Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans
(Bahagian 3) www.afyan.com

[image: eksiden5]<http://afyan.com/ver1/wp-content/uploads/2009/05/eksiden5.jpg>

Ini adalah tulisan sambungan daripada dua entri sebelum ini:
1. Sebelum Kemalangan: Ketika Mengambil Polisi Takaful;
http://afyan.com/ver1/?p=858 <http://afyan.com/ver1/?p=858>
2. Semasa Kemalangan: Ketika Di Tempat Kejadian;
http://afyan.com/ver1/?p=869 <http://afyan.com/ver1/?p=869>

Tulisan ini pula adalah tip dan panduan *“Selepas Kemalangan dan ketika
membuat tuntutan”*

   1. *Proses ini selalunya dilakukan di bengkel panel syarikat takaful. *
   Namun sebenarnya yang terbaik adalah berurusan secara terus dengan
   syarikat takaful, namun jarang-jarang sekali yang mempunyai masa serta
   kesedaran sivik yang tinggi untuk melakukannya. Jadi, untuk memudahkan
   urusan selalunya melalui pihak bengkel.
   Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi
   mengelakkan manipulasi oleh bengkel.
   2. *Dapatkan bengkel yang terbaik. *
   Ini adalah peringkat yang sedikit “*tricky*”, kerana ia tidak akan
   diperolehi secara mudah dan terus. Kebijaksanaan tuan-tuan diperlukan di
   sini.
   Sekiranya tuan-tuan bertanya secara terus kepada syarikat, mereka akan
   berikan bengkel yang terdekat. Mereka tidak akan memberitahu bengkel yang
   terbaik kerana bagi mengelakkan konflik dengan bengkel-bengkel lain. Jadi
   gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mendapatkan maklumat ini.
   Contohnya jika mempunyai kenalan di syarikat takaful, ia boleh diperoleh.
   Maka di sinilah peranan perunding takaful tuan-tuan untuk mendapatkan
   maklumat ini.
   3. *Sediakan dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses
tuntutan,*seperti;
      1. Laporan polis
      2. Kad pengenalan pemandu
      3. Lesen pemandu
      4. Kad pendaftaran kenderaan
      5. Cukai jalan
   4. *Isikan borang tuntutan dan isi sewajarnya dan hantar kepada pihak
   takaful.*
   Sebagaimana nombor 1, selalunya dilakukan oleh bengkel.
   Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi
   mengelakkan manipulasi oleh bengkel.
   5. Bagi tuntutan melibat takaful kenderaan tuan-tuan sahaja, terus
   berurusan dengan syarikat takaful tersebut, dan berikan kerjasama
   sewajarnya.
   6. Jangan sesekali mengarahkan bengkel untuk memulakan proses pembaikan
   sebelum mendapat lampu hijau daripada pihak syarikat takaful.
   7. Jika melibatkan pihak ketiga, maklumkan tentang perkara-perkara yang
   mungkin akan dibuat tuntutan oleh pihak ketiga.

Masalah biasa yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan ialah kereta lambat
dibaiki. Ia berpunca salah satu atau kedua-duanya daripada dua sebab di
bawah;

   1. Syarikat takaful / insurans lambat meluluskan proses tuntutan.
   2. Bengkel lambat memulakan pembaikan kenderaan.

Jadi untuk mengelakkan masalah di atas, saya syorkan lakukan perkara
berikut;

   1. Tanyakan kepada mana-mana bengkel panel; syarikat takaful manakah yang
   terbaik dalam meluluskan proses tuntutan.
   2. Kemudian, tanyakan kepada syarikat takaful, bengkel manakah yang
   terbaik dalam melakukan proses pembaikan.

Hanya Zambry jauhari yang mengenal Muniandy manikam!


-- 
Ikhlas dari Afyan :)
Phone: 013-353 4967
Blog: http://www.afyan.com

Kirim email ke