H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 24-25....(ii)

2001-06-04 Terurut Topik Omar AlKhatab
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
Sambungan pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah dibawah perkara 24/25

Perkara 24 : Bersetubuh dengan orang yang telah mati.

i) Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya, tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan; tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman ta`zir.

[ Ia tidak dinamakan zina sebab ia melibatkan satu kemaluan yang hidup dengan satu kemaluan yang mati. Zina hanya boleh di charge kalau berlaku pertembungan diantara dua kemaluan yang hidup sahaja. Oleh yang demikian, dalam kes di atas, hukum syara` mengatakan bahwa persetubuhan tadi tidak dinamakan sebagai zina. Maka ia tidak boleh dikenakan hukuman hudud.Tetapi sebaliknya, hendaklah digantikan dengan hukuman ta`zir supaya memberi pengajaran kepada si penjinayah yang terbabit. 
Jadi, kita harap tidak ada orang yang buat kerja lagu ni.Sebab ini adalah kerja orang yang tidak waras. Orang yang sanggup melakukan perbuatan macam ni adalah orang yang telah terasing sifat kemanusiaannya, sehingga dia boleh teransang apabila melihat mayatTak ke pelik orang macam ni?...Orang lain semua takut bila tengok mayat, tapi dia ni lain pula reaksinya bila melihat mayat, yakni dia teransang. Ini adalah disebabkan hatinya telah menjadi terlampau gelap akibat terlalu banyak dosa-dosa yang dilakukannya. Sebab itu, kita perlu menjauhi daripada melakukan dosa-dosa kepada ALLAH SWT supaya hati kita tidak digelapkanNya. ]

ii) Perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya, tidak boleh juga dikira sebagai berzina; tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman ta`zir. 

[ Begitulah juga bagi perempuan yang hidup kalau dia bersetubuh dengan mayat lelaki, ia juga tidak boleh dinamakan sebagai zina. Maka tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi sebaliknya hendaklah digantikan dengan hukuman ta`zir. Yang mana bentuk hukumannya terserah kepda pemerintah; samada nak dikenakan denda, atau penjara, atau sebat dan sebagainya. ]

iii) Lelaki atau perempuan yang melakukan perbuatan yang disebutkan dalam perkara 24 ceraian (i) dan (ii), wajib dikenakan hukuman ta`zir sahaja - tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

iv) Melakukan persetubuhan dengan orang yang telah mati adalah dianggap sebagai tidak bersetubuh, disebabkan tubuh badan orang yang mati itu tidak boleh digunakan lagi dan perbuatan itu merupakan satu perbuatan yang tidak menaikkan nafsu dan syahwat keinginan. 

[ Maksud ayat ini ialah pada kebiasaannya ataupun sepatutnya mayat memang tidak boleh dah untuk menaikkan syahwah kita. Maka dengan itu, hukum syara` diambil dari segi kebiasaannya.Kalau kita tengok zakar orang yang telah mati, ia sudah tidak berfungsi lagi.Yakni dah tak boleh nak membesar, mengeras dan sebagainya sebab ia sudah mati.Begitu juga dengan faraj wanita yang telah mati, ia tidak lagi berfungsi. Oleh sebab itu, maka persetubuhan dengan kemaluan yang sudah mati dianggap sebagai bukan persetubuhan.Ini adalah ketetapan hukum syara`.

Walaupun perbuatan sebegini dihukum dengan hukuman ta`zir, tetapi ia tetap haram dan berdosa di sisi ALLAH SWT.Oleh sebab itu, kita sebagai suami/isteri hendaklah menjaga pasangan masing-masing; jangan sampai ada yang ke tahap mencari dan melepaskan syahwahnya di tempat yang diharamkan oleh ALLAH SWT. Sebab itulah, kita digalakkan pesan memesan sesama kita supaya menjaga keharmonian keluarga seberapa daya yang boleh walaupun mungkin bertembung dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan sedikit keraguan, yakni perkara-perkara khilaf. Contohnya; sebagaimana ada seorang isteri yang tanya kepada ustaz Jailani; apakah hukum mencantikkan gigi dengan kaedah merapatkannya?...Menurut isteri tu lagi bahwa dia nak lakukan semua ini kerana dia takut suaminya akan cari perempuan lain bila tengok dia tak lawa semasa tersenyum sebab nampak gigi yang jarang. Lalu si isteri tu tanya kat ustaz Jailani; sekarang macamana?...Kata ustaz Jailani, "Dari segi hukum syara`, dalam masalah rapatkan gigi adalah ikhtilaf. Yakni ada ulama` yang kata boleh dan ada ulama` yang kata tak boleh.Begitulah juga dalam masalah menghilangkan bulu kaki dikalangan wanita.Yakni ada ulama` dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahwa kalau bulu di kaki wanita itu lebat, maka haram baginya mencukur atau membuang bulu kakinya; sebab dikira sebagai kecantikan semulajadi, yakni tidak boleh mengubah ciptaan ALLAH TA`ALA. Tetapi ada ulama` yang lain (juga dalam mazhab Imam Syafie) pula berpendapat bahwa harus hukumnya bagi perempuan untuk menghilangkan bulu kakinya, supaya boleh membezakan antara kaki lelaki dengan kaki perempuan."...Takut-takut bila suami tengok nanti, hilang nafsunya pula, "Emph! Lebih kurang macam kaki aku aje."...Sepatutnya licin elok, tiba-tiba ada bulu kaki pula, yakni serupa dengan kaki orang lelaki. Tak ke kucar kacir rumahtangga dibuatnya nanti kalau begini keadaannya?...Jadi, untuk menyelamatkan dari berlakunya keretakan rumahtangga, maka diharuskan bagi wanita 

H-Net* Fwd: [ADIL-Net] Peringatan Imam Ghazali : Pemimpin Yang Zalim..

2001-06-04 Terurut Topik abdaziz_hussin


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

 -Original Message-
 From: trojan horse [EMAIL PROTECTED]
 To: adilnet [EMAIL PROTECTED],alternatifnet 
[EMAIL PROTECTED],masyarakatadil 
[EMAIL PROTECTED],parti-keadilan 
[EMAIL PROTECTED],pas [EMAIL PROTECTED], tranung 
[EMAIL PROTECTED]
 Sent: Mon, 4 Jun 2001 00:19:53 -0700 (PDT)
 Subject: [ADIL-Net] Peringatan Imam Ghazali : Pemimpin Yang Zalim..

PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI

Assalamualaikum: Kehidupan kita seharian memang tidak dapat
memisahkan diri dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirah
dari Imam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya
dapat memelihara diri dari kemurkaan Allah.

1. Jangan bergaul  dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim,
malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan
mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan
sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang
fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur
mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka
bumi.

2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar,
walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal.
Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ
akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga
kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka
lakukan. Ini semua akan merosakkan agama.

Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian
mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu
akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka.
Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya,
adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas
hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.

Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?

Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan
melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, Lebih baik kau
ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya
kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan
wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk
kemaksiatan.

Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan
cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah
di sana.

(dipetik dari: PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI, m/s 49-50)

__
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/



ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
  

Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ 






--
Get free Email at Bismillah Mail
http://www.bismillahmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: abdaziz_hussin [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Mustaffa, Hassan Shukri Hassan Ali Naib Presiden PAS yang baru

2001-06-04 Terurut Topik Horoscopes
 


 




 
http://www.parti-pas.org



DATO’ HJ HASSAN ALI NAIB PRESIDEN PAS PUSAT 2001-2003 


3 Jun Taman Melewar: Keputusan pemilihan AJK Kerja PAS Pusat sesi 2001-2003 yang telah diumumkan jam 4.25petang di Dewan Muktamar Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur menyaksikan kemenangan aktivis yang baru menyertai PAS pada tahun 1998 sebagai Naib Presiden.
 
Walaupun keputusan jawatan Naib Presiden memang sudah dijangka, namun rata-rata yang bersetuju kejayaan Dato’ Dr Hassan Ali bukan sahaja akan memberi impak yang positif kepada perjuangan PAS malah akan menaikkan imej PAS di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.
 
Keputusan pemilihan kali ini juga menunjukkan 2 wakil di kalangan ahli Dewan Pemuda PAS iaitu Hj Idris Ahmad dan Hj Salehuddin Ayub dipilih oleh para perwakilan untuk menerajui AJK Kerja PAS Pusat. Di samping itu, buat pertama kali, seorang wakil Dewan Muslimat telah turut dipilih oleh perwakilan sebagai salah seorang AJK Kerja iaitu Dr. Lo’Lo Dato’ Hj Ghazali. Berdasarkan keputusan yang telah diumumkan, jelas membuktikan kematangan perwakilan dalam membuat pilihan yang terbaik bagi parti yang menjadi dokongan mereka selama ini.
 
Sesungguhnya pemilihan AJK PAS Pusat kali ini cukup menarik dan mendebarkan. Namun apa yang penting semua yang bertanding menerima keputusan dengan hati yang terbuka kerana menyedari perjuangan PAS bukan berdasarkan jawatan semata-mata tetapi sejauh mana komitmen boleh diberi kepada semua aktiviti dan program PAS.
 
Berikut adalah keputusan penuh pemilihan.
KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2001 - 2003




Jawatan
Nama
Undi

PENGERUSI TETAP
USTAZ ABU KASIM ABDULLAH
MENANG TANPA BERTANDING

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
YB. WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH
313 UNDI





PRESIDEN
YB. DATO' HJ. FADZIL MOHD NOOR
MENANG TANPA BERTANDING

TIMBALAN PRESIDEN
YAB. TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
MENANG TANPA BERTANDING





NAIB PRESIDEN
YB. HAJI MUSTAFA ALI
625 UNDI


SENATOR UST. HASSAN SHUKRI
573 UNDI


YB. DATO' DR. HASSAN MOHD.ALI
382





AJK
DR. MOHD. HATTA RAMLI
785


YB. USTAZ HASHIM JASIN
711


HAJI AHMAD SUBKI ABDUL LATIF
710


YB. DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
702


YB. WAN MUTALIB EMBONG



USTAZ AHMAD AWANG
689


DR. ABDUL WAHAB ISMAIL
627


YB. USTAZ MOHD.TAIB AZAMUDDIN
609


DR. LO' LO' GHAZALI
559


YB. HUSAM MUSA
557


YB. ABU BAKAR CHIK
544


USTAZ ABD. GHANI ABD. RAHMAN
527


SYED IBRAHIM SYED ABDUL RAHMAN
463


YB. DATO' KAMARUDIN JAAFAR
453


YB. SYED AZMAN SYED AHMAD
393


HAJI SALAHUDDIN AYUB
364


YB HAJI OMAR MUHAMMAD
331


 USTAZ IDRIS AHMAD
316





PEMERIKSA KIRA-KIRA
ALI MAIDIN
439


ABDUL LATIF IBRAHIM
371


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - 
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

H-Net* Kepimpinan baru Dewan Ulama PAS Pusat

2001-06-04 Terurut Topik Horoscopes
Ustaz Nia'mat Yusof Naib Ketua Dewan Ulama
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh)- Semua jawatan utama dalam Dewan Ulama PAS Pusatdimenangi tanpa bertanding hatta untuk jawatan baru iaitu timbalan ketua. Ustaz Harun Taib mengekal jawatannya sebagai ketua, Ustaz Mohamad Daudtimbalan, manakala Ustaz Nia'mat Yusof, seorang muka baru menang tanpabertanding sebagai Naib Ketua. Begitu juga dengan jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap dimenangitanpa bertanding oleh masing-masing Ustaz Kasim Ahmad dan Ustaz Mansor Din. Bagi jawatan AJK pula, berikut adalah pemenangnya: Ustaz Hashim Jasin.Ustaz Yahya Othman . Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man . Ustaz Jalaludin Abdul Wahid . Ustaz Taib Azamuddin . Dato' Dr Haron Din. Dato' Ismail Kamus. Ustaz Husin Awang. Dr Abdul Rashid Dail. Ustaz Mohd.Zain Abdul Rahman . Dr Badrulzaman Yusof . Ustaz Ismail Khamis . Comments ? E-mail Us COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - 
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

H-Net* Fwd: Muktamar PAS kecam lanjutkan tahanan ISA

2001-06-04 Terurut Topik Horoscopes
Muktamar PAS kecam lanjutkan tahanan ISA 
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh)- Muktamar PAS yang bersidang di Taman Melewarhari ini mengecam tindakan kerajaan melanjutkan empat tahanan ISA denganmenghantar mereka ke Kem Tahanan Kemunting mulai 2 Jun semalam. Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor ketika menggulong perbahasan ucapandasar Muktamar PAS hari ini berkata, tidak ada sebarang sebab yang munasabahuntuk kerajaan melanjutkan tahanan mereka selain dari kebimbangan Umnomenghadapi arus reformasi. Mulai semalam, empat tahanan ISA, Ezam Mohd Noor, Shaari Sungib, Tian Chuadan aktivis reformasi Hishamudin Rais dihantar secara berperingkat-peringkatke kem Tahanan Kemunting selepas ketiga-tiga ditahan lebih dari 50 hari ditempat yang tidak diketahui. Ezam adalah Ketua Pemuda Keadilan, Tian Chua adalah Naib Presiden manakalaShaari adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan. Hishamudin adalahseorang aktivis reformasi dan penulis. Mereka ditahan mulai 10 April lepas. !
"Kita merasa sedih dan mengharapkan mangsa dan keluarga masing-masingbersabar dengan tindakan kejam ini," kata Ustaz Fadzil di depan hampirseribu perwakilan PAS serta ribuan pemerhati yang memenuhi dewan besarMarkas Tarbiyah PAS Pusat. Semalam, 2 Jun, Raja Petra Kamarudin dibebaskan tanpa syarat dari tahananISA. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan dua dari mereka, NGobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon setelah mendapat tahanan itu tidaksah. Ini bermakna, tiga lagi tahanan iaitu Lukman Nur Adam, Badarudin Ismail danDr Badrul Amin Baharom tidak diketahui lagi nasib mereka. Comments ? E-mail Us COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - 
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

H-Net* Pemilihan bijak - Fadzil

2001-06-04 Terurut Topik Horoscopes
Pemilihan bijak - Fadzil
KUALA LUMPUR, 3 Jun(Hrkh) - Presiden PAS Dato' Fadzil Noor menyifatkanpemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat yang baru (sesi 2001-2003) sebagaikeputusan bijak perwakilan yang mendapat mandat seluruh ahli parti. "Saya cukup puas hati dengan AJK dan juga naib presiden," katanya merujukkeputusan pemilihan pada Muktamar PAS ke 47 yang berakhir hari ini. Keputusan yang diumumkan petang tadi menunjukkan ahli PAS mahu partiditerajui kombinasi ulama dan professional. Selain itu kata Ustaz Fadzil, pemilihan perwakilan menunjukkan mereka jugamenilai barisan muda bagi mengimbangi keadaan. "Jelas veteran dan golonganmuda mendapat tempat," kata beliau. Namun yang penting kata beliau ialah perjuangan mesti berasaskan Islamdengan komitmen penuh, sambil menyifatkan golongan yang dipilih mempunyaikefahaman Islam yang baik. Ustaz Fadzil juga berkata pemilihan kali ini membuktikan muslimat mendapattempat dalam saf pimpinan dan PAS ' b!
ersedia memberi kepercayaan kepadamuslimat "untuk sama-sama memimpin". Calon tunggal muslimat yang dipilih hari ini ialah Dr Lo' Lo' Ghazali.Pemilihan itu dilihat sebagai tanda permulaan PAS meletakkan calon wanitapada pilihan raya umum akan datang. Comments ? E-mail Us COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - 
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Re: H-Net* Iswara Aeroback '94 untuk dijual.

2001-06-04 Terurut Topik Rusdi b Husin


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Assalamualaikum wbr...

Terima kasih di atas perhatian dan pertanyaan saudari. Terdahulu saya ingin
memohon maaf kerana maklumat yang sebelum ini saya terima tidak tepat.
Kereta yang dimaksudkan ialah Proton Saga Aeroback '94 , warna merah.

Di atas kekeliruan ini saya memohon berbanyak kemaafan.

  ~~~
Assalamualaikum wbr.

Pertamanya saya memohon maaf kerana menggunakan ruangan ini untuk
mengiklankan penjualan kereta.

Jenis kereta: Proton Iswara Aeroback
Tahun: 1994
Kondisi: Tip-Top ( Must see to believe)
Aksesori: Sport Rim '15, good condition tyre, good body paint
condition,comfortable audio system.
Harga: RM 23 888 (still negotiable).

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kereta
di atas, sila hubungi saya;

Email: [EMAIL PROTECTED]
H/p: 012-3031796
Off. Ph: 03-78761188, 03-78761133 ext: 305/356.


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Rusdi b Husin [EMAIL PROTECTED]



H-Net* PAS jadi perintis penubuhan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional

2001-06-04 Terurut Topik Horoscopes
PAS jadi perintis penubuhan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional Oleh Nur Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - PAS akan jadi perintis kepada penubuhan MajlisPerundingan Perpaduan Nasional.Usul penubuhannya disokong penuh olehperwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-47 petang ini. Usul itu dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Pusat melalui wakilnya, Ishak Ismail. Menurut Ishak, Majlis Perundingan Perpaduan Nasional itu bertujuanmemperkukuhkan hubungan dengan masyarakat pelbagai agama dan kaum di negaraini.Katanya, majlis itu juga berperanan menggubal rangka polisi dan pendekatanyang menyeluruh bagi menangani isu perpaduan nasional dan hubungan antarakaum. "Terutama melalui pertemuan atau dialog secara tetap dengan wakil-wakilpelbagai agama dan budaya serta mempelopori dialog peradaban secarabesar-besaran di semua peringkat bagi memperbetulkan persepsi danmenjelaskan kekeliruan terhadap Islam dan pe!
rjuangan PAS," katanya. Menurut beliau, usaha memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaumpenting bagi mewujudkan sebuah masyarakat bernegara yang harmoni dan bersatupadu.Justeru, ujarnya, Majlis Perundingan Perpaduan Nasional diharapkan dapatmeningkatkan tahap kesedaran, kefahaman, penerimaan dan keyakinan masyarakatbukan Islam terhadap Islam yang didukungi PAS. Sementara itu, wakil Dewan Ulamak PAS Pusat, Aminurashid Yatiban, ketikamenyokong usul itu berkata, penubuhan majlis itu dapat memperkukuh danmemperkasakan perpaduan nasional disamping perlu di rangka dalam yang lebihterperinci dan tersusun. "Ulama' mengharapkan supaya penubuhan majlis itu nanti bergerak secarakonsisten dan berterusan kerana kita melihat beberapa aspek, terutama dalammemberi keyakinan kepada kaum bukan Islam. "Ini akan menambahkan kekuatan kita menyampaikan dakwah kepada mereka,"katanya. Usul itu diterima muktamar. Comments ? E-mail UsCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - 
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

H-Net* RESIPI MENJAGA KESIHATAN

2001-06-04 Terurut Topik adzli
Title: RESIPI MENJAGA KESIHATAN




RESIPI
MENJAUHKAN TABIB 

Seorang tabib
dihantar oleh penguasa Mesir ke Medinah sebagai menunjukkan tanda
persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada
seorangpun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib
menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan
apa-apa kepada penduduk Medinah.
Tabib itu
berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan kepastian. Dia bertanya
Nabi, Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?
Nabi menjawab Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah
lagi dengan tabib. Tabib bertanya lagi, Tapi mengapa
sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan
saya? Nabi menjelaskan Sebab penduduk Medinah tidak ada
yang sakit. Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata,
Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.
Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah
ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran
kata-katanya.
Tabib itu beredar
dan menjelajah ke pelusuk Medinah. Puas dia mencari pesakit tetapi
tidak menjumpai walau seorangpun. Terbuktilah kepadanya kebenaran
kata-kata Nabi itu.
Didorong oleh
perasaan ingintahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi
berjumpa Nabi saw. lalu berkata, Benar seperti kata-kata
baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Medinah sihat-sihat
belaka? Nabi menerangkan, Kami adalah satu kaum
yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami
tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan.
Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa
kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.


MORAL 
IKTIBAR

*
Petua
untuk sihat: Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang
*
Agama
Islam suatu agama yang syumul; ia mencakupi bidang jasmani dan
rohani
* Semua kata-kata Nabi adalah
BENAR belaka; tidak boleh mempertikannya.
*
Berpegang
kepada ajaran Nabi membawa keselamatan bukan saja di akhirat malahan
di dunia juga.
*
Bertawakkal kepada Allah menjauhkan diri dari
menyerahkan nasib kepada selain Allah
* Menyendatkan perut dengan
pelbagai makanan yang banyak menyebabkan kesihatan terganggu dan
mengurangkan kecerdasan otak dan jiwa.
*
Sebaliknya mengosongkan perut dengan amalan puasa
boleh melahirkan ketajaman otak dan kejernihan jiwa.
*
Para Nabi
dan orang-orang soleh memilih lapar di dunia supaya kenyang di
akhirat.



Re: H-Net* ULASAN ISU SEMASA

2001-06-04 Terurut Topik Kamruldzaman Said


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Saya akur benar kata saudara walau pun saya tidak bersetuju dengan bahasa
saudara i.e. cis, kepala hotak etc. Namun Saudara ada hujah.syabas.

Terima kasih kerana menulis dan saya mohon kebenaran untuk save file ini
bagi kegunaan akan datang.

Wassasalam
Kamruldzaman



- Original Message -
From: Ahmad Baharudin Kasbi [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Tuesday, January 23, 2001 4:40 PM
Subject: H-Net* ULASAN ISU SEMASA



  *~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
  *~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~
 Assalamualaikum,

 Mengulas isu semasa, antara isu-isu menarik yang dirasakan layak
diperkatakan
 untuk tempoh seminggu yang lalu ialah ulangtahun ke-25 kematian
Allahyarham
 Tun Abd Razak, isu Perpaduan Melayu  dan sedikit ulasan mengenai rombakan
 kabinet negara.

 Kematian Tun Razak tanggal 14 Januari 1976, walau pun mungkin hanya dikira
 sebagai satu sejarah politik bagi kebanyakan kita, tapi entah kenapa untuk
 diri saya ini, saya ditakdirkan punya nostalgia yang agak tersendiri
mengenai
 kematian beliau ini; seolah-olahnya saya ditakdirkan untuk menjadi saksi
 sejarah, membawa memori hari kematian beliau itu hingga bila-bila.

 Saya ketika itu masih budak lagi, saya tak begitu pasti samada sudah
pandai
 mengeja atau belum; yang saya ingat sebelum hari kematian beliau itu, saya
tak
 pernah pun mendengar nama beliau. Mungkin dek kesibukan saya bersama
 rakan-rakan seangkatan mengejar serindik di rimba atau pun menangguk
haruan di
 permatang menyebabkan saya tak pernah peduli dengan semua itu; lagi pun di
 kampung saya ketika dek kemiskinan keluarga, kami tak mampu memilik peti
TV
 (zaman hitam putih ketika itu), jadinya saya memang tak pernah kenal siapa
itu
 Tun Razak.

 Perkenalan saya dengan manusia yang bernama Tun Abdul Razak ini bermula
pada
 pagi hari kematian beliau; saya tak berapa pasti sama ada hari itu  memang
 hari sekolah cuti atau pun sekolah bercuti kerana berkabung dengan
pemergian
 beliau; tapi yang pastinya hari itu saya tidak ke sekolah.

 Saya masih ingat, pagi itu saya bersama ibu ke pinggir sungai; sambil ibu
saya
 membasuh kain baju, saya pula sibuk bermain air dan lumpur sungai; entah
macam
 mana, antara ingat, saya rasa ibu saya bercerita mengenai kematian Tun
Razak;
 kata ibu ramai orang menangis bila Tun Razak meninggal. Saya tanya kenapa?

 Jawab ibu:

 Orang semua sayang kat dia

 Sejak itulah nama Tun Razak mula terpahat di memori saya. Lama sesudah
itu,
 apabila berada di bangku menengah, saya mula mengenali manusia bernama Tun
 Abdul Razak ini secara lebih mendalam melalui subjek kegemaran saya iaitu
mata
 pelajaran Sejarah.

 Hari ini, 25 tahun sesudah itu; ulangtahun kematian allahyarham Tun
disebut
 semula. Maka, berkesempatan itu, izinkan saya menulis apa yang sejarah
kata
 mengenai manusia agung bernama Tun Abdul Razak ini:

 Kata Sejarah, Tun banyak jasanya kepada negara terutamanya kepada
orang-orang
 Melayu. Kata Sejarah juga, Tun bertanggungjawab membangunkan
kawasan-kawasan
 luar bandar, Tun bertanggungjawab mengasaskan FELDA di mana berjuta-juta
ekar
 tanah Pertanian getah dan sawit telah dibuka dan diberikan kepada
orang-orang
 Melayu yang miskin tidak bertanah. Tun bertanggungjawab memberi kemudahan
asas
 hingga di desa terpencil dan  pedalaman melalui rancangan luar bandar yang
 dimulainya pada tahun 1959. Kata Sejarah lagi, Tun yang merupakan Menteri
 Pendidikan Malaysia yang pertama,  beliau bertanggungjawab merangka dasar
 pendidikan yang menitik beratkan pencapaian anak-anak Melayu dan memberi
 penekanan kpd penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara;
sebagai
 contohnya Tun adalah pengasas kepada kewujudan MARA yang telah memberi
 biasiswa kepada ratusan ribu anak Melayu yang hari ini rata-ratanya sudah
 menjadi golongan kelas menengah di Malaysia, dan melalui Penyata Razak
pula
 bahasa Melayu telah mula dinobatkan. Kalau kita terus tanya Sejarah;
banyak
 lagi yang Sejarah kata mengenai Tun yang tak mampu kita guriskan di sini.

 Melihat kepada senarai jasa beliau di atas; maka dari sudut politik
perjuangan
 bangsa Melayu, wajar benarlah Allahyarham Tun  Abdul Razak digelar Sejarah
 sebagai Bapa Pembangunan Negara

 NAH- SEKARANG SUDAH 25 TAHUN BERLALU, 

Re: H-Net* Mahathir akan mati dibunuh keluarga seperti Raja Nepal ?

2001-06-04 Terurut Topik hadi ma


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu alikum semua,

Saya rasa umur Dr Mahathir akan dipanjangkan Allah
sekitar umur Tunku Abdul Rahman, PM-No1, dek jasa-jasa
kebaikan yang telah dilakukan beliau. Allah maha
adil,..orang-orang tertentu akan diberi umur yang
panjang..supaya berpeluang membuat secukup kebaikan
untuk mengatasi keburukan sebelum terputusnya ruang
kebajikan.

{Kita hanya boleh membuat sekulasi dengan
pattern/trend yang ada-Allah lah penentu segala.}

Allahu a'lam.

IMMI

--- Fawzi Bin Kassim [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
 

*~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
 http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
   }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke
 [EMAIL PROTECTED] }
 

*~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 

~~~
 
 Nepal crown prince shoots dead king, queen and nine
 other royals 
 
 2:40pm, Sat: KATHMANDU, (AFP) - Nepal's King
 Birendra and Queen Aishwarya have been shot dead
 along with nine members of the royal family by their
 son, Crown Prince Dipendra, at the royal palace in
 Kathmandu, officials said Saturday. 
 
 The 29-year-old prince then turned the gun on
 himself, Deputy Prime Minister Ram Chandra Paudel
 told AFP. 
 
 Paudel said the 55-year-old king's other children,
 Prince Nirajan and Princess Shruti, were among those
 killed in the massacre that took place during the
 family's regular Friday dinner at the Narayan Hity
 royal palace. 
 
 
 
 
 
 Get 250 color business cards for FREE!
 http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/
 
 


  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
 : SUBSCRIBE HIZB)
  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
 UNSUBSCRIBE HIZB)
  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
 menggambarkan )
  ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
)
  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
)
 


 
 Pengirim: Fawzi Bin Kassim [EMAIL PROTECTED]


=
Wassalam.

IMMI

DAN INGATLAH SENTIASA : APABILA ORG FASIK MEMBAWA BERITA 
SEMAKLAH...(ALQURAAN)..ANGGAPLAH SEMUA BERITA DALAM INTERNET DIBAWA ORG FASIQ...MAKA 
JANGAN TERIMA BULAT-BULAT!!

__
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: hadi ma [EMAIL PROTECTED]