H-Net* Tragedi Sauk : Al-Maunah Diperangkap SB?
Tragedi Sauk : Al-Maunah Diperangkap SB Assalamualaikum wbk, Terlebih dahulu saya meminta keizinan untuk menyampaikan maklumat yang sayaketahui mengenai kes rompakan senjata di Grik dan Al-Maunah secara khususnyamudah-mudahan maklumat ini akan memberi maklumat yang seimbang darikedua-dua belah pihak. Sebagai pengenalan saya pernah mempelajari ilmu dalam Al-Maunah semenjakpenubuhannya dan merupakan ahli tidak aktif, walaubagaimanapun sayamengikuti perkembangannya sedikit sebanyak dari sahabat saya yang jugaditangkap setelah diPERANGKAP di Grik baru-baru ini, saya juga merupakansalah seorang dari kalangan professional dalam Al-Maunah. Saya akan cubamenjelaskan beberapa perkara mengenai Al-Maunah dan bagaimana kumpulanAl-Maunah di Grik baru-baru ini di PERANGKAP oleh pihak yang berkuasa untukmengalihkan perhatian rakyat dan menyerang BA terutamanya Parti PAS,ringkasnya serampang dua mata. <<...>> Persoalan Pertama:Adakah Al-Maunah mengam! alkan ajaran sesat dan apakah ilmu dalam "kebatinan"yang dipelajari oleh ahli-ahli? Kami diberitahu bahawa semua manusia dilahirkan dengan kuasa dalaman "ruh"semenjak kita dilahirkan, cuma kita tidak pernah mendidik apatah lagi tahucara menggunakannya. Al-Maunah telah mengajarkan bahawa untuk mengaktifkankuasa dalaman, mendidik dengan cara Islam seterusnya menggunakannya untuktujuan yang baik sebagaimana kita menggunakan anggota fizikal seperti kakiuntuk berjalan dsb. Kuasa dalaman diaktifkan dengan bersembahyang hajat danbermunajat kpd Allah SWT seterusnya dilatih dengan latihan pernafasan dengankalimah Allah dan Allahu Akbar setiap kali tarik/lepaskan nafas. Antarakuasa ilmu ilmu dapat menjatuhkan lawan jarak jauh, musuh dan senjata gagalmenghampiri diri dan menyentuh tubuh pengamal, dsb. Cara menggunakannyainsyaAllah saya akan sampaikan dilain masa. Walaupun nampak mudah tidaksemua orang dapat mengeluarkan kuasa (menguasai! ) ilmu ini keranasyarat-syaratnya terlalu ketat. Ilmu ini tak kan jadi kalau pengamalsembahyang tak cukup 5 kali sehari, pakai seluar pendek diluar dan melakukanmaksiat apatah lagi untuk bertujuan melakukan niat jahat. Aqidah pun clear,tak ada ajaran-ajaran karut-marut, ramai kalangan ahli yang berlatarbelakangkan agama sentiasa memberi tazkirah selepas sesi latihan danahli-ahli digalakkan mengikuti pengajian-pengajian agama dimasjid/surau dansembahyang berjemaah. ADAKAH AL_MAUNAH SESAT? Periksa dahulu, ingatlah hadisyang menyatakan sekiranya pihak yang dituduh SESAT tidak sesat maka hukumsesat/kafir tersebut jatuh pada DIRINYA. Persoalan Kedua:Benarkah Al-Maunah melancarkan JIHAD? Jawapan ringkasnya TIDAK. Mengapa? Sebab tujuan utamanya sebagai salah satucara untuk mengajak individu Islam mengamalkan Islam disamping memiliki ilmumempertahankan diri disamping tujuan am Al-Maunah hanyalah untuk menyediakankalangan umat! Islam yang bersedia dengan kekuatan bila tiba masanya JIHADitu wajib (bila keadaan menjadi tidak aman) dan menyediakan kalangan orangIslam yang bersedia mempertahan Islam dan umat Islam pada masa akan datang.Sebab itu Al-Maunah cuba mengumpulkan seberapa banyak orang Islammenyertainya dan telah pun cuba mendapatkan pengesahan JAIS dan disahkan pundan mendaftarkan pertubuhan agar orang ramai tidak ragu dengan pertubuhandan sebab itu juga ramai professional dan kakitangan awam termasuk tenteradan polis termasuk SB masuk menjadi ahli. Persoalan Ketiga:Adakah Al-Maunah pertubuhan HARAM dan MILITANT? Sebahagiannya telah dijawab diatas. Al-Maunah bukan pertubuhan undergrounddan tidak mengadakan aktiviti secara sembunyi2, Al-Maunah menyiarkan iklandi akhbar2, membuka ibupejabat, menyampaikan maklumat dimajalah2, danahlinya pernah muncul TV3 (majalah3). Aktiviti termasuk latihan diadakanditempat terbuka disiang hari dan orang aw! am boleh melihat dan sekiranyatertarik boleh menyertainya. Semua ahli dikehendaki menyediakan gambar dansalinan I/C selain alamat. Sekiranya ada 1000 ahli maka akan ada 1000 kepinggambar ahli, dan saya fikir tak banyak pertubuhan lain yang boleh ikut, UMNOBahagian pun belum tentu ada kesemua gambar AJK cawangan di bahagian tsb.Al-Maunah juga mempunyai web site rasmi yang boleh dicapai oleh siapa sajatermasuk MEDIA dan SB. Pendek kata ada ke dalam dunia ini pertubuhan HARAMdan MILITANT yang berani buat macam Al-Maunah. Ringkasnya tindakan BUNUHDIRI. Sekali lagi adakah Al-Maunah pertubuhan HARAM dan MILITANT? TIDAK. Persoalan Keempat:Adakah benar ahli-ahli Al-Maunah ditangkap di Grik? Benar, sebahagian besar meraka adalah dari kumpulan Al-Maunah.Walaubagaimanapun mereka telah diperangkap dengan KEJAM. Kepercayaan dananalisis saya dari maklumat yang saya terima mereka TIDAK terlibat denganROMPAKAN Senjata secara langsung. Te! man saya memberitahu memang merekamenggunakan hutan di Sauk sebagai markaz aktiviti tahan lasak selama ini.Beberapa bulan lepas teman saya sering kesana 2/3 malam untuk meningkatkanilmu dalam kerohanian dan latihan lasak. Memang sebahagian mereka mempunyaipakaian baju celoreng. Persoalan Kelima (ter
H-Net* Ghafar ulangi cadangan jawatan Timb. Presiden Umno dimansuhkan
GHAFAR ULANGI CADANGAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DIMANSUHKAN MELAKA, 16 Julai (Bernama) -- Tun Ghafar Baba hari ini mengulangi cadangannya supaya jawatan timbalan presiden Umno dimansuhkan kerana perlawanan yang hebat dalam parti itu sebenarnya ialah perebutan bagi jawatan itu dan bukan untuk naib presiden. "Saya cadangkan jawatan itu dimansuhkan kerana ia adalah anak tangga terakhir untuk menjadi perdana menteri. Apabila ramai orang berminat menjadi perdana menteri, maka jawatan itu menjadi rebutan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemimpin MIC kawasan parlimen Batu Berendam di sini. Beliau adalah Anggota Parlimen Batu Berendam. Ketika diminta mengulas cadangan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz supaya jawatan naib presiden dimansuhkan bagi mengelak politik wang, Ghafar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden Umno, berkata beliau pernah mencadangkan supaya seorang daripada tiga naib presiden menjadi timbalan perdana menteri! . "Tapi pandangan saya (ketika itu) tidak difahami oleh Umno, masing-masing mengambil sikap yang ringkas...oh! pandangan saya itu tak betul. Sebenarnya tidak ada timbalan pun parti boleh berjalan," katanya. Ghafar berkata dengan memansuhkan jawatan timbalan presiden, Umno boleh mewujudkan lima jawatan naib presiden berbanding tiga sekarang ini. "Perdana Menteri boleh ambil salah seorang naib itu jadi TPM, jadi dia orang tak tahu siapa tetapi jika ada jawatan timbalan (presiden Umno) itu, dia tahu siapa menang akan automatik terpilih. "Keadaan itu menjadikan semua tertumpu kepada situ (jawatan timbalan presiden)...itu yang boleh membawa kepada perpecahan," katanya. Malah, menurut Ghafar, cadangan beliau telahpun dipraktik apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun ketika itu beliau belum menjadi jawatan timbalan presiden Umno. "Dia naib presiden (ketika itu), naib presiden boleh jadi Timbal! an Perdana Menteri," katanya. -- BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!? Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
H-Net* Kertas cadangan buang nama Islam sudah siap?
KERTAS CADANGAN BUANG NAMA ISLAM SUDAH SIAP? Komen TARMIZI MOHD JAM Tragedi Sauk dan kegiatan Al-Maunah mempercepatkan lagi Mahathir Mohamad untuk meneruskan rancangannya membuang perkataan Islam pada badan Parti Islam SeMalaysia atau ringkasnya PAS. Keghairahannya mengaitkan Kumpulan Al-Maunah dan apa yang terjadi di Sauk dengan parti itu, makin menjelaskan lagi agenda beliau ke arah membuang perkataan Islam yang amat menyakitkan matanya. Seperti komen Pena Suasa semalam, langkah media pro kerajaan memainkan isu Tragedi Sauk dan Al-Maunah lebih dari sehari sebagai berita utama, juga memberi signal bahawa perancangan untuk mengaitkan isu itu dengan PAS, sedang dilangsungkan. Minat Utusan Malaysia dan Berita Harian mengasak dan memuntahkan sindir-sinisnya terhadap PAS yang memiliki watak serupa dengan Al-Maunah, menguatkan hujah pembangkang, bahawa apa yang terjadi seolah-olah satu perangkap untuk membenarkan Mahathir mengambil tindakan lanjut terhadap PAS. RTM dan TV3 juga turut melebarkan serangan angkara Al-Maunah itu dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Kebimbangan Umno terhadap PAS memang memiliki asas yang kuat. Pemencilan PAS dari kelompok masyarakat sudah terburai. Lebih jauh lagi, PAS kini berjaya memimpin tindakan, meninggalkan dunia yang asyik memimpin reaksi; telah mengorak langkah menjalinkan pakatan mantap dalam Barisan Alternatif untuk mendepani Barisan Nasional, pimpinan Umno. Kecondongan orang Melayu menolak Umno juga, memeningkan kepala Mahathir setelah undi tradisi mereka mula beralih angin menyokong PAS dan KeAdilan. Hakikat ini, perlu dibendung segera sebelum instrumen-instrumen penting dalam institusi orang Melayu berubah secara total, menendang kepimpinan Umno dan Mahathir Mohamad pada masa depan. Undi tentera sebagai contoh, kelihatan mula berbondong-bondong meninggalkan BN dalam pilihanraya lalu, dan seperti yang ditunjukkan dalam Pilihanraya Kecil Teluk Kemang baru-baru ini. Penggal pilihanraya 1999-2004 adalah tempoh yang amat pendek untuk memulihkan Umno yang kian terhakis sokongan. Satu langkah drastic mesti diambil oleh Mahathir untuk membendung pengaruh PAS dari terus menerima dokongan rakyat. Paling penting, menghancurkan harapan parti itu untuk mengauk sokongan dari orang-orang Cina melalui hubungan intim mereka dengan DAP. Mahathir sendiri khabarnya berasa amat pelik, dengan kerjasama erat PAS dan DAP ini. Bagaimana sebuah parti yang berlainan ideology dan mimpi, boleh tidur sebantal? Semalam saya diberitahu oleh seorang yang boleh doipercayai, bahawa Kertas Cadangan untuk membuang perkataan Islam pada badan PAS sudah selesai disiapkan. Dua orang tenaga utama menyiapkan perancangan itu ialah Pengerusi YADIM, Nakhaei Ahmad dan Pengarah JAKIM, Zainal Abidin Abdul Kadir. Jika benar, maka sudah tentulah niat Mahathir untuk mengurangkan pengaruh PAS sebagai saingan Umno, akan tercapai sekalipun tidak boleh untuk menghapuskannya terus. Sudah banyak perbahasan mengenai perkara ini. Asakan para perwakilan Umno Mei lalu, sudah cukup untuk memulakan tindakan baru oleh Mahathir terhadap PAS. Namun begitu, apakah masanya sesuai dan apakah orang-orang Melatu Islam yang menjadi undi akar umbi Umno itu, boleh menerima tindakan Umno kelak. PAS berlapang dada, jika terpaksa menerima tindakan politik Umno itu. Tetapi, PAS yakin, Umno akan terus diketepikan akibat membuang perkataan Islam pada badan PAS, malah kepercayaan orang-orang Melayu terhadap dakwaan Umno anti-Islam pastinya akan meningkat sekalipun dengan isu Tragedi Sauk dan Kumpulan Al-Maunah ini, Umno mewarnakan dirinya kununnya sebagai pejuang dan penyelamat aqidah umat Islam di negara ini. Jika benar, Umno penyelamat mengapa Mahathir menyuruh Umno Bahagian di seluruh negara mengadakan kenduri kesyukuran kerana berjaya memerangi Kumpulan Al-Maunah ini? Mengapa Umno sahaja? Mengapa tidak disuruh rakyat Malaysia yang beragama Islam mengadakan kenduri kesyukuran itu? Mengapa tidak PAS, KeAdilan, pertubuhan-pertubuhan NGO, agensi-agensi agama Islam kerajaan dan lain-lain yang munasabah untuk mengadakan kenduri kesyukuran? Kalau itu dianggap masalah bersama? Banyak pihak bimbang, Umno sedang mencari pengaruh semula tetapi terpaksa mengkambinghitamkan pihak lain. Kejayaan di Sauk adalah bukti Umno menangguk di air keruh dengan secara tiba-tiba muncul sebagai juara penyelamat aqidah umat Islam. Sebenarnya, Umno sedang memberitahu rakyat, betapa prihatinya Umno terhadap Islam. Isu-isu seperti Islamisasi, memang sudah lama ditolak oleh umat Islam di negara ini. Oleh yang demikian, tugas Umno ialah untuk membanteras ajaran sesat termasuklah menggunakan perkataan Islam pada badan PAS itu, bagi Umno adalah ajaran sesat yang patut diperangi. YADIM dan Pusat Islam lupa agaknya, untuk menyiasat diri Umno, perjuangan Umno dan undang-undang Umno menurut kacamata Islam. Apakah ianya syarie atau sebaliknya? Apakah menghalalkan judi itu tidak sesat? Menghalalkan arak itu tidak sesat? Menghalalkan
H-Net* Kenyataan Rasmi Parti Islam berkenaan Tragedi Sauk
Kenyataan Rasmi Parti Islam SeMalaysia (PAS) berkenaan Tragedi Sauk 1. PAS amat menyesali dengan rentetan peristiwa yang berlaku di Grik dan Sauk. PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. 2. PAS juga ingin memaklumkan bahawa PAS tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan Al-Maunah yang dikatakan terlibat dengan peristiwa rampasan senjata ini. Sebarang usaha untuk menuduh PAS atau mengaitkan PAS adalah suatu rekaan politik dan dusta. 3. PAS adalah merupakan sebuah parti politik manakala mereka (Al Maunah) adalah sebuah badan bukan politik yang berdaftar dan terbuka untuk disertai oleh mana-mana individu kerana ia adalah dianggap sah di sisi undang-undang. Oleh kerana itu maka terdapat berbagai latar belakang dan lapisan masyarakat yang telah menyertai mereka seperti anggota tentera, polis, pegawai-pegawai kerajaan dan orang awam. 4. PAS sebagai sebuah parti politik yang berwibawa akan mengambil t! indakan kepada mana-mana ahlinya yang didapati sah terlibat dengan mana-mana kumpulan yang didapati sah terlibat dengan mana-mana kumpulan yang yang didapati bercanggah dengan prinsip-perinsip aqidah Islam dan syariahnya. Ini berbeza dengan sebuah badan politik yang lain yang juga mendakwa mendokong Islam tetapi tidak menghiraukan malah membiarkan ahli-ahlinya terlibat dalam berbagai kumpulan ajaran sesat seperi Al-Qadiani, taslim, anti hadis, nasrul haq dan lain-lain lagi. 5. PAS juga mengingatkan pihak kerajaan agar tidak mengambil kesempatan ini untuk menuding jari kepada orang lain sebagai muslihat menyembunyikan masalah dalaman yang kerajaan hadapi seperti menutup dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang telah menjadi isu nasional melibatkan pelanggaran undang-undang yang serius sebagaimana yang telah dilaporkan kepada polis oleh ratusan rakyat Malaysia. 6. PAS mendesak supaya kerajaan tidak mengenakan tindakan ISA ke atas mereka yang ditahan tetapi mereka he! ndaklah didakwa ke mahkamah dengan menggunakan undang-undang yanga ada dan dibicarakan secara terbuka di mahkamah. 7. PAS juga mendesak supaya satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini secara terperinci dan anggotanya hendaklah terdiri daripada pemimpin parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan dan tokoh-tokoh yang berwibawa. Dato' Fadzil Mohd NorPresiden Parti Islam SeMalaysia COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!? Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
H-Net* Anwar meloncat dari kandang orang salah
Kenyataan Shafei Yahya: Anwar meloncat dari kandang orang salah KUALA LUMPUR 13 Julai 2000 (Hrkh)- Kenyataan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Shafei Yahya telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim meloncat dari kandang orang salah dalam perbicaraannya hari ini. Ia berlaku apabila hakim perbicaraan, Ariffin Jaka berkata dakwaan yang dibuat oleh Dato' Shafei sabagai sangat serius. Sebelum ini, ketika perbicaraan, Shafei telah menyatakan Perdana Menteri telah memarahi beliau kerana menyelongkar pejabat Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Ali Abul Hassan. Perdana Menteri juga didakwa telah mengarahkan beliau menghentikan siasatan ke atas Ali Abul Hassan. "Kerana serius itulah saya telah membuat laporan polis dan beberapa orang lain juga telah membuat laporan yang sama. Tetapi sampai sekarang tidak ada sebarang tindakan dibuat oleh polis...," kata Anwar dari kandang orang salah. Peristiwa ini berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika Timbalan Kanan Pendakwaraya, Abdul Ghani Patail membuat penggulungan terhadap pembelaan diri Anwar. Apabila beliau menyebut persoalan kenyataan Dato' Shafei, Ariffin Jaka membuat komen bahawa kenyataan itu sangat serius. Dalam perbicaraan yang sama, pertengkaran meletus antara peguam Anwar, Gobind Singh Deo apabila Ghani Patail mengungkit persoalan kenyataan terhadap Perdana Menteri. Gobind bangun mempertikaikan tindakan itu kerana sebelum ini pihak pendakwa telah membantah permohonan peguam bela untuk memanggil Perdana Menteri bagi memberikan keterangan. Pertengkaran kira-kira lima minit itu juga melibatkan hakim apabila beliau meminta ianya dihentikan kerana beliau telah membuat keputusan menolak untuk memanggil Perdana Menteri sebagai saksi. "Terserah kepada Mahkamah Rayuan untuk mempertimbangkannya kerana ia telah dibawa ke sana," kata hakim. Ketika mahu menangguhkan perbicaraan ini juga berlaku sedikit pertelingkahan antara hakim dengan para peguam apabila hakim mempertikaikan ketidakhadiran peguam utama Anwar iaitu Cristopher Fernando dan Karpal Singh. "Bagaimana mereka mahu menggulung hujjah nanti kalau mereka tidak datang?" kata Hakim. Bagaimanapun, peguam Sankaran Nair yang ada dalam mahkamah bersama Gorbind Singh Deo dan Pawanchik Marican telah memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!? Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!