Membaiki Diri
Faktor Kemenangan
Allah SWT
berfirman:
maksudnya:"Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kamu
itu
mengubah itu mengubah apa yang ada pada diri mereka." (Ar-Ra'd:11)
Manusia
sememangnya inginkan perubahan dari jahat kepada baik dan lebih baik. Dari bodoh
kepada cerdik dan lebih cedik. Dari jahil kepada berilmu dan menguasai lebih
banyak ilmu. Daripada mundur kepada maju dan lebih maju. Daripada negatif kepada
positif dan lebih positif. Daripada pesimis kepada optimis dan lebih optimis
lagi. Daripada hina kepada mulia, dari tewas kepada menang.
Allah SWT menegaskan bahawa Allah
SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, puak, golongan atau bangsa sehingga
mereka terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka. Pada diri manusia
yang sifatnya berubah ialah hati dan akal. Fizikal manusia hanya menurut sahaja.
Hati yang mahu kepada perubahan itulah yang menjadi kunci kepada Allah SWT
mengubah kedudukan sesuatu kaum itu.
Perubahan yang Allah SWT tuntut
agar sesuatu kaum itu lakukan terlebih dahulu pengertiannya adalah umum. Salah
satu aspek yang amat penting dan utama bagi umat Islam membuat perubahan ialah
membaiki diri. Membaiki diri ertinya bersungguh-sungguh membersihkan hati dari
sebarang mazmummah (sifat keji) dan menukarkannya dengan sifat mahmudah (sifat
terpuji). Atau dengan kata-kata lain iaitu berusaha keras untuk menghampirkan
diri dengan Allah SWT dengan ketaatan dan dalam waktu yang sama meminimakan atau
tiada langsung dosa dan maksiat. Di situlah terletaknya sumber kejayaan yang
mana Allah SWT menjanjikan perubahan (kemenangan) kepada kaum yang membuat
perubahan terlebih dahulu iaitu membaiki diri. Disitulah terletak rahsia besar
kejayaan Umat Islam, khususnya para pejuang kebenaran.
Kerakusan, kejahatan, dosa dan
kemungkaran yang berpunca daripada mazmummah mengundang kemurkaan Allah SWT.
Hatta yang makruh sekalipun dibenci oleh Allah SWT. Bagaimana mungkin Allah SWT
memberi kemenangan dalam keadaan umat Islam yang belum pun berhadapan dengan
musuh sudah terlebih dahulu kecundang kepada nafsu sendiri. Pertolongan dan
bantuan Allah SWT tidak akan datang atau perubahan tidak akan Allah SWT berikan
kepada umat yang Allah tidak pandang kerana pautan hati umat kepada Allah SWT
sudah tiada atau terlalu nipis atau sudah hampir luput.
Sesungguhnya membaiki diri
itu merupakan senjata yang amat berkesan untuk
mengalahkan musuh. Musuh tewas dan mereka tidak sedar kerana Allah SWT
berperanan menjatuhkan mereka umpama angin (halus) yang menewaskan musuh dalam
perang Khandak.
Membaiki diri memanglah sukar lantaran itu para pejuang Islam kurang
memperdulikannya. Malah kedapatan di kalangan umat Islam ini asyik memikirkan
dan memberi tumpuan kepada musuh hingga urusan membaiki diri terus terpinggir.
Natijahnya, Allah SWT lambat mendatangkan bantuan dan kesudahannya lambat
mencapai kemenangan. Betapa gigih
dan handalnya umat Islam berjuang, sedikit pun tidak menjadikan musuh takut dan
gentar, kerana mereka punya kekuatan lebih canggih samada dari segi kelengkapan,
taktik dan strategi. Namun apa yang mereka sangat takut ialah apabila Umat Islam
sangat merintih, mengharap, berpaut dan bergantung kepada Allah SWT. Kerana
mereka tahu bahawa itulah aspek utama kemenangan Umat Islam. Disaat itu Allah
SWT datangkan kegerunan di hati musuh dalam menghadapi Umat Islam. Rasa gerun
dan takut itu ertinya mereka sudah menempa separuh kekalahan. Lantaran itulah
musuh Islam berusaha dangan berbagai cara, berbagai perangkap, perang saraf dan
perang psikologi bagi melalaikan Umat Islam daripada mengingat Allah SWT.
PERMATA MINDA
- Original Message -
From:
Justice
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, October 05, 2000 3:00
PM
Subject: H-Net* Kekerasan satu-satunya
jalan usir Zionis - Sheikhul Azhar
Subject: Kekerasan satu-satunya jalan usir Zionis - Sheikhul AzharDate:
Thu, 5 Oct 2000 12:18:35 +0800 Kekerasan satu-satunya jalan usir
Zionis - Sheikhul Azhar KAHERAH, 3 Okt (AFP) - Sheikul Azhar, Shaikh
Mohammed Sayed Tantawi,m enegaskan bahawa 'kekerasan' adalah satu-satunya
jalan yang sesuai bagiumat Islam menghadapi serangan Israel ke atas rakyat
Palestin di Jeruselambaru-baru ini. Shaikh Tantawi, dalam kenyataannya
kepada akhbar pembangkang Mesir, Al Wafd,A had l epas, berkata kejadian
yang berlaku di masjid Al-Aqsa itu menyokongprinsip 'hanya kekerasan boleh
menghalang kekerasan'. "Kekerasan hendaklah menjadi satu-satunya senjata
kita bagi menghadapiIsrael," kata Sheikh Al-Azhar itu lagi. Sejak
minggu lalu seramai 26 rakyat Palestin disahkan terbunuh akibatserangan
tentera Israel di Jeruselam, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. "Tindakan
Israel itu adalah perbuatan jenayah yang diharamkan oleh Syariahdan d!
ikut