Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dalam komunikasi bahasa Inggeris ada empat aspek yang perlu anda kuasai
sebelum anda boleh berkomunikasi dengan baik iaitu:-
Speaking ataupun bercakapListening ataupun mendengarReading ataupun
membacaWriting ataupun menulis
Seringkali saya mendengar keluhan dari
pelajar-pelajar saya yang mereka menghadapi kesukaran untuk berbual dalam
bahasa Inggeris dengan kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja mereka. Ini belum
lagi bila menghadiri mesyuarat di mana mereka perlu bercakap dalam bahasa
Inggeris. Kemahiran bercakap dalam bahasa
Inggeris ini banyak gunanya dalam:-
Perbualan santai dengan kawan-kawan.Perbualan santai dengan rakan-rakan
sekerja.Perbualan dalam berurusniaga bila membeli belah atau bertanya tentang
barangan dan perkhidmatan.Perbualan formal dengan
pelanggan.Pembentangan cadangan
dalam mesyuarat.Perbincangan dalam
mesyuarat.Pembentangan produk dan perkhidmatan dalam promosi syarikat.
Ada banyak lagi kegunaan perbualan dalam bahasa Inggeris
yang tidak tersenarai diatas tetapi rasanya anda sendiri tahu kepentingan
kemahiran bercakap dalam bahasa Inggeris terutamanya jika anda bekerja di
syarikat-syarikat swasta.
Apakah
masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh pelajar-pelajar saya dalam perbualan
bahasa Inggeris? Antaranya ialah:-
Faham apa yang diperkatakan oleh orang lain tetapi sukar untuk
membalas balik.Sukar membentuk ayat.Ayat-ayat lambat
keluar sebab perlu berfikir dalam bahasa Melayu terlebih dahulu.Tidak
pasti sebutan-sebutan yang betul.Malu untuk bercakap dalam bahasa
Inggeris.Kurang faham apa yang diperkatakan oleh pihak lain.Tidak faham dengan
sebutan orang lain terutamanya dengan pihak dari
luar Negara seperti dari Austalia, United Kingdom dan sebagainya.
Rasanya mungkin ini adalah masalah-masalah yang
sama yang anda hadapi dan anda boleh juga berkongsi masalah-masalah anda dalam
perbualan bahasa Inggeris dengan menghantar email kepada saya di
[email protected]
Saya akan sambung lagi Siri Perbualan bahasa
Inggeris ini di masa akan datang.
Saya akan mengadakan kursus Perbualan bermula 6hb
Disembar ini yang akan merangkumi aspek Sebutan, Tatabahasa, Etiket dan Teknik
perbualan mudah.Tempat terhad.