Kenapa Grammar bahasa Inggeris penting untuk anda
pelajari?
Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera
Mereka yang pernah belajar bahasa Inggeris dengan
saya sudah tahu yang kelas-kelas saya banyak menekankan aspek tatatabahasa
disamping juga menekankan aspek Perbendaharaan Kata.
Mengikut pengalaman saya yang sudah belajar bahasa
Inggeris ini selama hampir 40 tahun dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris
selama 8 tahun sememangnya Grammar adalah aspek terpenting dalam bahasa
Inggeris. Walaupun ramai guru-guru bahasa Inggeris berpendapat yang Vocabulary
lebih penting, saya masih berpendapat yang Grammar lebih penting kerana :
1. Grammar memudahkan anda meningkatkan
perbendaharaan kata anda.
Mudah
untuk anda ingat apabila anda tahu apa bezanya anger, angry dan angrily
2. Grammar memudahkan anda tahu apakah ejaan-ejaan
yang betul.
Dalam
hukum Singular dan Plural untuk kuantiti dalam Nouns, anda akan tahu dengan
tepat bila nak guna baby dan babies, hero dan heroes dan sebagainya.
3. Grammar memudahkan anda mengetahui apakah
pasangan-pasangan perkataan-perkataan anda itu.
Ini terutamanya amat penting dalam penggunaan Verb TO
BE dan Verb TO HAVE.
Cth
1.Ali is here
2. They are here.
3.Ali has a cat
4. They have a cat.
Juga
dalam penggunaan Adjective dan Preposition.
1.
Ali is afraid of dog.
2.
Thay are good at Mathematics.
3. Grammar memudahkan anda mengetahui apakah
bentuk-bentuk Verb yang perlu anda gunakan dan juga pasangan-pasangannya.
1.
I ate breakfast this morning.
2.
I have eaten breakfast.
3.
I had eaten breakfast before I came here.
4.
I am eating breakfast right now.
5.
I was eating breakfast when Ali called just now.
6.
I eat breakfast at home everyday.
Perhatikan yang Verb boleh dalam bentuk eat, ate,
eaten dan eating. Ada juga yang dipasangkan dengan have, had dan was. Semua ini
anda perlu tahu Grammar untuk anda benar-benar faham dan kemudian boleh membina
ayat dengan betul dan tepat tanpat sebarang keraguan.
Kelas Fundamentals Grammar saya akan bermula pada
7hb March ini dan kelas Intermediate Grammar pada 13hb march. Kelas di
Putrajaya bermula 4hb April ini di Pusat Kejiranan Precint 9.
Saya akan sambung lagi Siri ini dalam masa yang terdekat untuk menerangkan
kenapa anda perlu kuasai Grammar jika anda ingin fasih berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris baik dalam penulisan mahupun perbualan.
Jumpa lagi
Yusoff0193090711