Re: Help Palestine [hidayahnet] Raja berada di atas Politik

2009-05-02 Terurut Topik Kholid Ali
   Di negara kita mungkin kerana konsep MALAYSIA BOLEH membuatkan banyak 
perkara yang sepatutnya tidak boleh menjadi boleh dan yang sepatutnya 
berkecuali tetapi selagi yang berkuasa itu UMNO/BN yang patut berkecuali pun 
boleh untuk tidak berkecuali. Lihat saja kepada mereka yang bertanggongjawab 
dalam hal rasuah apa benarkah mereka berkecuali, dakwa sapa saja terlibat 
rasuah ? Apa yang dapat kita lihat mereka bertindak secara terpilih kata orang 
pilih bulu menyebabkan rakyat tidak faham dan cukup mengelirukan.
 
    Seorang Ketua Menteri disahkan melakukan rasuah dan tidak layak bertanding 
untuk rebut satu jawatan tinggi partinya tapi masih kekal sebagai Ketua Menteri 
bahkan paling terkini dilantik menganggotai MT parti berkenaan. Sebaliknya MB 
Selangor kerana dia bukan dari spesis UMNO maka heboh dengan dakwaan melakukan 
rasuah sembelih lembu korban di kawasan parlimen nya ? Yang peliknya sebuah 
persatuan yang dianggotai bini-bini wakil rakyat UMNO/BN yang diketuai bini 
bekas MB "melesapkan" bersama wang jutaan ringgit tapi pihak bertanggonjawab 
dalam hal ehwal pertubuhan boleh dengan mudah ? "tutup" persatuan berkenaan dan 
wang jutaan ringgit yang dikumpulnya termasuk yang sumbernya dari agensi-agensi 
kerajaan dilesapkan entah kemana tanpa dipersoal !!
 
 Pemimpin yang berkuasa tak kiralah sama ada mereka berada diatas politik 
dengan gelaran-gelaran yang hebat dan segala kemuliaan (di sisi manusia 
sahaja) atau berada sedikit dibawah kekuasaan politik jelas tersangat mudah 
ikut telunjuk pemimpin parti yang pemerintah walaupun tindakan mereka jelas 
tidak beretika demi untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin walau pun yang 
sebilangannya sudah dibuang rakyat dalam PRU 12 dulu. Dimana kah mereka ini 
(yang jadi alat ini) letak Allah swt ?? Apakah Allah itu kecil sangat dibanding 
dengan pemimpin-pemimpin itu yang setengah nya berlatar belakangkan seperti 
kata bekas seorang sasterawan negara yang pernah menjadi ahli parlimen parti 
Islam suatu masa dulu sebagai SHIT !!??
 
   Sebahagian pemimpin sangat dimuliakan oleh rakyat yang dikatakan mengatasi 
politik dan diberi tanggongjawab yang sangat mulia iaitu pemimpin 
tertinggi agama (Islam). Tapi ramai rakyat yang ada sedikti iman dalam dirinya 
tersangat kecewa !! Pemimpin yang meruntuhkan agama masih diberi layanan 
istimewa. Rakyat sudah buang tapi mereka angkat dan julang semula.
 
    Kedudukan dan mertabat agama Islam telah berpuluh tahun diperlakukan sama 
saperti dengan agama Kristian atau agama-agama penyembah berhala !! Rakyat 
diikat dengan undang-undang dan amalan ? syirik !! Maka sampai bila Islam mampu 
diletakkan ketahap yang diredhai oleh Allah swt selagi pemimpin ini merasakan 
kuasa mereka mengatasi segalanya, bukan sekadar politik !! Akhirnya mereka 
saling bantu-membantu memperkukuhkan kerja zalim dan keji mereka terhadap agama 
dan menjadikan Islam tidak ada bezanya dengan agama penyembah berhala !!?? 
Dulunya seorang Mufti mengatakan ? jomheboh haram tapi sekarang riuh rendah 
pula ianya dibawa masuk kenegeri tok mufti itu !! Apakah Islam selamanya akan 
diperintah bukan memerintah walau pun kuasa memeliharanya diberi 
kepada orang-orang yang tersangat di MULIAKAN dan disanjung hingga lupa mereka 
bahawa yang MAHA BESAR DAN MAHA AGONG hanyalah Allah swt ??!! Wallahua'lam
 
ibnuAli
kota jembal


--- On Sun, 4/19/09, a...@yahoo.com  wrote:

From: a...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Raja berada di atas Politik
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Sunday, April 19, 2009, 10:46 PM








KUALA KANGSAR, 19 April (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini 
bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak 
boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan 
untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik 
tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat 
menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi 
raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 
'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan 
kerukunan rakyat dan negara.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh 
dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan 
menghalalkan cara.

"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta 
memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri 
mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang 
tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk 
mendapatkan kuasa," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan 
penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan 
ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini, Ahad.

Sultan Azlan bertitah pada hem

Help Palestine [hidayahnet] Raja berada di atas Politik

2009-04-24 Terurut Topik amri el wahab
KUALA KANGSAR, 19 April (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini
bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak
boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan
penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh
kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke
peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar
institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan
satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh
memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh
dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan
menghalalkan cara.

"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta
memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan
diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada
sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas
matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda pada istiadat menghadap
sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena
ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini, Ahad.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu
berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej
negara di kaca mata antarabangsa.

"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini,
aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini
tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi
mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah
baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang
berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara
mereka demi kepentingan negara dan warga.

Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan
negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden
penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan
nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara
yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.

"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca
dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa
berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh
mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

"Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak
kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah
baginda.

Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah
sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu
diperbetulkan.

Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta
penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara
yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran
dan pertuturan raja pemerintah.

"Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak
untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan
dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran."

Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada kuasa
yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan untuk
memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama seperti seorang
presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat.

"Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan
perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam
memastikan bahawa semangat perlembagaan , falsafah di sebalik setiap
undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu
sentiasa dilindungi," titah baginda.

Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu,
raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam,
melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain.

"Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan
merupakan resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang merdeka
lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah Sultan
Perak.

-- BERNAMA

Salaam & Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com