Re: H-Net* Re: Remaja Melayu Minum Arak Berleluasa
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Assalamualaikum, Saya merasa terpanggil untuk meluahkan tulisan ini di Hizbinet ini semoga menjadi pengajaran kepada kita. Malam tadi saya singgah di kedai 24 jam Seven Eleven Desa Pandan pada jam 11.00 malam kerana membeli roti dan kaya untuk isteri. Ketika beratur saya melihat beberapa belia remaja Melayu (Islam) bersama-sama kawan-kawannya (India dan Cina) bergelak ketawa sambil tangan masing-masing merangkul dan menggelekn botol dan minum tin Calsberg dan Tiger Beer. Hati saya mendidih dan menjegilkan mata kepada remaja terbut. Ingat di hati nak menegur namun kelihatan mamat tu macam sengaja gelak-gelakkan saya kerana pandangan maut saya tu. Mlaah dia bercakap dengan nada yang kuat untuk mengajak rakannya (bernama Melayu Islam) juga untuk turut bersama minum. Di luar kereta sport sedang menanti di dalam hujan. Yang teruknya di giliran kedua hadapan saya, ada seorang lagi pemuda berusia lingkungan 20-an dgn memakai t-shirt berlogo Carlsberg juga sedang membayar harga tin-tin bir yang dikepitnya. MasyaAllah! Apa sudah jadi dengan pemuda MElayu (Islam?) pada hari ini? Kenapa gejala minum arak begitu teruk dan berleluasa pada hari ini. Ini bukan satu kes yang isolated di Desa Pandan, Ampang sahaja malah boleh dilihat berlaku di merata tempat. Adakah kerana langkah KErajaan menggalakkan industri beverages dan arak yang besar-besaran di Selangor yang fueling fenomena ini? Atau percampuran bebas dan integrasi nasional antara kaum-kaum yang berbeza berjaya juga "mengintegrasikan" budaya dan cara hidup bukan Islam di kalangan anak Melayu. Atau ketidakmampuan Jabatan Agama Islam di negeri ini untuk bertindak memandangkan pemimpin politik negara ini juga berbuat demikian Yang sedihnya, jurukaunter dan pemuda yang bertugas di belakang kaunter dan penghantar stok-stok minuman keras ini adalah juga pemuda Melayu (Islam?). Mengapakah sehingga begini jadinya? Saya harap ada langkah dari agensi dan pihak tertentu untuk membendung gejala ini demi mempertahankan kemuliaan agama Islam dan anak cucu kita nanti. Adalah dibimbangi perkara ni menjadi suatu kebiasaan sehingga pada suatu hari nanti tidak lagi dipandang aib oleh umat Islam. Semoga kita semua dielakkan dari kemurkaan Allah jika tidak mengabil sesuatu tindakan demi kesucian ISlam. Wassalam JEbat - Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
Re: H-Net* Re: Royal Malaysian Navy Malaysia to lease submarines from the Netherlands
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Subs on their way The heavy-dock vessel Smit-Transporter with onboard the two Zwaardvis (2)- class submarines is expected to arrive in Lumut (Malaysia) on Dec 14th. The submarines will be refitted, with RDM assistance, at the PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd in Lumut. After the refit they will be offered to the Malaysian navy as lease/training boats. Subs shipped to Malaysia Today, the 20th of Oct, the Smit Transporter (a heavy-dock vessel) with aboard two ex-Royal Netherlands Navy Zwaardvis (2)- class submarines, Zwaardvis (2) and Tijgerhaai (2) will depart for Malaysia. The deal between RDM and the Malaysian government is not yet closed, but since the subs are already shipped to Malaysia RDM Submarines must be very confident the deal will be closed soon. Check out the Subs shipped to Malaysia page for photos of this transport. Malaysia to lease submarines from the Netherlands Jane's Defence Weekly 18 October 2000 Malaysia is negotiating a five-year lease contract with RDM Submarines of the Netherlands for the transfer of two ex-Royal Netherlands Navy Zwaardvis (2)- class submarines, Zwaardvis (2) and Tijgerhaai (2). 2nd hand and new Dutch subs for Malaysia NRC 30 Aug 2000. It is reported that the RDM yard will probably sell the two decommissioned Zwaardvis (2) class submarines to Malaysia. This news was already reported on this site in April 2000, but after a request of RDM this info was deleted from this site. At a later date RDM will also deliver two newly built Moray submarines. The two Zwaardvis (2) class subs will be refitted and will be used to train the Malaysian Navy, which currently has no submarines. The newspaper reports that the lease contract for the two subs is already signed. The talks about the sell of two newly built Moray class submarines are still going on. The cost of a single Moray submarine (probaly 1400 or 1800 tons) will be between 450 and 600 million Dutch guilders. Zwaardvis(2) class boats for Malaysia Email Apr 2000. According to the newest rumors the submarine deal between the Dutch RDM shipyard and Egypt is off. But it is also reported (rumors) that there are negotiations between RDM and Malaysia about the sale of the two decommissioned (and bought by RDM) ex-Dutch Navy Zwaardvis (2)-class submarines. The Malaysian Navy would use one, or both, of these subs as training boats. Dutch firm: M'sia needs submarine. Star Publications (Malaysia) Bhd 26 Apr 1996 Kuala Lumpur: Malaysia's strategic position along vital sea communication routes used by ships from around the world made it necessary for the country to havesubmarines, a Dutch company official said. Jouke A. Schotel, general manager of Rotterdam-based RDM Submarines BV, said its important position at the crossroads between West and East Asia made it imperative for Malaysia to have greater surveillance over maritime transport through its waters. In addition, it would also enhance security in the Asia- Pacific region where other countries like Japan, India, Pakistan, Taiwan and South Korea owned submarines, he told Bernama on Wednesday. Closer to home, Indonesia has acquired a submarine, Singapore has decided to buy a Swedish submarine while Thailand was likely to tender for one soon, he said. Schotel, who is representing his company at the Fifth Defence Services Asia (DSA '96) exhibition, said Malaysia could start its submarine program by acquiring a 60- metre 1,500-tonne vessel costing between US$450 million (RM1.125 billion) and US$600 million (RM1.500 billion). "A submarine, which is hard to detect by radar even within a 15km radius, has its own strengths," he said. On his company's bid to supply submarines to Malaysia, he said it had been making representations since the mid-80s. - Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
Re: H-Net* Fwd : Sanitary towel found in Kajang satay !
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Quoting [EMAIL PROTECTED]: (Embedded image moved Salleh Huddin Salim@SIME DARBY GROUP to file: 11-12-2000 11:52 AM pic31457.pcx) Surely I don't think its true..! Dari ceritanya pun kita agak sangsi.Kalau saudara pernah makan satay kat situ you bolih tengok berapa ramai pekerja mereka ?? Masakan pula masa dia nak pergi ambil kuah kat bahagian belakang tu langsung tak terserempak dengan salah seorang pekerja disitu,lagipun setahu aku cara diaorang serve kuah satay tu agak berlainan sikit degan gerai gerai satay biasa.Selalunya dia orang hantar dalam mangkuk besar. Saya nampak perkara ni macam nak sabotaj jer! maklumlah berduyun duyun orang datang. Yang menulis cerita ni pun seorang kafirun la'natullah (kalau bukan nama samaran). Kenyataan dari specis jenis ini amat meragukan. Satu lagi,kalau benda ni benar benar berlaku kenapa tak terus report kat polis?? Kenapa nak dihebohkan dalam internet atau hantar E-Mail kat merata orang,Bagi tau kat orang surat khabar kan bagus Cerita macam ni juga terjadi kat Nasi Lemak Antarabansa Kampung Baru.Ada orang kata dia guna ilmu hitam, dan kat nasi/sambalnya tokey dia bubuh daging ular. Kesian kat kawan tu.Setelah cerita itu tersebar luas, maka merosotlah perniagaan kawan tu. Tolong sampaikan pada mana mana orang yang anda telah hantar cerita nie. Moga-moga ini berita palsu dan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang buat dosa kering.Lebih lebih lagi dalam bulan yang mulia nie.Implikasi dari kes nie sungguh besar, mungkin semua orang jijik nak makan satay walau kat mana sekalipun sebab menurut yang empunya cerita,kebanyakan peniaga satay melakukan perkara yang serupa. Akibatnya ramai usahawan dan peniaga satay yang rata-rata terdiri dari orang melayu dan islam akan gulung tikar.Masa tu baru puas hati si kafirun la'natullah itu. TOLONG SEBARKAN - Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
H-Net* Fwd : Sanitary towel found in Kajang satay !
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Subject: Fw: Sanitary towel found in Kajang satay ! Ada sesaper yg boleh 'confirm'kan perkara PENTING nie?? I'm not sure how true it is...but beware...!! Dear friends and colleagues, WARNING !!! Somebody told me that her friend ate at Kajang satay (Stadium), when he asked for extra "kuah", nobody attend to him so he went to fill up himself and shockingly he found a used sanitary pad inside the kuah. He wanted to report police but the store owner beg him not to. When he asked for explanation, the store owner said they used it for jampi (bomoh) and told him that all other stores do the same thing. Please share this with as many people you know as possible. - Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
H-Net* MENTERI BESAR YANG TAKUT BERTEMU RAKYAT
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ MENTERI BESAR YANG TAKUT BERTEMU RAKYAT === Kawalan ketat ke atas Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Mohammad Khir Toyo, ketika lawatan beliau ke Ampang Jaya pada 11 November lepas membuktikan bahawa pimpinan UMNO-Barisan Nasional di Negeri Selangor sudah menyedari bahawa mereka tidak lagi diterima rakyat. Di dalam lawatan pada malam Sabtu lepas, kawasan di sekitar Pejabat UMNO Bahagian Ampang Jaya di Pekan Ampang telah dikepung oleh pasukan keselamatan dengan laluan yang terhad diberikan kepada orang-ramai sama ada yang berjalan kaki ataupun yang menaiki kenderaan. Turut dikerah adalah beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) yang ditempatkan di sekeliling pejabat UMNO itu. Malah stesyen LRT Ampang yang yang lebih-kurang 400 meter dari tempat lawatan turut dikawal-ketat. Di sini pihak kami tidaklah mahu mempesoalkan kehadiran pasukan keselamatan yang begitu ramai walaupun suasana di Pekan Ampang adalah bagaikan "zon peperangan" atau "war zone". Namun bagi seorang Menteri Besar yang memerlukan kawalan begitu ketat menunjukkan ketakutan yang amat sangat yang ada pada diri beliau untuk bertemu rakyat. Ini ditambah pula dengan "dosa-dosa" beliau menggadai Putrajaya kepada Kerajaan Pusat sebelum mendapat persetujuan rakyat maka tidaklah hairan jika Menteri Besar ini sentiasa dihantui perasaan takut dan curiga ke mana sahaja beliau pergi. Keadaannya amatlah berlainan dengan Menteri Besar Kelantan yang telah beberapa kali melawat Ampang Jaya tetapi tanpa sebarang pengawal-pengawal peribadi yang khusus. Dan dengan itu amatlah memalukan apabila Menteri Besar Selangor merasakan dirinya tidak selamat di negerinya sendiri. Dan sudah tentulah Menteri Besar sedemikian dan parti yang beliau wakili tidak layak untuk terus memimpin rakyat. Iskandar A. Samad Setiausaha PAS Kawasan Ampang Jaya 16 Sya'aban 1421 / 13 November 2000 [EMAIL PROTECTED] - Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
H-Net* TPM SEORANG YANG ANGKUH?
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ TPM SEORANG YANG ANGKUH? Assalamualalikum saudara webmaster, Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana di laman saudara saya telah menemui profil si astora jabat yang mana sebelum ini saya telah menulis kepada webmaster harakahdaily dan mahafiraun 2020 untuk mendapatkan makluman berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang respon dari mereka. Alhamdulillah saya menemuinya di laman saudara. Walaupun lambat saya puas hati. Walau bagaimanapun tujuan asas yang saya ceritakan di sini adalah apa yang berlaku pagi tadi di Kota Bharu. Pada pagi ini 13 nov. 2000, TPM Abdullah Badawi melakukan lawatan kerja ke negeri Kelantan. dua hari sebelum itu pihak JPP kelantan telah memaksa jabatan saya menghantar seramai 20 orang kakitangan untuk menyambut TPM di lapangan terbang dan di tempat perhimpunan di sebuah hotel 5 bintang di Kota Bharu. Di lapangan terbang berhimpun dan beraturlah semua ketua jabatan kerajaan untuk menyambut beliau. apa yang mendukacitakan ialah acara beliau bersalam dengan penyambut beliau. beliau bersalam dengan hanya hujung jari tanpa memandang muka yang disalaminya. Sudahlah begitu beliau melangkau pula. Maknanya bukan semua yang berbaris menyambutnya salam bersambut. Banyak yang hampa dan merungut. Ini bukan cara seorang pemimpin yang berhemah dan berwibawa. jauh dari sifat pemimpin Islam sejati, Melayu pun tidak. Setibanya di hotel berkenaan rupanya bukan kakitangan kerajaan saja yang dipaksa menghadirinya tetapi orang kampung juga diangkut dengan bas. Beliau berjalan masuk dengan diiringi oleh beberapa orang pengiringnya tanpa menoleh kepada hadirin. Sehingga di sini saya naik meluat dan terus pulang tanpa mendengar ucapan beliau. Ramai yang mencaci dan menyumpah-nyumpah di luar dewan. Komen mereka, sekiranya inilah orangnya yang menjadi timbalan presiden UMNO dan seterusnya presiden UMNO akan datang, UMNO tidak akan berupaya bangkit dan bertempat semula di hati orang Melayu kecualilah kaki bodek dan berkepentingan. untuk menawan Kelantan, jauh panggang dari api. Khabarnya juga, selepas perjumpaan ini beliau akan ke daerah machang semata- mata merasmikan mesyuarat PIBG sebuah sekolah agama. bayangkan seorang TPM datang hanya untuk merasmikan mesyuarat PIBG sekian, terima kasih. wassalam. kakitangan rakyat Nota webmaster: Waalaikum sallam... Memang benar kata saudara. Di mana sahaja lawatan pemimpin kerajaan ini maka surat pekeliling dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri meminta menyambut mereka di mana sahaja. Keadaan ini berlaku di mana-mana dan terutama masa kini, anggota perkhidmatan kerajaan sendiri begitu meluat menyambut kedatangan pemimpin politik seumpama ini. Jika dalam ucapannya di Kota Bharu, TPM mencabar kakitangan kerajaan supaya meletakkan jawatan seandainya mereka tidak jujur mendokong kerajaan yang memerintah. Semakin lama semakin meluat kita kepada mereka. Rakyat diajak bermusuhan. Bilakah mereka mendokong prinsip perdamaian dan perpaduan sesama rakyat? - Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
H-Net* Perginya Seorang MP ke Penjara
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Perginya Seorang MP ke Penjara (MGG: A Member Of Parliament Goes To Jail) Tiga tahun dulu, ahli parlimen PAS, Mahfuz Omar bersama beberapa kawannya telah berdemo menentang ketibaan satu pasukan pemain kriket Israel di Malaysia. Pada 10 November, 2000 Mahfuz bersama tiga rakannya telah memilih dipenjarakan daripada membayar hukuman denda sebanyak RM1500 setiap seorang yang dijatuhkan oleh mahkamah. Tindakan mereka ini tentunya menakutkan UMNO, kalau tidak Barisan Nasional yang mereka pimpin. Perkara ini berlaku empat hari selepas 100,000 manusia menolak sekatan kerajaan dengan berkumpul secara aman di Klang untuk menyambut ulang tahun kedua kewujudan Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Beberapa ahli politik UMNO yang saya temui telah terkejut dengan tindakan Mahfuz itu. Mereka tidak faham kenapakah Mahfuz sanggup memilih penjara daripada membayar denda yang dikenakan. Apabila saya memberikan penjelasan apa maksud tindakan itu, mereka menjadi lebih tertekan. Mereka tidak faham bahawa tindakan Mahfuz itu adalah mengikut prinsip perjuangannya. Prinsip perjuangan bukannya boleh diharapkan daripada ahli politik UMNO, kerana itu berlakunya fikiran yang berkecamuk dalam perkara ini. Mahfuz terpaksa bertindak mengikut apa yang sepatutnya dilakukan. UMNO tidak boleh membuat perkara ini sebagai modal politik. Dua hari yang lalu, Barisan Nasional mungkin terlalu yakin untuk mengekalkan kerusi dewan undangan ngeri Lunas dalam pilihanraya kecil yang akan dilaksanakan. Kini, keyakinan itu tidak akan menjadi satu impian lagi. Mahfuz telah bertindak mengikuti tindakan Mahatma Ghandi dalam tindakan satyagraha di mana beliau telah mengnyahkan kerajaan British dan melonggarkan penguasaan empayar itu daripada benua India. Tindakan Mahfuz adalah satu tindakan bijak sebagai balasan kepada satu perbicaraan yang didorong oleh nafsu politik. Apabila Parlimen bersidang semula pada hari Isnin ini perkara ini tentu akan dibincangkan. Tetapi, speaker parlimen yang terkenal kerana kebijaksanaan yang berlebihan itu tentu tidak akan mengizinkannya kerana berpendapat bahawa kemasukan seorang MP ke penjara adalah bukannya satu isu yang penting. Dia tidak akan membenarkan perkara itu kerana kerajaan akan terkebil-kebil dalam perkara itu. Kerajaan tidak akan tergesa-gesa mengenakan tuduhan terhadap ahli parlimen dan sesiapa sahaja berdasarkan kesalahan kecil-kecil dengan tujuan melaksanakan hukuman undang-undang. Tetapi, gelagat itu akan dilaksanakan untuk mendera, mengancam dan menggugat keselesaan seseorang. Perkara ini tidak dijangka oleh seorang majistret yang telah mengenakan hukuman itu. Lagipun tidak ada sesiapa yang suka dipenjarakan. Majistret ini belum pernah bersua dengan seseorang yang berprinsip hingga sanggup dipenjarakan. Dia telah menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Mahfuz dan juga rakannya dengan jangkaan mereka akan memohon satu rayuan agar tidak dipenjarakan. Apabila mereka enggan berbuat demikian tentunya majistret itu terpaksa bertanggungjawab ke atas keputusannya, kerana Mahkamah Tinggi tidak akan campur tangan dalam perkara itu. Perkara ini tentunya merupakan satu ingatan kepada beliau dan juga rakan-rakannya di bidang kehakiman untuk lebih berwaspada di masa hadapan dalam menangani perkara serupa ini. Krisis penghakiman telah berlaku secara berpanjangan kerana peguam yang dikenakan hukuman penjara kerana menghina mahkamah memilih untuk membuat rayuan terhadap hukuman itu. Kalaulah ada seseorang yang berani memberi ingatan terhadap perkara ini tentunya krisis seperti itu tidak akan terus berpanjangan. Perubahan hanya berlaku apabila seorang yang bukannya peguam telah mengenepikan barisan para peguamnya untuk menyatakan kebenaran dengan menuduh ketua hakim negara yang akan bersara itu dengan tuduhan rasuah dan kerana itu tidak layak mengetuai satu kes mahkamah rayuan. Insan ini ialah Dato Seri Anwar Ibrahim. Peri stiwa tindakannya itu telah menyedarkan para hakim yang semakin berserabut mindanya kerana taksub dengan anggapan bahawa keadilan adalah sesuai ditadbir dengan memberikan ruang kepada mereka yang sedang berkuasa. Kenapa Mahfuz di dalam penjara adalah satu perkara yang tidak penting, kerana maksud beliau dipenjarakan itu lebih penting lagi. Peguam yang membelanya telah memberitahu mahkamah betapa beliau lebih rela dipenjarakan daripada memberikan wang kepada kerajaan Mahathir. Dia fikir pembayaran denda sebanyak RM1 adalah lambang pembayaran denda yanglebih sesuai kerana menentang zionisme.
Re: H-Net* MINTA PANDANGAN NASIHAT - Mengapa Karektor Wanita Berubah Setelah Menikah?
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Assalamu'alaikum w.b.k.t Saudara Saudari yg amat dimuliakan... Melihat daripada beberapa e-mail yg datang dan menjengah ke inbox Chomel, Chomel dapati ruangan Hizbi ini memang tidak silap memilih. Chomel rasa senang dengan segala info yg diberi walaupun kadang-kala tidak berapa "memberi hidayah". Ini termasuklah tulisan dari Chomel barangkali. Maaf jika Chomel juga adalah antara penyumbang yg kurang memberi posting yg menarik. Jadi, setelah difikirkan berkali-kali, Chomel telah membuat keputusan untuk meminta pandangan dari rakan-rakan di ruangan ini. Walaupun agak rumit, tapi terpaksa jua Chomel teruskan niat di hati walaupun ia akan ibarat kata pepatah Melayu: "Membuka pekong di Dada". Actually, it's not my own "dirty linen", but it's somebody elses' that I think I should seek all of you people's opinions and views. I would appreciate it so much! Begini; Chomel mempunyai seorang sahabat baik yg cukup baik, lemah lembut, berbudi bahasa dan mempunyai budi pekerti yg tinggi. Sebelum menikah, beliau ini amat disenangi oleh bukan sahaja rakan-rakan sebaya; bahkan orang-orang tua juga amat sayang kepadanya. Terutama orang-orang tua yg mempunyai anak teruna yg sebaya dengannya; pasti tertarik untuk dijadikan "menantu". Begitu sekali amat halus budi pekerti sahabat Chomel ini. Seperkara lagi; si sahabat ini (biar Chomel namakan dia "Nina Sari") dia juga pintar orangnya. Sifat peramah, bersopan santun dan manis budi bicara juga telah banyak mempengaruhi Chomel agar menjadi wanita "idola" sepertinya. Nina Sari adalah antara sahabat Chomel yg begitu akrab sekali; namun nasibnya lebih baik kerana telah bertemu jodoh. Dan jodoh itu adalah dengan seorang teruna/jejaka pilihan hatinya sendiri yg melalui zaman percintaan yg agak lama. Mungkin jodoh Chomel belum ada lagi; itu tidak mengapa tapi Chomel terlalu risau dengan rakan Chomel ini. Setelah menikah; rezeki Nina Sari amat baik. Beliau amat sukses dalam kerjaya. Telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Tapi, Nina Sari mungkin kurang puas hati kerana katanya dia masih "underpaid". Tension kerja, katanya. Kerja macam mau gila, gajinya enggak seberapa. Kadang-kala terpaksa bekerja lewat malam baru pulang dari kantor (office). Suaminya? Juga seorang yg sukses; giat dalam aktiviti kemasyarakatan dan agak popular di kalangan masyarakat setempatnya. Ok, Chomel tidak mahu "describe" lebih mendalam akan si suami Nina Sari, tapi dia pada asalnya semasa belum bernikah, agak panas baran orangnya. Tapi sejak akhir-akhir ini dia agak "tone down" dari dahulu. Ajaib, kan? Nina Sari, setelah mendapat cahaya mata pertama, masih boleh "maintain" dengan tutur katanya; tapi bertengkar dengan suami ini adalah terlalu kerap. Chomel tidak faham mengapa.. Memang Nina Sari tiada tempat lain untuk mengadu; Chomel adalah orang yg paling rapat dengannya; bahkan dengan keluarga Nina Sari sendiri pun enggak diceritakan problem yg melanda rumahtangganya. Dan Chomel sekarang telah penuh dengan segala problem yg dicurahkan kepada Chomel. Inilah yg anih... Nina Sari sekarang bukan Nina Sari yg dulu. Jika dulu amat lemah lembut, tapi sekarnag Nina Sari telah berubah. Beliau jadi amat pemarah; bengis; cepat melenting; bercakap dengan nada tinggi dan segala perkara yg teramat "contravene" dengan apa sifat positif yg ada pada dirinya sebelum ini Baru-baru ini beliau ada menelefon Chomel dengan keadaan yg teresak-esak oleh tangisan kerana katanya dia berkelahi dengan suaminya; lalu dia "terlepas" perkataan: "Kalau sudah tidak suka pada Nina Sari, CERAILAH!" Astaghfirullah...!!! Chomel terkejut dengan ungkapan Nina Sari terhadap suaminya. Chomel amat marah kepadanya, Chomel katakah kepadanya; Nina.. kamu telah menggegar "tiang Arasy"! Kamu sudah gila?? Sambil teresak; dia memberitahu Chomel bahawa pertelingkahan itu berlaku disebabkan oleh anak-anaknya. Katanya, anak-anak terlalu nakal; yg sorang suka berbohong dan yg sorang lagi "hyper-active". Yang sorang bukan sahaja suka berbohong; tapi suka mengambil barang-barang berharga Nina Sari. Kemudian disorokkan. Kata Nina Sari, apa lagi yg mereka mahu? Mahu mainan, dibeli diturutkan kemahuan mereka, walaupun tidak semua. Nina Sari selalu berkata kepada saya, "aku tidak suka menurut kehendak anak-anakku; cuma kadang-kala suamiku yg menjadi 'pak turut'". Tapi itu bukan persoalan; tapi sikap Nina Sari telah berubah; sehingga anak-anaknya sendiri telah menggelar Nina Sari
H-Net* Maybank wujudkan kasta
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Dikhuatiri jika semua bank dan institusi perkhidmatan di negara kita bertindak sebegini, hanya yang kaya rayalah yang akan menikmati segala kemudahan selesa manakala yang golongan tengah dan bawah menikmati sisa-sia. Terkilan khidmat Priority Banking wujudkan kasta Saudara Pengarang, SEBAGAI seorang pelanggan, saya merasa terkilan dengan perkhidmatan Priority Banking yang ditawarkan oleh Maybank. Pada saya perkhidmatan ini mewujudkan kasta dalam sistem perbankan. Perkhidmatan tersebut membolehkan orang kaya berurusan dengan lebih selesa kalau dibandingkan dengan pengguna bank yang lain. Ini menyebabkan banyak aspek negatif timbul di kalangan masyarakat negara kita. Bayangkanlah keadaannya kalau suatu hari nanti di sekolah atau di pejabat kerajaan, golongan kaya beratur dalam satu barisan manakala golongan miskin diheret ke satu barisan lain. Tetapi inilah situasi yang terjadi pada masa sekarang. Pada masa dahulu, urusan perbankan boleh dibuat di tingkat bawah. Bagaimanapun selepas Priority Banking diadakan, hanya golongan atasan boleh berurusan di tingkat bawah. Golongan sederhana, miskin dan tua terpaksa menaiki tangga ke tingkat satu yang selalu penuh sesak dengan manusia berbanding di bawah. Pepatah berbunyi 'Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah'. Tetapi masyarakat Malaysia dibahagi pada dua kasta, yang miskin tetap dihina. Tidak dapat dinafikan Maybank merupakan bank yang terbesar di Malaysia tetapi mereka tidak sepatutnya menetapkan undang-undang sendiri. Memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna memang tidak salah tetapi bukanlah kepada segelintir masyarakat sahaja. Bayangkan kalau setiap bank di negara ini mengikut langkah Maybank, saya berasa malu menjadi warganegara Malaysia yang berwibawa tetapi miskin. Golongan tengah dan miskin merupakan nisbah yang lebih besar dari segi penggerak ekonomi negara kita. Oleh itu saya berharap Bank Negara dapat mengambil tindakan sewajarnya, sekurang-kurangnya membolehkan Maybank Priority menubuhkan sebuah bank Siber yang tersendiri. - YEOH SENG HUAT, Kelana Jaya Selangor. - Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: [EMAIL PROTECTED]