Anak yang dilahirkan tetap tidak bersalah dan tidak sewajarnya dia
diaibkan. Masyarakat kita memang suka memandang keji kepada seseorang jika ada
keluarganya terbabit dengan perkara keji. Kadang-kadang keluarga sendiri tidak
menyukai akan segala perbuatan yang bercanggah dengan agama oleh mana-mana
anggotanya inikan pula anak-anak yang dilahirkan oleh ibu dan ayah yang tidak
bertanggongjawab !!
Islam telah berikan garis panduan yang lengkap tentang pergaulan antara
lelaki dan perempuan tapi apabila ianya diketepikan maka keadaan menjadi gawat.
Bukan saja soal pergaulan tapi soal berpakaian pun amat dititikberatkan.
Pakaian kaum wanita tidak seharusnya menampakkan bentuk tubuh badan mereka.
Namun hari ini walau pun ramai kita dapati kaum wanita dan para remaja memakai
tudung kepala (kerana rambut adalah aurat) namun ramai dari mereka memakai
pakaian terutama seluar yang jelas menampakkan bentuk tubuh mereka. Malangnya
Kelantan yang cuba menguatkuasakan pakaian secara Islam menjadi ejekan para
pemimpin kerajaan pusat. Bahkan mereka kerap mengsabotaj apa juga undang-undang
yang dilaksanakan pihak berkuasa negeri.
Apabila hukum jenayah Islam (hudud) diperkenalkan mereka kata itu hudud PAS
bukan hudud Islam !! Adakah kerana ianya datang dari PAS ianya dikatakan hudud
PAS. PAS hanya pihak yang menggerakkan usaha itu kerana nak harapkan UMNO
sampai kiamat pun belum tau mereka nak lakukannya. Maka sikap suka bermain-main
dengan kata-kata inilah maka rakyat menanggong aib dan ditimpa pelbagai bala !!
Sikap ini sama saja dengan sikap Yahudi yang suka berdolak dalik dengan
perintah Allah !! Maka apabila Yahudi menjadi penasihat kepada kerajaan UMNO
hari ini maka tunnggulah entah berapa banyak lagi bala yang bakal melanda !!
Wallahua'lam.
--- On Sun, 7/18/10, m...@yahoo.com m...@yahoo.com wrote:
From: m...@yahoo.com m...@yahoo.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Sunday, July 18, 2010, 9:53 PM
Betul... saya setuju.. kenapa dibuangkan dari bin Abdullah... walaupun
dia anak luar nikah.. tp dia adalah hamba Allah s.w.t... sekurang-kurangnya
jwpn itu yg buleh diberi bila anak sudah pandai bertanya.. kesian.. dari kecik
hingga dewasa.. tiada bapa.. anak luar nikah.. akan menghantui sepgj hidupnya..
Myza Sidek
--- On Mon, 5/7/10, zunai...@yahoo. com zunai...@yahoo. com wrote:
From: zunai...@yahoo. com zunai...@yahoo. com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Received: Monday, 5 July, 2010, 8:39 PM
Apa yang menyedihkan anak2 tersebut lahir...dah lah lahir sebagai anak luar
nikahtapi lagi menyedihkan tidak tercatat nama bapa pada sijil kelahiran
mereka itu. Kesian bermula dari detik anak itu berulang alik keklinik dibawa
oleh ibu angkatnya... berterusan masuk tadika, kesekolah rendah kemudian
menengah, universiti sehingga dia bekerja dan kawin dan seterusnya bila
mendapat anak pula...persoalan itu ia akan terus diejek dengan kata tiada
bapa, tiada ayah dan macam2 lagi ejekan diterima oleh anak2 itu hingga dia
mendapat anak akan ditanya oleh anaknya Mak/ ayah kenapa surat beranak mak/
ayah tiada nama bapa .kalau dahulu anak sebegitu dibin atau dibintikan
dengan Abdullah, kenapa tidak diteruskan.. . supaya keaiban itu tidak
timbul. Sedangkan anak2 itu tidak berdosakesalaha n yang dibuat oleh orang
tuanya tapi akibat dan malu diterima oleh anak tersebut .Ah alangkah
sedihnya anak itu bila mana
di Tadika beliau dipanggil oleh gurunya untuk menanda kedatangan.. .contoh
Aziz bin Ali, Samad bin Sidik, Amin bin.. dan kanak2 lain akan mengejek
h dia tak ada ayah kee ejekan itu akan berterusan hingga
keuniversiti. ...dan seterusnya juga bila dia akan dijab-kabul oleh kadhiOh
kesian. Kenapakah perubahan itu dibuat oleh kerajaan tanpa mengambil kira
resiko seterusnya.. ..fikir2 lah.
From: Noorshamsudin Hj. Mohd. da...@yahoo. com Noorshamsudin Hj. Mohd.
da...@yahoo. com
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Sent: Friday, July 2, 2010 7:32:58
Subject: Help Palestine [hidayahnet] 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
UTUSAN ONLINE 02JUL2010 - 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang
berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000
sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak
mencatatkan nama bapa.
Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini
bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes
setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah
didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan
Kristian (3,395).
Baginda bertitah, anak