Re: Help Palestine [hidayahnet] Pembangunan Pekan Sungai, penduduk dakwa notis singkat dan tiada pampasan

2007-09-30 Terurut Topik isa . sulaiman
Tuan moderator tolong usahakan mendapatkan nya...pengajaran utk kita 
akan pesan nenek moyang dahulu..

Begitulah nasib anak bangsa melayu.
"bumi dipijak milik orang
tergadai seluruh harta benda
 akibat sengketa sesama lah kita
pribumi merintih sendiri"

sesiapa yang pernah mengikuti program di BTN tahun 80an dan tahu lagu 
warisan
dan juga lagu" penyair yang turun dari gunung."
harap dimaklumkan kepada kami.

kerna lagu itu menceritakan apa yang akan berlaku pada bangsa melayu.





Kadet Pencen 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
23/09/2007 11:47 PM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Pembangunan Pekan Sungai, penduduk dakwa notis 
singkat dan tiada pampasan






Pembangunan Pekan Sungai, penduduk dakwa notis singkat dan tiada pampasan 
Mohd Sabri Said 
Sun | Sep 23, 07 | 9:56:44 am MYT 
BUTTERWORTH, 23 Sept (Hrkh) - Tidak lama lagi Pekan Sungai, Butterworth 
akan berubah wajah apabila sebuah syarikat Indana Construction Sdn Bhd 
ingin memajukan penempatan tersebut dengan pembinaan bangunan komersial. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan 
telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Namun, apa yang menjadi masalahnya sekarang di manakah peniaga dan 
penduduk yang mendiami kawasan tersebut sejak puluhan tahun akan 
ditempatkan sedangkan mereka tidak mempunyai penempatan lain untuk 
tinggal.

Dalam tinjauan Harakahdaily mendapati, arahan perpindahan telah 
dikeluarkan menerusi notis peguam Fadzil, Chua dan Song pada 10 September 
lalu agar mereka mengosongkan permis masing-masing sebelum 1 November 
2007.

Mereka mendakwa, bila keluar nanti ke mana pula mereka terutamanya peniaga 
hendak bertapak sedangkan tapak baru berkos terlalu tinggi seperti di 
Taman Desa Murni atau taman baru berdekatan Merbau Kudung.

Indana Construction Sdn Bhd memberi tempoh sehingga 31 Oktober kepada 
penduduk mengemas kelengkapan perpindahan tanpa sebarang pampasan 
sepertimana yang tertera dalam akta jika penghuni tinggal melebihi 30 
tahun.

Tetapi bagi penduduk dan peniaga yang berbilang bangsa menggangap syarikat 
berkenaan tidak harus mengeluarkan notis dalam masa singkat sebaliknya 
merayu agar memberi masa lebih panjang dan sedikit pampasan yang setimpal.

Seorang taukeh kedai basikal yang enggan namanya disiarkan berkata, 
sebagai sebuah syarikat berpengalaman membangunkan projek perumahan 
syarikat berkenaan seharusnya tidak bertindak demikian.

"Kami rasa tertekan kerana tiba-tiba saja terima notis pindah segera, " 
ujarnya.

Seorang penduduk berbangsa melayu yang juga enggan disiarkan 
namanya,meluahkan rasa kecewa dengan peranan yang ditunjuk oleh Ahli Dewan 
Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua, Dato' Jasmin Mohamad kerana tidak 
prihatin terhadap nasib penduduk dan peniaga di sini walaupun mereka 
tinggal di atas tanah individu Cina yang kini menjualkan kepada Indana 
Construction Sdn Bhd.

Mereka mengharap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Dato' Seri Sharif Omar 
sahaja dapat menghulurkan tangan membantu.

Tanah seluas tiga ekar itu terletak di atas lot 1185, 1186, 1187, 1189 dan 
1190 kesemua berada di Mukim 11 Jalan Sungai Dua. - mks.

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah 
mereka yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah. Untuk maklumat 
lanjut, hubungi 03-40213343 atau 03-40212009.
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, 
news, photos & more. 
Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest 
shows on Yahoo! TV. 
 Pinpoint customers who are looking for what you sell. 
 


Help Palestine [hidayahnet] Pembangunan Pekan Sungai, penduduk dakwa notis singkat dan tiada pampasan

2007-09-26 Terurut Topik Kadet Pencen
  Pembangunan Pekan Sungai, penduduk dakwa notis singkat dan tiada pampasan 
Mohd Sabri Said  
 Sun | Sep 23, 07 |  9:56:44 am MYT
BUTTERWORTH, 23 Sept (Hrkh) - Tidak lama lagi Pekan Sungai, Butterworth akan 
berubah wajah apabila sebuah syarikat Indana Construction Sdn Bhd ingin 
memajukan penempatan tersebut dengan pembinaan bangunan komersial. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


 Namun, apa yang menjadi masalahnya sekarang di manakah peniaga dan penduduk 
yang mendiami kawasan  tersebut sejak puluhan tahun akan ditempatkan sedangkan 
mereka tidak mempunyai penempatan lain untuk tinggal.

 
 Dalam tinjauan Harakahdaily mendapati, arahan perpindahan telah dikeluarkan 
menerusi notis peguam Fadzil, Chua dan Song pada 10 September lalu agar mereka 
mengosongkan permis masing-masing sebelum 1 November 2007.

 
 Mereka mendakwa, bila keluar nanti ke mana pula mereka terutamanya peniaga 
hendak bertapak sedangkan tapak baru berkos terlalu tinggi seperti di Taman 
Desa Murni atau taman baru berdekatan Merbau Kudung.

 
 Indana Construction Sdn Bhd memberi tempoh sehingga 31 Oktober kepada penduduk 
mengemas kelengkapan perpindahan tanpa sebarang pampasan sepertimana yang 
tertera dalam akta jika  penghuni tinggal melebihi 30 tahun.

 
 Tetapi bagi penduduk dan peniaga yang berbilang bangsa menggangap syarikat 
berkenaan tidak harus mengeluarkan notis dalam masa singkat sebaliknya merayu 
agar memberi masa lebih panjang dan sedikit pampasan yang setimpal.

 
 Seorang taukeh kedai basikal yang enggan namanya disiarkan berkata, sebagai 
sebuah syarikat berpengalaman membangunkan projek perumahan syarikat berkenaan 
seharusnya tidak bertindak demikian.

 
 "Kami rasa tertekan kerana tiba-tiba saja terima notis pindah segera, " 
ujarnya.

 
 Seorang penduduk berbangsa melayu yang juga enggan disiarkan  
namanya,meluahkan rasa kecewa dengan peranan yang ditunjuk oleh Ahli Dewan 
Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua, Dato' Jasmin Mohamad kerana tidak prihatin 
terhadap nasib penduduk dan peniaga di sini walaupun mereka tinggal di atas 
tanah individu Cina yang kini menjualkan kepada Indana Construction Sdn Bhd.

 
 Mereka mengharap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Dato' Seri Sharif Omar sahaja 
dapat  menghulurkan  tangan membantu.

 
 Tanah seluas tiga ekar itu terletak di atas lot 1185, 1186, 1187, 1189 dan 
1190 kesemua berada di Mukim 11 Jalan Sungai Dua. - mks.

Lihat  ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah. Untuk maklumat lanjut, 
hubungi 03-40213343 atau  03-40212009.


-
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, 
photos & more. 
   
-
Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest shows on 
Yahoo! TV.
   
-
Pinpoint customers who are looking for what you sell.