H-Net* Fwd: Kembalinya seorang mujahid Patani

2001-01-25 Terurut Topik Ku Qadir Al-Fatani

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Dipetik daripada laman web PULO:

Pengemuman!

..Dari Allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali..

Dengan kehendak dan iradah Allah SWT, dengan dukacitanya kami 
mengumumkan bahawa Sdr/ ABDULHADI HJ GHAZALI  Ketua Majlis 
Pelaksanaan Pusat PULO telah meninggal dunia di tempat buangannya di 
London, UK, pada 12hb Januari 2001.

Kami pengurus Laman ini, mengucapkan takziah kepada seluruh anggota 
keluarga Almarhum dan kepada seluruh umat Melayu Patani diatas 
kehilangan seorang MUJAHID lagi PEJUANG yang teragong ini. Semuga 
Allah menempatkan rohnya bersama para Anbia dan Syuhada.. Amin.

Dan kepada seluruh anggota PULO,  jadikanlah  pengorbanan  yang  
Almarhum curahkan sebagai  satu inspirasi untuk kita terus berjuang 
demi kemerdekaan bumi Patani..

  Alfatihah..
 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Ku Qadir Al-Fatani" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Tembelang jahat Petronas pecah di Songkhla

2000-10-24 Terurut Topik Ku Qadir Al-Fatani

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
--- In [EMAIL PROTECTED], "Ku Qadir Al-Fatani" wrote:
 
Assalamu'alaikum.

Berikut saya melampirkan email saudara Radi Usil yang dipetik 
daripada newsgroup lain, untuk bacaan warga Patani.

Sudah banyak bukti pengkhianatan rejim Mahathir ke atas bumi dan 
rakyat Patani. Sekarang kita bukan sahaja berhadapan dengan penjajah 
kuffar Siam tetapi juga berhadapan dengan ancaman pengkhianat dari 
Malaysia yang terkenal ini. 

Wahai warga dan rakyat Patani,

Sedarlah, bersatulah dan bangkitlah untuk membantah dan menentang 
perompakan rejim Mahathir ke atas bumi dan rakyat Patani. 

Allahu Akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! 

Ku Qadir Al-Fatani
Kuala Lumpur

__
From: Radi Usil  [EMAIL PROTECTED]
Date: Mon Oct 23, 2000 8:52am
Subject: Tembelang jahat Petronas pecah di Songkhla

Beribu-ribu penduduk wilayah Songkhla, selatan Thailand, Sabtu 21 
Oktober lalu mengadakan tunjuk perasaan untuk menyatakan bantahan 
mereka terhadap pembinaan lasuran gas Petronas melalui wilayah yang 
bersempadan dengan negeri-negeri di utara Malaysia itu. Pelaksanaan 
projek yang akan menelan biaya USD 1 billion itu dianggap sebagai 
keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil kira kepentingan alam 
sekitar, kehidupan para nelayan dan petani.Pada hari itu pihak 
kerajaan mengadakan 'Pracha Ficharn' atau perbincangan massa di 
lapangan terbuka berhubung dengan pembinaan saluran gas tersebut. 
Perbincangan itu sekadar basa-basi atau sandiwara belaka, sebab 
projek yang menguntungkan Malaysia itu sudah disetujui dan 
ditandatangani oleh kedua belah pihak.

Penduduk yang tidak puas hati mendatangi tempat perhimpunan itu 
dengan maksud untuk menghentikan perbincangan yang merugikan penduduk 
dan alam sekitar. Maka terjadilah pertempuran yang menyebabkan lebih 
tiga puluh orang dari kedua belah pihak mengalami kecederaan. 
Sebahagian besar yang melakukan protes adalah umat Islam, yang 
umumnya tinggal di kawasan pesisir bahagian selatan Thailand itu.

Dengan kejadian itu maka terbongkarlah rahasia kejahatan Mahathir dan 
kerajaan Barisan Nasional, yang berusaha mengeluarkan gas di lepas 
pantai Kelantan dengan membina saluran paip melalui Songkhla berpuluh-
puluh kilometer untuk dibawa masuk ke negeri Kedah.

Kerajaan BN berbuat demikian untuk mengelak daripada kewajipan 
membayar royalti kepada negeri Kelantan, sekiranya saluran gas itu 
disambung ke Kelantan. Gara-gara untuk mengelak pembayaran royalti 
kepada bangsanya sendiri, Mahathir tidak mengambil kira keselamatan 
saluran gas tersebut seandainya terjadi peperangan atau krisis 
politik di antara Malaysia dengan Thailand.

Itulah perut busuk Mahathir. Jadi kita tidak hairan sekiranya mereka 
sanggup memotong royalti minyak untuk negeri Terengganu, kerana puak-
puak penjahat dalam kerajaan BN sedikit pun tidak berniat untuk 
membela nasib bangsanya sendiri. Mereka lebih rela menyambung saluran 
gas berpuluh-puluh kilometer melalui Songkhla, semata-mata untuk 
mengelak membayar royalti kepada Kelantan.

Inilah tindakan bodoh. Dalam keadaan ekonomi negara kita sedang tenat 
seperti sekarang ini, bagaimana sekiranya rakyat di Songkhla tetap 
membantah dan rancangan pembinaan saluran gas tidak dapat diteruskan. 
Bukankah itu suatu pembaziran?

Saya tidak tahu apakah projek itu diluluskan dengan mudah oleh 
kerajaan Chuan Leekpai semata-mata sebagai pertukaran dengan 
penangkapan dan pengusiran para pejuang Patani di Malaysia oleh 
kerajaan Mahathir beberapa waktu lalu. Bagi Mahathir dan BN nampak 
jelas di sini bahawa tujuan menghalalkan semua cara. Untuk 
melaksanakan projek saluran gas itu, mereka sanggup membunuh, 
menangkap dan mengusir sesama Islam yang berasal dari Patani. Untuk 
menutupi kejahatan itu, Mahathir berpura-pura mahu berbaik-baik 
dengan umat Islam di Patani dengan cara mengundang mereka ke Kuala 
Lumpur sempena Maulidur Rasul baru-baru ini. Hamid Othman pula 
disuruh ke Narathiwat untuk meninjau rancangan bantuan untuk membela 
kompleks belia di negeri jiran itu. Malaysia sanggup untuk menderma 
22 juta ringgit kepada Majlis Agama Islam Narathiwat bagi 
melaksanakan projek tersebut. Itu semua tidak lebih daripada untuk 
menipu dengan maksud untuk merampas kekayaan bumi Patani.

Sekarang ini kejahatan itu sudah terbongkar.

Wahai saudaraku di Malaysia dan di Patani,
marilah sama-sama kita berusaha supaya projek saluran gas melalui 
Songkhla ke Kedah tersebut gagal dilaksanakan. Mengingat sumber gas 
itu berada dekat dengan Kelantan, kenapakah saluran gas tersebut 
tidak dibuat untu

H-Net* Siapakah dia watak Amin?

2000-07-24 Terurut Topik Ku Qadir Al-Fatani

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Siapakah dia watak Amin?

Banyak andaian-andaian telah dibuat berkaitan peristiwa Sauk. Benar atau tidak 
andaian-andaian itu masih menunggu pengesahan atau bukti. Baru-baru ini saya 
telah diberitahu oleh seorang pegawai Polis Tentera tentang tanda-tanya 
siapakah Amin yang sebenarnya? Tentera sendiri pun musykil terhadap jalan 
cerita peristiwa Sauk ini. Terlalu banyak perkara yang tidak kena, berlaku di 
sepanjang peristiwa yang mengemparkan ini.

Kumpulan perompak yang dikatakan berjambang, menjadi tanda-tanya macam mana 
mereka boleh melepasi pagar kem tentera tersebut? Sepertimana sedia maklum, 
tentera tidak dibenarkan berjambang. Oleh itu, amatlah pelik sekiranya pegawai 
yang menjaga pagar kem tersebut tidak merasa curiga dengan keterampilan 
kumpulan perompak tersebut, sekiranya benar ada laporan yang mengatakan 
perompak kem tentera tersebut sememangnya berjambang. Atau pun, mungkin memang 
benar andaian yang mengatakan perompakan ke atas kem tersebut dilakukan oleh 
kumpulan lain, yang mereka itu tidak berjambang? Dengan muka bersih barulah 
mudah untuk memperdaya kem tersebut sebagai pegawai tentera.

Ada desas-desus yang mengatakan bahawa asal Mohd Amin sebenarnya adalah 
pegawai berpangkat dalam perisikan. Antara andaian dalam penyiasatan tentera 
adalah dia kemungkinan segaja keluar daripada tentera dan kemudiannya 
menyertai semula ke dalam pasukan tentara sebagai anggota tentera dari 
peringkat terbawah. Dia melakukan ini dengan tujuan untuk menembusi pasukan 
tentera peringkat bawahan dengan satu missi sebagai 'undercover'.

Apa objektif dan motif sebenar Mohd Amin melakukan sedemikian masih tidak 
diketahui. Adakah tindak-tanduk Mohd Amin merupakan sebahagian komplot 
sekumpulan pegawai tentera untuk tujuan tertentu, atau adakah ia melibatkan 
suatu komplot politik di kalangan pemimpin negara?

Semakin hari semakin banyak petunjuk muncul yang meragukan peristiwa Sauk 
tersebut. Adakah kita masih percaya peristiwa Sauk ini benar-benar berlaku dan 
bukannya sandiwara? Walau pun sekiranya ia bukan sandiwara, yang semakin jelas 
dan pasti dalam peristiwa ini adalah terdapatnya motif jahat di sebalik 
kejadian ini. Makin jelas pula bahawa ia adalah satu komplot yang dirancang 
oleh pihak tertentu.

 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani [EMAIL PROTECTED]

H-Net* MILF mengisytiharkan Jihad

2000-07-12 Terurut Topik Ku Qadir Al-Fatani

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
--- In [EMAIL PROTECTED], "Ku Qadir Al-Fatani" [EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalamu'alaikum  salam sejahtera.

Berikut dilampirkan e-mel berita mutakhir mengenai perkembangan di 
kepulauan Mindanao. Kubu utama MILF (Moro Islamic Liberation 
Organisation), Kem Abu Bakar baru ditawan oleh tentera kuffar 
Filipina di bawah pimpinan Estrada. Kem MILF ini bukanlah penempatan 
tentera semata-mata tetapi suatu penempatan orang Islam termasuk 
institusi pendidikan. 

Dengan jatuhnya Kem Abu Bakar ke tangan kuffar Filipina, maka Islam 
di Mindanao menghadapi ancaman penghapusan yang runcing. Turut 
dibantai oleh tentera kuffar Filipina adalah orang awam dan masjid. 
Namun, pejuang-pejuang Moro bertekad untuk terus berjuang 
mempertahankan Islam daripada dihapuskan oleh kerajaan Filipina. MILF 
adalah satu-satunya harapan Islam kekal di kepulauan ini. Di dalam 
keadaan runcing ini mereka memerlukan segala bantuan daripada kita 
untuk terus bertahan di tanahair mereka sendiri. Ini adalah untuk 
Islam dan umat Islam dapat terus bertapak di Mindanao.

Anda boleh kunjung ke 2 laman web ini untuk maklumat lanjut:

 http://216.147.111.186/  ... laman rasmi morojihad.com
 http://amalnet.tripod.com/moro/  ... laman Tabung Kemanusiaan 
Mindanao

Dengan segala harapan saya mohon saudara-saudari turut menyumbangkan 
sedikit daripada rezeki kurnian Allah kepada saudara kita Bangsa Moro 
di Mindanao.

Sekian, wassalam.

 Ku Qadir Al-Fatani
 Pejuang Kemerdekaan Patani 

- Original Message - 
From: Abu Az-Zuhri 
To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; ...[deleted]
Sent: Wednesday, July 12, 2000 12:34 PM
Subject: H-Net* MILF mengisytiharkan Jihad

Assalamualaikum warahmatullah,
 
Sebentar tadi, kami menerima panggilan dari Filipina. Bantuan 
kewangan diperlukan segera. Amir Mujahiddin-MILF telah 
mengisytiharkan jihad-serang (offensive) ke atas tentera estrada di 
mana sebelum ini, Mujahiddin MILF hanya jihad mempertahankan diri dan 
tanahair mereka (defensive).
 
Semua penduduk muslim Mindanao menyokong penuh pengisytiharan Jihad 
oleh Amir Mujahiddin MILF. Semalam dilaporkan, selepas penawanan kem 
Abu Bakr; Estrada meraikan kemenangan di kem Abu Bakr dengan minuman 
bir dan makanan khinzir.
 
Amir Mujahiddin MILF, Syeikh Salamat Hashim berkata: "Janganlah kita 
bersedih dengan penawanan musuh terhadap Kem Abu Bakr. InsyaAllah, 
kita akan bangkit semula. Tentera Filipina sebenarnya masih belum 
menang dalam peperangan ini walaupun mereka (tentera filipina) 
menawan Kem Abu Bakr tetapi tidak hati dan semangat Mujahiddin MILF. 
Penawanan paling berbahaya ialah menawan hati dan semangat tentera 
Mujahiddin."
 
Syeikh Salamat Hashim tidak akan memerangi orang awam. Dan kali ini, 
tektik gerila  akan digunakan. Dan sudah tentunya, tektik gerila ini 
menelan belanja yang banyak. Oleh itu, kami menyeru umat Islam agar 
dapat menyumbang bantuan kewangan dan doa.
 
Anda boleh menyumbang secara online terus ke akaun berikut:

Bank  : Maybank (Cawangan Tmn Sri Serdang, Seri Kembangan, 
Selangor)

Nama  : Tabung Kemanusiaan Mindanao

No Akaun  : 512147009549

Team Tabung Kemanusiaan Mindanao
S/U Kerja
--- End forwarded message ---

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: "Ku Qadir Al-Fatani" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* [Patani] Re: Kecurian senjata bermotif polotik Malaysia

2000-07-03 Terurut Topik Ku Qadir Al-Fatani
 PROTECTED])
 
Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Mencari sahabat Patani

2000-05-15 Terurut Topik Ku Qadir Al-Fatani

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu'alaikum.

Saya mohon sahabat-sahabat dari kalangan keturunan Patani di dalam Hizbi-net 
ini untuk membalas email saya ini secara terus seberapa segera. Harap jangan 
balas email ini kepada @hizbi.net

Ini adalah untuk memudahkan bagi saya menyusun perbincangan seterusnya.

Sekian, saya menyudahi dengan ucapan terima kasih.

Qadir

 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Perjuangan di rantau Nusantara

2000-05-13 Terurut Topik Ku Qadir Al-Fatani

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu'alaikum warga Hizbi-net.

Baru-baru ini muncul kisah-kisah perjuangan di rantau Nusantara dalam 
Hizbi-net. Daripada maklumbalas segelintir netters menunjukkan bahawa ada di 
kalangan netters berbangsa Melayu tidak mengetahui langsung tentang perjuangan 
mereka itu. Malang sekali walau pun beribu nyawa telah menjadi korban tetapi 
bangsa Melayu di negara ini seumpama tidak pernah mendengar kisah perjuangan 
mereka.

Buat makluman netters yang belum mengetahui, terdapat 3 perjuangan utama dalam 
usaha memerdekakan negara Islam di rantau Nusantara ini. Mereka itu ialah 
Aceh, Patani dan Moro.

Ketiga-tiga perjuangan ini adalah untuk memerdekakan negara Melayu Islam yang 
suatu ketika dulu sangat terkenal kegemilangan mereka. Ketiga-tiga mereka 
mempunyai ciri-ciri hampir serupa, iaitu di antaranya adalah merupakan negara 
kesultanan Islam dan pernah menjadi pusat ilmu Islam berkembang.

Sehingga kini mereka masih berjuangan. Perjuangan mereka boleh dikatakan 
hampir bersendirian. Oleh itu, wajarlah saudara sebangsa dan seagama di rantau 
ini seperti di Malaysia, Brunei dan Singapura turut memberi sokongan kepada 
mereka. Sedih sekali sekiranya ada yang tidak tahu langsung mengenai kewujudan 
mereka.

Wassalam.

 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Testing... please delete

2000-05-10 Terurut Topik Ku Qadir Al-Fatani

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Testing ajer

... dari kota metropolitan.