H-Net* Di Malam Bulan Purnama...Guru

2000-01-21 Terurut Topik RA Batubara


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualikum,

Saudara Comb attt (3 t) telah dengan
panjang lebar dan bersemangat menghuraikan
perihal bulan purnama. Mulanya saya ingat,
Sdr Comb attt menghala artikelnya ke
PAS yang sememangnya sentiasa mengambang
bulannya ataupun tentang akbar harian Purnama
yang dalam proses pemohonan KDN. Rupanya secara
panjanglebar sdr kita mengupas hal gerhana bulan,
pergerakan bulan dan kesan terhapan tabiat manusia 
dan haiwan, monyet Bangi pergi ke bulan dan akhir
sekali tentang anak2 kita di persekolahan - dahulu
dan sekarang. 

Nampaknya Sdr kita ini nostalgik seperti Pak Engku 
juga bila disebut tentang anak-anak. Mana ada bapa
yang tidak fikir tentang anaknya? Mungkin ada, tapi
tak ramai. Anak nyawa dan harapan bagi kita. Atas
sebab inilah, maka ramai ibubapa muslim, termasuk 
saya, menghantar anak ke sekolah-sekolah rendah dan
menengah agama dengan harapan anak-anak itu setidak-
tidaknya tahu maksud apa yang diucapkan semasa mereka
solat. Sekolah-sekolah agama rakyat swasta semakin
banyak. Perkembangan ini adalah baik dan menjadi
harapan kita agar graduan-graduan dari sekolah-sekolah
ini akan menjadi pemimpin yang berwibawa satu hari
nanti.  

Satu perkara yang disentuh oleh Sdr Comb attt ilah
soal guru. Dulunya mereka disamatarafkan dengan imam,
khatib dan khadi. Mungkin tidak sebegitu tinggi, tapi 
sememangnya mereka dipandang mulia oleh ibubapa
(yang hampir seratus peratus mengharap agar anak
mereka
dididik dengan baik oleh guru-guru)dan anak-anak murid
(yang bukan saja takut, tapi juga hormat). Itu dahulu.
Sekarang sangat berbeza. Ibubapa tidak boleh berharap
sangat pada guru-guru. Mengapa? Mungkin kebanyak
guru-guru tidak dididik dengan semangat untuk mendidik
dengan baik, berkesan dan demi Allah Ta'ala.
Kebanyakan anak-anak murid sekolah rendah tidak hormat
tapi takut pada guru-guru mereka (sehingga nasihat
ibubapa tentang kerjarumah yang diberi tidak
diendahkan). Kebanyakan mereka-mereka di sekolah
menengah tidak takut pada guru, jauh sekali
menghormati
mereka. Bercakap soal hormat-menghormati dan takut
akan
guru maupun ibubapa, ingin saya beri pendangan
tersendiri tentang perkara ini: Kita mahu anak-anak
kita sayangkan kita sepertimana kita menyayangi
mereka. Kita mahu mereka takut dan akur perintah kita.
Kasihsayang boleh membentukkan anak. Rasa takut/segan
yang membina (bukan merosakkan) juga boleh menjadi
pembimbing kepada perkembangan anak. Tapi, tanpa
rasa hormat menghormati dalam perhubungan, maka tidak
akan ada kesatuan kekeluargaan yang teguh. Orang-orang
tua lebih rela dihormati dari disayangi, kerana rasa
hormat datang bersama kasih sayang.

Adakah kita hormat atau takut atau menyampah dengan
pemimpin, sepertimana anak-anak kita hormat, takut
atau menyampah pada guru-guru mereka. Sekolah sebagai
satu institusi menyerupai sebuah negara. Murid-murid
sekolah juga mahu keadilan. Cuma mereka tidak matang
tentang yang mana adil dan yang mana tidak. Maka
adalah menjadi peranan guru untuk mendidik mereka
kearah keadilan yang sebenar. Ini dapat dilakukan
dalam keadaan saling hormat-menghormati dan dengan
pendidikan islam secara formal di sekolah-sekolah.
Bolehkah Senator Musa merumuskan perancangan dan dasar
kearah ini? 

Sering kita mempersoalkan Di mana salahnya sistem
pendidikan dan perjawatan guru masakini? Saya bukan
pakar dalam soal ini. Buat masa ini hanya satu perkara
yang dapat saya perhatikan: Guru-guru ditekan supaya
mendapatkan matlamat sekolah atau jabatan pendidikan
supaya peratus kejayaan murid-murid adalah tinggi.
Mereka dihujani pelbagai aktiviti pembelajaran dan
ko-korikulum. Oleh sebab itu, tidak hairanlah, kalau
ada anak-anak guru-guru sekarang tidak excel dalam
pelajaran, berbandingkan anak-anak guru zaman 60'an
atau 70'an.  

Saya tinggalkan ruang ini untuk saudara-saudara
pembaca menambah atau komen.

Sekian..wassalam.

 
--- Comb attt [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
 

*~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
 http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
   }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke
 [EMAIL PROTECTED] }
 

*~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 

~~~
 Di Malam Bulan Purnama 
 
 Awalkata: Untuk merakamkan tibanya bulan mengambang
 pada malam ini dan malam esok kita akan bincangkan
 sedikit hal bulan. Secara kebetulan pula bulan
 mengambang pertama di alaf baru ini akan disambut
 dengan satu gerhana bulan pertama kali 

H-Net* Di Malam Bulan Purnama

2000-01-20 Terurut Topik Comb attt


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Di Malam Bulan Purnama 

Awalkata: Untuk merakamkan tibanya bulan mengambang
pada malam ini dan malam esok kita akan bincangkan
sedikit hal bulan. Secara kebetulan pula bulan
mengambang pertama di alaf baru ini akan disambut
dengan satu gerhana bulan pertama kali juga pada tahun
ini. 

* * * * * 

Gerhana bulan berlaku apabila bulan beredar mengikut
orbitnya yang melalui satu ruang kegelapan yang berada
betul-betul di belakang kedudukan bumi. Gerhana bulan
boleh menjadi gerhana penuh (total eclipse) ataupun
gerhana kurang penuh (partial eclipse). 

 Pada 20 Januari, 2000 satu gerhana bulan yang
bersifat 'penumbral' ataupun gerhana penuh dijangka
berlaku. Kali ini gerhana akan kelihat jelas di
sebelah petang di benua Amerika (Amerika Utara dan
Amerika Latin) dan juga Canada. Peristiwa ini juga
dapat kelihatan di Eropah Barat pada pagi Januari 21. 

Kita di Malaysia tidak akan melihatnya lansung.
Tentunya gerhana ini menjadi satu pengalaman kepada
warga Malaysia yang berada di Amerika, di Eropah dan
di Afrika. 

Gerhana bulan dapat dilihat ketika bulan mengambang
penuh dan ketika bulan bergerak memasukki ruang gelap
bumi. Ruang gelap bumi ataupun bayangan bumi ini
sebenanrya berbentuk dua kon yang bertindih
kedudukannya. Kita tidak akan bincangkan segala
ciri-ciri teknikal yang mencetuskan kewujudan gerhana.
 

Memadai kalau kita catatkan di sini betapa bulan
mengelilingi bumi setiap 29.5 hari dan selalunya masuk
dalam ruang bayangan bumi samada di bahagian utara
ataupun barat yang tidak memungkinkan kejadian
gerhana. Akan tetapi, sekali sekala bulan akan
bergerak menerjah bayangan bumi itu yang menyebabkan
berlakunya gerhana. 

Pada kali ini, gerhana bulan akan berlaku selama tiga
setengah jam. Adalah dijangkakan proses gerhana penuh
akan memakan masa 77 minit sahaja. Oleh kerana tidak
ada aktibiti ledakan gunung berapi dalam waktu yang
terdekat adalah dijangkakan warna bulan pada kali ini
merah kekuningan di sepanjang 77 minit itu.  

Adalah dijangkakan gerhana ini dapat dilihat pada
waktu 8.44 malam mengikut Pacific Standard Time. Ini
adalah bersamaan dengan 4.44 pagi mengikut GMT. Kita
di Malaysia dan juga di gugusan kepulauan Malayu tidak
akan dapat menyaksikan gerhana ini kerana permulaan
gerhana hanya akan kelihatan di sebelah barat Latin
Amerika dan peringkat akhirnya akan kelihatan di
bahagian angkasa benua Afrika.  

Mungkin disebabkan perkara ini makanya kita lihat
tidak ada akhbar tempatan yang menerbitkan sesuatu
menarik berkenaan gerhana ini. Namun sesiapa yang
berminat menyaksikan kejadian gerhana kali ini
bolehlah membuka website: //eclipse.span.ch/total.htm.
Kita akan berupaya melihat proses gerhana ini secara
tertunda lima minit siaran lintas lansungnya. 


Kita di Malaysia hanya mampu menyaksikan gerhana bulan
penuh pada Julai 16, 2000. Gerhana penuh ini
dijangkakan berlaku selama 1 jam dan 47 minit. Ini
merupakan gerhana penuh yang paling lama sejak 140
tahun yang lalu (1859). 

Pentingnya Gerhana Bulan 

Secara kasar gerhana bulan adalah satu fenomena yang
berlaku untuk menunjukkan kebesaran Allah. Kerana itu
ada beberapa ajaran dan amalan yang telah diatur oleh
junjungan nabi kita (saw) setiap kali berlakunya
gerhana bulan. Jikalau kita buka Kitab Shahih Bukhary,
kita akan dapati pelbagai pengajaran yang bersangkutan
gerhana bulan dan juga mentari. Dari pengajaran itu
kita akan sedar betapa gerhana adalah satu kekuasaan
Allah yang perlu diambil ingatan oleh hamba-hambanya. 

Bulan Purnama 

Mengikut fahaman orang-orang tua, malam bulan purnama
adalah malam di mana bulan penuh yang berada pada
malam ke-14 dan ke-15. Inilah yang dikatakan 'malam
dahsyat' ataupun 'malam hebat' oleh para golongan yang
serbatahu. Pada malam beginilah manusia dikatakan
bertukar haluan. Kalau di sebahagian setengah bulan
pertama itu dia buas, di bahagian setengah terakhirnya
pula dia akan menjadi tenang. 

Orang Melayu banyak mengetahui pergerakan bulan
melalui kajian saintifik yang dipelajari daripada
barat ataupun daripada ilmu falak. Tetapi, kesan
kepada manusia disebabkan pertukaran pergerakan bulan
tidak pun ditulis secara meluas. Kerana itu
pengetahuan mendalam mengenai kesan-kesan itu hanya
diketahui secara ajaran lisan yang diturunkan daripada
satu generasi kepada generasi yang mendatang. 

-Pentingnya Pergerakan Bulan 

Setiap gerak langkah orang Islam adalah bergantung
kepada pergerakan bulan. Malahan kalau kita lihat
pepatah Melayu, banyak pepatah yang menggunakan
perkataan bulan menunjukkan sesuatu yang mengenai masa
dan perubahannya. 

 Pepatah seperti 'masuk bulan', 'naik