Help Palestine [hidayahnet] Jom Sertai!! Projek Cintakan Nabi..

2009-03-10 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Assalamualaikum w.b.t…..



Sedar tak sedar, kita telah memasuki bulan Rabiul Awal yang mana di
dalamnya terdapat peristiwa penting di dalamnya. Kita sebagai umat
Islam, sememangnya mengetahui pada salah satu tarikh dalam bulan ini
akan ada sambutan tertentu pada bulan ini. Sambutan apakah ia? Saya
yakin setiap dari anda mengetahui jawapannya…yakni Sambutan
Maulidurrasul yang disambut oleh seluruh umat Islam di merata dunia.

Ada orang kata sambutan ini merupakan bid'ah(tambahan dalam agama). Ada
yang mengatakan ianya bid'ah hasanah dan lain-lain lagi yang mereka
kata. Kenapa? Hal ini kerana sambutan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi
dan para Sahabat serta generasi salafussoleh(3 kurun generasi selepas
zaman Nabi). Bagi penulis (setelah mendengar beberapa pendapat yang
lain), penulis menyatakan amat PERLU diadakan majlis seumpama ini.
Mengapa? Berikut sedikit hujah yang dapat penulis simpulkan untuk
sama-sama kita fikirkan…



1. Kita perlu ketahui kenapa para sahabat dan generasi salafussoleh
tidak merayakan sambutan maulidurrasul. Sebabnya kerana mereka amat
dekat masa mereka dengan Nabi. Jesteru, rasa kasih dan cinta mereka
lebih 'power' berbanding diri kita ini. Yang mana kita terpisah zaman
dengan nabi lebih kurang 1400 tahun yang lalu.
2. Selain itu, para sahabat dan generasi salafussoleh merupakan
golongan yang banyak menguasai ilmu-ilmu yang diajarkan daripada Nabi
sendiri. Lihatlah sendiri berapa banyaknya hadis yang mereka hafal,
mereka mampu mengeluarkan fatwa yang sesuai pada zaman mereka, mereka
ketahui sirah nabi dengan terperinci dan lain-lain lagi. Contohnya Abu
Hurairah, Imam Bukhari dll. Nak dibandingkan dengan kita, hadis berapa
keratlah sangat yang kita hafal dan lain-lain lagi ilmu yang kita miliki
terlalu jauh bezanya dengan generasi terdahulu.
3. Jika tiadanya majlis maulidurrasul, mungkin kebanyakan masyarakat
akan lupa mengenang kembali akan perjuangan Rasulullah s.a.w.

Jadi dengan beberapa hujah ana yang agak lemah ini, ana mengatakan amat
PERLU untuk kita merayakan sambutan Maulidurrasul ini. Namun
pengisiannya perlulah digariskan dengan betul supaya kita tidak
menyambutnya sekadar ia sebagai satu rutin yang kita ulangi saban tahun.

  Amat rugilah, kalau kita sekadar berarak ke sana ke mari namun tiada
apa pun kesan di hati kita dengan sambutan ini.

Amat rugilah, kalau kita sekadar duduk di rumah, menonton TV menyaksikan
sambutan Maulidurrasul secara langsung di TV1 namun tiada rasa apa-apa
di hati kita.(ni antara yang penulis buat dululah ini…huhu)

  Amat rugilah kalau kita terlibat dalam sambutan maulidurrasul,
berselawat dan bernasyid bersama-sama dan mendengar ucapan-ucapan dari
para ustaz namun tiada kesan apa-apa di hati kita.

  Oleh itu, mari kita bermuhasabah bersama…

  Jadi, penulis ingin mengajak anda semua bersama-sama dengan penulis
untuk kita melaksanakan projek mencintai Nabi sempena bulan Rabiul Awal
ini.

  (tema dan objektif di bawah di ceduk daripada program sambutan
maulidurrasul yang dibuat di bumi mesir ini)

   Tema: Menghayati roh perjuangan Rasulullah s.a.w.

  Objektif:

1.  Menhayati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
2.   Tanam rasa cinta terhadap Nabi s.a.w
3.  Mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam setiap bidang aspek kehidupan.

  Projek ini berkisar kepada 2 aspek:-

  1-Diri sendiri

* baca kembali sirah nabi dan hayati bagaimana perjuangan Nabi dan
para sahabat dalam menyampaikan Islam pada diri kita. Hadamkan dan
contohi..
* Cuba menghafal seberapa banyak hadis nabi dan mengamalkannya
* Mencontohi peribadi Nabi dalam setiap aspek kehidupan. Jadikan Nabi
kita sebagai idola kita. Perhatikan bagaimana akhlak Nabi sebagai
seorang ayah, anak, suami, ketua negara, menantu, sahabat dan lain2.
* Amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita seperti baca doa sblm dan
slps makan, doa tidur,doa masuk rumah dan keluar, doa naik kenderaan,
Al-Ma'thurat dan pelbagai lagi sunnah yang ada. (Perlu rajin baca dan
cari ini)




2-Orang lain


* Sampaikan kepada rakan2, teman dan taulan akan kewajipan kita
mencintai Nabi. Hidupkan suasana saling memperingatkan antara satu sama
lain sebagaimana Nabi memperingatkan sahabat2nya.
* Berkongsi dengan orang lain, apa yang berkaitan dengan Nabi, cerita
sirah nabi, tulis kat blog/wordpress berkaitan Nabi, beri hadiah atau
bookmark yang menyebabkan apabila sahabat kita pandang benda tersebut,
secara serta-merta akan teringat nabi. Ikutlah kreativiti masing2 macam
mana. Buat video ke, sajak ke, nasyid ke, wallpaper ke(sekadar beberapa
cadangan)
* Ajak baca doa berjemaah..baca doa sblm makan ke, doa naik kenderaan
ke dan lain-lain..
* Buat sambutan maulidurrasul yang mampu memberi kesan yang lebih
hebat kepada yang menyertainya supaya lebih mencintai Nabi. Bagaimana?
Fikirkanlah sendiri..hehe…

Jadi itulah dia beberapa projek yang boleh kita lakukan untuk menanamkan
lagi rasa cinta kita kepada Nabi dan jesteru mencontohi beliau dalam
setiap aspek kehidupan. Selamat 

Help Palestine [hidayahnet] Perkembangan Terkini Di Gaza!!

2009-01-05 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Untuk memahami perkembangan terkini di Gaza,sila layari 
http://ismaweb.net/v2/Article790.html dan http://palestinkini.info/



Help Palestine [hidayahnet] JOM BACA ARTIKEL INI...BERCOUPLE HARAM??Taklah...

2008-11-22 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Sekadar ingin mengajak teman-teman semua untuk memberikan sedikit masa 
untuk membaca dua artikel yang disisipkan di dalam sebuah blog...Moga 
pembacaan tentang dua artikel ini akan mengubah persepsi kita terhadap 
tajuk yang dicanang2kan oleh pemilik blog ini...

Dua Tajuk Yang Menarik:-

1-Bercouple Haram??Taklah...
2-Bercinta Menurut Islam...Bagaimana??

Seandainya artikel yang anda akan baca ini menarik bolehlah 
dicanang2kan kepada semua teman2 anda untuk membacanya..Moga2 kita 
sentiasa di bawah reda Allah s.w.t...

Sila lawati blog ini untuk membaca kedua artikel tersebut   

 www.binadiri.wordpress.com



Help Palestine [hidayahnet] Susahnya Bertudung!!!

2008-09-11 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
(dipetik dr perjalananjauh.wordpress.com) Tujuan perkongsian artikel
ini adalah untuk meneguhkan lagi kpd siapa yang sudah yakin akan
kewajipan bertudung dan mengamalkannya...dan kedua untuk dikongsikan
kepada kakak2 dan adik2ku seIslam yang lain yang belum mengamalkannya
lagi...moga2 ini akan menjadi punca hidayah kepada
mereka.Ameen..Bolehlah diedar2kan untuk manfaat semua...

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Agak sukar untuk kami bicarakan, kerana kami adalah lelaki.

Kurang sangat pengetahuan tentang wanita, apatah lagi untuk menegur
wanita dan kaum hawa sekalian.

Akan tetapi kami ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali,
boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Usah
dimaki hamun sudah.

Kami mendapat e-mail daripada rakan yang meminta pendapat. Tulisannya
begini.

`pe pendapat ko klo orang kte `wat pe pki tudung klo hati x ikhlas'
n `yg pi tudung bukanya bek pon'


Huhu, ayat terakhir itu, kami amat tak suka. Namun tidak mengapa,
kami cuba untuk menjawab. Yang lain, bolehlah memberi pandangan.

Setelah sedikit perbincangan dengan rakan lain, kami suka untuk
merujuk sebuar artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut gaya
kami. Artikel ini bertajuk ` 10 Sebab Paling Top Wanita Muslim tidak
Suka Berhijab' oleh Dr. Huwaydaa Ismaeel. Kami ambil sedikit sahaja.

Sebab Pertama : Saya tidak yakin lagi dengan apa perlunya berhijab(
bertudung).


Pernahkah dengar sebab yang ini? Kami pernah dengar. Tudung? What
the H you nak I pakai tudung? Apa yang penting sangat yek? Kalau just
nak jaga nafsu para lelaki, please la. Tak kuasa I..Eh makk,
tolongla. Iman dalam dada, bukan pada rambut I yang canteek nie ha
Kata-kata yang pernah terhambur satu ketika dulu, ketika menegur.
Mulut sedikit memuncung-muncung tatkala mempertahankan diri beliau,
intonasi bahasa sedikit beralun lembut pedih.

Betulkah beliau belum yakin?

Tatkala kita mengucap syahadah kita mengakui, Tiada tuhan yang
disembah melainkan Allah,beerti beliau talah meyakini aqidah. Muhmmad
itu pesuruh Allah yang beerti beliau telah mengakui apa-apa yang
dibawa oleh Muhammad adalah hukum Allah yang benar.

Jadi bagaimana pula dikatakan meyakini Allah dan Rasul tetapi tidak
yakin dengan hukumnya?

Jika kerajaan mengumukan cuti umum, kita yakin dengan pengumuman
kerajaan. Namun adakah dikatakan kita orang yang yakin jika tetap
beriya-iya pergi kelas atau kerja?

Itu bukannya yakin, yang itu,  Bengong. Kata- kata Ustaz Mustafa
Dolah,bekas pengetua SMKA Pedas.

Allah berfirman:

Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila diajak kepada Allah dan
rasulnya agar rasul memutuskan Diantara mereka, mereka berkata, Kami
dengar dan kami taat. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.(
Surah An-Nur.24:51)


Sebab kedua: Saya nak pakai tudung nie, tapi mak saya tak berapa nak
bagilah. Bukankah mentaati ibu bapa itu wajib?


Pernah Tipah cakap benda ni pada kami,  Halo geng, sori la. Aku
bukan taknak ikut cakap korang tapi mak aku cakap dunia dah berubah,
zaman dah maju, So, aku ikut je, malas nak bantah-bantah. Oh Tipah,
jawapanmu itu mensyahdukan sungguh, terharu.

Tapi Tipah Allah berfirman:

Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa' , 4:36)

Allah fiman lagi Tipah:

Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang
engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau
mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia dengan baik , dan
ikutilah jalan orang yang kembali kapada-Ku. Kemudian kepada-Ku
tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang telah kamu
kerjakan.( Luqman, 31: 15)

Tipah, nak tanya sikit. Macamana awak boleh patuh kepada mak awak dan
engkar kepada Tuhan yang menjadikan awak dan mak awak?

Oh Tipah, jangan tertipu lagi.

Sebab ketiga: Kedudukan dan pekerjaan saya tak mengizinkan saya untuk
bertudunglah.

 Saya ni student engineering, susahlah nak pakai kain, tudung bagai.
Leceh. Saya suka lagi pakai jeans then kenakan dengan baju t-shirt.
Barulah engineer. Kawan-kawan yang sering memberikan alasan ini pada
kami.

Mungkin betul, dan banyak lagi yang tak berapa nak betul.

Sebabnya, ramai je kami jumpa rakan-rakan muslimah yang cantik
bertudung walaupun bekerja sebagai engineer, student engineer.
Teramat ramai.

Mungkin muslimah yang ni ada terbaca firman Allah:

Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan
menunjukkan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezki yang tidak
disangka-sangka. ( Talaq, 65 :2-3)

Rakan-rakan, yang menentukan kedudukan kita di dunia ini adalah Allah
kan? Allah boleh aja menjatuhkan kita daripada kedudukan kita
sekarang. Jadi, jangan sombong kepada Allah.

Sebab keempat:Panaslah Malaysia nie, susah nak bertudung.


Mila pernah hamburkan ayat ni.  Huh panas betul Malaysia ni. Ni
semua global warming la ni. Potong sana, tebang sini. Abih rosak
pokok, udara, panas jadinya. Yang paling penting diorang dapat dosa
juga sebab membuatkan aku tak pakai tudung, panas tau. Hehe. Mila
tersebgih-sengih tatkala bercakap, senyum 

Help Palestine [hidayahnet] Pendidikan Silam dan Masa Kini??

2008-07-27 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Bismillahirrahmanirrahim…



Mari kita besama meneladani kisah sejarah yang lampau…kerana dengan
sejarahlah kita mampu bergerak lebih maju ke hadapan dan tidak
mengulangi kesilapan-kesilapan yang lampau. Namun pada masa kini,
kita kurang membaca sejarah lalu menyebabkan kita menghasilkan
kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh generasi sebelum kita
lagi.



Maka, ingin ana gugahi kita semua dengan kisah di bawah…..kisah
Sultan Muhammad Al-Fateh semasa kecil dahulu..



Semasa kecil, gurunya bertanya, Siapakah yang akan membuka
Constantinople? Sultan Muhammad Al-Fateh tidak tahu jawapannya. Lalu
gurunya menjawab, KAMULAH ORANGNYA…Sejak itu beliau  menanam cita-
cita untuk membuka kota itu..sehingga pada akhirnya beliau berjaya
membuka Constantinople pada waktu umur yang muda yakni pada umur 19
tahun….setelah generasi sahabat-sahabat Rasulullah yang terdahulu
gagal mendapatkannya. Para sahabat berebut-rebut untuk membuka kota
ini kerana mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud, Sesiapa yang membuka Kota Rom Timur dan Barat (Kota
Constantinople) maka panglimanya adalah panglima yang terbaik dan
bala tentera yang mengikutinya adalah bala tentera yang terbaik Di
sini dapat kita melihat pendidikan yang Rasulullah berikan kepada
para Sahabatnya dan seluruh umat Islam melalui cita-cita yang tinggi
bukan cita-cita yang bertaraf picisan sahaja.



Tujuan ana menceritakan kisah ini bukanlah sekadar untuk dijadikan
pengetahuan sahaja tetapi untuk menunjukkan betapa berbezanya
pendidikan yang berlaku pada hari ini dengan pendidikan zaman yang
silam, yang telah melahirkan orang-orang yang hebat seperti Musab bin
Umair, Ali bin Abi Talib, Sultan Muhd Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi
dan lain-lain yang tidak mampu disebutkan semuanya di sini….



Namun berbeza pula pada hari ini…pendidikan di Malaysia khususnya
(sbb ana tinggal di MalaysiaJ dan pernah mengalami situasi ini semasa
belajar dulu). Rata-rata ibu-bapa atau guru-guru..sering memberi
pendidikan begini… ,Mad…belajar rajin-rajin kalau tidak nanti tak
lulus periksa (UPSR,PMR,SPM, STAM dan yang sewaktu dengannya) sbb
nanti susah nak masuk U, susah nak dapat keja dll…dengan mengharapkan
anak-anak kita bakal membangunkan Islam pada suatu hari nanti…Dengan
pernyataan ini yang sering diulang-ulang berbanyak kali telah
menyebabkan anak-anak kita mempunyai cita-cita atau impian yang kecil…
iaitu sekadar lulus dalam peperiksaan yang dinyatakan tadi…lalu
menyebabkan anak-anak  yang kita harapkan tadi untuk membangunkan
Islam sekadar mampu menujukkan kejayaan dalam peperiksaan sahaja.



Selayaknya dinyatakan begini, Mad..BELAJAR RAJIN-RAJIN KERANA KAMU
YANG AKAN MEMBANGUNKAN ISLAM NANTI!! atau SIAPA YANG AKAN BEBASKAN
PALESTIN KALAU KAMU MALAS BEGINI atau SIAPA YANG AKAN BEBASKAN
PALESTIN?KAMULAH ORANGNYA!!! (Boleh dipelbagaikan lagi mengikut
kreativiti masing2)



Jadi ingin disyorkan kepada semua ibu-bapa dan guru-guru tidak
kiralah bakal ibu-bapa ke, bakal guru ke…dengan lebih mudah semua
umat Islam…Didiklah diri anda dan setiap orang yang anda kenal dengan
impian-impian yang hebat kerana dengan impian yang hebatlah akan
menghasilkan orang-orang yang hebat juga…Ceritakan juga kisah-kisah
hebat para sahabat dan tabiin supaya mereka ada contoh untuk
diidolakan..bukannya Batman, KeluangMan, CicakMan dan Man-Man yang
lain lagi yang Cuma menggunakan kemahiran teknologi yang ada untuk
menipu anak-anak kita…



Jadi di sini, ingin juga diri ini mempraktikkan apa yang ditulis…
dengan menyatakan persoalan, SIAPAKAH YANG AKAN MELAHIRKAN GENERASI
SEPERTI SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH,SALAHUDDIN AL-AYUBI, ALI BIN ABI
TALIB DAN YANG SETARAF DENGANNYA PADA ZAMAN INI? PASTIKAN KITA!!
tidak lupa juga SIAPAKAH YANG AKAN MEMBEBASKAN PALESTIN DAN
MEMBANGUNKAN ISLAM KEMBALI DI MATA DUNIA? ANDALAH ORANGNYA!!



Akhir kata, Jom Bina Diri!





Help Palestine [hidayahnet] HEBAHAN:Seminar Peperangan dan Kesengsaraan Umat Islam Iraq

2008-07-26 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
HEBAHAN: Seminar Peperangan dan Kesengsaraan Umat Islam Iraq akan 
diadakan pada 26 Julai 2008 (Sabtu ini), bertempat di Dewan 
Serbaguna,Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta..
(Malaysia), bermula jam 8.30 pagi-5.00 ptg..Semua dijemput hadir. Masuk 
adalah percuma...brochure:   http://www.box.net/shared/uczz2ycgk4



Help Palestine [hidayahnet] Orang yang Membebaskan Palestin Membangunkan Islam...SIAPA?

2008-07-26 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Assalamualaikum w.b.t.
Ingin ana gugahi kita semua dengan kisah di bawah.kisah Sultan
Muhammad Al-Fateh semasa kecil dahulu..

Semasa kecil, gurunya bertanya, Siapakah yang akan membuka
Constantinople? Sultan Muhammad Al-Fateh tidak tahu jawapannya. Lalu
gurunya menjawab, KAMULAH ORANGNYA…Sejak itu beliau  menanam cita-
cita untuk membuka kota itu..sehingga pada akhirnya beliau berjaya
membuka Constantinople pada waktu umur yang muda yakni pada umur 19
tahun….setelah generasi sahabat-sahabat Rasulullah yang terdahulu
gagal mendapatkannya. Para sahabat berebut-rebut untuk membuka kota
ini kerana mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud, Sesiapa yang membuka Kota Rom Timur dan Barat maka
panglimanya adalah panglima yang terbaik dan bala tentera yang
mengikutinya adalah bala tentera yang terbaik Di sini dapat kita
melihat pendidikan yang Rasulullah berikan kepada para sahabat nya
dan seluruh umat Islam dengan cita-cita yang tinggi bukan cita-cita
bertaraf picisan sahaja.
Oleh itu, saya ingin menanyakan soalan ini kepada anda, SIAPAKAH
YANG AKAN MEMBEBASKAN PALESTIN DAN MEMBANGUNKAN ISLAM KEMBALI DI MATA
DUNIA? ANDALAH ORANGNYA!!




Help Palestine [hidayahnet] Teka-Teki Imam Ghazali

2008-06-16 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat 
dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang 
bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar 
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p 
kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita 
harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang 
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah 
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan 
nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin 
dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami 
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak 
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai 
telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); 
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; 
mereka itulah orang-orang yang lalai.  (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah 
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, 
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta 
mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia 
dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT 
sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan 
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan 
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa 
lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini 
adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya 
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri




Help Palestine [hidayahnet] Puisi Wanita Solehah

2008-06-16 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Tolong sebar2kan kepada insan2 yang bergelar wanita terutamanya ibu,
kakak dan adik perempuan kita sendiri. Juga puisi ini ditujukan
kepada semua wanita muslim yang mampu memahami bahasa Melayu:)
Hayati dan amali puisi ini..krn hadis Nabi s.a.w.- Sesungguhnya dunia
itu merupakan keseronokan, dan tiadalah keseronokan di dunia ini
melainkan dengan wujudnya wanita solehah..

Yang lelaki pun kena jadi lelaki yang soleh..baru la dapat wanita
solehah juga..Jom Bina Diri Kita!!!

Wanita Solehah

Wanita Solehah…
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk
rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.




Help Palestine [hidayahnet] Fish Out of Water..???

2008-05-17 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Fish out of water



Pernah satu ketika, seorang sahabat bercerita. Dia pernah bawa satu
usrah yg dihadiri oleh brothers yg baru sahaj gmengenalh islam. Tapi
disebabkan oleh peer pressure dan juga gkenangan2 lama bersama
rakan2, mereka meminta daripada naqib mereka (ie sahabat saya) utk
hadir ke satu keraian (besday party) yg dianjurkan oleh sahabat2
mereka yg lain. Sahabat saya memberi nasihat supaya tidak pergi
kerana dia tahu apa yg berlaku di majlis2 seperti itu; pergaulan
bebas laki perempuan, bergurau senda, bertepuk tampar terajang antara
semua epesertaf majlis, tak kira laki perempuancseolah2 satu team
bola celebrate gol. Oleh kerana brothers tu insist jg, maka sahabat
saya tidak memaksa. Pada perjumpaan usrah seterusnya, brothers2 ini
menceritakan betapa rimasnya mereka sms majlis tersebut, betapa
janggalnya mereka rasa apabila berada di situ. Kerana apackerana apa
yg disebut oleh sahabat saya itu (ie naqib) mereka terjelma menjadi
realiti. Mereka menyesal dan tak mahu pegi lagi dahc

Di sini bukanlah saya ingin menceritakan tentang masalah-masalah muda-
mudi, yg telah saya sentuh sedikit sebanyak dalam entri sebelum ini,
namun apa yg ingin saya katakan di sini tentang jiwa seorang mukmin.
Jiwa seorang mukmin yang hidup, takkan sekali-sekali senang dengan
kemunkaran yg berlaku di sekelilingnya. Dia akan merasakan seperti -
bak pepatah Inggeris- fish out of water. Bagaimanakah sifat ikan yang
terkeluar atau sengaja mengeluarkan dirinya daripada air? Ia menjadi
seperti -bak pepatah melayu- nyawa-nyawa ikan. Seorang mukmin itu
peka lagi sensitif. Kemunkaran yang berlaku di sekelilingnya
menyebabkannya tak senang duduk. Lebih lama dia berada di situ,
semakin lama jiwanya semakin terhakis - menghakis sensitivinya
terhadap maksiat. Kerana sifat manusia adalah ia akan cuba utk adapt
dengan suasana. Lebih lama dia berada di dalam satu keadaan, walaupun
keadaan itu adalah janggal baginya, dia akan cuba (secara tidak
sedar), menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut supaya jiwanya
tidak tertekan. Lama-lama, ia tidak ubah jadi seperti apa yang ada di
sekelilingnya. Bagai seseorang yg sedang bersenang-senang di pantai,
angin pantai yang menghembus di pipinya secara perlahan-perlahan
akhirnya akan menidurkannya. Tepat benarlah seperti apa yg
diperkatakan Nabi saw, di akhirat nanti, seseorang itu akan bersama-
sama dengan siapa dia jadikan sahabat rapat di dunia. Kalau dia
bersama orang-orang soleh, maka soleh jugalah pengakhiranya.
Sekiranya sebaliknya, naya!

Perkara ini, tentang sensitiviti jiwa, adalah suatu hakikat yg
diketahui oleh musuh. Musuh menggunakan rancangan2 tivi yg
mempamerkan pergaulan bebas yg melampau* -lelaki/perempuan memasuki
rumah perempuan/lelaki, berpelukan, keluar makan sama2 sbg kawan,
cinta yg dihypekan dan byk lagi- sudah dianggap biasa. Buktinya,
tengok saja cerita2 melayu yg ada di tivi, gelagat2 artis, gelagat2
org di sekiling kita dewasa ini, semuanya menunjukkan kepada
kekurangan sensitiviti umat islam. Bukti yg lebih kuat lagi, boleh
kita lihat pada lagu2 nasyid yang tidak lagi menadakan bait-bait
perjuangan, tetapi cinta2 di IPT antara bukan muhram yang gmasih
terjaga oleh syarakh. Bahkan kisah2 perjuangan pun dimelankolikkan
dan dijadikan kisah cinta; kisah Nabi Adam bertemu kembali dengan
Hawa di Jabal Nur hanya kerana ketulusan cinta mereka sebagai contoh
yg real. Bukannya saya ingin mengatakan InTeam (yg sekarang ni sudah
insaf), UNIC dan seumpamanya menjadi agen kepada zionis utk
menghancurkan Islam. Tetapi ia adalah manifestasi daripada kejayaan
musuh Islam menghakis sensitiviti umat islam.

Belum lagi saya bercerita tentang sensitiviti umat islam terhadap
penderitaan umat islam yang lain di serata dunia. Siapakah yg paling
cepat menghulurkan bantuan kepada mangsa Tsunami di Aceh bbrp tahun
yg lalu? US dan Jepun. Di manakah negara2 Arab yg kaya dengan
minyak?? Semasa saya berada di Australia dahulu, terdapat satu
demonstrasi membantah serangan terhadap Iraq dan juga penindasan
berbentuk Apartheid oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Cuba teka
siapa yang anjurkan..? Puak-puak sosialis dan masyarakat berkulit
putih australia!!

Cukuplah setakat itu saya bercerita tentang sensitiviti umat islam yg
telah tumpul. Jangan kita menjadi seperti tandas yang rosak mari kita
selesaikan masalah ini dengan hidupkan kembali iman2 orang islam
dengan cara meramaikan masjid -buat kempen membawa anak ke masjid,
solat berjemaah bagi ibu2 yg ada di rumah bersama anak2, perbanyakkan
majlis ilmu islam yg membincangkan islam yg lebih luas (bukan sekadar
thaharah dan solat selama 40 tahun hidup), perbanyakkan tulisan2
islam, galakkan membacaclakukan apa sahaja supaya umat islam sedar
tentang musuh yg sedang mengintai dari ubun2 mereka, menunggu masa
utk membunuh; hidupkan iman2 yg lesu dan gerakkan diri2 yg malas - yg
hidup hanya utk diri sendiri.

Wallahul mustafan.

Sumber: Dari sebuah blog saudaraku, bukan tulisanku:)



Help Palestine [hidayahnet] Laman Web Baru Aman Palestin!!

2008-05-17 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Salam..Alhamdulillah laman web baru bagi Aman Palestin telah berjaya 
disiapkan..laman web lama(amanpalestin.com) tidak akan digunakan 
lagi..Sila layari   www.amanpalestin.org  Tolong sebar2kan kepada 
rakan2 dan kenalan2 yang lain..Jzklh:)



Help Palestine [hidayahnet] 60 Tahun Nakbah Palestin!!

2008-05-06 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Untuk mengetahui keadaan terkini di Palestin, sila layari
palestinkini.info.


oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin


(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948)

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi
sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar
prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah
Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah
diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini
berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh
rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-
orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin
yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan
tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang
berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan
Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan
pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya
dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.
Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya
yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah
pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak
langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa
menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb
November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk
mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini
merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia
kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan
angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk
bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan
penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik
yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin.
Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada
dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang
Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa
di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu
tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa
Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan
pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua
buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan
duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang
dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan `Ketetapan 181' yang malang
pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin
kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan
tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu
untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan
penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan
isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka
mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.


 Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB
telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta
cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang
berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.


Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia
kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam
sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB
demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu
perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka
dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka
diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu
hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan
mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap
ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini
dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah
mengumumkan Negara Israel pada petang 14hb Mei 1948. British
mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila
Negara Israel yang merdeka 

Help Palestine [hidayahnet] Agar Mudah Mengerjakan Solat Malam...Jadikan Aku Salah Seorang Darinya...Ameen..

2008-05-01 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
Pertama, jangan banyak makan dan minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan, Wahai para hamba,
janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum, lalu
kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak
kebaikan, dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar.
seterusnya, kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!

   Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita
banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Mari kita
lakukan, dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir
ini urusan yang ringan!


Kedua, jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

 Antara perkara yang akan membantu anda untuk mengerjakan
solat malam adalah, janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga
diwaktu siang semasa bekerja. anda mungkin akan mengatakan, Ini
adalah kata – kata yang sangat Ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah
pilihan sendiri. pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan
yang berat. dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk
melakukan sesuatu yang mustahil!

Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun,
cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang
serta jangan lupakan niat dan matlamat.

Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor – faktor
penolong ini dan mulai berusaha merealisasikannya.



Ketiga, hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. salah
seorang Tani'in mengatakan, Janganlah kalian berbuat maksiat kepada
Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat
malam.

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, Saya
terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa
yang saya lakukan. Beliau pun ditanya, Dosa apakah itu?. Beliau
menjawab, Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya
katakan, `Ini adalah orang yang riya'!' 

Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia.
Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan
taubat.



Keempat, lakukan dengan bertahap

Ini juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya
dengan yang sebelum ini. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat
yang sekejap dengan mengatakan, Saya akan mengerjakan solat
sepanjang malam setiap hari!. Tetapi jadikanlah semangat dan
motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur.
Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur
merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya.
mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah
mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui
tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya
tambahlah setahap, demi setahap lagi.

Hayatilah, saudaraku Agama itu mudah. Selamilah ia
dengan lembut. (HR. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)




Help Palestine [hidayahnet] Perubahan Melalui Demokrasi Masa Kini

2008-03-21 Terurut Topik Hanif Bin Mohamad Salleh
(sumber: renungan2u.wordpress.com)

 Demokrasi berparlimen di Malaysia memberi ruang kepada semua warga
Negara yang berumur 21 tahun ke atas untuk membuat pilihan seorang
wakil rakyat untuk kerusi Parlimen dan seorang untuk kerusi DUN.Umur
21 dalam perlembagaan Malaysia adalah umur warganegara yang matang,
faham, tahu implikasi segala tindakannya, rasional dan
bertanggungjawab membuat pilihan.

Semua rakyat yang berumur 21 tahun dan ke atas adalah layak untuk
memilih dan dipilih tanpa mengambil kira keilmuan dan pengalaman
mereka.Ini bermakna sepanjang 13 tahun lalu mereka telah dididik dan
dijelaskan akan tanggungjawab ini semasa proses pembelajaran yang
mereka lalui.

Namun apabila ditinjau dalam sistem pembelajaran selama 13 tahun,
maklumat yang diberikan hanyalah sekadar membolehkan pemerintah yang
sedia ada akan terus bertahan. Kerana semua dasar pendidikan,
objektif dan sifat manusia yang ingin dibentuk, metodologi kurikulum
dan kokurikulum yang diajar, bahan dan sikap para guru ditentukan
oleh pemerintah sedia ada dan berpandukan perlembagaan sedia ada.

Apabila ditinjau dalam dasar dan amalan kenegaraan lain; penerbitan,
penyiaran, budaya tahun baru, budaya menyambut hari-hari kebesaran
dan perayaan, promosi hiburan,  penjanaan ekonomi berasaskan
perbelanjaan tidak berhemat dalam diri masyarakat, filem-filem dan
drama yang ditayangkan, berita-berita yang dipaparkan dan
sebagainya, lebih memeberi kesan kepada keruntuhan jati diri dan
kepekaan terhadap tuntutan syariat Islam.

Oleh itu kualiti dan penghayatan Islam secara umumnya sama sahaja
dikalangan orang-orang Islam sama ada yang menjadi pemerintah
mahupun pembangkang dan yang membezakan mereka adalah manifesto yang
diutarakan. Walaupun sesiapa sahaja yang memerintah akhirnya kualiti
insan yang lahir daripada sistem pendididikan sedia ada itulah juga
kualiti insan yang akan menjalankan segala dasar dan manifesto. (
Melainkan jika manusia ini dilahirkan semula melalui sistem tarbiah
berasaskan sibghatullah)

Apabila kerajaan pemerintah ingin menjalankan projek pembangunan
yang bernilai  berbilion ringgit apakah syarikat yang akan
melaksanakannya akan diambil daripada syarikat asing yang tidak ada
kena mengena dengan diri mereka atau keluarga mereka atau kroni
mereka.??? Kalau pembangkang berkuasa dan memerintah apakah perkara
ini tidak berlaku???. Apakah rasuah boleh dibenteras??

Berlaku atau tidak bukan jawapan yang mahu diandaikan di sini tetapi
yang yakin kedua-dua pihak pemerintah mahupun pembangkang dan semua
jentera kerajaan semuanya lahir dan dibesarkan dibawah sistem yang
sama, amalan hidup yang sama, budaya masyarakat yang sama walaupun
ada perbezaan ia adalah perbezaan individu secara nisbi hasil
mujahadahnya sendiri bukannya lahir daripada sistem  pendidikan yang
terpadu sejak kecil lagi.

Apa yang nyata amalan hidup keislaman yang menjadi amalan hidup
generasi sahabat r.a. bukan lagi amalan yang menjadi sistem hidup
generasi muslim dibawah sistem yang dicipta oleh penjajah ini.

Kebanyakan orang yang berjuang  melalui sistem demokrasi bertujuan
untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di dunia ini atau ingin
mempertahankan kenikmatan yang telah dikecapi  supaya tidak
berpindah kepada orang lain. Tujuan-tuijuan ini walaupun ia tidak
bercanggah dengan Syarak tetapi ia hanya dicapai apabila lahirnya
manusia-manusia yang bertakwa dan soleh.

Sebaliknya orang yang berjuang untuk mendapatkan keampunan Allah dan
syurganya tidak akan terlibat dengan pertarungan sengit melalui ,
keji mengkeji, umpat mengumpat, irihati, dendam kesumat.

Mereka tahu selagi masyarakat Islam masih jahil mengenai agamanya,
jauh dan rapuh hubungan mereka dengan Allah, bergelumang dengan tipu
daya dunia, meninggalkan beristighfar, meninggalkan berjaga malam
untuk memohon keampunan Allah, tidak membimbing diri untuk menjadi
hamba yang ikhlas, tidak membimbing isteri dan anak-anak untuk
menghayati kehidupan dibawah kecintaan kepada Allah, tidak mengasihi
jiran dan masyarakat dan membimbing tangan mereka untuk mengenal dan
mencintai Allah maka masyarakat itu bukanlah masyarakat yang
bertakwa. Maka mereka tidak akan mengharap untuk menjadi pemimpin
kepada golongan ini.

Kerana mereka hanya ingin menjadi pemimpin kepada orang-orang yang
bertakwa:



æóÇáøóÐöíäó íóÞõæáõæäó ÑóÈøóäóÇ åóÈú áóäóÇ ãöäú ÃóÒúæóÇÌöäóÇ æóÐõÑøöíøóÇÊöäóÇ 
ÞõÑøóÉó ÃóÚúíõäò æóÇÌúÚóáúäóÇ
áöáúãõÊøóÞöíäó ÅöãóÇãðÇ  



 dan orang-orang yang berkata : Tuhan kami, kurniakanlah kepada
kami isteri-isteri dan zuriat yang sejuk mata kami memandang mereka
dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertakwa.. Al-
Furqan [25:74

Oleh tuntutan dakwah masa kini lebih kepada membina asas-asas daulah
Islam melalui pembentukan masyarakat Islam yan tertegak di atas
gabungan keluarga-keluarga Islam. Keluarga Islam itu pula asasnya
insane-insan yang bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla. Untuk tujuan
itu gerakan Islam perlu melipatgandakan kerja-kerja dakwah, tajmik
dan takwin bagi mengubah manusia berasaskan