Bismillah [hidayahnet] Ulama Islam Hadhari diketepikan dalam Umno

2005-03-10 Terurut Topik IslahGateway





From: jihad ikhlas 

Ulama Islam Hadhari diketepikan dalam Umno

Ulama Islam Hadhari diketepikan dalam 
Umno 
Oleh DATO' DR HARON DIN 
Ketua Penerangan PAS Pusat 
SEBELUM daripada Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam, 
ulama-ulama dalam Umno telah mendapat tempat yang sesuai dengan keilmuan mereka 
dengan dipilih menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan khususnya 
berjaya menduduki kerusi Majlis Tetinggi Umno.
Apabila Malaysia diisytiharkan sebagai Negara Islam tanpa melakukan sebarang 
perubahan diikuti pula dengan perisytiharan susulan bahawa Malaysia melaksanakan 
Islam Hadhari. 
Sejak perisytiharan itu, Umno tidak pernah mengadakan pemilihan pucuk 
pimpinan tidak seperti yang berlaku sebelumnya, sehinggalah kepada Perhimpunan 
Agung Umno baru-baru ini. 
Mengikuti dari awal hingga ke akhir perhimpunan tersebut rata-rata masyarakat 
Malaysia beranggapan bahawa dengan kempen besar-besaran Islam Hadhari 'ala 
Malaysia' dan diperkukuhkan dengan ucapan Pemangku Presiden Umno, Dato' Seri 
Abdullah Ahmad Badawi yang memperuntukkan masa yang agak panjang menghuraikan 
Islam Hadhari kepada sidang perwakilan Umno. 
Islam Hadhari yang dihuraikan oleh Abdullah yang disiarkan secara langsung 
menerusi televisyen menggarapkan suatu konsep yang sehingga hari ini 
pun masih kabur kepada kebanyakan orang. 
Apakah sebenarnya Islam Hadhari yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan? 
Apakah kerangkanya sahaja yang diutamakan tanpa 
memikirkan pengisian isi terpenting daripada pengisian Islam itu dalam negara 
atau hendak dilaksanakan kedua-duanya sekali. 
Apakah mafhum dan substancenya, apakah bentuk kasar dan pengisiannya? 
Walauapapun berlaku kerajaan pimpinan Umno/ Barisan Nasional (BN) seperti 
berhasrat besar untuk melaksanakan Islam Hadhari kepada masyarakat Malaysia. 

Dari kempen-kempen yang begitu meluas, saya meletakkan harapan yang amat 
tinggi kepada perwakilan Umno yang menghadiri perhimpunan ini bagi mengisi 
tempat-tempat penting dalam pucuk pimpinan Umno dengan ulama berwibawa yang 
sedia ada dalam parti mereka. 
Sebelum diisytiharkan Malaysia sebuah Negara Islam, ulama-ulama Umno mendapat 
tempat yang istimewa, malah teringat kepada seorang sahabat saya yang sama-sama 
menuntut ilmu di Timur Tengah suatu ketika dahulu. 
Sekembalinya kami ke tanah air, saya memilih untuk melibatkan diri dalam PAS, 
manakala sahabat saya itu memilih Umno sebagai wadah perjuangan. 
Seterusnya sahabat saya telah terpilih untuk menganggotai kepimpinan Umno dan 
berjaya mendapat undi yang paling tinggi dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno 
ketika itu. 
Selepas itu beliau dan beberapa rakan seangkatan saya yang memasuki Umno, 
mereka telah diberi layanan yang baik dan dipilih oleh perwakilan untuk 
menduduki kerusi MT Umno. 
Apabila Islam Hadhari diisytiharkan dan dicanang ke sana ke mari 
perlaksanannya, tentulah perwakilan Umno pada pandangan saya, akan memilih ulama 
sebagai salah seorang daripada lima orang pemimpin utama dalam Umno. 
Samada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, sepatutnya 
sekurang-kurangnya satu tempat daripada 'top five' ini diberikan kepada ulama, 
untuk memantau dan memandu perlaksanaan Islam Hadhari. 
Saya beranggapan dengan perlantikan ulama yang berwibawa itu akan sekaligus 
menyatakan kesungguhan Umno dalam menaja Islam Hadhari. 
Saya tidaklah sampai kepada peringkat Umno akan memilih ulama menjadi 
Presiden atau Timbalannya, tetapi amat wajar ulama dipilih menganggotai salah 
seorang Naib Persiden. 
Sangkaan saya meleset sama sekali, apabila tidak ada seorangpun daripada ulama yang banyak melepasi kouta 
untuk layak bertanding Naib Presiden. 
Mungkin orang-orang Umno ada alasan yang munasabah untuk tidak menyerahkan 
salah satu daripada lima kerusi tertinggi ini kepada ulama walaupun dalam 
keadaan Islam Hadhari sedang begitu hebat diperkatakan untuk perlaksanaannya. 

Namun demikian, apakah tidak sampai masanya bagi sebuah negara yang cuba 
hendak melaksanakan suatu perkara baru, sekurang-kurangnya namanya baru iaitu 
Islam Hadhari yang tidak dipakai oleh mana-mana orang sebelum ini. 
Apabila Malaysia menggunapakai Islam Hadhari 
sudah tentulah secara spontannya ia diihamkan oleh 
ulama-ulama dalam Umno. Dengan lain bahasa arkitek bagi 
pembinaan Islam Hadhari ini ialah ulama-ulama dalam Umno. 
Jika salah seorangpun daripada ulama yang ada difikirkan duduk dalam barisan 
kepimpinan teratas, sudah tentulah orang berfikir mereka akan menang besar untuk 
menduduki barisan MT Umno. 
Kebetulan pula nama-nama ulama ini telah melepasi keperluan untuk bertanding 
MT Umno. 
Melihat nama mereka terpampang didada akhbar sebagai calon-calon MT, saya 
begitu yakin mereka akan menang . 
Sekali lagi anggapan tersebut begitu meleset kerana tidak seorangpun daripada 
mereka dipilih untuk menganggotai MT. 
Ini bererti bahawa 30 orang pemimpin tertinggi Umno 
dari Presiden sehingga MT, tiada seorangpun ulama-ulama berjaya mendudukinya 
kerana mereka ditolak oleh perwakilan Umno 

Bismillah [hidayahnet] Ulama Islam Hadhari diketepikan dalam Umno

2004-12-24 Terurut Topik jihad ikhlas




Ulama Islam Hadhari diketepikan dalam Umno 
Oleh DATO' DR HARON DIN 
Ketua Penerangan PAS Pusat 
SEBELUM daripada Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam, ulama-ulama dalam Umno telah mendapat tempat yang sesuai dengan keilmuan mereka dengan dipilih menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan khususnya berjaya menduduki kerusi Majlis Tetinggi Umno.
Apabila Malaysia diisytiharkan sebagai Negara Islam tanpa melakukan sebarang perubahan diikuti pula dengan perisytiharan susulan bahawa Malaysia melaksanakan Islam Hadhari. 
Sejak perisytiharan itu, Umno tidak pernah mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tidak seperti yang berlaku sebelumnya, sehinggalah kepada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. 
Mengikuti dari awal hingga ke akhir perhimpunan tersebut rata-rata masyarakat Malaysia beranggapan bahawa dengan kempen besar-besaran Islam Hadhari 'ala Malaysia' dan diperkukuhkan dengan ucapan Pemangku Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memperuntukkan masa yang agak panjang menghuraikan Islam Hadhari kepada sidang perwakilan Umno. 
Islam Hadhari yang dihuraikan oleh Abdullah yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen menggarapkan suatu konsep yang sehingga hari ini pun masih kabur kepada kebanyakan orang. 
Apakah sebenarnya Islam Hadhari yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan? 
Apakah kerangkanya sahaja yang diutamakan tanpa memikirkan pengisian isi terpenting daripada pengisian Islam itu dalam negara atau hendak dilaksanakan kedua-duanya sekali. 
Apakah mafhum dan substancenya, apakah bentuk kasar dan pengisiannya? 
Walauapapun berlaku kerajaan pimpinan Umno/ Barisan Nasional (BN) seperti berhasrat besar untuk melaksanakan Islam Hadhari kepada masyarakat Malaysia. 
Dari kempen-kempen yang begitu meluas, saya meletakkan harapan yang amat tinggi kepada perwakilan Umno yang menghadiri perhimpunan ini bagi mengisi tempat-tempat penting dalam pucuk pimpinan Umno dengan ulama berwibawa yang sedia ada dalam parti mereka. 
Sebelum diisytiharkan Malaysia sebuah Negara Islam, ulama-ulama Umno mendapat tempat yang istimewa, malah teringat kepada seorang sahabat saya yang sama-sama menuntut ilmu di Timur Tengah suatu ketika dahulu. 
Sekembalinya kami ke tanah air, saya memilih untuk melibatkan diri dalam PAS, manakala sahabat saya itu memilih Umno sebagai wadah perjuangan. 
Seterusnya sahabat saya telah terpilih untuk menganggotai kepimpinan Umno dan berjaya mendapat undi yang paling tinggi dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno ketika itu. 
Selepas itu beliau dan beberapa rakan seangkatan saya yang memasuki Umno, mereka telah diberi layanan yang baik dan dipilih oleh perwakilan untuk menduduki kerusi MT Umno. 
Apabila Islam Hadhari diisytiharkan dan dicanang ke sana ke mari perlaksanannya, tentulah perwakilan Umno pada pandangan saya, akan memilih ulama sebagai salah seorang daripada lima orang pemimpin utama dalam Umno. 
Samada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, sepatutnya sekurang-kurangnya satu tempat daripada 'top five' ini diberikan kepada ulama, untuk memantau dan memandu perlaksanaan Islam Hadhari. 
Saya beranggapan dengan perlantikan ulama yang berwibawa itu akan sekaligus menyatakan kesungguhan Umno dalam menaja Islam Hadhari. 
Saya tidaklah sampai kepada peringkat Umno akan memilih ulama menjadi Presiden atau Timbalannya, tetapi amat wajar ulama dipilih menganggotai salah seorang Naib Persiden. 
Sangkaan saya meleset sama sekali, apabila tidak ada seorangpun daripada ulama yang banyak melepasi kouta untuk layak bertanding Naib Presiden. 
Mungkin orang-orang Umno ada alasan yang munasabah untuk tidak menyerahkan salah satu daripada lima kerusi tertinggi ini kepada ulama walaupun dalam keadaan Islam Hadhari sedang begitu hebat diperkatakan untuk perlaksanaannya. 
Namun demikian, apakah tidak sampai masanya bagi sebuah negara yang cuba hendak melaksanakan suatu perkara baru, sekurang-kurangnya namanya baru iaitu Islam Hadhari yang tidak dipakai oleh mana-mana orang sebelum ini. 
Apabila Malaysia menggunapakai Islam Hadhari sudah tentulah secara spontannya ia diihamkan oleh ulama-ulama dalam Umno. Dengan lain bahasa arkitek bagi pembinaan Islam Hadhari ini ialah ulama-ulama dalam Umno. 
Jika salah seorangpun daripada ulama yang ada difikirkan duduk dalam barisan kepimpinan teratas, sudah tentulah orang berfikir mereka akan menang besar untuk menduduki barisan MT Umno. 
Kebetulan pula nama-nama ulama ini telah melepasi keperluan untuk bertanding MT Umno. 
Melihat nama mereka terpampang didada akhbar sebagai calon-calon MT, saya begitu yakin mereka akan menang . 
Sekali lagi anggapan tersebut begitu meleset kerana tidak seorangpun daripada mereka dipilih untuk menganggotai MT. 
Ini bererti bahawa 30 orang pemimpin tertinggi Umno dari Presiden sehingga MT, tiada seorangpun ulama-ulama berjaya mendudukinya kerana mereka ditolak oleh perwakilan Umno dalam perhimpunan kali ini. 
Ulama-ulama dalam Umno terdiri daripada bekas-bekas Menteri dan ahli-ahli yang telah men