Help Palestine [hidayahnet] Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan

2010-03-15 Terurut Topik vella attaqy
Al-FATIHAH MENYUSUN STRUKTUR PERASAAN DAN FIKIRAN INSAN


Pujian yang seluas-luasnya hanya layak dipanjatkan kepada Allah SWT yang
telah menetapkan segala musabab sehingga sebab-sebab agar tercapainya sebuah
keinginan menjadi kenyataan. Allah SWT sahajahlah yang layak mendapat pujian
atas apa yang telah terlaksana. Sungguh diri mengakui kelemahan yang
hakikatnya tidak mampu mencapai apa-apa melainkan dengan persetujuan dan
ketentuan Allah yang Maha segala Maha.


Selawat dan salam tidak terlupakan untuk nabi Muhammad SAW yang sangat mulia
dengan akhlaknya. Kegigihannya menjalani kehidupan manusiawi sambil
mengemban amanat suci menjadi ingatan kita sepanjang hayat. Sabarnya baginda
sehingga rela menderita asalkan risalah ini sampai ke pangkuan kita. Allah
SWT dan para malaikat bersalawat ke atasmu ya Rasulallah..


Alhamdulillah, tiada kata yang mampu terucap melainkan ungkapan rasa syukur.
Siapa yang menyangka pada akhirnya sebuah buku berjaya disiapkan. Kami
sangat menyedari kelemahan diri, kekurangan ilmu dan ketumpulan analisa,
namun kami masih memaksakan diri untuk berani menulis. Semoga Allah
menghadiahkan kami 'tawfiq  dalam amal, setelah usaha memahami dan
memahamkan dilaksanakan. Semoga Allah menjadikan kami seorang yang semakin
tersuluh sinar hidayah dengan ilmu dan bukan yang semakin jauh dari Allah
karena ilmu. *Manizdada 'ilman lam yazdad hudan lam yazdad minallahi illa
bu'dan! Wal 'iyazubillah!*


Surah Al-Fatihah bukanlah sebuah surah yang asing bagi kita umat Islam.
Lafaznya lancar mengalir dari lidah kita. Keseringan kita melantunkan
ayat-ayat surah ini sehingga 17 kali sehari seharusnya menghantarkan kita
kepada sebuah keadaan yang menginsafkan kita dan menjadikan kita terkesima
akan keagungan makna yang terkandung disebalik ayat-ayatnya yang tersurat.
Namun adakah lantunan yang mengalir dari lidah kita itu menyapa minda untuk
merenung dan menyirami hati agar segar bertenaga!?



Pernah suatu ketika Ustaz Amru Khaled, seorang dai terkemuka di Timur Tengah
melaksanakan solat berjemaah di masjid. Seorang pemuda disebelahnya menangis
ketika sedang solat. Penuh kekhusyukan. Usai solat beliau bertanya,
Sahabat, apa yang menyebabkan anda menangis ketika solat tadi? Pemuda itu
menjelaskan dengan semangat, Saya ingin menikmati khusyuk di dalam solat,
maka saya hadirkan ke dalam minda peristiwa yang mampu membuatkan saya
menangis seperti peristiwa kelakuan dosa yang pernah saya lakukan, dengan
harapan Allah SWT memperhatikan kesungguhan ibadah saya.. Beliau diam
seketika sebelum menjawap. Sahabat, bukan begitu caranya kita menimbulkan
perasaan khusyuk di dalam solat. Allah SWT sengaja mensyariatkan agar imam
memperdengarkan bacaannya ketika solat. Pensyariatan itu pasti mempunyai
sebab dan tujuan yang tertentu. Al-Quran adalah kalamullah sedangkan solat
adalah sebuah bentuk interaksi yang formal bersifat ritual antara Allah dan
manusia. Maka, ketika disyariatkan kita membaca kalamullah dalam solat, ia
seakan-akan menyuruh kita untuk mendengar dan menyimak apa yang Allah
perkatakan kepada kita dalam interaksi formal kita dengan Allah. Bagaimana
mungkin ketika imam membacakan ayat mengenai pembahagian harta warisan lalu
kita sebagai makmum membayangkan tentang dosa dan menangis! Adakah itu yang
dinamakan khusyuk!?


Mungkin beliau mengatakan hal sebegini kepada pemuda itu atas dasar mereka
memang berbangsa arab. Tidak pelik jika ada ulamak yang sangat menekankan
pemahaman bahasa Arab bagi masyarakat muslim bahkan ada diantara mereka yang
mewajibkan. Perbincangan mengenai hal di atas sangat relevan. Bagaimana
mungkin  ayat-ayat Allah akan memberikan kesan kepada manusia jika ia dibaca
tanpa pemahaman?


Sudut pandang inilah yang pada mulanya memberikan inspirasi untuk menyumbang
sesuatu kepada diri sendiri. Maka usaha meningkatkan pemahaman mengenai
Al-Fatihah dilakukan. Demi mencapai tujuan ini, kami dengan sukarelanya
telah menawarkan kepada sahabat-sahabat untuk mengkongsikan hasil usaha ini
bersama mereka. Maka, terbentuklah sebuah halaqah kecil membahaskan
ayat-ayat Al-Fatihah di sebuah markaz milik Akademi Al-Quran Medik Malaysia
yang berada di sebuah sudut kota kaherah. Ayat demi ayat diperbincangkan.


Suatu yang agung yang tidak dimiliki surah-surah lain adalah kelengkapan
makna yang terkandung di dalam surah ini. Maha suci Allah yang telah
meletakan surah ini di urutan pertama Al-Quran. Maka tepatlah ia dengan
namanya iaitu Fatihah atau pembuka. Ia seakan-akan menjadi pintu kepada
segala topik yang diperbincangkan Al-Quran. Tidak hairanlah jika ia turut
digelar ummul furqan atau ummul kitab kerana ia umpama jantung yang
memainkan peranan yang cukup besar dalam keseluruhan (holistik) sebuah
Al-Quran. Hal ini jelas terasa ketika diperintahkan membaca ayat-ayat yang
termampu dari Al-Quran setelah bacaan Al-Fatihah dalam solat. Wujud
keterkaitan yang nyata antara Al-Fatihah dan apa saja ayat dari Al-Quran.


Persoalan yang timbul, adakah ke-holistik-an Al-Fatihah dan kesinambungannya
dengan 

Help Palestine [hidayahnet] Fwd: Hidup Dalam Cinta part 3

2007-04-18 Terurut Topik vella attaqy

Hidup Dalam Cinta Part 3


Sungguh menarik jika kita teliti sekian banyak ayat-ayat dan hadis-hadis
yang sebenarnya mengajarkan erti cinta tanpa kita sedari. Walaupun ianya
tidak berbicara secara jelas tentang cinta namun agak mustahil hendak
dijalankan tanpa cinta. Sepertimana misi *rahmatanlilalamin* tidak pernah
akan tercapai kecuali dengan cinta. Sedih ketika kita melihat fenomena
hilangnya cinta yang sepatutnya menjadi ramuan terpenting dalam kehidupan.
Hilangnya cinta melahirkan kerosakan, perpecahan dan kesengsaraan kepada
manusia dan alam semesta.

[image: More...]

Cinta adalah manusiawi dan kemanusiaan

Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang pemuda yang kehausan di
tengah-tengah perjalanan, kemudian pemuda itu terjumpa sebuah telaga lalu
turun ke dalamnya untuk mendapatkan air. Ketika dia berada di permukaan
tanah dia melihat seekor anjing yang kehausan mengjilat-jilat pasir kerana
tidak dapat menahan haus yang melanda. Pemuda itupun berkata, anjing ini
sedang mengalami apa yang baru saja aku alami. Pemuda itu bergegas turun
mengambilkan air yang di isi di dalam kasutnya. Kasut tersebut terpaksalah
dipegang menggunakan mulutnya untuk dapat memanjat dinding telaga hingga ke
permukaan tanah. Anjing itu pun mendapatkan air dari usaha pemuda itu, lalu
Allah SWT bersyukur (berterima kasih) kepadanya. Mereka (yang mendengarkan
kisah ini) bertanya, Apakah kami mendapatkan ganjaran dari haiwan? lalu
Rasulullah SAW menjawab, Di setiap perut *ratbah* (haiwan) ada ganjaran!

Kadang kita sebagai manusia hanya selalu melihat kepada apa yang diri mereka
dapatkan. Jarang manusia mahu melihat dan berfikir lebih dari apa yang
mereka dapat. Andai saja manusia lebih sering melihat kepada kesan apabila
banyaknya jumlah manusia yang prihatin terhadap binatang, tumbuh-tumbuhan
dan alam sekitar. Pernah satu ketika seorang ayah berkata pada anaknya 
Abah bukannya nak cari untung sangat dari tanam pokok-pokok ni, hanya saja
teringin berbakti pada tanah. Ungkapan sang ayah ini penuh dengan
kerendahan diri dan perasaan cinta. Allah SWT meinginkan khalifah yang dapat
menjaga muka bumi ini maka di-*targhib*-kanlah dengan ganjaran yang pada
hakikatnya ia merupakan sebuah didikan bagi kita untuk belajar mencintai
binatang dan alam sekitar. Continue reading Hidup Dalam Cinta Part
3http://taqeyyabella.anasxz.net
attaqiyyubillahi
Nasr City, Cairo, Egypt
http://taqeyyabella.anasxz.net

--
Ahhh...imagining that irresistible new car smell?
Check out new cars at Yahoo!
Autos.http://us.rd.yahoo.com/evt=48245/*http://autos.yahoo.com/new_cars.html;_ylc=X3oDMTE1YW1jcXJ2BF9TAzk3MTA3MDc2BHNlYwNtYWlsdGFncwRzbGsDbmV3LWNhcnM-


Help Palestine [hidayahnet] Al Mahabbah Fillah Part 2

2007-04-16 Terurut Topik vella attaqy

Almahabbah Fillah Part 2


Suatu hari Hakim berjalan dan menemui seseorang yang sedang menangis
meratapi sebuah kubur maka bertanyalah dia akan hal yang menyebabkan pemuda
itu menangis. Pemuda itu pun menjawab bahwa sesungguhnya dia memiliki
seorang kekasih yang kini telah pun meninggal dunia. Hakim berkata,
sesungguhnya anda telah menzalimi diri anda dengan mencintai kekasih yang
mati (tidak kekal) seandainya saja engkau mencintai seseorang yang tidak
akan mati, tidaklah engkau akan menderita kerana berpisah dengannya.

Cinta adalah suatu keistimewaan yang paling istimewa yang dimiliki manusia,
akan tetapi bukanlah permasalahannya pada mencintai atau dicintai.
Mengetahui siapakah yang sepatutnya dicintai adalah lebih utama. Manusia
mengetahui dengan akal, mencintai dengan hati, bergerak dengan badan. Fitrah
manusia mencintai kesempurnaan, keindahan dan kecantikan, juga mencintai
pemberian.

Ketika akal mengetahui dari sebuah menelitian dan pemerhatian yang dalam
tentang penciptaan langit dan bumi, yang semua ciptaan itu merupakan sebuah
petunjuk, pengiktirafan dan penghormatan bagi manusia. Ketika manusia
melihat setiap kejadian yang berlaku yang ia tentunya merupakan perbuatan
dan rekayasa Allah SWT, maka akan tampaklah keadilan, rahmat dan ihsan Allah
SWT. Ketika manusia berfikir akan penciptaan Allah SWT, kemudian melihat
keseluruh perbuatan dan ketentuan Allah SWT, lalu bertadabbur setiap
kalam-kalam Allah SWT, maka akal seseorang itu akan menuntunnya untuk
mengetahui dan mengenal segala hakikat. Begitu juga fitrah seseorang itu
akan menuntunnya untuk mencintai sesiapa yang telah berlaku baik
terhadapnya. Tentunya penghujung semua proses ini akan melahirkan sebuah
cinta yang teramat agung kepada Allah zil Jalali wal ikram. Manusia yang
paling cerdik dan waras pikirannya adalah yang paling dahsyat cintanya
kepada Allah SWT, sepertimana yang kita sering dengar *La imana liman la
mahabbata lahu* 'Tidaklah beriman seseorang yang tidak memiliki perasaan
cinta'. Continue Reading Al Mahabbah Fillah Part
2http://taqeyyabella.anasxz.net


Help Palestine [hidayahnet] Rasulullah SAW Dalam Ingatan

2007-04-03 Terurut Topik vella attaqy

*RASULULLAH SAW DALAM INGATAN*

http://taqeyyabella.anasxz.net

Maha Suci Allah yang memberikan kita hidayah penerang kegelapan,
mengaruniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita yang merupakan sebaik-baik
nikmat. Maha Suci Allah  mengutus Muhammad Bin Abdullah sebagai imam para
nabi, pahlawan yang perkasa, penguasa yang adil, guru yang lemah lembut,
pelindung yang penyayang, qudwah hasanah untuk manusia. Maha Suci Allah yang
masih memberikan kita nafas di hari penuh bermakna ini untuk kembali
menghayati, membersih diri, mengenang kembali, mengatur strategi, agar
berjaya menjadi umat Rasulullah SAW yang diminumkan air dari tangannya yang
mulia, diberi syafaat tatkala timbangan kita dikira.

Maha Suci Allah swt yang berfirman 'Wa rafa'na laka zikrak' yang bermaksud
'Dan Kamilah yang meninggikan peringatan Mu (Rasulullah SAW)' –Surah
An-Nasyrah

Walahpun telah hampir 1417 tahun Baginda Rasulullah SAW telah meninggalkan
kita, namun beliau masih dikenang dan akan terus dikenang sampai bila-bila.
Kita sebagai umat Islam tidak dapat melupakan Baginda Rasulullah SAW yang
telah menyelamatkan kita dari gelap jahiliyyah walaupun sesaat. Bagaimana
bisa kita lupakan Baginda SAW sedangkan setiap solat kita berselawat
keatasnya. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang begitu cintakan
umat sehingga ke hujung hayat Baginda. Bagaimana mungkin kita lupakan
Baginda SAW sedangkan Beliaulah yang telah berkorban jiwa dan raga demi
menyelamatkan umatnya. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah
mengajarkan kita ma'iyyatullah tatkala berkata kepada Abu Bakar As-Syiddiq
'La tahzan innallaha ma'ana' 'Janganlah engkau takut sesungguhnya Allah SWT
bersama-sama kita' yang sedang ketakutan di Gua Tsur dalam perjalanan ke
Madinah. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan
erti sabar tatkala Beliau mengikatkan perutNya dengan dua ketul batu untuk
menahan lapar di peperangan khandak. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda
SAW yang mengajarkan erti kebersamaan tatkala mengajak semua Muslimin ikut
bersama Rasulullah SWT menikmati seekor kambing yang dengan mukjizatNya tak
kunjung habis walau dijamah seluruh muslimin ketika itu. Bagaimana mungkin
kita lupakan Baginda SAW sedangkan Bagindalah yang mengajarkan erti qona'ah
tatkala Umar Al-Khattab RA menangis melihat bekas dibadan Baginda SAW akibat
tidur tanpa alas sedang kaisar Roma dan Parsi ketika itu hidup dalam
kemewahan  lalu Baginda SAW menjawab Apakah engkau meraguiku, mereka adalah
golongan yang didahulukan nikmat di dunia. Sungguh dunia bagiku adalah
seperti pengembara yang berteduh dibawah sebatang pohon.  Bagaimana mungkin
kita lupakan Baginda SAW yang mengajarkan kita budi pekerti tatkala Baginda
SAW menziarahi wanita yahudi yang sakit padahal wanita itu melempari Baginda
dengan kotoran setiap kali Baginda ke Masjid. Bagaimana Mungkin kita lupakan
Baginda SAW yang telah mengajarkan kita bagaimana berlaku adil tatkala
berkata Dimana aku esok? Dimana aku esok? ketika Baginda sakit dirumah
Maimunah Radiallahu 'Anha agar isteri-isteri Baginda memperingatkan Baginda
untuk tetap berlaku adil dan berada di rumah isteri yang sepatutnya walaupun
baginda sedang sakit. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan
Bagindalah yang telah mengajarkan kita tawaddu' dan ringan tulang tatkala
beberapa sahabat membahagi-bahagikan tugas untuk menyiapkan makanan dan
setelah semua mendapat tugas Baginda berkata dan aku akan mencari kayu
api. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda yang telah mengajarkan erti
disiplin tatkala berkata Istaqim ya sawad! Berdirilah dengan lurus dalam
barisan wahai sawad !. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang
telah mengajarkan kita setiap hal dan sisi dalam kehidupan manusia.

Baginda SAW pernah berkata aku ingin sekali (Baginda menggunakan perkataan
wadadtu yang merupakan keinginan yang lahir akibat cinta yang mendalam)
untuk bertemu dengan saudara-saudaraku lalu para sahabat berkata tidakkah
kami tergolong dalam saudara-saudaramu, baginda berkata kalian adalah
sahabat-sahabatku namun yang aku maksud adalah mereka yang beriman pada masa
akan datang setelah kewujudanku tiada lagi. Begitu besar cinta baginda SAW
terhadap kita, namun apakah Baginda bertepuk sebelah tangan. Bagaimanakah
kita yang mengaku umattnya, apakah kita mencintai Baginda SAW lebih dari
segala-galanya seperti yang Baginda SAW ajarkan. Bukankah manusia ketika
mencintai seseorang selalu ingin dan berusaha untuk bertemu dengan kekasih
mereka, apakah kita ingin dan berusaha untuk bertemu kekasih kita yang
agung?

Marilah kita Tanya kepada diri kita sejauh mana cinta kita terhadap Baginda
SAW. Seberapa hebatkah usaha kita untuk mengikuti sunnahnya tanda kasih
sayang kita terhadap Baginda SAW. Sekuat manakah pengorbanan kita
meninggalkan dosa demi meraih cinta Baginda SAW.

Ya Allah karuniakanlah kepada kami Cinta kepada Rasulullah SAW sepertimana
cinta yang telah engkau karuniakan kepada Abu Bakar Assyiddiq, Umar
Al-Khattab, Ustman Bin Affan, Ali