Amat kurang usaha terancang oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta untuk 
membantu pelajar miskin kembali ke sekolah.

Hujung minggu lalu kami sekeluarga berkesempatan ke Parkson di Seremban Parade. 
Ketika membayar saya terpandang satu risalah EDUCARE 2009 yang bertujuan untuk 
Penyampaian Barangan Keperluan Sekolah Untuk 5000 Murid-Murid Yang Memerlukan 
Bantuan. 

Bermula pada tahun 2001 dengan 800 orang menerima bantuan pada tahun 2008 
seramai 5000 pelajar telah menerima bantuan.

Yang menjayakan projek ini ialah Sri Jayanti Association, Yayasan Maha Karuna, 
Parkson Corporation dan Sri Lanka Buddhist Temple. Sila ke pautan penuh untuk 
Risalah penuh kempen EDUCARE 2009 
http://waghih.blogspot.com/2009/11/bantulah-pelajar-susah-kembali-ke.html 

PAS Kawasan Rembau juga telah menjalankan kempen serupa , ianya dipanggil iaitu 
PROGRAM SEKOLAH MEREKA , SIFAR KECICIRAN yang telah masuk Musim Kedua. Maklumat 
lanjut di 
http://pasns.blogspot.com/2009/11/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html 

Saya terperanjat dengar Radio IKIM pagi tadi , ada yang pergi pakej Haji sampai 
mencecah RM 100,000. Pakej Umrah tak tahulah mungkin ada yang sampai RM 100,000 
juga. Nampaknya ibadah dah menjadi sumber kekayaan bukan sumber rezeki.

Agaknya pelajar-pelajar Islam ini terlalu kaya , sebab itu tak perlu nak buat 
projek bantuan kembali ke sekolah. 

Tolonglah perhatikan jiran sekeliling kita , tak kiralah Melayu ke , Cina ke, 
India ke, Myanmar ke. Mereka ini begitu ramai yang memerlukan bantuan untuk 
kembali ke sekolah tahun 2010 ini.

Tak takut ke bila kita ditanya di dalam kubur atau padang Mahsyar, kita ada RM 
100,000, dah ada rumah, dah ada kereta, dah pergi haji kenapa tak bantu anak 
jiran sebelah rumah ? 



      

Kirim email ke