H-Net* Siapa Betul?

2000-06-29 Terurut Topik Haslim, Hassan


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Kenyataan siapa yang betul?
Tan Sri Mohd. Hassan Marican kata pembayaran royalti itu adalah berdasarkan
perjanjian yang telah dibuat pada 1975 antara Petronas dan kerajaan negeri
Terengganu hasil penyerahan hak sumber minyak dan gas kepada Petronas di
bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Tan Sri Wan Mokhtar kata pulak tidak ada sebarang perjanjian yang menyatakan
royalti minyak adalah hak kerajaan negeri Terengganu. Agaknya disebabkan Wan
Mokhtar beranggapan tidak ada perjanjian mengenai royalti minyak ni, jadi
wang royalti yang diberi dulu bukan hak kerajaan negeri. Kot sebab tu duit
tu "hilang" dan negeri Terengganu masih tak kaya-kaya lagi.
PM pulak kata pemberian royalti 5% adalah satu kesilapan dan hanya sebagai
ihsan.
Yang paling "bijak" ialah Shahidan yang terus nak saman Petronas. Apa motif
dan kaitan Shahidan yang dok kat Perlis tu alih-alih melenting nak saman
Petronas? Adakah Shahidan ni nak over-jacking atau ampu yang power habis kat
piem? Agak terlampau bersemangat nak ampu piem, sampai tersasau-sasau macam
orang tak cukup akal kot?

Royalti minyak ikut perjanjian
KUALA LUMPUR 29 Jun - Petronas hari ini menyatakan pembayaran royalti minyak
kepada kerajaan negeri Terengganu dibuat berdasarkan perjanjian rasmi yang
telah dimeterai antara syarikat minyak kebangsaaan itu dengan kerajaan
negeri pada tahun 1975. 
''Pembayaran royalti itu adalah berdasarkan perjanjian yang telah dibuat
pada 1975 antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu hasil penyerahan
hak sumber minyak dan gas kepada Petronas di bawah Akta Pembangunan
Petroleum 1974'' kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri
Mohd. Hassan Marican selepas pengumuman keputusan kewangan syarikat itu di
sini. 
Kenyataan presiden Petronas itu sekali gus menolak kenyataan bekas Menteri
Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, yang mendakwa tidak ada
sebarang perjanjian yang menyatakan royalti minyak adalah hak kerajaan
negeri itu. 
Wan Mokhtar menyatakan, pembayaran royalti itu hanyalah ihsan Kerajaan Pusat
dan pemberian itu dimeterai melalui satu dokumen persefahaman yang
ditandatanganinya dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden Petronas
ketika itu. 
Mohd. Hassan berkata, jumlah royalti yang seharusnya dibayar pada setiap
tahun adalah sebanyak lima peratus bagi pengeluaran minyak dan gas dan ia
tidak menyatakan tempoh tamat bagi persetujuan itu. 
''Ia (pembayaran royalti itu) adalah selagi minyak dan gas dikeluarkan oleh
Petronas,'' katanya menjawab mengenai tempoh sah perjanjian tersebut. 
Beliau turut mengesahkan laporan Utusan bahawa pembayaran royalti dijangka
pada November ini berjumlah RM810 juta, kira-kira 75 peratus lebih tinggi
berbanding RM426 juta yang diberikan pada tahun lalu. 
''Saya boleh mengesahkan jumlah royalti terakru dan tertunggak adalah
berjumlah RM810 juta, itu adalah lima peratus daripada jumlah pengeluaran,''
katanya. 
Menurut Mohd. Hassan, isu penyaluran wang itu tidak sepatutnya timbul
memandangkan Petronas sendiri dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat di
bawah pengawasan Perdana Menteri. 
''Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad) sendiri menyatakan
bahawa satu kajian akan dibuat mengenai isu ini, jadi kita tunggulah
keputusan kajian itu,'' ujar beliau. 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]

Satu kesilapan - PM -- Pembayaran royalti minyak lima peratus kepada
Terengganu
BANGI 29 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata,
pemberian royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu
adalah satu kesilapan. 
Menurutnya, pada masa itu royalti tersebut diberikan berasaskan kepercayaan
bahawa Terengganu adalah negeri termiskin. 
''Oleh kerana Terengganu dulu diperintah oleh Barisan Nasional (BN), kita
tidak ambil kira secara teliti tentang hak negeri-negeri lain di Semenanjung
untuk mendapat royalti. 
''Jadi kita bagi dengan kepercayaan bahawa Terengganu adalah negeri miskin
dan memandangkan ketika itu rizab minyak begitu kecil, Terengganu akan
mendapat royalti paling banyak pun RM50 juta sahaja,'' katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan isu pemberian royalti
minyak kepada kerajaan Terengganu pada sidang akhbar selepas merasmikan
Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini, hari ini. 
Isnin lepas, Perdana Menteri yang mengulas berita eksklusif muka depan
Utusan berkata, kerajaan akan meneliti sama ada benar pemberian royalti itu
menjadi sebahagian daripada perjanjian dengan Terengganu. 
Laporan Utusan yang memetik sumber itu menyebut, 

Re: H-Net* Siapa Betul?

2000-06-29 Terurut Topik Pak EnGkU


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Dua -dua tu nak kata silap pun tidak, nak kata betul
pun tidak. SEbenarnya ada tukang silap mata yg
memberikan kita masalah sehingga kita semua jadi 
silap dalam pendengaran dan penglihatan.

Itulah kerja Nostrodomus Melayu yg bakal dikencingkan
kuburnya oleh anak-anak yg sedang bermain mancis api .
Mungkin tahun 2020 nanti.

Wassalam

--- "Haslim, Hassan" [EMAIL PROTECTED]
wrote:
~~~
 Kenyataan siapa yang betul?
 Tan Sri Mohd. Hassan Marican kata pembayaran royalti
 itu adalah berdasarkan
 perjanjian yang telah dibuat pada 1975 antara
 Petronas dan kerajaan negeri
 Terengganu hasil penyerahan hak sumber minyak dan
 gas kepada Petronas di
 bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.
 Tan Sri Wan Mokhtar kata pulak tidak ada sebarang
 perjanjian yang menyatakan
 royalti minyak adalah hak kerajaan negeri
 Terengganu. Agaknya disebabkan Wan
 Mokhtar beranggapan tidak ada perjanjian mengenai
 royalti minyak ni, jadi
 wang royalti yang diberi dulu bukan hak kerajaan
 negeri. Kot sebab tu duit
 tu "hilang" dan negeri Terengganu masih tak
 kaya-kaya lagi.
 PM pulak kata pemberian royalti 5% adalah satu
 kesilapan dan hanya sebagai
 ihsan.
 Yang paling "bijak" ialah Shahidan yang terus nak
 saman Petronas. Apa motif
 dan kaitan Shahidan yang dok kat Perlis tu alih-alih
 melenting nak saman
 Petronas? Adakah Shahidan ni nak over-jacking atau
 ampu yang power habis kat
 piem? Agak terlampau bersemangat nak ampu piem,
 sampai tersasau-sasau macam
 orang tak cukup akal kot?
 
 Royalti minyak ikut perjanjian
 KUALA LUMPUR 29 Jun - Petronas hari ini menyatakan
 pembayaran royalti minyak
 kepada kerajaan negeri Terengganu dibuat berdasarkan
 perjanjian rasmi yang
 telah dimeterai antara syarikat minyak kebangsaaan
 itu dengan kerajaan
 negeri pada tahun 1975. 
 ''Pembayaran royalti itu adalah berdasarkan
 perjanjian yang telah dibuat
 pada 1975 antara Petronas dan kerajaan negeri
 Terengganu hasil penyerahan
 hak sumber minyak dan gas kepada Petronas di bawah
 Akta Pembangunan
 Petroleum 1974'' kata Presiden dan Ketua Pegawai
 Eksekutif Petronas, Tan Sri
 Mohd. Hassan Marican selepas pengumuman keputusan
 kewangan syarikat itu di
 sini. 
 Kenyataan presiden Petronas itu sekali gus menolak
 kenyataan bekas Menteri
 Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad,
 yang mendakwa tidak ada
 sebarang perjanjian yang menyatakan royalti minyak
 adalah hak kerajaan
 negeri itu. 
 Wan Mokhtar menyatakan, pembayaran royalti itu
 hanyalah ihsan Kerajaan Pusat
 dan pemberian itu dimeterai melalui satu dokumen
 persefahaman yang
 ditandatanganinya dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku
 Presiden Petronas
 ketika itu. 
 Mohd. Hassan berkata, jumlah royalti yang seharusnya
 dibayar pada setiap
 tahun adalah sebanyak lima peratus bagi pengeluaran
 minyak dan gas dan ia
 tidak menyatakan tempoh tamat bagi persetujuan itu. 
 ''Ia (pembayaran royalti itu) adalah selagi minyak
 dan gas dikeluarkan oleh
 Petronas,'' katanya menjawab mengenai tempoh sah
 perjanjian tersebut. 
 Beliau turut mengesahkan laporan Utusan bahawa
 pembayaran royalti dijangka
 pada November ini berjumlah RM810 juta, kira-kira 75
 peratus lebih tinggi
 berbanding RM426 juta yang diberikan pada tahun
 lalu. 
 ''Saya boleh mengesahkan jumlah royalti terakru dan
 tertunggak adalah
 berjumlah RM810 juta, itu adalah lima peratus
 daripada jumlah pengeluaran,''
 katanya. 
 Menurut Mohd. Hassan, isu penyaluran wang itu tidak
 sepatutnya timbul
 memandangkan Petronas sendiri dimiliki sepenuhnya
 oleh Kerajaan Pusat di
 bawah pengawasan Perdana Menteri. 
 ''Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad)
 sendiri menyatakan
 bahawa satu kajian akan dibuat mengenai isu ini,
 jadi kita tunggulah
 keputusan kajian itu,'' ujar beliau. 
 
 © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan
 Chan Sow Lin, 55200 Kuala
 Lumpur.
 E-mail: [EMAIL PROTECTED]
 
 Satu kesilapan - PM -- Pembayaran royalti minyak
 lima peratus kepada
 Terengganu
 BANGI 29 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
 Mahathir Mohamad berkata,
 pemberian royalti minyak sebanyak lima peratus
 kepada kerajaan Terengganu
 adalah satu kesilapan. 
 Menurutnya, pada masa itu royalti tersebut diberikan
 berasaskan kepercayaan
 bahawa Terengganu adalah negeri termiskin. 
 ''Oleh kerana Terengganu dulu diperintah oleh
 Barisan Nasional (BN), kita
 tidak ambil kira secara teliti tentang hak
 negeri-negeri lain di Semenanjung
 untuk mendapat royalti. 
 ''Jadi kita bagi dengan kepercayaan bahawa
 Terengganu adalah negeri miskin
 dan memandangkan ketika itu rizab