H-Net* JAIS digesa dakwa MB Selangor

2000-07-14 Terurut Topik filter
July 13, 2000 JAIS digesa dakwa MB Selangor'Ein Azmi 
9am, KHA: Jabatan Agama Islam Selangor digesa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Abu Hassan Omar, kerana didakwa menghina enakman Islam negeri itu apabila campur tangan dalam urusan jabatan tersebut. 
Abu Hassan dilaporkan menggugurkan tuduhan terhadap kumpulan orang Islam itu yang ditahan dalam operasi di kawasan Damansara Utama dan Petaling Jaya Lama pada 10 Jun lalu.
Dalam operasi JAIS di restoran The Ship, seramai 53 orang, termasuk 23 wanita, ditahan atas pelbagai kesalahan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (1995). Daripada jumlah itu, 31 orang didakwa di bawah Seksyen 10 enakmen berkenaan. 
Bagaimanapun, tindakan jabatan Islam itu dikritik oleh pemimpin utama Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, selain Abu Hassan. Beberapa persatuan wanita juga mengkritik tindakan tersebut. 
Akibat tekanan pelbagai pihak tersebut, Abu Hassan dipercayai akhirnya mengumumkan tindakan JAIS itu disebabkan kekhilafan menafsirkan undang-undang. Menurutnya lagi, seksyen tersebut sebelum ini tidak pernah dikuatkuasakan. 
Seorang wartawan dan bekas pengarang majalah Detik yang kini diharamkan, Ahmad Lutfi Othman, melaporkan perkara tersebut kepada JAIS Selasa lalu. 
"Ekoran kenyataan dan tindakan Menteri Besar Selangor itu, imej dan kewibawaan JAIS dipersoalkan secara meluas," kata Lutfi dalam laporan rasminya bernombor 497/2000. 
"Tindakan (Abu Hassan) menggugurkan pertuduhan itu seolah-olah meragui kewibawaan hakim Mahkamah Syariah untuk mendengar kes dengan adil." 
"Kenyataan Timbalan Perdana Menteri sebelum itu ketika mengulas tangkapan (31 orang tersebut) juga boleh dianggap subjudice," tambahnya, dalam satu salinan laporan kepada malaysiakini. 
Menurut peruntukan enakmen syariah itu, tindakan seumpama itu boleh didakwa di bawah seksyen 10 atau 12. 
Seksyen 10 (c) menyebutkan satu kesalahan bagi sesiapa yang mempersendakan atau menyebab dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam
Apabila disabitkan, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 
Sementara Seksyen 12 menyebutkan satu kesalahan bagi sesiapa yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengengkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam, Majlis Agama Islam negeri itu dan keputusan mufti. 
Apabila disabitkan, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
"Saya difahamkan ekoran (tindakan pemimpin) ini, ramai pegawai penguatkuasa jabatan Islam negeri itu hilang semangat untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi," kata Lutfi. 
"(Kejadian) ini merupakan peristiwa malang." COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Mahathir cabar Al-Maunah tembak dahinya?

2000-07-13 Terurut Topik filter
July 13, 2000 Mahathir cabar Al-Ma'unah tembak dahinya? Hassan Karim (Bahagian Akhir) (Bahagian 1) 
Apabila berlaku peristiwa rampasan senjata di Gerik dan Bukit Jenalek, kegemparan akibat peristiwa ini secara politiknya disenangi oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Umno. Hinggakan Presiden parti Melayu itu menyeru supaya setiap bahagian Umno mengadakan kenduri kesyukuran. 
Mengapa Umno sahaja yang mesti bersyukur? Kenapa tidak diajak rakyat Malaysia semua, tanpa mengira politik mereka, kaum mereka, agama mereka sama-sama bersyukur - sama-sama kita berkenduri? 
Mahathir perlu menjawab: mengapa Umno sahaja mesti bersyukur? Mungkin jawapannya begini:
Pertama, sekarang pemimpin-pemimpin gerakan Islam di Malaysia sama ada PAS atau badan-badan lain terpaksa berhati-hati apabila menganjurkan seruan pembentukan sebuah negara Islam. Jika tersalah cakap, mereka akan dikaitkan dengan Al-Ma'unah. 
Kedua, setiap pemimpin gerakan reformasi dan para penyokongnya serta parti-parti pembangkang terpaksa berhati-hati bercakap apabila menyeru Perdana Menteri agar meletakkan jawatan atas dakwaan rasuah, tidak adil, tidak demokrasi atau sebagainya kerana bimbang akan dikaitkan dengan Al-Ma'unah.
Ketiga, anggota tentera atau polis yang mengundi secara sulit menentang kerajaan dalam pilihanraya umum lalu atau Sanggang dan Telok Kemang baru-baru ini supaya kembali ke pangkal jalan setelah angkatan tenterta dimalukan dengan peristiwa rampasan senjata alaMission Impossible itu. 
Keempat, sesiapa yang menyeru slogan jihad Islam dan mahu melaksanakan hukum Islam di Malaysia, baik di Kelantan, Terengganu hatta di Selangor (oleh JAIS misalnya), perlu lebih cermat dan menyekat keghairahan mereka itu agar tidak mudah disabitkan dengan seruan "jihad" Al-Ma'unah. 
Jadi sekarang pokok pangkalnya, Al-Ma'unah telah mengambil peranan hantu rekaan yang akan menakut-nakutkan atau memomok-momokkan orang. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil bogey.
Pada masa dahulu Parti Komunis Malaya (PKM) telah dijadikan momokan terhadap sesiapa yang menentang kerajaan, walaupun menurut perlembagaan. Mereka yang sering berpendirian kritis, maka segera dicop subversif, antinasional atau komunis. 
Tetapi sekarang kumpulan Al-Ma'unah yang dituduh sesat dengan seni silat kebatinan itu, yang dikatakan bercakap tentang jihad dan pembentukan negara Islam, mungkin akan mengambil tempat PKM pula untuk menakutkan mereka yang bercakap dalam perjuangan menegakkan keadilan, demokrasi, menentang rasuah, kronisme, pemborosan dan kezaliman.
Sekarang lebih 20 orang sudah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Lebih ramai lagi akan ditahan menggunakan undang-undang tahanan tanpa bicara yang zalim itu. 
Apabila semua pihak ditakut-takutkan dengan ISA dan ugutan, kerajaan akan bertindak keras tanpa kompromi selepas peritiwa ini. Oleh itu, kerajaan Barisan Nasional yang memerintah ini akan kembali berkuasa dengan tenang dan selesa tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa.
Rakyat akan dipaksa menerima sahaja kerajaaan yang rasuah dan tidak demokratis. Rakyat dijajah dengan idea: "Tidak mengapa kerajaan yang rasuah atau tidak demokratik, asalkan keselamatan kita terkawal; tidak ada pergaduhan kaum atau agama. Tidak ada hak asasi tidak mengapa asalkan negara aman." 
Demikian mesin propaganda kerajaan BN akan memupuk minda rakyat dengan buah fikiran menyerah (defeatist). Nampaknya di bawah kerajaan seumpama ini, harga yang perlu dibayar untuk keamanan dan keharmonian itu begitu tinggi sekali. Inilah yang mungkin dihajatkan kerajaan BN. 
Tetapi siapa sebenarnya yang mencetuskan kegelisahan, kemarahan dan kebencian rakyat terhadap BN yang menjadi pemerintah selama ini? 
Mahathir harus menjawab soalan ini. 
Siapa yang bercakap di London sebelum pilihan raya umum lalu bahawa beliau tidak akan berundur sebagai Perdana Menteri melainkan jika ada pihak yang sanggup menembak di dahinya? 
Orang itu tentu masih ingat akan ucapan provokasinya. Jadi orang yang sengaja "menjolok sarang tebuan" itu jangan terperanjat jika ada tebuan yang sesat dan gila mengamuk.
Sebenarnya secara jujur, Mahathir patut bertanggungjawab jika muncul gerakan ekstremis bersenjata, seperti kumpulan Al-Ma'unah yang mahu berjuang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya yang ada sekarang di luar garis perlembagaan. 
Kita juga perlu mencari jawapan mengapa kumpulan Al-Ma'unah itu berani mengangkat senjata untuk membentuk satu negara Islam dan menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat dalam pilihan raya? 
Kenapa mereka memilih jalan perjuangan bersenjata, kenapa tidak melalui proses perlembagaan melalui pilihan raya? Kenapa? Jawapannya mungkin ada. 
Mungkin sesetengah pihak termasuk golongan ekstremis seperti Al-Ma'unah itu tidak lagi mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia. Pada mereka, demokrasi berparlimen seperti dicorakkan oleh BN dan Mahathir tidak adil atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berat sebelah. Media massa di negara ini dikongkong sepenuhnya oleh parti pemerintah. 
Mereka mungkin melihat 

H-Net* 'Al-KKN-ah' juga sesat, bukan saja Al-Ma'unah

2000-07-13 Terurut Topik filter
July 12, 2000 'Al-KKN-ah' juga sesat, bukan saja Al-Ma'unahFathi Aris Omar 
Memang ada kata sepakat antara kerajaan dengan pembangkang untuk menghapuskan keganasan dan ajaran sesat. Perdana Menteri, ketua pembangkang yang juga Presiden PAS, Presiden MCA dan Pengerusi DAP semuanya bersetuju gejala ini perlu dibendung. 
Malah, kata mereka yang selalu menghentam itu, sepatutnya kerajaan sudah lama bekerjasama dengan pembangkang untuk sama-sama menangani gejala ini. 
Dalam tempoh 2 Julai hingga kini, isu ancaman ajaran sesat berbangkit semula. Setiap kali ia muncul, agama menjadi elemen utama untuk disabitkan dengan kesesatan. 
Tetapi hakikatnya, banyak lagi amalan boleh dikategorikan sesat atau menyimpang, termasuklah dalam bidang moral atau etika, terpulang pada kayu ukur sesuatu masyarakat. Kayu ukur ini selalunya pula ditakluk oleh kuasa politik semasa dan menurut pula perubahan sekeliling dalam realiti politik pragmatis. 
Oleh kerana "ajaran sesat" merupakan ungkapan rasmi orang politik (baca: pemimpin negara) dan polis, maka kesesatan yang dimaksudkan di sini mempunyai implikasi cabaran kepada kuasa pemerintah dan faktor keselamatan. 
Oleh kerana maknyah tidak menggugat kuasa politik dan tidak pula mencetuskan ancaman keselamatan, maka tidaklah pula kumpulan manusia ini dikategorikan sesat. Oleh kerana kumpulan demonstran reformasi mencabar kuasa politik dan bertembung dengan polis, mereka juga boleh dikategorikan "sesat." 
Perjudian yang menjana kuasa ekonomi dan dilesenkan oleh kuasa politik tentunya halal dan tidak sesat. 
Yang dianggap sesat hanyalah kegiatan "judi haram" - tetapi jika ongkosnya cukup, banyak juga kedai tikam kuda boleh beroperasi secara terbuka dan dianggap halal! Kita pun tahu banyak pegawai penguatkuasa yang senang-lenang di atas wang sogokan kedai tikam kuda. 
Bagaimanapun, sogokan atau rasuah paling besar dan cukup menyesatkan sering kali berlaku di peringkat atasan, berlegar dalam lingkungan elit berkuasa. 
Dalam bahasa yang lebih kontemporer dan sedikit berbaur reformasi, amalan menyesatkan ini disebut KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme). Jika diarabkan akronim tersebut, bunyinya mungkin "al-KKN-ah", seakan-akan Al-Ma'unah. 
Elok juga polis menyediakan kertas putih tentang ‘al-KKN-ah,' khususnya yang melibatkan Dr Mahathir Mohamad. Lagipun, sebahagian besar kesesatan itu telah dilaporkan kepada polis. Terkini, laporan polis tentang dakwaan Mahathir menghalang Badan Pencegah Rasuah menyiasat seorang pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri. 
Sementara mereka yang berbukti mengamalkan ‘al-KKN-ah,' misalnya selepas disiasat oleh BPR dan telahpun disarankan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan, eloklah segera dibawa ke mahkamah dan jangan lagi disimpan dalam kabinet dapur Perdana Menteri. 
Bahaya kesesatan ‘al-KKN-ah' ini cukup besar. Seorang profesor Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana mengkaji sosiologi korupsi, Prof Syed Hussain Alatas berkata, pemimpin negara yang paling sesat kerana amalan ini ialah seseorang yang tidak melakukan rasuah tetapi membiarkan pemimpin-pemimpin di kelilingnya merompak harta rakyat. 
Kesesatan ini jauh lebih serius berbanding jika pemimpin itu sendiri melakukan rasuah! 
Oleh itu, jika seseorang perdana menteri atau presiden atau menteri besar tidak mengamalkan ‘al-KKN-ah', tetapi merelakannya pemimpin lain berbuat demikian, beliaulah selayaknya yang pertama-tama, bukannya pemimpin nombor dua, ke muka pengadilan. 
Akibat korupsi yang terlalu meluas dan kompleks di India, kata profesor berkenaan lagi, pesakit-pesakit di hospital dibiarkan terlantar tanpa rawatan. Orang bodoh boleh lulus dengan ijazah yang cemerlang. Orang yang dibawa ke mahkamah tidak mendapat keadilan dan orang yang bersalah terlepas, malah dilindungi. 
Selagi wang mampu menyogok seseorang pemimpin dalam apa juga bidang dan strata masyarakat, kesengsaraan insan dan sosial (human and social cost) cukup tinggi - malah lebih tinggi daripada kehilangan dua jiwa di Sauk. 
Paling sesat dan menyesatkan akibat gejala ‘al-KKN-ah' ialah apabila masyarakat tersebut tidak lagi mempunyai daya lasak untuk memeranginya dan menerima segala kesengsaraan itu, tambah Syed Hussain lagi. 
Paling nyata, bekas presiden Indonesia, Pak Harto kini termasuk dalam kategori rasmi seorang yang mengamalkan ajaran sesat al-KKN-ah. Pihak polis dan jaksa yang gagal mengambil tindakan terhadap Suharto sebelum ini juga mengamalkan kesesatan. Dan begitulah polis di mana-mana pun. 
Pertubuhan silat Al-Ma'unah juga tidak pernah sesat, malah diluluskan pendaftaran oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sehinggalah mereka merampas senjata di Gerik dan Banding, kemudiannya berkubu di Sauk. 
Sayang sekali, jika mereka kekal bergerak seperti biasa, tentunya mereka tidak sesat! 
Begitulah juga pemimpin negara seperti Pak Harto. Jangan disangka pemimpin negara yang tidak pernah sesat hari ini akan selamat. Hilang kuasa kesesatannya akan muncul di permukaan.
Lagipun, kesesatan pemimpin negara 

H-Net* MILF mengisytiharkan Jihad

2000-07-12 Terurut Topik filter
 
 NET AT WORK Malaysia [EMAIL PROTECTED] wrote: 

MILF MENGISYTIHARKAN JIHADBersama ini dilaporkan sedikit mengenai perkembangan di Mindanao, selatan Filipina. Tidak banyak berita mengenai pertempuran sengit di antara mujahidin MILF dan tentera kerajaan Filipina yang dilaporkan oleh media. Tumpuan media lebih diberikan kepada liputan kes penculikan Sipadan oleh kumpulan Abu Sayyaf, tetapi tidak kepada serangan ke atas MILF oleh tentera Filipina.Dipercayai oleh sesetengah pengalisa politik bahawa isu penculikan oleh Abu Sayyaf sengaja diperbesarkan untuk menutup rancangan pembantaian ke atas MILF dan perkampungan Islam di Mindanao. Sila baca lampiran e-mel di bawah untuk berita lanjut. Juga, diharapkan anda dapat memberi respon kepada kutipan derma untuk Tabung Kemanusian Mindanao, sepertimana yang dimohon dalam e-mel seterusnya.Sekian.
--- In [EMAIL PROTECTED], "Ku Qadir Al-Fatani" [EMAIL PROTECTED] wrote:Assalamu'alaikum  salam sejahtera.Berikut dilampirkan e-mel berita mutakhir mengenai perkembangan dikepulauan Mindanao. Kubu utama MILF (Moro Islamic LiberationOrganisation), Kem Abu Bakar baru ditawan oleh tentera kuffarFilipina di bawah pimpinan Estrada. Kem MILF ini bukanlah penempatantentera semata-mata tetapi suatu penempatan orang Islam termasukinstitusi pendidikan.Dengan jatuhnya Kem Abu Bakar ke tangan kuffar Filipina, maka Islamdi Mindanao menghadapi ancaman penghapusan yang runcing. Turutdibantai oleh tentera kuffar Filipina adalah orang awam dan masjid.Namun, pejuang-pejuang Moro bertekad untuk terus berjuangmempertahankan Islam daripada dihapuskan oleh kerajaan Filipina. MILFadalah satu-satunya harapan Islam kekal di kepulauan ini. Di dalam!
keadaan runcing ini mereka memerlukan segala bantuan daripada kitauntuk terus bertahan di tanahair mereka sendiri. Ini adalah untukIslam dan umat Islam dapat terus bertapak di Mindanao.Anda boleh kunjung ke 2 laman web ini untuk maklumat lanjut:http://216.147.111.186/ ... laman rasmi morojihad.comhttp://amalnet.tripod.com/moro/ ... laman Tabung Kemanusiaan MindanaoDengan segala harapan saya mohon saudara-saudari turut menyumbangkansedikit daripada rezeki kurnian Allah kepada saudara kita Bangsa Morodi Mindanao.Sekian, wassalam. Ku Qadir Al-Fatani Pejuang Kemerdekaan PataniAssalamualaikum warahmatullah,Sebentar tadi, kami menerima panggilan dari Filipina. Bantuankewangan diperlukan segera. Amir Mujahidd!
in-MILF telahmengisytiharkan jihad-serang (offensive) ke atas tentera estrada dimana sebelum ini, Mujahiddin MILF hanya jihad mempertahankan diri dantanahair mereka (defensive).Semua penduduk muslim Mindanao menyokong penuh pengisytiharan Jihadoleh Amir Mujahiddin MILF. Semalam dilaporkan, selepas penawanan kemAbu Bakr; Estrada meraikan kemenangan di kem Abu Bakr dengan minumanbir dan makanan khinzir.Amir Mujahiddin MILF, Syeikh Salamat Hashim berkata: "Janganlah kitabersedih dengan penawanan musuh terhadap Kem Abu Bakr. InsyaAllah,kita akan bangkit semula. Tentera Filipina sebenarnya masih belummenang dalam peperangan ini walaupun mereka (tentera filipina)menawan Kem Abu Bakr tetapi tidak hati dan semangat Mujahiddin MILF.Penawanan paling berbahaya ialah menawan hati dan semangat tenteraMujahiddin."Syeikh Salamat Hashim tidak akan mem!
erangi orang awam. Dan kali ini,tektik gerila akan digunakan. Dan sudah tentunya, tektik gerila inimenelan belanja yang banyak. Oleh itu, kami menyeru umat Islam agardapat menyumbang bantuan kewangan dan doa.Anda boleh menyumbang secara online terus ke akaun berikut:Bank : Maybank (Cawangan Tmn Sri Serdang, Seri Kembangan,Selangor)Nama : Tabung Kemanusiaan MindanaoNo Akaun : 512147009549Team Tabung Kemanusiaan MindanaoS/U Kerja--- End forwarded message ---Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com






To Post a message, send it to: [EMAIL PROTECTED] (subject to approval)To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]Homepage: www.harakah.netWeb Forum: www.delphi.com/harakah COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* SUARAM criticises use of ISA on AL-Maunah members

2000-07-08 Terurut Topik filter
SUARAM criticises use of ISA on Al-Maunah members 
KUALA LUMPUR - Human Rights groups SUARAM has issued a statement opposing the use of the Internal Security Act to detain without trial 15 members of the Al-Maunah cult group. It believes that more will be detained under this law in the next few days. Maintaining that the ISA is a draconian and evil law, SUARAM stressed that those detained had the right to legal counsel and ought to be presumed innocent until proven guilty. It also condemned the killing of the hostages and called for an independent investigation. - SUARAMCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Pembangkang tolak keganasan

2000-07-08 Terurut Topik filter








Pembangkang tolak keganasan
KUPANG, 7 Jul (Hrkh)- Ketua Pembangkang Dato' Fadzil Mohd Noor menegaskan pembangkang negara ini tidak berhajat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dengan mengangkat senjata sebaliknya masih menaruh harapan kepada sistem pilihan raya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Gerak Kerja Pilihan Raya ke-11 Parlimen Baling di dewan Pejabat PAS Kupang semalam.
"Barisan Alternatif (BA) masih menganggap pilihan raya merupakan jalan terbaik untuk menjatuhkan BN bukannya melalui jalan perang yang melibatkan nyawa tergadai," ujar beliau.
Menurutnya lagi, memandangkan negara ini masih membuka ruang yang luas terhadap demokrasi maka pembangkang akan menyambutnya dengan baik supaya rakyat negara ini turut merasai nikmat berada dalam negara yang aman damai.
Menyentuh mengenai tindakan rakyat mengadakan demonstrasi di jalan raya kerana tidak puas hati dengan perjalanan bidang kehakiman dan kezaliman BN Dato' Fadzil berkata, kejadian itu tidak sama dengan percubaan angkat senjata melawan kerajaan memandangkan goloongan ini tidak bersenjata dan hanya berhimpun mengadakan bantahan aman.
"Demonstrasi yang berlaku beberapa bulan lalu bukan bererti pembangkang mahu menjatuhkan BN dengan senjata kerana meraka tidak mempunyai apa-apa senjata sebaliknya mengadakan perhimpunan aman mengadakan ketidakpuasan hati terhadap sistem kehakiman dan kezaliman BN pada Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim," terangnya yang juga presiden PAS.
Tuduhan Perdana Menteri, Dato' seri Mahathir Mohamad kononnya kecurian senjata tentera di Kem Batalion 304 Infantri Askar Wataniah di Grik, Perak melibatkan motif politik ala pembangkang beliau menambah, tuduhan itu melulu dan tidak berasas sama sekali.
Pakatan pembangkang tidak melaksana pendekatan sebegitu untuk mejatuhkan BN yang sememangnya umpama 'telur di hujung tanduk' kerana pendekatan tersebut merugikan pengaruh pembangkang dalam pilihan raya ke-11 nanti.
"Buat apa kami mencetuskan pergaduhan dengan BN dengan menculik atau mencuri senjata tentera kerana meneusi pilihan raya sudah cukup menunjukkan kecenderungan BN akan tewas ekoran tindakan rakyat menolak kepimpinan negara dalam pilihan raya ke-10 yang lalu."
Comments ? E-mail Us

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Cerita pegawai penguatkuasa JAIS

2000-07-07 Terurut Topik filter
Cerita pegawai penguatkuasa JAIS
Seorang anggota penguatkuasa Kerajaan Negeri Selangor yang menyertai operasi di Pub dan Restoran The Ship telah mencerita secara mendalam kepada Harakah bagaimana peristiwa penangkapan ke atas 53 orang Islam pada 10 Jun lalu berlangsung. Ikuti cerita beliau yang diberikan kepada wartawan kami. 
Pengakuan seorang pegawai penguatkuasa JAIS;"Saya adalah salah seorang Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam, Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam isu penangkapan 53 orang umat Islam di Pub dan Restoran The Ship, Damansara Utama, 10 Jun lalu. 
Saya ingin mempertikaikan tindakan pihak atasan yang mengugurkan kesemua tuduhan yang sepatutnya dibuat di bawah Seksyen 10, 30, 31 dan 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Kami telah menerima surat daripada Pejabat Agama Islam Petaling Jaya yang mana surat itu meminta kami supaya membantu JAIS untuk menjalankan operasi bersepadu di sekitar Petaling Jaya. 
Di dalam surat itu dinyatakan keperluan bantuan anggota termasuk saya. Kami bertolak lebih kurang jam 6 petang dan sampai di Masjid Mujahiddin Damansara lebih kurang 7 malam. Kemudian kami melaporkan kepada Penguatkuasa Agama Petaling Jaya. 
Lebih kurang pukul 9 malam, kami diberikan taklimat khas sebelum kami memulakan operasi. Selepas taklimat lebih kurang jam 12 malam kami bergerak ke lokasi yang ditetapkan tadi iaitu di Damansara. 
Lebih kurang pukul 12 hingga…..(tidak pasti) kami memulakan operasi maksiat bersama anggota penguatkuasa JAIS dengan dibantu oleh kakitangan dari daerah-daerah agama yang lain, dan juga turut dibantu oleh anggota Rela. 
Bahagian unit kami, lebih kurang 17 orang. Jumlah ini tidak termasuk anggota JAIS daerah Petaling Jaya, Ulu Selangor, Sabak bernam, Shah Alam dan anggota Rela. Hasilnya, kami telah menahan 53 orang untuk disoal siasat. 
Kami telah menggunakan seksyen 10, 29, 30, 31 untuk menahan mereka. Yang menjadi isu sekarang ialah apabila kami menggunakan seksyen 10. Ia adalah satu seksyen baru bagi kami iaitu bertindak ke atas mana-mana pihak yang memalukan agama Islam. Seksyen 10 Kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam yang membawa hukuman RM5 ribu atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen-seksyen yang lain (30, 31 dan 29) memang sudah menjadi kebiasaan kami gunakan apabila kami adakan operasi. Apabila kes ini diketahui oleh pihak atasan, disebabkan oleh seksyen 10, seksyen-seksyen lain tidak boleh nak dibawa ke atas tertuduh dan digugurkan.
Ini maklumat tak rasmi yang saya perolehi dari pejabat pegawai Jabatan Agama Islam sendiri. Seksyen 10 ini baru kita nak buat. Kita belum hendak bawa ke mahkamah lagi, baru dalam siasatan. Dalam siasatan, selang beberapa hari terus-terusan berita-berita yang tidak sepatutnya kita dengar tersiar dalam akhbar. 
Saya tak pasti sama ada, ada campurtangan politik atau tidak. Selain politik ini, mungkin ada campurtangan orang-orang besar. Ada kaitan dengan orang kenamaan….. (terhenti sebentar) ...kalau tidak macam mana boleh sampai ke pengetahuan 'orang-orang berpengaruh'. Kami diberitahu, ada pihak mendakwa 'orang-orang besar' mengarahkan supaya menggugurkan semua kes ini.
Saya juga menafikan kenyataan Pak Lah Badawi (Timbalan Perdana Menteri) bahawa tempat serbuan itu adalah bertaraf restoran. Bagi saya bukan restoran tapi sebenarnya adalah kelab malam (Night Club). Saya sendiri yang menyaksikannya. 
Yang saya tidak puas hati dalam kes ini adalah, kalau nak gugurkan seksyen 10 tu tak apalah. Tetapi mengapa tidak mendakwa mereka di bawah seksyen lain. Misalnya seksyen 30, yang memberikan kesalahan bagi lelaki yang menyerupai perempuan (pondan). 
Undang-undang yang kita laksanakan tetapi kita pula ditentang, kita nak mencegah tetapi ada orang yang cuba memihak dengan orang yang hendak dicegah tadi. Inilah masalah kami sekarang." 
Nota: Identiti pegawai berkenaan dirahsiakan atas permintaan beliau. 
Comments ? E-mail UsCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

H-Net* Siapa 'The Sleeping Spy'

2000-07-07 Terurut Topik filter
 
 COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* The Sleeping Spy

2000-07-07 Terurut Topik filter
Sebelum terciptanya internet, salah satu senjata yang berbisa dalam sebarang kemelut politik dunia di mana-mana negara sekalipun ialah penggunaan artikel songsang di akhbar-akhbar, melalui telex dan faks dan juga melalui iklan yang ditaja ketika diadakan penganjuran perhimpunan ramai. Perhimpunan ramai itu selalunya berbentuk suka ria ataupun demonstrasi aman. 
Di negara yang sedang membangun seperti di Afrika dan beberapa negara di Asia, 'sermons' dan juga khutbah digunakan sebagai forum yang sesuai bagi tujuan ini. Selalunya, khutbah dan forum ini diperbesarkan lagi pengaruhnya dengan mencetaknya pula di akhbar pilihan yang memang ditaja oleh penganjurnya.Amerika sebagai 'The Global Policeman' memang memainkan banyak peranan dalam segala rupa-bentuk aktiviti ini. Kekuatan Amerika itu terletak pada beberapa aspek penggunaan infrastruktur pengurusan (management infrastructure) yang tidak mudah diperdapatkan oleh segelintir kumpulan melainkan kumpulan itu berupa institusi kerajaan yang memerintah. 
Infrastruktur pengurusan ini boleh didapati dalam bentuk kemudahan berkomunikasi seperti stesen radio dan segala alat transmitternya. Kerana itu Amerika ada "Voice of America", ada 'The Christian Science Monitor', 'Radio Marati ' (dalam Bahasa Sepanyol) dan beberapa jenis majallah dalam Bahasa Inggeris seperti 'The Truth' dan sebagainya. Terdapat juga beberapa bentuk institusi sokongan seperti yang dilakukan oleh The American Express, The Citybank, The Lincoln Center, Kiwanis, Rotary, The Lion Club, The Freemason dan banyak lagi yang namanya eloklah dipendamkan sahaja ketika ini.Penggunaan Perisik Khas Sebagai TalibarutSelain daripada itu wujudnya perisik khas dikenal sebagai The Active Spy, The Passive Spy dan The sleeping Spy. Di antara ketiga-tiga jenis tali barut itu yang nombor tiga itu amat susah untuk dikesan kerana ia lama memeram bakatnya sehinggalah ia diarahkan untuk bertugas. Dengan!
 lain perkataan, tugas seorang 'sleeping spy' adalah laksana satu suis di dinding. Ia hanya menyalakan lampu apabila dipetik. 
Untuk Mengkucar-kacirkan Keadaan 
Samada disedari ataupun tidak, kerajaan BN menggunakan formula yang sama dalam menangani pergolakan politik di negara ini. Justeru itu tidak hairanlah wujudnya isu yang digembar-gemburkan sebagaimana yang terjadi dalam dakwaan 'krisis dalaman PKN' beberapa hari lalu. 
Justeru perkembangan dan kemajuan serta sokongan rakyat terhadap pembangkang kian memuncak BN mesti mengekang perkembangan ini laksana mengekang kuda daripada melonjak terlalu jauh daripada kawannya. Ini adalah muslihat politik BN yang nyata mengeksploit setiap isu termasuk ajaran agama Islam yang suci. Krisis sokongan yang merudum dalam UMNo terutamanya adalah satu faktor yang merunsingkan kepimpinan BN hari ini. Apatah lagi apabila rakyat mulai menyedari tembelang mereka.Kaedah Pengekangan Yang Sungguh EfektifUntuk sekian lama taktik pengekangan yang difikirkan efektif ialah dengan membuatkan kerajaan Malaysia berbelanja besar dengan rakusnya. Ini telah dilakukan oleh Mahathir dengan daya usaha Daim. Daim yang diam sebenarnya sudah diperangkap oleh para perisik Peranchis yang lebih terkenal dengan panggil 'Le Piscine' (yang bermaksud kolam renang). 
Ketika Daim mula bertapak dalam dunia komersial dia telah diajak ke Paris untuk berbincang. Tanpa disedarinya dia telah melakukan beberapa kerja maksiat dengan beberapa perempuan Peranchis dalam satu masa. Semua aksi itu telah digambarkan dengan jelasnya. Daim terjebak di situ dan terpaksa akur dengan usaha Peranchis untuk mendapatkan Bank of Paris (Paribas Bank) yang kemudiannya dijual kepada MCA dan bertukar nama sebagai Multipurpose Bank. 
Kepintaran perisik Peranchis bukan berakhir di situ sahaja. Marina Mahathir pun terjebak sama dengan disondol oleh seorang di bidang perhotelan. Apa yang jadi akhirnya ? Mahathir terpaksa masuk campur dan memberikan ruang luas kepada Peranchis sehinggakan kini Peranchis mendapat peluang yang lebih mulia dan lumayan daripada Kerajaan British. 
Peranchis akhirnya berjaya mengawal pembabitan Malaysia di seluruh 'Francophone countries' di dunia ini. Kemuncaknya, Peranchis berjaya mendapatkan kontrak lumayan untuk melancarkan satellite Malaysia di French Guiana. Terbeliak mata Amerika, Spanyol, German, British, China dan Russia.Reaksi yang spontan dilaksanakan dengan menggerakkan The Passive Spy dan The Sleeping Spy. 'The Passive Spy' sebenarnya memang banyak didapati di kalangan ahli UMNO dan juga ahli keluarga pegawai PTD, terutama sekali para diplomat kelas bawahan yang lama bertugas di luar negara. Terdapat juga beberapa kerat insan yang datangnya daripada golongan istana dan juga para keluarga Mahathir. Bahkan juga para keluarga kroni dan sahabat rapat. Mereka inilah yang amat rapat dengan diktator itu dan berjaya mempengaruhinya sehinggakan dia amat percaya kepada mereka. Sedangkan hakikatnya, para passive spies ini menerima arahan cukup galak melalui majlis keraian, majlis ke!
 gereja secara mingguan dan majlis 

H-Net* 'Sleeping Spy' di sebalik isu rompakan senjata

2000-07-07 Terurut Topik filter
Seperti yang ditulis oleh 'kemang suasa' dalam 'musang berbulu ayam'(lihat mindarakyat), 'sleeping spy' adalah satu cara untuk memerangkap musuh. Satu 'tabik' saya berikan pada Kemang Suasa kerana telah berjaya menyedarkan pembaca akan satu 'pengisian ilmu' yang baru bagi kebanyakan dari kita.Percayalah bahawa isu rompakan senjata 'RAW' (meminjam singkatan dari Panglima Sauk) juga adalah angkara 'sleeping spy' yang telah berada dalam PERSAUDARAAN ILMU DALAM AL-MA'UNAH MALAYSIA buat beberapa tahun. Spy tersebut sudah menjadi begitu popular lagi dipercayai di kalangan ahli-ahli yang lain. Sampailah ketikanya apabila spy tersebut menerima arahan dari 'tuannya' supaya melakukan sesuatu. Dan itulah segala episod RAW yang sudah. Tak payahlah saya mengulas lebih lanjut akan kenapa ianya dilakukan dan untuk kepentingan siapa. Pembaca sendiri sudah pun membacanya dari puluhan penulis yang lain.Untuk menguatkan hujah kewujudan 'sleeping spy' itu khusus kepada m!
ereka yang termakan 'bulat-bulat' sandiwara propaganda media perdana sukacita saya tunjukkan satu website dalam 7 bahagian setebal 46 muka. Kisah 'Sleeping spy' British yang berjuang untuk menghancurkan Islam. Silalah ke http://www.hizmetbooks.org/British_Spy_Hempher/spy_1-7.htm.Selain dari itu apakah kita lupa bagaimana Al-Arqam berjaya dibubarkan. Bukankah diberitakan 'sleeping spy' telah berada di dalam Al-Arqam selama 8 tahun.Pengajaran dari sini, kepada gerakan BA semua maka berwaspadalah dengan 'sleeping spy' yang sememangnya telah ada dalam gerakan kita.gerila'BA' @ sarjanops2004@hotma!
il.comCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Mengimbas bicara hati ke hati 'The Star' dengan Nik Aziz

2000-07-07 Terurut Topik filter
  Saturday, April 29, 2000   Interview with Nik Aziz   Full transcript of The Star journalist Nick Leong's interview with Kelantan Mentri Besar and PAS spiritual adviser Datuk Nik  Aziz Nik Mat. This exclusive interview was conducted in Bahasa Malaysia   Nick Leong: Tok Guru pandai berbahasa Inggeris?   Nik Aziz: Saya lompat-lompat sahaja, broken English. Dulu, sewaktu saya di Kaherah, saya boleh baca Egyptian Gazzette tapi  sekarang ini, tak boleh, rugi betullah.   Q: Saya diberitahu Tok Guru fasih dalam berjenis-jenis bahasa.   Nik Aziz: Saya fasih Bahasa Arab, Bahasa Urdu. Dulu Inggeris pun tahu, boleh cakap, tapi tak ada praktis, hilang. Bahasa  Parsi sikit-sikit.   Q: Boleh beritahu sedikit latar belakang Tuan Guru?!
   Nik Aziz: Rumah saya sekarang adalah tanah tumpah darah saya, Kampung Pulau Melaka, Kota Baru.   Keluarga saya adalah keluarga guru agama dan juga puak tani, suka menanam pokok-pokok, buat kebun sendiri dan orang tua,  bapa saya ini yang beri semangat, jangan bergantung rezeki pada orang lain.   Orang tua saya sendiri tanam kebun getah, ada kebun rambutan, kebun durian. Dia cukup marah kalau hanya bergantung pada  sedekah. Sedekah tahutak? Derma. Dia cukup marah.   Dia tidak minat dengan berniaga. Dia minat dengan berkebun. Sampai sekarang pun, saya dekat dengan tani, petang-petang saya  tanam pokok dulu.   Sekarang ini, pokok durian saya tanam, pokok kelapa saya tanam, pokok pisang saya tanam, semua boleh berbuah semua boleh  makan. Tapi sekarang tidah siha!
t, tak boleh cangkul. Sekarang tembak tupai dan tebas rumput-rumput untuk berpeluh sahaja.  Tebas rumput dan pokok yang ganggu durian.   Q: Bagaimana dengan keluarga Tuan Guru?   Nik Aziz: Adik-beradik saya 17 atau 18. Orang tua saya kahwin empat, jadi adik-beradik saya ramai.   Semasa remaja habiskan masa saya untuk belajar. Orang tua saya ini, disamping dia pergi berkebun, dia bawa saya pergi sama,  pagi-pagi belajar buku dulu, belajar kitab dulu. Malam dia kejut saya sembahyang subur, baca Quran, terjemah Quran. Kemana  pergi pun dia bawa saya bukanuntuk buat kerja tapi untuk mengaji dengan dia.   Kerja sikit-sikit tapi belajar banyak, dia suruh saya hafal syiar-syiar dari Bahasa Arab bagi perkukuhkan Bahasa Arab dan  saya ini sekarang sedang menikmati kesan yang diting!
galkan oleh orang tua saya iaitu dalam kepala saya banyak ingat ayat-ayat  Quran yang menyebabkan dalam ucapan-ucapan saya selalu selit dengan pantun-pantun Bahasa Arab, ayat-ayat Quran dan  hadith-hadith.   Q: Tuan Guru rasa tunjuk-ajar sedemikian tidak lagi dilakukan oleh ibu-bapa?   Nik Aziz: Betul. Ibu-bapa dulu mementingkan akhlak anak-anak. Cukup jaga akhlak anak-anak. Ibu-bapa sekarang umumnya turut  arus.   Kalau kerajaan suruh belajar, belajar. Kalau kerajaan suruh tinggi akademik, tinggi akademik. Akhlak hampir tidak  dipedulikan langsung. Ini sungguh mendukacitakan.   Hasilnya, sekarang ini kita dapat lihat, anak-anak, belia-belia yang 20 tahun dahulu tidak dipedulikan akhlak dalam sukatan  pelajaran dan 20 tahun orang Melayu sudah mengenepikan tulisan Jawi,!
 sekarang kita sudah boleh tengok, anak-anak sudah tidak  boleh baca kitab agama, tidak boleh baca Quran.   Dan sekarang ini sudah menjadi bebanan keatas kerajaan membelanjakan wang begitu banyak untuk jaga belia-belia yang sudah  (ketagih) dadah dan sebagainya kerana agama mengajarkita bahawa semua gerak geri kita di muka dunia ini, kesannya dapat  dilihat pada hari akhirat nanti, the last day. Tekanan dari pelajaran ini dulu kuat. Sekarang tekanan itu sudah tidak ada.   Q: Apakah yang mendorong Tok Guru untuk berkecimpung dalam politik?   Nik Aziz: Puncanya begini. Bila saya balik daripada luar negeri pada tahun 1962, saya menjadi guru.   Tahun 1962 ini, keganasan Parti Perikatan terhadap ahli ulamak begitu mendukacitakan, selalu tangkap ulamak, tangkap tok  guru!
 kampung, tangkap tok guru pondok.   Kerja ini bercanggah sekali-kali dengan Islam. Ia tidak pernah berunding dengan orang ini, tidak pernah ajak muzakarah.  Tangkap dan sumbat, ISA terus.   Banyak ahli ulamak Kelantan kena ISA di Batu Gajah. Saya perhati ini perbuatan tak betul. Saya tak kata apa, cuma  ucapan-ucapan saya pada tiap-tiap malam, cara Islam.   Masyarakat bila dia dengar, anggap saya ini orang PAS kerana ucapan saya, kata mereka, mirip dengan PAS. Saya tidak menjadi  orang PAS tapi penonton dengardan kata "Dia ni orang PAS." Bila berlaku kematian seorang wakil rakyat, wakil parlimen  Kelantan Hilir, sekarang ini ditukar menjadi Pengkalan Chepa, namanya Haji Ahmad Prai.   Haji Ahmad ini orang Seberang Prai. Dia menjadi wakil rakyat parlimen Kelantan Hilir. Bil!
a mati hamba Allah ini, tahu-tahu  saya dipilih menjadi calun.   Saya tengah mengajar di Maahad Muhammadi datang wakil rakyat Panchor, Pak Nik Lah Arshad, dia kata "Ustaz, Datuk Asri minta  ustaz pergi kerumah dia sekarang."   Saya kata "Pasal apa?" "Entahlah" kata dia, "Orang ramai tengah tunggu ustaz."   Saya pun berhenti daripada mengajar , terus pergi kerumah 

H-Net* Anggota keluarga pujuk penjenayah serah diri

2000-07-06 Terurut Topik filter




 ANGGOTA KELUARGA PUJUK PENJENAYAH SERAH DIRI 

 

 

 



KUALA KANGSAR, 6 Julai (Bernama) -- Isteri dan anak beberapa anggota kumpulan perompak senjata api yang kini bersembunyi di Bukit Jenalek, dekat Sauk, masuk ke kawasan itu awal pagi ini, merayu mereka supaya menyerah diri. Anggota keluarga kumpulan itu dibawa masuk ke kawasan hutan berkenaan oleh pasukan keselamatan pada pukul 1.50 pagi. Dengan menggunakan pembesar suara, mereka bergilir-gilir membuat rayuan selama lebih dua jam sambil diperhatikan oleh wartawan dan jurugambar buat pertama kalinya. Suasana sedih dengan tangisan dan rayuan sayu anak isteri mereka, bagaimanapun setakat ini belum mendapat sebarang respons daripada kumpulan penjenayah itu. Mereka terus membisu walaupun sebelum ketibaan kaum keluarga, mereka begitu ghairah melepaskan tembakan dan menyanyikan lagu-lagu patriotik. -- LAGICOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

H-Net* Kecurian senjata untuk mengalih perhatian rakyat

2000-07-05 Terurut Topik filter
Kecurian senjata untuk mengalih perhatian rakyat 
KUALA LUMPUR, 5 Julai (HRKH) - Kejadian kecurian senjata daripada kem tentera baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan daripada bagaimana kumpulan itu mengangkut pelbagai jenis senjata dengan hanya tiga buah kenderaan pacuan empat roda dan 15 penumpang sehinggalah kepada cara pengendalian oleh kerajaan. 
Tinjauan di laman reformasi mendapati hampir keseluruhan penulis berpendapat isu kecurian itu sengaja diadakan untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu utama seperti laporan polis terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berikutan keterangan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Dato' Shafei Yahya, laporan rasuah terhadap Tun Eusoff Chin dan sebagainya. 
Dalam laporan Bernama, kumpulan itu merampas 94 pucuk M16, dua rifel Steyr, empat mesingun berat, enam mesingun ringan, 26 benet, 54 flare, 40 peluru untuk mortar MMHE dan juga beribu-beribu peluru. 
Mereka mempersoalkan bagaiamana kumpulan tersebut boleh membawa sejumlah senjata yang banyak dengan hanya menggunakan tiga buah kenderaan itu dan kemudiannya terpaksa mengangkut pula kesemua senjata-senjata yang dicuri ke tempat persembunyian mereka. 
Selain itu, media juga memberikan pelbagai laporan yang berbeza mengenai kejadian itu. Utusan Malaysia hari ini melaporkan ada di kalangan anggota kumpulan itu yang melaungkan takbir dan memakai serban. Manakala The Star pula melaporkan anggota kumpulan itu meningkat kepada 30 orang. 
Akhbar tempatan juga melaporkan, Kementerian Pertahanan sudah hampir mengenal pasti kumpulan yang melakukan rampasan senjata. Namun sehingga berita ini ditulis, tidak ada hubungan dilaporkan dilakukan dengan kumpulan berkenaan untuk mengetahui motif mereka melakukan tindakan itu. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

H-Net* Muslihat?

2000-07-05 Terurut Topik filter



Kecurian Senjata - Muslihat MAHAFIRAUN
Kejadian besar kecurian senjata di kem tentera baru-baru ini mengundang pelbagai andaian dan spekulasi. Namun begitu terdapat peberapa keanehan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian yang perlu dipandang serius.
Kejadian ini dipercayai bukan hanya suatu insiden terpinggir, tetapi suatu 'Grand Design' pihak tertentu dengan perancangan yang khusus. Sila renungi beberapa fakta dan andaian ini.
1. Kejadian ini berlaku seakan mengambil centre-stage daripada isu penculikan Abu Sayyaf yang sudah pun mengendur dan tidak lagi menjadi perhatian. Ia seakan mengalihkan pandangan kepada isu-isu semasa yang tidak kurang besarnya. Antaranya isu kenyataan bekas pengarah BPR dan laporan polis yang dibuatnya berkenaan pembabitan MAHAFIRAUN menghalang tugas BPR daripada meneruskan siasatan kepada Ali Abul Hasan. Norian Mai membisu dan menjauhkan diri daripada pemberita untuk membuat sebarang komen. Tiba-tiba kes kecurian ini muncul dan beliau hanya menumpukan kepada isu ini, membiarkan isu MAHAFIRAUN lenyap begitu sahaja.
Juga isu mengaitkan Ketua Hakim Negara dengan Amalan Rasuah yang belum berkesudahan. Isu serangan virus Nipah yang dikesan di Sarawak yang mula merebak dengan cepatnya.
2. Kejadian kecurian ini mendapat liputan luas akhbar dengan laporan yang begitu terperinci. Di dalam zaman akhbar yang begitu dikuasai oleh kerajaan BN, berita-berita yang mengancam kredibiliti mereka dan keselamatan Negara biasanya disorok seberapa boleh. Contohnya apabila wabak Nipah melanda, maklumat-maklumat yang diterima sangat ringkas dan angka rujukan yang diberi juga jauh daripada yang sebenarnya berlaku. Seperti komen yang biasa kita dengar, "lebih besar berita, lebih besar pembohongannya".
3. Kejadian ini mengundang persoalan, "Kenapa mereka (pencuri) melakukannya?". Dilihat daripada perancangan dan modus operandinya, ia berjalan sungguh licin dan teratur, (berkemungkinan oleh orang dalam sendiri) suatu perancangan yang rapi. Tetapi selepas saja berjaya melarikan senjata, mereka menyorok di dalam dusun, membuat beberapa tembakan percubaan dan mendiamkan diri. Tiada perancangan khusus samada untuk melarikannya (senjata) ke seberang untuk penjualan senjata (kemungkinan yang tipis kerana lebih mudah mendapat senjata di seberang dari di Malaysia) atau melakukan rampasan kuasa dsb, seperti merampas stesyen radio, tv, menahan tebusan dari kalangan ahli politik dan sebagainya. Kumpulan ini hanya menahan beberapa orang kampung sebagai tebusan tanpa apa-apa demand.
4. Jika ia benar-benar berlaku diluar pengetahuan kerajaan, MAHAFIRAUN dan kunco-kunconya dah lama cabut lari atau meningkatkan kawalan mengejut di kediamannya dan kedudukan strategik seperti stesyen tv dan parlimen. Sebaliknya MAHAFIRAUN kelihatan tenang dan memberi beberapa pandangan yang provokatif seakan-akan mengaitkan kejadian dengan pihak pembangkang.
5. Statement daripada Najib dan timbalannya, seperti orang hilang punca, meneka-neka kemungkinan liar dan sangkaan-sangkaan tanpa maklumat tepat seperti "kebarangkalian motif adalah melakukan jenayah, kemungkinan sebab-sebab politik belum dapat dipastikan". (jenayah apa nak dilakukan dengan senjata sebanyak itu…..?)
6. Kedua-dua sebab 4  5 seakan cuba membayangkan "Motif mereka sebenarnya menimbulkan huru hara, rampasan kuasa oleh golongan ekstrimis pembangkang atau gerakan Islam, cuma kita masih belum ada maklumat lagi untuk mengaitkan mereka…..tunggu maklumat (lakonan) kami seterusnya".
7. Kejadian ini bersambungan dengan redanya serangan bertubi-tubi mereka kepada parti keADILan (sempena pilihanraya kecil Teluk Kemang), dan serangan terhadap PAS (ketika berlangsungnya muktamar). Ia seakan suatu wrap up untuk menyerang pembangkang dengan seluruh kekuatan dengan sentimen keselamatan negara. Mungkin operasi lalang 2 akan muncul selepas "maklumat mengaitkan kejadian kecurian dengan pemimpin pembangkang yang kecewa dan mengambil jalan mudah….."…
8. Sama seperti tuduhan bekas gabenor bank negara mengaitkan Anwar dengan akaun berkanun sebanyak 3 bilion ringgit. Berita diperbesar-besarkan, mengaitkan Anwar dengan kuasa luar yang ingin menjajah. Semua orang tergamam. Kemudiannya berita itu sepi selepas pilihanraya, tiada siasatan lanjut tentang tuduhan, siapa pemberi maklumat malah bekas gabenor yang sepatutnya menunggu perbicaraannya atas tuduhan penyalahgunaan kuasa juga dikatakan sudah melarikan diri sekeluarga ke UK.
9. Peristiwa ini lanjutan dari 2 kes penting iaitu pencolekan oleh Abu Sayyaf oleh 'pemisah Islam' dan pembunuhan setiausaha GAM (Acheh-juga 'pemisah Islam') di Kampung Pandan baru-baru ini. Ia seakan mengingat-ingatkan rakyat akan bahayanya gerakan Islam kepada keselamatan. Suatu sindiran tajam kepada PAS (pastinya ia lebih dari niat menyindir).
10. Ia juga lanjutan daripada gesaan-gesaan dari pemimpin PAS akan konsep Jihad di dalam Islam seperti terkandung di dalam khutbah tuan guru Hadi Awang di masjid Rusila (ketika muktamar berlangsung) dan jemputan 

H-Net* 'Krisis' rampasan senjata

2000-07-04 Terurut Topik filter
July 5, 2000 'Krisis' rampasan senjata Fathi Aris Omar 
Krisis menguji kebijaksanaan pemimpin negara tetapi ‘krisis' mencabar kebijaksanaan rakyat. Lakonan tentang krisis boleh disebut propaganda atau latihan perhubungan raya (PR exercise) kerajaan. 
Menteri, agensi yang terlibat dan media arus perdana tidak dapat mengelakkan diri melakonkan skrip ‘drama' daripada krisis ini. 
Ia selalunya dijalankan oleh media atau agensi berita yang selama ini dilihat sebagai hamba propaganda pemerintah. Lihat insiden awal, beberapa hari pertama, selepas apa yang dinamakan kumpulan ‘Abu Sayyaf' menculik tebusan dari Pulau Sipadan. 
Kerajaan - berniat menjalankan latihan PR itu - dengan bantuan media menunjukkan foto-foto tentang pergerakan kumpulan komando khas mengesan dan mengejar penculik Filipina itu. 
Semua akhbar menyiarkan foto yang hampir sama di halaman depan di ‘kawasan operasi' yang dianggap strategik, sulit dan bukan perlu diumumkan. Malah, foto beberapa anggota polis Cawangan Khas (SB) sedang mengawasi penginapan di pulau itu turut dipaparkan. 
Pendedahan foto ini menunjukkan aspek keselamatan atau operasi itu tidak dikawal rapi – satu kelemahan ketara pemimpin negara. Atau, foto-foto itu sengaja dibesar-besarkan untuk menunjukkan kerajaan telah berbuat sesuatu – ia menguji kebijaksanaan rakyat sama ada termakan atau tidak latihan propaganda tersebut. 
Sekali lagi, ‘drama' di Grik dan Sauk menunjukkan corak latihan PR untuk mencabar kebijaksanaan kita di seluruh negara. 
Lihat foto-foto yang disiarkan dalam akhbar secara besar-besaran. Kawasan-kawasan sekatan jalan raya, pintu masuk kem dan malah, kem yang pernah diceroboh itu boleh dirakamkan fotonya sama ada oleh akhbar atau televisyen. 
Hari ini, foto Bernama yang diterbitkan oleh The Star dan The Sun menunjukkan dua lelaki berpakaian tentera tercegat mengawasi sebatang jalan Kg Jenalik Hulu di Grik. Gaya tentera dan sudut foto ini nampak kurang meyakinkan kecuali latihan PR! 
Ada juga beberapa foto nampak ‘real'. Sudut pandang dan subjek foto hanyalah tafsiran yang masih boleh dikatakan ‘subjektif.' 
Tetapi bagaimana pula kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, yang menafikan wujudnya pertempuran antara kumpulan perampas dengan pasukan gabungan tentera-polis, dikatakan beribu-ribu orang dikerahkan mengepung di sekitar hutan simpan Bintang Hijau, dekat dengan Sauk? 
Laporan Utusan Malaysia dan The Sun mempertikaikan kenyataan Norian yang dianggap pegawai tinggi keselamatan yang profesional. Akhbar itu menyebutkan terdapat kejadian tembak-menembak sekitar jam 4 pagi dan berlarutan sehingga 11 pagi! 
Foto dua tentera yang cedera keluar dari hospital Kuala Kangsar ditunjukkan di muka depan dua akhbar berbahasa Inggeris. Kedua-duanya cedera di bahu. Norian yang mengeluarkan kenyataan tengah hari semalam tentunya berbohong, tidak cekap mengurus media atau tidak dimaklumkan. 
Atau, boleh jadi juga foto itu sekadar menunjukkan bahawa kumpulan 15 perampas berbangsa Melayu, India dan Iban – kemudiannya kelihatan berserban putih merah serta berkopiah dan juga melaung takbir Allahu Akbar – memang ganas dan harus dihapuskan? 
Jika seorang pegawai tinggi yang profesional gagal mengeluarkan atau mengemaskinikan maklumat yang tepat, apalah yang hendak diharapkan daripada kenyataan seorang ahli politik seperti Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Isnin lalu, Berita Harian melaporkan Najib sebagai berkata, "setakat ini, apa yang saya difahamkan ialah tidak ada kecuaian berlaku." Bagaimanapun, Utusan Malaysia keesokannya melaporkan Najib "mengakui wujud unsur kecuaian sehingga menyebabkan 15 lelaki berjaya menembusi kawasan keselamatan dan melarikan sebanyak 119 laras pelbagai senjata." 
Kenyataan Najib ini sebenarnya ragam biasa menteri Malaysia. Seperti juga cara Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, menangani virus Nipah dan penyakit JE. Serangan penyakit ini nampaknya berulang dalam skala yang agak besar serta pantas dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan. 
Seperti krisis lain – kerajaan selalu tengadah selepas terantuk – keselamatan kem-kem tentera tiba-tiba dipertingkatkan. Jika keselamatannya terjamin, mengapa sejumlah senjata berat dan berbahaya itu boleh dipindah keluar dengan selamat dari dua buah kem? 
Bagaimana pula menafsirkan identiti tiga orang yang ditahan di Sauk? Kebanyakan laporan menyebutkan pekebun atau pemungut durian. Hari ini, akhbar The Star menyebutkan dua orang anggota polis dan The Sun lebih berani melaporkan dua pegawai polis Cawangan menyamar sebagai pekebun untuk menembusi kumpulan 15 tersebut. Semuanya tidak disahkan oleh pihak berwajib. 
Tidak kurang keganjilannya, gelagat media arus perdana yang begitu curious, bersemangat menyiasat dan investigative. Laporan pertama pada Isnin lalu dengan segala perincian dan rajah senjata yang dirampas tidak menyebutkan sebarang sumber rasmi yang jelas. 
Menteri berkenaan hanya menyebutkan "sejumlah besar senjata." Bagaimana media Malaysia yang selalunya tidak berani 

H-Net* Laporan Palsu Utusan Malaysia : Marina Yusoff

2000-07-02 Terurut Topik filter

KENYATAAN KHAS PN MARINA YUSOFF
LAPURAN PALSU UTUSAN MALAYSIA 
27.06.2000

Saya merujuk kepada kenyataan muka depan Utusan Malaysia yang bertarikh 27 Jun 2000 yang menyatakan “Penglibatan saya dalam keADILan membuang masa. Saya tidak pernah ditemuramah atau berjumpa dengan mana-mana pemberita daripada Utusan Malaysia dan kenyataan ini berasaskan fitnah dan pembohongan. Ini sengaja diada-adakan untuk mengelirukan penyokong-penyokong keADILan dan membuat penyokong-penyokong saya marah dan benci terhadap saya. Ini bertujuan menghasut.

Saya akan ambil tindakan yang sewajarnya terhadap Utusan Malaysia dimasa yang sesuai. Sebelum pada ini Utusan Malaysia juga telah biasa mengenakan saya dengan membuat kenyataan palsu yang menyebabkan pihak polis naik marah terhadap saya dan sengaja membawa kes Mei 13 terhadap saya, yang saya masih menghadapi di Mahkamah Seksyen Butterworth yang akan diteruskan pada 18 Julai 2000. Saya berharap semua penyokong-penyokong keADILan bertenang dan jangan terpengaruh atau naik marah dengan kenyataan yang palsu ini kerana saya tetap dengan pendirian saya untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Malahan hasrat saya untuk membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim, kerana saya percaya dia teraniaya, masih dalam agenda utama saya.

Perbezaan pendapat dan cara perjuangan antara saya dengan Dr Chandra Muzaffar tidak sepatutnya dijadikan isu untuk menyebabkan pendokong-pendokong keADILan merasa kecewa dan tidak sepatutnya dijadikan asas untuk merosakkan perjuangan menegak keadilan dan kebenaran.

Saya adalah salah satu daripada orang yang mengasaskan Parti Keadilan Nasional.Saya sangat bangga bahawa satu Parti yang berjuang menegakkan keadilan untuk rakyat berkembang dengan begitu hebat dalam amsa setahun.

Saya terpaksa mengundurkan diri dari Parti Keadilan nasional keran tugas-tugas saya sudah selesai dan atas sebab kesihatan. Demi untuk keselamatan parti dan penyokong-penyokong saya, saya telah berkorban untuk mengundurkan diri daripada Parti supaya parti ini boleh teruskan perjuangan dengan lebih mantap dan akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada pilihanraya yang akan datang.

HAJJAH MARINA YUSOFF
(TANDA TANGAN BELIAU)

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

H-Net* Menarik : Pembentangan Lim Kit Siang

2000-06-30 Terurut Topik filter



DARI FORUM "KEHARMONIAN KAUM DARI KACAMATA BERNEGARA" 
BA HARUS MENJANGKAUI MANIFESTO PILIHAN RAYA "MENUJU SEBUAH MALAYSIA YANG ADIL" UNTUK MELAWAN SERANGAN BN TERHADAP ISU NEGARA ISLAM 
Apabila Mahathir berkata dalam Perhimpunan Agong MCA Sabtu lepas bahawa beliau berkeyakinan kaum bukan-Melayu akan menjadi Perdana Menteri negara ini satu hari kelak, maka terbitlah tulisan-tulisan pujian dalam media arus perdana bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa "Dr Mahathir telah menjangkaui norma dan hati jiwa orang biasa", "munculnya seorang negarawan dan bermulalah satu pendirian yang penting dalam satu masyarakat majmuk untuk menyatu-padukan rakyat demi kebaikan bersama negara pada keseluruhannya", dan bahawa ucapan beliau sejajar dengan Wawasan 2020 serta konsep Bangsa Malaysia. 
Presiden Majlis Belia Malaysia Saifuddin Abdullah berkata bahawa kenyataan Mahathir itu membayangkan keyakinannya terhadap kematangan rakyat yang meningkat dengan menerima perubahan berdasarkan amalan-amalan demokratik. 
Parti Gerakan menjadi begitu teruja sehinggakan salah seorang pemimpin tertingginya membuat cadangan supaya BN membentuk satu parti tunggal untuk menggantikan sekaligus komponen-komponen partinya. 
Bagaimanapun, media arus perdana Bahasa Malaysia serta para pemimpin UMNO pula menggambarkan isyarat yang bertentangan, yang menekankan bahawa kenyataan Mahathir itu merupakan sebahagian dari tradisi politik ketakutan dan memeras ugut untuk cuba memulihkan sokongan Melayu. 
Mahathir Menafi Wawasan 2020 Dan Konsep Bangsa Malaysia 
Naib Presiden UMNO yang baru dipilih, Tan Sri Muhammad Taib berkata bahawa ucapan Mahathir merupakan satu amaran supaya kaum Melayu kembali bersatu padu di bawah naungan UMNO. 
Percakapan Muhamad Taib ini akhirnya dibuktikan betul, kerana dalam ucapannya di depan 500 rakyat Malaysia yang sedang belajar di Kaherah beberapa hari kemudian, Mahathir mengesahkan bahawa kenyataannya di Perhimpunan Agong MCA itu telah direka khas untuk merangsangkan rasa tidak selamat kaum Melayu supaya kembali ke bawah naungan UMNO. 
Semasa berada di Kaherah, Mahathir memberi amaran bahawa kaum Melayu akan kehilangan ‘ketuanan’ mereka dan bukan-Melayu akan menjadi Perdana Menteri Malaysia di masa depan sekiranya mereka gagal dalam usaha terus menjadi kaum terkuat. 
Kata beliau: 
"Ketuanan Melayu hanya dapat dikekalkan sekiranya Melayu sanggup menjadi kaum terkuat dalam berbagai bidang, dari segi pendidikan, penguasaan ilmu, teknologi dan perniagaan. 
"Apa maknanya ketuanan jika kita menjadi pengemis di negara sendiri. Ketuanan mestilah datang dari kekuatan Melayu sendiri." 
Semasa mengulas tentang kenyataannya di dalam Perhimpunan Agong MCA bahawa kaum bukan-Melayu akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, beliau berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak membataskan jawatan Perdana Menteri kepada mana-mana kaum. 
Kata beliau, seorang bukan-Melayu hanya akan menjadi Perdana Menteri sekiranya orang itu diterima oleh kaum-kaum lain, termasuk kaum Melayu sendiri. 
Kata beliau: 
"Kalau sampai satu masa orang Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, kita tidak boleh menghalangnya sebab ia pilihan orang Melayu sendiri. 
"Tetapi kalau orang Melayu menjadi terlalu lemah, miskin, pengemis, meminta sedekah kepada orang lain, dan mereka dibeli dengan duit supaya menyokong bukan Melayu, pada ketika itu mungkinlah orang bukan Melayu akan memegang jawatan. 
"Masa itu, Melayu akan jadi hamba dan bukan tuan dalam negaranya sendiri." 
Dr Mahathir berkata bahawa semasa beliau berucap mengenai perkara ini, ia adalah berdasarkan realiti dan bukannya emosional atau sekadar sentimen sahaja seperti orang lain. 
Katanya: 
"Apa maknanya ketuanan jika sekadar mencuci kasut orang." 
Ini merupakan ucapan paling mengejutkan oleh Mahathir yang menghina kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu. 
Sungguhpun Perlembagaan Malaysia tidak membataskan jawatan Perdana Menteri kepada mana-mana kaum atau agama, saya rasa kemungkinan ujudnya seorang Perdana Menteri bukan Melayu tidak akan berlaku sepanjang hayat saya ini. 
Sementara menerima realiti politik ini, kaum bukan Melayu merasa sungguh kecewa dan tersinggung kerana perbincangan hypotetika mengenai kemungkinan ujudnya seorang Perdana Menteri bukan Melayu ini telah diperletakkan dalam konteks kaum bukan Melayu ‘menyogok’ kaum Melayu, dan ini telah menfitnah mereka yang tidak terus menyokong UMNO dan BN, samada kaum Melayu maupun bukan Melayu, sebagai tidak berintegriti, tidak jujur dan tidak bermaruah. 
Di samping itu, adalah sungguh tidak wajar bagi Mahathir membayangkan bahawa sekiranya kaum Melayu berhenti dari menyokong UMNO, maka itu akan bermakna mereka boleh ‘dibeli’ dan ‘kaum sendiri pun boleh dijualkan’, dan bahawa mereka ‘akan menjadi hamba dalam negara sendiri’, ‘mencuci kasut orang’. Semua ini merupakan sindiran serius dan direka untuk menuduh bahawa kaum bukan-Melayu akan menjadi ‘tuan hamba’ dan kasut mereka akan ‘dibersihkan’ oleh kaum Melayu. 
Menerusi 

H-Net* Penghataran Memorandum Isu Salahguna Kuasa PM kepada Ketua Polis Negara

2000-06-29 Terurut Topik filter
Penghantaran Memorandum Isu Salahguna Kuasa oleh PM kepada Ketua PolisNegara Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar satu Memorandum Isu Salahguna Kuasa oleh PM kepada Ketua Polis Negara pada tarikh berikut: 
Tarikh : 1 Julai 2000 Hari : Sabtu Masa : 10.00 pg Tempat : Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Rombongan DPP Pusat akan diketuai oleh Sdr. Salahuddin Ayub Diminta kepada ahli-ahli pemuda terutamanya daripada Selangor dan Wilayah untuk turun mengiringi rombongan pemuda Pusat. Semua Penyokong dijemput menghadirinya.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Bekas Adun Umno gagal hadir sidang Dun

2000-06-27 Terurut Topik filter
Bekas Adun Umno gagal hadir sidang Dun
TUMPAT,27 Jun (hrkh) - Pemimpin-pemimpin Umno dinasihatkan lebih berhati-hati membuat ulasan terhadap Anggota Parlimen Sik, yang menghadapi masalah kesihatan kerana wakil rakyat parti itu di Ketereh penggal lalu tidak pernah hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan kecuali semasa majlis angkat sumpah disebabkan sakit. 
Setiap kali persidangan Dun berlangsung, bekas wakil rakyat Ketereh, Ariffin Mahmood memohon mendapat pelepasan untuk tidak menghadiri persidangan kerana masalah kesihatan. 
Malah setiap persidangan Dun berlangsung pada penggal lalu, Speaker Wan Abdul Rahim Wan Abdullah terpaksa membaca surat dari bekas wakil rakyat berkenaan, yang memohon untuk bercuti. 
Adun Kelaboran, Nordin Yaakub berkata, kejadian yang pernah berlaku ke atas bekas wakil rakyat Umno di Kelantan itu sepatutnya menjadi ingatan kepada Umno.
Katanya, parti itu tidak boleh mempersalahkan Prof Emiritus Dato' Shahnon Ahmad yang kini menghadapi masalah kesihatan untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya. 
"Sasterawan Negara itu masih lagi berupaya melaksanakan tugasnya melalui wakil-wakil yang dilantik biarpun dia tidak dapat turun ke Sik sekerap mungkin," katanya di sini.
Menurutnya, Dato' Shahnon sebelum ini kelihatan acap kali menghadiri sidang parlimen bagi melaksanakan tugasnya.
"Namun apa yang berlaku ke atas bekas wakil rakyat Ketereh amat malang sekali kerana sepanjang pengetahuan saya dia tidak pernah menghadiri persidangan Dun kecuali pada majlis angkat sumpah selepas memenangi kawasan itu pada pilihan raya umum 1995," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain dilaporkan berkata, keputusan Shahnon untuk tidak melepas jawatan sebagai anggota Parlimen Sik kononnya merugikan penduduk di kawasan Parlimen itu. 
Shahnon sebelum itu, membuat keputusan tidak akan melepaskan jawatan sebagai anggota Parlimen Sik biarpun menghadapi masalah kesihatan setelah menimbang rayuan pengundinya untuk mengekalkan kerusi tersebut.
Nordin berkata, biarpun bekas Adun Ketereh tidak pernah hadir pada setiap kali persidangan Dun, dia tidak pernah diminta oleh PAS untuk meletak jawatan sebagai Adun kawasan tersebut. 
Beliau juga menyokong penuh hujah Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang memberi pandangan tiada sebab Shahnon meletak jawatan disebabkan masalah kesihatan, memandangkan bekas Adun Ketereh turut menghadapi masalah serupa, namun tidak pernah diminta melepaskan jawatannya. 
Comments ? E-mail UsCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Pertikai Jais : Umno sekat syiar Islam - MB

2000-06-27 Terurut Topik filter
Pertikai Jais: Umno sekat syiar Islam - MB
KOTA BHARU, 27 Jun (hrkh) - Tindakan Timbalan Perdana Menteri mempertingkaikan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap orang Islam yang berada di premis menjual arak sebagai mencerminkan Umno sebenarnya parti sekular.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan dilakukan pemimpin terbabit adalah menjelaskan keadaan sebenar yang diingini Umno.
"Umno tidak meletakkan Islam sebagai dasar. Apa yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri itu adalah jelas begitu dasar Umno. Jadi dasar Umno adalah sekular," katanya ketika ditemui di pejabatnya. 
Ahad lalu, akhbar tempatan melaporkan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Jais menangkap orang Islam yang berada di premis menjual minuman keras, sebagai tidak tepat. 
Menurut Timbalan Presiden Umno itu, 'Kita tidak tahu apakah jenis penghinaan yang dimaksudkan oleh Jais, tetapi jika kehadiran seseorang itu di tempat yang menghidangkan makanan atau minuman yang diharamkan, ia tidak boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap".
Pada 11 Jun lalu, Jais menahan 25 orang Islam yang berada di Restoran The Ship, Damansara Utama dan 15 daripada mereka dikehendaki hadir ke mahkamah pada 13 September depan atas tuduhan menghina Islam kerana mereka berada di premis menyediakan minuman keras. 
Menteri Besar berkata, sebelum ini Umno kononnya mengagung-agungkan syiar Islam dan dalam masa yang sama membenarkan orang Islam berada di premis menjual arak.
Tindakan Timbalan Presiden itu mencerminkan sebenarnya dasar Umno yang tidak mahu syiar Islam dan tidak menjadikan Islam sebagai dasar bagi parti tersebut. Beberapa tahun lalu, Jais pernah ditegur oleh pemimpin Umno termasuk presidennya apabila menahan gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik. 
Ekoran itu, bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meletak jawatan kerana mempertahankan tindakan pegawai Jais. "Kita di Kelantan tidak benar sama sekali orang Islam pergi ke restoran orang Cina yang tidak menjual makanan halal untuk orang Islam. 
"Ini menggambarkan yang benar-benar mengembangkan syiar Islam ialah di Kelantan. Syariat kita tegak, syiar pun kita laksanakan," tambahnya.
Menurutnya, di negeri yang diterajui Umno, syiar pun tidak mahu disebarkan dan jauh sekali untuk menegakkan syariat Islam. "Bila Jais tangkap orang Islam yang berada di premis bukan Islam, ini bermakna ada syiar Islam, namun apa yang dimahukan pemimpin Umno, syiar Islam hendak disekat," katanya. 
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan masalah orang Islam dengan arak sudah jelas lagi nyata di mana hadis Nabi Muhamad yang diriwayatkan Tarmizi menyebut, "Rasulullah Saw melaknatkan 10 golongan manusia yang terlibat dengan arak iaitu, pemerah anggur menjadi arak, bekerja ladang anggur, tuan ladang, pembawa, peminum, penghidang, pengangkutan (dari kilang ke kedai), penjual, pemakan hasil jualan, pembeli atau penyuruh belinya. 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, berdasarkan hadis di atas adalah jelas sekali, Allah melaknat orang yang terbabit dengan arak. 
Oleh itu, beliau mempertahankan tindakan Jais sebagai betul apabila menahan orang yang berada di premis menjual arak milik bukan Islam.
Beliau juga memberi contoh mudah iaitu polis akan menangkap semua orang yang berada di tempat perjudian sama orang berkenaan berjudi atau tidak. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Battle for Islam

2000-06-27 Terurut Topik filter
Battle for IslamUMNO and Pas are locked in a struggle for the Malay soul. The outcome may irrevocably change Malaysian societyBy SANGWON SUH and SANTHA OORJITHAM Kuala Trengganu For a party often considered a collection of fuddy-duddy old men in skullcaps, its muktamar (general assembly) this year was a surprisingly stylish affair. Held in Kuala Trengganu from June 1 to 4, the assembly for the opposition Parti Islam SeMalaysia (Pas) saw delegates housed in five-star hotels and carrying upmarket Bonia-brand bags, instead of the usual Manila paper envelopes. The opening speech by party president Fadzil Mohamed Noor also marked a departure from convention. In talking about globalization and information tech!
nology, he sounded more like the CEO of a multinational company than the leader of a conservative Islamic party whose ultimate goal is to establish a theocratic state governed by shariah laws."The marriage of the telecommunication and satellite technology with the all-empowering computers has wired the world into a global village where no nation is able to remain outside its realm and reach," he declared. "Pas shall continue to assess and address the impact of globalization, in so far as it affects the development of a better Malaysia and a better world." Notes a Western diplomat: "He was taking a world view instead of focusing on Pas and the Malays. He was speaking as president of a party which may rule one day."Pas, leading a government in Malaysia? Such a scenario may seem a touch fanciful in a country that has effectively been led by one party -- the United Malays National Organization (UMNO) -- for over four decades. But the notion is not as laughable as i!
t might have been a few years ago. The Nov. 29 general elections proved to be a watershed moment for Pas. While the UMNO-led Barisan Nasional coalition easily clinched a three-quarter majority in Parliament, Pas not only held on to Kelantan, until then the only state in opposition hands, but also added neighboring Trengganu to its belt. It displaced the Chinese-dominated Democratic Action Party (DAP), a fellow member of the Barisan Alternatif (Alternative Front) alliance, as the leading opposition party. Perhaps most significantly, it succeeded in winning over a large segment of Malay voters, more than half of whom turned to the opposition, partly in protest against the government treatment of ousted deputy prime minister Anwar Ibrahim.Malays are the country's predominant ethnic group, accounting for about 55% of the population. Together with other indigenous groups, they are called bumiputras ("sons of the soil") and have been afforded special economic and educational!
 benefits. They have long been considered the bedrock upon which UMNO stands, but now the party's monopolistic grip on this key constituency is being challenged by Pas. Thus, a heated political battle is raging in Malaysia's Muslim heartland -- in the northern Malay belt states of Trengganu, Kelantan, Kedah and Perlis.



The Islamization Of Malaysia 

Pas views UMNO as a waning party that has sold out to materialism and Western values; UMNO accuses Pas of deviationist teachings. The battle lines have been drawn and the fight is on to determine who is the true defender of the faith. A sampling of "Islamic" measures by Pas (in Trengganu) and UNMO since the Nov. 29 general elections: 

Pas 
UMNO 

Proposal that all Muslim women at work wear veils Proposed ban on unisex hair salons Ban on karaoke Non-renewal of liquor licenses Closure of betting shops Interest-free loans for computers and cars for state employees Proposal for separate counters for men and women in supermarkets and shopping complexes Plans to introduce the hudud penal code 
Creation of the National Islamic Action Council and the Malaysian Islamic Welfare Council to coordinate Islamic activities Compulsory religious classes for government workers from July Introduction of new shariah laws in Johor state, covering such offenses as sodomy, prostitution, premarital sex and lesbianism. Selangor, Kedah and Kuala Lumpur likely to follow suit Only state governments to be allowed to appoint mosque committees Given that Islam is inextricably intertwined with the Malay identity (according to the Constitution, a Malay is by definition a Muslim), the clearest manifestation of the contest can be seen in the way UMNO and Pas are both vying to become the standard-bearer for the faith. To be sure, this is nothing new: Over the years, UMNO has tried to underline its!
 religious credentials by introducing Islam-based banking, insurance, tertiary education and legislation. But it is clear that Pas's recent electoral success has given added urgency and impetus to the struggle for the Malays' Islamic soul.Leading the fight on the Pas side are three figures: president Fadzil Noor, deputy president and Trengganu chief minister Abdul Hadi Awang, and spiritual adviser and Kelantan chief minister Nik Abdul Aziz Nik Mat. Fadzil is seen as 

H-Net* Tebusan yang kami bebaskan itu mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Islam

2000-06-26 Terurut Topik filter
Syarat bebas tebusan -- 8 rakyat kita ditukar dengan seorang lelaki tua di Penjara Kota Kinabalu
JOLO 26 Jun - Kumpulan Abu Sayyaf hari ini bersedia membuat pertukaran melibatkan lapan orang tebusan Malaysia yang masih ditahan dengan seorang lelaki tua Filipina, dipercayai anggota kumpulan itu yang kini berada di Penjara Kota Kinabalu. 
Pemimpin kumpulan tersebut, Galib Andang membuat tawaran itu dalam rakaman mesej yang diberikan oleh doktor-doktor Malaysia semasa melawat kem para tebusan itu hari ini. 
Beliau berkata, banduan warga Filipina itu dikenali sebagai Mohamad Aklan, berusia 85 tahun. 
Utusan melalui sumbernya hari ini diberitahu, banduan itu yang turut diburu oleh kerajaan Filipina, dipenjara atas kesalahan memiliki senjata api. 
Seorang penterjemah tempatan berkata, mesej di dalam bahasa Tausug itu menawarkan pertukaran tawanan. 
''Sebagai balasan, kami meminta kerajaan Filipina dan Malaysia untuk membebaskan seorang rakyat Filipina yang dipenjarakan di Malaysia,'' kata Galib atau juga dikenali sebagai Komander Robot dipetik oleh agensi berita AFP. 
Sabtu lalu, kumpulan Abu Sayyaf membebaskan seorang tebusan Malaysia, Zulkarnain Hashim tanpa sebarang syarat. 
Andang berkata, Zulkarnain dibebaskan kerana dia beragama Islam dan bukan ekoran pembayaran sebarang wang tebusan. 
Zulkarnain diterbangkan ke Malaysia tengah hari ini. 
''Tebusan yang kami bebaskan itu mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Islam. Jadi demi nama Allah dan nama Malaysia, kami bebaskan dia. Adalah tidak benar bahawa kerajaan Filipina membayar wang tebusan kepada kami,'' kata Galib. 
Terdahulu, kumpulan Abu Sayyaf itu menuntut wang tebusan 21 juta dolar dan konsesi politik sebagai pertukaran untuk pembebasan kesemua tebusan mereka. 
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan mengulas mengenai tuntutan terbaru itu sehingga memperoleh kenyataan hitam putih mengenainya. 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri ketika dihubungi petang ini memberitahu ''saya enggan mengulas hanya berdasarkan kenyataan akhbar.''COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* PAS, JIM sokong JAIS

2000-06-26 Terurut Topik filter
June 26, 2000 PAS, JIM sokong JAIS 'Ein Azmi 
8:30pm, ISN: Dua pertubuhan Islam menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menangkap 25 orang Islam yang berada di premis menjual minuman keras di Damansara pada 10 Jun lalu. 
Mereka berpendapat tindakan badan agama itu tidak harus melibatkan unsur politik supaya ia dapat diselesaikan dengan baik.
Yang Dipertua Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zahir Hassan, berkata tindakan JAIS itu sangat wajar dan masyarakat seharusnya dapat dibimbing ke arah perkara yang benar tanpa dipengaruhi oleh pihak tertentu.
"Kalau tindakan (menangkap) itu jelas, tidak ada salahnya mereka ditangkap," kata Zahir kepada malaysiakini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Kajang, Dr Shafie Abu Bakar berkata JAIS mengambil tindakan itu setelah meneliti undang-undang dan memahami penguatkuasaan.
"Laporan akhbar agak kabur dan saya tidak mahu kata-kata saya dimanipulasikan," jelas Dr. Shafie lagi. 
Tambahnya, masyarakat akan menghormati JAIS jika tindakan seumpama itu dijalankan secara berterusan dan menyeluruh terhadap semua pusat hiburan negeri itu.
Malaysiakini gagal mendapatkan penjelasan daripada pegawai tinggi JAIS yang difahamkan sedang mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut.
Zahir menambah beliau berasa kesal terhadap kenyataan pemimpin negara yang beragama Islam di negara ini yang mempersoalkan tindakan JAIS.
"Usaha JAIS itu sudah tentu untuk menghalang umat Islam menghampiri kegiatan meminum arak," pertahannya lagi, sambil menyebutkan gejala maksiat itu yang semakin menular itu.
Aktivis muda JIM itu juga membidas pandangan yang mempertahankan minuman keras sesuai dihidangkan sebagai amalan biasa di peringkat antarabangsa. 
"Kalau bercakap mengikut world standard (amalan biasa antarabangsa), mengapa kapal terbang Emiriyah Arab Bersatu tidak menghidangkan arak sedangkan pusat penerbangan itu merupakan nombor satu di dunia tetapi kapal terbang (Malaysia) MAS menghidangkan arak," hujah Zahir lagi. 
Beliau mencadangkan supaya Malaysia mempunyai piawaiannya sendiri supaya masyarakat antarabangsa menghormati nilai-nilai Islam. 
Semalam akhbar Berita Minggu melaporkan mereka yang ditahan telah dibawa ke balai polis Damansara untuk disoal siasat atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras. Seramai 15 daripada mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah pada 13 September depan atas tuduhan menghina Islam kerana mereka berada di dalam premis yang menyediakan minuman keras. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Allah haramkan hadir majlis maksiat

2000-06-26 Terurut Topik filter
Tafsir Al-QuranOleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Pesanan Webmaster: Renungilah dan ambil pengiktibaran darinya
Tafsir Surah an-Nisa' ayat 140Golongan munafiq mengharapkan kemuliaan daripada orang kafir bukannya kemuliaan daripada Allah kerana mereka merasakan jika tidak mengikut cara yang diajar oleh orang kafir, orang Islam tidak akan maju.
Memang pada zahirnya kita melihat kemajuan kebendaan diperolehi oleh orang kafir sedang pertolongan Allah kepada umat Islam (walaupun tidak mempunyai kemajuan kebendaan melebihi orang kafir) kita tidak dapat melihatnya. Jika kita balik kepada Allah akan datang pertolongan itu.
Seterusnya Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (Perintah-Nya) di dalam Kitab (al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafiq), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu lakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafiq dan orang kafir di dalam neraka jahanam. (Surah an-Nisa': 140)
Mereka mempersenda-sendakan orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah. Mereka tidak percaya dan mempersenda-sendakan ayat Allah tetapi dalam masa yang sama mengaku sebagai orang Islam. Contohnya apabila mencuri, hukumannya ialah dipotong tangannya, ada orang mengatakan hukuman itu tidak boleh dilaksanakan.
Contohnya lagi, Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli, orang berkenaan berkata jika amalan riba (sistem konvensional) tidak dilaksanakan, orang Islam tidak maju. Kalau membuat pelaburan tanpa riba orang Islam tidak akan mendapat keuntungan. Mesti berkait dengan riba juga seolah-olah ia menjadi nyawa ekonomi. Kononnya tanpa riba' tidak hidup ekonomi negara. Ini apa yang ada dalam kepala orang munafiq.
Bila dibaca ayat-ayat Allah, dia tidak percaya. Bahkan dipersenda-sendakan ayat Allah itu. Oleh itu jangan kamu duduk bersama dengan mereka sehinggalah mereka bercakap dalam percakapan yang lain. Sesungguhnya kalau begitulah keadaannya kamu bersama dengan mereka.
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah mengharamkan kita menghadirkan diri dalam majlis maksiat dan mempersenda-sendakan Islam kecuali untuk berhujah dengan mereka, tindakan ini diberi pahala yang besar oleh Allah SWT.
Bagaimanapun jika pergi hanya sekadar mahu dengar sahaja atau untuk berjamu selera bersama mereka sedang dia tidak menentang kemungkaran yang berlaku, maka tidak perlulah dia menghadirkan diri dalam majlis berkenaan.
Termasuk dalam makna ayat ini ialah apa sahaja majlis maksiat, kufur dan munafiq. Jangan duduk di majlis itu, jika kamu duduk sekali maka kamu bersama dengan mereka dan mendapat saham maksiat sama dengan mereka kerana majlis seumpama itu adalah majlis yang dilaknat oleh Allah SWT kecuali kita mahu mencegah kemungkaran, itu lainlah masalahnya.
Kalau tidak berani mencegah dengan tangan, maka dengan lidah dan jika tidak berupaya berbuat demikian atau hanya sekadar benci dalam hati, tidak usahlah kita menyibuk menghadiri majlis seumpama itu. Golongan munafiq mempermain-mainkan ayat Allah secara bermusim seperti perlawanan bola sepak juga ada musimnya. Mereka bercakap Islam dalam satu masa dan mempersenda-sendakan Islam di masa yang lain.
Allah mengumpulkan munafiq dan golongan kafir di dalam neraka jahanam. Allah Ta'ala kumpulkan mereka dalam satu bakul (tempat). Oleh itu jangan kita berkumpul dalam bakulnya. Kalau duduk dalam bakul mereka, kita akan diarahkan turut mengangkat bakul itu.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Gus Dur selesai disiasat polis, Mahathir bila lagi?

2000-06-26 Terurut Topik filter




Gus Dur selesai disiasat polis, Mahathir bila lagi? 







Sumber :Laman tMK 
Laporan AP dari Jakarta menyebut polis telah selesai menyiasat Presiden Abdurrahman Wahid berhubung skandal menggelapkan wang pencen dan simpanan yang dijaga oleh Badan Pengurusan Logistik (BULOG). Polis telah mengesahkan bahawa Gus Dur tidak terlibat secara langsung dalam jenayah tersebut. Inilah kali pertama di dalam sejarah Indonesia, seorang Presiden yang sedang berkhidmat menghadapi siasatan polis berhubung satu kes jenayah. 
Hal ini merupakan satu contoh baik yang dilakukan oleh seorang Ketua Negara. Gus Dur tidak dapat melihat dengan jelas. Tetapi dia melihat dengan mata hatinya. Ekonomi Indonesia musnah sehingga terpaksa meminta bantuan dari IMF dan Bank Dunia. Semuanya berpunca kerana perbuatan rasuah oleh Suharto dan kroni-kroninya. Jadi Gus Dur menunjukkan contoh bagaimana amalan rasuah itu patut dibanteras. Caranya ialah pemimpin tertinggi sesebuah negara itu wajar bersikap telus dan amanah. Dengan memberi kerjasama kepada Polis Indonesia untuk menyiasatnya, maka Gus Dur telah menunjukkan contoh kepimpinan melalui teladan. 
Slogan "Kepimpinan melalui teladan" merupakan satu slogan yang popular pada satu waktu dulu di awal pentadbiran Mahathir selaku Perdana Menteri. Mahathir Mohamad bukan Ketua Negara Malaysia. Beliau hanya Ketua Kerajaan. Ketua Negara ialah Yang di-Petuan Agong. Sedang Gus Dur adalah Ketua Negara. Dari segi protokol, dan Malaysia sangat kuat mengamalkan protokol, Gus Dur lebih tinggi darjat protokolnya berbandingan Mahathir. Jika Gus Dur sanggup disiasat polis Indonesia, jadi bila pula Polis Malaysia boleh siasat Mahathir? Banyak laporan polis secara rasmi telah dibuat terhadap Mahathir. 
Pendedahan bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Shafie Yahya di mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim menunjukkan salahguna kuasa oleh Mahathir. Perdana Menteri telah menyekat BPR bertindak ke atas Tan Sri Ali Abul Hassan, Ketua Pengarah EPU ketika itu. Pendedahan ini telah mencetuskan reaksi marah rakyat kepada Perdana Menteri. Lebih tiga ratus orang terdiri daripada para pemimpin Barisan Alternatif dari PRM, keADILan, PAS dan NGO serta para penyokong telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada hari Ahad 25 Jun. Mereka mendesak supaya Mahathir disiasat. 
Kenyataan Datuk Shafie Yahya itu bukan fitnah. Dia bercakap benar dengan sumpah seorang saksi di mahkamah. Dia tidak seperti bekas Pengarah Cawangan Khas Polis, Mohd Said Awang yang sanggup berbohong di mahkamah. Sebagai bekas Ketua Pengarah BPR, Shafie Yahya mempunyai tanggungjawab moral, legal dan juga agama untuk bercakap apa yang benar, tidak lain, melainkan benar belaka. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang terpenjara dan dibicara juga telah membuat laporan polis sejurus selepas pendedahan Shafie Yahya itu. Sekarang pihak Polis mesti berbuat sesuatu tentang laporan demi laporan terhadap salahguna kuasa Mahathir melindungi perasuah-perasuah negara. Senarainya semakin panjang. Bermula dari Rafidah Aziz, kemudian Daim Zainuddin, kemudian Rahim Thamby Chik, dan kini Ali Abul Hassan Sulaiman. 
Jelas kesalahan yang Mahathir lakukan itu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah. Mahathir kini berdepan dengan Akta yang sama yang dia gunakan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim secara tidak adil. Kini Akta itu sedang mengejar Mahathir. Sementara itu, syabas kepada Datuk Shafie Yahya. Malaysia tidak kekurangan tokoh-tokoh Perkhidmatan Awam yang berani tampil ke depan untuk menegakkan kebenaran dan menentang rasuah yang dilakukan para pemimpin kerajaan. Pada tahun 80-an dulu telah muncul Tan Sri Ahmad Nordin, Ketua Audit Negara yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Siasatan skandal BMF. Ahmad Nordin dengan beraninya telah mendedahkan segala kepincangan dan rasuah yang berlaku di dalam kerajaan pimpinan Mahathir. 
Diharapkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh seperti ini muncul ke depan untuk mendedahkan hal yang sebenarnya telah berlaku sepanjang Mahathir berkuasa selama hampir dua puluh tahun ini. Akta Rahsia Rasmi (OSA) memang telah ada sejak lama dulu. Tetapi apabila Mahathir berkuasa, dia telah meminda OSA itu menjadi lebih ketat dan dikenakan hukuman penjara mandatori bagi sesiapa yang sabit kesalahannya. Sekarang jelas apa tujuan Mahathir meminda OSA itu. OSA telah digunakan oleh Mahathir untuk menutup segala penyelwengan di dalam kerajaan. 
Misalnya adakah kita tahu hal sebenar cerita di sebalik Petronas mengeluarkan wang hampir RM 1.8 bilion untuk menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad, syarikat milik Mirzan Mahathir? Adakah informasi yang telus tentang pembinaan Putrajaya dengan melibatkan wang Petronas? Begitu juga bagaimana syarikat Perwaja boleh rugi dan berhutang hampir RM 10 bilion? Semua maklumat tentang rasuah dan penyelwengan ini dikunci rapat oleh OSA. 
Jadi, jika bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya sanggup mengambil risiko bercakap yang benar di mahkamah dan mendedahkan satu kesalahan Mahathir yang bersifat 

H-Net* Jahat! Busuk Hati! Putar Belit!

2000-06-25 Terurut Topik filter
Dari Utusan Malaysia
Terengganu dapat RM810j -- Pusat akan bayar royalti minyak walaupun tidak perlu berbuat demikian
KUALA LUMPUR 25 Jun - Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Pas akan menerima royalti minyak sebanyak RM810 juta daripada Kerajaan Pusat tahun ini walau pun kajian terperinci menunjukkan ia tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya. 
Jumlah ini adalah 75 peratus lebih tinggi daripada apa yang diberikan semasa negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional. 
Tahun lepas, kerajaan Terengganu dibayar RM426 juta. 
Kenaikan tersebut adalah ekoran peningkatan harga minyak di pasaran antarabangsa yang kini berada pada tahap AS$30 hingga AS$32 setong. 
Utusan difahamkan, pembayaran akan dibuat sebelum November tahun ini. 
Keputusan ini menamatkan desas-desus kononnya Kerajaan Pusat akan menghentikan pembayaran royalti itu ekoran kejatuhan Terengganu kepada Pas pada pilihan raya umum lalu. 
Menurut sumber, royalti itu sebenarnya tidak payah diberikan jika Kerajaan Pusat memilih untuk berbuat demikian. Bagaimanapun Kerajaan Pusat memilih untuk tidak menghukum penduduk negeri Terengganu yang rata-rata masih perlu dibantu. 
Sumber itu menambah, keputusan tersebut dibuat setelah Kerajaan Pusat mengambil kira aspek pembangunan dan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. 
''Ini satu bukti serta jaminan bahawa Kerajaan Pusat sama sekali tidak menganaktirikan penduduk Terengganu,'' kata sumber itu. 
Bagaimanapun tambah sumber itu, Kerajaan Pusat dijangka mengeluarkan garis panduan bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan dan bagi menjamin ketelusan dalam perbelanjaan wang royalti itu yang lebih merupakan 'pemberian ihsan.' 
Langkah tersebut bertujuan memastikan wang yang begitu banyak tidak disalurkan untuk tujuan atau aktiviti politik. 
''Semasa Terengganu di bawah Barisan Nasional, kita menerima laporan terperinci. Lihatlah pembangunan infrastruktur di negeri itu sekarang,'' kata sumber berkenaan. 
Bagi menjamin ketelusan, kerajaan Pas Terengganu akan diminta menyerahkan akaun royalti itu kepada Ketua Audit Negara dan juga kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam untuk penelitian. 
Kerajaan Pusat, kata sumber itu, berharap langkah pengawasan itu tidak akan dilihat sebagai mempunyai motif politik. 
''Sebenarnya kerajaan akan meminta Ketua Audit Negara meningkatkan pemeriksaan ke atas akaun semua kerajaan negeri ke arah pengurusan kewangan berhemat dan telus,'' katanya. 
Utusan difahamkan, Kerajaan Pusat telah mengkaji soal 'keselamatan' wang tersebut dengan mendalam bagi memastikan 
keseluruhan pemberian ihsan itu dibelanjakan untuk faedah dan kesejahteraan rakyat. 
''Sekiranya berlaku penyelewengan, Kerajaan Pusat akan menarik balik royalti tersebut. Cara paling berkesan menyalurkan wang tersebut untuk faedah rakyat Terengganu akan ditentukan kemudian,'' kata sumber itu lagi. 
Sumber tersebut menjelaskan bahawa mengikut sejarah, pembayaran royalti kepada negeri Terengganu bermula apabila berkuatkuasanya Akta Penggalian Petruliam 1974 yang memberi hak milik dan kuasa penuh kepada Petronas untuk kegiatan cari gali, keluaran dan perolehan petroleum di kawasan persisiran dan perairan Malaysia. 
Dalam perbincangan seterusnya, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri bersetuju bahawa kadar royalti sebanyak lima peratus akan diberikan sebagai pampasan oleh Petronas kepada Kerajaan Pusat dan kadar yang sama kepada kerajaan negeri. 
Persetujuan ini merupakan ihsan dari Kerajaan Pusat kerana di bawah Kanun Tanah (Bab 138) yang berkuat kuasa pada Januari 1928 untuk seluruh Semenanjung Malaysia, tanah kepunyaan negeri ditakrifkan sebagai semua tanah dalam negeri termasuk persisiran pantai dan dasar laut dalam kawasan perairannya the foreshore and bed of the sea within the territorial waters of the state. 
Mengikut undang-undang antarabangsa, kawasan perairan negeri territorial waters meliputi kawasan yang terletak dalam lingkungan tiga batu nautika dari tanda air surut low water mark. 
Berdasarkan definisi tersebut, kerajaan Terengganu tidak mempunyai sebarang hak ke atas royalti kerana petroleum yang diperoleh selama ini adalah dari kawasan 100km atau lebih dari kawasan perairan negeri. Kawasan ini ditakrifkan sebagai Continental Shelf yang tidak termasuk dalam kawasan hak milik negeri. 
''Namun demikian, Perdana Menteri kedua kita, Allahyarham Tun Abdul Razak telah bersetuju agar Petronas membayar royalti kepada negeri Terengganu atas asas ihsan kerana Terengganu merupakan negeri yang paling miskin pada masa itu. 
''Hakikatnya ialah royalti atau pemberian ehsan ini bukan hak mutlak kerajaan negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat boleh menarik balik bayaran berkenaan pada bila-bila masa jika disalahgunakan,'' katanya. 
Sumber itu berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan Pas tidak mencuba untuk mengelirukan rakyat dengan menubuhkan 'tabung-tabung.' 
''Pengalaman dengan Pas menunjukkan tabung-tabung itu akan menyalurkan wang kepada parti politik. Kerajaan pusat sangat-sangat mengharapkan yang Pas tidak akan menipu rakyat,'' 

H-Net* Bekas pegawai tinggi BPR buat laporan polis rasuah PM

2000-06-23 Terurut Topik filter
June 23, 2000 Bekas pegawai tinggi BPR buat laporan polis rasuah PMFathi Aris Omar
8pm, JUM: Dakwaan salah guna kuasa dan menghalang siasatan rasuah terhadap Perdana Menteri, Datuk Dr Mahathir Mohamad akan dilaporkan kepada polis hari Ahad ini. Laporan itu akan dibuat oleh bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafie Yahya, sebagai susulan kenyataannya di mahkamah 12 Jun lalu. 
Keterangannya itu tidak dicabar oleh pihak pendakwa. 
Menurut Shafie, beliau dipanggil dan dimarahi Dr Mahathir di pejabatnya pada Jun 1998 kerana menggeledah pejabat Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (foto) dan menemui wang tunai sejumlah RM100,000. 
Tambahnya, wang itu ditemui di dalam laci di dalam bilik Abul Hassan dan diragui sumber perolehannya. 
Perdana Menteri juga mengarahkan beliau menghentikan siasatan tersebut serta-merta, kata Shafie di mahkamah ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan kes kedua bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Shafie dijangkakan membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, bersebelahan kompleks membeli-belah Campbell, pada jam 2:30 petang hujung minggu ini. 
Menurut seorang aktivis Pemuda Parti KeADILan Nasional, Lokman Noor Adam, bekas pegawai tinggi BPR itu akan diiringi oleh beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis reformasi. Orang ramai juga diminta memberikan sokongan moral. 
Mesyuarat agung parti itu hujung minggu lalu meluluskan sebulat suara usul tergempar bagi mendesak polis menangkap dan menahan Perdana Menteri atas dakwaan salah laku tersebut. 
Sehari selepas keterangan Shafie di mahkamah, Anwar membuat laporan polis yang sama. 
"Keterangan terbaru (Shafie itu) memperkukuh hujah saya selama ini bahawa Dr Mahathir adalah perasuah besar dan pelindung utama perasuah besar lainnya," lapor Anwar di Balai Polis Jalan Stadium. 
Shafie juga, dalam keterangan yang sama, menyebutkan beliau berasa kecewa terhadap Perdana Menteri kerana "sanggup melindungi perasuah." 
Dalam perkembangan berkaitan, satu majlis ceramah berhubung hal yang sama akan diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS di Gombak jam 9 malam pada Ahad ini. 
Menurut Lokman, ceramah itu dijangkakan disampaikan oleh Setiausaha Agung PRM, Dr Sanusi Osman, Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar, Naib Presiden KeADILan Tian Chua serta Ketua Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor dan aktivis reformasi Abd Malek Hussin.
Perdana Menteri masih lagi berada di luar negara selepas menghadiri persidangan G-15 di Kaherah awal minggu ini. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Saya dan JIM satu FITNAH nyata

2000-06-23 Terurut Topik filter
Saya dan JIM satu FITNAH nyata 
Saya, Fathi Aris Omar, merujuk beberapa sambungan (links) tentang satu tulisan yang sama mengenai sebuah pertubuhan Islam, JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia), yang dituduh "merosakkan reformasi" (diterbitkan dalam Laman Reformasi 1) dan "merosakkan KeADILan' (diterbitkan dalam laman Detikdaily).
Sebagai pejuang kebebasan media, saya mempertahankan hak media ini untuk menerbitkan tulisan itu seperti di URL di bawah:
http://members.tripod.com/mahazalim/230600jim.html
http://detik.daily.tripod.com/Jun/b23jun.htm
Bagaimanapun, oleh kerana nama saya tertera dalam tulisan itu (single-out) dan disifatkan sebagai seorang ahli JIM yang "super-kritikal," saya kira wajarlah saya 

H-Net* Shahnon ikrar serah 80 peratus elaun kepada penduduk Sik

2000-06-23 Terurut Topik filter









SHAHNON IKRAR SERAH 80 PERATUS ELAUN KEPADA PENDUDUK SIK 





 



SIK, 23 Jun (Bernama) -- Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad yang terbabit dengan kontroversi peletakan jawatan sebagai anggota Parlimen Sik, hari ini erikrar akan menyerahkan 80 peratus elaun wakil rakyat yang diterimanya kepada lebih kurang 55,000 penduduk kawasan terbabit. Beliau melafazkan ikrar itu ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin daripada 78 cawangan Pas di Sik, pertemuan pertamanya dengan asyarakat setelah isu peletakan jawatannya dipaparkan media tempatan. Elaun tersebut tidak termasuk 20 peratus untuk disumbangkan kepada parti, akan diuruskan oleh Pusat Pembangunan Komuniti dan Komunikasi Wakil Rakyat Sik (PKWR), katanya. Beliau turut menjelaskan hasratnya untuk meneruskan tugas sebagai wakil rakyat dan isu peletakan jawatan yang digembar-gemburkan oleh media dalam pertemuan itu yang berlangsung selama sejam di Markas Pas Kawasan Sik, Sungai Pau di sini. Bercakap kepada pemberita kemudiannya!
, Shahnon berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai anggota parlimen walaupun menghadapi masalah kesihatan. "Memang kesihatan saya terganggu tetapi ia menuju ke arah pemulihan," katanya yang kali terakhir melakukan lawatan kerja ke kawasan Sik bulan lepas. Beliau berkata PKWR akan ditugaskan untuk menggembeling usaha bagi mengatasi masalah kemiskinan penduduk di Sik. Ia ditubuhkan selepas pilihan raya umum lalu dan dianggotai oleh lapan petugas di dua buah pejabat dan Shahnon membiayai segala aktiviti pentadbiran dengan mengeluarkan RM2,500 sebulan. "Pusat ini juga menjalankan aktiviti ekonomi, pendidikan, kewangan politik, sosial, kebajikan dan kemudahan infrastruktur," katanya. Sementara itu, Shahnon berkata beliau tidak pasti lagi akan menghadiri persidangan parlimen bermula 10 Julai ini dan ia bergantung kepada keadaan esihatannya. "Jika sihat, saya akan hadir. Jika tidak sihat, saya akan kemukakan surat cuti dengan dis!
ertai surat sokongan doktor," katanya. -- BERNAMA 
'BAGAIMANA DENGAN YB GHAFFAR BABA?


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

H-Net* Tiga Abdul Tidak Cuba DiJawab!

2000-06-23 Terurut Topik filter





"Tiga Abdul " Tidak Cuba DiJawab!





Cubit-Cubit Tuk Ketampi(Respon Kepada Artikel Sayuti; Mengapa Saya Tulis Tiga Abdul) 
Sayuti Omar menongkah arus lagi. Bukunya Hikayat Tok Guru dan Tiga Abdul menjadi senjata Umno untuk menikam Tok Guru di Kelantan. Menikam Tok Guru, bererti menetak PAS. Ini tidak bermakna, karya Sayuti itu menyalahi ajaran Islam atau tarafnya seperti surat layang. Sayuti menanggungjawabkan tulisannya itu. Pendedahan beliau, Mengapa Saya Tulis Tiga Abdul yang disiarkan oleh beberapa laman web, sehari dua ini, dapat mengurangkan tanggapan buruk ahli-ahli PAS terhadap Sayuti. 
Buku telah dipasarkan. Edarannya, agak memuaskan. Sambutannya juga kuat terutama di Kelantan. Promosi percuma oleh perwakilan Dewan Pemuda PAS dalam Muktamar PAS di Kuala Terengganu awal bulan ini, menarik minat ahli-ahli PAS untuk mengetahui kandungannya. TV3 pula tulong iklankan. Rakyat Malaysia, yang simpati PAS pun mula tercari-cari buku yang mencetuskan kontroversi itu. 
Khabarnya, pemimpin PAS Kelantan antara yang tidak senang dengan buku Tiga Abdul itu. Jenuh menepis dan bertepis, apabila rakan taulan bertanya. Abdul Halim, Abdul Fatah dan Abdul Rahim, mendiamkan diri. Abdul Halim cuba untuk menyaman Sayuti kerana fakta salah Sayuti mengenai jawatan yang disebut disandang oleh Halim tidak benar dan tidak pernah diamanahkan kepada beliau. Sayuti tulis, Halim pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri (Exco) yang menjaga urusan tender pembalakan di Kelantan. 
Halim menafikan secara tertutup dengan kawan-kawannya. Memangpun dia tidak pernah pegang jawatan itu. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang memegangnya dari dulu hingga sekarang. Sayuti silap fakta. 
Namun begitu, ini tidak bermakna fakta-fakta lainnya silap. Sayuti cuba memberikan tasawur tentang wujudnya “konspirasi” Tiga Abdul untuk menguasai Kelantan dan mengetepikan Tok Guru. Ini suatu “kenyataan” yang berat. Tok Guru Nik Aziz dan PAS Kelantan tidak sepatutnya mendiamkan diri. Orang Pas di kaki lima Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, di Jalan Dato Pati, sudah bising hal ini. Buku Sayuti, di Kelantan menjadi rujukan. Apa yang mereka teka, yang mereka bual-bualkan sudah didokumenkan oleh Sayuti, anak Kelantan juga. 
Apa komen Tok Guru? Setakat ini, nampaknya diam sahaja. Diam untuk bertindak ataupun diam untuk menutup pintu, wallahuaklam! Tidak wajar, PAS Pusat mendiamkan diri dalam isu ini. Presiden, Dato Fadzil Noor patut buat sesuatu, sekalipun Tiga Abdul itu kawan rapat beliau. Ketelusan dalam parti akan mencerminkan ketelusan dalam kerajaan. Kalau dalam parti, kita bertindak pilih kasih, takut dengan bayang-bayang, khuatir kawan berkecil hati atau kecewa, maka sudah tentulah lagi susah dan payah, jika penyelewengan dalam kerajaan untuk disiasat. 
Apabila Pemuda PAS Pusat membangkitkan isu ini dalam Muktamar PAS, maka satu tindakan susulan patut disegerakan. Sekalipun ia melibatkan orang kiri-kanan Tok Guru. Sebagai manusia yang lemah, terdedah kepada kesalahan dan kesilapan, Tok Guru sendiri sepatutnya bertindak menyiasat kebenaran atau kepalsuan karya Sayuti yang sudah didokumenkan itu. Langkah mendiamkan diri, akan ditafsirkan sebagai betul oleh rakyat. Kita bimbang, isu ini akan ditiup kencang oleh Umno Kelantan dan akan menggugat kredibiliti Tok Guru sebagai imam, MB dan ulama yang cukup disegani di Kelantan akibat karenah geygey Tiga Abdul. Janganlah disebabkan, kerja keras Tiga Abdul ini, menaik dan menggilap Tok Guru selama ini, maka satu siasatan tidak boleh dibuat terhadap mereka. Ini bererti sudah berlakunya kronisme! 
Isunya sekarang adalah isu ketelusan dalam parti dan terutama dalam kerajaan. Seperti mana yang dibangkitkan tentang penggunaan kereta kerajaan untuk tujuan peribadi. Ketelusan dalam Pas boleh dianggap, ketelusan kalangan anggota parti yang tidak melibatkan orang lain selain dari mereka. Tetapi ketelusan berkerajaan, akan mendedahkan kerajaan PAS itu kepada kritikan. Kritikan ini pula akan menjadi polis yang mengekori setiap gerak-geri pegawai kerajaan dan peneraju kerajaan dalam segala hal. Ini kerana, mereka sedang mengendalikan sebuah kerajaan rakyat. Dan sudah tentulah, segala-galanya mesti diketahui oleh rakyat. Rakyat akan ambil pusing dan rakyat tidak boleh dipusingkan. Nahas lima tahun lagi? 
Khabarnya, Tok Guru, Ustaz Fadzil dan lain-lain pemimpin PAS tidak mahu memberi apa-apa respon terhadap isu ini. Perwakilan pemuda yang bangkitkan Tiga Abdul dalam muktamar lalu, Ustaz Idris Ahmad, juga turut tidak disenangi. Mengeruhkan keadaan, kata mereka. Mengesahkan sahaja cerita itu, tambah mereka lagi yang cuba nak diamkan sahaja. Jangan bagi isu itu besar dan meletup. Itu untuk selamatkan kerajaan Kelantan. 
Hakikatnya, orang Kelantan mula pertikai Kerajaan Kelantan. Ceramah PAS pun sudah tidak ramai hadirinnya. Kata mereka; “Cakap tidak serupa bikin”. Andainya terjadi Pilihanraya Kecil Parlimen Jeli, dua tiga bulan lagi, maka inilah isu yang akan diletupkan…..