Bismillah [hidayahnet] PERMATA YANG HILANG

2006-02-28 Terurut Topik IslahGateway






PERMATA YANG HILANG
"Permata adalah sesuatu bentuk 
perhiasan yang amat bernilai. Ia adalah hasil tekanan yang tinggi dikenakan pada 
karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya menghasilkan permata yang berkilau dan 
cantik. Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti 
mengidamkan dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti 
bercita-cita menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya. 
Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang 
telah diberikan Allah kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan 
kasih sayang sesama manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan 
pergaduhan sesama manusia. Dalam diri manusia juga terdapat satu 
benda yang nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya 
tenang, cekal dan kuat merupakan individu yang telah diuji melalui pelbagai 
ujian yang menekan sehingga hatinya berkilau umpama permata yang bergemerlapan. 
Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri 
manusia. Ia bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga 
akan kagum kepadannya. Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang 
memiliki ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan 
hatinya telah terbukti sepanjang hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau 
masih mampu bertenang di saat wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk 
menenangkan orang lain agar menerima hakikat sesungguhnya Baginda saw telah 
pergi menemui Allah swt. Hari ini ramai manusia telah kehilangan 
permata didalam dirinya. Manusia akhir zaman ini sudah kehilangan apa yang 
dinamakan ketenangan hati. Ketenangan hati ini adalah antara nikmat Allah swt 
yang diberikan kepada hambaNya yang soleh. Seorang yang sakit perut, 
nikmatnya adalah selepas proses penyahtinjaan.Seorang yang sakit gigi, 
nikmatnya adalah selepas gigi yang rosak itu dicabut atau 
ditampal.Seorang yang sakit jiwanya, nikmatnya adalah selepas 
dicampakkan ketenangan didalam hatinya semula. Ramai manusia 
bergelar bilionaire. Bergelar jutawan. Bergelar pemimpin agung. Bergelar 
intelektual. Bergelar cendekiawan. Bergelar negarawan dan pelbagai lagi 
gelaran-gelaran duniawi. Tetapi berapa ramai yang mempunyai gelaran-gelaran ini 
mempunyai ketenangan hati? Leslie Cheung, seorang artis yang sudah terkenal, 
mati bunuh diri. Bob Marley, juga mengakhiri hidup yang penuh populariti dengan 
kematian yang tragis. Mariah Carey, dilaporkan sudah beberapa kali mengunjungi 
klinik psikiatri. Maradona, hancur karier bolasepaknya kerana dadah. Hitler, 
juga mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri. Ini adalah sebahagian contoh 
kehidupan yang ramai diantara manusia kejar dan impikan. Populariti, kekayaan 
dan kuasa. Cat Stevens atau Yusuf Islam, sebelum menerima hidayah 
dari Allah yang mana beliau menemui ketenangan, juga hidup dalam keadaan yang 
tertekan dengan ketagihan alkohol. Namun, dengan jiwa barunya, dihiasi dengan 
ketenangan iman, beliau telah memulakan hidup baru sebagai seorang pendakwah. 
Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata 
itu? Sudahkah kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 
kesusahan melanda kehidupan diri kita?Atau adakah kita ini masih 
tergolong didalam golongan yang dikurniakan populariti, kedudukan dan harta, 
tetapi masih berterusan hidup dalam tekanan? Kita barangkali pernah 
melihat seseorang yang berkuasa dan kaya raya, mempunyai mahligai yang besar, 
tetapi sering menghabiskan masa malam mereka di kelab-kelab malam, memabukkan 
diri demi untuk mencari satu benda yang dinamakan ketenangan diri. Kita 
juga barangkali pernah mendengar kisah seorang bijaksana, tetapi berdampingan 
dengan dadah juga demi untuk mencari ketenangan yang hilang kerana tekanan 
pembelajaran. Dan yang paling selalu didengar adalah dialog-dialog, "Aku 
hisap rokok ni bukan ape, tension! Bila aku hisap sebatang dua, hilang sekejap 
tension aku." "Aku dengar muzik-muzik ni semua sebab nak release 
tension. Aku rasa terhibur so, aku boleh lupakan masalah aku." Allah 
berfirman, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." yang 
dikatakan zikruLlah (mengingati Allah) itu? Tuan Guru Nik Ab Aziz mengatakan 
zikir terbaik itu adalah al-Quran. Maka berdampinglah dengan al-Quran kerana ia 
sudah pasti akan memberikan ketenangan jiwa. Al-Quran yang dibaca, akan 
membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi al-Quran yang diamalkan isinya, ia 
akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat Islam sendiri hari ini 
tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan umat Islam seluruhnya telah 
kehilangan ketenangan dalam hidup seharian. Malah, ada banyak lagi cara 
untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus 
ke arah mengingati Allah. Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran 
sungai, langit yang biru, burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana 
itu semua menunjukkan kehebatan Allah swt. Kaedah ini juga diguna pakai oleh 
ahli psiko

Bismillah [hidayahnet] PERMATA YANG HILANG

2006-02-23 Terurut Topik norjannah mohamed noh
-- Forwarded message --
From: mazlihan othman 
Date: Feb 22, 2006 1:51 PM 


 "Permata adalah sesuatu bentuk perhiasan yang amat bernilai. Ia adalah hasil 
tekanan yang tinggi dikenakan pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya 
menghasilkan permata yang berkilau dan cantik. 

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti mengidamkan 
dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita 
menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya. 





Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang telah diberikan Allah 
kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama 
manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan sesama 
manusia. 


Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. 
Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan 
individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya 
berkilau umpama permata yang bergemerlapan. 


Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Ia 
bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum 
kepadannya. 


Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki ketenangan yang tiada 
tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang 
hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu bertenang di saat 
wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk menenangkan orang lain agar menerima 
hakikat sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt. 


Hari ini ramai manusia telah kehilangan permata didalam dirinya. Manusia akhir 
zaman ini sudah kehilangan apa yang dinamakan ketenangan hati. Ketenangan hati 
ini adalah antara nikmat Allah swt yang diberikan kepada hambaNya yang soleh. 
 
Seorang yang sakit perut, nikmatnya adalah selepas proses penyahtinjaan.
 
Seorang yang sakit gigi, nikmatnya adalah selepas gigi yang rosak itu dicabut 
atau ditampal.
 
Seorang yang sakit jiwanya, nikmatnya adalah selepas dicampakkan ketenangan 
didalam hatinya semula. 


Ramai manusia bergelar bilionaire. Bergelar jutawan. Bergelar pemimpin agung. 
Bergelar intelektual. Bergelar cendekiawan. Bergelar negarawan dan pelbagai 
lagi gelaran-gelaran duniawi. Tetapi berapa ramai yang mempunyai 
gelaran-gelaran ini mempunyai ketenangan hati? Leslie Cheung, seorang artis 
yang sudah terkenal, mati bunuh diri. Bob Marley, juga mengakhiri hidup yang 
penuh populariti dengan kematian yang tragis. Mariah Carey, dilaporkan sudah 
beberapa kali mengunjungi klinik psikiatri. Maradona, hancur karier 
bolasepaknya kerana dadah. Hitler, juga mengakhiri hidupnya dengan membunuh 
diri. Ini adalah sebahagian contoh kehidupan yang ramai diantara manusia kejar 
dan impikan. Populariti, kekayaan dan kuasa. 


Cat Stevens atau Yusuf Islam, sebelum menerima hidayah dari Allah yang mana 
beliau menemui ketenangan, juga hidup dalam keadaan yang tertekan dengan 
ketagihan alkohol. Namun, dengan jiwa barunya, dihiasi dengan ketenangan iman, 
beliau telah memulakan hidup baru sebagai seorang pendakwah. 


Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata itu? Sudahkah 
kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda 
kehidupan diri kita?
 

Atau adakah kita ini masih tergolong didalam golongan yang dikurniakan 
populariti, kedudukan dan harta, tetapi masih berterusan hidup dalam tekanan? 


Kita barangkali pernah melihat seseorang yang berkuasa dan kaya raya, mempunyai 
mahligai yang besar, tetapi sering menghabiskan masa malam mereka di 
kelab-kelab malam, memabukkan diri demi untuk mencari satu benda yang dinamakan 
ketenangan diri. 

Kita juga barangkali pernah mendengar kisah seorang bijaksana, tetapi 
berdampingan dengan dadah juga demi untuk mencari ketenangan yang hilang kerana 
tekanan pembelajaran. 

Dan yang paling selalu didengar adalah dialog-dialog, "Aku hisap rokok ni bukan 
ape, tension! Bila aku hisap sebatang dua, hilang sekejap tension aku." 

"Aku dengar muzik-muzik ni semua sebab nak release tension. Aku rasa terhibur 
so, aku boleh lupakan masalah aku." 

Allah berfirman, 
"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." 
yang dikatakan zikruLlah (mengingati Allah) itu? Tuan Guru Nik Ab Aziz 
mengatakan zikir terbaik itu adalah al-Quran. Maka berdampinglah dengan 
al-Quran kerana ia sudah pasti akan memberikan ketenangan jiwa. 

Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi 
al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. 
Tetapi umat Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan 
umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian. 

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. 
Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. 

Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, 
burung-burung berterbangan d