H-Net* Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Bhg.)

2001-06-29 Thread kliner


 


14. Apabila dikehendaki untuk mengakadnikah sesuatu perkahwinan dalam
negeri, tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah
memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar
bagi qariah masjid di mana pihak perempuan itu bermustautin.
Jika pihak lelaki bermustautin di qariah masjid yang berlainan dari
qariah masjid pihak perempuan atau bermustautin di mana-mana negeri, permohonannya
hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi qairah
masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak negeri itu, mengikut mana yang
berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkara
yang disebut dalam permohonan  itu adalah benar.
Permohonan tiap-tiap pihak hendaklah disampaikan kepada pendaftar sekurang-kurangnya
tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi
pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes
tertentu.
Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan
bersama.
15. Tertakluk kepada Seksyen 16, Pendaftar, apabila berpuas hati tentang
kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang sahnya
perkahwinan yang dicadangkan itu, dan jika pihak lelaki itu sudah berkahwin
pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan telah dibayar fee yang ditetapkan,
mengeluarkan kepala pemohon pengesahannya untuk berkahwin dalam borang
yang ditetapkan.
16. Dalam mana-mana kad berikut iaitu;
(a) jika pihak perempuan aalah seorang janda yang tersabit oleh Seksyen
12(3) atau
(b) jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum
Syarak,
maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertinfak di bawah Seksyen 15,
merujuk permohonan itu kepada Hakim Syariah yang mempunyai bidangkuasa
di tempat perempuan itu bermustautin.
Hakim Syariah, apabila berpuas hati kebenaran perkara-perkara yang disebutkan
dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu
dan bahawa kes itu adalah kes mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud
Seksyen 12(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan
oleh Wali Hakim bagi maksud-maksud Seksyen 11(b), mengikut mana yang berkenaan,
hendaklah pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya
dan setelah dibayar fee yang ditetapkan mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya
untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
17. Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran
berkahwin telah diberi;
(a) oleh Pendaftar di bawah Seksyen 15  atau oleh Hakim Syariah
di bawah Seksyen 16, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan
yang bermustautin dalam negeri, atau
(b) oleh Pihak Berkuasa yang hak bagi sesuatu negeri, jika perkahwinan
itu melibatkan seorang perempuan yang bermustautin di negeri itu.





H-Net* Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Bhg. 4)

2001-06-25 Thread kliner


 



12. Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya
dengan seseorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seorang lelaki lain.
 
Jika perempuan itu adalah seorang janda-
 (a) tertakluk kepada perenggan C, dia tidak boleh, pada
bila-bila masa sebelum tamat tempoh iddahnya yang dikira mengikut Hukum
Syarak, berkahwin dengan seseorang melainkan kepada lelaki yang akhir dia
telah bercerai.
(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan 
i. Suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di
bawah undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa; atau
ii. Suatu perakuan, yang boleh diberi atas permohonnya selepas di tempat
di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia adalah seorang
janda;


(c) jika perceraian itu adalah dengan ba`in kubra (tiga talaq)
dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu melainkan
dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi
oleh seseorang lain dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan
kemudiannya dengsan sah dan setelah habis iddahnya. (1)

Nota:
(1) Hukum bagi cina buta (istilah pak sanggup bagi berkahwin dengan
janda untuk dikembalikan kepada si suami yang menalak tiga) adalah haram
mutlak, sebab ia adalah dirancang.
 
Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah
disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam
iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya
yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Kadhi di tempat pengantin perempuan
bermustautin.
Jika perempaun itu adalah seorang balu.
 
i. dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila
masa sebelum tamat tempoh iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak.
ii. Dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan surat
perakuan kematian suaminya atau dengan cara lain menbuktikan kematian suaminya.


13. Jika seseorang telah mengikat suatu perjanjian pertunangan mengikut
Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada
secara bersendirian atau melalui seorang perantaraannya, dan kemudiannya
enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada perjanjian itu tanpa
apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin
demngannya, maka pihak yang mungkar adalah bertanggungjawab memulangkan
pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa
wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang
satu lagi untuk membuat persedian bagi perkahwinan itu, dan yang demikian
boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.
 






H-Net* Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Bhg. 6)

2001-07-13 Thread kliner


 


18. Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam qariah
masjid di mana pihak perempuan bermustautin , tetapi Pendaftar atau Hakim
Syariah yang memberi kebenaran berkahwin di bawah Seksyen 15 atau 16 boleh
memberi kebenaran untuk berkahwin itu diakadnikahkan di tempat lain, sama
ada dalam negeri atau mana-mana negeri.
Kebenaran di bawah Sekseyn (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin
yang diberi dibawah Seksyen 15 atau 16.
Walauapapun peruntukkan Subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu boleh
diakadnikahkan dalam qariah masjid yang lain daripada qariah masjid di
mana pihak perempuan bermustautin jika;
i. dalam hal di mana perempuan itu bermustautin dalam negeri kebenaran
berkahwin mengenai perkahwinan itu telah diberi dibawah Seksyen 15 atau
16 dan kebenaran untuk berkahwin itu diakadnikahkan dalam qariah masjid
yang lain itu telah diberi di bawah Subseksyen  (1) atau
ii. dalam hal di mana perempuan itu bermustautin dalam sesuatu negeri,
kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan
itu diakadnikahkan dalam qariah masjid yang lain itu telah diberi oleh
pihak berkuasa yang hak bagi negeri itu.
19. Mas Kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya
kepada pihak perempuan atau wakilnya dihadapan orang yang mengakadnikahkan
perkahwinan tu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan
olehnya, menetu dan merekodkan;
i. nilai dan butir-butir lain mas kahwin
ii. nilai dan butir-butir lain pemberian
iii. nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian
pada masa akadnikah itum, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan
iv. butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau
pemberian
20. Selepas sahaja diakadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar
hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta`liq yang ditetapkan
bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.
Catatan itu hendaklah diakui saksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan
itu dan oleh dua orang saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa
perkahwinan itu diakadnikahkan.
Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangangi oleh Pendaftar itu.
21. Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang lain dalam
masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih
dahulu mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada Qadi bahawa ia telah
membuat akuan dihadapa Qadi yang ia akan berlaku adil terhadap isteri-isterinya
dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa pengesahan tersebut, maka perkahwinan
itu tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.
Subseksyen  (1) terpakai bagi perkahwinan dalam negeri dan luar
negeri.
22. Tertakluk kepada subseksyen (2) perkahwinan bolehlah diakadnikahkan
mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah Seksyen 26
(5) dikedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana
negara yang telah diakadnikahkan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi,
atau Pejabat Konsul itu.
Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawak Seksyen ini, Pendaftar
hendaklah berpuas hati;
i. Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan itu adalah pemustautin
negeri.
ii. Bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwinan
mengikut Hukum Syarak dan Enakmen ini dan 
iii. Bahawa, jika salah satu pihak bukan pemustautin negeri, perkahwinan
yang dicadangkan itu, jika diakadnikahkan, akan dikira sebagai sah di tempat
di mana pihak itu bermustautin.
Prosedur bagi akadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen
ini hendaklah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai guna bagi
perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam
Negeri Perak di bawah Enakmen ini seolah-olah pendaftar yang dilantik untuk
sesuatu Negara Asing adalah seorang pendaftar untuk sesebuah negeri.