H-Net* Demokrasi Ala UMNO

2002-03-04 Terurut Topik sahabat2002


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Kasihan dengan puak-puak UMNO dan BN ini, mereka mengadakan ceramah 
hanya segelintir sahaja yang datang. Kalau datang pun pendengar-
pendengar ceramah dikutip dari seluruh kampung dan diangkut dengan 
bas. Pendengar-pendengar diberi duit untuk mendengar ceramah UMNO 
atau BN. Keadaan tempat ceramah sungguh selesa di adakan dalam dewan 
khas dengan kipas angin dan tempat duduk yang empuk. Kemudian beri 
makan kepada pendengar-pendengar. Agak malang sekali dengan UMNO yang 
hadir tak sampai pun 200 orang. Kalau tidak dibuat begitu mungkin 
hanya tak sampai 50 orang pun yang hadir dalam ceramah UMNO dan BN. 
Ceramah UMNO dan BN hanya berkisar kepada isu PEMBANGUNAN, menyeru 
semua rakyat supaya BERSYUKUR DENGAN NIKMAT nya dari apa yang telah 
diusahakan oleh UMNO dan BN dalam membangunkan negara ini. 

Atau lebih tepat sekali MENGUNDI mereka dalam pilihanraya akan 
datang. Pada hal nikmat yang dibuat oleh UMNO dan BN tidak dirasai 
oleh semua lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Kalau betul nikmat 
itu dikurniakan sepertimana yang didakwa oleh mereka. Kemewahan, 
kesenangan dan kekayaaan negara hanya di bolot oleh segelintir puak-
puak UMNO dan BN yang mempunyai kepentingan peribadi.

Ini bukan cerita kosong tapi saya melihat dengan mata kepala sendiri. 
Apabila saudara Ibrahim Ali mengadakan ceramah politik tak sampai 200 
pun yang hadir yang terdiri dari golongan orang tua-tua dan kanak-
kanak sahaja.Ceramah saudara Ibrahim Ali sungguh berapi-api. Entah 
betul entah tidak, tak siapa yang tahu. Mungkin mereka menang dalam 
pilihanraya tapi berapa juta duit rakyat sudah habis? Berapa juta 
duit rakyat dihabiskan di Kelantan dan Terengganu dan berapa kerusi 
sahaja yang mereka dapat? Padan dengan muka UMNO dan BN. Media cetak 
( Utusan Malaysia, Berita harian, Star dan NST ) dan media elektonic 
( TV1,2,3 ) telah berkempen sejak tahun 1999 lagi semasa pilihanraya 
umum. Belum pernah belaku dalam sejarah pilihanraya negara ini kedua-
dua media ini memainkan peranan sebegitu rupa, memburuk-burukkan 
kepimpinan pembangkang. Akan tetapi pihak UMNO dan BN telah gagal 
dalam kempen memburukkan parti pembangkang. Hakikatnya mereka agak 
sukar bagi UMNO dan BN untuk meyakinkan rakyat melalui dakyah politik 
mereka.Kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada mereka. 
Masalahnya mereka (UMNO dan BN ) sendiri tidak mahu menerima hakikat 
ini.

Manakala PAS apabila mengadakan ceramah beribu-ribu orang datang 
kadang-kadang tu bukan ditempat yang selesa. dalam kebun getah 
dicelah pokok getah, dalam semak samun, atau di lembah yang basah 
atau sawah padi tidak ada kipas angin dan duduk diatas tanah 
berlapikkan tikar sahaja. Tidak ada makan atau duit pun bahkan 
dikutip duit untuk tabung pilihanraya dari pendengar-pendengar 
ceramah. Ceramah parti pembangkang sehari demi sehari bertambah 
sokongan dari rakyat terutamanya bangsa Melayu.

Apabila UMNO melihat begitu ramai sekali pendengar-pendengar ceramah 
datang apabila PAS mengadakan ceramah. Media cetak dan electronic 
yang sedia ada tidak begitu berkesan, untuk memulihkan sokongan 
rakyat. Maka UMNO dan BN pun gentar dan takut bila rakyat tak mahu 
dengar ceramah mereka. Kadang-kadang tu UMNO dan BN buat kacau bila 
ceramah PAS diadakan. Mereka buat bising dengan membunyikan hon 
kereta, pakai baju PAS buat kacau dengan menyatakan PAS yang buat 
kacau. Berbagai tekanan diberikan oleh UMNO dan BN terhadap parti 
pembangkang, tapi sokongan rakyat telah bertambah dari semasa ke 
semasa, sokongan terdiri dari kalangan pemuda dan pemudi yang telah 
sedar taktik kotor dan tipu helah UMNO dan BN. Lebih mengecewakan 
apabila kakitangan kerajaan sendiri sudah berpaling tadah dengan 
meyokong parti pembangkang.

Apabila sambutan sungguh menggalakkan dari rakyat. ceramah PAS 
DIHARAMKAN oleh UMNO dan BN. Bagi menghalang ceramah PAS, mereka 
menggunakan polis untuk bertindak terhadap penceramah dan juga 
pendengar-pendengar ceramah. Kadang-kadang pihak polis bertindak 
tanpa memikirkan pendengar-pendengar ceramah terdiri dari wanita dan 
kanak-kanak. Sebagaimana yang berlaku di perhimpunan ISA di Kemunting 
Taiping baru-baru ini. Pihak polis telah menarik tudung wanita-wanita 
yang hadir dalam perhimpunan tersebut.memukul dan mengheret mereka ke 
dalam Black Maria. Yang menghairankan polis tersebut lelaki yang 
beragama Islam berbuat demikian terhadap wanita-wanita Islam. Apakah 
mereka tidak tahu halal dan haram menyentuh wanita-wanita yang bukan 
muhrim mereka? Apakah Islam menghalalkan cara demikian? Kalau sudah 
tidak boleh berceramah tidak payah cakap 

H-Net* Us. Shamsuri Ahmad sudah masuk UMNO?

2002-01-23 Terurut Topik sahabat2002


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
As`kum.

Tentu korang tahu kan Us. Shamsuri adalah salah seorang pendakwah bebas
 di Malaysia, banyak pengajian beliau berdasarkan pengajian kitab
 kuning. Dan setiap teguran beliau banyak kepada kias-kias. Dan
 akhirnya beliau telah ditahan ISA selama 2 minggu untuk siasatan. Dan
 akhirnya beliau dikeluarkan daripada penjara di atas teguran ibu
 kepada TIM.PM.

Apabila beliau keluar daripada penjara beliau bercuti sementara. Dan
 akhirnya beliau mula aktif mengajar kembali, kedengaran suara-suara
 beliau banyak menyentuh politik UMNO. 

Berita ini sudah disahkan oleh beberapa pelajar Us. Shamsuri dan
 mengatakan bahawa fahaman-fahaman Us. Shamsuri banyak sudah berubah
 daripada berfikiran fikrah islami kepada fikrah umnoni.

Kebenaran dan kesahihan yang berlaku secara detailnya boleh saudara
 sekelian bertanya sendiri kepada pelajar-pelajar Us. Shamsuri.
_
Download mersal and add me as a friend :) 
http://www.arabia.com/mersal/english

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Just Kidding

2002-01-21 Terurut Topik sahabat2002
attachment: jap.jpg