1. Seremban , Rembau teruk banjir, bantuan diperlukan 2. Jangan beli biskut di pasar malam tiada label 3. Mencari freezer dan mesin uli tepung terpakai
======================== Subuh ini dihubungi teman - teman, sekitar Paroi, Rantau dan banyak lagi kawasan dalam Parlimen Rembau dinaiki air... penghuni kawasan perumahan mewah juga terpaksa dipindahkan. Semua petugas keADILan Rembau dan PAS sudah turun ke bawah seawal subuh tadi bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang turun membantu....ramai yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir juga. Kemungkinan kemusnahan dan kerugian tinggi kerana ramai tak sempat selamatkan barangan. Kepada yang sudi hulur bantuan segera , lampin bayi/dewasa , barangan makanan - beras, sardin, minyak, susu, tepung dll Sesiapa yang ada peralatan seperti 'water jet' dan seumpamanya untuk dipinjamkan sebagai persediaan usaha pasukan bantuan pasca banjir untuk bantu bersih rumah. Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi : PKR Bahagian Rembau , Azizi 012-3696474 PAS Kawasan Rembau , Hassan 019-2171942 Unit Amal Negeri Sembilan , Sufian 013-3589328 Pejabat Khidmat DUN Paroi 06-6794609 Sumber : http://chegubard.blogspot.com/2008/10/seremban-rembau-banjir.html ===================================== KENYATAAN AKHBAR MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN ISU MELAMINE Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati pengguna untuk tidak membeli biskut-biskut yang dijual di pasar malam, pasar tani, bazaar malam dan sebagainya yang tidak mempunyai label. Pengguna dinasihatkan sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk di pasaran. Senarai produk yang telah dianalisa sebelum ini boleh dirujuk melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://fsq.moh.gov.my Sumber : http://fsq.moh.gov.my/uploads/kenyataan_akhbar_ke_24.pdf ================================= Assalamualaikum, Sahabat saya ingin mengembangkan perniagaannya. Dia sedang mencari “freezer frozen food†dan mesin uli tepung terpakai sekitar Seremban/Senawang. Sesiapa ada maklumat boleh hubungi saya 012-2267406 , [EMAIL PROTECTED] __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com
