Dari blog http://fatheroffour.blog.friendster.com/
Apa yang anda sedang lakukan di ketika ini di suatu waktu dahulu?
Mungkin setahun dahulu, mungkin lima tahun dahulu, sepuluh tahun dahulu atau
dua puluh lima tahun dahulu. Hari ulang tahun atau anniversary diambil dari
sepatah perkataan Latin anniversarius yang bermaksud suatu hari bagi
memperingati peristiwa lepas yang berlaku pada hari yang sama di dalam setahun.
Sebagai contoh, majalah GLAM menyambut ulang tahunnya yang ke 4 bulan ini.
Pencapaian majalah yang penuh dengan sophistication dan elegence ini,
sepanjang empat tahun yang lepas amat membanggakan. Di sini semua
pembaca GLAM ingin mengucapkan tahniah. Semoga majalah ini akan terus
popular dan bertambah jumlah pengedarannya. Pada masa yang sama, di
dalam masa empat tahun juga, dunia terus berputar dan kalau anda berada
di planet Utarid yang juga dikenali sebagai Mercury, empat tahun di
Bumi bersamaan 16 tahun setengah di sana.
Sepanjang
empat tahun yang lepas, menurut statistik seramai kira-kira 530 juta
orang manusia telah dilahirkan. Dan ada kira-kira 227 juta kematian.
Penduduk Bumi pula telah bertambah seramai 306 juta orang.
Anda
dan saya, yang ketika ini membaca artikel ini nampaknya tidak berada di
dalam statistik di atas. Tetapi angka-angka di atas adalah catatan
kehidupan sebenar yang berlaku sepanjang empat tahun yang lepas, samada
kita sedar ataupun tidak. Samada kita peduli ataupun tidak.
Jangan sekali-kali kita merasa confuse
tentang kehidupan peribadi dan kerja kita. Sedikit peringatan tentang
kerja kita (yang kita bangga-banggakan, kadang-kadang), pengalaman dan skill
yang kita ada. Buat pengetahuan anda, di luar sana ada beratus-ratus
orang yang punya kelayakan, kemahiran dan mungkin bekerja sama seperti
kerja yang kita lakukan sekarang. Mungkin ada di antara mereka yang
melakukan kerja itu dengan lebih baik lagi. We are not indispensable. Kalau
kita tiada, amat mudah peranan kita dan tempat kita untuk diganti. Itu adalah
fakta.
Tetapi
kehidupan peribadi yang anda miliki adalah sebuah kehidupan yang unik
dan hak milik anda seorang. Di dalam dunia ini hanya ada seorang anda.
Yang punya nama, rupa paras, kehidupan sosial, latar belakang, fahaman,
perhubungan, dan lain-lain. Anda jugalah
yang bertanggung jawab pada kehidupan peribadi anda secara
keseluruhannya. Seperti yang dikatakan tadi, tiada duanya kehidupan
peribadi ini.
Kehidupan kita ini bukan sekadar masa di pejabat dan tempat kerja, di dalam
kereta ketika mengharungi traffic jam
setiap hari atau di depan skrin komputer. Bukan juga ketika kita
menghadiri mesyuarat dan membuat keputusan mengenai strategi perniagaan
dan hala tuju syarikat kita. Kehidupan kita bukan cuma membayar bil-bil
tertangguh setiap bulan. Kehidupan ini bukan hanya sekadar yang rutin.
Kehidupan yang disebutkan tadi cuma kehidupan di fikiran kita. Yang
sentiasa bermain di benak kita.
Bagaimana
dengan kehidupan di dalam hati dan jiwa kita? Jarang benar di waktu ini
orang bercakap tentang jiwa dan hati. Tentang jiwa dan perasaan.
Kehidupan rohani. Kita semua terlalu leka dan sibuk dengan kerjaya dan
risau tentang mencari wang mata pencarian, sambil lupa yang bezanya
antara kita dan orang lain ialah tentang hati dan jiwa, tentang hati
dan perasaan.
Ini satu soalan cepugangsa: Sila nyatakan resume anda? Saya tidak bermaksud
resume pengalaman kerja dan taraf pendidikan anda.
Kalau
sayalah, begini yang boleh saya nyatakan. Saya ini ialah seorang bapa
kepada empat orang anak. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Saya
cuba sedaya upaya untuk tidak membiarkan kerja resmi saya menjadi
penghalang kepada tugas saya yang lebih besar iaitu menjadi parent
yang hebat dan bertanggungjawab. Saya cuba bersama anak-anak di waktu
pagi menghantar mereka ke sekolah dan bersama mereka di waktu makan
malam. Mendengar cerita-cerita mereka. Melayan kerenah mereka. Saya
adalah hero kepada anak-anak saya.
Saya
juga menjadi sahabat karib isteri yang tercinta. Saya cuba segala yang
terdaya untuk megisi segala janji-janji yang telah saya lafazkan
dahulu. Saya akan berterus terang. Saya akan memohon doa kepada Tuhan
pada waktu siang dan malam supaya akan dapat terus bertahan menghadapi
segala ujian dan rintangan.
Saya
akan terus menjadi seorang anak yang baik kepada ibubapa saya. Saya
juga akan berusaha untuk terus menjadi seorang yang bertanggungjawab di
kalangan ahli keluarga, saudara mara dan masyarakat sekeliling saya.
Saya akan terus menjadi sahabat dan rakan karib kepada teman-teman
saya. Seperti kata orang sekarang, ‘saya akan lakukan yang terbaik’.
Nasihat ikhlas kepada kita semua: Get a life.
Carilah
kehidupan yang punya hati, jiwa dan perasaan. Kehidupan yang
berteraskan keikhlasan dan kejujuran. Kehidupan yang bukan sekadar
untuk berlumba untuk naik pangkat serta mendapat gaji yang lebih
lumayan, rumah yang lebih besar, kereta idaman, dan terlalu asyik
membeli belah aksesori yang glamor. Kehidupan yang bukan sekadar yang
itu sahaja.
Kalau
anda belum bertemu kehidupan yang saya maksudkan, anda perlu berhenti
sejenak untuk menikmati kehidupan yang sebenar. Pernah anda menyedari
betapa cantiknya bulan penuh yang mengambang? Betapa indahnya suasana
di waktu matahari terbit. Anda pernah menghidu bau rambut anak-anak
anda, atau menghargai warna iris mata mereka? Betapa manisnya senyuman
si dia. Betapa kasihnya ibubapa kita kepada kita. Dan macam-macam lagi
yang kita sudah terlupa.
Jadi
apa yang ditunggu lagi. Jangan tunggu hanya ketika kita terlantar di
atas katil hospital, baru kita mahu menghargai nikmat kehidupan ini. Things
happened.
Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku esok hari. Kemalangan, bencana
alam, krisis rumahtangga, politik dan ekonomi. Berita-berita ini ada
pada setiap hari di dalam akhbar-akhbar. Kita tidak ambil peduli kerana
itu berita orang lain dan tiada kena mengena dengan kita. Tapi seperti
kata Murphy’s Law, ‘Whatever can go wrong, will go wrong’. Tidak mustahil ia
tidak akan berlaku kepada kita.
Dapatkan kehidupan yang sebenar. Seperti kata Anna Quindlen pemenang hadiah
Pulitzer, ‘Get
a life in which you are not alone. Find people you love, and who love
you and realize that life is the best thing ever, and that you have no
business taking it for granted.’ Kehidupan ini lebih manis kalau dikongsi
bersama orang yang tersayang.
Kita
harapkan bila kita mengenangkan kembali tentang kehidupan yang kita
pilih di ketika ini suatu waktu dahulu, kita sepatutnya tersenyum dan
bersyukur. Kita telah memilih kehidupan yang sebenar.
Saya akan akhiri kali ini dengan goresan tinta Fatimah A. J. Mohammad:
For every day that we must
struggle through life’s test,
there is nothing we can’t handle
if we remember Allah knows best.
-Glam-