*~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~
From:
"Noor Hasni Mohamad Tahir" <[EMAIL PROTECTED]>
Sat 8:21
Subject:
[alternatif-net] [Fwd: H-Net* "tunggu arahan saya selanjutnya
mengenai Datuk Seri
Anwar".]
To:
"Norhidayah bt Shahuri @MATERIALS [MS-Mail [EMAIL PROTECTED]]"
<[EMAIL PROTECTED]>,
"\"Ida @ Siti Aishah Bt Ismail @MATERIALS [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]%@" <[EMAIL PROTECTED]>,
"\"Jalimah Mohammad Jais @TNBMSC [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]%@" <[EMAIL PROTECTED]>,
"\"Norazian Baharudin @TPWPEMBGN [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]%@" <[EMAIL PROTECTED]>,
"\"Norsidah Abdul Aziz @STORHQ [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]]" <[EMAIL PROTECTED]>,
"\"Nuriah Bt Umar @MATERIALS [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]]\"" <[EMAIL PROTECTED]>,
"\"Nuzha Hj. Hussein @PDSHAHALAM\"" <[EMAIL PROTECTED]>,
"[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
"[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
Raja Badeli Safri Raja Shaharin <[EMAIL PROTECTED]>,
Raja Badrul Zaman Raja Mahmood <[EMAIL PROTECTED]>,
Salwah Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>, Siti Zainah Ilias
<[EMAIL PROTECTED]>,
Umi Kalthom Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>,
ZAITON BTE JUWAINI <[EMAIL PROTECTED]>,
"[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
From:
"Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>
Sat 0:48
Subject:
H-Net* "tunggu arahan saya selanjutnya mengenai Datuk Seri
Anwar".
To:
"Adil" <[EMAIL PROTECTED]>, "Anwarxtpm"
<[EMAIL PROTECTED]>,
"Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>, "SKancil" <[EMAIL PROTECTED]>
BERITA MALAYSIA
October 22 , 1999 21:02PM
SAYA TIDAK SANGKA DIKENAKAN TINDAKAN DRASTIK, KATA
ANWAR
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu
Mahkamah
Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menyangka bahawa
"ketegangan hubungannya
dengan Perdana Menteri" menyebabkan tindakan drastik diambil
terhadapnya.
Anwar berkata beliau telah dimaklumkan oleh Tun Daim Zainuddin, Menteri
Kewangan
Pertama, bahawa beliau akan didakwa di mahkamah dengan segera terhadap
pelbagai
tuduhan termasuk rasuah dan salahlaku seks.
"Walaupun saya menjangka masalah akan berbangkit akibat ketegangan
hubungan saya
dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, saya tidak
terfikir ada
kemungkinan mereka tergamak mengambil tindakan sedrastik itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada hari pertama beliau membela diri terhadap
tuduhan meliwat
Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi isterinya pada perbicaraan
yang masuk hari ke-62
hari ini.
Anwar dilucutkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan pada
2 Sept 1998.
Anwar, 52, dan adik angkatnya Sukma, 38, menghadapi tuduhan bersama
meliwat Azizan, 39,
di pangsapuri Sukma di Tivoli Villa, Bangsar, di sini pada suatu malam
antara Januari dan
Mac 1993.
Sukma, ahli perniagaan, menghadapi satu lagi tuduhan iaitu bersubahat
dengan Anwar untuk
meliwat Azizan di tempat dan pada masa yang sama.
Sebelum itu, ketika diminta mengingati mengenai peristiwa yang relevan
sehingga
pemecatannya, Anwar berkata ia bermula dengan Daim memaklumkannya pada
12 Ogos
1998 bahawa beliau akan didakwa di mahkamah.
Anwar berkata beliau perlu merujuk kepada buku catatan hariannya bagi
mengesahkan tarikh
itu, bagaimanapun, buku itu tidak dapat dikemukakan kerana kini berada
dengan pihak polis.
Peguam utama Anwar, Christopher Fernando memberitahu mahkamah bahawa
notis
berhubung perkara itu telah diserahkan kepada pendakwaan semalam tetapi
Timbalan Kanan
Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail menafikannya, sebaliknya
menyatakan bahawa
mereka hanya menerima notis itu pagi tadi.
Hakim berkata, perkara itu harus diselesaikan untuk memudahkan
perjalanan perbicaraan kes
itu.
Anwar berkata beliau mengingati tarikh berkenaan sebagai hari Rabu
sebelum mesyuarat
Kabinet berlangsung apabila Daim memaklumkannya bahawa Mohtar telah
berbincang
berkaitan tindakan yang akan diambil terhadapnya.
Katanya, Mohtar memberitahu Daim bahawa beliau (Anwar) akan didakwa
dengan segera dan
Daim mengusulkan kepadanya supaya meletakkan jawatan bagi mengelakkan
"keaiban
terhadap saya