RE: Help Palestine [hidayahnet] TV3 Bersama Mu , Masa Untuk Berubah

2007-11-29 Terurut Topik Kholid Ali
Aswt,
 Sebenarnya saya pun terfikir juga untuk beri pandangan tentang isu ini 
sebelum ini. Ini berikutan seorang ibu tunggal yang ramai anak hidup dalam 
serba kekurangan dipaparkan oleh TV3. Lazimnya apabila liputan disiar oleh TV3 
mendedahkan sesuatu isu maka pihak yang bertanggungjawab akan cepat bertindak 
balas. Kisah keperitan hidup seorang ibu tunggal yang dapat perhatian seorang 
ahli perniagaan sebaik saja beliau dilawati TV3 telah disiarkan baru-baru 
ini.Dengan murah hati ahli perniagaan berkenaan mendermakan bermacam bahan 
binaan bagi membaiki rumah ibu tunggal berkenaan. Saya tidak tahu berapa jauh 
kah rumah ahli perniagaan tersebut dan jiran-jiran berhampiran yang mungkin ada 
juga yang berkemampuan daripada rumah ibu tersebut sehinggakan sebelum itu 
tidak menunjukkan sebarang keperihatinan melainkan setelah TV3 membuat lawatan 
kerumah ibu tunggal berkenaan. Pastinya rumah ibu tunggal itu berjauhan 
daripada rumah saya kerana saya pun menyadari nya apabila kisahnya
 dipaparkan oleh TV3..
 
 Satu persoalan terlintas di kepala saya. Andainya pihak lain umpamanya 
ketua kampung atau penggawa atau imam yang menonjolkan nya bukan TV3 adakah 
bantuan akan diperolehi oleh ibu tersebut begitu cepat sekali?? Bagaimana pun 
kehadiran TV3 itu telah membangkitkan kembali semangat gotong royong penduduk 
membaiki rumah ibu tersebut. Atau adakah motif anjuran TV3 berbuat demikian 
bagi menggambarkan betapa tidak perihatin nya kerajaan negeri Kelantan?? Apa 
pun di harap mereka yang terlibat melakukan gotong royong itu ikhlas lah bukan 
kerana mengharapkan rakaman kerja-kerja bantuan yang diberikan itu tersiar 
dalam TV3. Saya harap masyarakat Islam wajar kembali menghayati semangat gotong 
royong yang semakin terhakis di negara kita. Walaupun ada peruntukan yang 
diberikan kepada rakyat misalnya di bawah skim PPRT tetapi suatu ketika dulu 
khabarnya peruntukan berjuta ringgit itu telah dilesapkan oleh seorang bekas 
menteri kabinet UMNO dari negeri Kelantan sendiri.
   
 Saya rasa institusi masjid haruslah diberi peranan yang lebih luas 
termasuk dalam membantu mereka yang miskin. Masjid seharusnya diberi peruntukan 
kewangan oleh pihak yang bertanggungjawab mengutip zakat daripada umat Islam 
atau pihak kerajaan sendiri samada kerajaan pusat mau pun kerajaan negeri. 
Peruntukan itu mungkin boleh digunakan untuk membekalkan bahan-bahan binaan 
kepada mereka yang miskin dan untuk kerja-kerja binaan para imam mungkin mampu 
menggerakkan nya secara gotong royong. Pihak kerajaan terutama di negeri-negeri 
yang diperintah UMNO/BN telah menjadikan dasar tidak membenarkan masjid 
mencampuri urusan politik maka amatlah sesuai masjid diberi tanggungjawab 
menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Apa yang kerap berlaku pada 
hari ini agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri-negeri meletakkan kepentingan 
politik mereka di depan umpamanya selalu kita dengar penerima bantuan mestilah 
dari kalangan penyokong parti mereka atau mesti bersetuju menjadi
 ahli parti mereka dahulu sebelum menerima bantuan. Kita harus menyedari bahawa 
kefakiran itu hampir kepada kekufuran. Menyokong organisasi yang menolak 
sistem Islam adalah antara ciri-ciri kekufuran. Jadi bantulah mereka yang 
berada dalam kemiskinan dan kefakiran dari terus terjebak kedalam kekufuran. 
Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

Zamzuri Ramli@yahoo.com wrote:
kalau kat kampung, mesti ada ketua kampung yg diamanahkan 
menggerakkan jentera2 kat kampung... mana pegi? x kan makan gaji buta atau org 
yg x layak tlh dilantik?... kalau kru tv3 bersamamu dilantik ketua kampung 
bagus gak, sebab diorg mesti cari cari bahankan...

-
  From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
Sent: Saturday, November 17, 2007 11:46 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] TV3 Bersama Mu , Masa Untuk Berubah

Saya amat tertarik dengan rancangan TV3 Bersama Mu
yang disiarkan pada 14 November 2007 yang lalu. Segmen
pada malam tersebut membawa pendekatan yang lain
daripada yang lain. Pendekatan yang amat-amat saya
harapkan dan sentiasa ditekankan selama ini.

Selalunya saya tidak mengikuti secara penuh dan
bersungguh rancangan TV3 Bersama Mu kerana tidak dapat
menahan sebak. Sebak kerana tahu betapa susahnya
mereka yang memerlukan tetapi tidak dapat membantu
mereka. Tahu betapa susahnya kehidupan mereka tetapi
tahu sebenarnya mereka itu adalah sebilangan kecil
sahaja yang disiarkan kisah kesusahan kehidupan
mereka, sedangkan di sekeliling kita ramai lagi yang
mengalami nasib serupa atau mungkin lebih teruk lagi.

Kisah pada segmen malam tersebut ialah seorang ibu
tunggal di Kelantan yang terpaksa bekerja keras hingga
lewat malam menanggung 5-6 orang anaknya. Anaknya yang
baru mendudukki peperiksaan PMR tahun 2007 dengan rela
hati mencari pekerjaan sebagai pembantu di kedai makan
selepas tamat PMR kerana niatnya ialah untuk
menjelaskan yuran persekolahan yang

Re: Help Palestine [hidayahnet] TV3 Bersama Mu , Masa Untuk Berubah

2007-11-27 Terurut Topik Hang Jebat
ALHAMDULILLAH

Artikal yang bagus.
Kalau dari segi Islam pun kita kena bantu membantu.

Kalau tak silap 44 ke kiri, kanan, depan dan belakang adalah jiran
kita (betulkan saya kalau saya silap).
Tanggungjawab kita untuk ambil tahu tapi jangan sampai dalam bilik pulak...
Agak-agaklaaa... Ada batasnya... cthnya kesihatan, makan ker, anak
sekolah... dll
yang mengikut Islam...

Kalau tak ambil tahu langsung... jadi macam sekarang nieee
Dulu kalau budak nak hisap rokok lari masuk hutan sekarang niee
nak beli kee nak hisap keee ada orang kerr... bebudak tuu buat
bodohh jerrr...
Tak takut dahh...

Good one. ulasan yang baik...

Jadi fikir-fikirkanlah.

On 11/17/07, RozmalbinMalakan RozmalbinMalakan wrote:

 Saya amat tertarik dengan rancangan TV3 Bersama Mu
 yang disiarkan pada 14 November 2007 yang lalu. Segmen
 pada malam tersebut membawa pendekatan yang lain
 daripada yang lain. Pendekatan yang amat-amat saya
 harapkan dan sentiasa ditekankan selama ini.

 Selalunya saya tidak mengikuti secara penuh dan
 bersungguh rancangan TV3 Bersama Mu kerana tidak dapat
 menahan sebak. Sebak kerana tahu betapa susahnya
 mereka yang memerlukan tetapi tidak dapat membantu
 mereka. Tahu betapa susahnya kehidupan mereka tetapi
 tahu sebenarnya mereka itu adalah sebilangan kecil
 sahaja yang disiarkan kisah kesusahan kehidupan
 mereka, sedangkan di sekeliling kita ramai lagi yang
 mengalami nasib serupa atau mungkin lebih teruk lagi.

 Kisah pada segmen malam tersebut ialah seorang ibu
 tunggal di Kelantan yang terpaksa bekerja keras hingga
 lewat malam menanggung 5-6 orang anaknya. Anaknya yang
 baru mendudukki peperiksaan PMR tahun 2007 dengan rela
 hati mencari pekerjaan sebagai pembantu di kedai makan
 selepas tamat PMR kerana niatnya ialah untuk
 menjelaskan yuran persekolahan yang tertunggak
 sebanyak RM 600.

 Setelah disiarkan kisah kehidupan tersebut,
 kebiasaannya krew Bersama Mu TV3 akan menghulurkan
 bantuan, membantu membelikan peralatan rumah, dapur,
 pakaian dan sebagainya.

 Tetapi kali ini tidak. Pengacaranya membawa krew
 melihat kawasan sekeliling kampung. Mereka dapati
 rata-rata penduduk sekitarnya tidaklah susah sangat,
 malah terdapat ramai juga antara mereka yang mempunyai
 rumah banglo. Lalu mereka singgah di salah sebuah
 rumah banglo milik seorang ahli perniagaan. Setelah
 menceritakan kisah penderitaan keluarga ibu tunggal
 tersebut di hujung kampung mereka, ahli perniagaan
 tadi dan isterinya mengalirkan air mata. Dan mereka
 dengan rela hati menghulurkan bantuan untuk membaiki
 rumah ibu tunggal tadi.

 Lalu dipanggillah ketua kampung dan beberapa penduduk
 kampung untuk membantu membaiki rumah ibu tunggal
 tadi, serta menghulurkan beberapa bantuan lain.

 Ini adalah satu contoh mudah bagaimana rakyat Malaysia
 boleh membantu mereka yang memerlukan. Mereka yang
 memerlukan ini berada di sekeliling kita, dan mereka
 yang berkemampuan untuk membantu pun ada di sekeliling
 kita. Kalau tidak mampu membantu dari segi kewangan,
 kita bantu dari segi tenaga, kalau tidak mampu
 membantu dari segi tenaga, kita cari atau salurkan ke
 mana-mana individu atau agensi yang boleh membantu.
 Masakan seorang ibu tunggal, seorang warga tua,
 seorang yang lumpuh mampu turun naik Pejabat Kebajikan
 Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri, Baitul Mal
 Negeri, pejabat Wakil Rakyat untuk mengharapkan
 bantuan.

 Masyarakat sekelilinglah yang bertanggungjawab. Takkan
 kita hendak mengharapkan Pegawai Kebajikan Masyarakat
 untuk mengetahui setiap satu keluarga yang susah di
 lokaliti mereka, sedangkan mungkin mereka terpaksa
 meneliti beribu-ribu permohonan. Takkan kita hendak
 mengharapkan wakil rakyat turun setiap hari untuk
 mencari keluarga yang susah, sedangkan mungkin
 rata-ratanya seorang wakil rakyat biasanya mempunyai
 5,000 keluarga di kawasannya yang memerlukan perhatian
 bermakna jika dia pergi rumah ke rumah setiap tahun,
 sehari dia perlu melawat 13 rumah sekurang-kurangnya ,
 sedangkan mereka mempunyai tugas lain yang lebih
 penting.

 Masa untuk berubah. Sikap kita harus berubah. Kita
 harus ambil peduli apa yang berlaku di sekitar kita.
 Masalah gejala sosial, masalah dadah, masalah pecah
 rumah, masalah ragut, masalah keciciran
 pelajar,pengangguran dan sebagainya bermula apabila
 kita semua mengambil sikap tunggu dan lihat, mengambil
 sikap berpeluk tubuh dan menuding jari. Ini bukan
 kerja aku, ini kerja dia, ini kerja AJK Masjid, ini
 kerja JKKK, ini kerja wakil rakyat, ini kerja guru.

 Tahun 2008 adalah tahun yang lebih mencabar. Harga
 petrol dan gas dijangka akan naik dengan banyaknya.
 Bawang pun susah nak cari sekarang ini. Roti dah naik
 harga. Baru-baru ini ada seorang pelajar tahun akhir
 di IPT tempatan dari Negeri Sembilan mengadu, yuran
 pengajiannya tertunggak sebanyak hampir RM 10,000
 walaupun dia ada dapat bantuan atau mungkin pinjaman,
 namun ianya tidak mencukupi, sedangkan ayahnya bekerja
 kampung.

 Dan sekarang ini Jabatan Bekalan Air Negeri 

Help Palestine [hidayahnet] TV3 Bersama Mu , Masa Untuk Berubah

2007-11-19 Terurut Topik Rozmal bin Malakan

Dan sekarang ini Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan
pula menjalankan operasi memotong bekalan air bagi
mereka yang mempunyai tunggakan bil air. Dan ramai
antara kenalan saya bekalan air mereka telah dipotong.
JBA hanya menjalankan tanggungjawab mereka, kerana
mereka pula ada perbelanjaan lain yang perlu
dijelaskan. Ini semua adalah satu rantaian. Pandanglah
mata anak-anak kita, fikirkan apa akan jadi pada nasib
mereka, nasib generasi selepas mereka. Generasi kita
dulu, walaupun Malaysia belum lagi mencapai pelbagai
kejayaan , tetapi rata-rata kita semua mendapat
biasiswa. Akan tetapi sekarang ini, terlalu sukar
untuk mendapat biasiswa. Yang ada hanyalah pinjaman
PTPTN dan kerja pula belum dijamin selepas tamat
pengajian

Berubahlah kita semua, kalau kita sayangkan diri kita,
sayangkan anak-anak kita, sayangkan keluarga kita,
sayangkan negara kita. Kalau di