Re: Help Palestine [hidayahnet] minta pendapat semua: masalah keciciran pelajar

2009-11-09 Terurut Topik ahmad zaki abdullah
Salam,
 
kebanyak mereka yang menduduki SPM sudah mempunyai target Uni yang mereka 
inginkan, dan bagi mereka yang dah dapat uni yang mereka idamkan kebanyakkan 
mereka merasakan perjuangan mereka sudah tercapai. Mereka tidak menyedari akan 
proses uni lebih berat untuk diperjuangkan. Lantas rasa bangga di uni melebihi 
dari mendapat scroll selepas habis uni. Masa ni mereka rasakan berpasangan 
lebih baik kerana tiada radar pemerhatian dari ibubapa.

--- On Tue, 11/3/09, m...@yahoo.com  wrote:


From: m...@yahoo.com 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] minta pendapat semua: masalah 
keciciran pelajar
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Tuesday, November 3, 2009, 3:37 PM


 




Salam to all,

Pada pandangan saya hal ini terjadi kerana:-

i) Pada peringkat sekolah kecemerlangan terhasil dari sistem pembelajaran 
(self-study) yang teratur atau lebih tepat dipaksa ke atas mereka terutama di 
sekolah berasrama. Walhal di universiti mereka bebas tanpa ada unsur-unsur yang 
dinyatakan di atas.
Pada hemat saya perkara ini adalah pendekatan yang paling sesuai memandangkan 
di universiti kita perlu menyediakan mereka untuk berhadapan dunia realiti. 
Perahu sudah di gigi air, pendayung sudah di tangan terpulanglah kepada mereka 
bagaimana untuk menongkah arus.

ii) Pengaruh persekitaran yang acapkali melalaikan pelajar.



MFK
+60126341289






From: "farh...@yahoo. com" 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Thu, October 22, 2009 9:31:55 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] minta pendapat semua: masalah keciciran 
pelajar

 





assalamu'alaykum

saya nak tanya pandangan sahabat semua.
apakah penyebab berlakunya keciciran di kalangan pelajar IPT.
kalau masa di sekolah atau SPM, mereka cemerlang.
tapi kenapa di univ pencapaian mereka sederhana sahaja atau lebih teruk sampai 
repeat paper dan extend semester.

saya sangat megalukan pandangan semua
thanks in advance










  

Help Palestine [hidayahnet] Mukim Dengkil Sepang

2008-07-02 Terurut Topik ahmad zaki abdullah
Assalammualaikum
 
Tuan Moderator,
 
Minta lalui untuk ads ini.
 

Mukim Dengkil Sepang
Banglo 1 tingkat, 6 bilik, 2 ruang tamu.
Luas rumah 60' X 120'. Luas tanah 1.25 ekar
RM950K Dirunding. 0166926444

 
Terima Kasih


  

Help Palestine [hidayahnet] Perbezaan Mahathir dengan Abdullah

2008-06-10 Terurut Topik ahmad zaki abdullah
ASM, Sejauh mana kebenarannya, yang penting iktibar dari contoh kepimpinan 
untuk generasi yang akan datang.

Note: forwarded message attached.
   
==

From: Mohd Harris Jaal [EMAIL PROTECTED]
Date: Sun, 8 Jun 2008 18:06:40 -0700 (PDT)
Subject: Perbezaan Mahathir dengan AbdullahSelepas dua tahun mantan Perdana 
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkririk kerajaan pimpinan Dato' Seri 
Abdullah Ahmad Badawi dari  pelbagai aspek. Kritikan tajam Mahathir mencetuskan 
pelbagai reaksi.

1. Semasa Jadi TPM

Mahathir 
Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri 
nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM,  sebagai 
menghormati bosnya.

Abdullah
Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan 
Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga 
tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai 
keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.

2. Sejurus Selepas Jadi PM

Mahathir
Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan 
waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia 
Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.

Abdullah
Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat 
melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti 
Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan 
umum.

3. Pembangunan Islam

Mahathir
Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' 
yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan 
dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau 
membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, 
Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya 
diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.

Abdullah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan Islam Hadhari' yang amat kontroversi 
dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah 
sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka 
depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi 
dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang 
apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).
Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.

4. Menghadapi Aduan

Mahathir
Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan 
yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya 
juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, 
pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan 
diambil oleh pihak berkenaan.

Abdullah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si 
pengadu. Beliau sering memberi komen, "Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa 
tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar" dan sebagainya. Si 
pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila 
ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang 
diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.

5. Menghadapi Cadangan Perniagaan

Mahathir
Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala 
fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan.
Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit 
Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, 
tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' ,
Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU 
akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi 
dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu 
dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.

Abdullah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar 
kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, 
tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya'. Pak Lah akan jawab 
balik, 'Tak ada wang tak payah buat'.
Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi 
pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu 
pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika 
dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia 
mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu 
entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.

6. Pengurusan Waktu

Mahathir
Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu 
tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi s

Re: Help Palestine [hidayahnet] LATEST INFO. ON TIDAK SAH NIKAH SEKIRANYA PENGANTIN PEREMPUAN SEDANG MENGANDUNG!!

2008-01-22 Terurut Topik ahmad zaki abdullah
ASM,
   
  Soalan ni ditanya kepada sapa? boleh saya dapatkan url nya. TQ

[EMAIL PROTECTED] wrote:
  Wallahualam..
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama
  ini jawapan dari jakim berdasarkan mazhab kita.. jawapan yang boleh di 
percayai.. 



.  Nama:
.
  Lisa.  E-Mel:
epielisa_2347@ yahoo.com. my .   Kategori:
SYARIAH
  
-
  


SUB KATEGORI
Munakahat - Nikah
  
-
Tarikh Hantar Soalan:
21/02/2007 02:41 AM  Soalan:
Adik saya berkahwin semasa dia mengandung 7bln kerana telah terlanjur dgn 
teman lelakinya dan teman lelakinya ingin bertanggungjawab tetapi hanya 
keluarga kedua-dua belah pihak sahaja yang tahu untuk mengelakkan aib keluarga. 
Ada orang yang mengatakan adik saya perlu bernikah semula untuk menyucikan 
zuriat yang seterusnya, keluarga kedua dua belah pihak setuju kerana kami ingin 
membuat kenduri untuk adik saya, soalan saya bolehkah adik saya bernikah semula 
dengan orang yang sama dengan niat untuk mengelakkan dari keluarga diperkata 
orang kerana tiada orang yang tahu dia sudah berkahwin dan bagaimana prosedur 
untuk perkahwinan keduanya? Adakah perkahwinan mereka yang dahulu perlu 
dibatalkan dan membuat pemohonan berkahwin semula seperti orang yang ingin 
berkahwin? .  Jawapan:
Pernikahan tersebut adalah sah sekiranya pernikahan itu menepati hukum 
syarak sekali pun perempuan itu sedang mengandung. Justeru itu pernikahan kali 
kedua tidak perlu diadakan walaupun dengan niat untuk menutup malu. 
Untuk makluman saudari, anak yang terjadi akibat hubungan sebelum nikah tidak 
boleh dinasabkan (dibin atau dibintikan) kepada suami adik saudari ( walau pun 
kandungan tersebut adalah benih lelaki tersebut).Sekiranya anak itu perempuan 
lelaki tersebut tidak boleh menjadi wali kepada pernikahan anak itu dan anak 
itu pula tidak boleh mewarisi harta lelaki berkenaan. 
Proses perkahwinan di Malaysia mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan 
oleh Pejabat Agama Negeri-negeri.
.  Status:
Selesai - Paparan Web. .  Nombor Rujukan:
PANEL 070307  Tarikh Selesai:
14/03/2007 02:03 AM
   
KZ  N 
   
 

  


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com   

 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Computer or LapTop ?

2008-01-09 Terurut Topik ahmad zaki abdullah
ASM Pn,

Saya ni bukan la pakar sgt pasal computer ni, kalau budget rm2200 dah hebat sgt 
tu untuk desktop. Kalau untuk kegunaan keluarga saya rasa elok Desktop. 

Consider this:
Intel 1.6, kingston 1024mb ddr2, 80gb harddisk, dvd-rw, monitor 19" = 
rm1500(kalau pandai tawar)

atau

amd 1.9, kingston 1024mb ddr2, 80gb harddisk, dvd-rw, monitor 19" = 
rm1500(kalau pandai tawar)

pastu tambah la graphic 3D RM700 nyer, sian kat anak2 yg nak main game 3D 
terkini.


- Original Message 
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Thursday, January 3, 2008 2:48:21 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Computer or LapTop ?

Saya berhasrat nak beli satu computer untuk kegunaan dirumah (anak2 dan family 
used).
Masalah nye saya tidak berapa ariff tentang computer (megabit ke amende 
ke..ntah laa..)
 
Saya tak tau samade saya patut beli laptop ataupun pc.
Lagi satu saya tak tau macamane nak pilih.. maklumla saya tak berapa tau sangat 
selain kalau ia dah disetkan.
 
Kalau sesiapa bole membantu... range harga yg saya mampu beli dalam $2200 
kebawah...
Takut nanti..terbeli yang mahal..tapi itu tak boleh..ini tak boleh...payah 
plak!!!
 
So dari segi apa patut saya tengok computer tu...tolong saya!!!

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com 



  

Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs

Re: Help Palestine [hidayahnet] Haramkan Motosikal

2007-12-28 Terurut Topik ahmad zaki abdullah
ASM, pendapat saya, haramkan dulu unit bermotosikal polis traffic, dah cantik 
implementation baru wartakan haram motor, saya juga menggunakan motosikal 
kerana KOS, KOS, KOS.

Naik motor dapat beli baju anak-anak, Naik motor baru dapat hantar mak buat 
pembedahan mata, Naik motor dapat jimat duit minyak, Naik motor baru dapat 
tolong adik-adik belajar, Naik motor tak payah bayar parking, Naik motor baru 
dapat bayar sewa, kereta (Isteri pakai pi kerja), pinjaman, PTPTN, etc.

Semua ini menjana ekonomi negara, kalau ada sejuta org macam saya, minyak motor 
RM5 seminggu kalau nak banding kereta kancil seminggu RM30, seminggu kita boleh 
jimat RM25 000 000.00!!! 


- Original Message 
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Sunday, December 23, 2007 5:22:06 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Haramkan Motosikal

Tak masuk akal betul lah tajuk ni. Mana boleh kerajaan nak haramkan motosikal? 
Kerajaan tak akan mampu haramkan motosikal kerana motosikal merupakan 
penyumbang ekonomi yang besar kepada Negara. 

Pertamanya motosikal merupakan keperluan yang sangat besar bagi sebilangan 
besar penduduk terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Keduanya motosikal banyak mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar besar 
seperti Kuala Lumpur.

Ketiganya motosikal banyak merancakkan ekonomi Negara dan menjadi punca 
pendapatan kepada ribuan penduduk Negara ini seperti penjualan, servis, alat 
ganti dan sebagainya.

Keempatnya motosikal merupakan pengangkutan yang penting bagi pelajar-pelajar 
sekolah untuk ke sekolah.

Banyak lagi lah kepentingan motosikal nih.. kalau nak cerita memang terlalu 
banyak sehinggakan kerajaan tak mampu sekali-kali nak haramkan motosikal nih..

Namun disebalik Motosikal juga terlalu banyak kerosakan dan kebinasaan kepada 
masyarakat negara ini..

Antara kerosakan atau kebinasaan yang ada kaitannya dengan motosikal ni ialah:-

Pertamanya motosikal merupakan pengangkutan penting bagi golongan remaja untuk 
merempit yang pasti mengundang kegelisahan dikalangan semua pengguna jalanraya.

Keduanya motosikal ni digunakan oleh penjenayah untuk melakukan ragut, rompak 
dan mencuri sehinggakan mangsa yang tidak berdosa menjadi mangsa seperti cedera 
parah ataupun maut mandatori tanpa sebarang notis... sangat menakutkan..

Ketiganya motosikal menjadi punca kemalangan maut meningkat dinegara ini dan 
jika motosikal diharamkan pasti mengrangkan lebih 50% kemalangan maut... wah.. 
banyak tu.. tak terliur ke Kerajaan nak hapuskan motosikal?? isk apa lah.. kan 
dah cakap ianya mustahil!!

Keempatnya motosikal menjadi kegilaan remaja sekarang ni membawa perempuan 
untuk memuaskan nafsu.. berpelukan.. . beraksi lucah... dan macam2 lagi mereka 
salahgunakan. .. isk isk patut Haramkan Motosikal nih!! tapi ianya mustahil.. 
kan?

Kelima.. Keenam.. Ketujuh.. banyak lagi lah kalau nak bilang satu persatu kesan 
kemusnahan yang boleh dibawa oleh motosikal nih... tak larat lah nak bilang.. 
cuma yang pastinya ialah motosikal ni lebih banyak membawa kemusnahan dari 
kebaikan bagi masyarakat negara kita ni...

Jadi... mcm mana nak buat ye..? nak haramkan tak boleh... kerana ianya 
mustahil.. em..di sini saya ada satu cadangan.. iaitu satu cara pertengahan 
yang pasti tak memberi kesan kepada ekonomi dan sebagainya.. iaitu kuatkuasakan 
undang-undang agar motosikal cuma dinaiki oleh penunggang saje.. tak boleh bawa 
pembonceng lagi.. Saya Harap cadangan saya ini dibincangkan diperingkat 
kabinet.. 

Kenapa ye saya cadangkan begitu?? apa kelebihannya? ? em.. banyak kelebihannya. 
. 

1)Satunya mengurang cedera atau maut kemalangan yang melibatkan motosikal. jika 
kemalangan sebuah motosikal yang dinaiki oleh 2 orang pastinya kemungkinan maut 
atau cedera ialah 2 orang.. ni dah kurang separuh dah..

2)Keduanya mengurangkan kes ragut kerana biasanya peragut ni dia berduaan untuk 
buat operasi.. sorang ragut, sorang lagi siap sedia atas motosikal.. 

3)Ketiganya mengurangkan rompakan kerana biasanya perompak melarikan diri 
dengan motosikal kerana mereka mahu mengelakkan kesesakan lalulintas dan mereka 
menggunakan kaedah yang hampir sama dengan kaedah peragut. Dengan itu telah 
menyukarkan operasi mereka. Besar tu kebaikan utk Rakyat!!

4)Keempatnya secara automatiknya tak ada dah anak muda kita ni bawak perempuan 
belakang motor dan melakukan adengan yang tak senonoh.. kan bagus untuk 
kebaikan mereka dan negara, juga bila mana mereka kurang dengan aktiviti yang 
tidak sehat mudahan2 mereka akan mempunyai masa untuk pembangunan diri..
Modan Insan tu...

5)Kelimanya boleh merancakkan lagi ekonomi negara.. bila mana motor tak boleh 
dikongsi, maka makin ramailah orang akan beli motor. bila motor makin laku maka 
semakin banyak lah peluang ekonomi untuk rakyat.

jadi marilah kita fikir baik2.. ni semua untuk kepentingan negara.. kalau Pak 
Lah baca apa yang saya tulis ni, saya yakin pasti dia pun setuju. cuma susah je 
nak sampaikan ke dia apa yang rakyat fikir.

T

Help Palestine [hidayahnet] Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

2007-07-24 Terurut Topik ahmad zaki abdullah
From: mohd harris ahmad jaal [EMAIL PROTECTED]
Date: Fri, 20 Jul 2007 19:58:24 -0700 (PDT)
Subject: Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi ArakCara Mengetahui Kek Yang 
Mengandungi Arak 

Assalamualaikum 

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan 
bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat 
kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalahsentiasa menghantui 
kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang 
Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain 
lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal. 
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan 
mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan 
masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok 
la,pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 
ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air 
Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek 
yang ada wain. 

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi 
dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. 

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, 
berhati-hatilah membeli kek. 

Sekian 

 
 


Re: Help Palestine [hidayahnet] APA PERLU SAYA BUAT.....

2007-06-20 Terurut Topik ahmad zaki abdullah
Assalammualaikum
   
  Saya seorang tutor IT sebuah kolej di Ipoh, dan dah ramai pelajar saya. Saya 
ingin berkongsi pengalaman, salah seorang pelajar saya adalah bekas PK sekolah. 
Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki seperti Hakimi. Beliau dah tak tau nak 
buat apa.
   
  Beliau mengambil keputusan, mengeluarkan duit kwsp dan setup cybercafe di 
rumah. Bersyarat, lepas habis homework boleh main sampai pagi. Balik rumah, 
homework dulu, start main sampai pagi.
   
  Saya hanya berkongsi pengalaman org lain harap dpt membantu, mungkin ada 
cadangan lain yg lagi bernas, saya bukan pakar motivasi. Tetapi anak-anak 
beliau sangat berjaya skrg malah mengutip hasil dari server yang bapa mereka 
beli, mereka menjadi hos server games terkemuka di Jepun.
   
  Wallahua'lam

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Assalamualaikum semua...
   
  Saya mempunyai seorang anak lelaki yg berusia 13 tahun di dalam tingkatan 2.  
Dia mempunyai sorang kakak (yg mana tidak tinggal bersama kami, tinggal dengan 
neneknya sejak lahir) dan seorang adik perempuan.
   
  Hakimi namanya..amat manja sehingga kelahiran adiknya bila usianya 7 tahun. 
Bermakna selama 7 tahun dia seorang dalam jagaan saya & bole di katakan 'mewah 
tapi sederhana' dari segi barang permainannya.
   
  Hakimi seorang yg suka menyakat adiknya maupun sesiapa jua.  Dlm itu dia 
tetap manja dengan saya.  
   
  Masalahnya sekarang dah terlalu kerap ponteng sekolah. Masanya banyak 
dihabiskan di cyber cafe.  Saya tau yg memang masalah sebegini.  Dah banyak 
cara saya & suami cuba praktiskan..tapi mungkin cuma bole bertahan selama 
seminggu..atau abis2 sebulan..pastu perangai lamanya kembali berulang.
   
  Bila ditanya hal2 persekolahan atau di cek beg sekolahnya/ 
homeworknya..jawapan yg diberi..cikgu selalu tak masuk kelas.  Tak belajar, 
cikgu tak bagi homework atau buku latihan dah hantar pada cikgu ..belum 
dikembalikan..dan bermacam2 alasan yang dibagi.  
   
  Dah banyak kali kami nasihat, pukul pun pernah..didenda (dikurangkan duit 
belanjanya) dan macam2 yang telah saya lakukan..tapi semuanya tak berkesan & 
cuma bertahan sekejap saja.
   
  Apa yang perlu saya buat!  Minta tolong semua..mungkin ade cikgu2, pakar 
motivasi kat group ni yang dapat membantu saya sebelum segalanya terlambat
   
  
   


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com   

 

   
-
You snooze, you lose. Get messages ASAP with AutoCheck
 in the all-new Yahoo! Mail Beta. 

Bismillah [hidayahnet] Tersasul pulak

2006-03-25 Terurut Topik ahmad zaki abdullah



__Do You Yahoo!?Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com 





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Senaman Ringkas Pengguna Komputer

2006-03-23 Terurut Topik ahmad zaki abdullah




		 Yahoo! Mail 
Use Photomail to share photos without annoying attachments.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.