Re: H-Net* FW: [warga_kilang] Jawab Azam...jawab...tungguuuuu.......

2000-07-25 Terurut Topik rumzi matsaad


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
assalamualaikum.

kat bawah ni sebenarnya statement siapa niadakah kenyataan umno 
totok???
ini statement yang tak berlandaskan ilmu nih.pelik sangat ni.

boleh bagitau siapa yang hantar nih?

ok thanks


>FWD:  PAS, HADI AWANG DAN SEBUAH SKETSA AGAMA
>
>Nampaknya, Tuan Haji Abdul Hadi Awang dan Parti Islam se-Malaysia (PAS,
>walaupun PIM lebih tepat) benar-benar mengejutkan saya sebagai orang Islam.
>Selama ini saya memang menyedari sikap PAS yang selalu mengeluarkan
>fatwa-fatwa yang bersifat radikal tanpa menilai kesannya dan juga
>kewajarannya. Tapi tindakan kali ini amat mengecewakan.
>
>Tindakan cuba menggubal Undang-undang murtad yang membawa hukuman bunuh
>merupakan satu tindakan yang benar-benar mengecewakan saya sebagai penganut
>Islam. Ia tidak lebih daripada satu bentuk permainan politik yang meloyakan
>dengan anggapan bahawa orang Islam di Malaysia adalah Islam baka yang 
>bodoh.
>Mereka tahu bahawa undang-undang tersebut tidak mungkin akan diluluskan
>kerana hukum mati untuk orang murtad tidak terdapat dalam al-Quran.
>Jadi nanti bolehlah mereka ke seluruh pelusuk kampung menjaja bahawa Umno
>menolak hukum Islam. Sedangkan hakikat bahawa hukum bunuh untuk orang 
>murtad
>yang mereka bawa berdasarkan hadis lemah, dan tidak pula disokong oleh
>tindakan rasulullah, tidak diambil peduli demi cita-cita politik mereka.
>Mereka mempertaruhkan nyawa manusia demi cita-cita politik mereka.
>
>Sebagai orang Islam yang walaupun merupakan Islam baka tapi saya menyedari
>bahawa agama yang saya anuti ini bukan semata-mata kerana ibu bapa saya
>beragama Islam. Saya terus kekal dalam Islam kerana saya percaya
>kebenarannya dan keesaaan Allah.
>
>Saya diajar agama ini penuh keharmonian, keamanan dan toleransi bukan 
>sahaja
>sesama Islam tetapi juga dengan bukan Islam. Saya diajar bahawa seseorang
>yang bukan Islam juga adalah makhluk Allah yang sewajarnya mendapat hak dan
>dihormati selayaknya. Saya juga diajar bahawa Islam itu membenarkan
>kebebasan beragama. Tapi PAS memimpin imej yang sebaliknya.
>
>Di kampung saya dulu, kami, budak-budak, diajar memanggil orang cina yang
>meninggal dunia sebagai cina mampus. Tapi, seorang ustazah memarahi saya 
>dan
>berkata bahawa jangan menghina orang bukan Islam yang meninggal dunia 
>kerana
>kita tidak mengetahui sama ada dia telah memeluk Islam sebelum mati. 
>Lagipun
>dia juga makhluk Allah maka biarlah Allah yang menentukan tarafnya.
>
>Berbalik kepada cadangan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas orang yang
>murtad. Perkataan Arab bagi murtad ialah riddah yang berasal daripada kata
>dasar radd yang bermaksud "undur, menarik diri daripada atau keluar
>daripada."
>Dalam konteks Islam, perkataan murtad merujuk kepada perbuatan meninggalkan
>agama Islam sesudah mengaku beriman. Memang terdapat percanggahan pendapat
>para ulama tentang hukum murtad.
>
>Menurut al-Quran, "sesiapa yang tidak percaya akan Allah sesudah beriman
>kecuali orang yang dipaksa, sedangkan hatinya tetap dengan keimanan, tetapi
>barang siapa yang terbuka hatinya dengan kekufuran, maka pada merekalah
>kemarahan daripada Allah dan bagi merekalah azab yang besar."(16:106)
>
>Ayat lain pula berbunyi, "Dan jika mereka memecahkan sumpah mereka sesudah
>mereka berjanji dan mereka mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua
>kekufuran itu (kerana) sesungguhnya mereka itu tidak ada sumpah bagi 
>mereka,
>supaya mereka mahu berhenti." (9:12)
>
>Ternyata sekali kedua-dua ayat ini tidak pun mengatakan bahawa orang yang
>murtad harus dibunuh. Ayat pertama di atas jelas mencerminkan bahawa orang
>yang murtad akan menerima azab Allah bukannya hukuman oleh manusia. Dalam
>ayat kedua, perkataan perangi tidaklah boleh ditafsirkan sebagai arahan
>membunuh.
>Manakala dalam hadis pula (Sahih al-Bukhari), "Rasulullah s.a.w. tidak
>menghukum bunuh sesiapa jua pun dengan hukuman hudud kecuali salah satu
>daripada tiga kesalahan: orang yang membunuh dengan sengaja akan dibunuh,
>(begitu juga) orang yang melakukan zina sesudah bernikah ataupun orang yang
>memerangi Allah serta Rasul-Nya lalu menjadi murtad.
>
>Jadi nyata sekali bahawa Islam tidak pernah menghukum bunuh mana-mana orang
>Islam yang keluar daripada Islam kecuali mereka yang murtad dan kemudian
>menyerang serta mencela Islam. Itu pun Allah berfirman bahawa perangilah
>mereka- yang sudah tentu tidak semata-mata ditafsirkan sebagai hukuman
>bunuh.
>
>Pandangan bahawa orang yang murtad adalah perkara dosanya dengan Allah
>adalah selari dengan ayat al-Quran "Tidak ada paksaan dalam Islam" (2:256).
>Jauh daripada itu,

H-Net* FW: [warga_kilang] Jawab Azam...jawab...tungguuuuu.......

2000-07-24 Terurut Topik Zainal, Mohd Nizam (GEAE, Malaysia)


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~


-Original Message-
From: Azam Kamadin - Eng Penang [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Monday, July 24, 2000 11:15 PM
To: 'Zamros'
Cc: '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: [warga_kilang] Jawab Azam...jawab...tunggu...


Lu mau kata capoi ka, murai ka gua tak kisah..yg pasti otak gua ada
kat kapla kapla bukan macam tongkoi kayu spt geng jumud lagi
menjumudkan..janji bila berserban dan berjanggut sikit buat
statement...teruih bubuh kat kapla lutuit

Membelek email warga kilang hanya sampingan..tu pun kalau ada masa
lebih.tak tau lah pulak mana kauorang punya banyak masa
mengarang...

Kalau nak jawapansabarlah..bukankah sabar itu separuh dari
iman..apamacam kalau kita baca yg ni pulak...



---
FWD:  PAS, HADI AWANG DAN SEBUAH SKETSA AGAMA

Nampaknya, Tuan Haji Abdul Hadi Awang dan Parti Islam se-Malaysia (PAS,
walaupun PIM lebih tepat) benar-benar mengejutkan saya sebagai orang Islam.
Selama ini saya memang menyedari sikap PAS yang selalu mengeluarkan
fatwa-fatwa yang bersifat radikal tanpa menilai kesannya dan juga
kewajarannya. Tapi tindakan kali ini amat mengecewakan. 

Tindakan cuba menggubal Undang-undang murtad yang membawa hukuman bunuh
merupakan satu tindakan yang benar-benar mengecewakan saya sebagai penganut
Islam. Ia tidak lebih daripada satu bentuk permainan politik yang meloyakan
dengan anggapan bahawa orang Islam di Malaysia adalah Islam baka yang bodoh.
Mereka tahu bahawa undang-undang tersebut tidak mungkin akan diluluskan
kerana hukum mati untuk orang murtad tidak terdapat dalam al-Quran.
Jadi nanti bolehlah mereka ke seluruh pelusuk kampung menjaja bahawa Umno
menolak hukum Islam. Sedangkan hakikat bahawa hukum bunuh untuk orang murtad
yang mereka bawa berdasarkan hadis lemah, dan tidak pula disokong oleh
tindakan rasulullah, tidak diambil peduli demi cita-cita politik mereka.
Mereka mempertaruhkan nyawa manusia demi cita-cita politik mereka.

Sebagai orang Islam yang walaupun merupakan Islam baka tapi saya menyedari
bahawa agama yang saya anuti ini bukan semata-mata kerana ibu bapa saya
beragama Islam. Saya terus kekal dalam Islam kerana saya percaya
kebenarannya dan keesaaan Allah.

Saya diajar agama ini penuh keharmonian, keamanan dan toleransi bukan sahaja
sesama Islam tetapi juga dengan bukan Islam. Saya diajar bahawa seseorang
yang bukan Islam juga adalah makhluk Allah yang sewajarnya mendapat hak dan
dihormati selayaknya. Saya juga diajar bahawa Islam itu membenarkan
kebebasan beragama. Tapi PAS memimpin imej yang sebaliknya. 

Di kampung saya dulu, kami, budak-budak, diajar memanggil orang cina yang
meninggal dunia sebagai cina mampus. Tapi, seorang ustazah memarahi saya dan
berkata bahawa jangan menghina orang bukan Islam yang meninggal dunia kerana
kita tidak mengetahui sama ada dia telah memeluk Islam sebelum mati. Lagipun
dia juga makhluk Allah maka biarlah Allah yang menentukan tarafnya.

Berbalik kepada cadangan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas orang yang
murtad. Perkataan Arab bagi murtad ialah riddah yang berasal daripada kata
dasar radd yang bermaksud "undur, menarik diri daripada atau keluar
daripada." 
Dalam konteks Islam, perkataan murtad merujuk kepada perbuatan meninggalkan
agama Islam sesudah mengaku beriman. Memang terdapat percanggahan pendapat
para ulama tentang hukum murtad. 

Menurut al-Quran, "sesiapa yang tidak percaya akan Allah sesudah beriman
kecuali orang yang dipaksa, sedangkan hatinya tetap dengan keimanan, tetapi
barang siapa yang terbuka hatinya dengan kekufuran, maka pada merekalah
kemarahan daripada Allah dan bagi merekalah azab yang besar."(16:106)

Ayat lain pula berbunyi, "Dan jika mereka memecahkan sumpah mereka sesudah
mereka berjanji dan mereka mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua
kekufuran itu (kerana) sesungguhnya mereka itu tidak ada sumpah bagi mereka,
supaya mereka mahu berhenti." (9:12) 

Ternyata sekali kedua-dua ayat ini tidak pun mengatakan bahawa orang yang
murtad harus dibunuh. Ayat pertama di atas jelas mencerminkan bahawa orang
yang murtad akan menerima azab Allah bukannya hukuman oleh manusia. Dalam
ayat kedua, perkataan perangi tidaklah boleh ditafsirkan sebagai arahan
membunuh. 
Manakala dalam hadis pula (Sahih al-Bukhari), "Rasulullah s.a.w. tidak
menghukum bunuh sesiapa jua pun dengan hukuman hudud kecuali salah satu
daripada tiga kesalahan: orang yang membu