel Elsaie

http://www.usislam.org/


Re: Help Palestine [hidayahnet] Krisis Buang Bayi, Adat, Kahwin dan Zina

2010-05-05 Terurut Topik Kholid Ali
Isu ini telah disuarakan oleh banyak pihak tapi tiada tindakan yang benar-benar 
berkesan dilakukan bagi selesaikan masalah. Kalau pihak berkuasa agama berjaya 
kuatkuasakan peraturan pasangan diwajibkan ikuti kursus kahwin saya rasa 
mungkin perlu juga kepada peraturan kewajipan pihak berkuasa menasihati 
pasangan-pasangan yang dijumpai ditempat-tempat awam tapi mencurigai didekati 
dan diberi nasihat mengenai perbuatan mereka sekiranya mereka bukan mahram 
adalah suatu dosa. Mungkin alamat mereka diambil dan ibubapa mereka dihubungi 
agar ibubapa tahu akan anak mereka sudah miliki pasangan dan dinasihati agar 
cepat bernikah. Baru ni satu pasangan saudara baru juga hadapi masalah untuk 
bernikah sedangkan telah tinggal serumah. Apabila saya tanyakan mereka mengapa 
belum berkahwin si perempuan kata si lelaki tiada wang ribu-ribu ringgit untuk 
kahwin. Saya katakan soal itu bergantong kepada kemampuan. Akhirnya saya janji 
untuk bantu mereka dinikahkan. Belanja tak
 sampai seribu ringgit. Walau pun saya terpaksa keluarkan separoh perbelanjaan 
tapi hati saya senang kerana mereka tidak lagi tinggal dalam keadaan berzina. 
Pemimpin dan ulamak elok memberi contoh untuk tidak mengadakan majlis-majlis 
kahwin besar-besaran apabila mengahwinkan anak dan mempaparkan hantaran 
sehingga pulohan ribu ringgit !! Wallahua'lam.






From: roz...@yahoo.com roz...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Wed, March 31, 2010 9:10:59 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Krisis Buang Bayi, Adat, Kahwin dan Zina


SHAHIDAN CADANG PERMUDAH URUSAN KAHWIN
Utusan Malaysia 31 Mac 2010
SUNGAI PETANI 30 Mac - Pihak berkuasa agama setiap negeri dicadang 
mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala 
negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan kebelakangan ini.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah 
tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan 
bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihak berkuasa agama juga 
sepatutnya mengutamakan soal nikah serta hukum daripada memikirkan birokrasi 
berkaitan urusan berkahwin.
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010dt= 0331pub= 
Utusan_Malaysia sec=Dalam_ Negeripg= dn_11.htm

ADAT MELAYU MENYUSAHKAN, AJARAN ISLAM MEMUDAHKAN
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2005/ 10/adat-melayu- 
menyusahkan- ajaran-islam. html

HENTIKAN KENDURI KAHWIN YANG MENYUSAHKAN
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2008/ 12/hentikan- 
kenduri-kahwin- yang.html

REMAJA ORANG ASLI KAHWIN UMUR 13 TAHUN
SYABAS kepada remaja Orang Asli yang berkahwin secara sah dan halal pada usia 
13 tahun kerana lebih berani mempraktikkan Islam berbanding Melayu professional 
yang suka hidup bebas, ber”couple” , serta menetapkan hantaran perkahwinan yang 
tinggi, mengadakan kenduri kahwin bermewah-mewahan sehingga menyusahkan para 
remaja Melayu untuk berkahwin.
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2007/ 03/orang- asli-lebih- 
faham-islam- daripada. html

KOS KAHWIN CUMA RM250
LAPAN pasangan pengantin ceria selepas Majlis Perkahwinan Beramai-ramai yang 
berlangsung di Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman semalam.

Tidak perlu duit hantaran dan belanja kenduri, cuma sediakan RM250.
Itulah jumlah yang perlu dibelanjakan oleh lapan pasangan muda untuk mendirikan 
rumah tangga melalui Program Perkahwinan Beramai-ramai Daerah Kemaman di Chukai 
di sini semalam.

Artikel sepenuhnya http://www.kosmo. com.my/kosmo/ content.asp? y=2009dt= 
0626pub= Kosmosec= Negarapg= ne_09.htm





  

Re: Help Palestine [hidayahnet] Apa wakil rakyat N.Sembilan buat ?

2010-05-05 Terurut Topik Abu Zahrin Abu Bakar
bagus soalan ni tapi waki raayat kawasan Lenggeng  maka tidur tak buat apa apa  
penghisap dadah menjadijadi, sawah padi jadi hutan, budak kampong tak ada kerja 
,
lari ka kl, cari kerja dapat ke kerja?dan masaalh sosial lain


--- On Thu, 4/1/10, su...@yahoo.com su...@yahoo.com wrote:


From: su...@yahoo.com su...@yahoo.com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Apa wakil rakyat N.Sembilan buat ?
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Thursday, April 1, 2010, 6:39 AM


 



Rakyat yang melantik wakil rakyat berhak tahu apa yang wakil rakyat mereka buat 
dalam Sidang DUN. Apa soalan yang ditanya terutama di kawasan yang mereka 
wakili, dan apa pula jawapan yang diberikan.

Soalan Lisan dan Bertulis yang dikemukakan ke Persidangan Dewan
Oleh ADUN Sikamat , N.Sembilan – Aminuddin Harun

3. Tunggakan Kutipan Hasil Kerajaan sepanjang Tahun 2009
- Berapakah jumlah tunggakan kutipan hasil yang belum berjaya di kutip oleh 
kerajaan negeri setakat tahun 2009.
- Nyatakan secara terperinci tunggakan hasil seperti tunggakan cukai tanah dan 
lain – lainnya beserta amaunnya.
- Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam usaha memperolehi tunggakkan ini dan 
berapakah ramalan kutipan yang mampu dikutip.

5. Perjudian Internet di Pusat Cybercafe .
- Terdapat banyak pusat perjudian internet di pusat cybercafé yang menjalankan 
operasi secara haram dan tanpa lessen,
- Berapakah bilangan pusat cybercafé dan perjudian internet yang telah diambil 
tindakan serta penutupan sepanjang tahun 2009 .
- Berapakah bilangan pusat – pusat ini di DUN Sikamat dan berapakah yang telah 
ditutup.

6. Syarikat Perumahan Negara Berhad
- Beberapa projek perumahan terbengkalai sedang di baikpulih oleh Syarikat 
Perumahan Negara.
- Berikan statistik program memulihkan projek perumahan terbengkalai yang telah 
dijalankan di Negeri Sembilan sehingga Mac 2010. berapakah program yang telah 
berjaya dalam pelaksanaan tersebut.
- Apakah status atau kedudukan Taman Pelangi, Sikamat. Bilakah pembeli akan 
menerima kunci dan adakah CF ( Certificare of Fitness) sudah di peroleh oleh 
pemaju

11. Kompleks Boling Paroi Jaya
- Setelah dibuka beberapa tahun lepas dan ditutup semula sehingga hari ini dan 
menyebabkan kawasan tersebut terbiar.
- Apakah kedudukan atau status kompleks boling di Paroi Jaya tersebut.
- Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap syarikat 
tersebut bagi memastikan atau membantu kompleks tersebut dapat beroperasi.

12 . Pensijilan Halal
- Terdapat premis yang menunjukkan atau memaparkan sijil halal di premis 
perniagaan mereka.
- Adakah pihak kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri ataupun 
Majlis Agama Islam mempunyai statistik berhubung jumlah lesen halal yang telah 
diluluskan di negeri ini. Jika ada sila senaraikan.
- Berapakah bilangan anggota atau pegawai penguatkuasa yang terlibat di negeri 
ini untuk memastikan pematuhan oleh premis-premis ini dan berapakah tindakan 
yang diambil sepanjang tahun 2009.

Soalan sepenuhnya di http://aminuddinhar un.blogspot. com/2010/ 04/soalan- 
dewan-persidanga n-april.html