Re: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Apabila Ditimpa Kesusahan

2009-08-04 Terurut Topik leenda khaeri
Assalamualaikum,
 
Sekadar berkongsi maklumat yang saya dapat. Antara perkara yang perlu dilakukan
 
1. Selawat ke atas junjungan nabi 100x selepas setiap solat
2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
3. Puasa setiap Isnin dan Khamis setiap minggu
 
*
Amalan Surah Ad-Dhuha
 
Ad-dhuha adalah surah ke-39 dalam al-Quran. Ia mengandungi 11 ayat yang 
mempunyai fadilat jika dijadikan bacaan amalan setiap hari.

Barang siapa yang membacanya setiap kali waktu terbit dan terbenam mata hari 
sebanyak tujuh kali, insya-Allah diselamatkan daripada kehilangan, kecurian 
atau lari hamba sahaya atau anak.

Jika kita gelisah akibat kecurian dan kehilangan atau anak serta isteri 
melarikan diri, bacalah surah ini.

Selain wirid, kita boleh melakukan solat sunat dhuha enam rakaat dengan tiga 
salam setiap Jumaat hingga kembali barangan yang hilang itu.

Selepas habis menunaikan solat enam rakaat, bacalah doa yang bermaksud: “Ya 
Allah, ya Tuhan yang Maha Kaya, ya Tuhan yang Maha Mengembalikan tiap-tiap yang 
hilang, Ya Tuhan yang Menghimpun yang bercerai-berai, Ya Allah ya Tuhan yang 
ditangan-Nya segala sesuatu perkara, (Mohonlah aku ya Allah) kembalikanlah 
kepadaku barang kehilanganku, sesungguhnya tiada yang dapat menghimpun sesuatu, 
melainkan Engkau.

Insya-Allah, barang yang hilang akan segera dikembalikan oleh sesiapa yang 
mengambilnya.

Sesiapa yang membaca surah ini setiap hari dalam tempoh 40 hari sebanyak 40 
kali dan selepas selesai, dibaca pula dengan doa, insya-Allah akan 
menjadikannya bebas daripada kefakiran.

Doa itu bermaksud: Ya Allah, ya Tuhan Yang Maha Kaya katakanlah aku, hingga aku 
tidak khuatir takut sesudahnya menjadi fakir dan tunjukkanlah aku kerana aku 
sesat dan kurniakan aku ilmu kerana aku jahil.

Thank and regards,
 
RiAs InSpIrAsI - my blog berwajah baru

--- On Wed, 7/22/09, a...@yahoo.com  wrote:

From: a...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Apabila Ditimpa Kesusahan
To: "Ikhwanul Muslimun" , "Abu Heakal" 

Date: Wednesday, July 22, 2009, 4:00 PM

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang 
ditimpa oleh kemelaratan, lalu diturunkannya kepada manusia ( meminta tolong 
kepada sesama manusia agar dihilangkan kemelaratannya itu), maka tentu tidak 
akan tertutuplah kemelaratannya tadi."

"Tetapi sesiapa menurunkannya kepada Allah (yakni mohon kepadaNya agar 
dihilangkan kemelaratannya) , maka bersegeralah Allah akan memberinya rezeki 
dengan segera atau dengan lambat."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan 
bahawa ini adalah hadis hasan sahih gharib.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Apabila Ditimpa Kesusahan

2009-07-27 Terurut Topik Abu Heakal

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang 
ditimpa oleh kemelaratan, lalu diturunkannya kepada manusia ( meminta tolong 
kepada sesama manusia agar dihilangkan kemelaratannya itu), maka tentu tidak 
akan tertutuplah kemelaratannya tadi."

"Tetapi sesiapa menurunkannya kepada Allah (yakni mohon kepadaNya agar 
dihilangkan kemelaratannya), maka bersegeralah Allah akan memberinya rezeki 
dengan segera atau dengan lambat."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan 
bahawa ini adalah hadis hasan sahih gharib.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Apabila Ditimpa Kesusahan

2007-10-23 Terurut Topik Abu Heakal