Salam kepada semua Merujuk kepada artikel saya sebelum ini tentang krisis ekonomi di AS, keadaan ekonomi kita mungkin akan banyak bergantung kepada kedudukan ekonomi di China memandangkan kita sekarang ini banyak berdagang dengan China dan banyak rakan dagangan Malaysia juga berdagang dengan China seperti Singapura dan Thailand. Berikut adalah artikel yang dipetik dari Berita Harian Online tentang ekonomi China yang mencatatkan kadar pertumbuhan cuma 9% pada suku ketiga (Julai-September) yang merupakan pertumbuhan satu digit pertama semenjak 2005.
========================= Bisnes Dunia: Ekonomi China lebih perlahanhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20081021000543/Article/index_html Pertumbuhan suku ketiga hanya sembilan peratus kesan krisis kewangan global KERAJAAN China mengumumkan ekonomi negara itu berkembang lebih perlahan pada suku ketiga lalu, pada kadar sembilan peratus kesan daripada krisis kewangan global, sekali gus memberi isyarat ia akan bertindak balas dengan memperke-nalkan langkah rangsangan ekonomi baru. Ini adalah kali pertama sejak 2005 China mencatatkan pertumbuhan ekonomi suku tahunan sebanyak satu angka, iaitu petunjuk kuat bahawa ia tidak terkecuali daripada menerima tempias kegawatan ekonomi global. "Kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia adalah begitu ketara. Ada lebih banyak faktor ketidaktentuan dan turun-naik dalam iklim ekonomi antarabangsa," kata jurucakap Biro Statistik Kebangsaan China, Li Xiaochao. "Semua faktor ini sudah mula memberikan kesan negatifnya ke atas ekonomi China," katanya ketika mengumumkan perangkaan ekonomi negara itu di Beijing, semalam. Kesan daripada penurunan dalam tempoh Julai hingga September, pertumbuhan ekonomi di negara kuasa ekonomi keempat terbesar dunia itu dalam tempoh sembilan lalu menurun kepada 9.9 peratus. Ia adalah penurunan daripada 10.4 peratus pada separuh pertama 2008 dan 12.2 peratus dalam tempoh tiga suku tahunan 2007. "Di China, sebarang pertumbuhan yang lebih rendah daripada 10 peratus menunjukkan ekonomi adalah tidak cergas, dan tinjauan juga tidak baik," kata ahli ekonomi dengan firma ju-rurunding Global Insight, berpangkalan di Beijing, Ren Xianfang. Kerajaan negara itu telah memberi isyarat awal sebelum pengumuman perangkaan ekonomi itu bahawa keperluan untuk memperkenalkan satu langkah baru bagi merangsang pertumbuhan ekonominya telah menjadi agenda penting dalam penggubalan dasarnya. "Pertumbuhan ekonomi menunjukkan arah aliran perlahan, keuntungan korporat dan pendapatan fiskal turut merosot dan pasaran modal terus menjunam dan menjadi kurang cergas," demikian mengikut kenyataan ringkas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menterinya, Wen Jiabao, kelmarin. Mesyuarat yang diadakan Jumaat lalu, bersetuju dengan pendekatan yang menyokong pertumbuhan seperti sokongan ke atas pembelian rumah dan pengu-rangan cukai bagi urus niaga kediaman, kata kenyataan itu. "Mereka juga bersetuju untuk menaikkan rebat ke atas cukai eksport bagi menstabilkan pertumbuhan eksport," katanya. China mencatatkan lebihan dagangan dalam sembilan bulan pertama tahun ini bernilai AS$180.9 bilion (RM637.108 bilion), merosot 2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, mengikut kenyataan pentadbiran kastam negara itu. Mengesahkan lagi aliran menurun bagi ekonomi yang terlalu bergantung kepada eksport itu, jumlah pengeluaran industrinya berkembang pada 15.2 peratus dalam sembilan bulan pertama 2008, jatuh daripada 16.3 peratus dalam separuh pertama. Bagi September saja, pertumbuhan pengeluaran industri adalah pada kadar 11.4 peratus. Disebabkan pertumbuhan eksport yang perlahan, China mencari sumber baru bagi pertumbuhan ekonominya, khususnya pelaburan domestik dan penggunaan. Li berkata, meskipun krisis ekonomi global memberikan kesan ke atas pertumbuhan China, kekayaan terkumpul negara, simpanan yang tinggi dan pasaran pengguna yang belum ditembusi menyediakan nada optimis. "China masih berupaya mengetepikan kesan negatif daripada kegawatan ekonomi global," katanya. � AFP ==============================================Ini adalah artikel tulisan saya yang disiarkan di Sutera sebelum ini, Krisis Eknomi di Amerika Syarikat # 1 - Bagaimana ianya bermula? Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kebelakangan ini kita dikejutkan oleh krisis ekonomi yang amat serius yang berlaku di Amerika Syarikat. Saya sendiri amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang krisis ekonomi ini kerana walaupun mungkin ramai daripada kita yang kurang bersetuju dengan tindakan2 AS di dunia ini, kita tidak boleh menafikan yang jika ekonomi AS merudum, ianya akan mengheret ekonomi-ekonomi dunia lain termasuklah juga ekonomi Malaysia. Indeks bursa saham seluruh dunia jatuh bagaikan pin boling dengan didahuli oleh ruduman yang menakutkan di Wall Street di mana indeks jatuh sebesar 700 mata dalam sehari!. Indeks Bursa Saham Wall Street turun di bawah 10,000 mata minggu ini dan hari ini indeks Dow Jones turun ke 9,955.50 iaitu penurunan sebanyak 369.88 mata atau 3.58%. Walaupun kerajaan Malaysia telah berjaya mempelbagaikan negara-negara yang berdagang dengan kita seperti mempertingkatkan perdangangan dengan Jepun dan China tetapi kita juga akan merasai kesan sampingan atau 'side effect' daripada krisis ekonomi di AS oleh kerana negara-negara di dunia ini :- 1. Banyak berdagang dengan AS - Mengikut US Census Bereau, China mengeksport barangan berjumlah USD321 bilion dalam tahun 2007. (Sumber - http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5700.html#2007 ) Jepun pula mengeksport barangan berjumlah USD145 bilion dalam tahun 2007. (Sumber - http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5880.html#2007 ) Malaysia juga banyak mengeksport barangang ke AS dan pada tahun 2007 kita mengeksport USD32.6 billion dalam tahun 2007. 2. Banyak memegang US Treasury Bond - US Treasury Bond ialah Bon Perbendaharaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh kerajaan AS untuk membiayaai defisit perbelanjaan negara mereka. Defisit berlaku oleh kerana kerajaan AS berbelanja lebih daripada pendapatan mereka. Menurut Chinadaily.com pada June 2008, China memegang USD $503.8 billion US treasury bonds. (Sumber http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-08/18/content_6947539.htm ) Bila berlaku krisis ekonomi di AS, harga Bond akan jatuh dan ini akan menjejaskan aset China dan secara tidak lansung turut akan menjejaskan perdagangan China dengan Malaysia. 3. Banyak memegang US dollar dan juga membayar perdagangan dalam US Dollar. Banyak negara-negara di dunia ini yang memegang US dollar sebagai currence reseves mereka iaitu untuk mengukuhkan nilai matawang mereka. Sebagai contoh, Malaysia juga memegang US dollar dan lain2 matawang yang sekarang berjumlah USD119 billion pada bulan September 2008. (Sumber : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=111) Perdagangan antarabangsa juga banyak menggunakan US dollar sebagai mekanisma pembayaran. Bila berlaku krisis ekonomi di AS, ada kemungkinan besar nilai US Dollar akan jatuh teruk dan ini akan menjejaskan:- 1. Nilai Foreign Currency reserves kebanyakan negara2. 2. Nilai barangan yang akan diterima dalam matawang tempatan. - Sebagai contoh, jika Malaysia telah memasuki kontrak untuk menjual minyak kelapa sawit pada harga USD100 juta dan USD jatuh dari USD1=RM3.5 kepada USD1=RM3 maka:- i. Harga sawit jika 1USD= RM3.5 = RM350 juta ii. Harga sawit jika 1USD= RM3 = RM300 juta Dalam contoh di atas, Malaysia telah kerugian sebanyak RM50 juta akibat kejatuhan USD. Ini bermakna, eksport-eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia akan mendapat hasil yang berkurangan dalam Ringgit Malaysia. Apakah PUNCA kriris Ekonomi di AS? Jika anda ada mengikuti perkembangan krisis ekonomi di AS anda akan lihat yang ianya bermula daripada kerugian dan juga kebankrapan bank-bank besar di AS. Anda semua tahu yang bank-bank dan institusi kewangan di mana-mana negara merupakan tunjang ekonomi sesuatu negara dan jika ianya mula tumbang, eknomi negara itu akan turut tumbang dan jika negara yang tumbang itu ialah satu negara gergasi seperti AS maka ianya akan tumbang dan mencederakan banyaki negara-negara di dunia ini. Menurut BBC News (Sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm) bank2 di AS sudah mengalami kerugian sebanyak USD60 billion. Kerugian ini berpunca apabila struktur pembiayaan perumahan di AS berubah. Biasanya bank2 seperti di Malaysia akan menggunakan wang yang mereka dapat dari pendeposit untuk dipinjamkan ke peminjam. Oleh itu dalam keadaan normal, bank menggunakan wang yang ada di bank mereka untuk memberi pinjaman dan bank akan membuat keuntungan dari perbezaan faedah. Sebagai contoh:- Bank A terima RM100 juta deposit dan membayar faedah sebanyak 5% kepada pendeposit. Kos faedah = 5% X 100 juta = 5 juta setahun Bank akan menggunakan sebahagian daripada RM100 juta itu untuk menwarkan pinjaman kepada yang memerlukan. Sebagai contoh bank Malaysia mungkin hanya dibenarkan untuk menggunakan 80% sahaja daripada deposit ie RM80 juta Bank A pinjamkan RM80juta kepada peminjam pada faedah sebanyak 10% kepada pendeposit. Hasil faedah = 10% X 80 juta = 8 juta setahun Dari contoh mudah ini Bank telah membuat keuntungan kasar sebanyak RM3 juta. Kos faedah = 5% X 100 juta = 5 juta setahun Ini ialah model tradisional dalam proses pinjaman bank. Bagaimanapun, bank-bank di AS telah menggunakan model yang berbeza dimana mereka mendapatkan dana daripada pihak ketiga iaitu mereka telah menjual Pinjaman perumahan mereka kepada pihak ketiga dan dengan itu mereka tidak perlu ada banyak deposit untuk memberi pinjaman2 yang besar. Cth:- Deposit diterima Bank A - RM100 juta Dana dari pendeposit untuk dipinjamkan - RM80juta (80% dari deposit) Dana dari Pihak ketiga - RM100 juta Jumlah yang boleh dipinjamkan - RM180 juta Dalam contoh di atas, Bank A boleh meminjamkan RM180 juta jika mengikut model ini berbanding dengan RM80 juta sahaja dalam Model Tradisional. Bank A bagaimanapun perlu mengutip ansuran dari peminjam untuk RM100 juta yang didapati dari Pihak Ketiga itu dan bank akan menerima yuran perkhidmatan atau 'fee' dari pinjaman itu. Malangnya dalam keghairahan bank2 membuat untung, mereka telah cuai dalam menganalisa peminjam dan kelayakan mereka. Bank2 telah memberikan pinjaman yang tinggi kepada mereka yang tidak layak dan ini menyebabkan ramai pemnjam tidak dapat membayar ansuran pinjaman merekd dan banyak rumah telah dirampas dan dilelong. Bank A dalam contoh di atas sebenarnya berhutang RM100 juta dengan Pihak Ketiga itu dan jika peminjam gagal bayar, Bank A yang perlu menanggungnya. Jika Bank A gagal membayar RM100 juta itu,Bank A boleh di saman dan boleh bankrap. Sudah tentu Bank A akan menghadapi masalah oleh kerana jumlah deposit mereka pun cuma RM100 juta dan mereka tidak boleh menggunakan semua jumlah itu untuk membayar hutang mereka itu. Saya akan menulis lagi tentang krisis eknomi ini dalam masa terdekat dan jika anda ada kesempatan cuba baca artikel di http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm yang menerangakan dengan jelas tentang punca Krisis Ekonomi di AS sekarang ini. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com
