Re: H-Net* Re: Soalan tentang perkahwinan dengan Muallaf

2000-02-17 Terurut Topik Hassan Hj Abdullah

Assalamualaikum wbt.
Eluklah sdri. yang bertanya itu sedar dari awal sebelum berkahwin dengan
pemuda pilihannya. Berdasarkan kepada maklumat yang dilampirkan, pemuda
itu ingin menganut agama Islam semata-mata kerana ingin mengahwininya,
bukan sudah lama menganut dan tertarik kepada cara hidup Islam.
Walaupun agama Islam adalah untuk semua bangsa dan keturunan (bukan
hanya untuk orang Melayu sahaja), tetapi oleh kerana ingin berkahwin barulah
sesaorang itu menganut agama Islam, dalam hal ini kenalah hati-hati menerimanya
sebagai suami.
Allah SWT menegaskan bahawa " ...Dan jgnlah kamu kahwinkan perempuan
muslim dgn lelaki musyrik kecuali mereka beriman (memeluk Islam)..."
itu amat dalam dan luas pengertiannya.
Orang yang berIman adalah orang yang beroleh petunjuk, bimbingan, pedoman
dan tuntunan daripada Allah.
Dalam kes ini, yang dipersoalkan adalah sdri. yang bertanya itu sendiri.
Jika sdri. penanya adalah seorang yang sudah biasa mengamalkan ciri-ciri
orang yang berIman dan beribadah, sudah tentu dari kaca mata sdri. penanya
tahu kedudukan sdri. berbanding dengan pemuda berkenaan, sesuai atau tidak
dikahwini.
Sebagai seorang yang berIman, tiada tempat yang paling baik dan paling
utama untuk memohon petunjuk dan jawapan pertanyaan melainkan kepada Allah.
Allah tetap berada dimana kita berada. Tanyakanlah kepada Allah (serukanlah
kepada Allah apa jua hajat dan keinginan nescaya Allah akan memberikan
jawapannya atau memperkenankan jawapannya). Yakinilah bahawa Allah itu
"Ada" dan sentiasa mendengar dan melihat apa jua yang kita lakukan hatta
yang belum lagi kita zahirkan atau yang masih tersembunyi di dalam hati.
Jika hubungan kita dengan Allah belum baik atau intim atau teguh, sehingga
kita merasakan bahawa tentulah jawapannya tidak diperoleh daripada Allah,
maka bagaimanakah boleh atau mampu kita mahu memimpin atau membimbing satu
manusia yang lain dan yang baru dalam penghidupan agama Islamnya?
"Barangsiapa yang berTakwa kepada Allah, nescaya Allah akan melepaskan
segala masalah dan kesukaran yang dihadapinya, dan Allah akan mengurniakan
rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga..." Ayat 1000 Dinar..
BerIman dengan Allah bermakna yakin bahawa Allahlah yang akan menjadi
pelindung dan penolong selamanya...
Wallahu a'alam.
Abu Az-Zuhri wrote:

Assalamualaikum
Saya telah ditanya seperti berikut:
" Saya akan berkahwin dengan seorang yang baru sahaja memeluk Islam.
Bakal suami saya ini adalah seorang yang berugama Kristian. Beliau adalah
seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan baik hati. Beliau akan memeluk
Islam akan tetapi apa yang saya khuatir samada
beliau akan mengamalkan amal ibadat yang diwajibkan oleh Islam.
1.Adakah saya akan turut sama menanggung dosa beliau, sekiranya beliau
engkar mengerjakan tuntutan Islam ?
Saya mendapat jawaban yang berbeda beda dari berbagai bagai pihak, semoga
tuan dapat menjelaskan dengan sepenuhnya.

Wa'alaikumsalam warahmatullah,
Kita tinjau dalil-dalil naqli mengenainya.
Firman Allah S.W.T:
"Tiada paksaan dalam memeluk agama, telah nyata jalan yang benar dari
jalan yang sesat" (Surah
Al-Baqarah: ayat 256)
FirmanNya lagi:
"Dan jgnlah kamu berkahwin dgn perempuan2 kafir musyrik sblm mereka
beriman dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yg beriman itu lebih baik
daripada seorang perempuan musyrik sekalipun keadaannya memikat/menarik
hati kamu. Dan jgnlah kamu kahwinkan perempuan muslim dgn lelaki
musyrik kecuali mereka beriman (memeluk Islam). Sesungguhnya hamba
lelaki yg beriman adalah lebih baik drpd lelaki musyrik meskipun
ia mentakjubkan hati kamu. Mereka itu menyeru ke dlm neraka dan
Allah menyeru ke dlm syurga dan kepada ampunan dgn izinNya. Allah menyatakan
ayat2Nya kpd manusia, mudah-mudahan mereka menerima peringatan" (Surah
Al-Baqarah: ayat 221)
"Kalau sudah yakin mereka itu perempuan2 mu'minah, maka jgnlah dikembalikan
kpd org2 kafir sbb mereka itu tidak halal bagi kaum kafir dan kaum kafir
pun tidak halal buat mereka (muslimah)." (Surah Al-Mumtahinah: ayat
10)
Daripada Umar Al-Khattab R.A katanya: Aku telah mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda: "Bahawasanya amalan itu bergantung kpd niat dan hanyasanya
bagi setiap manusia itu apa yg diniatkannya. Maka barangsiapa berhijrah
kerana Allah dan RasulNya, maka hijrah itu adalah kpd Allah dan RasulNya.
Dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia yg ia ingin memperolehinya atau
kerana seorang perempuan yg ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah
kpd apa yg ia berhijrah kerananya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang lelaki telah bertanya kpd Al-Hasan bin Ali, katanya: "Saya
mempunyai seorang anak perempuan, dgn siapakah yg harus saya kahwinkan?"
Al-Hasan menjawab: "Kahwinkannya dgn org yg bertaqwa kpd Allah, jika
dia sayangkannya tentulah dia akan memuliakannya dan jika dia tidak menyayanginya
tentulah dia tidak akan menzaliminya."
(Fiqh Al-Mar'ah Al-Muslimah, Ibrahim Al-Jamal)
Penjelasan:
1. Ayat 221 Al-Baqarah memberi peringatan baik kpd lelaki mukmin ataupun
perempuan mukmin supaya berhati-hati memilih 

H-Net* Re: Soalan tentang perkahwinan dengan Muallaf

2000-02-16 Terurut Topik Abu Az-Zuhri

perempuan mukmin supaya berhati-hati memilih pasangan agar tidak terjerat
dgn keperibadian dan rupa paras. Sebaik-baiknya memilih mereka yg
dah JELAS bertaqwa. Saya kira kita semua belum pasti sikap seseorang yg
belum jelas ketaqwaannya selepas berkahwin, mungkin dia menjadi bertambah
baik atau lebih buruk.
2. Hadith di atas (bahawa segala amalan itu bergantung kpd niat)
mengisahkan seorang sahabat bernama Hatib yg menyintai Ummu Qais. Pernah
suatu ketika sblm berhijrah Hatib meminang Ummu Qais tetapi peminangannya
ditolak. Dan apabila sampai ke pengetahuan Hatib bahawa Ummu Qais akan
berhijrah ke Madinah bersama-sama org Islam lain, maka Hatib pun turut
berhijrah. Lalu hadith ini disabdakan kerana menempelak sikap Hatib tersebut.
Beliau (Hatib) berhijrah bukanlah kerana suruhan Allah dan RasulNya, tetapi
kerana cintanya terhadap Ummu Qais.
 Apa yg saya hendak sebut disini, adakah perkahwinan
itu (kes di atas) atas nama agama (kerana ALlah Taala) atau kerana beliau
adalah seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan baik hati? Kalau dia
memeluk Islam atas dasar perkahwinan, maka itulah yg dia dapat, mungkin
selepas berkahwin dia tidak sembahyang atau tidak melakukan tuntutan agama
etc. Kalau dia memeluk Islam kerana Allah dan RasulNya BUKAN kerana hendak
bernikah dgn perempuan yg dicintainya, maka hasilnya InsyaAllah baik. Betul,
memanglah penting peribadi2 yang baik, yg ini sememangnya dituntut oleh
agama. Banyak kes yg memeluk Islam kerana nak kawin, berakhir dgn ketidakbahagiaan.
Walaupun begitu, saya tidak nafikan ada juga yg menjadi bertambah baik
sblmnya. Cuma sekadar peringatan, NIAT menentukan segalanya.
3. Ayat 256 surah AL-baqarah menerangkan umat lain tidak dipaksa memeluk
Islam. Saudari di atas perlu menjelaskan hal ini kpd dia (lelaki tersebut).
Once dia mengucap kalimah syahadat, maka dia WAJIB patuh taat dan meninggalkan
larangan yg dituntut oleh agama Islam. Bukan sekadar mengucap kalimah syahadat
tetapi hendaklah ia menunaikan hak-hak kalimah dan tuntutannya. Islam bukan
agama hawa nafsu, bukan agama utk berkahwin tetapi ia adalah Way of life.
4. Tentang persoalan di atas, 'adakah saudari berdosa sekiranya beliau
engkar mengerjakan perintah agama?' ini boleh dilihat dua aspek:
a. Adakah telah sampai dakwah kpdnya? Sekiranya keingkaran beliau di
atas sebab kelalaian