Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah penerangan saya keatas jawapan yang ditanya oleh pelajar saya 
berkaitan dengan artikel yang saya tulis minggu lepas. Diharap anda dapat faham 
dengan penerangan ringkas saya ini.
============================================

From: mohd zaki

Subject: Re: [kelasenglish] Kenapa Grammar bahasa Inggeris penting untuk anda 
pelajari # 1

To: [email protected]

Date: Sunday, February 28, 2010, 11:35 PM



Assalamualaikum Cikgu.
 
Saya tak faham bila kita nak guna had +  ___en (e.g. spoken)
 
contoh yang cikgu bagi ni saya xtau bila nak guna had tu?
 

2. I have eaten breakfast.
 
3. I had eaten breakfast before I came here.
 
Harap cikgu boleh terangkan.
 
Terima kasih


Saudara Zaki,



Waalaikumsalam



Contoh ayat yang saya berikan itu dengan penggunaan 'had eaten' ialah contoh 
penggunaan Kata Kerja atau Verb yang dalam bentuk Past Perfect tense.

Bentuk Verb dalam bentuk Past Perfect tense ini tidak semestinya Had + Verb + 
-en



Bentuk sebenarnya ialah Had + Verb dalam bentuk Past Participle.



Ayat sebegini digunakan dalam Kala Past Perfect di mana ada dua
perbuatan berlaku di masa lepas dan Perbuatan pertama (Had eaten) akan
menggunakan Past Perfect tense dan perbuatan kedua (came) akan
menggunakan Simple Past dimana Verb adalah dalam bentuk Past Tense.





Sila rujuk kepada Kamus yang lengkap untuk tengok bentuk2 Past
Participle. Dalam Kamus Oxford Englih-English-Malay ada diberikan
senarai Verb dalam bentuk Past Participle.



Kalau bentuk Verb biasa (regular verbs), bentuk Past Participle ialah Verb + -ed



Cth  worked, talked, watched dan lain-lain



eg



I had worked there before I resigned in 2005.



had worked -perbuatan pertama dalam Past Perfect tense



resigned - perbuatan kedua dalam Simple Past tense



I had talked to Ali before I called his father yesterday.



had talked -perbuatan pertama dalam Past Perfect tense





called - perbuatan kedua dalam Simple Past tense

Ali had bought  a car before he joined this company last year.





had bought -perbuatan pertama dalam Past Perfect tense







joined - perbuatan kedua dalam Simple Past tense






Penerangan lanjut tentang penggunaan Verb tenses akan saya terangkan
dalam Kursus Intermediate English yang bermula 13hb March ini. Kelas
hari Sabtu pagi selama 4 minggu sahaja. Masih ada kekosongan jika berminat 
menyertai kelas ini.





Regards



Yusoff

0193090711





      

Kirim email ke