Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam artikel saya dalam Siri Teknik YES atau Yusoff's English made Simple 
technique #, saya telah menerangkan secara ringkas apakah itu Teknik YES dan 
bagaimana ianya boleh membantu anda menguasai bahasa Inggeris dengan lebih 
mudah dan lebih cepat.

Perlu saya ingatkan yang teknik YES ini bukanlah jalan mudah untuk mahir bahasa 
Inggeris. Ianya bukan jalan singkat di mana anda cuma perlu tahu Teknik YES ini 
sahaja. Teknik YES ini sebenarnya lebih efektif jika anda sudah mempelajari 
sepenuhnya tentang sesuatu topik itu dan barulah anda gunakan Teknik YES untuk:-

1. Ingat apa yang perlu anda fahami

2. Ingat mekanisma pemeriksaan dalam penggunaan perkataan-perkataan bahasa 
Inggeris. (checking mechanism)

3. Menyemak penggunaan bahasa Inggeris anda

Dalam Siri #2 ini, saya terangkan secara ringkas bagaimana anda boleh gunakan 
Teknik YES ini dalam penggunaan Nouns. Sila rujuk gambarajah yang telah 
dilampirkan dalam email ini.Penarangan penggunannya ada di bawah.

Checking dalam penggunaan nouns amat penting kerana Nouns akan menjadi Subjek 
anda dalam ayat-ayat anda dan setiap ayat anda perlu ada Verb dan verb yang 
anda akan gunakan bergantung kepada Noun yang telah anda gunakan sebagai subjek 
itu.

Jika ada yang ingat dalam artikel saya dalam siri Back to Basic, saya ada 
menerangkan tentang Subject Verb Agreement iaitu Verb yang anda gunakan mesti 
bersetuju dengan Subject anda dan subject anda mesti Noun atau subsetnya 
pronoun.

Teknik YES akan mula saya perkenalkan dalam kelas intake Februari ini bermula 
14hb ini. Hubungi saya di 0193090711 jika berminat.

Sebarang komen untuk memudahkan lagi Teknik YES saya ini amat di alu2kan.

Yusoff
=================================





Jika anda rujuk
kepada gambarajah yang telah di berikan, sebelum anda menggunakan apa-apa nouns 
dalam bahasa Inggeris anda perlu
tanya soalan-soalan berikut:-

 

 

Adakah
     noun itu countable atau uncountable.
     Countable nouns ialah nouns yang boleh dikira manakala uncountable nouns
     pula ialah nouns yang tidak
     boleh dikira.

 

Jika noun
     yang anda ingin gunakan itu ialah countable
     maka anda perlu tanya pula dari segi Quantity, adakah ianya =1 atau >1.
     Jika qty=1 maka ianya adalah singular noun dan mesti dalam bentuk asal
     perkataan. Jika ianya >1, iaitu kuantiti noun lebih dari satu maka anda
     perlu tukar noun itu kepada bentuk pluralnya yang betul iaitu samada :-

 

tambah
      –stambah
      –estambah
      –iestambah
      –vesbertukar
      bentuktidak
      bertukar bentukyang memang sentiasa dalam bentuk pluraldalam
      bentuk plural bahasa asalnyayang bentuk pluralnya digunakan juga untuk
      bentuk singular

 

 

 

Jika noun yang digunakan ialah singular maka
     verb yang anda perlu gunakan perlulah juga singular verb dan antara
     singular verb yang biasa anda perlu gunakan ialah:-

 

1. is

2. was

3. is going to be / will be

4. has

5. does

 

 

 

 

 

Jika noun yang digunakan ialah plural maka verb
     yang anda perlu gunakan perlulah juga plural verb dan antara plural verb
     yang biasa anda perlu gunakan ialah:-

 

1. are

2. were

3. are going to be / will be

4. have

5. do

 

Jika noun itu ialah uncountable noun maka ianya tiada dalam bentuk
singular mahupun plural. Countable noun cuma wujud dalam bentuk asal ia sahaja
dan tiada dalam bentuk plural. Oleh itu ianya tidak boleh bertukar bentuk ke
plural. Countable nouns Cuma digunakan dengan singular verbs sahaja.



      

Kirim email ke