H-Net* Tragedi Sauk : Al-Maunah Diperangkap SB?

2000-07-16 Thread AEIOU
Tragedi Sauk : Al-Maunah Diperangkap SB 
Assalamualaikum wbk, Terlebih dahulu saya meminta keizinan untuk menyampaikan maklumat yang sayaketahui mengenai kes rompakan senjata di Grik dan Al-Maunah secara khususnyamudah-mudahan maklumat ini akan memberi maklumat yang seimbang darikedua-dua belah pihak. Sebagai pengenalan saya pernah mempelajari ilmu dalam Al-Maunah semenjakpenubuhannya dan merupakan ahli tidak aktif, walaubagaimanapun sayamengikuti perkembangannya sedikit sebanyak dari sahabat saya yang jugaditangkap setelah diPERANGKAP di Grik baru-baru ini, saya juga merupakansalah seorang dari kalangan professional dalam Al-Maunah. Saya akan cubamenjelaskan beberapa perkara mengenai Al-Maunah dan bagaimana kumpulanAl-Maunah di Grik baru-baru ini di PERANGKAP oleh pihak yang berkuasa untukmengalihkan perhatian rakyat dan menyerang BA terutamanya Parti PAS,ringkasnya serampang dua mata. <<...>> Persoalan Pertama:Adakah Al-Maunah mengam!
alkan ajaran sesat dan apakah ilmu dalam "kebatinan"yang dipelajari oleh ahli-ahli? Kami diberitahu bahawa semua manusia dilahirkan dengan kuasa dalaman "ruh"semenjak kita dilahirkan, cuma kita tidak pernah mendidik apatah lagi tahucara menggunakannya. Al-Maunah telah mengajarkan bahawa untuk mengaktifkankuasa dalaman, mendidik dengan cara Islam seterusnya menggunakannya untuktujuan yang baik sebagaimana kita menggunakan anggota fizikal seperti kakiuntuk berjalan dsb. Kuasa dalaman diaktifkan dengan bersembahyang hajat danbermunajat kpd Allah SWT seterusnya dilatih dengan latihan pernafasan dengankalimah Allah dan Allahu Akbar setiap kali tarik/lepaskan nafas. Antarakuasa ilmu ilmu dapat menjatuhkan lawan jarak jauh, musuh dan senjata gagalmenghampiri diri dan menyentuh tubuh pengamal, dsb. Cara menggunakannyainsyaAllah saya akan sampaikan dilain masa. Walaupun nampak mudah tidaksemua orang dapat mengeluarkan kuasa (menguasai!
) ilmu ini keranasyarat-syaratnya terlalu ketat. Ilmu ini tak kan jadi kalau pengamalsembahyang tak cukup 5 kali sehari, pakai seluar pendek diluar dan melakukanmaksiat apatah lagi untuk bertujuan melakukan niat jahat. Aqidah pun clear,tak ada ajaran-ajaran karut-marut, ramai kalangan ahli yang berlatarbelakangkan agama sentiasa memberi tazkirah selepas sesi latihan danahli-ahli digalakkan mengikuti pengajian-pengajian agama dimasjid/surau dansembahyang berjemaah. ADAKAH AL_MAUNAH SESAT? Periksa dahulu, ingatlah hadisyang menyatakan sekiranya pihak yang dituduh SESAT tidak sesat maka hukumsesat/kafir tersebut jatuh pada DIRINYA. Persoalan Kedua:Benarkah Al-Maunah melancarkan JIHAD? Jawapan ringkasnya TIDAK. Mengapa? Sebab tujuan utamanya sebagai salah satucara untuk mengajak individu Islam mengamalkan Islam disamping memiliki ilmumempertahankan diri disamping tujuan am Al-Maunah hanyalah untuk menyediakankalangan umat!
 Islam yang bersedia dengan kekuatan bila tiba masanya JIHADitu wajib (bila keadaan menjadi tidak aman) dan menyediakan kalangan orangIslam yang bersedia mempertahan Islam dan umat Islam pada masa akan datang.Sebab itu Al-Maunah cuba mengumpulkan seberapa banyak orang Islammenyertainya dan telah pun cuba mendapatkan pengesahan JAIS dan disahkan pundan mendaftarkan pertubuhan agar orang ramai tidak ragu dengan pertubuhandan sebab itu juga ramai professional dan kakitangan awam termasuk tenteradan polis termasuk SB masuk menjadi ahli. Persoalan Ketiga:Adakah Al-Maunah pertubuhan HARAM dan MILITANT? Sebahagiannya telah dijawab diatas. Al-Maunah bukan pertubuhan undergrounddan tidak mengadakan aktiviti secara sembunyi2, Al-Maunah menyiarkan iklandi akhbar2, membuka ibupejabat, menyampaikan maklumat dimajalah2, danahlinya pernah muncul TV3 (majalah3). Aktiviti termasuk latihan diadakanditempat terbuka disiang hari dan orang aw!
am boleh melihat dan sekiranyatertarik boleh menyertainya. Semua ahli dikehendaki menyediakan gambar dansalinan I/C selain alamat. Sekiranya ada 1000 ahli maka akan ada 1000 kepinggambar ahli, dan saya fikir tak banyak pertubuhan lain yang boleh ikut, UMNOBahagian pun belum tentu ada kesemua gambar AJK cawangan di bahagian tsb.Al-Maunah juga mempunyai web site rasmi yang boleh dicapai oleh siapa sajatermasuk MEDIA dan SB. Pendek kata ada ke dalam dunia ini pertubuhan HARAMdan MILITANT yang berani buat macam Al-Maunah. Ringkasnya tindakan BUNUHDIRI. Sekali lagi adakah Al-Maunah pertubuhan HARAM dan MILITANT? TIDAK. Persoalan Keempat:Adakah benar ahli-ahli Al-Maunah ditangkap di Grik? Benar, sebahagian besar meraka adalah dari kumpulan Al-Maunah.Walaubagaimanapun mereka telah diperangkap dengan KEJAM. Kepercayaan dananalisis saya dari maklumat yang saya terima mereka TIDAK terlibat denganROMPAKAN Senjata secara langsung. Te!
man saya memberitahu memang merekamenggunakan hutan di Sauk sebagai markaz aktiviti tahan lasak selama ini.Beberapa bulan lepas teman saya sering kesana 2/3 malam untuk meningkatkanilmu dalam kerohanian dan latihan lasak. Memang sebahagian mereka mempunyaipakaian baju celoreng. Persoalan Kelima (ter

Re: H-Net* Tragedi Sauk : Al-Maunah Diperangkap SB?

2000-07-17 Thread michel mick


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Salam,
Bagi saya cerita yang saudara berikan memang boleh dipercayai jika kita 
mengimbas kembali conspiracy yang lepas-lepas,
Pertama sewaktu Operasi Lalang tahun 1987 (kalau tak silap) ramai ahli PAS 
dari Felcra Gugusan Lekir ditangkap atas isu menyimpan senjataapi, pada 
asalnya kumpulan ini didatangi ahli baru dari Kedah yang sama-sama mengikuti 
Usrah, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PAS cawangan tersebut, lepas 
tu si ahli baru pun mula masukkan jarum menanyakan sesiapa yang mahu senjata 
api, beliau boleh dapatkan dari Sempadan Siam, maka bila ada tawaran macam 
ni, ahli-ahli disitu pun apa lagi semangat keinginan teringin juga nak 
miliki,, akhir kata masing-masing pun dapatlah barang yang ditawarkan. Tak 
lama selepas tu ahli baru ni kononnya nak balik kampong, tup-tup lepas tu 
polis dengan sb-sb datang menyelongkar rumah-rumah ahli yang menyimpan 
senjata tersebut, maka habis semua ahli cawangan tersebut kena tangkap dah 
ditahan dibawah ISA selama dua tahun, sekarang ni cawangan tu terus lemah 
tak aktif lagi macam sebelum kena tangkap dulu.

Lagi satu kes sewaktu Ustaz Ghazali Habullah pengasas Darul Atiq kat 
Kuala Kubu Baru ditangkap, beliau pun ditangkap oleh anak muridnya sendiri 
seorang SB juga, mula-mula ikut belajar, last-last ditangkapnya balik tok 
guru yang dia belajar, moga-moga apa yang berlaku tu haruslah diberi 
perhatian yang sewajarnya. Wassalam


>From: AEIOU <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Tragedi Sauk : Al-Maunah Diperangkap SB?
>Date: Sun, 16 Jul 2000 21:59:10 -0700 (PDT)
>
>
>Tragedi Sauk : Al-Maunah Diperangkap SB
>
>
>Assalamualaikum wbk,
>Terlebih dahulu saya meminta keizinan untuk menyampaikan maklumat yang saya
>ketahui mengenai kes rompakan senjata di Grik dan Al-Maunah secara 
>khususnya
>mudah-mudahan maklumat ini akan memberi maklumat yang seimbang dari
>kedua-dua belah pihak.
>Sebagai pengenalan saya pernah mempelajari ilmu dalam Al-Maunah semenjak
>penubuhannya dan merupakan ahli tidak aktif, walaubagaimanapun saya
>mengikuti perkembangannya sedikit sebanyak dari sahabat saya yang juga
>ditangkap setelah diPERANGKAP di Grik baru-baru ini, saya juga merupakan
>salah seorang dari kalangan professional dalam Al-Maunah. Saya akan cuba
>menjelaskan beberapa perkara mengenai Al-Maunah dan bagaimana kumpulan
>Al-Maunah di Grik baru-baru ini di PERANGKAP oleh pihak yang berkuasa untuk
>mengalihkan perhatian rakyat dan menyerang BA terutamanya Parti PAS,
>ringkasnya serampang dua mata.
><<...>>
>Persoalan Pertama:
>Adakah Al-Maunah mengamalkan ajaran sesat dan apakah ilmu dalam "kebatinan"
>yang dipelajari oleh ahli-ahli?
>Kami diberitahu bahawa semua manusia dilahirkan dengan kuasa dalaman "ruh"
>semenjak kita dilahirkan, cuma kita tidak pernah mendidik apatah lagi tahu
>cara menggunakannya. Al-Maunah telah mengajarkan bahawa untuk mengaktifkan
>kuasa dalaman, mendidik dengan cara Islam seterusnya menggunakannya untuk
>tujuan yang baik sebagaimana kita menggunakan anggota fizikal seperti kaki
>untuk berjalan dsb. Kuasa dalaman diaktifkan dengan bersembahyang hajat dan
>bermunajat kpd Allah SWT seterusnya dilatih dengan latihan pernafasan 
>dengan
>kalimah Allah dan Allahu Akbar setiap kali tarik/lepaskan nafas. Antara
>kuasa ilmu ilmu dapat menjatuhkan lawan jarak jauh, musuh dan senjata gagal
>menghampiri diri dan menyentuh tubuh pengamal, dsb. Cara menggunakannya
>insyaAllah saya akan sampaikan dilain masa. Walaupun nampak mudah tidak
>semua orang dapat mengeluarkan kuasa (menguasai) ilmu ini kerana
>syarat-syaratnya terlalu ketat. Ilmu ini tak kan jadi kalau pengamal
>sembahyang tak cukup 5 kali sehari, pakai seluar pendek diluar dan 
>melakukan
>maksiat apatah lagi untuk bertujuan melakukan niat jahat. Aqidah pun clear,
>tak ada ajaran-ajaran karut-marut, ramai kalangan ahli yang berlatar
>belakangkan agama sentiasa memberi tazkirah selepas sesi latihan dan
>ahli-ahli digalakkan mengikuti pengajian-pengajian agama dimasjid/surau dan
>sembahyang berjemaah. ADAKAH AL_MAUNAH SESAT? Periksa dahulu, ingatlah 
>hadis
>yang menyatakan sekiranya pihak yang dituduh SESAT tidak sesat maka hukum
>sesat/kafir tersebut jatuh pada DIRINYA.
>Persoalan Kedua:
>Benarkah Al-Maunah melancarkan JIHAD?
>Jawapan ringkasnya TIDAK. Mengapa? Sebab tujuan utamanya sebagai salah satu
>cara untuk mengajak individu Islam mengamalk