[Islah-Net] MESSAGE PENTING

2007-11-08 Terurut Topik A A
ASSALAMUALAIKUM/SELAMAT SEJAHTERA 
  

KAD MEDIKAL TAKAFUL

KAD ini amat penting dan harus dimiliki semua orang. Dengan RM 100 sebulan anda 
boleh dan mampu mendapat RAWATAN TERBAIK dan SEGERA.

Tunjukkan KAD anda untuk mendapat Rawatan Dalam Wad di Hospital-Hospital swasta 
seluruh Malaysia. Urusan tuntutan dibuat sendiri oleh hospital berkenaan.

Jika anda memilih untuk dirawat di  Hospital-Hospital kerajaan anda perlu 
membayar dahulu dan seterusnya membuat tuntutan ke Syarikat.

MENGAPA KAD INI PERLU DIMILIKI

1. Setelah BERSARA nanti tiada lagi MAJIKAN untuk membiayai segala kos Rawatan 
dan Pembedahan anda dan ahli keluarga semua. Tapi pada usia lanjut inilah badan 
mula sakit-sakit dan gangguan dari berbagai masaalah kesihatan lagi.

2. Jangan tunggu hampir nak bersara baru nak memohon mendapatkan KAD ini. Masa 
itu anda mungkin sudah tak layak memohonnya atau kosnya sudah terlalu tinggi.

3. Jika sekarang pun anda tiada MAJIKAN, maka bertambahlah keperluan anda untuk 
memiliki KAD ini sekarang juga.

4. Anda TIDAK BERJIMAT walau pun anda tidak mahu memilikinya sekarang. Sebaik 
sahaja sakit serious(mungkin  memerlukan pembedahan) menjenguk anda maka 
TERPAKSA lah anda mengusahakan pembiayaannya untuk berubat. Tapi pada masa itu 
kosnya bukan lagi RM 100 sebulan, tapi mungkin RM 30,000, RM 50,000 dan 
sebagainya.

5. Perkhidmatan Hospital Kerajaan biasanya lambat disebabkan terlalu ramai 
pesakit yang perlu dirawat. Kelewatan mendapat rawatan boleh menyebabkan 
penyakit menjadi lebih mudharat dan lebit rumit mengubatinya.

BERAPA KOSNYA

Umur 1 hingga 45 tahun RM 100 sebulan
Umur 46 hingga 50 tahun   RM 110 hingga RM120 s.b
Umur 51 hingga  59 tahun  RM 130 hingga RM 220 s.b

Contoh Perlindungan yang disediakan :

Dengan caruman RM 100 sebulan bagi yang berumur 1 tahun hingga 26 tahun :

1. Perlindungan Asas  RM 50,000
2. Perlindungan Penyakit Kritikal  RM 15,00(36penyakit)
3. Perlindungan Kemalangan Diri  RM 20,000
4. Bayaran Balik  Kos Rawatan
Akibat Kemalangan RM  2,000
5. Kos Rawatan dan Pembedahan  RM 50,000 setahun
 RM 150,000(s.hayat)
6. Manfaat HospitalRM 100 sehari

Nota : 

a. Caruman berdasarkan pada umur, pekerjaan, jumlah   perlindungan dan jenis 
perlindungan.
b. Polisi ini mempunyai ' Nilai Serahan Tunai '. Ini bermakna anda akan 
memperolehi sejumlah bayaran balik bila polisi diserah kembali.

Hubungi saya untuk temujanji/keterangan lanjut.


Wassalam.


Hj Ali   -  012-2424988
Email-  [EMAIL PROTECTED]



 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

[Islah-Net] AKAD Kata: Jangan Tunggu Lagi Laaa...

2007-11-08 Terurut Topik ahmad khairy ahmad domil
Asmwbkth...
   
  Tolong laaa jangan berlengah lagi...   siapa yang belum Solat Dhuha..., 
   
  pergi laaa rebut kesempatan, untuk buat Solat Dhuha... JZJFKK.
   
  AKAD
  

 __
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Islah-Net] Meeting Points & Public Transport Advice

2007-11-08 Terurut Topik Zulie Zin
updates from www.bersih.org for tomorrow 10th November 2007.
Beribu2 Maskot Digi akan memenuhi Dataran Merdeka dengan slogan "Masa Untuk
Berubah"

 Meeting Points & Public Transport Advice November
9th, 2007 | Posted in Notice Board  *|* | [image:
Print This Post]  Print This
Post

Particpants are strongly encouraged to use public transport such as buses,
LRT and the Komuter.

LRT Map here. 

Park your vehicles away from the city centre.

Participants who are in KL before 3pm to gather at the following venues:

1. SOGO Shopping Complex : Stop at Sogo / Bank Negara Komuter Station / LRT
STAR Bandaraya

2. Masjid Jamek KL : Stop at Masjid Jamek / LRT Masjid Jamek

3. National Mosque : Stop at KL Komuter or Railway Station.

4. Central Market : Stop at Bangkok Bank / LRT Putra Pasar Seni

At each of these places, there will be BERSIH working committee members.

You are encouraged to bring food and drinks and enjoy yourself as the
Gathering is meant to be a peaceful one. However, please don't leave any
rubbish behind.


[Islah-Net] AKAD Kata: "Melayu"; kata buat kpd. "Layu", Bila... [NN-Daripada Melayu Glokal Kepada Melayu Angkasa

2007-11-08 Terurut Topik ahmad khairy ahmad domil
Asmwbkth...
   
  Hakekatnya... Ini cuma mimpi yang mereka angan2kan... & mimpi ini akan jadi 
nightmare... bila mereka terus berpegang kepada ISLAM, ada had ikut hari... ... 
... dan bukannya berpegang kepada Islam hari2, serta tidak pula; 
"Silmi-kaaaffah" terhadap ISLAM, Ad-Deeen Al-Syariff wal Kareeem ini...  
   
  Pada mereka, cukuplah mereka berpegang kepada ; "Ya ayyuhallazhi na-UMNO..."
   
  Melayu akan mampoih diinjak-injak, dikantuik...  kaum kuffar jika trend ini 
berterusan...
   
  Mimpi yang bukan-bukan, yang pasti tak akan diaoghang mendapat pertolongan 
ALLAH, sebab membelakangkan peringatan2 & ayat2 ALLAH; malah mereka akan 
mengalami kehidupan yang sempit,  seperti dalam surah Taha: 123-127.
   
  Semoga ALLAH lembutkan hati geng Untuk Menang Naya Orang, supaya mereka 
membuka hati masing2 untuk menerima Hidayah ALLAH,  dan mereka pun menjadi 
orang2 yang "Silmi-kaaaf-fah" ke dalam ISLAM...;   barulah, selepas itu..., 
mimpi mereka akan InsyaALLAH bertukar menjadi; "Rojaaa' @ harapan yang boleh 
dijayakan..., sebab lepas itu, InsyaALLAH..., akan mendapat sokongan ALLAH SWT.
   
  Hanya dengan berpegang, menghayati dan mengamalkan  ISLAM dengan menyeluruh 
dan dengan sebenar2nya sahaja,  barulah Melayu itu, akah ultra-power-gillerrr 
punya haebat di dunya hingga akhirat..., InsyaALLAH...
   
  Itu yang berlaku kpd angsa Arab yang diapit bangsa Fars di sebelah Timur dan 
bangsa Rom di sebelah Barat, di era jahiliyah.  Mereka umpama anjing kurap,  
yang dikentutkan oleh Rom dan Fars,  pelantik nonggeng2 3, 4, kali...
   
  Kalu oghang "me-layu"... nak jadi gitu..., teruskan laaa mengamal  ajaran 
ISLAM dengan ada had ikut hari...
   
  AKAD
  
  

Hamka JIM <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 
  Daripada Melayu Glokal Kepada Melayu Angkasa
  
A Kadir Jasin
http://kadirjasin.blogspot.com/
Wednesday, November 07, 2007
   
   



KETIKA merasmikan pembukaan bersama Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pergerakan 
Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno tahun lalu, Timbalan Presiden Umno, 
Mohd Najib Abdul Razak, menyarankan agar orang Melayu mengamalkan konsep glokal.

Mohon maaf kalau sampai hari ini pun saya belum mengerti saranan Timbalan 
Perdana Menteri itu.

Pertama, mungkin kerana keupayaan intelek dan minda saya tidak sampai ke tahap 
yang membolehkan saya memahami segala konsep dan label yang “tinggi-tinggi” dan 
“canggih-canggih” yang menjadi kesukaan kini.

Kedua, setelah membandingkan kupasan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai 
glokal dengan apa yang dibincangkan mengenai glokal (glocal dalam bahasa 
Inggeris) sejak beberapa dekad lalu, saya mendapati beliau memberi interpretasi 
yang agak berlainan.

(Pengertian umum konsep ini adalah kemampuan seseorang individu, masyarakat 
atau bangsa berfikir secara global dan bertindak secara tempatan.)

Namun apa pun maksud beliau, saya berasa agak gembira kerana bukan semua usaha 
yang dilakukan sejak 50 tahun lalu untuk menaikkan taraf (status) orang Melayu 
sebagai bangsa merdeka dan bangsa induk di Malaysia menemui kegagalan.

Bilangan orang Melayu semakin ramai. Orang Melayu lebih tinggi persekolahannya. 
(Saya sengaja tidak menggunakan ungkapan lebih tinggi ilmu kerana seseorang itu 
boleh bersekolah sehingga ke universiti tetapi masih tidak berilmu).

Orang Melayu juga lebih kaya daripada sebelum merdeka walaupun orang Cina dan 
India jauh lebih kaya. Malah jurang pendapatan antara mereka dengan kaum-kaum 
Cina dan India sebenarnya semakin meluas, khususnya sejak krisis ekonomi 
serantau 1997/98.

Malah jurang pendapatan antara orang Melayu yang tidak berada dengan orang 
Melayu yang berada juga semakin luas mengikut ukuran Pekala Gini (Gini 
co-efficient).

Orang Melayu terdedah kepada pelbagai bentuk dan saluran maklumat dan hiburan. 
Tetapi majoriti orang Melayu memilih telenovela Indonesia, Filipina, Argentina 
dan drama swasta daripada saluran maklumat dan ilmu seperti National 
Geographic, Animal Planet, Discovery Channel, History Channel, BBC, CCTV9 dan 
Al-Jazeera.

Saya tidak perlu sebut mengenai Akademi Fantasia kerana fantasi, angan-angan 
dan khayalan adalah sebahagian padu daripada minda Melayu.

Walaupun mereka berpijak di bumi bertuah bernama Malaysia tetapi mimpi mereka 
adalah mimpi Bollywood, mimpi Manila, mimpi Beunos Aires dan mimpi Jakarta.

Maka saya bertanya, adakah masih bertuah bumi kita Malaysia?

Dengan minda Melayu yang sebegini atau disengajakan agar menjadi begini maka 
amat kenalah kalau tahun ini, di majlis yang serupa, Mohd Najib mahu 
“mengangkasakan” orang Melayu.

“Mengangkasakan bangsa” jerit Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Ini pastinya satu pengalihan perhatian yang bijak di saat-saat mimpi indah dan 
khayalan orang Melayu terbanyak semakin diganggu gugat oleh kenaikan harga 
barang dan perkhidmatan, jenayah yang semakin menjadi-jadi, ketidaktentuan 
mengenai siapa berkuasa -- Majlis Raja-Raja atau Kabinet? -- dan banyak lagi 
isu-isu pokok ya

[Islah-Net] NWR(F) KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

2007-11-08 Terurut Topik Hizamri Johari
  Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
  Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
   
   
  [9.42] Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu 
yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), 
nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak 
dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan 
berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan 
sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah 
mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang 
tidak sanggupnya mengikutmu). 
   
  SodaqAllahul'Adzim
   
   
  KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak 
muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di 
tangan kanannya ada kayu pemadam. 
   
  Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri 
saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, 
maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" 

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti 
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

  Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

  Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu 
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja 
murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun 
lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

  Selang beberapa saat, permainan berhenti. 

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. 
Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas 
membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan 
perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, 
dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi 
kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat 
laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat 
mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam 
dari masa ke semasa. 

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak 
lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, 
sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan 
panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi 
suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, 
anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan 
kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya. 

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya.. 

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda 
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an 
yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" 

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya. 

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. 
Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."
   
  Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan 
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. 
   
  ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan 
rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara 
ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. 

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. 
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

  Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn 
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, 

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah 
dihancurkan. ..." 

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.

  Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga 
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti 
cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena 
Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh 
kita... " 

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya 
murid- murid. 

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang 
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

  "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, 
akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit 
serentak, baru mereka geru

[Islah-Net] Roket Kuning Sonyum 11 dilancarkan di Seremban

2007-11-08 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Bukan main seronok remaja Alamanda bermain roket.
Mereka menamakan prototaip roket pertama ciptaan
remaja sekolah rendah Taman Alamanda, Senawang ini
sebagai Roket Sonyum 11. Kos membuat roket tersebut
termasuk pelancar dan pam air kurang dari RM 15.
Saksikan aksi mendebarkan dan menarik pelancaran Roket
Air Sonyum 11 di
http://waghih.blogspot.com/2007/11/roket-kuning-sonyum-11-dilancarkan-di.html

Ps : Kalau nak beli pam basikal dan lain-lain
keperluan buat roket murah boleh beli di Kedai
Hardware Taman Matahari Height , Senawang (dekat kedai
Tayar)  


 
  Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com

Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
  Pusat Pendidikan Al-Irshad http://alirshadns.blogspot.com
  Kelab Motor NS http://nsarc.blogspot.com 




__
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


[Islah-Net] Demam Sidai Baju Kuning

2007-11-08 Terurut Topik Suara N9
Demam Gelombang Kuning melanda Seremban. Rumah ini
menyidaikan baju-baju kuning, termasuk T-Shirt bersih.
Klik sini
http://amkns.blogspot.com/2007/11/demam-sidai-baju-kuning.html
 


Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
  Reformis Muda http://amkns.blogspot.com  & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 




__
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/