t;saja-saja duduk berbual di situ, sambil meraikan Menteri Besar yang akan
>pergi ke pejabat. Hal seperti itu adalah satu kebiasaan bagi orang-orang
>kampung. Menunjukkan kemesraan dan kebebasan hubungan mereka sebagai jiran.
>Ternyata Hadi tidak mengubah gaya dan cara hidupnya, walaupun telah menjadi
>Menteri Besar.
>
>Sambil menunggu Hadi turun dari rumahnya, fikiran saya terlayang juga
>kepada kisah menteri-menteri dari Barisan Nasional, khasnya yang berkaitan
>dengan rumah kediaman. Teringat kepada heboh-heboh Menteri Besar Selangor
>apabila Datuk Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhamad Muhd Taib.
>Kerajaan Negeri Selangor meluluskan perbelanjaan mengubahsuai kediaman
>Menteri Besarnya sebanyak RM5 juta.
>
>RM5 juta untuk ubahsuai rumah sahaja. Dan sementara menanti rumah tersebut
>siap diubahsuai, Abu Hassan tinggal di hotel, yang belanjanya tentulah
>tidak kecil. Memang duit kerajaan. Tetapi duit kerajaan itu duit siapa
>kalau bukan duit rakyat? Bagi menteri-menteri Barisan Nasional hal seperti
>itu adalah perkara biasa. Itu sebahagian daripada budaya hidup membazir
>yang telah mereka jadikan seolah-olah satu kemestian apabila menjadi
>menteri.
>
>Demikian juga dengan mahligai terbaru Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
>di Putrajaya. Lebih daripada RM200 juta duit rakyat dibelanjakan, bagi
>menyiapkan istana mewah kebanggaannya itu. Dan Mahathir cuba meyakinkan
>(memperdaya) rakyat bahawa budaya hidup menteri dengan rumah mewah mereka
>itu adalah satu keperluan, dan bukannya membazir.
>
>Bersyukurlah kita kini tampil pula seorang lagi menteri (selepas Nik Aziz)
>yang membuktikan bahawa menjadi menteri tidak semestinya mengamalkan budaya
>hidup membazir.
>
>Tiba-tiba pintu depan rumah Hadi terbuka. Seorang perempuan bertudung litup
>keluar meletakkan sepasang kasut di beranda, dan menghilang semula ke
>dalam. Sebentar kemudian Hadi Awang Menteri Besar Terengganu pun keluar,
>dalam pakaian biasanya, jubah dan serban. Tiada kot dan tiada tali leher.
>Dia memakai kasut yang disediakan oleh isterinya tadi, lalu berjalan turun.
>
>Selepas bersalaman dengan kami dia pun memasuki kereta, bersama
>pegawai-pegawai yang sedia menunggunya tadi. Kemudian kereta pun bergerak
>membawanya ke Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Saya dan kawan-kawan
>meneruskan perbualan dengan jiran-jiran tadi, yang saja-saja datang melihat
>Menteri Besar mereka pergi kerja.
>
>
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>-
>Do You Yahoo!?
>Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
Pengirim: "Ujang NS" <[EMAIL PROTECTED]>