Re: Help Palestine [hidayahnet] Pakaian buku terpakai

2010-05-25 Terurut Topik NORSYAKIRAH NOORDIN
Salam semua..
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang barangan atau pakaian terpakai 
bolehlah hantar ke Pusat Perkhidmatan Audiologi ,Hospital Putrajya.
Sila hubungi 8314 4200 ext 2909  
Norsyakirah
Hospital Putrajaya
Kementerian Kesihatan Malaysia





From: n...@yahoo.com n...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Wed, March 17, 2010 8:06:04 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pakaian  buku terpakai

 
Salam cik syakirah...
saya ada banyak pakaian terpakai yang masih elok lagi..
antaranya baju kurung dan kemeja..
kat mana saya nak hantar pakaian tersebut..
saya dok putrajaya juga..

TK





From: NORSYAKIRAH@ yahoo.com NORSYAKIRAH@ yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Sent: Mon, March 15, 2010 7:53:15 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pakaian  buku terpakai

 
salam..

Persatuan Kebajikan Warga Hospital Putrjaya (PEKWI) akan mengadakan collection 
barang terpakai setiap tahun. Pada tahaun ini dijangka akan dibuat pada julai 
2010. Sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan pakaian atau apa saja barang 
terpakai tapi masih boleh digunakan, bolehlah menghubungi saya atau AJK PEKWI 
yang lain.

Terima kasih.
 
Norsyakirah
Hospital Putrajaya
Kementerian Kesihatan Malaysia





From: m...@yahoo. com m...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Sent: Fri, March 12, 2010 9:14:44 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pakaian  buku terpakai

 
Cuba tanya kat hospital ptjaya sbb selalunye mereka ada buat collection utk 
dihantar ke jab kebajikan masyrakat bg org2 miskin dan kurang mampu

Myza Sidek

--- On Wed, 10/3/10, m...@yahoo.com m...@yahoo.com wrote:


From: m...@yahoo.com m...@yahoo.com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pakaian  buku terpakai
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Received: Wednesday, 10 March, 2010, 7:41 PM


 
Akum,

Saya tinggal berhampiran kwn putrajaya. Saya mempunyai pakaian lelaki  
perempuan yg terpakai dimana masih elok digunakan. Dimana tempat yang sesuai 
utk disalurkan pakaian  buku tersebut?

Nak di buang begitu sahaja sayang pulak.

Terima Kasih


 


d a


  

Re: Help Palestine [hidayahnet] Ibu bapa sekarang tak kisah anak melepak

2010-05-25 Terurut Topik Shamsul
Salam,
Saya bersetuju dengan penulis. Masalah anak melepak hingga tengah malam pada 
hari ini sebenarnya boleh dibendung itu pun kalau kita nak buat kalau tidak 
biarkan aje lah...dan lihatlah hasilnya generasi kita 10 tahun akan datangx 
payah 20 tahun lama benor..Kita mesti ubah pepatah melayu. Jangan jaga 
tepi kain orang . sekarang ni Jaga Orang . Orang masuk tempat kita 
kita kena perhati siapa?..nak cari apa?... berapa ramai?.. nak buat apa?.. 
jangan nanti dah kena samun...baru terkejut.ohhh.. ye ke?.. sebab masalah 
tak nak tau...Semua perkara yang berlaku di Qariah kita, kita perlu 
tahucontohnya, kalau jumpa budak2 keluar sampai lewat malam suruh 
mereka balik sama2 kita jaga kejiranan kita kalau anak2 dah tidur pun 
check balik betul ke dah tidur..atau pun dah x de dlm bilik... sebab perkara 
ini berlaku... 

--- On Tue, 4/13/10, roz...@yahoo.com roz...@yahoo.com wrote:

From: roz...@yahoo.com roz...@yahoo.com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ibu bapa sekarang tak kisah anak melepak
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Tuesday, April 13, 2010, 9:16 PM
















 









  Artikel saya sebelum ini :  Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah 
http://waghih. blogspot. com/2010/ 04/melayu- 1-rumah-1- penagih-dadah. html



Masyarakat kita , terutama orang Melayu macam dah tak kisah masalah remaja, 
gejala sosial, dadah, seks bebas di sekeliling mereka.



Orang Melayu kita hanya pandai menuding jari. Itu kerja polis, itu kerja guru, 
itu kerja Jabatan Agama, itu kerja menteri , dan itu dan itu.



Sampai bila tak akan selesai bermacam-macam masalah sekarang ini.



Buatlah apa-apa kempen sekali pun, selagi kita mengambil sikap tunggu dan 
lihat, kita menuju kehancuran.



Setidak-tidaknya buatlah perkara berikut untuk mengurangkan pelbagai masalah 
sekarang :



1. MOTOSIKAL – Tolonglah jangan beri anak berlegar-legar dengan motosikal kalau 
tiada lesen atas alasan nak beli beras dan sebagainya. Motosikal inilah punca 
utama pelbagai masalah di kalangan anak-anak. Kalau semua ibu bapa dapat kawal 
penggunaaan motosikal, ianya separuh dari masalah melepak, pergi cyber cafe 
main game atau judi, pergi hidu gam, merempit dsbnya.



2. SUKARELAWAN – Libatkanlah diri kita dengan kerja sukarela samada di surau, 
masjid, kampung, taman perumahan atau NGO, Pemadam www.pemadam. org.my   , 
Bulan Sabit Merah dsbnya.



3. MASJID DAN SURAU – Makmurkan masjid dan surau di tempat kita dengan solat 
jemaah lima waktu. Apalah guna kita mengadakan bermacam-macam kempen, tapi 
perkara yang paling asas, iaitu sembahyang kita ambil mudah.



4. ROKOK – Pada mereka yang tidak dapat berhenti rokok, cuba jangan merokok di 
hadapan anak-anak , apatah lagi anak-anak kita sendiri. Kajian mendapati bahawa 
mereka yang terlibat dengan dadah bermula dari merokok. Tapi bukan semua orang 
yang merokok terlibat dengan dadah.



5. SPOT CHECK – Selalu buat spot check atau pemeriksaan mengejut terhadap 
anak-anak kita. Kalau hari sekolah, cuba balik rumah pukul 9 pagi, kalau suami 
isteri bekerja. Jangan terkejut ada anak-anak yang ponteng sekolah , balik 
rumah, membawa rakan-rakan ponteng sekolah mereka.



Di atas sebahagian peranan kita sebagai ibu bapa.



Peranan kerajaan, peranan agensi kerajaan , mana yang lemah kita tegur.



Tapi apa peranan kita ? Tunggu dan lihat ? Tak apa, Bukan anak kita ?




























  

Re: Help Palestine [hidayahnet] Krisis Buang Bayi, Adat, Kahwin dan Zina

2010-05-25 Terurut Topik Shamsul Qamar Bin Shahidan Shahidan
bila hukum didagangkan...dikomersialkan untuk keuntungan pihak tertentu tanpa 
memikirkan umat (pemuda) menderita zahir+batin+dunia...bg ank khwn dgn 
sng...mudah...berkat pasangan=keturunan berkat...khwn dgn hukum bukan adat+uruf 
duniawi...spe yg xnk khwn???






From: kho...@yahoo.com kho...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 18 April 2010 19:51:57
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Krisis Buang Bayi, Adat, Kahwin dan 
Zina


Isu ini telah disuarakan oleh banyak pihak tapi tiada tindakan yang benar-benar 
berkesan dilakukan bagi selesaikan masalah. Kalau pihak berkuasa agama berjaya 
kuatkuasakan peraturan pasangan diwajibkan ikuti kursus kahwin saya rasa 
mungkin perlu juga kepada peraturan kewajipan pihak berkuasa menasihati 
pasangan-pasangan yang dijumpai ditempat-tempat awam tapi mencurigai didekati 
dan diberi nasihat mengenai perbuatan mereka sekiranya mereka bukan mahram 
adalah suatu dosa. Mungkin alamat mereka diambil dan ibubapa mereka dihubungi 
agar ibubapa tahu akan anak mereka sudah miliki pasangan dan dinasihati agar 
cepat bernikah. Baru ni satu pasangan saudara baru juga hadapi masalah untuk 
bernikah sedangkan telah tinggal serumah. Apabila saya tanyakan mereka mengapa 
belum berkahwin si perempuan kata si lelaki tiada wang ribu-ribu ringgit untuk 
kahwin. Saya katakan soal itu bergantong kepada kemampuan. Akhirnya saya janji 
untuk bantu mereka dinikahkan. Belanja tak
 sampai seribu ringgit. Walau pun saya terpaksa keluarkan separoh perbelanjaan 
tapi hati saya senang kerana mereka tidak lagi tinggal dalam keadaan berzina. 
Pemimpin dan ulamak elok memberi contoh untuk tidak mengadakan majlis-majlis 
kahwin besar-besaran apabila mengahwinkan anak dan mempaparkan hantaran 
sehingga pulohan ribu ringgit !! Wallahua'lam.






From: roz...@yahoo. com roz...@yahoo. com
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Sent: Wed, March 31, 2010 9:10:59 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Krisis Buang Bayi, Adat, Kahwin dan Zina


SHAHIDAN CADANG PERMUDAH URUSAN KAHWIN
Utusan Malaysia 31 Mac 2010
SUNGAI PETANI 30 Mac - Pihak berkuasa agama setiap negeri dicadang 
mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala 
negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan kebelakangan ini.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah 
tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan 
bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihak berkuasa agama juga 
sepatutnya mengutamakan soal nikah serta hukum daripada memikirkan birokrasi 
berkaitan urusan berkahwin.
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010dt= 0331pub= 
Utusan_Malaysia sec=Dalam_ Negeripg= dn_11.htm

ADAT MELAYU MENYUSAHKAN, AJARAN ISLAM MEMUDAHKAN
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2005/ 10/adat-melayu- 
menyusahkan- ajaran-islam. html

HENTIKAN KENDURI KAHWIN YANG MENYUSAHKAN
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2008/ 12/hentikan- 
kenduri-kahwin- yang.html

REMAJA ORANG ASLI KAHWIN UMUR 13 TAHUN
SYABAS kepada remaja Orang Asli yang berkahwin secara sah dan halal pada usia 
13 tahun kerana lebih berani mempraktikkan Islam berbanding Melayu professional 
yang suka hidup bebas, ber”couple” , serta menetapkan hantaran perkahwinan yang 
tinggi, mengadakan kenduri kahwin bermewah-mewahan sehingga menyusahkan para 
remaja Melayu untuk berkahwin.
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2007/ 03/orang- asli-lebih- 
faham-islam- daripada. html

KOS KAHWIN CUMA RM250
LAPAN pasangan pengantin ceria selepas Majlis Perkahwinan Beramai-ramai yang 
berlangsung di Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman semalam.

Tidak perlu duit hantaran dan belanja kenduri, cuma sediakan RM250.
Itulah jumlah yang perlu dibelanjakan oleh lapan pasangan muda untuk mendirikan 
rumah tangga melalui Program Perkahwinan Beramai-ramai Daerah Kemaman di Chukai 
di sini semalam.

Artikel sepenuhnya http://www.kosmo. com.my/kosmo/ content.asp? y=2009dt= 
0626pub= Kosmosec= Negarapg= ne_09.htm







Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Ibu Bapa

2010-05-25 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Rasullulah s.a.w bersabda, Redha Allah tergantung pada redha ibu dan
bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka.
(Riwayat: al-Hakim)
*
Dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As Sa'idy ra. berkata: suatu ketika
kami duduk di hadapan Rasulullah saw. kemudian tiba-tiba datanglah
seorang laki-laki dari Bani Salimah dan bertanya: Wahai Rasulullah,
apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti
kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?
Beliau menjawab, Ya, masih ada yaitu menshalatkan jenazahnya,
memintakan ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah
keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh
disambungnya kecuali dengan keduanya, dan memuliakan sahabat keduanya.
(HR Abu Daud)
*
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.; Manakah amal yang lebih utama?, Rasulullah s.a.w.
menjawab; Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan
berjuang di jalan Allah. - Sahih Bukhari
*
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang
lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w
bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w
bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:
Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
*
Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama
Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada
kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan
Allah,mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata
palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk.
Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda
berhenti dari menyebut hadis tersebut .
*
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengharamkan ke atas
kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, tidak
mahu memberi miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan
ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita,
banyak bertanya dan membazirkan harta .
*
Rasulullah bersabda, maksudnya; Seseorang anak tidak dapat membalas
jasa orang tuanya sehingga dia mendapati orang tuanya menjadi hamba
sahaya kemudian dibeli dan dimerdekakan mereka. - (Riwayat Muslim dan
Abu Daud).
*
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa
yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia
berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim. -
(Riwayat Ahmad).
*
Daripada Malik bin Zurarah bahawa Rasulullah bersabda,
maksudnya: Memohon keampunan untuk ibu bapa yang meninggal dunia
daripada seorang anak, termasuk perbuatan berbakti. - (Riwayat Ibnu
Najar).
*
Au Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesungguhnya
seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai
Tuhanku, dari manakah semua ini untukku? Maka dijawab: Daripada
permintaan keampunan anakmu untukmu. - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan
Baihaqi).
*
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang
menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka
pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai
orang yang berbakti (kepada ibu bapanya). - (Riwayat Tabrani).
*
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: Melihat pada tiga perkara
adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada
laut. - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz Melihat kepada
Kaabah adalah ibadah. - (Riwayat Abu Daud).
*
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Apakah saya mesti meminta
izin ibu saya jika masuk ke dalam biliknya? Baginda menjawab: Ya.
Dia bertanya lagi: Tidak ada lagi selain saya yang melayaninya. Jawab
baginda: Apakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian? Lelaki itu
menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Maka minta izinlah kepada ibumu.
- (Riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
*
Diriwayatkan oleh Aisyah, katanya: Aku belum pernah melihat seorang
pun yang wibawa dan kelakuannya seperti Rasulullah terhadap Fatimah
puterinya. Jika masuk kepada Rasulullah, dia bangkit kepadanya,
menciumnya dan mempersilakannnya duduk di tempat duduk baginda. Dan
jika nabi masuk kepadanya dia bangkit daripada tempat duduknya, mencium
baginda dan mempersilakan baginda duduk di tempat duduknya. - (Riwayat
Abu Daud, Nasai dan Termizi).
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah,
sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai
hartaku. Rasulullah bersabda,
maksudnya: Kamu dan hartamu milik ayahmu. - (Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: Seorang lelaki datang mengadu mengenai
bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya dia (bapaku) mengambil hartaku.
Rasulullah menjawab: Kamu 

Help Palestine [hidayahnet] Jamuan Makan Malam DUN Paroi 4 Jun 2010

2010-05-25 Terurut Topik Suara N9
MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM

Tarikh : 4 Jun 2010 / Jumaat 
Tempat : Restoran Senawang
Masa : 8 mlm
Kupon : RM20 seorang

Bersama :
YB Dr Syed Azman Syed Nawawi , AJK PAS Pusat , ADUN Terengganu
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Loke Siew Fook , Ahli Parlimen Rasah
Chegubard , AMT PKR

Untuk sumbangan, tempahan dan pertanyaan hubungi :
Suhairi 019-2998345 , Hj Mohd Nor 019-3413614 , Asyiq 016-9029786



  


Re: Help Palestine [hidayahnet] Brunei lebih takut laknat Allah

2010-05-25 Terurut Topik syah_2311 ayah_2311
ALANGKAH BAGUSNYA JIKALAU MALAYSIA MEMPERKETATKAN KAWALAN SEPERTI BRUNEI... 
SEKARANG NI AKU RASA MALAYSIA DAH MCM NEGARA BARAT.. PEMIMPIN DIA PUN DAH MCM 
ORG BIASA2 JE , RAKYAT XHORMAT PEMIMPIN DAN PEMIMPIN LAYAN JE SEGALA MAKSIAT YG 
RAKYAT MAHUKAN, KEBAJIKAN BANYAK YANG TERLEPAS PANDANG...

--- On Sat, 4/17/10, dau...@yahoo.com dau...@yahoo.com wrote:


From: dau...@yahoo.com dau...@yahoo.com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Brunei lebih takut laknat Allah
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Saturday, April 17, 2010, 12:08 AM


 



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin 
menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak 
diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak 
pasti dilaknat Tuhan.

Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang 
melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka 
boleh mandi arak.

Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami 
perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran, tegasnya. - AP

Sumber : Harian Metro -- http://www.hmetro. com.my/myMetro/ articles/ 
Bruneilebihtakut laknatAllah/ Article/index_ html









  

Help Palestine [hidayahnet] JAWATAN KOSONG DI PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA

2010-05-25 Terurut Topik Persatuan Ulama Msia



sEBAR-SEBARKAN ...

JAWATAN KOSONG

 

Persatuan Ulama’
Malaysia (PUM) mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi SEGERA kekosongan
jawatan-jawatan tetap berikut di ibupejabat PUM Pusat di Seksyen 7, Shah Alam:

 

1.  
Pembantu Penerbitan / Editor

2.   Grafik Design /
Pereka Grafik

3.   Pembantu  Penyelidik / Penyelidik

4.   Pegawai Dakwah

5.  
Kerani

 

Syarat Permohonan:

 

1.  
Terbuka kepada lelaki dan wanita. Pemohon
mestilah berumur 26 tahun ke bawah.

2.   Kelulusan
minimum SPM dan/atau ke atas.

3.   Mempunyai
kemahiran dan berminat untuk jawatan-jawatan yang dipohon. Bagi Pereka Grafik
mempunyai kemahiran dalam penggunaan perisian grafik komputer.

4.   Mahir berbahasa
Melayu dan/atau English/Arab.

5.   Berperwatakan
baik dan memenuhi ciri-ciri muslim/muslimah.

6.   Pengalaman
kerja tidak disyaratkan, tetapi boleh membantu sebagai sokongan.

 

Pemohon dikehendaki
menghantar resume melalui email / faks dengan menyatakan jawatan dan gaji yang
dipohon kepada:

 

Persatuan Ulama’
Malaysia

Alamat email : pumpu...@yahoo.com

No. Faks : 03-55416370

 

Atau hubungi untuk
urusan temuduga:

En. Baharom (019-379
9101)

Sdra. Azmi (013-384
0710)

 



Persatuan Ulama' Malaysia

14B, Jalan Plumbum P7/P,

Pusat Bandar Seksyen 7,

40100 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan



http://www.e-ulama.org

http://ulamadaily.blogspot.com/


  

Help Palestine [hidayahnet] Diperlukan segera - PEMBANTU TASKA

2010-05-25 Terurut Topik Shahrum
Diperlukan SEGERA 
Pembantu Taska di Bukit 
Mertajam, Pulau Pinang, Tempat tinggal disediakan, Gaji boleh di 
runding.

Sila hubung Kak Siti 013-4372462


  

Help Palestine [hidayahnet] Melayu bunuh diri di Terengganu sebab susah

2010-05-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kisah semakin ramai rakyat Malaysia bunuh diri dan bunuh diri penyebab kematian 
kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html 

Lelaki mati tinggal nota untuk isteri 
2010/05/06

KUALA TERENGGANU: Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam 
kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun 
mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri. 

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang 
ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan 
ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri 
Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada 
dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, 
berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi 
siasatan diteruskan. Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan 
bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia 
diberhentikan kerja. 

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula 
dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun. 

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia 
masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah 
ini. 

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin 
menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di 
gerai makan berhampiran. 

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan 
masih terhutang wang sewa rumah.   

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakimatitinggalnotauntukisteri/Article
 




  


Help Palestine [hidayahnet] Info kesihatan - Mengawal populasi nyamuk

2010-05-25 Terurut Topik pengembara
Minyak Anti Nyamuk

NYAMUK adalah satu masalah. Atasi kehadiran nyamuk di dalam rumah anda
dengan Minyak Anti Nyamuk. Hasil beberapa kajian dijalankan tercipta
satu produk Minyak Anti Nyamuk. Memang berbaloi menggunakannya, buat
sementara waktu minyak ini tidak dijual dipasaran biasa, ia hanya dijual
secara online.

Detail disini: http://x-nyamuk.blogspot.com
http://x-nyamuk.blogspot.com

PERLINDUNGAN 24JAM + 60~90 hari non stop!
Bagi sesetengah lokasi nyamuk sangat banyak dan sukar dihalau dengan
kaedah biasa, oleh itu cubalah Minyak Anti Nyamuk, ianya murah,
menjimatkan, selesa, harum, bersih, tiada sebarang racun dan selamat
menggunakannya. Satu botol 30ML dapat memberi perlindungan selama 60-90
hari bergantung kepada cara penggunaan anda. Harganya hanya RM10.00
untuk satu botol 30ML edisi percubaan.



Selepas anda merasai sendiri perubahannya iaitu rumah anda tidak ada
lagi nyamuk. Anda digalakkan membeli satu botol 60ML, boleh bertahan
sehingga 180-270 hari. Minyak ini dibuat dengan sukatan yang telah diuji
mengandungi minyak Serai Wangi, minyak Cedar dan minyak Citrus.
Disamping menghalau nyamuk ia juga seperti haruman Aromateraphy didalam
rumah anda, baunya boleh diterima dan tidak mengganggu.

Minyak Cedar didapati dari kawasan pergunungan Himalaya di negara India,
ia agak popular untuk menghalau nyamuk dan berbagai jenis serangga. Ia
juga digunakan sebagai bahan perasa aroma untuk gula-gula candy yang
banyak dipasaran.

KAEDAH PENGGUNAAN

Sediakan satu bekas berukuran 5 inci x 3 inci, masukan kapas atau kertas
tisu muka dan tuangkan Minyak anti Nyamuk kesemua satu botol, biarkan
minyak diserap. Fungsi kapas atau tisu untuk memudahkan bau minyak naik
keudara, juga mengelakan minyak tertumpah apabila bekas terjatuh.
Letakan ditempat selamat seperti di atas TV atau atas kabinet. Dedahkan
supaya baunya dapat merata ke semua ruang. Tutup bekas untuk penjimatan
dipagi hari dan buka bekas dimalam hari. Biasanya kesemua nyamuk akan
keluar dari rumah anda selepas 3 hari penggunaan.

NIKMATI KESELESAAN

Perlindungan daripada nyamuk amat perlu supaya anda merasa selesa semasa
menonton tv, berehat, tidur, membaca dan sebagainya. Yang paling penting
ialah anak-anak anda, elakkan mereka dari gigitan nyamuk, jika nyamuk
biasa mungkin tidak mengapa tetapi bagaimana jika nyamuk Aedes atau
nyamuk Tiruk. Oleh itu jika rumah anda selalu didatangi nyamuk silalah
mencuba. Dari pengalaman kami, setelah menggunakan Minyak Anti Nyamuk
ini tidak ada lagi nyamuk mengganggu. Sungguh selesa.

Detail disini: http://x-nyamuk.blogspot.com
http://x-nyamuk.blogspot.com

Mengawal populasi nyamuk

Nyamuk berada dimana-mana dan ia adalah hidupan yang mempunyai kitaran
hidup yang sangat ringkas. Bolehkah nyamuk dihapuskan? jawapanya Tidak.
Apa yang boleh kita buat hanyalah mengawal keadaan berdasarkan kepada
tabiat kehidupannya. Formula asas yang perlu kita tahu ialah apa yang
menarik dan menolaknya. Jesteru kajian perlu dijalankan terhadap tabiat
dan kehidupan nyamuk.

Diantara perkara yang menarik nyamuk ialah:


* Karbon dioksida - Badan manusia mengeluarkan karbon dioksida. *
Warna hitam dan gelap - Tempat-tempat seperti ini adalah lokasi
persembunyiannya. * Lactic asid - Badan manusia mengeluarkan Laktic
Asid apabila berpeluh. Juga makanan tertentu yang masin dan tinggi
kalium. * Wangian - wangian seperti bau bungaan tertentu atau
buah-buahan * Air - Nyamuk dapat menghidu air yang bertakung. *
Suhu - Suhu yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. *
Suasana tenang. * Suasana gelap.

Diantara perkara yang menghindari nyamuk:


* Warna putih dan terang. * Bau asap pembakaran. * Tiada bau
air bertakung. * Tiada bau Karbon Dioksida. * Bunyi yang sangat
bising. * Aroma yang mengganggu deria baunya. * Jauh dari tempat
persembunyiannya. * Tempat bersih yang luas.

Terdapat beberapa pemangsa nyamuk yang efektif:


* Kelawar * Burung layang-layang(purple martin) * Ikan

Tempat pembiakan nyamuk


* Dalam Rumah * Akuarium * Perangkap semut * Pasu Bunga
* Timba * Tempayan * Kolam (kolah) mandi * Tempat air peti
sejuk * Luar Rumah * Tayar buruk * Tempurung kelapa *
Botol/gelas pecah yang mengandungi air * Salur air hujan *
Tempayan * Pokok Pisang * Pokok Keladi * Longkang yang
tersekat * Tangki septik (terdedah)

Detail disini: http://x-nyamuk.blogspot.com
http://x-nyamuk.blogspot.com/





Re: Help Palestine [hidayahnet] Masyarakat perlu ada kesedaran sivik

2010-05-25 Terurut Topik naim fathi
Syukur alhamdulillah kerana masih ada orang yang kisah.
Dalam menagani isu ini saya sangat2 terpanggil untuk memberi sedikit pandangan 
terutama dalam kes negeri Selangor sebab saya tinggal dalam Selangor.
Pada mulanya di Shah Alam (sebelum Bandaraya) kutipan sampah dibuat setiap 
hari. Pada penghujung pemerintahan BN di Selangor, entah kenapa sistem pungutan 
sampah di bandar raya Shah Alam ditukar kepada tiap 2 hari. Saya rasa heran 
sekali. Orang kalau maju setiap kerja dipertingkat dan kualiti meningkat. Tapi 
dalam kes pungutan sambah setelah menjadi Bandar Raya diundur ke belakang, dari 
setiap hari bertukar menjadi setipa 2 hari. Keadaan menjadi lebih buruk dan 
busuk bila menjagkau hari Ahad, miss hari Isnin dan dikutip pada hari 
Selasa.Bertambah sampah dan bertambah busuk. Maklumlah segala isi ikan, kulit 
udang buangan cucian ayam dan daging dsb pada Sabtu dan Ahad. Hari Isnin tak 
kutip sehingga hari Selasa.
Jadi nak buat macam mana dengan bau busuk itu? Mahu tak mahu penghuni-penghuni 
rumah akan buang dalam tong besar ditempat awam termasuk flat, kawasan woksyop 
dan sekolah. Bukan hak sesiapa pun tapi semua tu hak awam. Kalau dah berlebihan 
tentulah melimpah.
PBT termasuk pemimpin hanya nampak kesalahan penduduk.
Tanya diri kita (PBT, DBKL, MBSA dll.) adakah kita telah menyediakan 
perhidmatan yang mencukupi?
1. Kalau kutipan secara setiap hari tak mencukupi, kenalah cari jalan lain. 
Cnth, 2 kali sehari, bukannya setiap 2 hari sekali.
2. Jika itu dirasakan tidak mungkin, sediakan TONG BESAR atau PANJANG yang akan 
diambil oleh Lori secara setiap hari atau setiap 2 hari mengikut yang seseuai 
dan memenuhi keperluan setempat. Ini adalah tambahan kepada kutipan di Taman 
Perumahan yang harus dibuat secara setiap hari.
Seingat saya semasa di Kepala Batas, Penang tak ada masalah sebegini. Di sungai 
Petani mereka sediakan tong sampah besar dan panjang. Sah tak ada sampah dekat 
rumah. Tapi tak syoklah kalau kita di KL atau bandar2 utama di Selangor nak 
kena berjalan kaki buang sampah kat tong besar tanpa kutipan depan rumah. 
Lebih2 lagi yang bayar cukai pintu mahal, perkhidmatan mestilah setimpal.
Kita dah maju, kita tak sepatut undur kebelakang.Kita dah merdeka 53 tahun 
bukan lagi dijajah. Atau jika penjajah masih ada mungkin sistem kutipan sampah 
ini lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Yang penting memenuhi keperluan 
setempat. Perkara ini hendaklah ditender, dan saya berkeyakinan pasti ada 
syarikat yang sanggup. Jika tuan/puan perasan, ada lori sampah yang round di 
kawasan perumahan kutip sampah-sampah kita (secara rawak atau terpilih) yang 
mereka ini bukan pun kontraktor angkut sampah. Mereka berbuat demikian kerana 
nak kutip barangan kitaran semula untuk keuntungan mereka sendiri. Alah, kalau 
tuan/puan perhatikan, pekerja lori sampah pun asingkan barangan plastik, kaca 
dan kertas dalam karung2 sampah yang disangkut pada lori sampah. Kenapa? kerana 
mereka akan jual barangan kutipan tersebut. Yang susah bila nak beri kontrak 
melibatkan kroni. Bila kroni kata tak untung ditukar dari setiap hari ke setiap 
2 hari. Kalau tak sanggup tok sah
 buat. Ini komplain konon tak untung. kalau ikut cara tender, beri kepada yang 
sanggup jangan pilih kroni atau suku sakat sendiri.
Perkara yang sama telah dipaparkan dalam TV (sekitar KL) dalam rancangan ( 
mungkin 360, dah lupa), kononnya orang buang sampah merata2. Macam mana tak 
merata-rata kalau kita tak sediakan tong sampah yang MENCUKUPI. Sampah tu kan 
busuk. Siapa pun tak nak simpan bau busuk. Jadi buang sajelah kat lorong2 
berhampiran. Tak elok tu memang tak elok tapi kalau perkhidmatan tak mencukupi 
begitulah jadinya. Yang saya pasti, kalau perkhidmatan mencukupi, masalah 
sebegini tak akan timbul. Kalau jadi jugak barulah boeh salahkan rakyat.
2. Beri kontrak kepada lebih satu pihak kalau satu pihak tak mampu. 
Pecah-pecahkan kontrak. Lagi pun cara pecah-pecah kontrak ni, lebih ramai yang 
dapat cari makan.

Sampah yang melimpah tidak dikutip. Salah Siapa? Kontrak kata apa? Ambil 
sampah dalam TONG. Itulah yang mereka lakukan. Yang melimpah tak ambillah 
jawabnya. Sekarang dunia duniawi dan wang ringgit, kebajikan tu kemudian. Yang 
melimpah tak kutip. Orang ramai pun satu hal jugak, kalau baling tak masuk tak 
kutip balik dan buang balik ke dalam tong. Ini memang tak patut, memang salah.

Ada pihak motivasi dalam radio beri contoh orang Jerman buang sampah dalam 
tong2 yang berbeza untuk tujuan kitar semula. Memang elok dan baiklah. Kerajaan 
kita pun cuba tapi tak berjaya atas beberapa sebab-sebab tertentu;
1. Tong2 kitar semula (untuk kaca, plastik, kertas) disediakan ditempat yang 
tidak strategik seperti di pusat beli belah, dan dalam pagar sekolah. Jadi 
macam mana kita nak buang sampah dengan mudah. Nak kena pandu 2-3 km, nak bawa 
sampah? nak buang di kompleks beli belah. Tak logik langsung. Kita pun sedia 
maklum, kalau letak di merata tempat, ada pihak yang curi pulak. Maklumlah 
boleh jual dan dapat duit. Ini 

Help Palestine [hidayahnet] Sumbangan kepada Dakwah dari Pendapatan: cukai atau jihad? Part 2

2010-05-25 Terurut Topik Dr. Omar Yaakob
Hak

 dakwah di dalam pendapatan bulanan anda: cukai atau jihad? Bahagian 2







  Author: Fikrah dan Dakwah
| Posted at: 7:41 AM |

 
  Filed Under: 
Artikel















tweetmeme_url = 
'http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2010/05/hak-dakwah-di-dalam-pendapatan-bulanan_07.html';







Nukilan Syaikh Atif Abu Zithar















...sambungan dari Bahagian

 1





Kini saya teringat kata-kata Ibn 
al-Jauzi ketika beliau menghuraikan perbezaan antara mereka yang 
berpendapat hak dakwah di dalam pendapatan bulanannya sebagai cukai 
dengan mereka yang berpendapat hak dakwah di dalam pendapatan bulanannya
 sebagai  jihad.  

Orang

 yang berpendapat ia sebagai cukai tidak akan membayarnya kecuali 
apabila diminta, seperti seorang hamba yang jahat. Dia tidak akan datang
 mengadap tuannya kecuali dipanggil. Itupun selalu lambat. Dia tidak 
menyahut dengan cepat. Orang yang menganggap hak itu sebagai cukai perlu
 diketuk pintunya beberapa kali. Ada yang sampai ke tahap terpaksa 
diberi amaran, diutus polis untuk menangkap dan dibawa ke muka 
pengadilan dan akhirnya dipenjara atau dihalau keluar negara.



Adapun mereka yang menganggap hak 
itu 
sebagai jihad akan bergerak sendiri untuk menunaikannya. Dia melihat 
sesuatu perkara itu dari segi hakikat dan kedudukannya yang asal. Dia 
faham hanya dengan isyarat. Begitulah setiap yang berakal akan faham 
hanya dengan isyarat. 

 baca lagi: http://fikrah-dakwah.blogspot.com/



  

[hidup-muslim] LUMAYAN SETIAP HARI, HANYA DENGAN FOREX...

2010-05-25 Terurut Topik Sifu Forex
Assalamulaikum Rakan-Rakan Forex, 



TERBARU DAN TERMURAH !!!
 





KHAS UNTUK NEWBIE DAN SIAPA-SIAPA SAHAJA YANG
 
BERMINAT UNTUK MENJADI JUTAWAN MELALUI FOREX
 
Nak dapat pendapatan hebat melalui TRADING FOREX 

Dapatkan ROBOT FOREX (EA) UNTUK TRADING CARA MUDAH?
 
KLIK SINI http://robotforex.webs.com/secretea.htm
 
MEMPERKENALKAN PAKEJ ROBOT FOREX 
FapTurbo50 (Version Terbaru March.2010) 
   
Secret EA_v[2] (Version Terbaru April,11.2010) 
  
Secret EA Ultimate v2.0  Secret EA Real v2.10 
TERBARU DALAM PASARAN (March 2010)  
  
TAWARAN ISTIMEWA POTONGAN 30% - 60%  




 
http://robotforex.webs.com

  
http://robotforex.webs.com






 
 
 
EA ROBOT FOREX
http://rashbizfx.webs.com
http://robotforex.webs.com
  
THIS IS NOT SPAM EMAIL.To Unsubscribe/ Removal Instructions
If you do not wish to receive further mailings on activities organised by us, 
please reply to rash...@yahoo.com by adding REMOVE