Pengenalan
Sukan Bowling semakin mendapat tempat dikalangan orang Malaysia.
Semakin banyak pusat-pusat bowling yang di dirikan di seluruh Malaysia
terutamanya di Lembah Kelang dimana terdapat berpuluh pusat bowling
yang di kunjungi ribuan bowlers setiap hari.
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membantu anda mengenali sukan
bowling dengan lebih dekat. Adalah diharapakan dengan memahami
maklumat-maklumat asas bowling ini akan menarik minat anda untuk lebih
menceburi diri dalam sukan bowling
Sukan Bowling
Sukan bowling ini bukan lah sukar untuk dipelajari jika anda ada
kawan-kawan ataupun jurulatih yang sudi menagajar anda. Dengan
menggunakan kawan-kawan ataupun jurulatih anda akan cepat memahami
teknik-teknik yang betul dalam bermain dalam bowling. Jika anda cuma
belajar secara bersendirian tanpa bantuan dari kawan-kawan yang lebih
mahir adalah dikuatiri anda akan cepat jemu apabila anda dapati markah
anda asyik rendah dan bola yang anda baling asyik masuk ke longkang.
Dalam sukan bowling, tujuan anda ialah untuk menjatuhkan kesemua
sepuluh pin yang terletak dihujung lorong yang sepanjang 18.3 meter
dengan menggunakan bola bowling yang mempunyai berat yang berbeza-beza.
Setiap pemain mempunyai dua peluang untuk menjatuhkan kesepuluh pin
tersebut dan ianya di panggil frame . Markah akan bergantung kepada
jatuhan yang mungkin :-
i) Strike – Jika anda dapat menjatuhkan kesemua sepuluh pin tersebut dengan
sekali balingan maka anda dikatakan telah membuat strike.
ii) Spare – Jika anda cuma dapat menjatuhkan kesepuluh pin dengan dua balingan
maka anda telah membuat spare.
iii) Open – Jika setelah dua balingan masih ada lagi pin yang belum jatuh maka
anda telah membuat open frame.
Setiap game anda akan bermain sebanyak 10 frame. Bagaimanapun jika anda
mendapat spare pada frame yang kesepuluh(frame terakhir) anda akan
mendapat satu balingan bonus. Manakala jika anda mendapat strike pada
frame kesepuluh maka anda akan diberi dua balingan bonus.Pemain yang
dapat menjatuhkan jumlah pin yang terbanyak akan dikira sebagai
pemenang.
Bola Bowling
Kesemua bola bowling mempunyai diameter 29.6 cm dan mempunyai berat
dari 6lb sehinggalah ke berat maksima yang dibenarkan iaitu 16lb.
Terdapat pelbagai jenis Jenama bola bowling yang terdapat dipasaran dan
kebanyakan nya dibuat di USA. Antara jenama bola yang terkemuka di
Malaysia ialah:-
i) Storm
ii) Columbia
iii) Brunswick
iv) Ebonite
v) Track
vi) AMF
vii) Dyno Thane
viii) Morich
Jenis-jenis bola yang terdapat dipasaran juga biasanya diklasifikasikan
lagi mengikut jenis material yang digunakan dalam pembuatan bola
tersebut:-
i) Plastik/Polyester – Bola ini dibuat dari polyester dan
biasanya di Malaysia dipanggil sebagai Bola Plastik dan mula
diperkenalkan sejak tahun 1960’an. Bola jenis ini lebih kos efektif
jika dibandingkan dengan jenis bola yang lain dan lebih tahan lama.
Ianya lebih tahan lama oleh kerana permukaannya yang lebih keras dan
kurang geseran. Sifat ‘kurang geseran’ bola ini menyebabkan bola ini
kurang tergelincir(skid) dan bola ini akan pergi lebih lurus.
Ianya sesuai untuk mereka yang baru menceburi sukan bowling oleh kerana
harganya yang berpatutan. Bola polyester yang baru boleh dibeli pada
harga sekitar RM180-RM220. Bola polyester ini juga digunakan oleh
pemain ‘hook’ sebagai bola spare oleh kerana sifat bola itu yang kurang
melencung (hook)
ii) Urethane – Dalam usaha untuk menghasilkan bola yang lebih
baik, pembuat bola bowling pada penghujung 1970’an telah mencuba untuk
menghasilkan bola yang dibuat dari material polyurethane untuk
menghasilkan lebih hook. Oleh kerana urethane ini lebih lembut dari
polyester maka ia akan lebih tergelincir(skid) dan akan lebih hook.
Permukaan bola ini boleh di licinkan(sanded) dan dikilatkan(polished)
untuk menambah atau mengurangkan hook. Bola urethane lebih disukai oleh
mereka yang baru belajar main hook. Ianya juga sesuai untuk digunakan
di lorong yang kurang berminyak(light-oiled lane)
iii) Reactive – Pada awal 1990’an pengeluar bola bowling mula
menambah resin particle kepada bola urethane.Resin ini membuat bola ini
lebih hook dari bola urethane. Bagaimanapun bola jenis ini akan lebih
tergelincir dalam minyak jka dibandingkan dengan bola
urethane.Kombinasi faktor bola ini lebih tergelincir dan lebih geseran
membuatkan bola jenis ini lebih hook dan lebih impak keatas pin jika
dibanding dengan bola2 jenis lain sebelumnya.Oleh itu resin reactive
ini disukai oleh pemain yang sudah mahir untuk digunakan dalam semua
jenis keadaan lorong.
iv) Particle – Oleh kerana bola urethane mendapat
sambutan, pengeluar bola membuat keputusan untuk menambah partikel
seperti seramik dan kaca untuk menambah kemampuan bola.Penambahan
partikel telah menambah geseran bola dan memberi lebih cengkaman bola
dalam minyak untuk memberi hook yang lebih mudah dikawal dan lebih
sempurna. Potensi hook (hook potential) untuk bola partikel adalah
lebih tinggi dari bola-bola jenis lain. Oleh kerana bola jenis particle
adalah lebih agresif kebanyakan bola particle digunakan dalam keadaan
lorong yang berminyak sahaja.