H-Net* Fw: [sastera_malaysia] Seruan Takdir

2000-02-17 Terurut Topik Abu Saufi



SERUAN TAKDIR 
Mengapa nasibku beginiSejak kecil aku sendiriAyah 
bonda telah lama pergiPergi menyambut seruan Ilahi.
Ke mana tempat kubermanjaTiada tempat 
kubermesraRasanya sunyi tiada terperiQadha dan qadar dari Ilahi
Hanya kicau burung yang menghiburOh deru angin yang 
membelaSampaikan salam doaku iniOh ibu ayah tercinta.
Aku menziarahi persemadianmuKurenjis dengan air 
mawarKubacakan Yassin di sisi kuburmuRahmat hidayat Allah berikan.
Lagu/lirik: Ejib @Azlan AbdullahPenyanyi: Puteri-puteri 
Rumah Anak Yatim (RAY), Tambunan
PetikanPRAKATA 
PENGETUA RAY
Gambaran sebuah kehidupan insan istimewa RAY terucap dan 
diungkap disebalik makna bait-bait lagunya.
Album nasyid ini adalah album sulung 
PUTERI-PUTERI RAY Tambunan. .Pada kesempatan ini saya ingin 
menyeru kepada peminat, pendengar, warga masyarakat Malaysia keseluruhannya dan 
para dermawan agar dapat menyumbang, membeli sambil menderma sebagai tanda 
keprihatinan dalam mewujudkan masyarakat penyayang.
Dan mereka bertanya kepada kamu tentang anak yatim. 
Katakanlah: Mengurus mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu mengurus 
mereka, maka mereka adalah saudara kamu. (Al-Baqarah:220)
KEMULIAAN ANAK YATIM KEBAHAGIAAN NEGARAMEMBELI SAMBIL 
MENDERMA
HJ. AG. SYIRIN B. AG. BAKAR,Pengetua,RAY,Peti 
Surat No. 36,89657 Tambunan, Sabah.Telefon: 087-774120
Nota: Mesej ini disediakan oleh Abu Saufi yang telah melawat 
RAY pada 16 Februari 2000.Kaset boleh dibeli di Jabatan Hal Ehwal Agama 
Islam Kota Kinabalu, Ranau, dan Keningau, dan di RAY Tambunan.
Pancarkan akhlak mulia 
dalam penulisan.Di sini: http://www.geocities.com/SiliconValley/Ridge/8330


H-Net* Demi Masa Depan

2000-02-07 Terurut Topik Abu Saufi



Demi 
masa depan yang cerahBANYAKKAN 
PROGRAM TARBIAHOleh Sulaimin Muhsinin(Pelajar Sabah di Jordan)
Ana 
cukup gembira atas semangat yang ditunjukkan oleh barisan pejuang Islam di 
Sabah. Sesungguhnya inilah tanda-tanda untuk kita melihat Islam akan unggul di 
Sabah suatu hari nanti, insya-Allah. Sebenarnya perkara ini menjadi pendorong 
kepada ana sendiri untuk lebih bersemangat dalam mengharungi kehidupan sebagai 
pelajar, di samping sebagai jundullah di muka bumi 
ini.
Ketahuilah 
bahawa tarbiah merupakan aset yang sangat penting dalam sesebuah gerakan 
Islamiah. Proses pentarbiahan yang berkesan akan melahirkan jundullah yang 
tabah, kental hati, sabar dalam perjuangan serta kuat 
berjuang.
Jika 
kita melihat proses pentarbiahan yang Rasulullah s.a.w. lakukan dalam liku-liku 
perjuangannya, kita dapati pentarbiahannya yang cukup berkesan dapat melahirkan 
sahabat-sahabat yang sanggup menggadaikan jiwa serta harta benda untuk fi 
sabilillah. Kita lihat sahaja sahabat baginda Bilal bin Rabah yang mati dihukum 
oleh tuannya dengan hukuman yang cukup sengsara di kawasan lapang yang panas, 
hanya mempertahankan keesaan Allah S.W.T. Kita lihat juga Abdul Rahman bin Auf, 
ketika puak muhajirin berhijrah ke Madinah Abdul Rahman berkata, Saya ada 
dua orang isteri. Pilihlah yang tercantik daripada keduanya. Saya akan 
talakkan dan kamu akan kahwin dengannya. 
Inilah 
pengorbanan sahabat Rasulullah yang lahir daripada pentarbiahan yang cukup 
kuat.
Kalau 
kita bandingkan dengan kita hari ini, sudah semestinya sangat berbeza. Sedangkan 
harta benda pun kita tak dapat menginfakkan untuk Islam, apatah lagi isteri 
kesayangan seperti mana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah 
s.a.w.Oleh hal yang demikian, kita seharusnya dan semestinya sentiasa 
dan lebih menekankan soal pentarbiahan kerana kelemahan mana-mana jemaah 
Islamiah bertitik tolak daripada proses pentarbiahan yang begitu lemah dan 
tidak diambil berat. Sebab itulah 
kita lihat PAS lebih menekankan tarbiah demi membaiki kelemahan-kelemahan yang 
ada.
Kita 
sebenarnya tidak mementingkan sangat soal kuantiti untuk masa terdekat ini, 
khususnya di Sabah, tetapi walaupun jumlah kita sedikit, apabila disertakan 
dengan proses pentarbiahan yang kuat, insya-Allah yang sedikit inilah akan 
melahirkan generasi pelapis yang banyak untuk masa hadapan. Oleh yang demikian 
banyakkan program yang berbentuk tarbiah demi masa depan yang 
cerah.
Disediakan 
oleh Abu Saufi,Ketua Lujnah PeneranganPAS Kawasan Keningau (Penaja)5 Februari 2000
Pancarkan akhlak mulia dalam 
penulisan.GU: http://www.geocities.com/SiliconValley/Ridge/8330 


H-Net* Usrah Tunjang Jemaah

2000-02-07 Terurut Topik Abu Saufi




USRAH 
TUNJANG JEMAAHOleh Sulaimin Muhsinin(Pelajar 
Sabah di Jordan)
Usrah 
merupakan salah satu proses pentarbiahan yang terpenting sekali dalam jemaah 
Islamiah. Oleh kerana itu, pada kali ini ana suka bercakap hal yang berkaitan 
dengan usrah. Walaupun kata-kata ini kemungkinan besar sudah dimaklumi, tetapi 
kita sebagai manusia yang alpa ini mestilah sentiasa disedarkan hari demi hari 
agar semangat yang ada itu dapat dipanaskan, insya-Allah.Usrah merupakan 
tunjang kepada sesebuah jemaah. Kalau usrah kemas dan berjalan dengan baik 
natijahnya jemaah itu kuat dan kukuh, tetapi kalaulah perjalanan usrah itu 
lembab dan tak bermaya di situlah akan lahirnya jemaah yang lemah dan tak 
berkembang.
Kepentingan 
usrah ini tak dinafikan lagi kerana apabila kita lihat pada awal perjuangan 
Rasulullah s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah di samping 
baginda berjalan dalam keadaan yang sirri (senyap). Ini dapat dilihat bilamana 
Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat Rasulullah menjalankan 
usrah kerana apabila kita membaca sirah, kita dapat lihat bahawa Arqam ini 
seorang budak kecil yang tidak semestinya dijangka oleh orang kafir bahawa 
Rasulullah membuat usrah di rumahnya. Kita lihat ini satu taktik atau sirriah 
yang dibuat oleh baginda.Kepentingan usrah ini jelas lagi bilamana 
pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh 
Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita 
dapati beliau sangat mengambil berat terhadap anak buahnya. Boleh dikatakan 
beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa 
minit sahaja, tidak mengira malam ke, pagi-pagi buta ke, atau sebagainya 
kerana prinsip beliau yang amat penting sekali sekadar bertemu mata antara 
dengan anak buah akan menimbulkan rasa ukhuwah dan semangat yang kuat dalam 
berjuang. Proses seperti inilah yang harus kita ambil contoh dalam kita 
mengendalikan perjalanan usrah.Dengan sebab itulah kita jangan 
sekali-kali menjadikan usrah sebagai usaha sampingan sahaja, tetapi anggaplah ia 
sebagai aset yang terpenting dalam jemaah kitakerana usrah yang berjaya itu 
melahirkan jemaah yang kuat dan berkualiti, insya-Allah.Oleh hal yang 
demikian, wahai pejuang-pejuang Islam tercinta, kenallah diri dan muhasabah 
selalu. Di manakah kerja-kerja Islam yang telah kita lakukan untuk ummah ini? 
Siapakah diri kita yang sebenarnya? Apakah tanggungjawab kita dijadikan oleh 
Allah. Seterusnya ingatlah janji-janji Allah yang akan membantu kita 
bilamana kita membantunya. Janganlah berasa ragu-ragu lagi dalam perjuangan suci 
ini, kerana dalam perjuangan, kita perlu berpegang pada dua prinsip sama ada 
kita menang atau syahid!
Disediakan 
oleh Abu Saufi,Ketua 
Lujnah PeneranganPAS 
Kawasan Keningau (Penaja)5 Februari 2000